P. 1
pelan pengajian tinggi negara 2007-2010

pelan pengajian tinggi negara 2007-2010

4.0

|Views: 6,094|Likes:
Published by ceding

More info:

Published by: ceding on Aug 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PELAN TINDAKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2007-2010

MENCETUS TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI 27 OGOS, 2007

KATA KATA ALUAN Y.A.B DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sebagai sebuah negara membangun Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Namun keazaman Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju, berdaya saing dan teguh tetap kekal utuh. Misi Nasional telah disediakan bagi menggaris pendekatan yang akan dilaksanakan untuk menangani cabaran dan mencapai matlamat Negara seperti mana yang telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu usaha besar ke arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara harus dilaksanakan. Sifat-sifat seperti suka menimba ilmu pengetahuan, berfikiran inovatif dan kreatif serta berdaya saing harus dibangunkan di kalangan rakyat. Pemupukan nilai-nilai murni, penampilan progresif dan budaya prestasi tinggi dalam masyarakat juga harus ditekankan demi melahirkan individu-individu yang berkualiti dan berjaya. Inilah yang akan menentukan kejayaan masa depan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan. Berdasarkan perkara tersebut, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan pembangunan modal insan minda kelas pertama sebagai salah satu daripada 5 teras pembangunan negara. Sesungguhnya, kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Oleh itu, kerajaan berhasrat untuk menggerakkan satu usaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara pada semua peringkat dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah berjaya menterjemahkan visi besar pendidikan Negara kepada bentuk pelan tindakan yang boleh dilaksanakan. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menggariskan 7 teras strategik yang menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Di samping itu, satu Pelan Tindakan yang komprehensif dengan berfokuskan sasaran-sasaran tertentu juga disediakan. Saya yakin pendekatan tersebut mampu membawa manfaat yang berjangkauan luas kepada masyarakat dan negara serta seterusnya melonjakkan sistem pengajian tinggi ke tahap yang lebih tinggi lagi. Sesungguhnya, peranan pihak Kementerian dalam menjayakan transformasi pengajian tinggi Negara ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti adalah amat besar. Namun, tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab kita semua. Setiap seorang daripada kita mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Saya percaya Pelan ini akan dapat memberi garis panduan yang lebih jelas lagi secara terperinci kepada semua pihak berkepentingan agar mereka dapat menyumbang secara bersepadu ke arah tersebut. Justeru adalah menjadi harapan saya agar semua pihak akan memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan agenda pendidikan negara akan terlaksana. Bersama-samalah kita berusaha untuk menjana modal insan kelas pertama demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Asal-usul Pelan Tindakan Pengenalan Apakah Yang Ditangani oleh Pelan Tindakan Ini? Kedudukan Pengajian Tinggi di Malaysia Objektif Pelan Transformasi dan Pendekatan Strategi Bahagian A – Tonggak Institusional 1. Tadbir Urus 2. Kepemimpinan 3. Ahli Akademik 4. Pengajaran dan Pembelajaran 5. Penyelidikan dan Pembangunan Bahagian B- Agenda Kritikal 1. Universiti Apex 2. My Brain15 3. Audit Penilaian Akademik 4. Pembelajaran Sepanjang Hayat 5. Skim Latihan Kerjaya Peringkat Ijazah Bahagian C – Sokongan Pelaksanaan 1. Transformasi KPT 2. Program Tadbir Urus 3. Struktur Program Rumusan Pendekan

Mukasurat 6 7 9 11 15 6 18 21 24 27 30 34 37 38 39 42 44 45 46 49 50

DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

2

3

KATA KATA ALUAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan kita menyiap dan melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Juga ucapan setinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi kerana sudi melancarkannya. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa bagi menghasilkan sebuah dokumen yang cukup penting ini. Sesungguhnya, dalam misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang sebaris dengan negara maju lain, kita perlu memastikan pengajian tinggi berada pada landasan yang kukuh, mantap dan berkesan. Pelan Strategik dan Tindakan ini adalah dokumen yang menterjemahkan halatuju pengajian tinggi negara untuk masa hadapan. Ia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan minda kelas pertama bagi mendukung dan menjayakan aspirasi negara untuk menjadi maju, makmur dan kompetitif. Dalam era globalisasi yang mencabar, negara kita perlu sentiasa bersedia dan mampu menghadapi pelbagai dugaan. Struktur, sistem dan strategi pengajian tinggi yang mantap adalah antara perkara pokok bagi membolehkan kita menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan datang. Pelan yang menggariskan lima teras strategik ini memberi fokus kepada tadbir urus, kepemimpinan, akademia, pengajaran dan pembelajaran, dan penyelidikan dan pembangunan. Akhir kata, saya memohon kerjasama semua pihak agar sama-sama membulatkan tekad dan bersatu hati bagi menjayakan Pelan ini. Proses mentransformasikan pengajian tinggi negara menuntut kita bekerja keras untuk mara ke hadapan bagi menjayakan Misi Nasional dan Wawasan 2020. Wassalam,

KATA KATA ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Penggubalan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara merupakan satu anjakan ke arah mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasa pengajian tinggi untuk kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara. Bagi memenuhi kehendak pasaran dan menghadapi cabaran global, pelan strategik ini di sejajar dengan arus perdana pengajian tinggi yang mementingkan kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan transformasi pengajian tinggi yang menekankan modal insan sebagai aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara. Pelan strategik ini telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sektor pengajian tinggi. Oleh itu, untuk merealisasikannya, usaha perlu digemblengkan secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan kesemua tujuh teras strategik yang digariskan dalam pelan tersebut. Wadah ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada kesemua pihak khususnya daripada warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan agensi di bawahnya. Adalah diharapkan agar Pelan Tindakan ini dapat memperteguh budaya pembelajaran dan pengajaran di segenap lapisan masyarakat dalam melahirkan modal insan berkualiti, memiliki kecemerlangan ilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif, berdaya saing serta dilengkapi kesopanan dan kesusilaan. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara terutama kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pihak industri, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta jawatankuasa induk di peringkat KPT.

DATO’ MUSTAPA MOHAMED

DATUK DR ZULKEFLI BIN A. HASSAN

4

5

PEMBENTUKAN PELAN TINDAKAN
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), setakat ini, telah mengeluarkan tiga laporan utama tentang pengajian tinggi, iaitu: • Laporan Jawatankuasa Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia (Laporan Hala Tuju), Julai 2005. Dokumen Transformasi Pengajian Tinggi (Dokumen Transformasi), Mac 2007. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (Pelan Strategik), Ogos 2007.

PENGENALAN
Suasana pengajian tinggi sentiasa berubah dan dinamik, dan Malaysia perlu mentransformasikan pengajian tingginya supaya setanding dengan negara lain. Perubahan ini akan menentukan kejayaan Malaysia dalam menterjemahkan pelan strategik jangka panjang kepada suatu tindakan penyelarasan yang saling berkaitan. Masa hadapan pembangunan sosioekonomi negara amat bergantung kepada kejayaan transformasi pendidikan ini. Di rantau ini sahaja, secara umumnya, Korea Selatan, Singapura, dan China terus berusaha gigih mencipta nama dan meningkatkan keupayaan institusi dan sistem pengajian tinggi mereka. Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam meningkatkan keupayaan institusi dan sistem pengajian tinggi. Malaysia kini tidak boleh bergantung pada pelaburan asing secara langsung (FDI) berasaskan kos buruh yang murah untuk pertumbuhan ekonominya pada masa hadapan. Untuk terus kekal kompetitif dalam suasana pasaran yang senantiasa berubah, penjanaan keupayaan nilai tambah yang tinggi adalah diperlukan sebagai penyumbang secara langsung bagi meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global. Ini akan membolehkan Malaysia bukan saja dapat menarik pelaburan yang bersifat nilai tambah dan berintensif pengetahuan, tetapi juga dapat menggalakkan eksport produk dan perkhidmatan hasil daripada inovasi untuk pasaran dalam dan luar negara. Keunggulan pengajian tinggi dianggap sebagai satu agenda penting dalam penggubalan dasar sesebuah negara. Kejayaan daripada usaha ini penting untuk memastikan bahawa kekayaan akan terus dinikmati dengan membangunkan keupayaan menjana pengetahuan baharu dan memanfaatkan ilmu tersebut untuk menghadapi cabaran dan persaingan global. Graduan berkemahiran tinggi dalam bidang IT dan kejuruteraan perisian, contohnya, telah menjadi tunjang bagi industri baru seperti outsourcing dan business process outsourcing yang berupaya membawa pulangan yang lumayan setiap tahun. Fenomena ini dijangka berlaku dalam bidang baharu seperti bioteknologi, sains hayat, teknologi nano dan sains angkasa. Dengan perubahan masa, penyelidik Malaysia perlu menerajui penemuan teknologi baharu dan menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi negara.

Laporan Hala Tuju telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan laporan tersebut telah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen dan pihak berkepentingan yang lain. Berdasarkan perakuan Jemaah Menteri, KPT telah menubuhkan satu jawatankuasa menambah baik Laporan Hala Tuju dengan memasukkan input yang terdapat dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Sehubungan itu, satu laporan baru dikeluarkan, iaitu Dokumen Transformasi Pengajian Tinggi. Kedua-dua dokumen tersebut (Laporan Hala Tuju dan Dokumen Transformasi) telah dikaji dengan teliti oleh KPT dan satu Jawatankuasa Kerja yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KPT telah ditubuhkan untuk merangka pelan strategik jangka panjang. Perbincangan telah diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan dan hasil daripada itu satu dokumen telah disediakan dan digubal oleh KPT. Sehubungan itu, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah disiapkan pada bulan Ogos 2007. Pelan Strategik telah menggariskan tujuh teras utama yang akan dilaksanakan dalam empat fasa seperti yang berikut: • • • • Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 : : : : Peletakan Asas (2007 – 2010) Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015) Kecemerlangan (2016 – 2020) Kegemilangan dan Kelestarian (melangkaui 2020)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 merupakan pelaksanaan pada Fasa 1 (Peletakan Asas) yang menggariskan strategi dan pelan tindakan untuk meningkatkan dan menambah baik sistem pengajian tinggi negara bagi tempoh 2007 hingga 2010, iaitu dalam tempoh RMKe-9.

6

7

Pelan Tindakan ini memberikan tumpuan kepada pembangunan modal insan dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis. Proses ini akan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membantu pertumbuhan individu untuk mencari dan mencapai potensi diri sepenuhnya. Untuk itu, modal insan yang dihasilkan akan menjadi penggerak yang mampu membawa perubahan bagi membangunkan negara secara keseluruhan. Di Malaysia, pendidikan tertiari termasuk latihan kemahiran, vokasional dan matrikulasi serta universiti adalah di bawah tanggungjawab pelbagai kementerian dan agensi. Skop Pelan Tindakan ini akan meliputi hanya institusi dan agensi yang berada di bawah bidang kuasa KPT. Namun demikian untuk memperoleh kesan dan hasil secara menyeluruh, kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi amat diperlukan. KPT telah menetapkan misinya untuk mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang kondusif bagi membina kecemerlangan akademik dan institusi. Bagi tujuan ini, pembangunan sistem pengajian tinggi yang menyeluruh ditumpukan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di bawah bidang kuasa KPT. Pelan Tindakan banyak memberikan tumpuan kepada IPTA kerana KPT bertanggungjawab secara langsung ke atas pencapaian prestasi institusi berkenaan. Namun, tumpuan juga diberikan kepada IPTS dengan menyediakan dasar dan garis panduan bagi menjamin kualiti dan mewujudkan persekitaran yang kondusif seperti sistem penyetaraan dan penarafan, pengauditan prestasi akademik, latihan kepemimpinan dan mengkaji insentif yang sesuai. Setakat ini, Malaysia telah berjaya dalam membangunkan kapasiti pengajian tinggi, terutama dalam pendemokrasian pengajian tinggi dan meningkatkan kualiti pengajian tinggi, meluaskan akses pengajian tinggi, dan menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menghadapi cabaran global, kualiti pengajian tinggi perlu terus ditingkatkan.

OBJEKTIF PELAN TINDAKAN
Berdasarkan perbincangan dan perundingan yang mendalam dengan pihak berkepentingan, perubahan menyeluruh perlu diadakan bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara. Dalam konteks ini, KPT telah menyiapkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pelan Strategik ini menggariskan empat fasa pelaksanaan pelan tindakan untuk mentransformasikan pengajian tinggi negara mulai 2007 hingga melangkaui 2020. Pelan ini digubal secara komprehensif dan holistik bagi tujuan memartabatkan pengajian tinggi negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Di bawah Pelan Strategik ini, tujuh teras diberikan penekanan, iaitu: 1. 2. Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti; Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran; Memperteguh penyelidikan dan inovasi; Memperkasakan institusi pengajian tinggi; Mempergiat pengantarabangsaan; Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan Memperkukuh sistem penyampaian KPT.

Pembangunan modal insan adalah fokus utama Pelan Tindakan ini. Perubahan holistik perlu dilakukan kepada sistem pengajian tinggi di Malaysia untuk meningkatkan kualitinya.

3. 4. 5. 6. 7.

Dalam tempoh pelaksanaan RMKe-9, fasa pertama Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara akan memberikan fokus kepada inisiatif baharu bagi melaksanakan strategi dan pelan tindakan bagi meningkatkan sistem pengajian tinggi negara. Pelan Tindakan ini akan menggariskan mekanisme dan jadual pelaksanaan secara terperinci. Beberapa aspek transformasi ini boleh dicapai dalam tempoh tiga tahun, namun, sebahagian besar daripadanya mengambil masa yang lebih panjang. Pelan Tindakan ini merupakan pelaksanaan fasa pertama daripada empat fasa pelaksanaan Pelan Strategik untuk mencetuskan transformasi sistem pengajian tinggi negara. Dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan ini, kajian separuh penggal akan diadakan pada tahun 2009 untuk memastikan kejayaannya. Ini adalah penting untuk merancang dan menggubal strategi serta pelan tindakan bagi melaksanakan fasa seterusnya di bawah Pelan Strategik.

8

9

KAITAN PELAN STRATEGIK Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara mengambil kira dua dokumen rancangan pembangunan sebelum ini, iaitu Misi Nasional dalam RMKe-9 dan beberapa kenyataan Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi tentang pembangunan modal insan. Dalam Wawasan 2020, cabaran keenam adalah untuk mewujudkan masyarakat yang progresif dan saintifik, iaitu satu masyarakat yang inovatif dan berpandangan ke hadapan, bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi juga sebagai penyumbang kepada kemajuan teknologi dan saintifik. Lima teras utama yang disenaraikan dalam Misi Nasional menggambarkan keprihatinan Perdana Menteri dalam aspek pembangunan modal insan. Misi nasional ini mengenal pasti lima teras utama untuk membangunkan dan memakmurkan negara, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; Meningkatkan kapasiti pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama; Menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif; Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA MASA KINI
Malaysia, pada hakikatnya, telah berjaya dalam usaha pendemokrasian pengajian tinggi dan mengeluarkan jumlah graduan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi pertumbuhan ekonominya sepanjang tempoh tiga dekad yang lalu. Sebagai contoh, keupayaan pengajian tinggi di Malaysia telah meningkat sejak wujudnya universiti pertama di Malaysia, iaitu Universiti Malaya pada tahun 1961. Pada masa ini, terdapat seramai 942,200 2 pelajar di 20 universiti awam, 32 universiti swasta dan kolej universiti, empat cawangan kampus universiti antarabangsa, 21 politeknik, 37 kolej komuniti awam dan 485 kolej swasta. Selain memastikan kapasiti fizikal di IPT, kerajaan juga menunjukkan komitmen dengan mewujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyediakan pembiayaan pendidikan kepada pelajar diploma dan ijazah pertama di IPTA dan IPTS. Sejak diperkenalkan pada 1997 hingga 2006, PTPTN telah menyediakan pembiayaannya kepada seramai 896,462 pelajar bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran ke IPT. Semua pelajar berkelayakan kini tidak dinafikan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke IPT. Walau bagaimanapun, cabaran lebih besar lagi ialah untuk menyediakan modal insan minda kelas pertama. Pengangguran di kalangan graduan adalah fenomena di banyak negara dan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan, permintaan industri berubah di luar jangkaan dan graduan yang dihasilkan tidak sepadan dengan permintaan industri. IPT tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini kerana fungsi utama IPT adalah untuk menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan. Justeru, Pelan Tindakan ini mengkaji dan merangka kaedah supaya graduan bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan malah boleh diterima oleh industri dan majikan. IPT mempunyai peranan yang besar dalam menyediakan graduan yang memenuhi kehendak pasaran dengan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira tuntutan pihak industri dan majikan. Antara langkah yang telah dan sedang diambil ialah usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa asing dan berfikiran kritikal di kalangan graduan.

Perdana Menteri memperingatkan rakyat Malaysia tentang keperluan “membangunkan modal insan minda kelas pertama, supaya negara tidak ketandusan para cendekiawan yang berkeupayaan untuk menghadapi cabaran sedunia terutama dalam penghasilan teori baru dan penyelesaian baru.” 1 Seterusnya, Perdana Menteri telah menjelaskan visi ini dengan lebih lanjut dalam ucapannya tentang Malaysia 50 tahun dari sekarang iaitu: “Dalam jangka seratus tahun ke hadapan selepas Merdeka, negara ini akan dapat melihat masyarakatnya mencapai kejayaan di luar imaginasi. Kita akan mempunyai penerima Anugerah Nobel, syarikat bertaraf global, jenama yang terulung dan dihormati, artis dan warga seni bertaraf antarabangsa dan mempunyai khazanah saintifik berpaten antara yang terbesar di dunia. Pelajar dan profesor kita pula akan mendominasi universiti Ivy League manakala universiti tempatan menjadi menara gading cemerlang yang menjadi tumpuan cendekiawan terulung dalam bidang pendidikan dari seluruh dunia. Justeru, KPT mengambil tindakan bagi meningkatkan keupayaan IPT dan mengukuhkan sistem pengajian tinggi bagi melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama. Sehubungan ini, penglibatan dan penyertaan yang aktif daripada semua pihak berkepentingan diperlukan dalam meningkatkan sistem pengajian tinggi negara. Di samping itu, kesinambungan antara sistem pendidikan rendah dan menengah dengan sistem pengajian tinggi akan diteruskan menerusi pemantapan Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan KPT. Ini adalah untuk menentukan bahawa kelestarian inisiatif seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara di bawah KPT dapat direalisasikan.

10

1

Ucapan di upacara pelancaran Kerusi Profesor Di Raja Ungku Aziz dan Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan, November 9, 2006

2 Anggaran

KPT

11

Untuk kursus profesional, seperti perubatan, undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan, usaha seperti penanda aras antarabangsa dan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan industri dan badan profesional berkaitan perlu dirancang. Sementara, untuk kursus am, terutamanya kesusasteraan dan sains kemanusiaan, program latihan kerjaya/vokasional selepas pergraduan akan diperkenalkan mengikut minat pelajar. Usaha gigih sedang diambil untuk memperkenalkan negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa dengan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dari luar negara. Dalam hal ini, peningkatan jumlah pelajar antarabangsa akan membawa pelbagai perspektif, budaya, dan ilmu yang seterusnya dapat memperkaya IPT di negara ini serta memberikan citra antarabangsa. Selain itu, pembangunan modal insan bukan sahaja terhad kepada kalangan universiti dan kolej universiti tetapi juga merangkumi politeknik, kolej komuniti, dan kolej swasta yang akan menyediakan graduan yang berkemahiran tinggi seperti yang dikehendaki oleh industri dan majikan. Usaha gigih sedang dilaksanakan untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di Malaysia melalui universiti terbuka dan kolej komuniti. Pada bulan Februari 2007, kolej komuniti telah dijenamakan semula sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya, program peringkat diploma yang baharu dan berinovatif akan dibangunkan dengan kerjasama pihak industri.

OBJEKTIF DAN PENDEKATAN TRANSFORMASI

“Pembangunan modal insan yang berkualiti akan dilakukan secara lebih pesat. Pendekatan perlu bercorak holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal intelektual di dalam bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan.
YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Tujuan pendidikan adalah untuk pembangunan sahsiah dan membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran kemahiran khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta melahirkan modal insan yang cemerlang. Berikut ialah petikan ucaptama Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-9 pada 31 Mac 2006: “Pembangunan modal insan yang berkualiti akan diperluas. Pendekatan perlu bercorak holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal intelektual di dalam bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan. Pada masa yang sama, kita mesti membangunkan satu budaya yang progresif, diiringi nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan modal insan mentaliti kelas pertama.” Berdasarkan ini, KPT mengkategorikan modal insan kepada klasifikasi mengikut ciri utama meliputi pengetahuan, keperibadian dan kemahiran berinteraksi seperti yang berikut:
Ciri modal insan minda kelas pertama*
Ciri ilmu pengetahuan adalah seperti yang berikut: • Penguasaan dalam subjek teras dan keupayaan memanfaatkan ilmu pengetahuan. • Penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris serta sekurangkurangnya satu bahasa global. • Minat berterusan untuk menimba ilmu menerusi PSH. • Memiliki pengetahuan am yang meluas dan mengikuti perkembangan hal ehwal semasa. • Menghargai seni, budaya, dan sukan. • Berkemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah. • Pendedahan kepada tentang prinsip perniagaan dan pengurusan serta teknologi. Ciri peribadi adalah seperti yang berikut: • Berorientasikan matlamat: proaktif, daya tahan diri, disiplin, yakin, bermotivasi, dan berdaya saing di peringkat global. • Intelektual: kreatif, inovatif, dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal. • Cepat belajar, mudah menyesuaikan diri, dan fleksibel. • Memiliki sifat-sifat keusahawanan. • Beretika dan bermoral tinggi. • Kerohanian yang teguh. • Bersifat penyayang dan prihatin (melalui khidmat masyarakat dan kerja sukarela). Ciri kemahiran berinteraksi adalah seperti yang berikut: • Keterampilan berkomunikasi dan penyampaian berkesan. • Keupayaan menyesuaikan diri dan mudah bergaul dengan orang ramai pada pelbagai peringkat. • Keupayaan untuk maju dan mempunyai kekuatan diri serta rangkaian Profesional. • Kepemimpinan. • Kerja berpasukan.

12

13

Sistem pengajian boleh mencapai tahap tinggi negara tidak memberikan jaminan bahawa semua graduan cemerlang dalam semua bidang selepas tamat pengajian. Walaubagaimanapun, usaha telah dan sedang diambil oleh IPT untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pedagogi, menyusun semua program dan sistem serta menambah baik kurikulum untuk nilai murni dan kemanusiaan dalam diri semua pelajar. Untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti sistem pengajian tinggi negara, IPT dibenarkan untuk memberi tumpuan dalam beberapa bidang keutamaan mengikut misi dan visi institusi masing-masing, peraturan dan tahap pengajian pelajar. IPT bertanggungjawab untuk membantu individu membina asas dan keyakinan diri supaya setiap pelajar memiliki atau mengamalkan semua hasil pengajaran dan pembelajaran ini sepanjang kehidupan mereka. Modal insan dengan minda kelas pertama terbentuk melalui sistem pengajian tinggi yang holistik. Tranformasi pendidikan memerlukan perubahan yang radikal seperti yang disarankan Perdana Menteri. Melalui perubahan radikal ini, kualiti pengajian tinggi negara dapat ditingkatkan supaya setanding dengan IPT terbaik di dunia. Di samping itu, IPT dapat menghasilkan graduan yang terbilang dan memenuhi kehendak masyarakat, majikan, serta memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. IPT yang cemerlang boleh dikenalpasti melalui kepemimpinan yang berwibawa, penjanaan budaya kreatif, manakala ahli akademiknya disanjung seluruh dunia. Di samping itu, IPT yang cemerlang juga kerap diminta membantu dan menjadi rujukan kepada pemimpin negara, pihak industri dan para intelek dunia. Hasrat Malaysia ialah melahirkan IPT bertaraf dunia. Pengeluaran modal insan dengan minda kelas pertama adalah sebab utama kewujudan sesebuah IPT. Pengeluaran modal insan mengatasi keperluan lain. Kemajuan sesebuah negara amat bergantung pada modal insan dan IPT yang berkualiti. Untuk mencapai objektif ini, insentif yang menarik, perundangan, dasar dan tadbir urus terbaik perlu diwujudkan.

PENDEKATAN TRANSFORMASI
Peningkatan (Levelling Up) Pendekatan menaikkan taraf IPT memerlukan perancangan yang strategik bagi pencapaian misi nasional, khususnya dalam penjanaan modal insan yang cemerlang. Terdapat dua pemikiran yang bertentangan tentang matlamat pendidikan, iaitu: Pemikiran pertama ialah pendidikan untuk memenuhi objektif utilitarian dengan matlamat menyediakan teknokrat, birokrat, saintis, ahli ekonomi, dan ahli profesional yang berkepakaran tinggi. Pemikiran kedua, pendidikan mengikut aliran kemanusiaan tiada hubung kaitnya dengan penyediaan sesuatu kemahiran khusus dalam sesuatu bidang pekerjaan, atau penyediaan pekerja industri untuk memenuhi tuntutan ekonomi. Pendekatan menaikkan taraf IPT menetapkan bahawa negara boleh mencapai kedua-dua matlamat tersebut tanpa mengabaikan matlamat yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, Laporan Hala Tuju (Julai 2005) mencadangkan perkara berikut: “Formula terbaik untuk negara ini ialah menggunakan pendekatan menaikkan taraf yang konsisten dengan pendekatan seimbang dan dinamik seperti yang dicadangkan dalam usaha mencapai kemajuan. Jawatankuasa berpendapat bahawa strategi ini akan memberi manfaat kepada kumpulan kurang mampu, sekaligus menyediakan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama maju dan cemerlang.” “Penaikan taraf, dengan matlamat mencapai kecemerlangan dan membantu mereka yang daif merupakan sasaran yang bertepatan dengan usaha jawatankuasa ini untuk mendemokrasikan pendidikan.” Model ini tidak mendiskriminasikan mana-mana pihak, sebaliknya membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia menyertai pengajian tinggi, berdasarkan kelayakan mereka. IPT juga menyediakan lebih banyak laluan untuk rakyat Malaysia cemerlang dalam bidang akademik dan merealisasikan potensi intelektual di samping memenuhi keperluan mereka yang lebih berkecenderungan dalam bidang teknik dan vokasional. Beberapa strategi akan diadaptasi seperti yang digariskan dalam rangka kerja Pelan Tindakan. Strategi bagi institusi ialah keupayaan untuk memenuhi kehendak objektif penubuhan institusi masingmasing, manakala agenda kritikal pula adalah untuk memartabatkan sistem pengajian tinggi negara melalui pendekatan menyeluruh sebagai peletakan asas ke arah kecemerlangan pengajian negara.

14

15

STRATEGI
Rangka Kerja Transformasi
Modal Insan dengan Minda Kelas Pertama

KAEDAH PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara merangkumi empat fasa. Tiga fasa pertama sehingga tahun 2020 bertujuan untuk mencapai kecemerlangan melalui pencapaian objektif, strategi, dan pelan tindakan yang digariskan. Fasa keempat, melangkaui 2020 pula lebih bertujuan untuk mencapai kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi supaya IPT Malaysia berdaya saing dan berdaya tahan pada peringkat global. Pelan Tindakan ini adalah inisiatif pertama dalam membangunkan sistem pengajian tinggi negara dalam tempoh RMKe-9. KPT akan mengadaptasi amalan tadbir urus terbaik dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang digariskan. Sebahagian transformasi yang dirancangan boleh dicapai dalam tempoh tiga tahun, namun, sebahagian besar daripadanya memerlukan masa yang lebih panjang. Hasil sasaran dalam setiap fasa pelaksanaan akan memberikan sumbangan kepada kejayaan seterusnya. Sasaran pencapaian diperincikan dalam Fasa 4 untuk melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama.

Rangka kerja perubahan:
Penyelidikan dan Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran

Kepemimpinan

Tadbir Urus

Akademia

Agenda Kritikal :

Universiti Apex

MyBrain15

Pembelajaran Sepanjang Hayat Skim Latihan Graduan

Audit Prestasi Akademik

Mengukuhkan Institusi
Peranan KPT adalah untuk membantu IPT, terutama bagi institusi yang baharu. Di bawah strategi ini, lima tonggak utama diberikan penekanan untuk mengukuhkan IPT. Aspek tadbir urus, kepemimpinan, ahli akademik, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan merupakan tonggak utama yang diberi perhatian. Ini penting bagi menaikkan taraf sistem pendidikan tinggi supaya IPT berdaya saing dan berdaya tahan pada masa hadapan.

Pelan transformasi ini berasaskan kepada lima tonggak utama institusi dan lima program agenda kritikal.

Peta tuju (Transformasi Pendidikan Tinggi)
RMk9
2007 2007 2008 2008 2009 2009 2010 2010

RMk10 RMk10
2015 2015

RMk11 RMk11
2020 2020

SELEPAS 2020 Beyond 2020
2057 2057

Fasa 1: Perletakan Batu Asas
Program tonggak institusional Program agenda kritikal; Program Pengurusan

Fasa 2: Pembaikan dan Peningkatan
Pendhalusan Pendhalusan

Fasa 3: Kecemerlangan

Fasa 4: Kejayaan dan Ketahanan
(akan dikaji dengan lebih lanjut dalam RMK11)

Penyampaian cemerlang*
* Akan diperincikan pada 2009 dalam pusingan kajian

Pendhalusan

Hasil Sasaran:
Dasar utama digubal, disah dan dilaksana. Pelan strategik IPT selaras dengan pelan perubahan. Inisiatif utama digubal dan dilancar Kemunculan Universiti Apex. Hasil yang cepat daripada pembangunan mampan. Sekurang-kuranngya 2 IPT berada dalam senarai 100 terbaik dunia. Enam universiti penyelidikan berkembang dengan baik. 10 pusat R&D terbaik ada di IPT . 100,000 pelajar antarabangsa. Berpandukan Kualiti. Peratusan tinggi pelajar terbaik memilih universiti kita kerana faktor kualiti. Sekurang-kurangnya 3 IPT berada dalam senarai 100 terbaik dunia. 100 PSJ* per 10,000 tenaga kerja. 100,000 pemegang Ph.D menjelang 2023. Produk inovatif global dan perkhidmatan berdasarkan penyelidikan kita.
(* PSJ: Penyelidik, Saintis & Jurutera)

Sekurang-kurangnya 2 IPT berada dalam senarai 50 terbaik dunia. Mempunyai penerima anugerah nobel. Malaysia mempunyai syarikat tempatan utama bertaraf global. Menghasilkan paten saintifik yang dihormati.

Agenda Kritikal: Memangkinkan Perubahan Menyeluruh
Selaras dengan tonggak ini, usaha menaikkan taraf IPT membabitkan pendekatan agenda kritikal yang digubal khusus untuk melaksanakan perubahan mengikut perspektif meningkatkan kualiti sistem pengajian tinggi. Tonggak ini bertujuan mencapai hasrat agar IPT Malaysia mampu bersaing dengan IPT negara lain yang ternama, di samping berupaya untuk membantu graduan memenuhi kehendak industri melalui latihan kerjaya/vokasional dan mendapat faedah daripada latihan amali di tempat kerja dalam industri khusus serta kerjasama antara GLC dengan IPT.

16

17

BAHAGIAN B – AGENDA KRITIKAL

BAHAGIAN B – AGENDA KRITIKAL : PEMANGKIN TRANSFORMASI MENYELURUH
Universiti Apex
Pendekatan utama yang diperlukan untuk mencapai universiti berstatus dunia adalah melalui penubuhan satu atau dua Universiti Apex. Universiti Apex merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul. Berdasarkan pengalaman universiti terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia. LPU yang terdiri daripada profesional berkaliber mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU akan melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi di universiti. Universiti Apex juga akan memilih pelajar berdasarkan merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holistik termasuk melalui temu duga. Walaubagaimanapun, komposisi kumpulan pelajar perlu mewakili pelbagai etnik tanpa kompromi dalam kelayakan akademik. IPT akan mempunyai ahli akademik cemerlang dan kesarjanaan yang tersohor. Universiti Apex akan melantik staf pengurusan dan akademik terbaik termasuk daripada IPT seluruh dunia dengan pakej ganjaran yang menarik. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini.

Universiti Apex akan menjadi tempat untuk menarik pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang kekal di IPT tempatan. Bagi tujuan itu, Universiti Apex perlu mempunyai ciri berikut: 1. Pemimpin terbaik: Universiti Apex akan diketuai oleh pemimpin yang mempunyai ciri berikut: (i) Cemerlang, berwawasan, bersemangat, dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan; (ii) Pengurus dan pentadbir yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain; dan (iii) Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi, dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat. 2. Fakulti terbaik: Fakulti perlu mempunyai ciri berikut: (i) Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang. Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yang sihat serta menjadi pengajar yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing. (ii) Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan (iii) Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu. 3. Pelajar terbaik: Pelajar yang dipilih ke Universiti Apex perlu berdasarkan merit dengan kriteria dan syarat kelayakan yang tidak boleh di kompromi. Ciri pelajar di Universiti Apex perlu mempunyai; (i) Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus; (ii) Pencapaian yang baik melalui penilaian kualiti yang ketat; dan (iii) Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang. 4. Kemudahan terbaik: Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.

34

35

BAHAGIAN B – AGENDA KRITIKAL

Satu pasukan petugas akan diwujudkan. Pasukan petugas ini akan dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa, pemimpin universiti, tokoh korporat dan wakil Kerajaan untuk membangunkan mekanisme penubuhan Universiti Apex. Pasukan petugas itu akan diberi masa 12 bulan untuk menetapkan kriteria dan menyenarai pendek IPT sedia ada dan baharu muncul berdasarkan pelan pembangunan jangka panjang mereka. Pasukan petugas ini juga akan mencadangkan jenis insentif untuk dianugerahkan kepada Universiti Apex. Hasil yang diharapkan • • Satu atau dua buah Universiti Apex akan diwujudkan dalam tempoh RMKe-9. Universiti Apex akan diberi autonomi untuk membolehkannya memberi fokus untuk menjadi universiti yang terbaik.

MyBrain15 Malaysia perlu menghasilkan modal insan yang berkaliber tinggi dengan lebih pantas di peringkat kedoktoran. Dengan ini, Malaysia akan lebih berdaya saing kerana Malaysia sudah mempunyai infrastruktur yang diperlukan.
Modal insan terbaik penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mencetus kemajuan industri dan penerokaan bidang penyelidikan baharu yang akan meningkatkan daya saing negara. Kebanyakan negara maju dan membangun mempunyai dasar serta strategi bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti terutama dalam bidang sains dan teknologi di peringkat PhD. Strategi Malaysia untuk menghasilkan modal insan kelulusan PhD atau kelayakan setaraf perlu ditingkatkan. Pelajar berkualiti tinggi boleh diperoleh daripada sekolah berasrama penuh dan sekolah premier yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap. Dasar sebelum ini menekankan usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar di IPT boleh dijadikan asas bagi menambah bilangan calon pelajar meneruskan pengajian pada peringkat PhD. Bilangan penduduk kelulusan PhD atau kelayakan setaraf boleh meningkatkan daya saing Malaysia pada peringkat global terutama dalam sektor perindustrian. Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada aktiviti perindustrian yang bersandarkan penyelidikan oleh organisasi komersial asing. Justeru, adalah penting Malaysia membangunkan keupayaan penyelidikannya agar menikmati lebih manfaat. Untuk mencapai objektif ini, adalah disasarkan 100,000 penduduk mempunyai kelulusan PhD atau kelayakan setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang. Ini akan membantu proses peningkatan kualiti modal insan sebagaimana digariskan dalam Pelan Strategik. Hasil yang diharapkan • • 21,000 pemegang Ph.D menjelang 2010. Negara mempunyai 100,000 penduduk kelulusan Ph.D atau kelayakan setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang dalam bidang berikut: - 60 peratus dalam bidang sains, teknologi dan perubatan. - 20 peratus dalam bidang sains kemanusiaan dan sastera gunaan. - 20 peratus dalam bidang profesional.

Pelan Tindakan
Tindakan Membangun kriteria lengkap dan pelan pembangunan Universiti Apex. Agensi Peneraju Pasukan kerja Penyampaian Laporan Pasukan kerja Jangka masa 2008:S3

Penubuhan Universiti Apex.

KPT

Universiti Apex

2009:S 2

Universiti Apex berada dalam senarai 100 terbaik dunia.

Universiti Apex

100 teratas

2010

Pelan Tindakan
Tindakan Mewujudkan hubungan rakan kongsi dalam kalangan kementerian yang berkaitan, institusi penyelidikan awam, dan swasta serta badan profesional. Agensi Peanaraju KPT Penyampaian Pelan pembangunan PhD dan program penyelidikan Jangka masa 2008:S1

Hubungan kerjasama dijalin bersama universiti penyelidikan terbaik (program split PhD dan lainlain).

KPT IPT

Pragram antarabangsa

2008:S3

36

37

BAHAGIAN B – AGENDA KRITIKAL

Audit Prestasi Akademik
Penurunan kuasa tertentu daripada KPT kepada IPT tidak mengurangkan tanggungjawab Kementerian. KPT merupakan pihak berkepentingan yang terpenting dalam meningkatkan kualiti pengajian tinggi. Justeru, KPT perlu mewujudkan satu mekanisme untuk menilai dan memantau keberkesanan dan kualiti IPT dari semasa ke semasa. Untuk tujuan ini, Unit Audit akan ditubuhkan di KPT untuk menyelaraskan dan menilai kualiti IPTA dan IPTS. Unit ini memberi tumpuan kepada pengauditan akademik sahaja. Fungsi audit bukan akademik adalah di luar bidang tugas Unit ini. Hasil yang diharapkan • Semua prosedur mengenai penilaian IPT diselaraskan untuk memudahkan mekanisme pemantauan KPT. Sistem penyetaraan IPT diwujudkan untuk membolehkan institusi tersebut dinilai berdasarkan kepada penarafan tempatan.

Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu dasar pendidikan yang diberi penekanan oleh negara-negara maju dan organisasi antarabangsa seperti OECD, UNESCO dan Majlis Eropah (Council of Europe) sejak tiga dekad yang lalu. Dasar OECD tentang PSH menjelaskan beberapa aspek umpamanya proses globalisasi dan perubahan teknologi, pola kerjaya dan pasaran tenaga kerja yang sering berubah, dan jurang perbezaan antara yang berilmu dan kurang berilmu. Kerajaan menyedari bahawa Malaysia sebagai sebuah negara membangun perlu menangani perkara ini dan beberapa langkah yang bersesuaian telah diambil bagi meningkatkan PSH. Pada masa ini, peluang melanjutkan pengajian terbuka luas dalam pelbagai institusi pendidikan. Di bawah domain KPT, pelajar dewasa boleh melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta, kolej universiti, universiti terbuka, politeknik, kolej komuniti atau kolej swasta. Di samping itu, pelbagai agensi kerajaan dan kementerian menawarkan pendidikan dan latihan kepada orang awam. Kementerian berkenaan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan. Peluang latihan juga ditawarkan secara berkala oleh: • •
2008:S4

Pelan Tindakan
Tindakan Menubuhkan sebuah jawatankuasa audit penilaian akademik pengajian tinggi. Ajensi Peneraju KPT Penyampaian Laporan audit kualiti akademik pengajian tinggi. Jangka masa 2007:S4

Majikan, badan profesional dan organisasi perdagangan, NGO dan organisasi kemasyarakatan awam lain, Organisasi Keagamaan, dan Organisasi yang ada hubung kait dengan parti politik.

Penyetaraan IPT berdasarkan prestasi.

KPT MQA

Sistem penyetaraan

• •

Dasar negara mengenai PSH yang jelas, bersepadu dan holistik perlu digubal. Dalam menggubal dasar mengenai PSH, perkara berikut akan diberi keutamaan: • • Visi Nasional untuk PSH perlu mempunyai definisi, matlamat sesuai dengan objektif dan strategi sosioekonomi negara; Bidang keutamaan yang memerlukan galakan kerajaan di samping mengekalkan kepelbagaian dalam pembelajaran formal dan tidak formal;

38

39

BAHAGIAN B – AGENDA KRITIKAL

• •

Penyelarasan antara keperluan tenaga kerja dengan mengambil kira keperluan masa hadapan; Mengenalpasti golongan yang memerlukan lebih perhatian seperti miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera asli Sabah dan Sarawak, orang asli dan orang kurang upaya; Perkongsian bestari dalam kalangan sektor awam dan swasta, institusi, pertubuhan bukan kerajaan, kesatuan sekerja, dan badan profesional; Penyediaan pembelajaran yang berkualiti dan fleksibel menjurus kepada persijilan untuk menampung keperluan pelajar dewasa.

Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan dasar PSH, perkara berikut perlu diambil kira: • • • • • • Struktur tadbir urus yang jelas, sumber yang mencukupi dan diurus dengan cekap serta menepati sasaran; Keperluan pelajar dan latihan yang relevan; Insentif dan galakan bagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada kumpulan sasar; Mekanisme untuk membudayakan PSH; Saluran maklumat untuk merangsang dan membimbing warganegara tentang peluang PSH; Peranan IPT dan institut latihan masa hadapan serta hubungan kerjasama dan rakan kongsi untuk memudahkan pelaksanaan dasar; Mengadaptasikan mekanisme penyampaian pembelajaran secara kos-efektif seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan ICT; Pemindahan kredit, pengiktirafan pengalaman pembelajaran terdahulu melalui MQF; dan Pembiayaan yang wajar dan insentif kepada pelajar serta penyedia perkhidmatan PSH.

Budaya pembelajaran sepanjang hayat yang berkembang pesat turut menyumbang kepada keperluan modal insan untuk pembangunan negara. PSH juga merupakan laluan alternatif bagi meningkatkan akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi.

Kerajaan akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan menyediakan mekanisme untuk membangunkan PSH di Malaysia. Struktur tadbir urus terbaik akan mempercepatkan pembangunan dan kelestarian PSH bagi memperoleh kejayaan dalam masa panjang melalui langkah berikut: • Menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan untuk PSH (NCLLL) di bawah Majlis Penasihat Pendidikan dan Latihan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Ini merupakan langkah pertama bermatlamat untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan. NCLLL perlu menyediakan rancangan strategik, sumber keperluan, jangkaan pencapaian dan sasaran yang jelas termasuk KPI. Jawatankuasa Kebangsaan akan beroperasi melalui pelbagai perkongsian dan kerjasama pada peringkat Persekutuan. Pada peringkat Negeri pula, ia akan digerakkan melalui penubuhan Jawatankuasa Negeri PSH. Jawatankuasa Negeri ini bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pelan tersebut di bawah penyeliaan Jawatankuasa Kebangsaan. Keahlian bagi Jawatankuasa ini akan dianggotai sekurangkurangnya oleh seorang tokoh pendidik dan komposisi wakil dari pelbagai pihak yang berkepentingan. KPT akan bertindak sebagai sekretariat untuk NCLLL.

Hasil yang diharapkan • • • Peningkatan pelajar supaya menjelang 2020, Malaysia mempunyai 33 peratus tenaga kerja berkelayakan tertiari. Pembudayaan PSH bagi menyokong keperluan pembangunan modal insan. Laluan alternatif untuk memberi peluang semua masyarakat termasuk miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera di Sabah dan Sarawak, masyarakat orang Asli dan orang kurang upaya.

Pelan Tindakan
Tindakan Menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan PSH (JKPSH). Menubuhkan Jawatankuasa Negeri PSH(JNPSH). Agensi Peneraju Majlis Penasihat Kebangsaan Pendidikan dan Latihan KPT KSM JPA Penyampian JKPSH JNPSH Jangka masa 2008:S1 2008:S1

• •

Menggubal Dasar PSH nasional.

JKPSH KPT

Dasar PSH Nasional.

2008:S2

Menggubal halatuju PSH nasional.

JKPSH KPT

Hala tuju 10 tahun PSH

2008:S2

Melaksanakan Fasa 1 halatuju PSH.

KPT

Halatuju Fasa I

2008:S4

40

41

BAHAGIAN B – AGENDA KRITIKAL

Skim Latihan Graduan
Isu pengangguran dalam kalangan graduan berbangkit, antara lain, disebabkan kurang kesedaran berkaitan dengan peranan yang berbeza antara IPT dengan industri latihan dalam menyediakan graduan ke alam pekerjaan. Peranan IPT adalah untuk menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran umum, terutama di dalam konteks membina sikap positif. Manakala institusi latihan pula, menyediakan kemahiran vokasional yang khusus. Walaupun pemilihan bidang kursus pengajian berdasarkan pilihan dan minat pelajar, laluan tambahan untuk menguasai kemahiran khusus untuk mengorak langkah ke alam kerjaya perlu dibekalkan. Pelajar boleh memilih bidang kemahiran yang disediakan mengikut pilihan dan minatnya serta relevan dengan keperluan industri. Pelajar digalakkan mengambil kursus lanjutan mengikut tempoh tertentu untuk menguasai kemahiran pada peringkat sijil dan diploma yang diiktiraf oleh industri. Pada masa yang sama, penyertaan aktif industri adalah amat penting dan akan menambah baik kurikulum dan reka bentuk kursus. Berdasarkan perspektif industri, kursus yang ditawarkan kepada pelajar terbahagi kepada dua kategori iaitu kursus profesional dan kursus am. Kursus profesional mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai kaitan secara langsung dengan industri seperti kejuruteraan, perubatan, pergigian, perakaunan dan undangundang. Graduan kursus profesional boleh terus memasuki pasaran pekerjaan selepas memperoleh ijazah.

Sebaliknya, graduan kursus am seperti sejarah, geografi, falsafah dan sastera kurang berkaitan dengan industri (selain institusi pendidikan) akan menjadi golongan sasar utama untuk mengikuti program latihan ini. Hasil yang diharapkan • • • Latihan industri yang berstruktur dan formal. Graduan memenuhi kehendak pasaran. Graduan boleh menjadi usahawan dan mewujudkan pekerjaan. Program latihan yang berjaya akan menjadi asas kepada perkembangan PSH.

Pelan Tindakan
Tindakan Mewujudkan Skim Latihan Graduan bagi garduan dalam bidang bukan professional. Graduan boleh memilih bidang latihan yang diminati. Menubuhkan jawatankuasa penyelasaran nasional untuk melaporkan kepada Majlis Penasihat Pendidikan dan Latihan untuk memastikan graduan dalam bidang bukan profesional memperoleh pelbagai kemahiran. Agensi Peneraju KPT Kolej Kommuniti Institut latihan. Penyampaian Skim Latihan Garduan Jangka masa 2008:S2

Latihan kerjaya

2008:S2

Menubuhkan satu tabung latihan dengan mekanisme pengagihan peruntukan yang efisien.

KPT/MOF

Tabung Latihan

2008:S2

Mengujudkan jawatan pegawai penasihat kerjaya di semua IPTA bagi memberi nasihat dan bimbingan kepada graduan mendapatkan perkerjaan.

IPTA

Kadar graduan mendapat perkerjaan yang tinggi.

2008:S2

42

43

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

BAHAGIAN A – TONGGAK INSTITUSI: MENGUKUHKAN INSTITUSI
Tadbir Urus
Pada masa ini, terdapat sebanyak 20 buah universiti awam, 21 politeknik dan 37 kolej komuniti di bawah penguasaan KPT. Seterusnya, universiti awam boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu: empat universiti penyelidikan, empat universiti komprehensif dan dua belas universiti berfokus. Sebagai tambahan, terdapat sebanyak 32 buah universiti dan kolej universiti swasta, empat buah kampus cawangan universiti antarabangsa, dan 485 buah kolej swasta yang menawarkan pelbagai program akademik dan vokasional di bawah penyeliaan KPT. Skop tadbir urus KPT merangkumi IPT awam terutama universiti awam. Sementara IPTS pula diurus secara persendirian mengikut Akta IPTS (Akta 555) dan KPT mengawal selia dari segi kelulusan penubuhan dan jaminan kualiti. Namun, IPTS digalakkan untuk mengadaptasikan aspek dan prinsip tadbir urus yang digubal oleh Pelan Tindakan ini bagi menambah baik kualiti IPTS berkenaan. Pada masa ini, secara purata, IPTA menerima sebanyak 90 peratus peruntukan tahunan daripada kerajaan, baki selebihnya diperoleh daripada yuran pelajar. Pada tahun 2007, kerajaan dijangka berbelanja lebih daripada RM6 bilion untuk belanjawan pengurusan IPTA. Jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun dengan penambahan pelajar dan penaikan taraf empat IPTA sedia ada kepada universiti penyelidikan. Sebagai sebuah badan berkanun, IPTA tertakluk kepada peraturan dan dasar kerajaan. Justeru, objektif strategik IPTA perlulah selari dengan hasrat KPT. KPT berhasrat menjadikan IPTA lebih dinamik, kompetitif, dan mampu bersaing dalam dunia yang semakin mencabar. Antara ciri IPTA cemerlang ialah keupayaannya untuk menarik dan mengekalkan ahli akademik yang berupaya menyumbang secara signifikan kepada kemajuan penyelidikan. Mereka juga mesti mengeluarkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran dan mengaplikasikan ilmu dalam konteks masyarakat semasa. Kerajaan menyedari bahawa tahap autonomi dan akauntabiliti yang lebih tinggi adalah perlu supaya IPTA lebih berdaya saing dan mampu mencapai kecemerlangan sebagaimana yang dihasratkan oleh KPT melalui Pelan Strategik.

Merujuk kepada pemilihan pengurusan atasan universiti, KPT telah meminda beberapa peraturan berkaitan untuk memindahkan sebahagian kuasa pentadbiran kepada universiti. Sebagai contoh, Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan 1996) telah dipinda, iaitu Majlis Universiti digantikan dengan Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Namun pindaan ini masih lagi tidak mencukupi dan perlu dibuat dari semasa ke semasa ke arah memberikan lebih autonomi kepada Universiti. Pada tahun 1998, satu cadangan telah dibuat untuk menjadikan IPTA sebagai entiti korporat. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat dilaksanakan atas alasan tertentu. Pada masa ini, amalan pentadbiran berpusat tidak begitu sesuai. LPU terus berfungsi sebagai majlis universiti tetapi tidak mempunyai kuasa untuk bertindak seperti lembaga korporat. Pindaan akta berkaitan perlu dibuat bagi menjelaskan bidang kuasa lembaga pengarah universiti dengan terperinci. LPU akan dipertanggungjawabkan dengan prinsip pentadbiran yang baik seperti yang diamalkan oleh badan perniagaan korporat. Sebagai contohnya, sesetengah amalan boleh diadaptasikan daripada Buku Hijau: Meningkatkan Keberkesanan Lembaga Pengarah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Putrajaya tentang Pencapaian Tinggi GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dalam usaha untuk mentransformasikan syarikat-syarikat tersebut. Tiga komponen di dalam buku ini yang sesuai diaplikasikan oleh LPU ialah: • • • Memperkenalkan kaedah yang membolehkan lembaga berprestasi tinggi. Memastikan keberkesanan lembaga. Memenuhi peranan dan tanggungjawab utama lembaga.

LPU yang baharu perlu bergerak aktif, bersama-sama dengan pengurusan universiti dalam usaha merangka hala tuju strategik, mengurus pencapaian dan risiko institusi, membangunkan kumpulan pemimpin serta proses peralihan tugas, memberhentikan dan memilih pemimpin universiti yang dibuat secara terbuka. Dengan struktur tadbir urus yang digubal, autonomi dalam bidang terpilih akan dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan dan KPI yang ditetapkan. Dalam Fasa 1, KPT akan memantau semua pengurusan IPTA dengan memberikan keutamaan terhadap tanggungjawab universiti menentukan hala tuju masing-masing.

18

19

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

Hasil yang diharapkan • Bidang kuasa dan tanggungjawab LPU, Naib Canselor dan Senat perlu digubal dengan jelas. Bidang kuasa ini penting untuk mengawasi dan mengimbangi kepatuhan perilaku setiap penjawatnya dalam menjalankan tugas secara profesional dan penuh integriti. Melalui rangka kerja Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, akauntabiliti LPU akan ditingkatkan, dan ini dapat memastikan bahawa evolusi yang dijalankan oleh IPTA selari dengan objektif negara. Dengan tanggungjawab pentadbiran yang lebih besar, IPTA melalui penyeliaan LPU perlu akur kepada peraturan dan tanggungjawab yang lebih berat terutama dalam aspek kepemimpinan, pencapaian objektif, dan perbelanjaan.

Kepemimpinan
Untuk mencapai transformasi pengajian tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan, peranan kepemimpinan di IPT amat penting. Dalam hubungan ini, aspek kepemimpinan yang perlu diberi keutamaan yang berikut: • • • Mengenal pasti dan memperincikan peranan pemimpin di IPT. Membentuk proses yang sesuai dalam pemilihan, pembangunan, penilaian, dan pembaharuan pengurusan atasan universiti. Membangunkan program yang mampu melahirkan ramai bakat (program latihan dan program kakitangan pelapis)

Pelan Tindakan
Tindakan
Kajian tentang semua proses IPTA yang memerlukan kelulusan KPT. Kajian tentang struktur tadbir urus, peranan, dan tanggung jawab sedia ada. Penilaian keberkesanan LPU semasa

Agensi Peneraju
KPT Pasukan kerja tadbir urus Pasukan kerja tadbir urus

Penghasilan
Laporan Tahap Lembaga Pengarah Laporan Situasi Laporan Penilaian Pindaan AUKU

Jangka masa
2008:S1 2008:S1 2008:S1

Pindaan AUKU supaya peranan baharu LPU, Naib Canselor dan Senat lebih jelas demi meningkatkan kualiti tadbir urus.

KPT Pasukan kerja tadbir urus

2008:S3

• Mengeluarkan rangka kerja memperkasa tadbir urus dan pengurusan IPTA.

KPT Pasukan kerja tadbir urus

Panduan tadbir urus

2008:S3

Memindahkan kuasa autonomi bidang terpilih kepada LPU secara berperingkat. Ini langkah awal untuk meningkatkan kuasa autonomi bagi IPTA terpilih.

KPT

Dasar tadbir urus

2008-2010

Sistem pembiayaan kompetitif berdasarkan prestasi akan dilaksanakan di semua IPTA. IPTA diberi lebih kuasa untuk mencari sumber kewangan alternatif termasuk hadiah, endowmen, khidmat perundingan, dan penyelidikan komersial.

KPT IPT

Dasar Pembiayaan Dasar Pembiayaan

2009-2010

Lembaga Pengarah Universiti yang telah ditransfomasikan, bersama pihak pengurusan, akan dengan lebih giat menentukan halatuju strategik, mengurus prestasi, dan membangunkan potensi kepemimpinan universiti.

Peranan pentadbiran LPU, Senat dan Naib Canselor perlu didefinisikan dengan jelas bagi memudahkan pelaksanaan dan melicinkan pentadbiran universiti. Selain itu, untuk mencapai perubahan seperti yang diingini, pemimpin unggul hendaklah dizahirkan dan Naib-naib Canselor memainkan peranan utama dalam menggerakan perubahan. Untuk menjayakan Pelan Tindakan ini, pemimpin universiti mesti benar-benar faham tentang peranan universiti dan dapat membentuk visi dan misi serta berusaha ke tahap yang lebih gemilang dan terbilang. Pada masa yang sama, pemimpin universiti mesti menerima perubahan yang dapat meningkatkan sumber kewangan, sistem tadbir urus, dan sistem penyampaian terbaik. Di universiti yang kompetitif, fungsi seperti mengkomersialkan penyelidikan dan pembangunan serta pengumpulan dana harus diberi fokus baharu kerana hal ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan. Kejayaan ini banyak bergantung pada kecekapan pemimpin, terutamanya, mengenal pasti fungsi kritikal, mengambil dan membangunkan kakitangan utama pada pelbagai peringkat untuk dijadikan agen perubahan. Daya tahan dan daya saing IPT amat bergantung pada usaha menginstitusikan proses kepemimpinan universiti terutama dalam aspek pemilihan, pembangunan, penilaian, dan pembaharuan. Proses pemilihan Naib Canselor mesti menentukan bahawa mereka terdiri daripada para profesional terunggul yang akan menumpu perhatian kepada mencapai matlamat-matlamat strategik.

2009-2010

20

21

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

Jawatan Naib Canselor merupakan jawatan terbuka dan hanya calon terbaik akan dilantik untuk menjalankan tugas terpenting ini. Untuk menyelaraskan dasar ini, satu panel pemilih akan dilantik bagi memilih dan mencadangkan calon bagi jawatan ini apabila penggal perkhidmatan Naib Canselor hampir tamat. Sistem pemilihan ini akan diamalkan secara berperingkat ke arah pemilihan secara terbuka. LPU bersama-sama dengan KPT akan memainkan peranan lebih aktif dalam menyediakan dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sesuai untuk Naib Canselor dan pengurusan kanan universiti. Proses pemilihan LPU mesti selari dengan keperluan tunggak tadbir urus KPT. Dengan peningkatan autonomi dan tanggungjawab yang tinggi, ahli LPU mesti memainkan peranan penting dalam mengurus universiti dan meningkatkan kualiti institusi serta menjaga kepentingan kerajaan. Wakil industri dalam LPU hendaklah berkelayakan agar dapat menyuntik perspektif baru dalam kepimpinan, pengumpulan dana, dan menjalankan aktiviti kolaborasi. Proses pembangunan kepemimpinan akan mengenalpasti ekangan dengan menyediakan latihan dan mengadaptasikan amalan terbaik institusi terkenal luar negara. Program khusus untuk meningkatkan keberkesanan LPU, perancangan strategik, pengurusan, pengkomersialan R&D serta perubahan budaya akan direka untuk membantu pemimpin IPTA dan IPTS. Untuk tujuan ini, Akademi Kepemimpinan Pengajian Tinggi (AKePT) akan ditubuhkan pada penghujung tahun 2007. Untuk memastikan akauntabiliti, proses penilaian objektif perlu dibuat menerusi KPI bagi mencapai matlamat perubahan dan keharmonian serta ketahanan kepimpinan IPT untuk jangka masa panjang. Dalam konteks ini, semua pemimpin bertanggungjawab memacu institusi mereka ke arah kecemerlangan. Beberapa IPT sedang berusaha untuk tersenarai antara 100 IPT terbaik di dunia. Manakala IPT yang lain pula meneruskan usaha menyediakan akses yang lebih luas kepada pelajar dan meningkatkan kualiti pengajian tinggi mereka. Pemimpin IPT perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar demi memastikan IPT terus cemerlang menerusi proses transformasi ini.

Proses kepemimpinan yang holistik hanya boleh dilaksanakan dengan lancar melalui perancangan yang sempurna. Pemimpin pelapis perlu dikenalpasti lebih awal dan diperkenalkan dengan program pembangunan kepemimpinan AKePT. Pemimpin yang terbukti cemerlang akan disenaraikan sebagai calon pemimpin, dan akan memikul cabaran yang lebih besar di IPT. Hasil yang diharapkan • • Pelantikan pemimpin di IPT adalah daripada calon terbaik dan memahami dasar dan aspirasi negara sepenuhnya. Kelestarian kualiti kepemimpinan IPT berada pada tahap tertinggi menerusi penilaian berterusan ke atas pengalaman pemimpin berdasarkan penanda aras antarabangsa. Pemimpin IPT mendapat peluang menjalani program profesional dalam bidang pembangunan kepemimpinan.

Pelan Tindakan
Tindakan
Membangunkan pelan strategik tiga tahun IPT selaras dengan objektif transformasi KPT Mengenal pasti bidang kritikal untuk kejayaan IPT

Agensi Peneraju
IPTA

Penghasilan
Pelan Strategik Bidang Kejayaan Kritikal

Jangka masa
2008:S1

IPTA

2008:S1

Satu jawatankuasa pemilihan calon Naib Canselor akan dibentuk daripada kalangan tokoh ilmu tersohor dan pemimpin korporat.

KPT

Pelantikan Jawatankuasa

2008:S1

AKePT akan menyediakan program yang berstruktur tentang pembentukan kepemimpinan melalui kaedah kerjasama dengan institusi utama tempatan dan antarabangsa. LPU, Naib Canselor dan Pengurusan Kanan akan mengikuti program yang direka khusus untuk setiap kumpulan.

AKePT

Program kepemimpinan

2008:S1

Program juga akan dibangunkan untuk membantu staf pengurusan (Dekan dan Ketua Jabatan) untuk membolehkan mereka memegang jawatan yang lebih kanan.

IPT AKePT

Pelan Kejayaan Pembangunan

2008:S1

22

23

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

Akademia
Ahli akademik adalah penting dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah IPT dan membentuk pelajar yang berketerampilan. Untuk menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama, setiap IPT perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik perhatian pelajar supaya berusaha ke arah kecemerlangan dan memberikan rangsangan kepada ahli akademik untuk terus menyampaikan ilmu pengetahuan. Di samping itu, hubungan rapat dengan industri dan kolaborasi antarabangsa melalui program pertukaran ahli akademik perlu ditingkatkan. Untuk membentuk budaya profesionalisme dalam kalangan ahli akademik, perkara berikut perlu diberi keutamaan: (i) (ii) Meningkatkan kualiti profesionalisme; Membangunkan program latihan profesionalisme; dan

Selain program pembangunan profesionalisme, aspek budaya kerja dan kepemimpinan perlu diinstitusikan bagi memastikan kecemerlangan IPT. Bagi maksud ini, beberapa penganugerahan dan pengiktirafan serta insentif lain diperkenalkan dalam semua bidang. Sementara itu, pesara akademik yang cemerlang akan dipelawa untuk menyertai semula IPT supaya dapat terus memberikan sumbangan idea dan membantu meningkatkan profesionalisme tenaga pengajar muda. Kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya ahli akademik berdasarkan kepada prestasi dan kualiti pengajaran, penyelidikan dan amalan nilai murni. Hasil yang diharapkan • Budaya profesionalisme dalam kalangan ahli akademik di IPT menerusi pengiktirafan dan penganugerahan serta peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya. Ahli akademik diberi peluang untuk memajukan profesion mereka. Ahli akademik mendapat liputan secara berterusan dalam jurnal rujukan yang diiktiraf antarabangsa. IPT menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa dan mempunyai ahli akademik terbaik dalam pengajaran dan penyelidikan.

(iii) Memberikan pengiktirafan dan penganugerahan. Pada tahun 2006, terdapat lebih daripada 20,000 pensyarah di IPTA. Sebanyak 25 peratus memiliki PhD atau kelayakan yang setaraf. Pada tahun 2010, kerajaan menetapkan sasaran 60 peratus pensyarah lulusan PhD. Selaras dengan itu, usaha ini akan diteruskan menerusi tunggak penyelidikan dan pembangunan serta program MyBrain15. Selain itu, beberapa inisiatif juga telah dikenal pasti untuk meningkatkan profesionalisme dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan dan kriteria yang tertentu untuk mendapat kelayakan profesor. Program pembangunan profesionalisme perlu untuk memajukan laluan kerjaya ahli akademik dengan mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan IPT, syarikat tempatan, multinasional dan institusi antarabangsa untuk membina program pembangunan ahli akademik. Program seperti latihan, penyelidikan bersama, sangkutan dan pertukaran staf direka untuk IPTA dan IPTS.

Kolaborasi antara IPT dengan entiti korporat tempatan dan multinasional terkemuka akan dipergiatkan untuk mewujudkan program pembangunan staf akademik.

24

25

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

Pelan Tindakan
Tindakan Menggubal dasar dan pelan pembangunan sumber manusia untuk ahli akademik IPT. Agensi Peneraju KPT Penghasilan Dasar dan Pelan Pembangunan Ahli akademik Jangka masa 2008:S1

Pengajaran dan Pembelajaran
Graduan yang dihasilkan oleh IPT perlu mempunyai ciri yang seimbang sama ada dari segi intelek, kepakaran, kemahiran, emosi, dan nilai murni. Justeru, KPT akan memperkenalkan program holistik yang merentasi semua disiplin kursus dengan memberikan fokus kepada kemahiran komunikasi dan keusahawanan. Program sedemikian bertujuan untuk membina keterampilan diri semua pelajar dengan memberikan pendedahan kepada subjek di luar bidang pengkhususan. Sebagai contohnya, pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang sains, perubatan, dan kejuruteraan akan didedahkan dengan kursus kesusasteraan dan falsafah. Begitu juga pelajar dalam bidang kemanusiaan akan diberi pendedahan dalam bidang sains dan teknologi serta ICT. Untuk memupuk perpaduan nasional, kursus yang memberikan fokus kepada pemahaman tentang kepelbagaian budaya juga digalakkan kepada semua pelajar. Walau bagaimanapun, pendekatan pengajaran harus menekankan perkembangan domain afektif dan bukan semata-mata domain kognitif umpamanya kaedah perbincangan dan penyertaan dalam kumpulan. Seterusnya, pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti khidmat masyarakat dan acara sukan demi membina keterampilan kepemimpinan kerja berpasukan dan kualiti sahsiah yang lain. Kurikulum dan pedagogi yang dinamik dan relevan perlu digubal untuk menjamin keberkesanan dan kekuatan sesebuah IPT. Pendekatan merentasi disiplin dalam penggubalan kurikulum pengajian tinggi akan merangsang kreativiti, inovasi, daya kepemimpinan, dan keusahawanan. Kurikulum juga harus berupaya untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran agar mereka boleh bersaing dalam pasaran kerja kompetitif. Kurikulum dan program kursus akan sentiasa dikaji agar sentiasa relevan. Di samping itu, usaha pembangunan dan penilaian kurikulum perlu ditingkatkan dalam kalangan IPT melalui kerjasama industri dan majikan. Usaha pengantarabangsaan pengajian tinggi juga adalah signifikan terutama melalui perkongsian bestari untuk mencapai standard yang setara dengan IPT terkemuka di dunia supaya pemindahan ilmu dapat dimanfaatkan. Rangkaian kerjasama ini akan membangunkan kapasiti nilai tambah IPT dan menyuntik perspektif global. Walaupun kurikulum adalah penting, cara penyampaiannya juga kritikal. Staf akademik IPT perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, prosedur pentadbiran perlu diubah bagi membantu staf akademik mencapai kecemerlangan dengan memberikan fokus kepada penyampaian kurikulum yang inovatif.

Profesionalisme Mengkaji semula skim ganjaran ahli akademik Sistem tempoh perkhidmatan untuk pelantikan ahli akademik kanan di IPTA Profesor dilantik berasaskan merit akademik dengan kriteria utamanya penerbitan jurnal berimpak tinggi pada peringkat nasional dan antarabangsa, Memberikan insentif yang lebih menarik kepada pensyarah politeknik dan kolej komuniti. KPT Laporan Penilaian Garis panduan tenureship Garis panduan Profesor Skim mengajar untuk para profesional 2008-2010

KPT

2008:S 2

KPT

2008:S 2 2008:S 2

KPT

Pembangunan dan Latihan: Skim latihan akademik untuk IPT dan skim latihan persekutuan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Melatih Jurulatih Program Pengurusan dan Kepemimpinan dengan kerjasama AKePT serta institusi antarabangsa ternama. Program pengurusan dan Kepemimpinan yang dijalankan oleh jurulatih IPT. Program pertukaran staf akademik dengan staf sektor swasta untuk menggalakkan kerjasama dua hala. Kerjasama lebih erat antara IPTA dan IPTS untuk program pembangunan staf. Memudah cara peningkatan kesarjanaan secara berterusan untuk profesor emeritus termasuk sumbangan mereka sebagai pembimbing kepada staf akademik muda. Meningkatkan mobiliti staf akademik khususnya aktiviti kolaborasi antara universiti. IPT Program pembangunan professional untuk staf bukan akademik KPT 60% Ph.D. 2010

AKePT

500 peserta

2008

IPT KPT IPT

20,000 peserta

2009-2010 2007:S4 2008-2010

Dasar Penyertaan aktif Pembangunan program yang kos efektif

KPT IPT KSM

2009

IPT

Program mentor

2008

KPT

Garis panduan mobiliti

2008:S1

2008:S4 Program pembanguna n

Anugerah dan Pengiktirafan Anugerah nasional dan institusi untuk mengiktiraf pencapaian terbaik pensyarah IPT dalam pelbagai bidang. Anugerah pada masa ini diberikan kepada mereka yang terbabit dalam bidang pendidikan, penyelidikan, penerbitan, seni kreatif dan kepemimpinan akademik. Fellowship IPT dianugerahkan kepada pensyarah cemerlang dalam bidang pengajaran dan pembelajaran KPT IPT Program anugerah berasaskan merit Berterusan

IPT

Anugerah Fellowship

Berterusan

26

27

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

Kaedah pengajaran yang inovatif seperti penyertaan aktif dan penyelesaian masalah akan digalakkan dalam usaha memberikan pendedahan kepada pelajar supaya dapat berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dengan baik. Pedagogi juga merupakan aspek penting yang perlu dimiliki oleh staf akademik. Cara mengajar yang baik memerlukan sistem penilaian untuk menilai keberkesanannya terhadap hasil pembelajaran. Satu dasar akan digubal untuk menggalakkan penguasaan dan kemahiran mengajar untuk semua staf akademik IPT. Sebagai langkah awal, KPT akan menggariskan program dalam perkhidmatan untuk staf akademik menjalani program pengayaan diri. Untuk menjamin penguasaan beberapa bahasa asing, kurikulum bahasa ketiga sedang dilaksanakan secara berperingkat. Pelajar boleh memilih sesuatu bahasa seperti Mandarin, Arab, Perancis dan Sepanyol. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran akan terus digalakkan terutama dalam subjek sains, matematik dan teknikal. Pada masa ini, perspektif global dalam kalangan pelajar IPT adalah penting. Untuk menggalakkan mobiliti, pertukaran dan pergaulan sesama pelajar, usaha akan diteruskan untuk memberikan peluang kepada pelajar terbaik IPT tempatan melanjutkan pengajian di universiti luar negara sekurang-kurangnya satu semester. Dalam bidang ICT, KPT telah memperkenalkan beberapa program latihan profesional yang diiktiraf dengan syarikat ICT terkemuka. Program ini dijalankan dengan kerjasama IPT tempatan dan luar negara termasuk satu komponen melatih pensyarah. Pensyarah tersebut akan mengadaptasikan pengalaman pembelajaran ke dalam kurikulum ICT di IPT masing-masing. Kejayaan program ini akan menjadi asas kepada pelaksanaan program profesional untuk kursus lain. Hasil yang diharapkan • Graduan yang boleh berfikir secara kritikal, mempunyai kemahiran komunikasi dan berbahasa Inggeris dengan cemerlang serta ICT dijadikan asas umum kepada semua graduan tanpa mengira pengkhususan masing-masing. Kemahiran ini akan dimasukkan ke dalam kurikulum yang berjalan serentak dengan program ijazah di semua IPTA. Semua pensyarah perlu mempunyai tahap kesarjanaan dan profesionalisme yang tinggi dalam bidang pengkhususan masing-masing serta keupayaan mengajar yang berkesan.

Pelan Tindakan
Tindakan Menghasilkan program holistic, pelajar dalam bidang sains tulen akan didedahkan dengan subjek kemanusiaan, dan sebaliknya. Ia akan dilaksanakan serentak dengan program kepelbagaian budaya. Mengadakan program penempatan pelajar IPT tempatan terbaik di universiti terpilih luar negara selama satu semester. Agensi Peneraju Pasukan Kerja P&P Penghasilan Pendidikan seimbang dan holistik Jangka masa 2008:S4

Kurikulum dan pedagogi yang dinamik dan relevan diperlukan untuk memastikan keutuhan sesebuah institusi. Adalah sangat penting bagi pelajar membangunkan perspektif global ketika menuntut di peringkat tertiari.

Pasukan Kerja P& P IPT

Program pertukaran pelajar

2008:S3

Melaksanakan program membabitkan tokoh korporat untuk membantu menambah baik kurikulum dan kualiti pengajaran.

Pasukan Kerja P&P KPT Industri

Program pembanguna n industri yang terkini dan paling relevan. Berfikiran kritikal, kemahiran berkomunikasi, berbahasa Inggeris dan ICT

Berterusan 2008:S 2 (Perintis)

Memasukkan unsur kemahiran pembangunan kerjaya dalam kurikulum teras seperti kemahiran insaniah, ICT dan keusahawanan.

IPT

Menjalin hubungan kerjasama antara IPT tempatan dan universiti ternama dunia untuk menanda aras kursus IPT agar setanding dengan standard antarabangsa. Mewujudkan kerangka peer review dengan IPT luar negara secara resmi.

KPT IPT

Rakan kongsi Laporan penanda aras

2008:S2 2008:S4

Pasukan Kerja P&P

Kajian semula rangka kerja rakan sejawat

2008:S4

Mewujudkan mekanisme mengkaji semula kurikulum supaya sentiasa relevan. .

KPT IPT

Kurikulum yang terkini dan relevan

Berterusan

Mewajibkan latihan pedagogi dalam perkhidmatan untuk tenaga pengajar IPT dengan menggunakan KPI sebagai asas penilaian. Mengetengahkan program terbaik pensyarah untuk semua pengajar IPT.

KPT IPT IPT

Program yang mencukupi dan penyertaan aktif

2008-2009

Mewujudkan pusat perkembangan kepelbagaian untuk bidang pedagogi, pembangunan kurikulum dan penilaian. Melaksanakan langkah untuk menjadikan penyelidikan sebagai kaedah pengajaran dan diberi keutamaan. Menggalakkan kaedah latihan ahli akademik yang inovatif dan penyelidikan melalui AKePT.

IPT

Pusat cemerlang di IPT

2008:S1

IPT Penyelidikan

2008:S2

Berterusan AKePT Methodologi dan penyelidikan

28

29

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Kejayaan R&D adalah kritikal bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga faktor berikut: 1. Untuk menghasilkan harta intelek dan inovasi yang diperlukan bagi memacu negara ke peringkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambah global dan mewujudkan peluang pekerjaan baru. Untuk mencipta ilmu baru dan menghasilkan penemuan baru yang berharga bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi unggul. Untuk membangunkan modal yang dihasratkan bagi mempergiat inovasi dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan.

Terdapat dua aspek penting dalam membangunkan R&D di IPT iaitu: 1. 2. Menambah bilangan penyelidik, saintis, dan jurutera (RSE); Memupuk budaya kerja yang sesuai untuk memastikan minat, dedikasi, dan komitmen ke arah penyelidikan.

2.

3.

Laporan Pelaburan Dunia 2005, Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) menyenaraikan Malaysia di tangga ke-60 dalam senarai Indeks Keupayaan Inovasi (berdasarkan data 2001). Indeks ini diukur mengikut dua dimensi kritikal, iaitu: Aktiviti Teknologi (proksi: perbelanjaan R&D dan pengambilan kakitangan, memfailkan paten US, bahan penerbitan saintifik) dan Modal Insan (proksi: kadar celek huruf, enrolmen pelajar pada peringkat menengah dan tertiari). Tanpa mengambil kira batasan indeks dan kemajuan yang tercapai sejak tahun 2001, tindakan yang lebih drastik wajar diambil jika Malaysia ingin mencapai objektif Misi Nasional dan menjadi sebuah negara yang maju. Keperluan ini berkisar pada modal insan, pembiayaan kewangan, dan sistem inovasi negara yang bersepadu.

Mengikut Kajian Nasional tentang Penyelidikan dan Pembangunan 2006, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia mempunyai kira-kira 21 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja pada tahun 2003. Angka ini adalah jauh di bawah paras purata 100 RSE di negara-negara EU pada tahun yang sama. Untuk menambah bilangan RSE, Malaysia perlu mempergiat usaha mewujudkan program baru selain daripada skim latihan akademik dan program split Ph.D. Sementara itu, dalam jangka masa panjang, cadangan penyelesaian yang lebih kreatif dan strategik perlu dirancang. Perancangan ini hendaklah melibatkan Kementerian Pelajaran dan MOSTI. Proses mengenal pasti, menyalurkan, dan membangunkan bakat terbaik perlu dilakukan dari peringkat pendidikan menengah lagi. Selain menambahkan bilangan, kerjaya RSE perlu dijadikan lebih menarik melalui penyemarakan budaya penyelidikan yang memberikan pengiktirafan kepada pencapaian dan menggalakkan kerjasama. Ini akan merupakan petanda baik bagi merealisasikan hasrat negara untuk maju ke hadapan dalam bidang sains dan teknologi yang relevan. Dalam RMKe-9, pembiayaan kerajaan untuk bidang penyelidikan telah ditingkatkan kepada 1.5 peratus daripada KDNK. Dari segi peratusan, jumlah ini melebihi tiga kali ganda berbanding dengan hanya 0.49 peratus di bawah RMKe-8. Walau bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan. Sebagai contoh, pada tahun 2002, negara Asia seperti Singapura, Taiwan, Korea Selatan, dan Jepun telah membelanjakan antara 2.15 peratus hingga 3.07 peratus daripada KDNK untuk R&D. Adalah penting geran R&D digunakan secara berhemah dalam bidang strategik terpilih tanpa membebankan penyelidik dengan kerenah birokrasi. Perbelanjaan untuk R&D oleh sektor swasta juga perlu digalakkan bagi mengoptimumkan sumber sedia ada dan keupayaan IPT. Untuk meningkatkan penghasilan R&D, kerangka sistem inovasi nasional perlu difahami dengan jelas dan dilaksanakan sepenuhnya. Hubungan antara universiti penyelidikan, pusat R&D

30

31

BAHAGIAN B – TONGGAK INSTITUSIONAL

IPT, organisasi penyelidikan awam dan industri mesti digalakkan dan digerakkan untuk meningkatkan proses mengkomersialkan R&D. Kolaborasi dan rangkaian yang lebih erat perlu diperluas hingga peringkat antarabangsa bagi memastikan hasil yang lebih baik dan untuk menarik bakat luar, memperoleh peluang penyelidikan dan pembiayaan. Hasil yang diharapkan • • 50 RSE setiap 10,000 tenaga kerja. Mengkomersialkan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada semua usaha penyelidikan dan pembangunan. Universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa. 5 pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan bertaraf dunia. Sistem Inovasi Nasional yang berfungsi dengan baik, berkembang subur dan menjalin kerjasama yang erat akan memudahkan pengagihan sumber secara berkesan, mencapai sasaran usaha penyelidikan, bergerak mengikut rantaian nilai, dan pengkomersialan R&D serta akses kepada rakan kongsi dan pasaran global.

Pelan Tindakan
Tindakan Mengkaji semula pembangunan RSE sedia ada dengan mengenapasti biasiswa sedia ada dan program latihan. Agensi peneraju Pasukan kerja RSE (KPT,KPM, MITI & MOSTI) Penyampaian Laporan situasi Jangka masa 2008:S2

• •

Universiti penyelidikan dan pusat kecemerlangan R&D, akan muncul sebagai hab dalam sistem inovasi kebangsaan yang berkolaboratif, berjalan lancar dan berkembang maju.

Menggubal Pelan Pembangunan Modal Insan RSE di IPT dengan: Menetapakan sasaran tinggi mengikut sektor menjelang tahun 2020. Menyediakan laluan kepada pelajar pendidikan menengah ke program pasca kedoktoran. Menyediakan program biasiswa dan pinjaman secara komprehensif Program Brain Gain IPT. Melaksanakan Pelan Pembangunan Modal Insan RSE - Fasa 1.

Pasukan kerja RSE

Pelan Pembangunan Modal Insan RSE Laluan RSE

2008:S2 2008:S3

2010

KPT IPT

50 RSE bagi 10,000 tenaga kerja

Membangunkan pelan komprehensif untuk meningkatkan budaya R&D di IPT termasuk: Pengiktirafan, insentif and anugerah. Kepemimpinan and program mentor. Seminar and latihan menangani isu R&D. Kolaborasi dan rangkaian kerjasama RSE di IPT. Melaksanakan program peningkatan budaya R&D.

Pasukan kerja R&D

Plan Induk Budaya R&D

2008:S1

KPT IPT

Program peningkatan budaya R&D

2008-2010

Mengkaji semula program utama R&D di IPT dan kerjasama dangan institusi penyelidikan dan industri.

Pasukan kerja R&D

Laporan situasi R&D terkini Profil pusat utama R&D

2008:S2

Menyumbang kepada Sistem Inovasi Kebangsaan (NIS) termasuk: Melaras aktiviti R&D bertaraf tinggi Mewujudkan bidang kerjasama untuk universiti penyeldikan, pusat kemerlangan, IPT lain, institusi penyelidikan awam MNC, GLC dan SME. Mengenalpasti potensi rakan kongsi antarabangsa. Melaksana Pelan NIS di IPT: Universiti penyelidikan (RU). Pusat kecemerlangan (COE). Pengkomersialan R&D.

Pasukan kerja NIS

Plan pelaksanaan IPT - NIS MOU & MOA Universiti penyelidikan dan pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa Pangkalan data R&D IPT dan pusat semakan (clearing house) untuk menggalakan pengkomersialan .

2008:S3

KPT IPT

2008:2010 2010 2008:S4

32

33

BAHAGIAN C – PELAKSANAAN SOKONGAN

BAHAGIAN C – SOKONGAN PELAKSANAAN
Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Tadbir Urus Program
Dalam melaksanakan Pelan Tindakan ini, KPT akan menyediakan mekanisme untuk memastikan terdapat keselarasan antara program dan aktiviti dengan arah tuju strategik pengajian tinggi negara. Mekanisme ini akan membantu KPT menilai pembangunan dan kandungan program berdasarkan hala tuju. Untuk mencapai objektif ini, program struktur tadbir urus berkesan adalah seperti berikut: • Tadbir Urus bagi sesuatu program adalah gabungan tiga faktor iaitu individu komited yang mengisi jawatan eksekutif dan pengurusan; pengawasan program dan aktiviti dalam struktur organisasi; serta dasar yang memperincikan prinsip pengurusan dan proses dalam membuat keputusan. Gabungan tiga faktor ini memberi tumpuan kepada pencapaian hasil yang diharapkan. Bagi maksud ini, penyediaan data dan maklum balas perlu diadakan bagi memantau pelaksanaan program secara berterusan.

“You must be the change you wish to see in the world.” – Mahatma Gandhi KPT perlu komited dalam usaha memacu transformasi pengajian tinggi ke arah pembangunan modal insan dengan minda kelas pertama. Justeru, peranan KPT akan berubah daripada kawal selia kepada pemudah cara. Di masa hadapan, peranan KPT sebagai pemudah cara akan diperluaskan ke arah peningkatan kualiti sistem pengajian tinggi. Dalam hal ini, KPT menjadi rakan kongsi utama IPT bukan sahaja bagi menyediakan hala tuju strategik, tetapi memberikan sokongan bagi menjamin kecemerlangan IPT. Untuk mencapai objektif ini, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan mengenalpasti sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan seperti berikut: • • • • • Tadbir urus: pengurusan yang efisien, berkesan dan berintegriti; Budaya: profesionalisme, kualiti kerja yang tinggi dan kerja berpasukan; Sumber kewangan: agihan peruntukan yang efisien untuk mencapai objektif; Sumber manusia: sinergi di antara yang baru dan sedia ada termasuk pengalaman pakar; dan Infostruktur: penyediaan maklumat dan analisis data mengikut masa yang ditetapkan.

Amalan terbaik korporat akan diadaptasikan untuk memacu pelan transformasi ini. Pejabat Pengurusan Program akan membimbing proses transformasi dan membina keupayaan pengurusan projek.

Pelan ini akan mengambil kira aspek tadbir urus berikut: • Struktur organisasi – Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Program, Pejabat Pengurusan Program (PMO), model organisasi program dan projek. Peranan - Penaung Program, Jawatankuasa Pemandu, Pengarah Program dan Pengurus Pasukan Projek. Mekanisme - Garis panduan dan hala tuju tentang tadbir urus, penurunan kuasa, semakan berkala program dan aktiviti serta membuat penyelarasan.

• •

Kejayaan program ini akan dicapai melalui pemilihan pegawai yang sesuai, struktur organisasi dan pengurusan program yang cekap dan berkesan. Peranan dan tanggungjawab pegawai PMO akan diperincikan dengan jelas.

44

45

BAHAGIAN C – PELAKSANAAN SOKONGAN

Struktur Program
Bagi menentukan kejayaan Pelan Tindakan ini, Pengarah Program bertanggungjawab menyelaras dan mengatur program dan aktiviti secara teliti, efisien, dan berupaya memberi penjelasan dan arahan serta membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Penaung Program Penaung Program akan bertanggungjawab ke atas pencapaian dan kejayaan program dan aktiviti seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan. Jawatankuasa Pemandu Jawatankuasa Pemandu yang diwakili oleh pihak berpentingan akan membuat keputusan dan persetujuan ke atas mekanisme tadbir urus dan inisiatif program dan projek. Di samping itu, Jawatankuasa Pemandu juga penting sebagai forum bagi membincangkan isu, sumber, tempoh pelaksanaan dan hala tuju Pelan Tindakan. Jawatankuasa Pemandu akan dianggotai oleh kementerian yang berkaitan, IPT, sektor korporat dan tokoh terkemuka. Peranan Jawatankuasa ini adalah untuk memantau kemajuan program, menangani isu yang berbangkit dan membuat pelarasan, menilai impak program dan aktiviti. Pengarah Program Pengarah Program dan Pengurus Projek akan memastikan bahawa program dan projek adalah selaras dengan Pelan Strategik. Memandangkan program dan projek akan memberi kesan kepada Pelan Strategik, mekanisme yang disediakan perlu mempunyai hubung kait antara inisiatif dan strategi, menyediakan pertukaran maklumat yang berkesan serta membuat pelarasan.

Pejabat Pengurusan Program Pejabat Pengurusan Program (PMO) akan diwujudkan untuk memacu perubahan secara holistik untuk menerajui pembangunan pengurusan projek. Empat unit operasi akan ditubuhkan seperti berikut: 1. Unit Penyelarasan akan menjadi pusat rujukan untuk membantu unit lain dalam melaksanakan tugas secara lebih cekap dalam menganalisis, menggubal, mengurus dan menyelaras strategi dan pelan tindakan. Unit Mentor dan Latihan akan melaksanakan tugas berkaitan dengan khidmat nasihat dan rundingan kepada pihak berkepentingan. Unit ini akan membantu IPT dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan berkaitan dengannya. Unit Pemantauan bertanggungjawab memantau pelaksanaan dan keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan Pelan Tindakan. Di samping itu, Unit ini juga akan menyediakan laporan tentang kemajuan pelaksanaan secara holistik. Unit Komunikasi akan mengurus hal-hal berkaitan dengan komunikasi di antara KPT dengan pihak yang berkepentingan untuk memastikan mereka memperoleh maklumat terkini.

2.

3.

4.

Pasukan Projek Pasukan projek diketuai oleh pengurus projek. Pasukan ini akan merancang dan merangka program dan aktiviti khusus bagi menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan ini. Ahli pasukan terdiri daripada pegawai daripada pelbagai bidang. Pasukan ini akan dibantu oleh pakar runding berkaitan dengan pengajian tinggi untuk memastikan pelaksanaan program dan aktiviti berjalan dengan lancar dan berkesan.

46

47

BAHAGIAN C – PELAKSANAAN SOKONGAN

PMO di IPT (iPMO) PMO di IPT (iPMO) akan ditubuhkan untuk melaksanakan program dan aktiviti di peringkat institusi tersebut di samping memberikan sokongan bagi menjayakan perancangan dan pelaksanaan Pelan Tindakan. iPMO akan membantu Pasukan Projek dalam mendapatkan data, maklumat dan kepakaran di IPT. Carta organisasi berikut menjelaskan peranan dan hubung kait antara Penaung, Jawatankuasa Pemandu, Panel Penasihat, PMO, Pasukan Projek, dan iPMO iaitu:

KESIMPULAN
Misi pengajian tinggi adalah untuk membangunkan modal insan dengan menggubal dasar, akta dan peraturan, serta struktur tadbir urus terbaik untuk mencapai kecemerlangan akademik. Peranan IPT adalah signifikan dalam menghasilkan generasi baharu Malaysia yang lebih cergas dan berupaya mengambil bahagian dalam proses globalisasi. Sistem pengajian tinggi menyediakan akses yang luas kepada pelajar yang layak mengikut pengajian di universiti untuk mencapai kecemerlangan. Sementara itu, laluan alternatif disediakan kepada pelajar yang tidak dapat memasuki universiti. Mereka berpeluang mengikut pengajian di institusi latihan dan kemahiran serta menyertai program pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu, golongan miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera Sabah dan Sarawak, orang Asli dan orang kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan sewajarnya menerusi Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi. Usaha menambah baik kurikulum dan pengalaman pembelajaran akan diteruskan bagi memasti kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di tahap yang tinggi dan relevan.
Unit Komunikasi

STRUKTUR PROGRAM

Penaung Program YB Menteri Pengajian Tinggi
Jawatankuasa Pemandu Panel Penasihat

PMO

Pengarah Program
Unit Mentor dan Latihan Unit Pemantauan

Unit Pnyelarasan

Pasukan Projek

iPMO

Sejajar dengan inisiatif pembangunan modal insan, Pelan Tindakan ini menyediakan keperluan untuk menangani perubahan struktur dalam sistem pengajian tinggi. Penyediaan infrastruktur masih menjadi keutamaan untuk meningkatkan kapasiti IPT dan persekitaran yang kondusif kepada ahli akademik supaya lebih komited dan bermotivasi tinggi. Pelan Tindakan ini akan menjadi asas kepada usaha untuk mentransformasikan pengajian tinggi Malaysia untuk menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

Rekabentuk dan Perancangan Projek

Pelaksanaan Projek

48

49

Daftar Singkatan
AKePT FDI IPT IPTA IPTS JPA KPT LPU MITI MoA MOHR MOSTI MoU MQA MQF NCLLL Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Pelaburan Asing Langsung Institusi Pengajian Tinggi Institusi Pengajian Tinggi Awam Institusi Pengajian Tinggi Swasta Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pengajian Tinggi Lembaga Pengarah Universiti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Memorandum Perjanjian Kementerian Sumber Manusia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Memorandum Persefahaman Agensi Kelayakan Malaysia Kerangka Kelayakan Malaysia Jawatankuasa Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat

NGO NIS OECD OKU PMO P&P PSH PTPTN R&D RMKe-9 RMKe-10 RMKe-11 RSE SCLL UNCTAD

Pertubuhan Bukan Kerajaan Sistem Inovasi Kebangsaan Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Orang Kurang Upaya Pejabat Pengurusan Program Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran Sepanjang Hayat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Penyelidikan dan Pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan Rancangan Malaysia Kesepuluh Rancangan Malaysia Kesebelas Penyelidik, Saintis dan Jurutera Jawatankuasa Negeri Pembelajaran Sepanjang Hayat Persidangan Mengenai Perdagangan dan Pembangunan

UNESCO

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Tentang Pendidikan, Saintifik dan Budaya

AUKU

Akta Universiti dan Kolej Universiti

50

51

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->