"Berfikir adalah satu proses bilamana otak dan pengalaman memproses maklumat.

” Sejak dua puluh tahun kebelakangan ini bidang kemahiran berfikir menarik minat ramai pengkaji. Selaras dengan minat dan keghairahan itu, mereka mencipta pelbagai konsep dan istilah bagi menghuraikan idea-idea berkenaan topik ini. Kaedah-kaedah pemikiran yang telah mendapat perhatian para pengkaji antaranya ialah pemikiran logik yang juga dipanggil logik barat, kaedah pemikiran lateral atau paralel, kaedah pemikiran kreatif, kaedah pemikiran pemikiran saintifik yang berteraskan sains dan teknologi dan juga kaedah pemikiran Islam. Kajiankajian mereka juga menitikberatkan cara-cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menggunakan kaedah-kaedah pemikiran tersebut.

Selain itu, pemikiran kreatif memberikan wawasan baru kepada kita dalam usaha memperoleh alternatif dalam sesuatu penyelesaian masalah. Pemikiran kreatif juga dapat menyediakan peluang dan ruang yang lebih besar bagi meningkatkan motivasi dan pemikiran dalam apa jua situasi dan keadaan penyelesaian masalah. Namun begitu, ramai yang beranggapan pemikiran kreatif hanya dimiliki oleh golongan yang tertentu, tanpa menyedari diri sendiri memiliki keupayaan kreatif kendiri. Dengan itu, kita lazimnya bersikap pasif dalam sebarang usaha menerbitkan idea alternatif. Pemikiran kreatif dimiliki oleh semua individu dan ia dibekali oleh Tuhan sejak seseorang itu dilahirkan, cuma kesedaran dan usaha mengubah paradigma lama kepada paradigma baru yang tidak dimiliki. Selain itu, pemikiran kreatif memerlukan latihan dan amalan yang konsisten dari semasa ke semasa. Apabila ia sudah menjadi tabiat kepada diri, sesuatu idea itu lebih mudah dijana dan bersifat kreatif. Ramai yang tidak menyedari sebenarnya setiap daripada kita sudah banyak menerbitkan idea yang kreatif baik secara formal mahupun tidak formal.
1

bercakap. Dari situ. pula menyebut bahawa berfikir sebagai sesuatu yang berlaku di dalam minda dan adalah satu proses yang sedar. Sistem ini membolehkan sebarang sumber yang diterima oleh otak mengolah dan membentuk pola-polanya yang tersendiri. Menurut beliau lagi. minda mula beroperasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sukar. Katanya lagi. mengenal rakan-rakan. Malah dari segi bentuknya. perbuatan sehari-hari seperti membaca. manusia tidak mungkin dapat beroperasi seperti yang kita alami sekarang. 2 . Manusia berfikir menggunakan otak. Otak dilihat sebagai satu sistem yang mengatur dirinya sendiri. Proses berfikir juga dinyatakan sebagai keupayaan menyelesaikan masalah atau daya usaha untuk mencapai sasuatu tujuan. Proses ini menekankan kemungkinan manusia mula berfikir untuk menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran. melintas jalan dan berbagai lagi dapat kita lakukan kerana adanya pola-pola dalam otak kita. Tanpa adanya pola-pola itu di dalam otak. Namun dari segi psikologinya. Menurut Edward de Bono dalam toeri beliau berkenaan bagaimana minda beroperasi. menulis. Terdapat ramai tokoh yang mengeluarkan pendapat mengenai pemikiran manusia. Prilaku berfikir sudah tentu menggunakan otak. otak mencipta dan mengekalkan ribuan pola di mana pola-pola itu menjadi rutin pada proses manusia berfikir. Ini kerana otak manusia boleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang. Berfikir sebenarnya adalah proses atau perilaku menyelesaikan masalah. sepanjang hayat manusia. Dari segi fisiologinya baik manusia ataupun binatang mempunyai otak. otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. 1976. menyebut bahawa otak berupaya mentadbir sendiri setiap maklumat yang diterima dan menukarkan kepada pola-pola yang tertentu.Bagi Edward de Bono . tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang.

Malta. dan memperoleh MD (Doctor of Medicine) di University of Malta. Beliau telah menghasilkan dua buah siri televisyen yang dikenali sebagai “Dr. Jerman. Belian menerbikan risalah berita yang diterbitkan sepuluh kali setahun. De Bono telah dijemput untuk menyampaikan kuliah dan bekerja di 45 buah negara Beliau telah menulis banyak buku yang telah diterjemahkan ke dalam 34 termasuk bahasa-bahasa utama dan Hebrew. Selepas itu.D di Cambridge University. Bono’s Course Thinking” untuk BBC dan “The Greaters Thinkers” untuk WDR. Cambridge. Dr. 3 . Slovenia dan sebagainya. serta Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perubatan.Edward de Bono dilahirkan pada tahun 1933. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Royal University of Malta sehingga beliau berkelayakan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan. Beliau boleh dikatakan sebagai tokoh pemikir yang terbaik di seluruh dunia. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan di beberapa buah university seperti Oxford. Edward De Bono mengendalikan program kurikulum terbesar dalam pendidikan berfikir secara lansung di sekolah-sekolah. Beliau juga berjaya mendapat Ph. Semasa Perang Dunia Kedua. Bahasa Melayu. beliau telah mendapat pendidikan awal di St Edward's College. di Malta. beliau meneruska pengajiannya. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang begitu berpengaruh dan boleh dikatakan sebagai tokoh yang memberikan kesan dan impak yang begitu besar kepada cara-cara bagaimana kita berfikir. sebagai Rhodes Scholar kepada Gereja Christ. London. Oxford. yang dikatakan sebagai permainan termudah di dunia. beliau mendapat ijazah kehormat dalam bidang psikologi dan fisiologi. dan Harvard. Beliau juga adalah pencipta permainan klasik. Arab. Turki. Dr. Urdu.

Sebagai penghargaan sumbangan dan jasanya kepada individu-individu lain. Di Singapura pula. Apabila Microsoft mula menapak dalam dunia pemasaran. Pada Persidangan Pemikir Dunia (International Thinking Meeting) di Boston pada tahun 1992. Edward De Bono ialah spectrum penyebarannya tentang teori pemikiran beliau telah tersebar meluas.Di University of Buenos Aires. Edward De Bono telah dianugerahkan sebagai perintis pemikiran dalam pembelajaran secara lansung di sekolah-sekolah. mereka telah menjemput Dr. pada tahun 1988. sekolah sains khususnya terdiri dari sekolah-sekolah elit juga menggunakan perkhidmatannya selama sepuluh tahun.Petunjuk berfikir beliau sentiasa dicari oleh syarikatsyarikat korporat terkenal sepertiNTT (Jepun). Argentina. Malaysia. Di Negara kita. semua pelajar sekolah mestilah meluangkan masa selama sejam dalam seminggu. terdapat beribu buah sekolah yang melaksanakan serta menggunakan petunjuk berfikir Dr.000 pekerja telah mencontohi budaya kerja Edward de Bono ke seluruh delegasi tersebut. sebagai satu peraturan dan undang-undang. Di Venezuela. Kaedah Enam Topi Pemikiran’ kini digunakan oleh beberapa buah syarikat 4 . beliau dianugerahi Hadiah Capire Pertama di Madrid. terdapat sebanyak 102 buah sekolah menengah yang menggunakan perkhidmatannya. Edward de Bono untuk memberikan alamat kekunci (keynote address) di Seattles untuk 500 pengurus terbaik. Dr. Exxon dan Shell. American Standard. dan United Kingdom. bagi mengikuti program yang telah beliau anjurkan. Edwarad De Bono untuk pembelajaran tentang berfikir. Kanada. Ericsson. Sepanyol. Satu delegasi terbesar di Eropah iaitu Siemens yang mana memiliki 370. Edward De Bono sebagai keperluan bahan bacaan khususnya. Di Amerika Syarikat. New Zealand. Du Pont. Australia. Apa yang unik mengenai Dr. United Technologies. terdapat lima fakulti yang telah menggunakan buku karangan Dr.

Pada tahun 1989. Edward de Bono telah dijemput untuk menyampaikan ucapan di mesyuaratmesyuarat seperti The Institute of Institutional Investor. berkata buku tersebut sepuluh tahun lebih kedepan daripada pendapat ahli-ahli matematik. The Commenwealth Law Conference dan lain-lain lagi. beliau telah menyatakan bagaimana sistem saraf otak diciptakan secara tidak simetri (asymmetric patterns). Beliau adalah pengasas dan pengarah Cognitive Research Trust (1969). Ahli Fizik dunia yang terkemuka. Sumbangannya yang istimewa ialah beliau telah membuktikan kreativiti merupakan keperluan dan perkara yang penting dalam sistem maklumat organisasi diri (self-organising information system). Professor Murray Gell Mann. Beliau telah menubuhkan International Creative Office untuk membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memajukan alternatif lain mengikut keperluannya.korporat seperti Prudential dan IBM. Beliau juga telah berkhidmat untuk beberapa buah kerajaan termasuklah kerajaan termasuklah Kerajaan California mengenai masalah pembuangan sisa-sisa toksik. Korea. Penganjur Sukan OLimpik 1984 menganggap bahawa kejayaan mereka adalah hasil daripada penggunaan pemikiran lateral yang dipelajari daripada beliau pada tahun 1975. 'The Mechanism of Mind' yang diterbitkan pada tahun 1969. beliau telah mempengerusikan mesyuarat Hadiah Nobel di Seoul. Beliau mungkin dikenali sebagai pengasas penggunaan ungkapan berfikiran lateral yang kini telah dimuatkan ke dalam Oxford English Dictionary. Beliau juga telah menubuhkan International Creative Forum dengan ahli-ahlinya terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam setiap bidang dari seluruh dunia. Merujuk pada buku karangan beliau. terbentuk sebagai asas atau tapak kepada persepsi. 5 .

ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan. Secara khususnya. 1996). Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah melihat setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. tetapi amat berkesan. itu disebut oleh 6 . “ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi iaitu bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa. Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan.Istilah pemikiran lateral dan pemikiran paralel dicipta oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Pemikiran lateral ialah sejenis kemahiran iaitu oleh itu setiap orang boleh mendapatkan kemahiran berfikir secara lateral. istilah pemikiran lateral mencakupi penggunaan teknik-teknik spesifik yang sengaja dipakai untuk menerbitkan persepsi-persepsidan idea-idea baru. Seperti mana halnya dengan jenis-jenis kemahiran lain seperti berlari. Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata ini. Apabila kita berfikir dengan cara yag bergerak dari satu titik ke titik lain secara logikal. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru. berenang dan menari.

Seorang tukang kayu bekerja dengan menggunakan sejumlah alat untuk memotong. PMI ( Plus . Minus . d) Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna. dan bertujuan 7 . dia tidak berkata. menyambung. Antaranya ialah: 1. Dr Edward de Bono mengumpamakan seorang pemikir dengan seorang tukang kayu. Dr. Beliau telah memperkenalkan beberapa alat berfikir. si tukang kayu mempelajari pelbagai kemahiran menggunakan alat-alat yang berbeza. e) Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia dan konsep. Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah: a) Pembinaan Idea Baru.dari semasa ke semasa.” Sebaliknya mulutnya diam tetapi dia mengambil gergajinya dan mula menggunakan gergaji tersebut untuk membuat kerja-kerja memotong. buruk dan menarik. b) Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. Dalam CoRT Cognitive Research Trust iaitu salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono.Edward de Bono sebagai berfikir secara vertikal. Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral. Interesting ) ~PMI ialah perkara-perkara yang baik . “aku hendak potong kayu ini. dan membentuk kayu-kayunya. Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan efisyen lagi. c) Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. Apabila seseorang tukang kayu bekerja.

2. tujuan dan objektif . P : senaraikan semua yang baik M : Senaraikan semua yang buruk I : Senaraikan semua yang tidak baik dan juga tidak buruk. Objectives ) ~AGO adalah matlamat. kemungknan dan pilihan. dan sekali gus membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat. Ia juga sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Possibilities . kerana PMI mengajar kita membuat penilaian.dan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Ini membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan. AGO ( Aims . Gunakan PMI untuk meluaskan sudut pandangan kita. Selagi kita tidak dapat berfikir dengan tepat. APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah 8 . tapi menarik untuk difikirkan lebih lanjut. jadikan AGO sebagai fokus perbincangan. dan meluaskan sudut pandangan. Justeri. PMI merupakan alat berfikir yang mudah dipakai. AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal. Choice ) ~APC merupakan alternatif . APC ( Alternatives . Goals . PMI juga memaksa seseorang berhenti dan berfikir sejenak sebelum cepat-cepat membuat keputusan . 3. APC membuatkan kita berfikir secara selari. AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara berfokus. kita belum memiliki AGO. supaya tidak menyeleweng.untuk meluaskan persepsi.

CAF juga dapat membantu seseorang mengarahkan minda ke semua arah yang penting. Alat ini mudah dipelajari. Selain itu. Alat ini membuatkan kita berfikir dengan lebih meluas. Namun. Lakukan C&S untuk semua alternatifyanfd ada dihadapan kita. faedahnya juga besar. Ini dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan. dan digunakan dalam kehidupan seharian kita. 4. C&S membantu kita melihat jauh ke hadapan.yang sama. C&S boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV. 5. diingat. Lakukan C&S. bukan secara am auan samar-samar. Bagaimanakah orang lain melihat perkara yang sama? Apa beza pendapat mereka dengan pendapat kita. Aabila memikirkan pendapat-pendapat orang lai. kita mestilah bersikap objektif. OPV ialah berkenaan dengan pendapat orang lain secara tepat. alat ini mengelakkan kita daripada terlupa memikirkan semua perkara yang penting. 9 . OPV bererti kita merasakan apa yang orang lain rasa. CAF ( Consider All Factors ) ~ CAF adalah mengambil kira semua faktor dan CAF digunakan oleh seseorang untuk meluaskan sudut pandangan. OPV ( Other People’s Views ) ~ OPV adalah pandangan orang lain yang dapat membantu seseorang untuk memahami sudut pandangan orang lain. 6. C&S digunakan untuk seseorang membuat penilaian. alat ini akan membantu kitra membuat pilihan yang terbaik. C&S ( Consequence and Sequel ) ~ C&S ialah kesan dan akibatnya. APC juga merupakan alat yang memaksa kita berhenti seketka sebelum otak maju ke hadapan. FIP dan PMI bersama-sama.

dan kita tidak menilai idea-idea tersebut dengan membandingkan antara satu sama lain. maka cara kita berfikir itu disebut berfikir secara paralel. Kita menggunakan FIP untuk menentukan apa perjara yang penting untuk difikirkan. Satu lagi jenis pemikiran yang diasaskan Edward de Bono ialah pemikiran paralel. Bukan semua perkara serupa kepentingannya. Antara ciri berfikir secara paralel ialah: a) Kita tidak dizinkan berbahas atau berhujah untuk membuktikan sesuatu idea. FIP mengambil kira tentang perkara-perkara yang penting sahaja dan mengingatkan kita apa prioriti kita. Kita mestilah boleh menentukan apa perkara yang kita rasakan ia penting. FIP berkaitan dengan AGO. serta membantu kita mencapai AGO. . c) Setiap orang dikehendaki supaya mengemukakan idea-idea yang kreatif. lalu kita meletakkan idea-idea terseut di atas meja. dan apa perkara yang sememangnya penting. Kalau kita menerima lima idea yang berlainan.7. b) Kita tidak diizinkan beran poitik atau menunjukkan sesiapa yang lebih kuat. dan kita tidak mempedulikan idea itu salah atuapun betul. 10 . FIP ( First Important Periorities ) ~ FIP adalah antara perkara atau alat penting yang perlu diutamakan atau didahulukan.FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting. FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara berfokus. selar diantara satu sama lain.

termasuklah idea yang dianggap tidak praktikal dan gilagila. e) Ada masa yang dikhaskan untuk tujuan mencari segala kebaikan pada sesuatu idea. g) Kita tidak dibenarkan berfikir secara berkecamuk dan bercelaru Diana dalam satu masa. Daripada idea. Ia mungkin cadangan yang logikal. dalam pemikiran paralel. Menurut Edward de Bono. semua idea bertaraf “kemungkinan” sahaja dalam pemikiran paralel. dan lain-lain lagi. pemikiram kreatif termasuk dalam pemikiran paralel. Selain alat-alat berfikir yang dibincangkan. h) Menggunakan pemikiran parallel kerana takut dihentam atau dikritik orang lain. kita tidak menggunakan definisi-definisi dan kita tidak memaksa idea-ida supaya masuk ke dalam kotak-kotak definisi tersebut. Kaedah tersebut dikenali 11 . Idea yang difikirkan secara paralel tidak semestinya idea-idea kreatif. kita mencipta corak-corak tindakan. mengkritik. Edward de Bono juga telah memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukn satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu . tidak ada “penjaga pintu” yang sangat obsesi dengan “kebenaran”. f) Kita tidak dibenarkan bersikap egoistik apabila berfikir.d) Kita tidak diizinkan cepat-cepat mengkritik idea-idea yang dikemukakan. Oleh itu. sebgai contoh ketika di dalam mesyuarat dan sebagainya. kita cuba menerbitkan idea. hipotesis ataupun sebarang makumat. Matlamat pemikiran parallel ialah tindakan. Kemungkinan ialah intipati pemikiran jenis ini. Dalam pemikiran paralel. Ini kerana.

12 .ia bukan topi jenis provokatif. Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan idea-idea. c) Topi Putih ( White Hat ) Topi putih melambangkan pemikiran objektif. b) Topi Kuning ( Yellow Hat ) Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstruktif. Warna putih melambangkan kebersihan yang bermakna tiada prejudis. Topi ini menjelaskan mengapa sesuatu idea itu baik dijangka akan menghasilkan kejayaan. a) Topi Hijau ( Green Hat ) Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif dan konstruktif. Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif. Topi hijau adalh proaktif. Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah. angka dan maklumat semata-mata. Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan. Topi putih digunakan untuk mencari fakta . Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau. Topi hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada. menyoal dan mencabar.sebagai “Enam Topi Pemikiran” yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza. dan digunakan pada waktu mula-mula berfikir. Ia suka bertanya.

Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada. dan bagaimana hendakamendapatkan maklumat yang penting tetapi tidak ada pada kita. Dalm erti kata lain. jika orang tidak suka. yang kita utamakan ialah maklumat yang sudah kita ketahui. Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami. ia digunakan untuk mencari segala yang salah. berisiko dan berbahaya. d) Topi Hitam ( Black Hat ) Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir. Kegunaan utama topi hitam ialah menghindarkan kita daripada melakukan kesalahan dan mengelakkan kita membuat keputusan yang tidak bijak.Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif. maklumat yabg sepatutnya kita ada. Ambil kira juga soal-soal seperti perasaan dan gerak hati. apa faedahnya? 13 . Topi ini sangat berguna dan penting. Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah. e) Topi Merah ( Red Hat ) Topi merah melambangkan pemikiran emotif dan nilai. Apabila memakai topi ini. Idea yang logical. Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan. Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan. sukar.

Tambahan. hijau dan hitam memikirkan perkara yang difikirkan manakala topi biru memikirkan cara kita berfikir.antara panduan tersebut ialah sentiasa bersikap positif dan konstruktif. Edward de Bono telah memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitu dengan memberikan dan memperkenalkan. Kita juga perlu menukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci. Dr. Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja. Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua sesebuah organisasi ataupun kumpulan. Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas. selain dapat membezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin. Topi kuning. Tambahan. Mengambil kira semua pendapat juga merupakan salah satu panduan yang agak penting. putih.f) Topi Biru ( Blue Hat ) Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Di samping itu. Kita hendaklah sentiasa fikirkan alternatif yang lain dan memberi tempat kepada perasaan. Selain itu. 14 . lupakanlah segala ego dan jangan biarkan ia masuk campur apabila sedang berfikir. Untuk menjadi panduan kepada orang ramai dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. “tukar gear otak” dalam erti kata yang lain ialah tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran kreatif. Sehubungan itu. semua jenis tindakan yang diambil akan melibatkan nilai. Seterusnya. tentukanlah tujuan berfikir. merah. Kita juga mestilah menentukan hasil yang hendak dicapai. haruslah fikir perlahan-lahan dan secara mudah dan jangan selalu memudahkan sesuatu perkara.

Kini dalam apa jua persidangan. Manakala dengan pemikiran lurus.Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif. forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankan seumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat penting dalam kehidupan. seseorang cuba memilih pendekatan terbaik. Berfikiran lateral tidak memilih tetapi mencari jalan membuka laluan-laluan lain. Pemikiran kreatif merupakan satu bentuk penyelesaian masalah yang berpotensi sebagai penyelesaian yang amat berkesan untuk menyelesaikan masalah. dalam konteks tingkah laku. sistem ingatan memaksimumkan diri. Tetapi. Apa yang penting adalah pergerakan 15 . tetapi juga keperluannya. Dengan berfikir secara lateral. Berfikir lateral membuatkan kita terus manghasilkan seberapa pendekatan walaupun setelah memperoleh satu pendekatan yang menggalakkan. Tetapi. berfikiran lateral bukan sahaja menunjukkan maksudnya. Namun begitu. kita dapat menghasilkan seberapa banyak pilihan yang boleh. Berfikiran lurus hanya memilih satu laluan dengan mengenepikan laluanlaluan yang lain. Berfikiran lateral mementingkan ketepatan dan kekayaan pemikiran. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan meninggalkan impak yang cukup berkesan dan membanggakan. dengan berfikiran lurus. dengan berfikir lurus. Oleh sebab kebanyakan orang mempercayai bahawa pemikiran lurus atau vertical yang tradisional hanyalah satu-satunya cara berfikir yang berkesan. kita mungkin dapat mencari pendekatanpendekatan lain sehingga mendapat pendekatan yang paling menggalakkan. Kita sudah terlalu biasa dengan pemikiran lurus sehinggakan beberapa perbezaan yang masih samar-samar dan tidak kita sedari. seseorang itu dapat memilih pendekatan yang paling menggalakkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan juga merupakan cara yang terbaik untuk melihat situasi tersebut. Terdapat beberapa perbezaan ketara yang telah dicatatkan.

Perlu ditegaskan.” Dengan berfikiran lateral. Ibarat bekerja di dalam satu rangka rujuk dan membuang segala yang tidak diperlukan. Apabila seseorang itu melompat terus kepada penyelesaiannya. tetapi kita perlu tingkatkan penggunaannya dengan menambah kreativiti dan menyederhanakan kerumitannya. Kedu-duanya sama pentingnya. 16 . kita tidak bergerak untukmengikut sesuatu arah tetapi untk menghasilkan sesuatu arah. Berbeza dengan berfikir secara lurus. maka keberkesanan penyelesaiannya sudah pasti tidak boleh bergantung diatas keberkesanan laluan yang dilalui untuk mencapainya. Seseorang mungkin boleh melompat ke satu perkara baru dan kemudian memenuhi ruang yang telah ditinggalkan. Sebaik sahaja terdapat pergerakan dan perubahan. Dengan berfikir lateral.” Manakala orang yang berfiki r lateral akan berkata. maka ciri-ciri maksimumminda akan memastikan bahawa sesuatu yang berguna akan terjadi. sehinggalah saya menjumpainya. langkah-langkahnya tidak perlu berturutan. tiada pertentangan di antara kedua-dua cara berfikir ini. tetapi satu cara yang membawa semula perubahan corak-corak pemikiran. Ini adalah asa sebenar berfikiran lurus. intipati sebenar berfikiran lurus atau vertical ialah kita mesti betul di setiap langkah yang diambil. Pergerakan dan perubahan berfikiran lateral bukanlah penghujungnya. Orang yang befikiran lurus akan bekata seperti ini. Tambahan. Berfikiran logik adalah dan matematik tidak boleh berfungsi sama sekali tanpa keperluan ini. “ saya tahu apa yang sedang saya cari. Berfikiran lurus juga berkaitan pilihan dengan penyingkiran. Cara berfikiran lurus sangat berguna. kita mesti sentiasa bergerak kearah yang berfaedah.atau perubahan tersebut. “ saya sedang mencari tetapi saya tidak akan tahu apa yang sedang saya cari.

-KREATIVITI -IDEA-IDEA BARU -PERKAITAN -LOGIK -POSITIF -FAEDAH -PELUANG -FAKTA -DATA -MAKLUMAT 6 TOPI PEMIKIRAN ~SIR EDWARD DE BONO~ -EMOSI -PERASAAN -INTUISI -RESPONS -KRITIK -HALANGAN -NEGATIF -RISIKO -IMPAK -KEPUTUSAN -PROSES -FOKUS -KAWALAN 17 .

my/modules.htm 4. 2. 1997.com/on2/Saifulazrulchelah/PEMIKIRANLATERAL.html 5.BIBLIOGRAFI. http://smkapahang. 2005.com.edu.pts. Edward de Bono.bpi. Bhd. http://www.my/index. Pemikiran Lateral. Utusan Publication & Distributer Sdn. Selangor. 1. Bhd. Pemikiran Lateral.php?name=News&file=print&sid=158 18 . http://www. Ainon Mohd & Abdullah Hassan.com/debono/biograph. Selangor. Golden Book Centre Sdn.edwdebono.php?option=com_content&view=article&i d=83:kaedah-pemikiran-islam&catid=43:artikel-menarik&Itemid=67 6. 3. http://www.angelfire.