You are on page 1of 46

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)- Persamaan Laura H.

Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses ar tistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistic yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang leb ih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat -peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya el emen satu peringkat perkembangan sahaja.

Terdapat 3 kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu: 1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertetapan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu: 1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea , pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea . Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. 2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana pros es pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. 3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

TEORI VICTOR LOWENFELD Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan

Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan. Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Dua cara atau kaedah yang dapat dilakukan oleh ibubapa atau guru-guru dalam membina imaginasi kanak- kanak. Cara pertama adalah melalui bercerita (Anonymous,1997). Dalam hal ini kanak-kanak perlu menyambung cerita seterusnya yang diceritakan oleh ibubapa atau guru pada mulanya. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berimaginasi apa yang berlaku seterusnya didalam cerita tersebut. Melalui ini juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk berimaginasi. Cara seterusnya adalah mengayakan pakaian (Anonymous,1997). Ibubapa atau guru boleh menyuruh kanak-kanak untuk mengayakan pakaian bagi melakonkan perwatakan bagi pakaian tersebut, contohnya pakaian doktor maka kanak-kanak perlu melakonkan watak doktor. Untuk membina imaginasi kanak-kanak melalui cara ini kebanyakkan tadika mengunakan tema pekerjaan, pada minggu tema ini

kanak-kanak dikehendaki mengayakan pakaian doktor,guru, polis dan lain-lain. Disamping itu mereka juga dikehendaki mengayakan watak bagi pakaian yang dipakai. Melalui cara ini ia dapat membantu kanak-kanak dalam membina atau membentuk imaginasi mereka.

Tanggungjawab guru merangsangkan imaginasi Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka.

Peringkat Perkembangan Viktor Lowenfield Peringkat pertama iaitu peringkat contengan (2-4 tahun) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peringkat contengan tanpa kawalan, contengan terkawal dan juga contengan bermakna. Bagi peringkat contengan ini, kanak-kanak mula menconteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di persekitaran mereka. Contengan mereka juga tidak menggambarkan apa-apa imej dan cara alat dipegang juga mengikut keupayaan mereka. Kemudiannya, keupayaan mereka mula berkembang sedikit demi sedikit dan mula membentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan sebagainya. Alat contengan juga mampu dipegang dengan baik sehinggalah lewat usia 3 hingga 4 tahun, mereka mula melukis gambar yang dikaitkan dengan persekitaran mereka dan menampakkan imaginasi. Pada peringkat pra-skematik (4-7 tahun), kanak-kanak akan melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka. Gambar yang dilukis pula telah mula dikenali imejnya dan digambarkan berasaskan apa yang diketahui, bukan merupakan reprensentasi tampak. Imej manusia pula digambarkan dengan rupa asas seperti bulat bagi muka dan garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan. Objek juga dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukisan dan unsur ruang cuba dinampakkan berdasarkan objek-objek penyokong yang diletak disekeliling objek pertama yang dinamakan ruang badan. Pada peringkat ini juga kanak-kanak suka mencuba dan membuat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa. Kemudiannya peringkat skematik (7-9 tahun) di mana pada peringkat ini, simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal dan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik untuk melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat

segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia pula digambarkan secara berlebihan (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang pula digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garisan tersebut. Peringkat ke empat ialah peringkat awal realism (9-12 tahun). Pada peringkat ini, kanakkanak mula menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Objek yang dilukis pula berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan mereka. Kefahaman ruang pula digambarkan melalui kesan tindih-tindih objek dan objek tertumpu di bahagian bawah iaitu tanah. Kadar banding pada lukisan figura dilakukan secara naturalistik dan banyak objek dimasukkan ke dalam lukisan. Peringkat berikutnya ialah peringkat penaakulan (12-14 tahun). Peringkat ini lebih kepada peringkat Peudo-natiralistik iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan. Ia juga merupakan peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat kritikal. Lukisan yang diolah lebih natural serta memahami konsep ruang. Objek jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Terdapat juga tanda-tanda dalam lukisan mereka yang cuma menggunakan perspektif. Mereka juga mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk kartun melalui lukisan satirikal.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Ciri-ciri Lukisan Faktor pertama yang mempengaruhi ciri-ciri lukisan adalah persekitaran. Persekitaran bermaksud tempat tinggal atau tempat asal kanak-kanak itu. Ini bermakna, sekiranya kanak-kanak tersebut tinggal dalam kawasan yang sedang berlakunya peperangan, maka kanak-kanak itu akan terdorong untuk menghasilkan lukisan yang lebih berunsurkan peperangan dan keganasan. Persekitaran juga merupakan faktor penting bagi kanak-kanak kerana mereka dapat menterjemahkan persekitaran mereka ke dalam hasil karya mereka. Pada peringkat kanak-kanak, mereka banyak mempelajari sesuatu perkara berdasarkan alam sekeliling mereka. Faktor yang kedua ialah sosial. Sosial bermaksud hubungan antara keluarga, kawan dan masyarakat dan akhirnya satu komuniti. Melalui hubungan sosial, ianya akan dapat mempengaruhi gaya dan ciri lukisan kanak-kanak. Sebagai contoh, sekiranya seseorang kanak-kanak itu sentiasa mempunyai hubungan sosial berkait rapat dengan kawan-kawan, maka lukisan yang terhasil akan mempunyai ciri-ciri keakraban,kemesraan dan keteguhan serta keharmonian. Misalnya, kanak-kanak pada peringkat praskematik. Kanak-kanak pada peringkat ini sentiasa melukis gambar keluarga kerana keluarganya adalah orang yang paling rapat sekali dengan kanak-kanak tersebut dan jika mereka mempunyai teman yang paling akrab dengan mereka, sudah pasti mereka akan melukis sahabat mereka sendiri. Faktor seterusnya ialah imaginasi. Imaginasi adalah sesuatu idea yang melangkaui batas normal fizikal. Satu perasaan dalaman atau khayalan kanak-kanak pada tahap ini begitu tinggi dan ianya akan digunakan secara tidak langsung oleh murid-murid untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Kanakkanak gemar berimaginasi dan tahap imaginasi mereka sangat tinggi. Ini kerana ianya banyak dipengaruhi oleh media masa seperti televisyen yang menyiarkan cerita-cerita superhero dan cartoon. Secara tidak langsung, apa yang difikirkan dan dikhayalkan oleh kanak-kanak akan digambarkan pada lukisan dan mungkin akan diolah hingga menjadi watak mereka sendiri. Faktor seterusnya ialah keperluan dan pengalaman hidup harian juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi ciri lukisan kanak-kanak. Ini bermakna sebarang keinginan yang diidamkan akan diterjemahkan kedalam bentuk lukisan. Selain itu, pengalaman hidup harian dapat diingati oleh kanakkanak kerana setiap apa yang diperhatikan akan menjadi satu cabang pemikiran seterusnya akan disesuaikan dengan kehidupannya atau melalui pengalaman lepas kanak-kanak itu akan belajar. Secara tidak lansung, idea menghasilkan karya sebenarnya dibantu oleh pengalaman kanak-kanak itu sendiri.

Contohnya, pengalaman berhari raya di kampung dapat diluahkan di atas kertas lukisan dan apa yang digambarkan adalah mengikut apa yang dirasai oleh kanak-kanak tersebut di kampungnya. Faktor yang terakhir ialah latar belakang agama dan bangsa. Kanak-kanak melayu akan sentiasa menghasilkan karya yang bersifat kemelayuannya, bangsa Cina dengan ciri-ciri budaya Cinanya dan begitu juga dengan Bangsa India. Sebagai contoh, kanak-kanak melayu akan melukis figura manusia yang berpakaian baju melayu bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan dan tidak asing lagi imej ketupat sering dikaitkan dengan makanan tradisi orang melayu. Kanak-kanak berbangsa China pula akan melukis figura manusia dengan berpakaian Cheongsam dan biasanya berwarna merah beserta imej mercun. Bagi kanak-kanak berbangsa India pula lebih gemar melukis kolam dan menggunakan warna yang pelbagai lazimnya warna yang kontra.

Kajian Dan Analisis Lukisan Kanak-kanak Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di sekelilingnya. Tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah orang, pokok dan rumah. Melalui aspek apresiasi dari segi aspek menggambar (Description), penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini. Keadaan persekitaran kampung diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, biru coklat, jingga dan merah. Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline. Rupa objek yang dilukis seperti burung dan air terjun digunakan untuk mewujudkan kesan pergerakan (movement). Rupa burung yang digambarkan dilukis dengan aksi yang berbeza untuk menampakkan lagi kesan pergerakan dengan lebih jelas. Penegasan dalam karya ini ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, warna yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Aspek imbangan dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti rumah, sawah padi dan pokok. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan. Subjek yang digunakan pula dalam lukisan ini ialah merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman langsung pelukis dengan menegaskan subjek seperti rumah, sawah padi, bukitbukau, pokok dan air terjun. Makna atau mesej yang disampaikan oleh pelukis melalui penggunaan unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dengan lebih menggambarkan kepada kehidupan masyarakat kampung kaum Melayu di Malasysia yang aman, damai dan tenang. Dari segi aspek penilaian, hasil karya seni ini dapat dapat diertikan dari segi kehidupan masyarakat sosial orang Melayu di Malaysia yang kebanyakannya tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani. Gambarajah 2 Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di sekelilingnya. Tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah pokok. Melalui aspek apresiasi dari segi aspek menggambar (Description), penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini. Keadaan persekitaran diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, biru coklat, jingga dan merah. Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline untuk menunjukkan kehiduapan di sebuah kebun. Rupa objek yang dilukis seperti burung, rama-rama, lebah

dan siput digunakan untuk mewujudk an kesan pergerakan (movement). Rupa rama-rama yang digambarkan dilukis dengan aksi yang berbeza untuk menampakkan lagi kesan pergerakan dengan lebih jelas. Penegasan dalam karya ini ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Aspek imbangan dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti serangga, bukit dan pokok dengan susunannya yang teratur serta menyeluruh. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan. Subjek yang digunakan pula dalam lukisan ini ialah merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman atau kehidupan pelukis dengan menegaskan subjek seperti pokok dan serangga. Penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, rupa, bentuk serta garisan menambahkan lagi nilai estetik karya ini. Prinsip rekaan pula ditegaskan melalui aspek penegasan, keseimbangan, bentuk, kepelbagaian dan kesatuan. Kualiti ekspresif yang ditegaskan dalam lukisan ini ialah mood gembira melalui suasana yang aman dan tenang. Kaedah atau teknik yang digunakan dalam menghasilkan karya ini ialah teknik lukisan dengan menggunakan pastel serta pensel warna dan memberi fokus kepada ton. Makna atau mesej yang disampaikan oleh pelukis melalui penggunaan unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dengan lebih mendalam dengan menggambarkan persekitaran di sekitar kebun yang kaya dengan flora dan fauna. Dari segi aspek penilaian, hasil karya seni ini dapat dapat diertikan dari segi kehidupan masyarakat sosial orang di Malaysia yang bekerja sebagai peladang melalui persekitaran yang digambarkan disekitar kebun yang kaya dengan flora dan fauna.

Gambarajah 3

Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di sekelilingnya. Bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah orang. Melalui aspek apresiasi dari segi aspek menggambar (Description), penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini. Keadaan persekitaran diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, biru coklat, jingga, kuning, ungu dan merah. Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline dan tanda contengan masih kelihatan. Rupa objek atau figura yang dilukis digunakan untuk mewujudkan kesan pergerakan (movement). Rupa figura atau orang yang digambarkan dilukis dengan aksi yang berbeza untuk menampakkan lagi kesan pergerakan dengan lebih jelas. Penegasan dalam karya ini ditegaskan melalui aspek garisan dan rupa, yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Aspek imbangan di manfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti watak-watak figura yang melakukan aksi yang berlainan. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan. Subjek yang digunakan pula dalam lukisan ini ialah merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman atau kehidupan pelukis dengan menegaskan subjek di tepi pantai. Penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, rupa, bentuk serta garisan menambahkan lagi nilai estetik karya ini. Prinsip rekaan pula ditegaskan melalui aspek rupa dan kepelbagaian. Kualiti ekspresif yang ditegaskan dalam lukisan ini ialah mood gembira melalui suasana yang gembira bersama rakan-rakan di tepi pantai. Kaedah atau teknik yang digunakan dalam menghasilkan karya ini ialah teknik catan dan percikan dengan menggunakan poster serta pen yang memberi fokus kepada aspek penggunaan ruang.

Makna atau mesej yang disampaikan oleh pelukis melalui penggunaan unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dengan lebih mendalam dengan menggambarkan persekitaran di tepi pantai dengan watak-watak figura yang sedang bermain dan membuat istana pasir. Dari segi aspek penilaian, hasil karya seni ini dapat dapat diertikan dari segi kehidupan masyarakat sosial orang di Malaysia yang kerap kali menghabiskan masa dengan bercuti di sekitar pantai yang terdapat di Malaysia.

Cerita Dalam Lukisan Kanak-Kanak Persekitaran tempat tinggal mempengaruhi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka, sama ada mereka tinggal di kawasan bandar, pinggir bandar mahupun kawasan pendalaman. Kehidupan kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan mewah ataupun banglo mengikut gaya kehidupan masyarakat disekelilingnya, begitu juga dengan kanak-kanak yang tinggal di kampung-kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni. Kanak-kanak menghasilkan karya yang menampakkan imej yang menjadi ekspresi individu. Mereka menggambarkan imej yang berada di persekitaran dengan memasukkan unsur-unsur dalam diri mereka, sama ada mereka menghasilkan karya itu dalam keadaan riang atau sedih. Contohnya lukisan kanak-kanak tentang kucing kesayangannya, imej ibunya yang digemukkan, mimik muka marah dan lainlain. Melalui seni juga kanak-kanak dapat meneroka kehidupan ini dengan tahap kreativiti tersendiri iaitu mereka meneroka sesuatu yang baru seperti menghasilkan karya berbentuk fantasi ataupun masa akan datang seperti seorang angkasawan, robot, kenderaan yang diidamkan dan sebagainya. Masyarakat setempat menjadi contoh bagi penghasilan imej kanak-kanak. Tahap perkembangan kanak-kanak sentiasa terkawal dan mereka tidak pandai menipu walaupun dalam karya seni. Kreativiti dan nilai estetika cuba dihayati melalui kehidupan seharian dan persekitaran sedia ada. Kanak-kanak yang normal sering belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya. Apabila mereka tinggal dalam suasana yang aman dan damai, mereka berkarya dengan emosi yang tenang tanpa pemberontakan dalam diri. Begitu juga apabila mereka tinggal di tempat yang berlakunya peperangan ataupun adanya ancaman, maka kanak-kanak itu berkarya mengenai darah, kematian, senapang dan kesengsaraan hidup. Oleh itu kanak-kanak sentiasa belajar melalui pengalaman yang berlaku di persekitaran mereka. Daripada situ mereka berinteraksi dengan persekitaran, alam dan masyarakat setempat. Di sini jelaslah menunjukkan yang seni adalah jambatan yang menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Kebanyakan tema dalam pengajaran pendidikan seni mempunyai kaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Ini banyak dipengaruhi oleh ideologi kepelbagaian budaya yang mana setiap kaum dan etnik mempunyai kesenian yang tersendiri. Apabila dilihat dengan teliti, pembuatan patung bagi tujuan kepercayaan atau penyembahan bagi etnik di Bali, Indonesia dengan etnik Jahut di Malaysia, walaupun fungsinya sama, tetapi bentuk dan nilai artistiknya berbeza-beza kerana disesuaikan dengan persekitaran masing-masing seperti iklim, jenis kayu dan alat yang digunakan. Begitu juga dengan batik yang dihasilkan di kedua-dua negara. Perbezaan paling nyata adalah daripada segi motif yang mana Indonesia masih membenarkan motif fauna seperti burung, ayam, kuda dan naga dalam batik mereka. Di Malaysia, motif makhluk hidup dalam penghasilan batik sangat sedikit kerana fokus banyak tertumpu

kepada motif flora seperti daun-daun, bunga-bungaan dan pokok yang diolah dan dijadikan motif menarik untuk batik kita. Selain kepelbagaian ideologi dan budaya, faktor kreativiti artistik juga mempengaruhi hasil penghasilan karya. Kreativiti artistik adalah diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Suatu ketika dahulu, anak-anak sering diberikan pendedahan yang sama dalam menghasilkan sesuatu produk yang ketika itu lebih mengutamakan fungsinya. Mereka tidak menyedari ia adalah hasil seni dalam masyarakat. Ibu bapa yang berkemahiran mengukir memberikan pengetahuan dan kemahiran kemahiran yang mereka miliki secara lisan. Apabila tidak dipelihara, generasi seterusnya terutamanya generasi teknologi maklumat tidak mengenali hasil seni terdahulu. Oleh itu, Malaysia mengambil langkah pengekalan dengan mengambil inisiatif melalui perbadanan kraf tangan dan badan-badan kesenian. Pandai tukang dan tenaga pengajar pakat di ambil bagi memastikan semua hasil seni setiap kaum dan etnik akan berterusan.

TEORI PERKEMBANGAN Berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan tidak terkawal dan banyak - di dinding, meja dan kertas lukisan. Tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. 4 peringkat contengan pada peringkat manipulatif contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal contengan rupa. Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. 4 peringkat contengan pada peringkat manipulatif contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal contengan rupa.

Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Pra-Remaja (10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.

Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak. Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi peringkat scribbling , peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik. Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh. Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan melalui cara -cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secar serentak. Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak, pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran. Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran , latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan kanak -kanak

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges- Henri Luquet Peringkat Fortuitous Realism Peringkat Failed Realism Peringkat Intelectual Realism Peringkat Visual Realism Perkembangan Artistik Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Proses artistik- Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: a. Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara

aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. b. Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. c. Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. d. Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? e. Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Meransang Kreativiti Cuba anda ikuti keterangan di bawah : Antara strategi yang dapat dilakukan untuk merangsang ke arah pemikiran kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran (Brainstorming). John Baer (1997) menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran . Cuba anda teliti 4 strategi di bawah ini.

Strategi Pertama. Elakkan daripada membuat penilaian awal terhadap pemikiran murid-murid semasa proses awal sumbangsaran. Tindakan ini boleh membantutkan keyakinan dan usaha murid-murid untuk menyalurkan idea-idea kreatif mereka. Strategi Kedua. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana, apabila idea dan saranan dihakimi oleh individu atau kumpulan ianya akan menerbitkan perasaan ego maka kerjasama dalam kalangan murid akan berkurang. Sekiranya keadaan sebegini berlaku, biasanya akan wujud suasana tegang dalam kalangan murid kerana mereka akan cuba mempertahankan idea mereka dan secara tidak langsung akan berlaku kesukaran pada guru untuk memperbaiki idea tersebut. Strategi Ketiga. Main peranan sebagai guru untuk menjelaskan kepada murid-murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan meniru cara yang telah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses seterusnya.

Strategi Keempat. Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa daripada murid walau pun terkeluar idea yang tidak masuk akal. Galakan sebegini dapat merangsang murid berfikir di luar daripada kemampuan. Ini supaya murid dapat melahirkan

ciri-ciri individu kreatif. Bersifat fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam apa-apa keadaan.

Sensitif dan peka Idea asli / Tulen

Sensitif menggunakan deria dan alam sekeliling Cetusan idea yang asli , membuat kerja mengikut cetusan rasa bukan cedokan.

Bersifat terbuka

Mengambil perhatian, membuat pertimbangan, menganalisis, menerima pandangan dan pendapat orang lain. Berfikir secara logik dan rasional. Mempunyai daya fikir yang tidak terkongkong

Logik Berfikiran bebas

Proses Kreativiti dan Artistik (Laura H.Chapman) Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya melalui tiga langkah seperti di bawah :

I Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.

II Pengolahan/Pemurnian Idea (Elaboration & Refinement)

Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

III Kemahiran Mengguna Bahan

Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan

(Execution in a Medium)

jangkamasa menyiapkan karya.

Komponen mengukur kreativiti kanak2 (Victor Lowenfield)

Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan. a. Kelancaran (Fluency) Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinankemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah. b. Fleksibel (Flexibility) Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran. c. Keaslian (Originality) Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. d. Kepekaan (Sensitivity) Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.

1.2.4 Pendekatan PSV KBSR Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu: Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif: Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan: Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah: Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan: Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

E. Paul Torrance Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. a. Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan. Guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni. b. Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. Dalam konteks ini, murid digalakkan membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan penemuanpenemuan baru. c. Pemerhatian Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. Di dalam konteks pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. d. Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. Sebagai contoh, penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki, namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. Secara tidak langsung, percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain. e. Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. Bagi tujuan ini, guru-guru pendidikan seni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini secara tidak langsung membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. f. Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. g. Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

Rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan Kanak-kanak

Koster (2001) menyarankan bahawa perkembangan estetik kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. Peranan guru pendidikan seni visual amat penting bagi memastikan program pengajaran yang dirancang meningkatkan dan memperkayakan tindak balas estetik kanak-kanak apabila melihat dan mengamati karya seni. Bagi merangsang perkembangan kreativiti pemilihan karya bagi pelajar untuk memberikan respon perlu dipilih berdasarkan kriteria berikut. a. Memilih Karya Berkualiti Karya seni perlu mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya. Mempunyai keaslian dan dihasilkan melalui kerja tangan teliti dan terbaik serta dikenali. Karya sebegini mudah didapati di galeri seni dan biasanya karya-karya ini disusuli dengan komentar dan penulisan. b. Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik Karya yang dipilih perlu mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya. Ini bagi memastikan pelajar mempunyai perspektif pelbagai mengenai hasil karya. Guru seni boleh meluaskan pemilihan karya dengan memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja. c. Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis Pemilihan karya perlu melihat faktor yang boleh memperkayakan persepsi pelajar terhadap alam sekelilingnya. Faktor seperti latar belakang dan budaya artis atau pengkarya yang menghasilkan karya perlu diberikan perhatian. Disarankan guru memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita.

d. Mempamerkan Budaya Karya yang dipilih perlu mengambil kira mengenai kemampuan sesuatu karya mempamerkan identiti dan budaya murid. Karya seni yang dipilih juga mesti mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran. a. Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. b. Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

c.

Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

d. Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Kepentingan mempelajari Estetik Sebagai suatu Rangsangan Kepentingan kanak-kanak mengetahui dan mempelajari mengenai estetik bukan sahaja dilihat daripada sudut membina perkembangan artistik sahaja, ia turut membantu perkembangan emosi dan kognitif murid. Mempelajari estetik dapat membantu murid dalam pelbagai aspek. a. Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran Pembelajaran pendidikan seni akan lebih aktif kerana pengalaman estetik diterapkan di dalam aktiviti penghasilan karya di dalam kelas. Proses pembelajaran estetik juga menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. b. Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual Proses estetik memerlukan satu kefahaman mengenai laras bahasa tampak. Mempelajari estetik akan membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru. c. Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain Mempelajari estetik dapat membantu murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. Selain itu, ia juga memberikan kesedaran bahawa tidak semua orang melihat dan memahami sesuatu perkara itu dengan cara yang sama dengan orang lain.

d. Meningkatkan Keupayaan Pemikiran Proses interpretasi karya melibatkan penggunaan deria dan proses kognitif. Justeru melalui proses penghayatan karya, pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka.

Rangsangan Melalui Pengalaman Penggunaan Alat, Media dan Alat Bantu Pelbagai Jenis Alat dan Media Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak.

a. Alatan Asas Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat berkait rapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan oleh kementerian, setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Di peringkat permulaan, alatan ini sebenarnya memadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta. Dengan bimbingan yang sesuai, terpulanglah kepada para pelajar untuk bermain dengan pelbagai warna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka. b. Gambar Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun risalah, ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri. Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan gambargambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanakkanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanakkanak di peringkat awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru. Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untuk memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual dapat menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan, sekaligus meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi mencapai objektif ini, guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di hadapan kelas agar semua pelajar mendapat gambaran yang jelas. Sekiranya kemudahan projektor, komputer dan perisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di sekolah, guru bolehlah mengaplikasikan teknologi tersebut untuk tujuan ini. Semasa dipaparkan, guru perlu memberi penerangan terperinci mengenai imej terbabit. Contohnya dalam memaparkan imej rumah minangkabau disertakan dengan penjelasan guru, para pelajar bukan sahaja dapat melihat bentuk dan rupa imej tersebut, malah penguasaan tatabahasa visual mereka dikuatkan lagi dengan pengetahuan berkenaan ciri-ciri khas rumah, budaya serta warna yang signifikan dengan rumah tersebut. Maklumat ini seterusnya dapat dipindahkan oleh pelajar ke dalam karya lukisan mereka. c. Rakaman Video dan Penggunaan ICT Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalam pembelajaran seni visual di sekolah. Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan di sekolah mungkin agak terhad, sekurang-kurangnya guru masih boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di

sekolah-sekolah.Contohnya, proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau, dan sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawab untuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar. Menayangkan rakaman video memberi penegasan terhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Ada kalanya guru ingin mendedahkan pengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di demonstrasikan di dalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan. Oleh itu dengan tayangan video, proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat didedahkan kepada para pelajar. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dalam proses pembelajaran seni visual dan ianya memberi pengalaman yang baru dan berbeza kepada para pelajar dan juga guru. Penggunaan IT dalam pengajaran memberi kesempatan kepada kanakkanak untuk meneroka benda. Di dalam pendidikan seni visual, penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet mencabar guru untuk memikirkan alternatif kepada suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAKKANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan ( psychomotor ) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri ( Self Esteem ) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji,dipamerkan) (b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan) (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. PERKEMBANGAN ESTETIK Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. PERKEMBANGAN ARTISTIK (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanakkanak daripada berus dan warna. (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat- peringkat perkembangan. Lukisan kanakkanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA) - Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna

- Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. - Rupa mesti mempunyai garisan luar ( outline ) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. -Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. -Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. -Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. -Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

PRINSIP-PRINSIP REKAAN -Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. - Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). - penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik. -Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah.

-Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. -Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian. -Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK 4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. 4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media (a) Alatan Asas Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. (b) Gambar Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. (c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

PENGALAMAN DERIA Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. 4.2.1 Cara Belajar 4.2.1.1 Belajar Secara Visual Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. 4.2.1.2 Belajar Secara Auditori

Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru. 4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher (a) Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. (b) Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan- persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan : (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

Calvin W. Taylor (1915-2000) Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu: a. Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini misalnya dihasilkan secara bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas; di mana kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkan karya. b. Kreativiti Melalui Penghasilan Kreativiti melalui penghasilan merujuk kepada keupayaan dan kecekapan murid menghasilkan sesuatu karya dan rekaan. Pada peringkat ini, guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan

tersusun. Peranan guru menjadi penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenal pasti kaedah yang betul dan sesuai di dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik. c. Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peringkat ini menekan faktor-faktor penemuan dan penciptaan. Peringkat ini juga melibatkan banyak percubaan bagi menghasilkan teori dan kesimpulan terhadap sesuatu eksperimen yang dilakukan. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. d. Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. Pada peringkat ini, murid mula melakukan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Guru pendidikan seni visual boleh membantu murid untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan yang betul. Pada peringkat ini juga pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan. e. Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila melukis.
5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran ( Brainstorming ) (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak- kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. 5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. (b) Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. (c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. (g) Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Kategori Apresiasi Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

1. Peringkat Analitikal Kenal Pasti (Identification) Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya. 2. Peringkat Penerangan Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat penerangan literari, penerangan teknikal dan penerangan formal. a. Penerangan Literary (Literary Description) Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal. b. Penerangan Teknikal (Technical Description) Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya. c. Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

3. Konteks dan Skop Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

4. Aspek Assosiasi Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya? Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

5. Aspek Kritikal Aspek kritikal merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

6. Aspek Hubungan Baik

Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan. Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

Hasil Seni 2 Dimensi Bagi mempamerkan bahan dan karya dua dimensi (2D) sebuah panel pameran diperlukan. Panel pameran ini digunakan untuk mempamerkan hasil karya. Saiz panel pameran yang dicadangkan adalah berukuran 4 x 8 kaki dan mampu untuk dilekatkan dengan menggunakan staple gun atau paku tekan. Latar belakang bagi panel pameran sebaiknya diwarnakan dengan warna putih supaya ia membantu murid untuk menarik perhatian dan fokus terhadap karya tersebut. Bagi mempamerkan hasil karya, guru perlulah memastikan panel pameran bersih dan tidak berserabut. Setelah pemilihan dibuat, setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik. Terdapat pelbagai kaedah dan bahan bagi tujuan membingkai hasil karya. Antara lain, proses membingkai karya boleh dilakukan dengan menggunakan kertas keras (black mounting board) berwarna hitam, kelabu atau warna-warna gelap seperti warna coklat. Bahagian dibuat pengukuran yang tepat bahagian dalam kertas keras ditebuk lalu menyerupai tetingkap. Ambil ukuran semula dan tampalkan hasil karya di belakang kertas keras. Kaedah ini dikenali sebagai window framing. Hasil Seni 3 Dimensi Pameran bagi objek dan karya tiga dimensi (3D) mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini kerana kebiasaannya objek dan karya tiga dimensi (3D) ini mempunyai saiz yang pelbagai. Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya. Karya yang hendak dipamerkan perlu disusun mengikut jenis dan ketinggian. Objek dan hasil karya yang lebih besar hendaklah diletakkan di belakang supaya objek yang lebih kecil boleh diletakkan di hadapan. Sesetengah hasil karya seperti ukiran kayu, hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan dengan meletakkan objek tersebut di atasnya. Pedestal ini diperbuat sama ada daripada kepingan papan yang kemudiannya dicantumkan menjadi sebuah kotak. Warnakan pedestal tersebut dengan warna terang supaya fokus pengunjung akan terus kepada objek tersebut. Untuk tambah menarik lagi, cermin boleh diletakkan dengan mengikut saiz pedestal tersebut dan diletakkan di atas. Siling boleh digunakan untuk menyangkut karya, selalunya objek dan hasil karya mobil yang boleh digantung. Sebelum menggantung karya-karya ini, guru perlu mengambil langkah keselamatan dengan memeriksa dengan teliti siling tersebut. Tebukan pada siling mesti dilakukan dengan kuat bagi mengelakkan objek daripada terjatuh lalu pecah.

Kanak-kanak dan Seni Visual Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Keinginan Asas Kanak-kanak I. II. III. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dan disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan) Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi peluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi)

Kanak- Kanak dan Seni Lukis Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh

berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk:

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

KAJIAN & ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT PERKEMBANGAN

Peringkat Scribbling (Contengan) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensel warna serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. .Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri disekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensel dan terus membuat lukisan. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakakkakaknya sedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantung kepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

Peringkat Pre-schematic Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di manamana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampak kan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek pertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untuk menghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah tidak logik bagi orang dewasa. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok, matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objek yang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz.

Peringkat Schematic Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentuk geometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat hiasan (dekoratif). Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik ini menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkan rumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ruang kertas lukisan. Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. .

Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warnawarna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Fatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatan dengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan. Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Adik ini merupkan seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik Farizirah turut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Dalam lukisan adik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi, dan gunung yang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Ruang objek dibuat mengikut saiz dan jarak. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada pemandangan alam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian.

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni di sekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan pemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yang digunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkan cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna yang harmoni dengan alam semulajadi. Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putih yang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti oleh rumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang, kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini. Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan pemandangan alam semula jadi.

Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

ada dua

(a)

Pendekatan secara logik Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

(b)

Pendekatan secara psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas ak an lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM MEMPERKASAKAN MODUL LAURA H CHAPMAN. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional ( initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar ( art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Selain itu guru juga perlu tahu dan faham apa itu artistik dan kreativiti kerana seni berkait rapat dengan kedua-duanya. 3.1 Penjanaan Idea Guru Pendidikan Seni Visual berperanan memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni dan proses artistik, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana murid digalakkan mengambil peranan di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut Van maurik juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Guru juga berperanan untuk mengajak murid menghayati keindahan atau artistik dalam seni disamping menerapkan kreativiti dalam penghasilan karya. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis bunga, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid tentang bunga. Guru boleh menyebut nama-nama bunga yangdi ketahui oleh murid dan sekiranya murid tidak tahu guru perlu menayangkan gambar beberapa jenis bunga yang cantik dan menarik kepada murid supaya murid dapat merasai dan mengahayati keindahan bunga itu. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar bunga dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru dengan menggunakan daya kreativiti mereka dan oleh sebab itulah guru perlu memupuk minda pelajar ke arah penjanaan idea melalui empat pendekatan iaitu : 3.1.1 Alam semulajadi & objek di persekitaran 3.1.2 Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi 3.1.3 Aliran & tema sejagat 3.1.4 Keperluan dan pengalaman hidup harian Untuk merangsang minda murid supaya dapat mengaikan elemen di atas, guru boleh menngunakan gambar foto selain mengajak murid menghayati alam sekeling dan memerhati persekitaran kehidupan. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun risalah, ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.

Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

Proses apresiasi Aprisiasi seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya. Aprisiasi seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, aprisiasi boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, aprisiasi seni boleh mempertingkatkan tahap persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya. Aprisiasi seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam apresiasi seni perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Penulisan apresiasi seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak. Aprisiasi seni juga menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Apresiasi berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, apresiasi juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalanpersoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni. Oleh kerana apresiasi seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan atau apresiasi seni sebenarnya turut berperanan dalam

menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuantujuan kritikan seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun. Aprisiasi seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan pebdekatan yang diambil oleh pengkritik. Bagi pemilik galeri dan promoter seni, aprisiasi dan kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.

Bagi pengumpul karya seni, kritikan dan apresiasi boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi. Penulisan sejarah dan kritikan atau apresiasi seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

Proses artistik ialah proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea (proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka. Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978), menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah dari segi kaedah dan tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya melalui tiga langkah seperti di bawah :

I Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.

II Pengolahan/Pemurnian Idea (Elaboration & Refinement)

Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benarbenar menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

III Kemahiran Mengguna Bahan (Execution in a Medium)

Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan jangkamasa menyiapkan karya.

Proses Artistik

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses artistik adalah merujuk kepada aturan berikut :

1 Pemerhatian 2 Penerokaan 3 Penghasilan 4 Apresiasi

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka, menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian menghargai hasil kerja seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada sesebuah karya.

TEORI GESTALT Bermula di Jerman pada tahun 1910. Diasaskan oleh Max Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka. Kohler adalah Pengarah di Institut Psikologi di Universiti of Berlin dan Wetheimer merupakan ahli akademik fakulti tersebut. Koffka pula menjadi tenaga pengajar di Frankfurt. Gestalt (Jerman) bentuk, pola atau susunan. Teori yang mementingkan bentuk keseluruhan.

Hukum-Hukum Teori Gestalt Hukum Pragnanz Hukum Persamaan(Similarity) Hukum Keintiman (Proximity) Hukum Lengkap (Closure) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continution) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)

Hukum Pragnanz

Apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. Oleh itu, individu akan cuba mengenakan aturan dalam bentuk yang mudah untuk ditafsirkan. Hukum Persamaan(Similarity) Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan ransangan yang mempunyai persamaan didalam kumpulan yang sama. Hukum Keintiman (Proximity) Pengklasifikasi setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Hukum Lengkap (Closure) Menganjurkan bahawa individu cederung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. Hukum Kesinambungan Positif (Good Continution) Menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling.

Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran

mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.

Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.

PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan (Diskripsi) b) Menganalisa ( Analisis) c) Tafsiran ( Interpretasi) d) Penilaian ( Assosiasi)

A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA

i.

Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur

ii. iii.

Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Konsep Relativist Konsep ini percaya bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapat mengenai kecantikan. Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa. Ini dapat menjelaskan mengapa pengkritik seni, walau berpengetahuan tinggi, masih lagi gagal menghargai bentuk seni kerana dibelenggu oleh faktor sezaman pada ketika itu. Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Golongan ini percaya bahawa kepelbagaian budaya dan perubahan cita rasa mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kecantikan. Dalam erti kata lain,

penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang. Konsep Objektivist Konsep objektivist sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Teori yang berakar umbi dari zaman Greek klasik ini menjelaskan bahawa kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya. Lowenfeld (1975) percaya bahawa perkembangan estetik kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan kreativiti. Ini menurut beliau, adalah kerana kedua-duanya dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran mereka. Lowenfeld juga turut menambah bahawa pendidikan yang melibatkan tindak balas estetik turut melibatkan spektrum yang lebih luas iaitu pengalaman menghasilkan karya seni dan bentuk karya yang dihasilkan. Ini bermakna, dua elemen iaitu penghasilan karya dan bentuk karya turut penting di dalam pendidikan estetika kerana ia merupakan asas kepada huraian dan tindak balas terhadap karya. Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang membolehkannya membuat pentafsiran. Menurut kajian terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Bagi yang menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara hidup. Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai keindahan terhadap sesuatu objek seni. Misalnya mereka yang tinggal di daerah Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam persekitaran pertanian kepala sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi rasa keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling Jaya. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama objek seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Maka untuk mentakrif kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna) dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan, harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya. Dengan itu seseorang harus menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih dahulu sebelum ia dapat merakamkan pengalaman estetikanya terhadap objekobjek seni di sekelilingnya.

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolik lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde orang dewasa. Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat.