P. 1
Asas Ilmu Al-Quran

Asas Ilmu Al-Quran

|Views: 14,066|Likes:
Published by mohamsm4

More info:

Published by: mohamsm4 on Aug 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

1

1. FADHILAT AL-QURANULKARIM 1.

‫َ َّ ه‬ ُ َ‫» عَنْ ُْثمَانَ - رضى ال عنه - عَنِ الِّب ّ - صلى ال عليه وسلم - قَال « خَير ُمْ مَن َتع ّمَ الْقرْآنَ وعلم‬ ُ ‫َ ْ ُك ْ َل‬ ‫نى‬ ‫ع‬

Saidina Uthman RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” – Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah

2. َ ‫َنْ َائ َ َ َاَلتْ َال ر ُو ُ الّه - صلى ال عليه وسلم- » ال َاه ُ ِالقرْآ ِ م َ ال ّف َ ِ الك َا ِ الْب َ َ ِ َاّ ِى يق َُ القرْآ‬ ‫ْم ِر ب ْ ُ ن َع س َرة ْ ِر م َررة و لذ َ ْرأ ْ ُ ن‬ ِ ‫ع ع ِشة ق ق َ َس ل ل‬

ِ‫.» وَيََتتَعْت ُ فِيهِ وَهوَ علَيه شَا ّ لَه َأجرَان‬ ْ ُ ‫ُ َ ِْ ق‬ ‫َع‬
Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Seseorang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. ” – Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah

3. ُ ‫َنْ َبد الّ ِ بْن عمْ ٍو َال َال ر ُو ُ الّه - صلى ال عليه وسلم- » ُ َال ِ َا ِ ِ الْقرْآ ِ اق َأْ َارَْق َ َتل ك َا ُنْت ت َت‬ ‫يق ُ لص حب ُ ن ْر و ت ِ ورّ ْ َم ك َ ُرّل‬ ِ ‫ع عْ ِ له ِ َ ر ق َ ق َ َس ل ل‬

‫.» ِى ال ّنْيَا فَإ ّ منزَِلكَ عِنْد آخِر آيَة تَقرَؤهَا‬ ُ ْ ٍ ِ َ ْ َ ‫ف د ِن‬
Saidina Abdullah bin ‘Amr RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ (Pada hari pengadilan kelak) akan dikatkan kepada orang Al-Quran, “Bacalah Al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya didunia dan naiklah ( darjat demi darjat di dalam syurga ). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca. “ – Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

2

2. ADAB MEMBACA AL-QURAN 1. Duduk dengan penuh hormat dalam keadaan berwudhuk menghadap ke arah Qiblat.
2. Membersih mulut sebelum membaca Al-Quran (Siwak). 3. Memakai wangi-wangian. 4. Berpakaian menutup aurat dan kemas. 5. Membaca dengan khusyuk dan tawadhuk. 6. Membaca Al-Quran dengan suara merdu. 7. Berusaha untuk memahami makna ayat. 8. Usahakan hati supaya mengikut ayat yang sedang dibaca. Contohnya

semasa lidah membaca ayat rahmat, hati hendaklah penuh dengan kegembiraan semata-mata dan sekiranya ayat azab yang dibaca maka hati hendaklah bergetar ketakutan.
9. Jangan membaca dengan cepat, bacalah dengan tartil dan bertajwid.

10.Jangan menyelangi bacaan Al-Quran dengan percakapan. 11.Berhenti membaca semasa batuk, bersin, menguap dan seumpamanya.
12. Harus memotong bacaan kerana perkara berikut : a. Menjawab salam. b. Mengucap Alhamdulillah selepas bersin. c. Mengucap tasymit ‘yarhamukallah’ untuk menjawab bersin. d. Menjawab suara azan. 13. Memulai bacan dengan taawwuz dan basmalah kecuali pada surah At-

Taubah, maka tidak boleh dimulai dengan basmallah walaupun di pertengahannya.
14. Bersujud tilawah bila datang kepada ayat sajadah.

15.Apabila berlalu di ayat yang menyebut nama Rasulullah SAW seperti Muhammad, Ahmad, Nabi atau Rasul, hendaklah berselawat ke atas baginda.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

3

16.Bertakbir dengan lafaz Allahu akbar di akhir surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. 17.Mengakhiri bacaan dengan lafaz ‘Sadaqallahul’azim’.

3. MEREKA YANG HARAM MENYENTUH MUSHAF Mereka yang haram menyentuh Mushaf ialah :
1. Berhadas kecil

-Keluar sesuatu dari qubul atau dubur 2. Berhadas besar - Melakukan perkara yang mewajibkan mandi wajib, iaitu : a) Memasukkan zakar sehingga atau melebihi hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj b) Keluar mani c) Haid d) Nifas e) Wiladah Dalil : Ayat 79, Surah Al-Waqi’ah :

Maksudnya : Tiadalah yang menyentuhnya(mushaf) melainkan mereka yang suci

4. MEREKA YANG HARAM MEMBACA AL-QURAN Mereka yang berhadas besar tidak boleh membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat atau setengahnya. Yang hanya dibenarkan ialah membaca ayat Al-Quran yang berkaitan dengan zikir pada waktu yang berkaitan dengannya seperti membaca doa naik kenderaan.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

4

Membaca ayat yang berkaitan dengan hukum kerana untuk memberi penerangan kepada orang ramai juga dibenarkan, dengan syarat bacaan itu diniatkan zikir semata-mata.

5. CARA BACAAN YANG HARAM 1. ( ‫ ) اللحان‬Al-Alhan Membaca dengan lagu seperti nyanyian. Membaca dibenarkan. Imam Syafie di dalam kitab Al-Mukhtasar mengapa membaca dengan lagu (taranum) selagi tidak Quran. Tetapi jika terkeluar daripadanya maka haram tersebut.

dengan tarannum menyatakan tidak keluar dari had Alcara bacaan yang

2. ( ‫ ) الترقيص‬At-Tarqis Menarikan suara bacaannya serta menambahkan harakat mad dengan sebab memainkan peranan lagunya seolah seorang penari yang menggerakgerakkan anggotanya semasa menari

3. ( ‫ )الترعيد‬At-Tar’id Membaca dengan cara menggetarkan suaranya seperti orang yang sangat sejuk atau suatu penyakit menimpanya.

4. ( ‫ )التحريف‬At-Tahrif Membaca Al-Quran secara beramai-ramai secara serentak dan berhenti serentak. Di antara mereka membaca beberapa klimah sahaja kemudian disambung oleh jemaah yang lain tanpa memikir mengenai Al-Quranul Karim.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

5

6. PERKARA BID’AH DI DALAM BACAAN AL-QURAN Maksud bid’ah di sini ialah membaca Al-Quran dengan cara tidak yang pernah Rasulullah SAW membacanya. Contohnya :
1.

Membaca bacaan dengan Lin ( ‫ ) ليين‬dan Rakhawah ( malas.

‫ ) رخاوة‬bererti

melembutkan pada semua huruf dengan menyerupai bacaan orang
2. Takalluf (

‫ : ) تكلف‬Membaca dengan cara menekankan huruf sekuat-

kuatnya. Seakan-akan orang sedang bergaduh.
3. Memotongkan huruf pada bahagian yang menyerupai saktah ( ‫.) سيكتة‬

Selalunya perkara ini berlaku pada hukum-hukum Izhar ( ‫,) اظهار‬ disebabkan hendak menjelaskannya. 4. Tidak menjelaskan bunyi huruf-huruf yang dimulai dan juga huruf-huruf yang diwaqaf di atasnya.
5. Memanjangkan baris sehingga terjadi mad, ini boleh merosakkan

makna.
6. Qalqalah (

‫ ) قلقلة‬dibaca dengan kuat sehingga menyerupai baris

hidup.
7. Mentafkhimkan ( ‫ ) تفخيييم‬ra’ (‫ ) ر‬pada tempat yang sepatutnya di

tarqiqkan( ‫.) ترقيق‬

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

6

8. Mengikuti sifat huruf kepada huruf yang berdekatan, terkadang sifat

huruf itu perlu ditarqiqkan ( ‫ )ترقيق‬tetapi oleh sebab berdekatan dengan huruf yang perlu ditafkhimkan ( ‫ ) تفخييم‬maka ia dibaca secara tafkhim juga.
9. Memanjangkan baris huruf-huruf yang sebelum huruf-huruf akhir yang

diwaqaf sehingga terjadi huruf mad. Contohnya : ‫به‬
10.

dibaca ‫بيه‬

Menggantikan huruf dengan huruf yang lain contohnya seperti ‫ المستقيم‬di baca ‫المسطقيم‬

11.Meringankan huruf-huruf yang bersabdu atau sebaliknya, terutama huruf yang dijadikan waqaf.
12. Menghidupkan huruf-huruf yang berbaris mati seperti

‫الحمدلله‬

dibaca ‫الحمدلله‬
13. Menambahkan harakah Mad Tabiie lebih dari 2 harakat seperti

14.Mengurangkan harakat Mad Tabiie kurang dari 2 harakat
15. Memuncungkan dua bibir dengan sekuatnya semasa menyebut huruf

tafkhim

( ‫ ) تفخيم‬yang berbaris di atas

16.Melebihi harakat mad

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

7

7. AL-ISTI’AZAH Hukumnya : Sunat ketika memulakan bacaan. Ada juga pendapat yang mengatakan ia wajib. Lafaz nya ialah : ‫أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬ Al-Isti’azah terbahagi kepada empat keadaan.
-

Dua keadaan dibaca secara nyaring dan dua keadaan lagi dibaca secara perlahan. Bacaan secara nyaring adalah ketika di dalam majlis Ilmu atau majlis keramaian. Bacaan secara perlahan pula adalah ketika di dalam solat atau ketika bersendirian. Jika membaca Al-Quran secara bergilir-gilir memadai pembaca pertama sahaja membaca Isti’azah, manakala pembaca berikutnya tidak perlu lagi mengulangi Isti’azah.

-

-

-

Persambungan Al-Isti’azah dengan Basmalah ada 4 wajah/cara : 1. Memotong semuanya di antara Ista’azah dengan Basmalah dan di antara Basmalah dengan awal surah.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

8

2. Memotong yang pertama sahaja dan disambungkan yang kedua dengan yang ketiga. 3. Menyambungkan yang pertama dengan yang kedua sahaja. 4. Menyambungkan kesemuanya. Persambungan di antara dua surah ada 3 wajah/cara : 1. Memotongkan kesemuanya (akhir surah, Basmalah, awal surah) 2. Memotongkan akhir surah, dan disambungkan Basmalah dengan awal surah 3. Disambungkan kesemuanya.

8. BASMALAH Hukumnya : Sunat membaca Basmalah di tiap-tiap awal surah kecuali surah At-Taubah. Haram hukumnya membaca Basmalah di awal surah At-Taubah, ini adalah kerana : 1. Basmalah tidak tertulis di awal Surah At-Taubah. Sebaliknya, pada awal surah-surah lain ada tertulis Basmalah. 2. Surah At-Taubah diturunkan waktu peperangan. Membaca Basmalah di pertengahan surah hukumnya harus samada di pertengahan surah At-Taubah atau mana-mana surah di dalam Al-Quran sekalipun satu ayat atau satu kalimah. Basmalah di antara dua surah :

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

9

Ada tiga cara yang diharuskan :
1. 2.

‫ –قطع الجميع‬iaitu wakaf di akhir surah dan basmalah. ‫ –قطيع ووصيل البسيملة بالسيورة‬iaitu wakaf di akhir surah lalu basmalah disambung dengan awal surah. ‫ – وصيل الجمييع‬iaitu menyambung akhir surah dengan basmalah dan menyambung basmalah dengan awal surah.

3.

Ada satu cara yang tidak diharuskan : Menyambung Basmalah dengan akhir surah lalu wakaf. Cara ini adalah ditegah sama sekali kerana dikhuatiri Basmalah disangka letaknya di akhir surah.

9. KEPENTINGAN TALAQQI Talaqqi atau membaca di hadapan guru adalah merupakan satu cara yang amat penting dalam mempelajari Al-Quran. Tidak cukup mempelajari Al-Quran dengan melihat atau membaca pada mushaf sahaja, tetapi ia mestilah dibaca secara talaqqi musyafahah daripada mereka yang menghafaznya. Talaqqi penting kerana terdapat perbezaan pada kalimah-kalimah Al-Quran ketika membaca atau menyebut kalimahnya yang kadangkala tidak diketahui dengan berpandukan tulisan sahaja.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

10

Bertalaqqi adalah sunnah Rasululah SAW . Baginda telah bertalaqqi Al-Quran secara musyafahah daripada Jibril AS dan Jibril AS membacanya secara musyafahah daripada Allah SWT. Al-Quran dipindahkan kepada kita secara mutawatir sehingga sekarang. Perpindahan ini berdasarkan kepada sanad-sanad yang bersambungan antara pembaca dengan gurunya, gurunya dengan para Ulama’, para Ulama’ dengan tabi’ tabi’in, tabi’ tabi’in dengan tabi’in, tabi’in dengan para Sahabat RA, dan para Sahabat dengan Rasulullah SAW.

10. CARA PENGAMBILAN DARI GURU 1. Guru membaca di hadapan murid, manakala murid tersebut hanya mendengar sahaja. 2. Murid membaca di hadapan guru, manakala guru tersebut hanya menyemak sahaja. Seelok-eloknya dihimpunkan kedua-dua cara tersebut. Mereka yang mempelajari Al-Quran selain dari cara-cara tersebut di atas adalah tidak sah dan dilarang membaca baik dalam solat ataupun di luar solat.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

11

11. MARTABAT / PERINGKAT BACAAN Martabat/peringkat bacan Al-Quran terbahagi kepada empat bahagian ;
1. Tartil ( ‫ ) الترتييل‬iaitu bacaan yang sederhana, tenang dan mengeluarkan

setiap huruf daripada makhrajnya dan memberikan haknya serta yang bersangkutan dengannya bersama ‘mentadabbur’ maknanya.
2. Tahqiq ( ‫ ) التحقيق‬iaitu bacan yang seperti Tartil ( ‫ ) الترتيل‬tetapi bacaan ini

lebih tenang. Ia digunakan di dalam pengajian / pembelajaran.
3. Hadr (

‫ )الحدر‬Iaitu cepat di dalam bacan dengan menjaga hukum‫) الترتييل‬

hukumnya.
4. Tadwir ( ‫ ) التدويير‬Iaitu martabat pertengahan di antara Tartil (

dan Hadr ( ‫.) الحدر‬ Bacaan Tartil adalah sebaik-baik bacaan kerana Al-Quran diturunkan dengan bacaan ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah AlMuzammil ayat 4 yang berbunyi:

Maksudnya : …dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil

12. RUKUN BACAAN AL-QURANULKARIM Rukun bacaan Al-Quranulkarim ada tiga :
1.

‫:صحة السند‬ Sah sanadnya iaitu membaca dan mempelajari dari seorang guru yang mahir yang mana sanadnya bersambung terus kepada Nabi SAW. Hendaklah membaca dari awal sehingga khatam dengan guru tersebut.

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

12

2. Mengetahui Rasam ‘Uthmani Mengetahui tulisan ‘Uthmani seperti maqtu’, mausul, dan lain-lain.
3. Muafakat bacaannya pada satu wajah di antara beberapa wajah nahu

walaupun dengan wajah yang daif. Sekiranya mempelajari Al-Quran dengan guru yang mengetahui ilmu nahu, maka masih sah bacaannya, ini menurut pendapat yang sahih.

Rujukan

ASAS ILMU AL-QURAN Siri I

13

1. Nailur Raja’ Bi Syarhi Safinatin Najah Al-Alamah Al-Faqih As Sayyid Ahmad Bin Umar AsSyathiri 2. Fadhailul Quran Syekhul Hadith Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi 3. Fathur Rahman Fi Tajwidil Quran Syekh Sulaiman Bin Ibrahim Al Kambudi Al-Hafiz 4. Huda Ar-Rahman Fi Tajwidil Quran Ustaz Muhammad Alhadi Bin Muhammad Al-Hafiz 5. Ilmu Tajwid Al-Quran Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->