P. 1
penderaan kanak-kanak mengikut konsep perundangan Akta kanak-kanak 2001

penderaan kanak-kanak mengikut konsep perundangan Akta kanak-kanak 2001

5.0

|Views: 18,416|Likes:
Published by syarizal82
penderaan kanak-kanak
penderaan kanak-kanak

More info:

Published by: syarizal82 on Aug 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/11/2014

pdf

text

original

Penghargaan Syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya dapat kumpulan kami tugasan tentang ‘’ Penderaan Kanak

-Kanak’’ untuk Modul Perundangan. menyiapkan

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Jamaeyah Bt Sheriff selaku Pensyarah modul Perundangan di Kolej IEYD yang telah sudi memberi teguran dan pendapat dan juga bimbingan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi idea dan komen berhubung kajian yang kami lakukan. Sokogan dari keluarga juga begitu komited dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali penghargaan dan kenangan manis buat semua yang telah menjayakan tugasan ini dan segala pengorbanan yang tidak terhingga dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Terima kasih, Mohd Syarizal Abidin Nora Bt Yunos Kunavathi A/P Rajamanikam Rabiatul Liyana Husna

KANDUNGAN Muka Surat Penghargaan Abstrak Pengenalan Tanda Dan Gejala Penderaan Faktor Penderaan Sejauh mana Pemakaian Akta Kanak-Kanak 2001 Program Pencegahan di Malaysia Pencegahan dan perlindungan melalui Undang-undang Kesimpulan Bibliografi i 3 4 7 12 15 21 26 28

20

PENGENALAN Pendahuluan, Penderaan kanak-kanak bukan satu masalah sosial yang baru. Ia melibatkan kanakkanak lelaki dan perempuan. Pada zaman jahiliyah di Timur Tengah bayi perempuan ditanam hidup-hidup atau dijual sebagai hamba. Pada zaman revolusi industri di Eropah, kanak-kanak dari golongan miskin bekerja sebagai buruh murahan dan dipaksa bekerja sebagai buruh di lombong arang batu dan kilang. Pada zaman moden keadaan berterusan dan berlaku dalam berbagai bentuk.samaada dalam bentuk fizikal, mental dan seksual. ( S. Gunasegaran a/l Shanmugam, 1988 ) Di Malaysia penderaan kanak-kanak mendapat perhatian akhbar, majalah tempatan dan media massa. Setakat ini belum ada maklumat yang lengkap mengenai jumlah yang sebenar penderaan kanak-kanak. Data lengkap mengenai jumlah sebenar kes penderaan kanak-kanak sukar diperolehi kerana ia merupakan jenayah yang tersembunyi dan amat dirahsiakan. ( Annual report, SCAN TEAM HOSPITAL KUALA LUMPUR, 1992 ) Mengikut laporan SCAN ( Pasukan Pencegahan Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak ) Hospital Besar Kuala Lumpur, jenis penganiayaan bagi tahun 2005- 2007 adalah seperti berikut : JENIS PENGANIAYAAN/PENDERAAN MENGIKUT TAHUN JENIS/TAHUN 2005 FIZIKAL 148 SEKSUAL 154 DIABAIKAN 126 JUMLAH (sumber : laporan 2006 167 137 103 2007 172 143 121

SCAN Hospital Besar Kuala Lumpur )

Akta Kanak-Kanak 2001 ( Akta 611 ) dililuskan oleh Parlimen pada ............................... dan penguatkuasaan pada .................................. untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang didera samada secara fizikal, mental dan seksual. Dalam tugasan ini tumpuan banyak diberikan kepada penderaan seks di kalangan kanak-kanak perempuan. Penderaan kanak-kanak: Konsep dan Teori Konsep Penderaan Kanak-Kanak

Para pengkaji penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaan kanak-kanak yang saling berkait rapat. Jenis penderaan yang akan menjadi fokus utama kajian ini adalah penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi, dan pengabaian kanak-kanak. Untuk perbincangan ini jenis penderaan akan dipecahkan kepada empat kategori seperti berikut :• • • • Penderaan Fizikal Penderaan Seksual Penderaan Emosi Pengabaian kanak-kanak

Penderaan Fizikal Penderaan fizikal sebagai satu fenomena sosial yang ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibubapa , penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor yang terlibat dalam perlakuan seseorang kanak-kanak.

Ammermen dan Hersen ( 1990: 26 ) berpendapat bahawa ” faktor tambahan yang memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatan disiplin dikalangan ibubapa , keceraan yang dialami, kesan pada tingkah laku dan keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting yang perlu diuji adalah bentuk niat yang menyebabkab mereka didera ataupun kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi kompleks. Akta Kanak-Kanak 2001 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, laserasi, konstusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang lain, dislokasi, seliuh pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau gigi. Pakar perubatan yang mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak, lebam yang teruk, kecacatan akibat perderaan fizikal, retak dan patah tulang, bekas gigitan, lecur dan terbakar dicucuh putung rokok. Disamping itu kajian pihak hospital ada membuktikan bahawa penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu kanakkanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut. Namun begitu banyak lagi cara dan alat yang digunakan untuk mendera fizikal kanakkanak. Menurut Mohd Sham Kasim ( 1994 ) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain memukul manggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah air panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci didalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit, atau dipulaskan telinga dan sebagainya.

Takrif Akta Kanak-Kanak dan diagnosis pakar perubatan perlu diberi perhatian bagi menentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes penderaan fizikal. Pakar perubatan juga mendapati kadangkala penderaan fizikal mempunyai hubungkait dengan lain-lain jenis penderaan seksual, emosional dan pengabaian kanak-kanak.

Penderaan Seksual Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara filem, Perakam video atau mengeploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan pornograf, rakaman, filem, pita, video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah, atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Menurut Schecheter dan Roberge (1976) dalam sesetengah hal kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual di kalangan keluarga seperti sumbang muhrim, contohnya atau bagi upacara ritual tertentu. Menurut Finkelhor pula (1979 :23 ) faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, samada mangsa mengizinkan pelakuan tersebut, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanakkanak tersebut. Beberapa ahli psikologi berpendapat bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseornag kanak-kanak yang mangsa penderaan ( Davidson dan Nicol, 1993 :47,) oleh yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan emosional. PENDERAAN EMOSIONAL Penderaan emosional merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental dan emosional, samada didera atau dianayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa dalaman yang da[at dilihat sebagai sedih, marah, meradang, benci, geram, sakit dan sebagainya ( lihat Kieran O’ Hagen 1993:22 ). Penderaan emosional merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan kerenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak. Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi emosi apabila ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, kelcelaruan mental atau tingkah laku termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian atau tumbesaran yang lambat. Penderaan emosional dikalsifikasikan sebagai penderaan atau pengabaian apabila ianya mencapai tahap ekstrem atau melibatkan bentuk penderaan yang lain. Menurut Whiting (1976 :3 ), punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi adalah disebabkan oleh ibubapa ; penderaan bentuk ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak memberi rawatan yang sewajarnya oleh ibubapa atau penjaganya. Bentuk penderaan ini sukar dikenalpasti. Ianya dapat dilihat bertahaptahap melalui tingkah laku mengikut perkembngan umur kanak-kanak. Menurut Skus (1993:28) penderaan emosi bermula sejak mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur prasekolah, umur persekolahan dan umur remaja.

Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang aneh. Contohnya pada umur persekolahan mangsa sering ponteng sekolah, tidak berminat terhadap pelajaran, kelihatan murung, suka mengasingkan diri dan sebagainya. Implikasi yang lain dapat dilihat pada kes penderaan emosi adalah pengabaian ibubapa atau pendera terhadap kanak-kanak tersebut PENGABAIAN KANAK-KANAK Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal ( Ammerman dan Hersen ,1990:28 ). Salah satu contoh adalah kanak-kanak yang dipaksa bekerja. Akta Kanak-Kanak 2001 mentkrifkan pengabaian kanak-kanak sebagai membiarkan sesorang kanak-kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi akankkanak itu, termasuk tidak menyediakan makanan dengan secukupnya memberi pakaian, rawatan keshatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan merasa tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaab takut apbila berhadapan dengan orang lain dan mereka akan berkelakuan ganjil. Mereka takut menjalani kehidupan ini dan sentiasa mengasingkan diri. Daripada aspek psikologi menurut Kieran O’ Heagen (1993:101) keadaan seumpama itu menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mengasa penganiayaan. Kanak-kanak yang teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun keatas selalunya mengalami gangguan emosi dan personaliti. Kebanyakan pendera adalah ibubapa kandung atau penjaga rapat kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk. Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak, malah boleh mengganggu perkembangan tumbesaran mereka. Menurut Skuse, (1993:31) kanak-kanak didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran; dikenali sebagai ’ disoders of biological rhythms’ contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan kurus. Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini di pengaruhi oleh pelbagai faktor. Runtunan dari faktor-faktor itu dapat dikupas dalam kerangka teori dan ianya membantu analisis data kajian penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan Seks bagi kanak-kanak Di dalam konteks kajian ini penderaan seks didefinisikan sebagai eksploitasi orang dewasa atau orang lebih tua terhadap kanak-kanak perempuan yang berusia 18 tahun ke bawah untuk kepuasan nafsu atau seks samaada secara paksa atau sebaliknya. Penderaan seks ini berlaku samada dalam bentuk mencabul kehormatan seperti melakukan hubungan seks, meraba atau melacurkan mereka. Faktor-Faktor Penyebab Faktor penyebab dalam konteks ini dibahagikan kepada beberapa faktor seperti berikut :Ekonomi Taraf Pendidikan Keluarga Keadaan Rumah Jumlah Adik beradik

Ekonomi Faktor ekonomi bermaksud jumlah pendapatan keluarga bagi mengenalpasti sama ada mangsa berasal dari keluarga yang mempunyai keadan stabil atu sebaliknya. Dalam konteks ini klasifikasi dilakukan berdasarkan jumlah pendapatan iaitu di bawah RM 300.00 sebulan, diantara RM 300.00- RM 800.00 sebulan dan RM 800.00 – RM 1200.00 sebulan. ( Soal selidik Halijah Bt Ijom, Fakulti Psikologi UKM Bangi 1998/1999 )

Taraf Pendidikan Keluarga Taraf Pendidikan bermaksud tahap pembelajaran atau pendidikan formal yang diterima. Dalam konteks ini taraf pendidikan di kategorikan samada tidak pernah bersekolah, sekolah rendah iaitu pernah bersekolah diantara darjah 1 hingga darjah 6, sekolah menengah rendah yang bermaksud bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 ( Soal selidik Halijah Bt Ijom, Fakulti Psikologi UKM Bangi 1998/1999 ) Keadaan Rumah Keadaan rumah yang diperhatikan dalam kajian ini adalah jumlah bilik samada rumah atau tempat tinggal kanak-kanak tersebut tiada bilik tidur, mengandungi sebuah bilik tidur, dua buah bilik tidur, atau tiga bilik tidur atau lebih. Dari segi jenis rumah pula dibahagikan kepada rumah kampung, rumah flat atau setinggan. Jumlah adik beradik Kajian disini ingin memberi tumpuan kepada bilangan adik beradik supaya dapat dilakukan perbandingan dan untuk mengetahui samad jumlah adik beradik yang ramai atau sebaliknya mempengaruhi kejadian ini. FAKTOR PERSEKITARAN PENDERAAN KANAK-KANAK PENGENALAN Faktor persekitaran bagi tumbesaran kanak-kanak adalah sangat penting bagi pengalaman mereka. Oleh itu pengkaji mendapati bahawa bagi memahami faktor persekitaran yang mempengaruhi penderaan kanak-kanak adalah perlu mengkaji situasi keluarga mangsa dera terutamnya daripada segi personaliti dan data belakang individu yang terlibat, sistem hubungan kekeluargaan dan persekitaran mereka. Di bawah tajuk ini ia membincangkan profil pelaku penderaan yang merangkumi hubungan pelaku dengan mangsa, umur pelaku, taraf pekahwinan pelaku dan taraf pendidikan mereka. Disamping itu beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi pelakunya insiden tersebut ialah faktor status sosio ekonomi, jaringan sosial dan norma budaya sekitar keluarga mangsa dan pelaku penderaan juga akan dibincangkan. FROFIL PELAKU PENDERAAN Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan terdiri daripada hubungan bapa, ibu, abang, pakcik dan sebagainya dengan kanak-kanak mangsa penderaan. Terdapat pengaruh yang ketara antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pebderaan fizikal dilakukan oleh ibu kandung kanakkanak. Ini kerana ibu akan menggunakan hukuman fizikal dalam proses sosialisasi dan mendisiplinkan kanak-kanak.

Pada pendapat pengkaji ibu bapa atau penjaga terlalu cepat beriaksi negatif terhadap tingkah laku kanak-kanak yang nakal , degil, suka mengganggu, tidak patuh pada perintah dan sebagainya. Kajian di Malaysia tidak menunjukkan arah aliran yang jelas. Kajian di seluruh negara mendapati pecahan mengikut orang yang bertanggungjawab melakukan penderaan fizikal yang tertinggi adalah kaum ibu iaitu seramai 25.6% dan kaum bapa pula 24.5% ( Laporan tahunan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 1993 ) Hasil kajian ini mampunyai kaitan dengan kenyataan kasmini kasim (1994 : 1 ) di mana 95% kes penderaan dari tahun 1985 hingga 1995 melibatkan ibu bapa kandung. Ibu pula lebih banyak mendera secara fizikal kerana meraka lah yang menjaga dan mendisplin kan kanak-kanak berbanding bapa. Kajian di Hospital Kuala Lumpur, chandra, et al., 1993 : 25 menunjukan ibu bapa kandung adalah pelaku penderaan fizikal yang tertinggi ( 64.8% ) berbanding saudara mara mangsa. Daripada hasil kajian ini juga didapati bapa dan bapa tiri pula sering terlibat dalam kes penderaan seksual terhadap anak perempuan meraka. Lain-lain pelaku adalah abang kandung, pakcik, pengasuh bayi dan lain-lain orang dewasa lelaki yang di kenali oleh kanak-kanak tersebut Kes 3 : sumbang muhrim ” Pada suatu hari, di ruang tamu, di atas kusyen bapa melakukan nya. Saya merase sakit apabila bapa melakukannya, ia akan membaca sesuatu supaya kami tidak melawan. Kakak Elyana ( noliya ) menyatakan bahawa bapa nya mula memperkosa nya sejak 7 tahun yang lalu. Bagi Rohayu, ( kakak kedua Elyana ) Mengakui bapa nya kerap menganiayanya secara seksual sejak usianya 13 tahun hingga larh berusia 19 tahun. Ibu nya mengesyaki sesuatu tentang hubungan yang intim antara anak bongsu ( Elyana ) dengan suaminya. Ibu mangsa melaporkan kepada polis dan Elyana dibawa ke hospital untuk pemeriksaan yang selajutnya. ( Elyana 8 tahun ) Kes 4 : ” sekiranya saya pergi ke kedai, saya terpaksa melalui jalan yang kecil di depan rumahnya ( pelaku ). Pada suatu pagi saya pergi ke kedai bersama kawan saya ( Kamala ). Saya terpaksa melalui jalan tersebut dan tiba-tiba dia tarik tangan saya dan Kamal pula dapat melarikan diri. Saya disuruh buka seluar dan dia masukkan jari kedalam kemaluan saya sehingga keluar darah. Sebelum ini dia penah melakukan nya dua kali, tetapi kali ini dia hempap saya. Malang nya kali ini dia bersama dua orang kawan nya juga melakukan nya terhadap saya ” ( Joyes 11 tahun ) Kejadian ini diketahuhi oleh ibu mangsa dan terus melaporkan kepada pihak polis kerana ibu mangsa mengesyaki sesuatu perubahan terhadap anaknya. Mangsa menceritakan bahawa dia tiada pilihan lain selain melalui jalan di depan rumah pelaku untuk ke kedai atau ke bilik mandi. Keadaan rumah yang terlalu rapat menyebab kan pelaku mudah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak tersebut.

Daripada penjelasan di atas, dapat di gambarkan keadaan rumah yang sempit dan tidak selesa ini adalah salah satu faktor penting berlaku nya insiden penderaan dan pengabaian kanak-kanak di kawasan bandar. Keadaan tempat tinggal yang tidak sempurna ini menimbulkan tekanan perasaan yang di alami oleh golongan sosio ekonomi rendah yang menyebabkan meraka lebih bersikap agresif dan sering melakukan

keganasan dalam rumah tangga. Kehilangan kanak-kanak keletah, Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun dilaporkan pada 20 Ogos 2007 setelah pergi keseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya. Pada 20 September 2007, iaitu 30 hari selepas kehilangannya, mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian oleh seorang pekerja sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Utama disahkan sebagai Nurin. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan berita tersebut setelah ujian DNA dilakukan ke atas mayat dan kedua ibu bapa Nurin menunjukkan perkaitan di antara mereka. Pada masa yang sama tumpuan rakyat Malaysia kembali melihat penderaan seksual ke atas kanak-kanak sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanakkanak, Nurul Huda Abdul Ghani. ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan.

Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan. Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001 (150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun, bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan. Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan. Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini.

1. Hubungan pelaku dengan persekitaran Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus. 2. Umur pelaku Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini. 3. Taraf perkahwinan pelaku Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

4. Taraf pendidikan pelaku Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya. 5. Jenis pekerjaan pelaku Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini. 6. Jumlah pendapatan pelaku Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

7. Jenis rumah kediaman Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan. 8. Jaringan sosial Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku. Hubungan pelaku dan mangsa boleh diperincikan lagi supaya motif penderaan ini dapat dikenal pasti. Bagi kes yang melibatkan Nurin, pelaku jelas mempunyai niat untuk mendera mangsa. Penderaan dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh. Pelaku seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan bebas. Pembunuhan kejam Nurin menyebabkan ramai orang tidak dapat melelapkan mata kerana ianya melibatkan penderaan terancang dan pembunuhan yang menyayat hati. Seperti kata Bapa Nurin, Jazimin: "Harap kerajaan akan membuat sesuatu," cukup memberi mesej yang kuat kepada masyarakat bagi melihat pelaku dera seksual tersebut dijejaki, ditangkap dan diadili Akta Kanak-kanak 2001 Akan Dipinda Untuk Tangani Kes Dera KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat meminda Akta Kanak-kanak 2001 bagi memastikan undang-undang negara cukup berkesan bagi mencegah kes penderaan terhadap kanak-kanak. Setiausaha Parlimen Kementerian itu Datin Paduka Chew Mei Fun berkata Jabatan Peguam Negara sedang meneliti cadangan pindaan berkenaan, dan kebetulan pula media baru-baru ini melaporkan berlaku beberapa kes dera kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga, termasuk hingga membawa maut. "Kami sudah merancang untuk membuat pindaan sejak awal lagi, bukan hanya setelah berlakunya beberapa kes penderaan kanak-kanak baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini Rabu. Chew berkata demikian apabila ditanya adakah Kementerian berkenaan akan membuat pindaan Akta Kanak-kanak bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang bersalah mendera kanak-kanak. Menurut statistik Pejabat Kebajikan Masyarakat, kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat sejak tahun 2001, hingga mencatat 1,800 kes pada 2005 berbanding hanya

1,036 kes pada tahun 2001, 2002 (1,242 kes) 2003,(1,390 kes) dan 2004 (1,656 kes). Menurut Akta Kanak-kanak 2001, ibu bapa atau penjaga yang mendera, mengabai, membuang atau membawa kesan buruk terhadap kanak-kanak dari segi fizikal dan mental, ataupun melakukan gangguan seks terhadap kanak-kanak, boleh didakwa, dan sekiranya didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Menurut Akta itu, ibu bapa atau penjaga yang gagal memberi jagaan yang sesuai kepada kanak-kanak pula boleh didakwa dan didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun. Chew berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga berhasrat untuk mewujudkan satu nombor talian telefon Teledera yang mudah diingati bagi membolehkan orang ramai membuat aduan mengenai sebarang kes dera, setelah menyedari nombor sedia ada terlalu panjang dan sukar diingati. Talian percuma sekarang bagi teledera ialah 1 800-88-3040. Chew berkata pihaknya juga akan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kes penderaan kanakkanak melalui penganjuran pelbagai program, bengkel dan seminar.( 18 Oktober, 2006, BERNAMA ) 242 kanak-kanak hilang dari Januari hingga Mac Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen. Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.

Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang. "Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini. Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun. Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu. "Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan," ujarnya. Rentetan daripada itu, Yen Yen memberitahu, kementerian bakal mengemukakan dasar dan pelan tindakan baru, perlindungan kanak-kanak kepada Kabinet selewat-lewatnya akhir bulan depan. "Oleh itu, kita mengadakan bengkel selama dua hari dengan mengundang Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pakar akademik dan agensi kerajaan bagi mengusulkan pelbagai cadangan untuk membentuk dasar serta pelan tindakan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yen Yen berkata, kementerian telah pun memperkenalkan sebuah program baru bagi membantu kaum wanita dan juga ibu tunggal yang memiliki pendapatan di bawah RM2,000 sebulan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. "Kita memperkenalkan program usahawan mikro untuk kaum wanita yang berminat menjadi peserta dan menjalani kursus selama enam bulan secara percuma bagi membuka pusat pengasuhan kanak-kanak di rumah," jelas beliau. ( berita harian 21 Disember 2008 ) Menurutnya, bagi merealisasikan program itu, kementerian bekerjasama dengan Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Kebangsaan untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang berminat. katanya, bagi memastikan program tersebut berjaya, para peserta bukan sahaja diberi kursus, tetapi akan dibantu untuk mempromosikan pusat asuhan mereka selain diberi lesen,oleh,kementerian Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak. Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali. Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002. Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua

tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004. Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan,mencangkung. Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004. Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa. Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

Tanda dan gejala penderaan Walaupun ramai ibubapa dan penjaga atau sesiapa sahaja yang melakukan penderaan tetapi jarang sekali mereka mengakui perbuatan itu adalah salah sisi norma masyarakat dan undang-undang. Oleh itu kes-kes penderaan jarang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan seboleh-bolehnya ia cuba disembunyikan apatah lagi ia dilakukan oleh anggota keluarga sendiri. Seandainya sisuami melakukan penderaan terhadap anak, maka siisteri akan cuba menutup perbuatan itu supaya tidak ketara dan

diketahui oleh orang luar dan juga pihak berkuasa. Kerana itu perbuatan mencederakan anak tidak pernah dilihat sebagai salah satu tingkah laku yang devian. Malahan ibubapa merasakan mereka mempunyai hak dan autoriti untuk berbuat apa sahaja terhadap anak-anak mereka. Akibat dari pemahaman sedemikian, maka perbuatan memukul dengan niat mendisiplin kan anak dianggap tidak menjadi suatu kesalahan. Jesteru itu kecederaan yang menimpa anak akibat perbuatan memukul tidak pernah dilaporkan samada dihospital ataupun pihak pihak yang berkaitan. Sebenarnya tindakan-tindakan itu lebih berbentuk untuk memberikan perlindungan kepada anggota keluarga yang lain supaya tidak dihadapkan dengan kesalahan mendera. Seseorang ibu tidak akan melaporkan perbuatan mendera yang dilakukan oleh suaminya hanya semata-mata mahu melindungi anaknya daripada terus menjadi mangsa. Maka boleh dibuat andaian bahawa penderaan kanak-kanak selalunya dilakukan secara tersembunyi dan penuh rahsia. Ini menyebabkan usaha mengesan kes kanak-kanak yang didera menjadi sukar. Kebanyakan kes yang dihadapkan kepada pengetahuan umum hanya merupakan angka-angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dibuat. Dianggarkan angka sebenar penderaan kanak-kanak ini jauh lebih tinggi berbanding kes yang sedia ada.

Namun begitu jumlah laporan kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang semakin meningkat menunjukkan betapa masalah ini sudah sampai kesuatu tahap yang kritikal. Ia juga berkaitan dengan kesedaran daripada masyarakat yang semakin prihatin melaporkan kepada pihak berkuasa dan Jabatan Kebajikan Masyarakat seandainya mereka mendapati ada kanak-kanak yang teraniaya. Kalau sebelum ini tangisan dan jerit pekik seorang kanak-kanak tidak pernah dipedulikan oleh jiran tetangga, Tetapi kini keadaan ini sudah berubah dimana laporan akan dibuat sekiranya timbul rasa syak dan wasangka kemungkinan berlakukanya penderaan terhadap kanak-kanak. Meskipun ada diantara ibubapa membawa anak-anak mereka yang cedera didera itu kehospital bagi mendapatkan rawatan tetapi alasan yang diberikan jauh daripada hakikat sebenar kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu. Antara alasan yang sering diberikan adalah seperti jatuh tangga, jatuh katil, terhantuk pada kerusi atau perkakas rumah yang lain dan kerana bergaduh dengan rakan-rakan. Ibubapa bersikap sedemikian kerana khuatir akan ditahan dan dipersalahkan atas kecederaan yang dialami oleh anaknya. Alasan yang direka oeh ibubapa itu lambat laun akan dikesan juga kerana kecederaan akibat penderaan berbeza dengan kecederaan yang lain. ( Mingguan Malaysia, 23 Ogos 1994 ). Kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh SCAN mendapati kanak-kanak yang didera menunjukkan sikap yang berbeza diantara satu sama lain. Ada diantara kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang baik sewaktu berada bersama bapanya dan menjadi agresif apabila bapa tiada disisinya. Sikap hipokrit dan berpura-pura ditunjukkan oleh kanak-kanak ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya dibayangi ketakutan sehingga mereka tidak dapat menzahirkan perasaan, sikap dan tingkah laku sebenar. Kanak-kanak yang dibawa kepada SCAN juga didapati amat mesra dan mudah bergaul dengan doktor dan jururawat. Layanan yang istimewa serta kasih sayang yang diberikan kepada kanak-kanak ini.menyebabkan mereka meletakkan pergantungan yang tinggi terhadap petugas ini berbanding ibubapanya. Meskipun orang yang ditemui itu asing dan baru tetapi kanak-kanak mangsa deraan menjadi terlalu kasih dan mahukan perhatian sehingga mereka berusaha bersaing diantara satu sama lain bagi

mendapatkan nilai-nilai yang tidak pernah mereka rasai sewaktu berada dirumah. Jesteru itu timbul perasaan cemburu diantara kanak-kanak ini ( Mastika Mac 1990 ) Pemerhatian yang dibuat terhadap kanak-kanak yang mengalami kecederaan mendapati selalunya penjaga ataupun ibubapa tidak memberikan penjelasan yang sebenar bagaimana kecederaan itu berlaku. Terdapat banyak percanggahan fakta dan data berasaskan pemeriksaan doktor mengenai kecederaan kanak-kanak dengan alasan yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga. TANDA-TANDA PENDERAAN FIZIKAL Beberapa tanda yang menjadi rujukan yang mengesyaki berlakunay penderaan adalah lebam, patah, melecur dan kulit terbakar serta kecederaan mata.

LEBAM Penderaan berlaku apabila terdapat kesan-kesan lebam pada bayi yang berumur bawah setahun di bahagian pipi, kepala dan telinga selain itu ditemui juga kesan pendarahan didalam kulit yang berpunca daripada pegangan dan rentapan yang kasar, lilitan dan gigitan pada bahagian jari. Begitu juga dengan lebam pada muka, lengan dan tangan atau kedua-dua mata dan dahi. PATAH Kecederaan seperti patah mana-mana anggota badan yang menimpa bayi berumur kurang dari setahun. Bagi memstikan kecederaan fizikal yang dialami itu disebabkan oleh perbuatan, maka sejarah trauma dan kemalangan si mangsa dirujuk. Tanda yang paling jelas kelihatan pada fizikal kanak-kanak yang didera adalah patah tulang rusuk dan tulang pinggang. MELECUR DAN KULIT TERBAKAR Para pendera didapati cenderung menggunakan putung rokok dan air panas terhadap kanak-kanak. Ada diantara pendera menggunakan seterika panas, arang yang membara atau benda-benda lain yang panas. MATA Kcederaan pada mata kanak-kanak kebanyakan bersebab daripada pendarahan retina dan kesan daripada tumbukan dan pukulan yang kuat ataupun hentakan dan goncangan yang melampau. Tanda-Tanda penderaan seksual Tanda-tanda seseorang kanak-kanak yang didera secara seksual dapat diperhatikan melalui tanda-tanda fizikal pada badan dan kelainan tingkah laku.

Tanda fizikal Tanda yang paling jelas bagi kanak-kanak yang didera secara fizikal adalah mengandung ataupun sakit perut. Mereka juga menunjukkan kesan pendarahan pada alat kelamin atau anus, iaitu kesan-kesan merah di sekitar kemaluan. Kanak-kanak yang mendapat kecederaan lebam, luka dan bengkak di kawasan genital atau oral iaitu mulut pada kelazimannya akan berasa sakit dan itdak selesa pada bahagian-bahagian tersebut. Ini juga antara tanda-tanda berlakunya penderaan seksual. Kesan daripada

penderaan seksual ini adalah mangsa akan mendapat jangkitan pada saluran kencing dan sukar membuang air kecil. Tingkah laku Kanak-kanak yang ternoda akan menunjukkan beberapa kelainan tingkah laku seperti ketakutan pada perkara-perkara yang tidak berasas, selalu menangis atau mendiamkan diri serta bersikap pasif dan pesimis terhadap alam persekitaran. Kanak-kanak yang menuujukkan kematangan dan pengetahuan seks yang tinggi berbanding umurnya juga menjadi suatu bukti kukuh betapa kanak-kanak itu sudah dan pernah mengalami aktiviti seks sama ada secara paksa atau rela. Kanak-kanak yang mempunyai pengalaman secara seksual akan menunjukkan tingkah laku menggoda terutamanya dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebaya. Pengalaman yang mereka perolehi itu akan menyebabkan mereka cepat sedar dan peka terhadap sentuhan-sentuhan yang tidak normal atau tingkah laku yang mempunyai isyarat-isyarat seksual tertentu. Lantaran itu kanak-kanak ini mungkin tidak mahu di telanjangi sama ada untuk pemeriksaan doktor ataupun sewaktu mandi.

Apakah Penderaan Seksual Kanak-Kanak? Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Ini termasuk: • Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur. • Menyentuh bahagian sulit. • Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak. • Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual. • Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual. • Membuat panggilan telefon lucah, • Rogol. • Seks oral. • Liwat. • Pelacuran. • Mengintai. • Mencium. • Mengusap. • Mempamerkan aksi lucah. Apakah Tanda-Tandanya? • Mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap. • Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri. • Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu. • Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar. • Masalah perhubungan. • Berasa tidak berupaya/tidak berdaya. • Berahsia. • Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa. • Mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri. • Menagih dadah atau alkohol. • Memakai pakaian berlapis-lapis. • Maruah diri yang rendah. • Berperangai seksual.

• Gagal memberi tumpuan. • Gangguan pemakanan. Walau bagaimanapun, tidak semua mangsa penderaan seksual kanak-kanak menunjukkan tanda-tandatersebut dan tidak semua kesan ini akibat penderaan secara seksual. apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu? • Percayalah Kanak-kanak jarang sekali mengadakan ceriat. Mereka tidak berani untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada sesiapapun percaya kepada mereka. Mempercayai kanak-kanak adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata seperti, "Saya percayakan kamu" atau "Itu bukan salah kamu" akan mamulihkan mereka. • Bertenang Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka. • Tegas Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak. • Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnya Kanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan. • Sokongan Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. Yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya. • Laporkan,kes,penderaan Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam. Peranan Anggota Masyarakat Ibu Bapa • Belajar bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak tentang sentuhan dan hubungan. • Kenal-pasti tanda-tanda penderaan seksual. • Biasakan diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi. Golongan Dewasa • Tawarkan kemahiran profesional anda, contohnya dalam bidang komunikasi. • Sebarkan kesedaran dan maklumat kepada umum. • Bergiat secara sukarela dalam agensi gabungan dan sebagainya. • Belajar mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak disekeliling anda. • Sukarela untuk dilatih sebagai para kaunselor. Kanak-Kanak (bawah 18 tahun) • Ketahui siapa yang harus dihubungi. • Ketahui hak anda. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

• Melatih pengasuh kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak. • Melaksanakan Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan sistem bantuan dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan. • Melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Pertubuhan Sukarela & Khidmat Masyarakat Sertai sebagai badan bertindak dan tugaskan seorang ahli organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab berikut: • • Memahirkan diri dengan khidmat bantuan. Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak.

Kementerian Pendidikan, Sekolah dan Universiti • Laksana dan sahkan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat. • Latih guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya pengendalian pendedahan. • Masukkan kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti. • Laksanakan Polisi Perlindungan. • Galakan usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan. Jabatan Kebajikan Masyarakat • Latih Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak. • Laksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti. • Latih pegawai kebajikan bagaimana membimbing kanak-kanak untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah. Polis • Sokong program pencegahan penderaan seksual kanak-kanak. • Latih ahli Kelab Pencegah Jenayah berkaitan penderaan seksual kanak-kanak. • Mempunyai kemahiran khusus dalam menemubual mangsa penderaan. Media • Didik orang awam tentang penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap. • Bersikap sensitif terhadap kanak-kanak. Jangan dedahkan nama kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga yang tidak bersalah. Jangan dedahkan nama pesalah jika pesalah berkenaan adalah ayah atau saudara mangsa penderaan. • Jangan mengambil gambar atau menemu ramah mangsa penderaan. • Hentikan tumpuan terhadap kisah mangsa. • Buat susulan terhadap kes yang telah disiarkan. • Sokong kempen berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak. • Organisasi Keagamaan • Adakan dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana pendekatan agama dapat membantu mencegah penderaan seksual kanak-kanak. Rumah Anak Yatim, Pusat Perlindungan, Pusat Tahanan/Pemulihan & Pusat Kanak-Kanak Istimewa • Latih kakitangan tentang penderaan seksual kanak-kanak dan teknik pemulihan, perkembangan dan kemahiran hidup kanak-kanak. • Laksanakan Program Keselamatan Diri untuk kanak-kanak. • Sokong konsep pusat tahanan dan pemulihan mesra kanak-kanak. Sektor Perundangan • Fahami mangsa penderaan seksual kanak-kanak. • Sokong konsep mahkamah mesra kanak-kanak. • Tawarkan khidmat sukarela sebagai individu rujukkan. Profession Perubatan Kerajaan dan Sektor Swasta • Fahami kerumitan, mangsa penderaan seksual kanak-kanak. • Laporkan penderaan seksual kanak-kanak. • Pusat Khidmat Bersepadu Mesra Kanak-Kanak untuk kes-kes penderaan kanak-

kanak, di mana kanak-kanak diberikan janji temu dengan doktor-doktor yang berkaitan yang berada disitu. Badan Korporat • Adakan seminar penderaan seksual kanak-kanak untuk pekerja. • Sokongan kewangan. • Sediakan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan kakitangan yang dilatih serta berpengetahuan tentang penderaan seksual kanak-kanak. Sejenak? Ingat lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor yang ditujukan khas kepada seorang kanak-kanak, Adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Adik malang ini telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh kejam oleh manusia yang tak berperi kemanusian. Setelah 4 tahun, semalam Mahkamah Persekutuan telah membebaskan hukuman mati keatas bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan yang didapati bersalah membunuh adik Nurul Huda . Bagi kesalahan merogol , mahkamah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan . Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu. Petikan - Bernama Salah satu prinsip penting pertumbuhan kanak² ialah keperluan waktu bermain yang bebas dan panjang. Permainan penting dalam pembinaan peribadi seorang kanak². Ia juga ada kaitan dengan keperluan menjadikan mereka cergas dan sihat. Lebih utama lagi ialah kepentingan untuk berinteraksi dengan kawan² dan persekitaran. Dalam proses seperti itu, kanak² akan melalui proses sosialisasi yang akan menguntungkan mereka untuk jangka panjang. Pada zaman saya membesar, kami menghabiskan lima kali lebih banyak masa di luar rumah daripada kanak² zaman ini. Ketika itu tidak ada ‘gangguan’ lain. Televisyen belum ada, apa lagi internet atau permainan komputer. Kanak² membesar sebagai sebahagian daripada proses bermasyarakat , milik komuniti dan boleh ditegur oleh semua orang. Hari ini, peranan anggota masyarakat menjadi kacau bilau oleh pelbagai elemen dan pengaruh luar. Globalisasi, dunia tanpa sempadan, pengaruh teknologi maklumat dan kecanggihan peralatan moden mengubah cara manusia berinteraksi dan bermasyarakat. Ibu bapa moden memilih untuk hidup di dalam kepompong keselamatan masing² . Rumah menjadi benteng memisahkan mereka dan anak² dari luar. Segala-galanya dibayangi kekhuatiran terhadap keselamatan. Kita tidak boleh menyalahkan kerisauan ini. Meningkatnya kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual ada kaitannya dengan fobia baru ibu bapa mengenai keselamatan anak mereka sehingga ibu bapa mendirikan tembok yang lebih besar bagi melindungi anak mereka. Kepadatan penduduk, manusia yang tidak boleh dijangka dan sistem bermasyarakat di bandar tidak memihak kepada kanak² untuk hidup berdikari dan punya kebebasan tersendiri sedangkan ianya sesuatu yang diperlukan dalam proses pertumbuhan menuju kedewasaan. Mendidik anak² memanglah tugas ibubapa, jadi apa yang ingin saya kongsi adalah cara saya sebagai seorang ibu mengawasi anak² saya . Saya melalui dan saya percaya teman² saya di luar sana adalah ibubapa muda yang mempunyai anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian.

Penderaan Emosi Penderaan adalah satu ‘trauma’. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi. Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan. Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui dahulu. Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikan dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak ada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan terutamanya dalam bidang psikiatri.

Definisi Definisi daripada sudut perundangan menunjukkan penderaan ini berlaku secara khusus serta tersendiri dan seseorang perlu membuktikan hubung kait penderaan emosi dengan berlakunya kesan kepada perasaan, tingkah laku dan perkembangan kanakkanak. Ini menunjukkan definisi penderaan emosi daripada sudut perundangan adalah terlalu ketat dan tidak menegaskan penderaan ini boleh berlaku dengan penderaan lain. Definisi ini juga tidak memberi gambaran tentang maksud dan jenis kelakuan yang disifatkan sebagai penderaan emosi dan hanya memberi gambaran tentang akibat penderaan emosi sahaja. Ciri-ciri Penderaan Emosi Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan 1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentu iaitu:

1. 2. 3. 4.

Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat. Bentuk interaksi. Kelemahan kanak-kanak. Kerosakan psikologi.

Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak Sihat Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting). 1. Penolakan: Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk penolakan. 2. Pengasingan: Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha mendisiplin anak yang melampaui batas. 3. Menakutkan: Ini bermaksud tindakan mengancam untukmencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu.

Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian. 4. Sikap tidak peduli - menolak tindak balas emosi (Ignoring - Denying emotional responsiveness): Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak.

Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak dan merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku ini sering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan. 5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting): Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yang menggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak.

Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satu perbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yang mungkin menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu amalan normal mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->