P. 1
kriteria 1.1

kriteria 1.1

|Views: 1,585|Likes:
Published by sabby :)
kerja khusus form 1 untuk pilihan 4 iaitu perdagangan.ada satu page yg salah kene rujuk kat buku teks lah thx :)
kerja khusus form 1 untuk pilihan 4 iaitu perdagangan.ada satu page yg salah kene rujuk kat buku teks lah thx :)

More info:

Published by: sabby :) on Aug 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Kerja kursus kemahiran hidup bersepadu tingkatan 1

Pilihan 4:Perdagangan dan keusahawanan

Nur Sabrina Bte Azizi

1Luhur
10/6/2009

1.1
PERKEMBANGAN PERNIAGAAN DAN MASA DEPANNYA

KRITERIA
1. Menyatakan 6 cara perniagaan masa kini dengan betul 2. Menyatakan 3 perbandingan perniagaan masa dahulu dengan sekarang dengan betul 3. Menyenaraikan 6 contoh alat pembayaran masa kini dengan betul 4. Menerangkan 3 perubahan ciri perniagaan pada masa akan dating

6 cara perniagaan masa kini
1. Tunai Jualan tunai ialah barang atau perkhidmatan yang dijual secara tunai.Cara jualan tunai paling digemari oleh peniaga.dengan cara ini,peniaga dapat mengelakkan diri daripada hutang lapuk yang mungkin wujud.

2. Sistem barter berasaskan wang Sistem barter tidak dijalankan secara langsung pada masa kini,tetapi masih lagi diamalkan berdasarkan nilai wang dan perjanjian perdagangan.Cara jualan ini sesuai digunakan dalam perniagaan antrabangsa antara dua negara yang menggunakan mata wang yang berbeza.Contohnya,Malaysia menjual kelapa sawit kepada India menggunakan kaedah “tukar barang” berasaskan nilai wang,manakala India menjual jentera kepada Malaysia.

3. Jualan kredit Jualan kredit membolehkan pelangan membeli barang dan perkhidmatan dengan menangguhkan bayaran ke suatu tempoh yang tertentu.

4. Sewa-beli

Peniaga yang menjual barang yang bernilai tinggi mungkin menghadapi masalah untuk menjalankan urus niaga.Ini adalah kerana kebanyakan pembeli tidak mampu untuk membelinya walaupun mempunyai keinginan.Bagi mengatasi masalah ini,pembeli akan membayar secara ansuran tetap bagi barang yang dibeli sehingga harga barang selesai dijelaskan.Dengan ini,peniaga dapat menjalankan urus niaga,manakala pembeli dapat menikmati barang yang bernilai tinggi.

5. Prabayar Cara jualan ini banyak diamalkan oleh peniaga yang banyak menyediakan perkhidmatan.Pembeli dikhendaki membayar terlebih dahulu nilai yang sudah ditetapkan sebelum mendapat perkhidmatan.Dengan cara ini,peniaga mendapat bayaran sebelum perkhidmatan diberikan kepada pembeli.Contoh urus niaga yang menggunakan cara ini ialah pengusaha lebuh raya dah syarikat telekomunikasi.

6. Pesanan mel Cara jualan ini membolehkan peniaga mengiklankan barang jualannyadalam media pengiklanan seperti surat khabar dan majalah.Pembeli yang berminat boleh membuat pesana melalui kad jawapan atau boring pesanan yang disediakan.Barang akan dihantar dengan mengunakan perkhidmatan kurier.

3 Perbandingan perniagaan masa dahulu dengan sekarang

Dahulu Menggunakan sistem barter Sukar menentu nilai barang Memerlukan masa yang lama sebelum pertukaran dibuat

Sekarang Menggunakan sistem wang Nilai barangan ditentukan dalam ringgit dan sen Urus niaga berlaku sebaik sahaja pembeli bersetuju dengan harganya

6 Contoh alat pembayaran masa kini
1. Wang Tunai Wang tunai paling mudah dan kerap digunakan dalam pembayaran.Keadaan ini berlaku kerana semua orang boleh menggunakan wang tunai untuk membeli barang atau perkhidmatan.

2. Kad kredit Pemilik kad kredit boleh membeli barang tanpa menggunakan wang tunai.Belian yang dibuat oleh pembeli akan dibayar oleh syarikat kad kredit kepada penjual.Pemegang kad kredit ini akan membuat pembayaran kepada syarikat kad kredit sama ada secara ansuran atau sekali gus.

3. Cek

Cek merupakan kemudahan yang diberikan oleh bank kepada pemegang akaun semasa.Pembeli boleh membuat bayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan menggunakan cek.Nilai barang yang dibeli akan dibayar oleh bank kepada peniaga berdasarkan nilai yang tercatat pada cek.

4. Kad prabayar Pada masa ini,terdapat cara membayar yang mengkhendaki pengguna membayar terlebih dahulusebelum mendapat sesuatu barang atau perkhidmatan.Contohnya,kad prabayar caj telefon selular.

5. Kad pintar Kad pintar ialah kad yang mempunyai pelbagai fungsi.Pada kad ini terdapat pelbagai maklumat tentang pemiliknya.Kad ini juga boleh berfungsi sebagai kad ATM.Oleh itu,pemilik kad ini boleh membuat bayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan syarat diterima peniaga.Contoh kad pintar ialah kad pengenalan Malaysia,iaitu MyKad.

6. Pembayaran elektronik (e-pay) Pembayaran cara ini memerlukan pembeli mempunyai akaun di bank dan kemudahan internet.Pembayaran bagi belian yang dibuat boleh dilakukan dengan melawat laman web

peniaga.Nilai belian barang atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga kepada pembeli akan ditolak daripada akaun pembeli secara automatik.

3 Perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang
1. Urus niaga melalui komputer lebih menyenangkan pelanggan Dengan adanya Internet,pembeli tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk membeli barang atau perkhidmatan.Mereka hanya perlu melayari laman web peniaga dan membuat pesanan barang yang dikehendaki.Pembeli menjimatkan masa jika menggunakan kemudahan ini.Kini,ramai peniaga mengamalkan

urusniaga yang menggunakan kad ATM yang dikenali sebagai EFTPOS (Electronic-Funds-Transfer-At-Point-Of-Sales)

2. Penggunaan kod dalam menentukan harga dan kod penyenggaraan stok Penyenggeraan stok semakin cepat dan tepat dengan adanya sistem kod bar yang banyak digunakan pada masa ini.Sistem ini membolehkan penjual mengetahui jumlah barang yang terdapat dalam stok.Keadaan ini memudahkan peniaga untuk memudahkan peniaga untuk membuat perancangan.Selain itu,urusan pembayaran kaunter juga semakin cepat kerana jurujual tidak perlu mengambil masa untuk mengira nilai barang yang dibeli oleh pembeli.

3. Cara pembayaran yang lebih mudah Pembeli tidak perlu membawa wang tunai yang banyak semasa membeli-belah kerana pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad ATM,kad kredit,dan MyKad (kad pengenalan pelbagai fungsi).Selain itu,pembeli juga boleh membuat pembayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan kemudahan Internet yang dikenali sebagai e-pay.

1.2 Milikan perniagaan

Kriteria
1. Menyatakan 5 jenis milikan perniagaan dengan betul 2. Menyatakan 1 contoh nama perniagaan bagi setiap jenis milikan perniagaan yang betul 3. Menyatakan ciri bagi setiap jenis milikan perniagaan dengan betul 4. Membezakan jenis milikan tunggal dengan syarikat sendirian berhad dengan betul

5 Jenis milikan perniagaan
• Milikan tunggal • Perkongsian

• Syarikat berhad – Syarikat sendirian berhad – Syarikat awam berhad • Koperasi

1 Contoh nama perniagaan bagi setiap jenis milikan perniagaan
Milikan tungal: AL BARAKA CATERING Perkongsian: CRESCOGLOBE CORP. (m) SDN.BHD Syarikat Berhad: DAIMAN DEVELOPMENT BHD Koperasi: EQUESTRIAN ASSOCIATION OF MALAYSIA

Syarikat Sendirian Berhad: BANGKOK HOUSE (KL) SDN.BHD Syarikat Awam Berhad: TELEKOM MALAYSIA BHD

Ciri bagi setiap jenis milikan perniagaan 1.Milikan tunggal
• • • •

• • •

Milikan- dimiliki oleh seorang pemilik sahaja Modal- diperoleh daripada wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara-mara atau bank Pengurusan- pengurusan dan kawalan sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarga Pembentukan- dibentuk dengan mendaftar kepada pendaftar perniagaan,suruhanjaya syarikat Malaysia dan mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan Liabiliti- liabiti tidak terhad,iaitu kerugian ditampung dengan harta persendirian pemilik Agihan untung rugi- keuntungan dinikmati sepenuhnya oleh pemilik Cukai- cukai pendapatan yang rendah dikenakan kepada pemilik berbandingan dengan cukai syarikat

2.Perkongsian
• • •

• •

Milikan- dimiliki oleh dua hingga 20 pemilik Modal- diperoleh daripada rakan kongsi Pengurusan- diuruskan oleh rakan kongsi biasa.rakan kongsi berhad hanya boleh memeriksa segala rekod dan akaun perniagaan serta memberikan pendapat Pembentukan- dibentuk dengan mendaftar kepada pendaftar perniagaan,suruhanjaya syarikat Malaysia Liabiliti- liabiliti tidak terhad,iaitu kerugian perniagaan ditanggung oleh rakan kongsi

• •

Agihan untung rugi- keuntungan perniagaan dibahagi kepada rakan kongsi mengikut syarat yang dipersetujui Cukai- cukai pendapatan individu dibayar oleh rakan kongsi yang memperoleh untung

3.Syarikat Sendirian Berhad
• • •

• • •

Milikan- dimiliki oleh sekumpulan orang persendirian Modal- diperoleh daripada penjualan saham kepada orang persendirian Pengurusan- pengurusan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh para pemegang saham .Bilangan minimum pemegang saham ialah dua orang,manakala bilangan maksimum ialah 50 orang Pembentukan- dibentuk dengan mendaftar kepada pendaftar syarikat,kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Liabiliti- liabiliti pemegang saham terhad mengikut modal yang disumbangkan Agihan untung rugi- keuntungan syarikat dibahagikan kepada pemilik saham dalam bentuk dividen Cukai- cukai pendapatan syarikat dikenakan

4.Syarikat Awam Berhad
• •

Milikan- pemilik terdiri daripada ahli yang membeli saham koperasi Modal- diperoleh daripada penjualan saham kepada orang awam.bilangan minimum pemegang ialah dua orang dan bilangan maksimum tidak terhad

• • •

Pengurusan- pengurusan oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat aung tahunan Pembentukan- dibentuk dengan mendaftar kepada pendaftar syarikat,suruhanjaya syarikat Malaysia Liabiliti- liabiliti terhad pemegang saham Agihan untung rugi- keuntungan syarikat dibahagikan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen dan bonus Cukai- cukai pendapatan syarikat dikenakan

5.Koperasi
• • •

• •

Milikan- pemilik terdiri daripada ahli yang membeli saham koperasi Modal- diperoleh daripada penjualan saham kepada ahliahlinya serta yuran masuk dan yuran bulanan ahli-ahli Pengurusan- pengurusan dan pentadbiran oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung tahunan koperasi Liabiliti- liabiliti terhad bagi semua ahli setakat modal yang dilaburkan sahaja Agihan untung rugi- lebihan atau keuntungan yang diperoleh oleh koperasi akan diberikan kepada ahli-ahli dalam bentuk dividen.dividen langganan berdasarkan jumlah belian,manakala dividen tunai berdasarkan jumlah saham yang dimiliki Cukai- dikecualikan daripada cukai

Pembentukan- mendaftar kepada pendaftar koperasi ,jabatan pembangunan koperasi,kementerian pembangunan negara dan luar bandar

Perbezaan perniagaan jenis milikan tunggal dan sendirian berhad

Perniagaan jenis milikan tunggal hanya dimilik oleh seorang pemilik sahaja manakala perniagaan jenis sendirian berhad dimilik oleh dua hingga 20 orang pemilik

1.3 Langkah menubuhkan Perniagaan kecil

Kriteria
1.Menyenaraikan langkah menubuhkan perniagaan kecil dengan betul 2.Menyatakan dokumen yang terlibat dalam penubuhan perniagaan kecil dengan betul 3.Mengisi borang pendaftaran perniagaan dengan lengkap 4.Menyatakan sumber modal dengan betul

Menyenaraikan langkah menubuhkan perniagaan kecil dengan betul

• • • •

Membuat perancangan Mendaftar perniagaan Memohon lesen perniagaan Mendapatkan modal perniagaan

Menyatakan sumber modal yang betul

Simpanan

Pinjaman

Simpanan sendiri merupakan

Pinjaman boleh diperoleh daripada saudaracara terbaik untuk memulakan mara,rakan,bank, atau institusi perniagaan kerana kewangan yang lain.Peniaga peniagaanya melalui penjualan terpaksa menanggung beban asset persendirian pinjaman

Menyatakan dokumen yang terlibat dalam penubuhan perniagaan kecil dan mengisi borang perniagaan dengan lengkap

6 Contoh alat pembayaran masa kini
1. Wang Tunai Wang tunai paling mudah dan kerap digunakan dalam pembayaran.Keadaan ini berlaku kerana semua orang boleh menggunakan wang tunai untuk membeli barang atau perkhidmatan. 2. Kad kredit Pemilik kad kredit boleh membeli barang tanpa menggunakan wang tunai.Belian yang dibuat oleh pembeli akan dibayar oleh syarikat kad kredit kepada penjual.Pemegang kad kredit ini akan membuat pembayaran kepada syarikat kad kredit sama ada secara ansuran atau sekali gus. 3. Cek Cek merupakan kemudahan yang diberikan oleh bank kepada pemegang akaun semasa.Pembeli boleh membuat bayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan menggunakan cek.Nilai barang yang dibeli akan dibayar oleh bank kepada peniaga berdasarkan nilai yang tercatat pada cek. 4. Kad prabayar Pada masa ini,terdapat cara membayar yang mengkhendaki pengguna membayar terlebih dahulusebelum mendapat sesuatu barang atau perkhidmatan.Contohnya,kad prabayar caj telefon selular. 5. Kad pintar Kad pintar ialah kad yang mempunyai pelbagai fungsi.Pada kad ini terdapat pelbagai maklumat tentang pemiliknya.Kad ini juga boleh berfungsi sebagai kad ATM.Oleh itu,pemilik kad ini boleh membuat bayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli

dengan syarat diterima peniaga.Contoh kad pintar ialah kad pengenalan Malaysia,iaitu MyKad.

6. Pembayaran elektronik (e-pay) Pembayaran cara ini memerlukan pembeli mempunyai akaun di bank dan kemudahan internet.Pembayaran bagi belian yang dibuat boleh dilakukan dengan melawat laman web peniaga.Nilai belian barang atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga kepada pembeli akan ditolak daripada akaun pembeli secara automatik.

3 Perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang
1. Urus niaga melalui komputer lebih menyenangkan pelanggan Dengan adanya Internet,pembeli tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk membeli barang atau perkhidmatan.Mereka hanya perlu melayari laman web peniaga dan membuat pesanan barang yang dikehendaki.Pembeli menjimatkan masa jika menggunakan kemudahan ini.Kini,ramai peniaga mengamalkan urusniaga yang menggunakan kad ATM yang dikenali sebagai EFTPOS (Electronic-Funds-Transfer-At-Point-Of-Sales)

2. Penggunaan kod dalam menentukan harga dan kod penyenggaraan stok Penyenggeraan stok semakin cepat dan tepat dengan adanya sistem kod bar yang banyak digunakan pada masa ini.Sistem ini membolehkan penjual mengetahui jumlah barang yang terdapat dalam stok.Keadaan ini memudahkan peniaga untuk memudahkan peniaga untuk membuat perancangan.Selain itu,urusan pembayaran kaunter juga semakin cepat kerana jurujual tidak perlu mengambil masa untuk mengira nilai barang yang dibeli oleh pembeli.

3. Cara pembayaran yang lebih mudah Pembeli tidak perlu membawa wang tunai yang banyak semasa membeli-belah kerana pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad ATM,kad kredit,dan MyKad (kad pengenalan pelbagai fungsi).Selain itu,pembeli juga boleh membuat pembayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan kemudahan Internet yang dikenali sebagai e-pay.

1.4 JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN

Kriteria
1. Menyenaraikan kesemua jenis dokumen perniagaan 2.Mengkelaskan dokumen mengikut urutan 3.Menyatakan pihak yang mengeluarkan dokumen dengan betul 4.Menerangkan maklumat penting dalam invois dengan betul

Menyenaraikan kesemua jenis dokumen perniagaan
• • • • • • • • • • Surat Tanya Resit Penyata Akaun Nota kredit Nota debit Invois Nota serahan Borang pesanan Sebut harga/Senarai harga Katalog

*Mengkelaskan dokumen mengikut urutan
1.Surat Tanya 2.Katalog 3.Sebut harga 4.Borang pesanan 5.Nota serahan 6.Invois 7.Nota debit 8.Nota kredit 9.Penyata akaun

10.Resit

Menyatakan pihak yang mengeluarkan dokumen dengan betul
• •

Invois
Resit*

*sampai* jawapan salah cube rujuk buku teks untuk jawapannya

Menerangkan maklumat penting dalam invois dengan betul
• • • •

Nama dan alamat pembeli dan penjual Nombor invois dan tarikhnya Maklumat tentang barang dan harganya Syarat serahan,pembayaran ,dan diskaun Singkatan K&K di K yang bermaksud “Kesalahan dan Ketinggalan Dikecualikan”.Ini bermakna, jika terdapat kesalahan dan kesilapandalam invois,sama ada terkurang atau terlebih,invois tersebut tidak akan dibetulkan

1.5 Bidang pengeluaran

Kriteria
1. Menerangkan pengertian pengeluaran dengan betul 2. Menyenaraikan empat bidang pengeluaran dengan betul 3. Menerangkan maksud setiap bidang pengeluaran dengan betul 4. Menyatakan contoh serta grafik bagi setiap bidang

Pengertian pengeluaran
Proses pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk memenuhi keperluan dan memuaskan kehendak manusia.Pengeluaran barang ialah proses menghasilkan barang sama ada dilakukan di kilang atau ladang dengan menggunakan tenga manusia dan jentera.Pengeluar barang ialah individu yang terlibat dalam proses pengeluaran barang.Contoh pengeluar barang ialah petani dan pekilang.Pengeluaran perkhidmatan pula ialah proses

perkhidmatan sama ada menggunakan kebolehan atau kemahiran yang dimiliki.Pengeluar perkhidmatan ialah orang yang terlibat dalam menghasilkan perkhidmatan.Contoh pengeluar perkhidmatan ialah guru,penyanyi dan doktor.

4 Bidang pengeluaran
• • • • Ekstraktif Pembuatan/Perkilangan Pembinaan Perkhidmatan

Menerangkan maksud setiap bidang pengeluaran
1.Ekstraktif
Pengeluaran ekstraktif merupakan aktiviti mengeluarkan bahan mentah daripada sumber alam untuk kegunaan pengeluaran.Bidang pertanian,perlombongan,perikanan laut dalam,penternakan,pemburu haiwan,dan pembalakan meripakan contoh aktiviti pengeluaran ekstraktif

2.Pembuatan/perkilangan
Pengeluaran pembuatan atau perkilangan melibatkan aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang separuh siap atau barang siap.Pengeluaran perkilangan ini boleh dibahagikan kepada tiga,iaitu:

• Kilang memproses makanan seperti sos cili,kicap,biskut,coklat dan roti • Kilang membuat barang pengguna seperti pakaian yang terdiri daripada baju.seluar,kasut, dan topi • Kilang membuat barang industri seperti kilang paip,simen,bahan kimia,dan jentera

3.Pembinaan
Pengeluaran pembinaan ialah aktiviti yang menggunakan barangan separuh siap yang dibina,dipasang dan dicantum agar menjadi barang yang lengkap.Contoh pengeluaran pembinaan ialah perusahaan memasang kenderaan,membuat kapal,membina bangunan,jambatan,dan jalan raya

4.Perkhidmatan
Pengeluaran perkhidmatan ialah aktiviti memberikan khidmat kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Perkhidmatan berdasarkan pengetahuan,kebolehan,kepakaran,kemahiran,latihan dan modal.Pengeluaran perkhidmatan tidak menghasilkan barang.Pengeluaran perkhidmatan boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu: • Perkhidmatan secara langsung seperti tukang gunting rambut • Perkhidmatan awam seperti guru • Perkhidmatan perdagangan seperti agensi perbankan

Contoh serta grafik bagi setiap bidang pengeluaran
Ekstraktif:

Pembuatan/perkilangan:

Pembinaan:

Perkhidmatan:

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->