You are on page 1of 2

JURNAL Minggu: 4 Tarikh : 15 Julai 2012 hingga 19 Julai 2012

1. MASALAH Pada minggu keempat ini, masalah yang saya hadapi adalah masalah kekangan masa dalam menyiapkan projek internship di sekolah. Ini berikutan kekurangan masa dan juga bahan yang diperlukan untuk menyiapkan projek.

2. ANALISIS Projek yang saya dan pasangan laksanakan di sekolah adalah projek Keceriaan tandas. Masalah yang timbul adalah kekurangan bahan dan juga masa untuk melaksanakannya. Disamping itu, say juga menghadapi masalah dengan pasangan saya seperti perbezaan pendapat, ketepatan masa dan juga sikap masing-masing.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Saya perlu menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sepenuhnya dan juga melaksanakan projek sperti yang dirancang. Selain itu, saya perlu memupuk sikap sabar, bekerjasama secara berkumpulan dan juga berfikiran positif bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk berlaku. Saya akan tepati masa dan berkerja lebih masa dalam memastikan projek ini berjalan seperti yang dirancang dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. TEMPOH MASA Saya akan berusaha memperbaiki masalah ini dengan berusaha bersungguhsungguh dalam menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.

5. PENILAIAN KEJAYAAN Projek yang dirancang hamper siap hasil kerjasama saya dan pasangan saya dan hanya tinggal beberapa perkara yang perlu diselesaikan seperti menghias dinding dengan hiasan dan lain-lain lagi. Projek yang dilaksanakan akhirnya dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan walaupun pada permulaannya saya dan pasangan saya banyak menghadapi masalah-masalah. Namun segala masalah dapat diselesaikan.

6. TINDAKAN SUSULAN Saya akan terus berusaha dan kekalkan sikap dan pengalaman yang saya perolehi sebagai bekalan dalam mengharungi profesion keguruan yang sebenar nanti.

Disemak oleh guru pembimbing : Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like