Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua

· Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran . perubahan itu bersifat kualitatif. Contohnya. · Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu · Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. emosi. · Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. · Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani. mental dan sosial.1 Ciri-ciri Perkembangan Individu Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. · Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. · Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifatsifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. 1. Ringkas kata. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: · Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.

Arah dari tengah ke tepi (proximodistal) · Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada yang kemudian. tapi urutan tidak berubah. · Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. . · Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. · Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. · Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal) . · Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus.2 Prinsip-prinsip Perkembangan Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum. · Ada arah tertentu yang dapat diramalkan: . 1.

Oleh itu. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani. emosi. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanakkanak. Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.  1. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:    Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti. kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan. kanak-kanak. mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: . proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut Jean Piaget. dewasa dan seterusnya. Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal. remaja. manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. sebaliknya. bayi.· Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir.

Apabila seorang bayi dilahirkan. skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. memperhalus. membuat perubahan. Skema adalah proses mencipta. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. . Seperti puting susu atau jari tangan. menyusun dan mengurus. iaitu penyerapan ( fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.    Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. maka ia akan diserap ke dalam skema. sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Oleh itu.

Oleh itu.  Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun) Dalam peringkat ini. proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. jika ia tidak dapat diserap. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Selepas dilahirkan selama dua bulan. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Sebaliknya. pra operasi. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. maka tahap keseimbangan akan tercapai.  Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun) . apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru. kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Contohnya. seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. operasi konkrit dan operasi formal. maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.

Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.  Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Di samping itu. perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif. menguasai proses kebalikandan akhirnya mengamati proses songsangan. kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu. kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. . dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka. Bagaimanapun. Di dalam peringkat ini. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Apabila mencapai umur 4 tahun. Oleh itu.  Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi.

mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik. .