You are on page 1of 44

Aspek utama kurikulum Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. b. c. d.

pemerhatian secara aktif interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan apresiasi seni visual secara mudah menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii) dan (iii) dalam model Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas. 2.7.1. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

2.7.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar

secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

2.7.3. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam

2.7.4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN PSV DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia.Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa iaitu pada zaman kanak-kanak.Ibu bapa tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-lat permainan yang mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa bentuk.Kanak-kanak juga suka menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk melahirkan ideanya.Bakatmelukis ini jika dipupuk dengan sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni yang baik.

Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Guru

i.Melahirkan guru yang kreatif,peka,berketrampilan dan profesional

Dalam sistem pendidikan di Malaysia,kepentingan mata pelajaran PSV dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu kepentingannya kepada pendidik itu sendiri dan juga kepentingannya kepada pelajar dan negara .Antara kepentingan PSV kepada seorang pendidik ialah dapat melahirkan guru yang kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti yang berketrampilan dan professional. Menurut Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman,jurutera,anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul,ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif,inovatif, peka,berpersonaliti yang seimbang,berketrampilan dan profesional.Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.Contohnya melalui aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,ekspresi,inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

ii.Membantu guru memahami diri dan persekitaran

Selain itu,PSV juga dapat membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran.Aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda dalam alam ini.Dengan demikian,seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

iii.Lebih mudah mencapai objektif

Seterusnya,melalui PSV juga seseorang guru itu lebih senang mencapai objektif atau matlamat.Integrasi seni visual,muzik dan pergerakan dengan pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.Quadrant Concept(1999) oleh Herrmann menunjukkan perkembangan otak kiri dan otak kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Justeru,dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni,guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv.Mempelbagaikan teknik dan strategi

Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui PSV.Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ,Howard Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan tetapi kebanyakan sekolah memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik sahaja.Kecerdasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana manusia memperoleh pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran.

Oleh itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.PSV menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.Cara bekerja yang teratur,cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Murid

i.Memupuk kreativiti Kanak-kanak Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan manusia.Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak memerlukan perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya.Tanpa kita sedari,perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali.Sebelum remaja,kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak iaitu peringkat manipulatif(2-5 tahun),peringkat melakar simbol-simbol(5-9 tahun) dan peringkat pra-remaja

(10-13 tahun).Berdasarkan kajian ,perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanakkanak.Perbezaan mungkin timbul berdasarkan faktor persekitaran,bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan.Melalui proses proses lakaran ini,tahap mental kanak-kanak akan berkembang.Oleh itu,proses membentuk kreativiti dari diri kanakkanak itu akan terbina dengan baik.(Laura Chapman,1978)

ii.Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar

Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15 tahun,pengetahuan tentang seni semakin bertambah.Seseorang pelajar mulai cenderung untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang seni,maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan Lambert(1965) peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting..kerana berlakunya persaingan. Pelajar yang lemah akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai bidang utama dalam proses membesar mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan diberi penerangan yang betul,kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkubur.Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif ,mereka akan menjadi lebih berdisiplin,cekal dan berminat dengan subjek seni ini.Begitulah pentingnya mata pelajaran PSV dalam sistem pendidikan di Malaysia.

iii.Pengalaman optima pembelajaran PSV meningkatkan keyakinan diri

Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi,PSV dapat membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita.Contohnya,dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai.Warna yang lembut,terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut,ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita.Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

iv.Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh

Mata pelajaran PSV juga dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran dan pengajaran.Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dikaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.Oleh itu,seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat

masa kini.Seni dapat memupuk disiplin diri. mengukuhkanesteemkendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh

v.Mengaplikasikan informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar

Penggabungjalinan bidang seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru ,seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubung kait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Negara

i.Melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang

Sebagai sebuah Negara yang sedang membangun,kita amat memerlukan ramai tenaga profesional.Jurutera,arkitek,doktor,saintis dan peguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh Negara.Akibat kekurangan itu,kita terpeksa mengimport dari luar Negara.Dalam bidang kerjaya,seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.Selain untuk memenuhi keperluan Negara,pelajar yang memilih bidang ini juga boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru.Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.Walaupun Negara kita masih baru dalam bidang ini,namun telah terdapat ramai seniman yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion.

ii.Memupuk sifat kecintaan terhadap seni dan estetika.

Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni dapat dijadikan teras kepada pembentukana masyarakat.Seni ini boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.Pada hari ini,melalui sebuah agensi kerajaan,kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun.Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan.Antaranya Program Tahun Melawat Malaysia anujran Kemementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong.Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi.Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh,terutamanya kesan penghayatan terhadap aktiviti yang dijalankan itu.Keghairahan kerajaan menganjurkan pertunjukan kebudayaan dan kesenian diharapkan tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.

Gejala sosial yang berlaku hari ini,sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan estetika.Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan insan,pembangunan rohani dan jasmani,perkembangan dan bimbingan dalam kehidupan seharian.Kefahaman masyarakat terhadap kepentingan seni ini wajar diperbetulkan.Tanggungjawab mendidik masyarakat ke arah memahami kepentingan seni ini,bukanlah terletak di bahu guru Pendidikan Seni Visual semata-mata tetapi kepada semua anggota masyarakat.

iii.Memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat PSV sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat.Masyarakat kita memang kaya dengan warisan budaya.Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita.Pinggan mangkuk,peralatan memasak,ukiran kayu,seni batik dan tenunan atau tekstil,hamparan tikar mengkuang atau pandan,anyaman kelarai,seni rumah binaan kayu atau kampung ,seterusnya seni budaya sopan santun dan adat istiadat.Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan.Tidak ada lagi orang yang akan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut tetamu atau hamparan tikar mengkuang di ruang tamu.Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan

ini.Justeru,melalui PSV adalah diharapkan agar perasaan sayang akan seni dan warisan ini akan terus dipupuk dan tidak hilang ditelan zaman.

v.Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri

Akhir sekali,PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita khususnya bagi melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri.Budaya menunjukkan bangsa.Kata bidalan ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya.Mengekalkan kebudayaan supaya dikenali Dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah.Kita boleh mengesan sessuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni,budaya dan warisannya.Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika.Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar.Peranan murid,. guru, atau pensyarah dan pihak Kementerian Pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini.Semua ahli masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang adak kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni. PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN MATA PELAJARAN PSV

i.Guru PSV sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan.

Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,peranan guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran,penyerapan pengetahuan,penerapan nilai,pemulihan dan pengayaan;

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialan satu proses yang menggabungjalinkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Pengabungjalinan

ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentakdalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,lebih menarik minat pelajara terhadap pengajaran dan pembelajaran,menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada muridmurid dan memberi ruang serta peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbanga dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,penggabungjalinan kemhairan daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan,membaca,menulis,mengira,berfikir,melukis,mewarna dan lainlain.Contohnya guru meminta pelajar melukis lima buah -buahan tempatan, kemudian mewarna buah-buahan tersebut.Oleh itu pelbagai kemahiran dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir,melukis dan mewarna.Kemahiran utama yang guru tersebut perlu fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama ialah mewarna dan berfikir.

Bentuk penggabungjalinan seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Penggabungjalinan bentuk ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran murid.Contohnya bagi mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar perlu mengenali peta Malaysia.Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat dalam Malaysia.Kemahiran dalam PSV seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Akhir sekali,bentuk penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabung -jalinan ini melibatkan kemahiran belajar untuk belajar,kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik.Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud penggabungjalinan kemahiran di luar pembelajaran.Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan,pelajar haruslah berfikir secara kreatif dankritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan Penyerapan pengetahuan pula adalah proses menyebatikan dan menyatupadukan pengatahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar.Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukan

kemahiran.Antara kelebihan penyerapan pengetahuan dalam PSV ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Selain itu,aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif dan efektif.Seterusnya dengan pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih ceria,bersemangat dan progresif.Akhir sekali,murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan,hubungkait dengan pengetahuan daripada mata pelajaran lain.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh menambahkan ilmu pengetahuan dari mata pelajaran lain dengan mnceritakan serba sedikit tentang sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam esei.Oleh itu,guru tidaklah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja.

Penerapan nilai-nilai murni

Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.Penyerapan nilai-nilai murni berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.Melalui pendekatan implisit,guruguru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.Contohnya guru berpakaian bersih dan kemas menjadi contoh kepada para pelajar.Pendekatan secara eksplisit pula ialah mengadakan suatu peraturan,arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan.Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang,dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.Dalam konteks PSV,guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah.Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama,ambil berat dan sikap toleransi. Pengayaan

Pengayaan ialah satu aktiviti yang lebih mencabar keboleham pelajar di samping menambah minat dan pengalaman pelajar yang seterusnya dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri.Pengayaan juga dapat membuat pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sikap berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya keativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang untuk pelajar mengembangkan minat,daya kreativiti,sifat ingin tahu,kepimpinan serta daapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan dan juga masyarakat.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran PSV.Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri.

Pemulihan

Pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberi tumpuan yang lebih

berbanding pelajar-pelajar lain.Contohnya dalam PSV pelajar yang kurang berkemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali.Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat untuk mencuba sehingga ke tahap yang lebih maju.

ii. Guru PSV sebagai pengurus

Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran,guru PSV juga perlulah memainkan peranan dalam pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar.Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan.Sebagai seorang pengurus,guru PSV juga perlu merancang dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan matlamat pembelajaran,merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah laku pelajar,mentaksir serta menilai hasil pembelajaran.Guru PSV juga perlu menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran,bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.

iii. Guru PSV sebagai pembimbing

Selain pengurus,guru PSV juga perlu menjadi seorang pembimbing demi menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran PSV .Para pelajar hendaklah dibimbing dengan sepenuh perhatian.Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran,maka guru hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran.Bagi pelajar yang telah menguasai kemahiran,guru berperanan melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

iv.Guru PSV sebagai pemudah cara

Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara.Guru hendaklah melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.Sebagai pemudahcara,guru perlu memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar dengan mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan pelajar.Guru juga perlu menerapkan pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

v.Guru PSV sebagai motivator Di samping itu,guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri pelajar.Guru PSV juga bertanggungjawab dalam pemupukan minat pelajar dalam bidang artistic sepaya pelajar berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan konsep seni visual.Guru juga seharusnya berusaha untuk merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan diri,membawa perubahan kepada diri pelajar,memberi dorongan dan bimbingan dan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah sosio dan emosi pelajar.Guru-guru juga perlulah membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual.

vi.Guru PSV sebagai inisiator

Akhir sekali,guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai inisiator dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.Guru boleh merangsang pemikiran murid yang bercapah,mengemukakan soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis,menyokong aktiviti penyelesaian masalah,menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan.Guru PSV juga perlu menggalakkan pelajar-pelajar melaksanakan pemerhatian aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta aspresiasi seni. Sesungguhnya,peranan guru PSV amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah.Ketrampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkahlangkah ke arah kecemerlangan.

2.6 Objektif

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: a. b. c. d. e. f. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,

g. h. i. j.

memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.

Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbi ng di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yang berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.

Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan d engan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing

mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.

ASPEK YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENGURUSAN BILIK PSV

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :

1. Trapuitik Bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio senimelambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan maknakepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjahdan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetikyang bermakna. Dalam modul PSV3104, Koster,(2001) ada menyatakan bahawa persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar. 2. Perabot yang Sesuai Perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkanperaturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran berjalan dengan lancar. 3. Bahan P&P Terdapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, bukubuku dan lain-lain.Keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan dia antara satu sama lain.bahan-bahan P&P boleh disimpan di rak simpanan.Kedudukan rak- rak

simpanan perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. 4. Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain perlu disediakan dalam bilik seni untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat ini hendaklah berada di ruang akses ICT. Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjungpengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama. 5. Peralatan PSV Alat-alat yang digunakan untuk penghasilan produk misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya. Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul danmengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak cepat rosak. 6. Bahagian Pameran Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.Ruang pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi hasil semasa dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. 7. Singki Air

Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. Singki air penting untuk murid-murid mendapatkan sumber air dan membasuh bahan seperti berus dan bekas warna. 8. Stor Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.

Asas-asas Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah Kebelakangan ini tentunya tiada siapa yang dapat menafikan bahawa kerjaya sebagai seorang guru banyak dibebani dengan pelbagai tugas yang rencam dan tidak profesional. Beban tugas yang dipertanggungjawabkan ini mungkin akan memberi beberapa implikasi positif dan negatif kepada kerjaya seorang guru khususnya guru pelatih. Apapun tugas yang perlu dilakukan, seorang guru, mereka haruslah bijak mengurus dan mengatur masa dalam memastikan segala tugas sampingan yang dipertanggungjawabkan ini tidak mengganggu tugas utama mereka mengurus bilik darjah dengan baik. Menurut pendapat yang disuarakan oleh guru-guru pelatih lain, pengurusan bilik darjah merupakan komponen yang paling sukar untuk dikuasai walaupun banyak teori yang telah dipelajari dan banyak teknik yang telah cuba diaplikasikan. Masalah ini seolah-olah tiada penawar yang dapat menyelesaikannya secara pantas dan tuntas. Pengurusan bilik darjah

termasuklah mengurus tingkah laku pelajar merupakan kemahiran yang hanya akan dicapai melalui pengalaman mengajar. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh guru pelatih ialah bagaimana beliau akan mengurus bilik darjah pada hari pertama beliau melangkah masuk ke bilik darjah untuk mengajar. Para pelajar secara langsung akan terus menilai guru yang akan mengajar mereka. Bagi mereka guru tersebut merupakan individu yang begitu asing buat mereka dan mereka akan meneliti setiap gerak-geri guru pelatih tersebut sebelum mereka menunjukkan tingkah laku mereka yang sebenar. Sebagai seorang guru pelatih, saya perlu lebih bersedia dan merancang apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Elemen-elemen ini merupakan sesuatu yang akan membantu saya sepanjang pengajaran semasa sesi praktikum selama tiga bulan yang akan saya kendalikan nanti.

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL Sebagai seorang guru pendidikan seni juga, bilik seni yang direka haruslah bersifat kondusif dan selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, dalam menhasilkan pelan bilik seni yang baik, beberapa aspek diberi perhatian iaitu: a. Aspek Fizikal Perkara utama yang diberi penekanan adalah tentang suasana dan juga susun atur bilik seni. Oleh itu, aspek pencahayaan penting kerana semua aktiviti seni memerlukan murid melakukan aktiviti dengan jelas dan terang. Pencahayaan ini sama ada dari segi semula jadi atau dari lampu yang terang. Sistem pengudaraan dalam bilik seni juga perlu difikirkan. Beberapa buah tingkap kaca yang boleh dibuka telah diletakkan di sudut sebelah kanan dan kiri bilik seni itu.Pengudaraan yang baik akan memberi keselesaan kepada murid untuk melakukan aktiviti.

Susunan perabot yang sesuai juga perlu disediakan untuk murid melakukan aktiviti seni. Jenis meja dan kerusi juga perlu sesuai dengan aktiviti pendidikan seni yang murid lakukan. Ini kerana dalam subjek pendidikan seni, pelbagai aktiviti akan dibuat oleh murid dengan pelbagai jenis bahan digunakan. Jadi setiap meja yang digunakan perlulah sesuai serta tahan dan kalis air. Bilik stor pendidikan seni perlu disediakan bagi tujuan menyimpan alatan yang berharga, berbahaya dan juga stok bahan seni. Stor juga boleh digunakan untuk menyimpa hasil kerja

murid. Kemudahan asas seperti singki, punca pendawaian elektrik dan sebagainya. Singki perlulah disediakan di tempat yang sesuai seperti di setiap ruang. Di setiap sudut dalam bilik seni itu perlu disediakan rak pameran dan papan pameran. Tujuannya adalah untuk mempamerkan hasil kerja murid bagi meningkatkan motivasi dan keyakinan murid. Contohnya di sudut menggambar perlulah disediakan satu rak pameran dan papan pameran untuk mempamerkan hasil kerja menggambar murid. b. Aspek Sosial

Suasana bilik darjah yang aman membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan bermakna. Adalah menjadi tugas guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Dalam sesuatu kelas pengajaran dan pembelajaran, aspek sosial perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana yang harmonis dan mesra di kalangan sesama murid. Interaksi antara murid adalah penting untuk mempastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam pelan bilik seni yang telah dicadangkan, pergerakan murid diambil kira dalam bilik seni. Oleh itu, terdapat empat ruang yang terbuka untuk memudahkan pergerakan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni. Ruang terbuka itu sangat luas supaya guru dapat menggalakkan interaksi sesama murid dan juga bersama guru. Murid akan berasa seronok dan berminat kerana mereka tidak terhalang semasa melakukan aktiviti. Ruang ini juga diwujudkan untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan dan ini dapat membantu murid membiina perhubungan sosial yang baik semasa menjalankan aktiviti seni. Terdapat juga satu meja khas di setiap ruang bagi murid berkumpul dan memudahkan mereka bekerja. Disini, mereka dapat membina interaksi dan hubungan yang baik dan saling dapat bertukar ilmu dan idea sesama sendiri untuk menghasilkan satu tugasan seni yang agung dan bernilai. c. Aspek Emosi

Murid di sekolah rendah adalah dianggap sangat mudah tertarik dengan lukisan. Oleh itu, sebagai seorang guru seni, adalah penting untuk menghargai dan memahami tingkahlaku mereka. Setiap murid adalah berbeza dari segi cara pembelajarannya yang memerlukan guru mengatasi perbezaan mereka ini dengan cara yang bijak dan berkesan.Jika berpandukan pelan bilik seni yang dicadangkan, terdapat sudut dan meja pameran untuk mempamerkan hasil kerja murid. Ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dihargai dan dijadikan pameran ramai.

Suasana bilik seni yang ceria dan kondusif serta mesra murid dapat melahirkan emosi murid yang positif dan stabil. Pengajaran dan pembelajaran juga dapat berlaku dengan aman dan murid akan berasa lebih bersemangat apabila belajar pendidikan seni. Bilik seni yang ceria dan kemas serta teratur dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan antara murid dan guru. Hasil hasil kerja murid yang dipilih siap dipamer untuk tujuan hiasan, keceriaan dan juga perkongsian sesama murid dan guru. Apabila suasana bilik seni ceria, guru dapat mengajar dengan lebih senang dan selesa. Ini akan secara tidak langsung akan menaikkan usaha serta keazaman seorang guru seni itu untuk mengajar dengan lebih berdedikasi dan berwibawa. Guru boleh memuji serta memberi ganjaran kepada murid seperti memberikan senyuman, menepuk bahu mereka serta memberi

penghargaan kepada murid yang menunjukkan perubahan yang lebih baik dari prestasi mereka sebelum ini.Pelbagai cara dapat digunakan untuk menjadikan emosi murid terjaga, seperti guru boleh membina dan membuat slogan di bilik seni untuk membangkitkan semangat dan minat murid sentiasa membara dalam mempelajari ilmu pendidikan seni dalam hidup mereka. Kesedaran tentang kepentingan ilmu seni pada hari ini perlu dipupuk sejak dari murid sekolah rendah lagi supaya mata pelajaran pendidikan seni ini akan menjadi satu subjek yang relevan dan sama penting dengan matapelajaran yang lain di sekolah.

BIDANG MENGGAMBAR

2.1

Lukisan keluarga

i.

Pemerhatian secara aktif

Menerusi teknik lukisan ini, guru menunjukkan contoh lukisan kepada murid sebagaimana contoh lukisan keluarga di atas. Gambar lukisan ini bersesuaian dengan pengalaman murid melalui pemerhatian persekitaran hidup mereka yakni ahli keluarga sendiri.

Murid melakukan aktiviti pemerhatian dan menjelaskan tentang objek atau bahan-bahan lain yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan seperti ahli keluarga, masjid dan

bunga.Kemudian, murid melakukan pemerhatian secara khusus dan terperinci dari segi jumlah ahli keluarga, kedudukan masjid dan perletakkan objek lain.Murid menyatakan garisan-garisan yang terdapat dalam gambar tersebut iaitu garisan pada objek dalam gambar. Penggunaan garisan ini dapat menentukan ton warna yang akan digunakan sama ada ton cerah atau gelap. Murid juga turut didedahkan dengan lukisan-lukisan lain yang bertema keluarga.Melalui contohcontoh yang dipamerkan, murid membuat pemerhatian secara teliti dan mula melukis. Langkah awal, murid membuat lakaran bentuk gambar yang ingin dihasilkan berserta penyusunan objek yang dilukis. Murid juga turut memasukkan ton warna dan pencahayaan. Murid menggunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesan cahaya dan baying objek.Selepas itu, proses penyempurnaan lukisan dilakukan secara terperinci dengan mengambil kira tentang ton warna dan pencahayaan. Ketelitian menghasilkan lukisan ini menjadikan lukisan ini menarik, cantik dan kemas.

ii.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Kegiatan seni bertambah menarik dengan penggunaan pelbagai alat dan bahan dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam lukisan ini, alat dan bahan yang digunakan amat mudah iaitu kertas lukisan,pensil dan pensil warna.Guru mendedahkan penggunaan pelbagai bahan dalam menghasilkan karya seni. Penggunaan alat dan bahan yang pelbagai ini akan mendorong murid melakukan kegiatan seni dengan lebih kritis dan kreatif. Penggunaan alat dan bahan yang berbeza ini akan menarik minat murid untuk mencuba menghasil karya mengikut minat mereka. Contohnya murid mewarnakan lukisan ini menggunakan krayon atau warna air. Kelainan penggunaan alat dan bahan ini membolehkan mereka membuat perbandingan hasil karya mereka. Sekiranya lukisan ini diwarnakan menggunakan warna air lebih menarik berbanding dengan menggunakan pensil warna maka sudah pasti murid lebih gemar menggunakan warna air dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, murid-murid juga berasa seronok dan berkeyakinan dalam membuat lukisan kerana hasil yang diperolehi tidak terikat dengan skema jawapan yang tetap. Kebebasan penggunaan alat dan bahan ini boleh memupuk minat serta melahirkan rasa yakin dan selesa dalam diri murid semasa menghasilkan karya seni.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Hasil karya murid akan dipamerkan oleh guru di hadapan kelas sebagai penghargaan kepada mereka atas hasil usaha yang baik. Karya ini juga akan ditampal di papan kenyataan sebagai penghargaan kepada murid. Seterusnya sebagai dorongan atau semangat kepada murid agar menghasilkan lukisan yang menarik. Menerusi lukisan ini, guru menjelaskan tentang konsep yang diaplikasikan dalam lukisan tersebut seperti penyusunan objek iaitu masjid, gambar keluarga serta langit. Penyusunan objek dapat membezakan ruang antara bangunan dengan orang serta langit. Kemasukan cahaya juga ditekankan dalam lukisan ini yang mnyerlahkan penggunaan ton warna. Ton warna gelap digunakan sebagai pembayangan cahaya bagi melahirkan hasil karya yang lebih menarik dan kemas. Menerusi aktiviti ini juga, murid dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan serta dapat melontarkan pandangan tentang hasil karya masing-masing. Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara menghasilkan karya yang lebih menarik serta mempuanyai nilai seni yang tinggi. Di samping itu, murid dapat mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hasil lukisan mereka menerusi pandangan rakan-rakan.

iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Lukisan ini menonjolkan keharmonian dan kebahagiaan dalam sebuah keluarga.Murid juga mempunyai keluarga seperti ini. Situasi ini akan melahirkan rasa kasih sayang dalam diri murid sepertimana yang digambarkan dalam lukisan ini. Selain itu, proses menghasilkan lukisan ini memerlukan ketelitian,ketekunan dan kesabaran yang tinggi dalam kerja-kerja menyiapkan

karya ini. Pemupukan nilai yang baik ini diharap dapat disemai dalam diri murid. Selain itu, hubungan yang baik antara murid juga dapat dicungkil melalui kerjasama dan interaksi serta bertukar-tukar alat melukis sepanjang penghasilan lukisan ini. Penerapan nilai baik seperti kekemasan,kebersihan serta bertanggungjawab juga dapat ditanam melalui kerja-kerja menyiapkan lukisan ini. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta murid menjaga kebersihan dan tanggungjawab menjaga tempat bekerja.Disamping itu, nilai menghargai hasil kerja orang lain juga dapat dikutip menerusi kerja-kerja menyiapkan lukisan ini.

3.0

REKAAN DAN CORAK

3.1

Capan daun

i.

Pemerhatian secara aktif

Berdasarkan hasil karya di atas, murid didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui penggunaan daun dan warna.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dibuat secara berulangan. Corak yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik.

Penggunaan daun dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun. Persekitaran murid tidak terpisah dengan daun kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak jenis daun sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi daun untuk menghasil capan daun ini.

Selain itu, melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaan warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang menarik. Dalam menghasilkan capan daun ini adalah mudah dimana murid hanya memerlukan daun dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu menyapu warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi menghasilkan capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang menarik dan bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan yang terdapat pada benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai pengukuhan tentang capan ini.

ii.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara-cara melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat dan bahan yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan memilih warna dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan atau bertindih. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan sebagainya. Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik. Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka sukai. Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna harmoni, penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan corak dan rekaan yang menarik.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Hasil kerja murid dipamerkan di hadapan kelas oleh guru. Guru menjelaskan tentang corak yang dihasilkan dalam capan tersebut. terhasil Corak capan yang terhasil daripada penggunaan daun ini kelihatan menarik dengan pemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakan dapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapat dilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasan akan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corak pada capan supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan. Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik. Di samping itu, kebebasan memilih warna, corak dan susunan serta bahan dapat mencetuskan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid. Murid tidak terikat dengan peraturan atau langkah-langkah yang tetap dalam menghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk membanding beza hasil capan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan timbul perasaan saling menghargai hasil usaha orang lain. Hasil karya murid boleh ditampal di sudut mata pelajaran di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid atas hasil kerja mereka serta memberi ruang daya saing di kalangan murid.

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaran terserlah dalam kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabila murid berhati-hati

dan cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, murid juga menanam sifat sabar dan tekun dalam menzahirkan capan yang menarik dan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan kepada rakan-rakan dengan menampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah. Penggunaan bahan yang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam proses pengahasilan karya ini. Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perlu ditekankan oleh guru. Sebagai penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawab semua menjaga alam ini. Kepentingan daun perlu diperjelaskan dalam proses kehidupan serta kehijauan bumi ini. Murid disarankan menggunakan daun yang kering untuk menghasilkan capan ini. Selain itu, guru juga perlu menegaskan kepada murid tentang menjaga kebersihan tempat kerja yakni semua bahan yang tidak digunakan mesti dimasukkan dalam tong sampah.

4.0

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

4.1 Mobail

i. Pemerhatian secara aktif

Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina mobail.Mobail merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam kerja menghasilkan binaan

mobail ini memerlukan pemerhatian yang teliti terutama melibatkan kestabilan objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh mobail kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai mobail.Mobail ini melibatkan objek tergantung iaitu rama-rama. Justeru, bagi menghasilkan mobail ini murid perlu membentuk rama-rama dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Mobail rama-rama ini diambil sebagai bahan pengajaran

memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek rama-rama kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat rama-rama di sekitar mereka.

Bagi menghasilkan mobail ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek rama-rama digantung dengan stabil. Imbangan yang sama dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan mobail yang seimbang dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan maka objek rama-rama perlu dibentuk sama dengan menggunakan satu model yang serupa. Murid menekatkan model tersebut pada kertas tebal atau bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya. Rama-rama yang siap digunting akan diwarnakan serta digantung menggunakan tali atau benang pada oebjek lain seperti penyakut pakaian, kayu atau sebagainya.Hasil ini boleh digantung di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang sesuai.

ii.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Kerja menghasilkan mobail ini memerlukan alat dan bahan yang sesuai dengan mobail yang hendak dibuat.Alat dan bahan yang digunakan seperti kertas tebal, tali,gunting, krayon, penyakut pakaian dan sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk rama-rama dengan acuan rama-rama yang sama. Setelah kerja menekat selesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna dan seterusnya mengikat rama-rama secara seimbang. Rama-rama yang bertali ini akan digantung pada penyakut pakaian atau sebagainya yang sesuai. Penggunaan alat dan bahan ini amat penting dalam penghasilan mobail. Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam menghasilkan mobail. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudung botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi mobail yang menarik. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan mobail yang cantik. Warnawarna panas seperti merah, kuning dan lain-lain dicadangkan untuk

menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta menjadikan suasanan yang indah apabaila mobail ini digantung pada lelangit bilik. Mobail yang berayun apabila ditiup angina tau disentuh akan menyerikan serta menceriakan bilik tersebut.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas penghasilan mobail yang baik akan mendorong murid berminat dalam kerja-kerja seni. Mobail yang dihasilkan hendaklah dipamerkan di hadapan kelas dan seterusnya di gantung di ruangan yang sesuai. Rasa dihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuat mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu, pemilihan dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi keindahan pada mobail tersebut. Mobail juga boleh dihasilkan dengan campuran pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Keseimbangan ini akan menjadi mobail berayun dengan baik apabila ditiup angina tau disentuh. Sekarang ini kita boleh melihat teknik mobail ini diaplikasikan dalam penghasilan lampu-lampu hiasan atu kristal di dalam rumah, hotel, masjid, pejabat dan sebagainya.

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok seperti sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan mobail ini, mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung objek yang dibentuk menjadi mobail yang menarik.Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain.Menerusi kerja-kerja penghasilan mobail ini juga akan melahirkan sikap bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan murid-murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-masing.Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan menerusi

penghasilan mobail ini. Sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemai dalam diri murid-murid menerusi penghasilan mobail rama-rama ini. Mereka melihat keunikan rama-rama yang pelbagai warna dan bentuk adalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga turut merasai tempiasnya apabila mobail ini di gantung dalam bilik darjah. Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria.

5.0

KRAF TRADISIONAL 5.1 Anyaman

i. Pemerhatian secara aktif

Karya di atas menunjukkan satu contoh kraf tradisonal iaitu anyaman. Melalui anyaman yang dipaparkan ini, murid membuat pemerhatian yang terperinci tentang corak anyaman yang dihasilkan. Corak anyaman yang berulang dihasilkan dalam

anyaman ini. Penelitian juga difokuskan kepada cara penghasilan anyaman tersebut. Susunan reka bentuk juga diberi perhatian oleh murid.Murid dapat menyatakan corak anyaman yang dibuat. Selain itu, murid turut memerhati pemilihan warna bagi melahirkan satu anyaman yang menarik. Warna yang digunakan adalah warna asas dan warna sekunder. Warna asas ini menonjolkan keceriaan pada hasil anyaman. Pemilihan warna sekunder yang digabung dengan warna asas melahirkan suatu corak anyaman yang menarik. Guru juga turut member contoh-contoh konkrit yang lain seperti anyaman tikar,bakul, barangan hiasan dan sebagainya. Contoh-contoh ini dapat memberi pengalaman kepada murid untuk menghasilkan anyaman sendiri.

Dalam menghasilkan anyaman, murid perlu menyediakan kertas warna, pensil, pisau dan pembaris. Guru memberi tunjukcara bagaimana cara menghasilkan anyaman asas ini. Murid memotong kertas dengan saiz yang sama serta berlainan warna. Kemudian, murid memulakan proses membuat jalinan kertas-kertas tersebut dengan mementingkan kekemasan dan keindahan coraknya.

ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Penggunaan alat dan bahan amat penting dalam menghasilkan anyaman. Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat anyaman asas ini ialah kertas yang pelbagai warna. pisau dan pembaris.Murid boleh membuat penerokaan dengan mencuba menghasilkan corak yang pelbagai motif. Motif yang pelbagai serta warna yang berlainan akan menimbulkan suatu bentuk anyaman yang menarik. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Di samping itu, anyaman juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan lain seperti daun pisang, daun pandan, buluh dan mengkuang. Guru mempamerkan hasilhasil anyaman yang menggunakan bahan tersebut.

iii.

Apresiasi seni visual secara mudah

Melalui hasil anyaman ini, murid boleh menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri. Murid dapat meluahkan perasaan gembira dengan terhasilnya anyaman mereka. Guru sebolehnya memberi pujian dan penghargaan kepada murid atas terhasilnya anyaman mereka. Seeloknya guru menampal anyaman yang baik di sudut seni di dalam atau luar kelas. Penghargaan ini akan mencetuskan semangat dan

keinginan yang tinggi dalam diri murid untuk menghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik.

Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat melahirkan rasa seronok dan gembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkan anyaman. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenai hasil anyaman sendiri dan rakanrakan. Bagi mewujudkan daya saing antara murid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat anyaman supaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid.

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Proses menghasilkan anyaman ini dapat memupuk sikap tekun serta kesungguhan dalam diri murid. Ketekunan amat penting kerana proses menghasilakn anyaman ini memerlukan masa serta cermat dalam melakukan kerja-kerja menganyam. Kerja menganyam ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti dan kemas. Secara tidak langsung, penghasilan anyaman ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang nilai menghargai alam semulajadi. Contohnya dalam anyaman tikar mengkuang atau kercut, kita akan menggunakan bahan semulajadi. Justeru, sebagai guru perlu menerangkan betapa pentingnya memelihara pokok ini daripada pupus.Rasa syukur juga perlu disemai di kalangan murid kerana bidang membuat anyaman memberi peluang kepada sebilangan masyarakat mendapat rezeki serta menaikkan imej negara kepada pelancong luar negara.

Urusan Bilik Seni dan Hasil Kerja Murid a) Keselamatan Dan Disiplin Keselamatan pelajar di dalam kelas adalah tanggungjawab guru. Wajarkah guru dipersalahkan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku kepada pelajar di dalam bilik atau studio seni? Satu lagi tugas berat dan mencabar bagi guru-guru pendidikan seni adalah aspek keselamatan dan disiplin semasa menjalankan aktiviti. Ruang kerja yang

selamat akan memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan terjejas. Guru-guru pendidikan seni visual perlu peka terhadap faktor-faktor yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti. Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang tragedi yang tidak diingini. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

a) Membaca Label Bahan Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu membaca label yang mengandungi maklumat berkaitan dengan bahan yang akan digunakan bagi menjalankan aktiviti. Bahan-bahan ini mungkin mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid. Murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan terhadap sesuatu dan asma perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti yang dirancang menggunakan bahan yang membahayakan kesihatan boleh

digantikan dengan bahan alternatif yang lain.

Kebanyakan bahan yang dibekalkan oleh pembekal bagi aktiviti seni visual mempunyai tanda amaran sebagai satu bentuk makluman mengenai bahaya bahan tersebut. Guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahanbahan ini bebas toksik dan sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran.

b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur Bahan dan alatan seni yang digunakan oleh murid berbeza dengan bahan dan alat yang digunakan oleh artis profesional. Justeru, tugas guru adalah untuk mengenal pasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid. Kebiasaannya, bahan dan alatan yang dibekalkan akan mempunyai keterangan pada label pembungkusan tentang tahap umur yang sesuai mengikut kategori tertentu.

c) Mewujudkan Panduan Keselamatan Guru seni visual boleh mewujudkan satu panduan keselamatan semasa berada di studio seni sebagai satu dokumen rasmi. Dokumen keselamatan disediakan sebagai

peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan. Ianya juga boleh dijadikan panduan di dalam penggunaan alatan dan bahan. Dokumen ini boleh diletakkan di studio di tempat yang strategik dan kelihatan pada pandangan umum.

(d) Menggunakan Bahan Alternatif Banyak alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah tidak selamat untuk digunakan oleh murid. Justeru, guru digesa untuk mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan tersebut. Berikut disenaraikan bahan alternatif yang boleh digunakan oleh guru pendidikan seni visual seperti yang dicadangkan oleh Koster (2001): Bahan Bertoksik Bahan Alternatif - Cat minyak Cat =air/Pewarna berasaskan Varnish, Cat tempera, Thinner, Acrylic

i) -

Prosedur penyediaan bahan bantu. Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan Menentukan bahan dan teknik Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan.

ii)

Menghasilkan bahan bantu. Kemasan Penggunaan bahan bantu.

- Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan. - Mengambil langkah-langkah keselamatan - Mengambil kira bilangan yang mencukupi

- Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.


Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:-

1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. 2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka. 3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. 4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid.

5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. 6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah. 7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.

6.5

Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan

Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.

6.6

Penyimpanan dan rekod stok

Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.:Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

6.8

Etika dan tanggungjawab

Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-

Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk keduadua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karyakarya mereka. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual.

Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat; Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar; Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).

Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.

Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah; Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; Adakah murid murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketigatiga jenis tersebut? Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan

sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah; Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).

Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.

Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yang berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.

Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.

Memilih Kaedah dan Teknik Pengajaran dalam mewujudkan aktiviti yang lebih berkesan

Kejayaan sesuatu pelajaran Pendidikan Seni banyak bergantung kepada seorang guru yang penuh komitmen, serta kreatif dan sentiasa ingin menambah pengetahuan serta dapat pula memilih kaedah dan teknik pengajaran yang wajar bagi pengajarannya. Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran, pengetahuan dan pengalaman serta minat pelajar dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang tersedia. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan termasuklah kaedah inkuiri penemuan, penerangan dan demonstrasi, projek individu/kumpulan, lawatan/kegiatan di luar bilik darjah, tayangan bahanbahan visual.

Teknik pula seperti nyanyian, bercerita, puisi, kuiz, lakonan, simulasi dan sebagainya. Teknik-teknik ini memberi peluang kepada murid mengasahkan kemahiran-kemahiran berikut seperti memerhati, mengumpul maklumat, membuat analisa, menyoal, merumus, melukis, menjalankan eksplorasi, menilai dan membuat rujukan. Kaedah dan teknik yang dipilih hendaklah berpusatkan pelajar dan haruslah dipelbagaikan supaya pelajar dapat menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan merangsangkan pelajar. Ianya perlu sesuai untuk sesuatu tajuk pelajaran, keadaan kelas, kebolehan dan minat pelajar, alat dan bahan yang ada serta kecenderungan guru.

4.1.4 Diskripsi Beberapa Kaedah Pengajaran

(a) Kaedah Inkuiri-Penemuan

(i) Kaedah inkuiri-penemuan adalah paling sesuai pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni khususnya untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran berkaitan dengan ke empat-empat bidang dalam sukatan pelajaran. Kaedah inkuiri-penemuan melibatkan pelakjar secara aktif dalam proses mengingat kembali, memerhati dan mendengan, menyoal, menyiasat serta mengumpul dan mengelaskan maklumat, mengkaji, melakar, menyelidik, menganalisis, membanding serta menaakul. Proses-proses yang sedemikian tentunya dapat meningkatkan daya pemikiran daya kreativiti dan pemahaman pelajar.

(ii) Pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri penemuan boleh dirancang dan dilaksanakan bagi individu atau kumpulan bersesuaian dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah ditentukan. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk aktiviti yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.

(iii) Antara faedah-faedah kaedah inkuiri penemuan bagi pelajar termasuklah:

pelajar mempelajari sesuatu dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru yang
minimum,;

hasil-hasil dari kajian dan penerokaan adalah melalui usaha pelajar sendiri;
pelajar mempelajari cara-cara untuk mendapatkan/mengumpul sesuatu yang diperlukan;

proses inkuiri-penemuan menajamkan deria pelajar khususnya deria


penglihatan dan perasaan;

pendedahan pelajar kepada pelbagai jenis bahan sumber pembelajaran; dan latihan dalam proses mengesan dan menyelesaikan masalah.

(iv) Persediaan dan perancangan anda sebagai guru hendaklah teliti sebelum pelajar diberi sesuatu aktiviti yang dijalankan. Anda hendaklah menentukan jenis aktiviti dan langkah-langkah untuk menjalankannya. Anda perlu memberitahu pelajar anda tentang sumber-sumber yang diperlu dirujuk.

(b) Kaedah Penerangan dan Demonstrasi

Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk cara merupakan kaedah yang seringkali dilakukan oleh guru seni. Kaedah tersebut lebih berpusatkan guru dan penyampaian isi kandungan pelajaran adalah melalui penerangan alat/bahan dan atau tunjuk ajar sesuatu teknik menghasilkan 2D dan 3D. Namun begitu, penyertaan pelajar adalah digalakkan di dalam interaksi lisan dan demonstrasi.

(c) Kaedah Projek Individu/Kumpulan

Kaedah projek individu/kumpulan adalah sesuai untuk sesuatu jenis aktiviti yang dirancang dan mengambil masa yang lebih panjang. Pelajar dikehendaki mengumpulkan bahan-bahan yang perlu untuk aktiviti projek. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk kedua-dua jenis aktiviti 2D dan 3D.

(d) Lawatan/Kegiatan di Luar Bilik Darjah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni khususnya aspek asas senireka, lawatan dan kegiatan di luar bilik darjah adalah kaedah yang sesuai digunakan. Kaedah tersebut adalah paling sesuai apabila kajian-kajian penerokaan perlu dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan dari alam sekitar. Kaedah ini juga boleh digabungkan dengan kaedah inkuiri-penemuan pada masa-masa tertentu.

(e) Tayangan Bahan-bahan Visual

Tayangan bahan-bahan visual seperti LCD dan gambar-gambar adalah satu kaedah yang dapat memberi motivasi serta menimbulkan perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Tayangan bahan-bahan visual itu menghidupkan pelajaran di dalam bilik darjah sambil menajamkan fokus pemerhatian pelajar.

Penerangan konsep-konsep lebih berkesan jika dibantu dengan teknik tayangan bahan-bahan visual. Guru-guru seni hendaklah berusaha mengadakan koleksi bahan tersebut untuk memudahkan penyampaian pelajaran mereka serta mewujudkan motivasi di kalangan pelajar.

4.1.5 Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan

Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses pengayaan dan pemulihan. Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahirankemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan.

Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan. Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk muridmurid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.

Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain, contohnya strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.

Pengurusan Aktiviti Di Dalam dan Di luar Bilik Darjah

Pengurusan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah bagi Pendidikan Seni Visual dapat dilaksanakan melalui 3 cara. Antaranya termasuk aktiviti individu, aktiviti kumpulan dan kelas, aktiviti dalam bilik darjah serta aktiviti luar bilik darjah Aktiviti Individu dilaksanakan mengikut tahap kebolehan. Aktiviti P&P bagi cara tersebut adalah berorientasikan murid. Dalam proses aktiviti P&P tersebut, murid

bertanggungjawab terhadap pembelajarannya dan dibimbing oleh guru sepanjang masa untuk menguasai kemahiran. Guru akan mengawasi dan mengenal pasti

perkembangan setiap murid. Pada akhir P&P, murid digalakkan membuat penilaian kendiri ke atas pencapaian mereka sendiri. Manakala melalui aktiviti kumpulan dan kelas pula, murid akan dikelompokkan di dalam kumpulan berpencapaian yang sama ataupun berbeza supaya dapat menggalakkan penglibatan setiap individu dalam kumpulan. Konsep Pemulihan yang merupakan salah satu daripada konsep 5P KBSR akan diaplikasikan dalam aktiviti tersebut. Murid yang lebih berkemahiran akan membantu ahli kumpulan yang lemah. Cara tersebut dapat memudahkan guru untuk memberi tumpuan bagi kumpulan yang sama kebolehan Dalam aktiviti tersebut, setiap kumpulan kelas akan dibahagikan mengikut jenis dan bentuk kumpulan. Setiap kumpulan akan dibentuk mengikut tiga kategori, iaitu kumpulan mengikut kebolehan, kumpulan pelbagai kebolehan dan kumpulan mengikut minat. Pelaksanan aktiviti dalam bilik darjah merupakan cara aktiviti yang paling kerap digunakan dan paling mudah dikendalikan oleh guru. Melalui aktiviti tersebut, guru dapat mengawal pergerakan murid dengan mudah. Penggunaan alat/bahan yang paling optimum juga adalah semasa dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi ICT (TMK) juga dapat dipalikasikan dengan menggunakan LCD projector dalam bilik darjah. Aktiviti dalam bilik darjah tidak akan menghadapi kekangan faktor cuaca dan masa jika dibandingkan dengan aktiviti luar bilik darjah. Malah bagi guru pula, masa P&P yang panjang merupakan satu peluang dan masa yang baik bagi seseorang guru untuk menyampaikan lebih banyak pengetahuan. Namun demikian, bagi murid-murid sekolah rendah yang aktif dan ringkas, masa P&P yang terlalu panjang hanya akan membosankan murid.

Justeru itu, aktiviti luar bilik darjah adalah lebih sesuai bagi murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti tersebut, murid akan lebih teruja untuk berkarya. Selain dapat menarik perhatian murid dan mengembangkan potensi mereka, aktiviti tersebut juga dapat mencergaskan murid-murid dari pasif menjadi aktif dan apabila murid bersikap positif, karya yang dihasilkannya adalah lebih berkualiti. Melalui aktiviti luar darjah juga, percambahan idea dapat dirangsangkan dengan lebih mudah kerana murid dapat belajar melalui melihat dan menyentuh objek maujud di sekeliling dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam pengkaryaan seni. Di samping itu, aktiviti luar bilik darjah dapat mengeratkan hubungan antara guru dan melalui berkomunikasi dan berinteraksi. Melalui aktiviti tersebut jurang jarak antara murid adalah lebih selesa. Lokasinys lebih mudah dikemaskan selepas P&P.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: Jenis Tahap Penerangan Mengamati hasil seni dan Menggambar (description) menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, Menganalisa (analisis) prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghuraikan stail sesuatu karya. Mencari makna-makna yang terdapat

pada sifat-sifat tampak seperti subjek, Tafsiran (interpretation) simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan Penilaian (evaluation) fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith