P. 1
Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

1.0

|Views: 4,371|Likes:
Published by Alin

More info:

Published by: Alin on Aug 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PENGENALAN.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid cenderung untuk mempunyai gaya tertentu. Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan pemerosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu boleh melihat sesuatu secara abstrak. Ini bermakna setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.

Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaran seseorang individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan suatu cara bagaimana seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakan dalam usaha untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu, atau pengalaman yang baru.

Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memproses serta mengekalkan maklumat baru. Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagi seorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza. Renzulli and Smith (1978) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai satu bidang strategi pengajaran yang mana pelajar cuba menuntut pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya pengajaran guru selari dengan gaya pembelajaran pelajar. Dengan ini, penyesuaian dalam pengajaran perlu dilakukan untuk melayani gaya pembelajaran pelajar. Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (reflective

observation), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation). Keefe (1987) berpendapat bahawa gaya pembelajaran merangkumi tiga aspek, iaitu kognitif, afektif dan psikologikal. Gaya kognitif melibatkan pememprosesan maklumat, gaya afektif melibatkan tindak balas yang berasaskan motivasi manakala gaya psikologikal bersifat tabiat yang berkaitan dengan unsur-unsur seks, kesihatan dan alam sekitar. Beliau mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses dalaman dan berpendapat bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila terdapatnya perubahan tabiat sama ada secara kekal atau sementara bagi seseorang individu.

Beberapa perspektif dan dimensi gaya pembelajaran yang berlainan telah dikemukakan oleh pakar pendidik dan pengkaji dalam masa setengah abad yang lepas. Terdapat model-model gaya pembelajaran yang mengambil kira dimensi personaliti (Wilkin, 1954; Myers, 1978), ada yang memfokuskan pemprosesan maklumat (Schmeck, 1983; Kolb, 1984), ada yang membawa dimensi interaksi sosial pelajar (Reichmann & Grasha, 1974) dan ada juga modelmodel yang multi-dimensi dan menekankan kecenderungan cara pengajaran dan kecenderungan persekitaran (Keefe,1989; Dunn & Dunn, 1978). Dengan ini, banyak instrumen telah digubal dan banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dengan harapan pembelajaran yang berkesan boleh diadakan. Dapatandapatan kajian juga membantu para pendidik memahami terdapatnya perbezaan gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya tidak ada satu cara yang unggul untuk menjalankan pengajaran. 2. MODEL PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN. Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Mereka telah menyenaraikan lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi. Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

2.1 Rangsangan Persekitaran. Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar. Kadar terangnya cahaya menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran. Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada di antara kita yang lebih suka belajar dalam suasana yang malap. Begitu juga dengan unsur bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beranika jenis. Misalnya terdapat murid yang suka belajar dengan diiringi alunan muzik, atau tidak kisah jika belajar dengan pelbagai bunyi yang terhasil di persekitaran, namun ada juga dikalangan murid yang hanya boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran dalam suasana yang sunyi tanpa sebarang bunyi. Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid yang tidak suka atau tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas atau alat penghawa dingin. Manakala unsur reka bentuk tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak. Susun atur yang selesa boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Tempat duduk yang selesa boleh mengurangkan keletihan murid sepanjang tempoh pembelajaran. 2.2. Rangsangan Emosi. Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan seseorang. Elemen yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi, keazaman, sikap tanggungjawab, dan juga struktur. Elemen motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi intrinsik dann juga motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan sesuatu yang datang dari dalam diri murid itu sendiri. Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar apabila disuruh atau diarahkan oleh orang lain.

2.3 Rangsangan Sosial. Rangsangan sosial diwakili oleh unsur-unsur kendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, dan pelbagai cara. Unsur kendiri merujuk kepada seseorang yang suka belajar bersendirian, manakala, unsur pasangan pula melibatkan gaya pembelajaran secara berpasangan. Bagi murid yang hanya suka belajar dengan rakan sebaya sahaja, mereka memperlihatkan kewujudan unsur rakan sebaya. Begitu juga dengan unsur pasukan, di mana seseorang murid itu selesa belajar secara berpasukan. Terdapat juga di kalangan murid yang gemar berbincang dengan guru dan tidak kurang di kalangan murid yang boleh belajar dalam mana-mana unsur seperti yang telah disebutkan sebelum ini. 2.4 Rangsangan Fizikal.

Ramai penyelidik berpendapat bahawa apabila pelajar diajar mengikut kecenderungan gaya pembelajaran masing-masing, pencapaian akademik mereka akan meningkat secara signifikan. Disebabkan itu, Dunn, et al. (1990), berpendapat adalah tidak patut sekiranya satu-satu gaya pembelajaran seperti belajar secara berkumpulan dipaksa ke atas semua pelajar. Ini kerana langkah sedemikian boleh menjejaskan pencapaian pelajar yang mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap gaya yang lain. Selain pembelajaran dari segi akademik, kajian lain menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam sikap dan perlakuan pelajar apabila gaya pengajaran guru dipadankan dengan gaya pembelajaran pelajar. (Brown, 1978; Cafferty, 1980; Della Valle, 1984; Dunn, 1980; Krimsky, 1982; Murrain, 1983; Pizzo, 1981 dan Shea, 1983). Semasa ditemubual tentang gaya pembelajaran, Dunn (1990) berpendapat bahawa pelajar dengan tahap akademik yang berlainan boleh menunjukkan peningkatan JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3 45 yang signifikan dalam pencapaian akademik apabila gaya pengajaran guru disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar juga boleh menunjukkan sikap positif terhadap persekolahan selepas mereka ditunjuk cara belajar dengan mengambil kira kecenderungan gaya pembelajaran mereka. Misalnya, Model

Gaya Pembelajaran Dunn telah digunakan sebagai satu program dalam pengajaran dan pembelajaran di Center for Educating Students with Handicaps in Regular Education Settings (CESHRES), North Carolina, USA. Program ini telah memberi kesan yang positif terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas. Selain daripada itu, Dunn (1990) juga melaporkan bahawa pelajar-pelajar pencapaian rendah pembelajaran di Center for Slow Learners, Richardson, Texas juga menunjukkan kejayaan tinggi setelah diberi pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->