UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

Modul 1

:

Pemupukan Budaya Keusahawanan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan……… Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri………... Topik 3 : Etika Keusahawanan……………………………… Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan……..

4 7 15 26

Modul 2

:

Peluang dan Rancangan Perniagaan

Topik 5 : Peluang Perniagaan………………………………. Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan……………… Topik 7 : Merancang Perniagaan…………………………… Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan………...

32 40 55 63

Rujukan……………………………………………………………………

73

1/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1

PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Topik 1

:

Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Topik 2

:

Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Topik 3

:

Etika Keusahawanan

Topik 4

:

Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan

2/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1 TOPIK 1 : OBJEKTIF: Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
• • • •

KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

Memahami kepentingan bidang keusahawanan Memahami konsep usahawan dan keusahawanan Mengenalpasti ciri-ciri usahawan berjaya Mengetahui perkembangan keusahawanan di Malaysia

KANDUNGAN: Konsep dan perkembangan keusahawanan:
• • • •

Kepentingan keusahawanan Konsep usahawan dan keusahawanan Ciri-ciri usahawan berjaya Perkembangan keusahawanan di Malaysia

3/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN 1.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN 1.1.1 Keusahawanan kadar 1.1.2 1.1.3 menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan pekapita pengeluaran dan pendapatan, ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Keusahawanan melalui kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Usahawan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut mendorong pembahagian kekayaan. 1.2 KONSEP USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN 1.2.1 DEFINISI KEUSAHAWANAN Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru dan perestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era (free enterprise). Scarborough dan Zimmerer (1988) mendefinisikan usahawan sebagai yang mencipta satu perniagaan baru dan menghadapi satu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenalpasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian. Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan usahawan sebagai “seseorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam “equity”, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan

4/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

mengambilkira masa dan usaha dengan mengambilkira risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan. 1.2.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar, dan proses dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan. 1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. 1.4 1.4.1 1.4.2 Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi. Mempunyai niat yang betul (mencari rezeki, menyediakan barang, beribadat). Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang mencukupi. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya. Sentiasa berjimat menggunakan sumber. Mempunyai kemahiran membuat keputusan. Berfikiran kehadapan. Mempunyai kemahiran berkomunikasi. Sentiasa menjaga kualiti. Menghindari dari aktiviti yang diharamkan Elakkan dari belenggu hutang. Sentiasa menilai tindakan (bermuhasabah) dan berwaspada. Besyukur dengan kejayaan. Tidak boros dan tidak tamak dengan kekayaan. Sentiasa membayar hutang jika berhutang. Bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan (pecah dan perintah). Kaum Melayu sebagai pentadbir dan petani, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga manakala kaum India bekerja di sektor perladangan. 1.4.3 Selepas kemerdekaan: Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990 ), Dasar Pembangunan Negara (1990 – 2000) dan Wawasan 2020. Semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. 1.4.4 1.4.5 Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Sejak tahun 2005 hingga kini Kementerian tersebut telah ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

5/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1 TOPIK 2: OBJEKTIF: Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
• •

ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI

Mengenalpasti 13 kompetensi usahawan yang berjaya. Mengukur tahap kompetensi diri.

KANDUNGAN:
• •

Analisis kompetensi usahawan yang berjaya dan kepentingannya Kaedah pengukuran tahap kompetensi diri mahasiswa

6/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

2.0

ANALISIS KOMPETENSI USAHAWAN BERJAYA 2.1 Inisiatif Sikap individu yang berinisiatif adalah:  Melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya.  Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang yang baru, keluaran atau perkhidmatan yang baru. Secara rasionalnya: Daya inisiatif adalah satu dari kompetensi keusahawanan yang paling penting. Usahawan-usahawan berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarah atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan diri, individu tersebut dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui imiginasinya dan intiusinya. Sikap berinisiatif penting bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan dengan mencari peluang dan tidak mengharapkan peluang tersebut datang bergolek. 2.2 Melihat dan Merebut Peluang Adakah saya mampu melihat, mencari dan merebut peluang yang ada di persekitaran saya?. Berapa kuatkah kemampuan saya dalam mencari peluang?. Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut:  Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.  Merebut peluang-peluang yang luarbiasa dalam memperluaskan pasaran, penggunaan teknologi baru, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan. Secara rasionalnya: Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang yang wujud di persekitarannya. Peluang-peluang perniagaan wujud hasil dari permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, disebabkan oleh

7/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

kewujudan teknologi baru, kemahiran baru, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan kaedah dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang belum diperkenalkan. Kemampuan ini perlu wujud dalam peringkat memulakan perniagaan hingga ke peringkat menjalankan fungsi-fungsi utama seorang usahawan sepanjang hayat perniagaannya. 2.3 Kecekalan Sikap seseorang yang cekal dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut: ii. iii. Berusaha berulang kali dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yang menghalang pencapaian matlamat. Berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah. Secara rasionalnya: Seseorang usahawan akan menghadapi perjalanan hidup yang berliku dan kompleks. Untuk mengatasi masalah dan halangan tersebut usahawan perlu tabah dan cekal. Seseorang usahawan yang berjaya lazimnya dapat mengharungi segala rintangan dan halangan yang mendatang dalam pencapaian matlamat. Sikap tabah dan cekal memerlukan keyakinan diri yang tinggi, sikap ikhtiar dan ketahanan diri dalam mengharungi halangan-halangan tersebut. Selain dari itu, sikap sabar juga penting. 2.4 Mencari maklumat Adakah saya mempunyai maklumat yang cukup?. Adakah saya cenderung ke arah mencari maklumat sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?. Adakah saya mempelajari dari maklumbalas atau maklumat yang diperolehi?. Sikap individu usahawan yang mampu mencari maklumat adalah seperti berikut:  Melakukan penyelidikan atau tinjauan untuk mendapatkan maklumat atau maklumbalas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan.   Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan. Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan atau pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna.   Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan menganalisisnya. Menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat baru dan berguna.

8/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Melakukan sendiri penyelidikan dan anlisis terhadap maklumat yang diperolehi sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau dalam menjalankan tugas harian.

Secara rasionalnya: Maklumat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Kejayaan sesebuah perniagaan banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, kecukupan maklumat dan cara penggunaan maklumat dalam pembuatan keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar terhadap maklumbalas yang diperolehi sama ada dalam bentuk kritikan atau analisis sendiri. Maklumat tersebut berguna untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian, prestasi diri dan prestasi syarikat yang sedang diterajui. 2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang tinggi Sikap usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah:  Menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi.  Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik. Secara rasionalnya: Seorang usahawan perlu sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu kerja yang tinggi dan berasaskan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usaha tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya, akan tetapi untuk mencari kepuasan terhadap kerja melalui pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Ini akan membantu usahawan dalam meluaskan pasarannya dan dapat meningkatkan prestasi syarikat.

9/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

2.6

Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah:  Memberi tumpuan kepada perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja.   Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan. Sanggup membantu pekerja atau mengambilalih tugas mereka untuk menyelesaikan kerja.  Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.

Secara rasionalnya: Seorang usahawan dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang menepati janji berkaitan mutu barangan, penghantaran pada masa yang tepat, harga barangan atau perkhidmatan yang berpatutan, dan jumlah barangan seperti yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Selain itu, seorang usahawan perlu bertanggungjawab untuk menghadapi dan mengatasi rungutan pelanggan. 2.7 Berorientasikan Ke Arah Kecekapan Individu usahawan yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah:  Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan pantas.  Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini untuk memperbaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri.  Mengambilberat perkiraan kos atau keuntungan hasil daripada sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan. Secara rasionalnya: Usahawan yang berdayamaju sentiasa akan mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Peningkatan produktiviti dapat dilihat daripada penjimatan kos dngan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran dan dapat mengelakkan pembaziran. Seorang usahawan sentiasa mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat perniagaan yang baik untuk memperbetulkan tahap kecekapan syarikat terutama dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin dan jentera serta teknologi.

10/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

2.8

Membuat Perancangan Yang Sistematik Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam:  Melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan merancang dan mengatur langkah yang sistematik dan mudah untuk dilaksanakan.    Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah-masalah yang dijangkakan. Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan. Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk mencapai matlamat.

Secara rasionalnya: Perancangan yang baik dan sistematik boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat syarikat. Perancangan sistematik lazimnya perlu dimulakan dengan mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya mengenalpasti masalah atau rintangan yang akan dihadapi. Dengan mencapai matlamat tersebut seseorang usahawan perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan secara bersistematik. Dalam proses perancangan yang sistematik, usahawan sentiasa mencari langkah-langkah alternatif yang berkesan sebagai keputusannya. 2.9 Menyelesaikan Masalah Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah berkebolehan dari segi:   Mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat. Mencari dan melahirkan idea baru untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.

Secara rasionalnya: Seorang usahawan yang berdaya maju akan menyelesaikan masalah dengan mencari dan melahirkan idea-idea baru dalam penyelesaian masalah secara inovatif. 2.10 Keyakinan Diri Usahawan yang berkeyakinan diri mampu:  Melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan dan pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas.  Memperolehi dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang pengkhususannya.   Mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan. Sedia melakukan perubahan dari masa ke semasa.

11/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Secara rasionalnya: Kebanyakan usahawan gagal dalam mencapai matlamat mereka lantaran sikap ketidakyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Sikap tersebut perlu ditonjolkan dari segi kemampuan diri dalam membuat keputusan dan menyahut sebarang cabaran. Seorang usahawan juga perlu mempunyai keyakinan terhadap apa yang dilakukan. 2.11 Ketegasan Usahawan yang tegas mampu: Menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan pihak lain. Secara rasionalnya: Sebagai seorang usahawan perlu tegas untuk menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan persekitarannya. Dia perlu berani menonjolkan kebaikan atau kelebihan hasil keluaran atau perkhidmatan berbanding orang lain. Seorang usahawan juga berani untuk menghadapi masalah pelanggan yang cuba lari dari dari hutang, pekerja yang malas dan peraturan-peraturan syarikat yang boleh melemahkan perjalanan perniagaan. 2.12 Meyakinkan Orang Lain Individu usahawan mampu menunjuk dan meyakinkan orang lain melalui:  Penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.  Kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan.  Keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri dan syarikat.

Secara rasionalnya: Seorang usahawan bergerak untuk mendapatkan sumber-sumber organisasi bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran, penjualan hasil keluaran dan perkhidmatan. Aktiviti tersebut memerlukan kemahiran memujuk dan meyakinkan orang lain. Usahawan yang gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal tidak mampu untuk mencapai matlamat syarikatnya. 2.13 Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh Seorang usahawan yang mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh mampu:  Berkecenderungan memikirkan strategi mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalammencapai matlamat perniagaan.

12/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Secara rasionalnya: Sebagai seorang usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja dan industri yang diceburi. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan dalam strategi pengaruh usahawan: i. ii. iii. iv. v. Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak. Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran. Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan.

13/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1 TOPIK 3: OBJEKTIF : Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:
• • •

ETIKA KEUSAHAWANAN

Memahami nilai-nilai murni keusahawanan. Memahami konsep barakah dalam perniagaan. Memahami etika keusahawanan.

KANDUNGAN:
• • • •

Budaya niaga cemerlang Nilai-nilai murni keusahawanan. Konsep barakah dalam perniagaan. Etika keusahawanan.

14/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

3.1

BUDAYA NIAGA CEMERLANG 3.1.1 Berani Mencuba Usahawan yang berani mencuba mempunyai jangkaan dalaman yang tinggi. Usahawan sebegini yakin bahawa kejayaan akan tetap menjadi milik mereka selagi mereka memberi komitmen sepenuhnya dengan menggunakan tenaga dan keupayaan. Usahawan yang berani mencuba mempamirkan usaha yang berterusan dan lebih sensitif kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang terlalu jumud dan bersikap konservatif tidak akan mampu maju sebaliknya akan terus kekal di takuk lama. 3.1.2 Penetapan Matlamat Penetapan matlamat oleh usahawan mendorong mereka untuk lebih berusaha sehingga berjaya meraih kejayaan yang diidamkan. Usahawan perlu mempunyai perancangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan dijadikan kayu pengukur untuk memperbaiki kelemahan dan merancang strategi-strategi baru untuk mengatasinya. Teori penetapan matlamat menegaskan bahawa penetapan matlamat merupakan proses untuk menghasilkan komitmen yang lebih tinggi melalui insentif pencapaian yang realistik. Oleh yang demikian penetapan matlamat merupakan satu proses kognitif di mana usahawan perlu sedar dan sentiasa memikirkan apa yang ingin dicapai, mendefinisikan tugas dan menetapkan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya matlamat yang ditetapkan gagal dicapai, usahawan hendaklah mengkaji semula serta perlu bersedia memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang menjadi kekangan kepada pencapaian matlamat. 3.1.3 Jangkaan Diri Jangkaan diri merulakan nilai yang perlu ada pada diri usahawan. Ia menjadikan usahawan lebih bermotivasi untuk mengecapi perlu membuat pilihan tentang apa kejayaan yang dicita-citakan. Teori jangkaan mengariskan bahawa manusia bukan sahaja digerakkan oleh keperluan tetapi yang akan dan tidak mereka lakukan. Sebagai usahawan tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaan usahawan terhadap keupayaan mereka untk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran yang dikehendaki. Sekiranya usahawan menjangkakan mampu untuk bersaing dengan pesaing serta mempunyai fikiran yang positif, sudah tentu kejayaan kan menyebelahi mereka. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan tranformasi, mempunyai jangkaan dan kenyakinan diri yang tinggi. Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin pada diri sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan yang

15/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

mereka yang mereka miliki.Justeru usahawan perlu mempunyai jangkaan diri yang tinggi bagi mencapai prestasi perniagaan yang luar biasa. 3.1.4 Kecekalan Usahawan perlu mengharung berbagai halangan dan masalah sebelum menikmati kejayaan. Mereka perlu tabah dan mempunyai kecekalan diri yang tinggi. Sikap cekal diri memerlukan usahawan untuk memiliki keyakinan diri yang tinggi, lebih tabah, mempunyai daya ikhtiar dan ketahanan diri yang jitu dalam mengharungi dunia keusahawanan. 3.1.5 Yakin Diri Kebanyakan kegagalan usahawan mencapai matlamat adalah berpunca dari sikap tidak yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Dunia keusahawanan yang sangat mencabar memerlukan usahawan yakin kepada kemampuan diri sendiri dalam membuat keputusan serta menyahut sesuatu cabaran. Untuk meningkatkan kenyakinan, usahawan perlu mengikis perasaan takut kepada kegagalan, mengelakkan daripada sikap tiada pendirian dan menghapuskan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing mereka. 3.1.6 Ketegasan Diri Usahawan perlu tegas menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan masyarakat . Usahawan mesti berani membuktikan kebaikan atau kelebihan produk atau perkhidmatan yang diberikan berbanding dengan pesaing. Usahawan perlu berani dan bersedia untuk bertindak terhadap pelanggan yang gagal menjelaskan hutang. (Pelanggan *yang engkar arahan dan bersedia mengubah peraturan-peraturan yang menyebabkan *kelembapan perniagaannya.) Demi untuk kejayaan syarikat, usahawan perlu tegas dalam mengambil tindakan walaupun terhadap rakan atau orang yang rapat dengannya. 3.1.7 Inisiatif Diri Inisiatif diri adalah sikap yang perlu ada pada usahawan kerana daya inisiatif yang tinggi menjadikan usahawan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi dengan berkesan tanpa menunggu arahan untuk melakukan tindakan terhadap peluang yang datang dan memilih strategi yang terbaik untuk mengatasi masalah. Yang demikian usahawan menjadi lebih peka dan pro aktif kepada persekitaran yang ada.

16/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

3.1.8

Bertanggungjawab Usahawan yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya merupakan seorang yang berpandangan jauh serta mencerminkan keperibadian sebenar seorang usahawan. Sikap yang bertanggungjawab lahir jika usahawan tidak mudah mempersalahkan pihak lain sekiranya berhadapan dengan sesuatu kegagalan. Mereka lebih bersedia mengkaji kelemahan diri sendiri bukan menuding kepada pihak lain. Usahawan yang bertanggungjawab yang tinggi akan mempunyai semangat untuk mencurahkan khidmat bakti kepada pekerja dan masyarakat.

3.1.9

Belajar Dari Maklumbalas Usahawan perlu bersedia memberi galakan kepada pelbagai pihak untuk memberi maklum balas terhadap setiap tindakan dan hasil yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Daripada maklum balas usahawan dapat mengukur tahap penerimaan terhadap produk atau perkhidmatan syarikatnya. Penglibatan pelanggan dalam mereka bentuk produk dan perkhidmatan melalui maklum balas akan memberikan kepuasan kepada para pelanggan yang akhirnya akan dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan.

3.1.10 Mewujudkan Hubungan Dengan Individu Yang Boleh Membantu Perhubungan yang rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam perniagaan akan memberikan kelebihan kepada usahawan untuk memperkembangkan perniagaan serta membolehkan usahawan mendapat peluang dan mengetahui ancaman-ancaman yang bakal dihadapinya. Hubungan dengan individu yang boleh membantu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan usahawan. 3.1.11 Kesediaan Meminta Nasihat Pakar Usahawan perlu menyedari betapa pentingnya mencapai tahap kelebihan bersaing agar produk atau perkhidmatan mendapat sambutan daripada pelanggan. Usahawan hendaklah menjadikan kesediaan meminta nasihat dari pakar sebagai budaya niaga untuk mengukuhkan produk dan perkhidmatan pemasaran, pentadbiran dan kewangan syarikat. Keterbukaan menerima nasihat kan membantu usahawan dalam menghadapi permasalahan untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. 3.1.12 Sistematik Dalam Melaksanakan Pekerjaan Usahawan hendaklah bertindak dengan penuh sistematik apabila membuat keputusan. Ketelitian dalam mengambil satu tindakan boleh menjamin ketepatan dalam keputusan

17/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

dan silap langkah berdasarkan anlisis kos yang akan ditanggung berbanding matlamat yang akan diperolehi. 3.2 KONSEP BARAKAH DALAM PERNIAGAAN 3.2.1 Pengenalan Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah. Islam sebagai agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan seluruh manusia di dunia dan di akhirat, memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Aktiviti keusahawanan termasuklah bidang perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian dan perkilangan. Rasulullah S.A.W adalah seorang peniaga sebelum menjadi rasul. Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang menyeluruh (syumul) perlu di jadikan asas kepada para usahawan bagi membina keusahawanan yang mantap dan mencipta kejayaan. Islam dan kekayaan individu bagi menyara kehidupan kaedah pengurusan melihat bidang

keusahawanan sebagai suatu bidang yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sehariannya. Rasulullah bersabda “Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki terdapat dalam perniagaan” Bidang keusahawanan di dalam perspektif Islam adalah termasuk di dalam bidang fardu kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan adalah besar kerana ia adalah satu kewajipan. 3.3 ETIKA KEUSAHAWANAN Ajaran Islam yang syumul tidak mengenepikan pentingnya perniagaan dalam kehidupan manusia. Sebagai seorang muslim, matlamat mencari keredaan Allah SWT yang menjangkau dari hanya kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan tindakan kepada kaedah yang diberkati dan di tuntut oleh agama. Di dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan perniagaan digariskan agar perniagaan mengikut etika Islam. Di antara panduan tersebut adalah:

18/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

3.3.1

Pematuhan Terhadap Kontrak Usahawan perlu patuh kepada kontrak yang dimeteri. Islam berpegang teguh kepada sikap menunai janji dan nilai-nilai mulia seperti, kebenaran, kejujuran, dan amanah. Manusia wajib mematuhi perintah Allah SWT. Allah SWT berfirman, ”dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat ( yang dipikulnya dan janjinya)” (Surah Al Mukminun: ayat 8) Melalui ayat ini jelaslah bahawa orang yang beriman itu perlu menunaikan janjinya.

3.3.2

Penipuan dan Salah Taksir Iklan. Usahawan ditegah membuat penipuan di dalam pengiklanan, namun kerap terjadi barangan yang dijual berbeza atau tidak menepati saperti yang diiklankan. Kadangkala iklan yang disiarkan dalam media mengelirukan pengguna. Di dalam etika islam, perkara ini jelas di larang. Sabda Rasullalah SAW ”Tidak boleh menjual barangan yang rosak kecuali yang rosak itu telah ditunjukkan kepada pembeli.” (Hadis riwayat: Bukhari)

1.3.3

Timbangan yang Tepat Usahawan perlu sentiasa membuat timbangan atau ukuran yang tepat apabila melakukan urusan perniagaan. Usahawan yang tidak jujur dan menipu timbangan untuk mendapatkan untung yang lebih adalah ditegah oleh ajaran Islam. Di dalal Quran, Allah SWT memerintahkan agar timbangan dilakukan dengan tepat. Firman Allah SWT ”Dan penuhkanlah sukatan, bila kamu menyukat ( menakar ) dan menimbanglah dengan neraca yang betul. Itulah yang paling baik dan lebih kesudahannya” (Surah Al Israa: ayat 35)

1.3.4

Larangan Menyorok Barang Amalan menyorok barang untuk tujuan mendapatkan keuntungan ketika harga naik atau ketika masyarakat kekurangan barang merupakan satu eksploitasi kepada masyarakat dan pengguna. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Peniaga seperti ini

19/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

masuk dalam golongan yang bersifat bakhil dan tamak. Allat SWT melarang sifat bakhil ini melalui firmannya” “ janganlah orang-orang yang bakhil memberikan dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya mengira bahawa kebakhilan itu baik untuk mereka. Tidak ! Melainkan membahaya mereka, nanti harta yang mereka dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” ( Surah Al Imran: ayat 180 ) 3.3.5 Penghapusan Keluaran Berlebihan Usahawan tidak dibenarkan membazir dan merosakkan barangan yang dihasilkan. Islam melarang perbuatan ini kerana barangan dan sumber adalah milik Allah SWT dan manusia adalah pemegang amanah. Manusia sepatutnya mencari jalan untuk menggunakan kelebihan tersebut. 3.3.6 Perniagaan Melibatkan Riba Usahawan muslim ditegah daripada terlibat dengan amalan riba di dalam perniagaannya. Terdapat pelbagai altenatif kaedah muamalat yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan dari riba. Firman Allah SWT, “ Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah Al Baqarah: ayat 275 ) 3.3. 7 Amalan Pengambilan Pekerja Usahawan perlu mengurus sumber manusia secara terbaik. Pengambilan pekerja haruslah dilakukan dengan adil, iaitu orang yang diambil boleh melaksanakan tanggungjawab dan bersikap adil terhadap yang diamanahkan kepadanya. 3.3. 8 Bersikap Adil Kepada Pekerja Tanggungjawab organisasi adalah untuk menjaga kebajikan pekerja, memberi gaji yang setimpal dan menyediakan tempat kerja yang baik. Dalam hal ini, usahawan perlulah melayani setiap pekerja di bawah pentadbiran sebaik-baiknya tanpa mengira warna kulit atau rupa. Perkara ini penting dilakukan agar usahawan muslim tidak mengenepikan tuntutan agama. bakhilkan itu akan digantungkan di lehernya di hari khiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi

20/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

3.3.9

Penjagaan Alam Sekitar Usahawan tidak harus menjalankan perniagaan untuk memaksimakan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar. Alam semula jadi adalah anugerah Allah SWT yang boleh digunakan tanpa merosakkannya. Firman Allah SWT, “ Telah kelihatan kerosakan d idarat dan di laut, disebabkan usaha tangan manusia, kerana tuhan hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat buatan mereka supaya mereka kembali” ( Surah Ar-Rum: ayat 41 )

3.4

MENJELASKAN

LIMA

BELAS

CIRI

USAHAWAN

BERJAYA

MENGIKUT

PERSPEKTIF ISLAM 3.4.1 Mempunyai Keinginan Dan Kesungguhan Yang Tinggi Untuk Berjaya Usahawan perlu mempunyai sifat keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk mengecapi kejayaan. Islam sangat mengalakkan seseorang supaya sentiasa mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi di dalam perlakuan mereka. Rasulullah S.A.W telah menunjukkan bahawa baginda seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan dalam apa jua perkara. 3.4.2 Mempunyai Niat yang Betul Seseorang mempunyai niat yang betul. Niat yang pertama adalah mencari rezeki dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Niat yang kedua adalah berkhidmat untuk orang lain dengan mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Niat yang ketiga, adalah berniaga sambil beribadat kepada Allah swt. “sesungguhnya setiap perbuatan itu dengan niat dan setiap perkara itu bergantung dengan apa yang diniatkan” (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim ) 3.4.3 Mempunyai Ilmu dan Kemahiran Yang Mencukupi Di dalam Bidang Yang Diceburi. Usahawan perlu memiliki ilmu yang cukup di dalam bidang yang diceburi. Ilmu tersebut boleh diperolehi sama ada dari ilmu yang dipelajari, pengalaman sendiri, pembacaan, pemerhatian atau pengalaman orang lain. Pemilihan bidang tersebut akan memudahkan usahawan mencapai kejayaan.

21/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Usahawan perlu menjadikan semua pengalamannya sebagai gabungan ilmu dan pengajaran yang boleh digunakan dalam bidang yang ingin diceburi. 3.4. 4 Bertanggungjawab Kepada Semua Yang Berkepentingan Dengannya Usaha perlu menjadi orang yang bertanggungjawab kepada semua orang yang berkepentingan dengannya seperti pelanggan, pemilik organisasi, pekerja, keluarga, masyarakat, kerajaan, pembekal, pengedar dan lain-lain. 3.4. 5 Sentiasa Berjimat Menggunakan Sumber Islam mengajar umatnya berjimat dalam segala aspek kehidupan. Ia termasuklah berjimat menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah dan modal. Justeru itu, usahawan digalakkan agar menggunakan sumber secara cekap dan berkesan. 3.4. 6 Mempunyai Kemahiran Membuat Keputusan Membuat keputusan dengan cepat dan tepat adalah suatu kemahiran yang penting bagi menjamin kejayaan usahawan. Ini adalah kerana usahawan perlu pandai memilih peluang yang ada di persekitarannya. Usahawan juga perlu sentiasa membuat keputusan dengan tepat berasaskan analisis dan telahan yang jitu. 3.4. 7 Berfikiran Ke hadapan Islam menyarankan kepada umatnya supaya sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Usahawan berjaya selalu menjangka dengan tepat mengenai keperluan pelanggan masa hadapan Allah SAW berfirman yang bermaksud, “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memerhatikan apa kamu siapkan untuk hari esok ( akan datang ) kamu” (Surah Al Hasyr: ayat 18 ) 3.4. 8 Mempunyai Kemahiran Berkomunikasi Usahawan perlu memiliki ilmu komunikasi yang tinggi untuk berhubungan dengan manusia pekerja, pelanggan dan pihak yang berada di persekitarannya. Hubungan yang baik akan memudahkan perjalanan urusan perniagaan. Hubungan yang baik dengan pelanggan dan pekerjanya akan dapat menentukan kejayaannya perniagaan.

22/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

3.4. 9

Sentiasa menjaga Kualiti Islam menyarankan agar kualiti tindakan dan hasil perlu dijaga dengan baik. Usahawan bertanggungjawab menjaga kualiti produk kerana ia mempengaruhi kesetiaan pelanggan. Pelanggan akan berpuas hati dengan produk belian yang mempunyai kualiti yang tinggi.

3.4. 10 Menghindari Dari Aktiviti Yang Ddi haramkan oleh Allah SWT Usahawan perlu memastikan agar tidak terlibat dalam kegia tan yang diharamkanatau tidak terlibat dengan urusniaga yang haram. Aktiviti keusahawanan yang halal akan menyebabkan seseorang usahawan itu berada di dalam rahmat Allah SWT. 3.4. 11 Elakkan Daripada Belenggu Hutang Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang di dalam berurus niaga. Prinsip ini agak berlawanan dengan prinsip kapitalis yang menggalakkan berhutang. Islam tidak menggalakkan aktiviti hutang kerana ia akan menjerat penghutang daripada kebebasan kewangan. Dalam perspektif Islam, seboleh bolehnya usahawan perlu memulakan perniagaan berdasarkan modal yang ada kemudian mengembangkan perniagaan hasil peningkatan modal tersebut. 3.4. 12 Sentiasa Menilai Tindakan dan Berwaspada Usahawan yang berjaya SWT sentiasa menilai segala aktiviti keusahawanannya agar sentiasa berada di atas landasan yang betul. Allah SWT menyuruh manusia agar sentiasa membuat penilaian terhadap semua amalan agar ia sentiasa berjaya. Usahawan berjaya sentiasa mengawasi perubahan persekitaran sama ada dari segi permintaan, penawaran, perancangan, persaingan dan lain-lain. 3.4. 13 Bersyukur dengan Kejayaan Usahawan muslim perlu bersyukur kepada Allah SWT jika memperolehi kejayaan. Jika kejayaan disyukuri, Allah SWT akan menambahkan lagi kejayaan tersebut. Firman Allah SWT. “ Seandaikan kamu di atas nikmatku, nescaya akan tambah lagi, seandaikan kamu kufur, ingatlah azabku amat pedih” (Surah Ibrahim: ayat 7 )

23/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

3.4. 14 Tidak Boros dan Tidak Kikir dengan Kekayaan Usahawan yang berjaya sentiasa berhati-hati dalam membuat perbelanjaan agar mempunyai imbangan kewangan yang kewangan yang baik. Segala perbelanjaan mesti dilaksanakan dengan berhati-hati agar tidak melampaui keperluan. 3.4. 15 Sentiasa Membayar Hutang jika Berhutang Mengikut perspektif Islam, usahawan bertanggungjawab menjelaskan hutang dengan tepat dan cepat. Usahawan sepatutnya bersyukur di atas kerelaan pihak yang memberinya hutang sebagai suatu pertolongan yang patut dibalas balik dan bukannya memberi masalah.

24/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1 TOPIK 4: OBJEKTIF: Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • • • Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif Mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

KANDUNGAN: • • • • • • • • Definisi kreativiti dan inovasi Proses kreativiti Kepentingan membina idea yang kreatif Ciri-ciri individu yang kreatif Teknik menjana idea kreatif dan inovatif Jenis inovasi Halangan kepada kreativiti dan inovasi Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi

25/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

4.1

Definisi Kreativiti Dan Inovasi 4.1.1 Apa itu kreativiti?. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti adalah melibatkan perkembangan yang tiada tolak bandingnya dan merupakan jawapan kepada sesuatu masalah yang bakal diperolehi. Ia amat mustahak dalam bertindakbalas kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan. 4.1.2 Apa itu inovasi? Setelah menjalani proses kreatif dan memperolehi penyelesaian terbaik usahawan kemudiannya melakukan aplikasi inovasi. Inovasi adalah kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada.

4.2

Proses kreativiti Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa dalam proses kreativiti, iaitu : i. Pengumpulan pengetahuan Seorang usahawan perlu bersedia mengumpul informasi dan melakukan penyelidikan yang berkaitan melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sekerja, menghadiri seminar dan bengkel. Dengan ini ia akan memberikan pengetahuan dan menambahkan pengalaman untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan. ii. Inkubator Seorang usahawan mungkin tidak terlibat secara langsung dalam sesebuah perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Mereka mungkin akan mengabaikan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar melakukan tugas tersebut. Akan tetapi pembangkitan idea yang kreatif sangat penting tanpa mengira dari mana sumbernya. iii. Idea Fasa ini adalah menarik dalam proses kreativiti. Selain itu, fasa ini juga dikenali sebagai faktor eureka. Seorang individu usahawan boleh memperolehi idea menyelesaikan masalah secara tidak sengaja contohnya semasa makan, berjalan dan sebagainya.

26/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

iv. Penilaian dan Pelaksanaan Dalam fasa terakhir, usahawan menukar idea tersebut kepada realiti. Pada peringkat ini ia memerlukan keberanian, disiplin diri, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Apabila idea yang telah muncul dari fasa ketiga, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarkannya kepada bentuk idea yang terakhir dan jelas. 4.3 Bagaimana Membina Idea Yang Kreatif Pemikiran kreatif boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan, sumber dan situasi yang terhad. Usahawan perlu cuba untuk mengeksploitasi peluang ini untuk menjadi satu rancangan perniagaan. Untuk menjadi seorang yang kreatif, seorang usahawan perlu mempunyai satu kemahiran berfikir yang khusus. Pemikiran kreatif ini perlu disulami dengan pemikiran inovatif yang boleh mengeksploitasi idea-idea menjadi rancangan perniagaan yang konkrit. Bagaimanakah kita boleh berfikir secara kreatif?. Pemikiran kreatif memerlukan kita melihat alam sekitar dan situasi daripada perspektif yang songsang dan berbeza daripada pemikiran logik. Ini akan menjadikan kita berbeza daripada orang lain dengan melihat masalah sebagai peluang perniagaan. Akan tetapi idea tersebut perlu direalisasikan secara jelas. 4.4 Ciri-ciri individu yang kreatif Terdapat lapan ciri individu yang kreatif, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Seorang yang merendah diri dan bangga diri dalam waktu yang sama. Mempunyai perasaan yang amat kuat terhadap kerja mereka dan dalam masa yang sama mereka merupakan seorang yang objektif. Seorang yang berani untuk mencuba idea yang baru. Seorang yang bersifat terbuka apabila menerima kritikan. Seorang yang mempunyai kombinasi sikap yang suka bermain dan pada masa yang sama seorang yang berdisiplin atau bertanggungjawab. Seorang yang mempunyai kawalan diri yang baik. Seorang yang mempunyai matlamat, tidak tergesa-gesa dan mampu membuat pertimbangan rasional dalam sebarang keputusan. Seorang yang sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

27/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

4.5

Teknik menjana idea kreatif dan inovatif. i. Percambahan Fikiran Kaedah ini sering digunakan di dalam menghasilkan idea. Setiap ahli akan mencadangkan idea dan kemudiannya dibincangkan bersama. Menurut William (2000), terdapat empat peraturan dalam menggunakan kaedah ini:     Lagi banyak idea lagi baik Semua idea perlu diterima walaupun idea tersebut kelihatan tidak logik. Gunakan idea daripada kumpulan lain untuk memperolehi input yang lebih banyak. Kritikan atau penilaian tidak dibenarkan.

ii. Analogi Paksaan Teknik ini amat berguna dalam menjana idea. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan jalan alternatif yang lain. Untuk membina sesuatu hubungan ia memerlukan objek atau kad gambar yang membantu untuk menjana idea. Objek atau kad dipilih secara rawak dan dilihat apa kaitannya secara paksa. iii. Pelaksanaan (DO IT) Dalam teknik ini kita perlu menganalisa masalah dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat kritikal yang membolehkan kita mengenalpasti punca sebenar masalah. Masalah yang besar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan diringkaskan. Selepas itu idea akan dijana sebanyak mungkin. Idea tersebut tidak mengira samada idea baik atau tidak. Langkah seterusnya kajian dan analisis terperinci dilakukan untuk memilih idea terbaik. Akhir sekali, jalan penyelesaian akan dipilih melalui idea yang terbaik bagi melaksanakan strategi perniagaan. iv. Peta Minda Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan untuk mengurus dan membangunkan pendapat secara tidak linear. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk membangunkan produk baru, menyelesaikan masalah, merancang strategi dan membangunkan sesuatu proses. Dalam kaedah ini sama seperti brainstorming, semakin banyak idea semakin baik. v. Kumpulan Nominal Kaedah ini digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian masalah secara bersemuka. Setiap ahli kumpulan penyelesaian masalah akan menyatakan idea mereka dan

28/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

membincangkan untuk memperolehi penjelasan dan penilaian. Setiap ahli akan mengundi secara senyap untuk memilih idea yang terbaik. Selain itu teknik lain yang boleh digunakan untuk membina idea kreatif antaranya adalah:  Teknik senarai sifat - menyenaraikan sifat-sifat secara terperinci dan dipinda serta dirombak mengikut kesesuaian kos, fungsi, perkhidmatan dan keselamatan.  Teknik Tarikh Luput - menetapkan tempoh tertentu untuk memberi tekanan kepada individu menerbitkan idea kreatif.   Teknik Asosiasi - melibatkan hubungan mental antara dua objek ataupun idea. Teknik Asosiasi mendesak - teknik perkaitan yang menggabungkan dua objek ataupun lebih yang berbeza sama sekali.   Teknik Dua Kata menyenaraikan kata frasa alternatif bagi setiap kata.

Teknik Sensori - menggunakan deria sensitif dengan menghasilkan kerjasama yang bersifat simbiotik dan kreatif pada persekitaran. Teknik ke Matahari - memperbaiki produk dan menyelesaikan masalah yang bersifat umum dengan mengaitkan matahari sebagai punca tenaga. Teknik Rangsangan Imej menekankan penggunaan daya imaginasi dengan

menggunakan pelbagai sumber yang bergambar.  Teknik Produk Kontra - menggunakan kata kerja dan antonim bagi menerbitkan alternatif lain.  Teknik songsang menterbalikkan idea lama kepada idea baru dengan menunjukkan sifat berlawanan sama sekali dengan idea lama.  Teknik Senarai Semak - menggunakan kata kunci senarai semak dan digabungkan dengan soalan-soalan provokatif.  Teknik Batu loncatan - memberikan dasar pertimbangan dan penilaian kepada idea tanpa membuat sebarang penilaian benar ataupun salah. 4.6 Jenis-jenis inovasi i. Penciptaan - Mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. ii. Perluasan - Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada. iii. Duplikasi - Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada dengan bukan sekadar meniru, akan tetapi menambah dari segi fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada tersebut. iv. Perpaduan - Proses untuk menggabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambilkira beberapa idea yang sedia ada.

29/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

4.7

Halangan kepada inovasi Halangan-halangan tersebut adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Terdapat organisasi yang tidak menggalakkan inovasi atau menolak sebarang perubahan. Masalah dari segi kekurangan sumber merupakan halangan kepada inovasi. Terdapat pihak pengurusan yang menghalang atau mengawal kakitangannya daripada menjadi lebih kreatif. Takut untuk mencuba. Takut untuk melakukan kesilapan. Motivasi yang salah atau silap. Takut kepada kegagalan. Kurang keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.

4.8

Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi. i. ii. iii. iii. Mengenalpasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar ia tidak menghalang kepada proses kreatif dan inovatif. Menukar persepsi dengan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu peluang dan mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik. Menukar budaya organisasi dengan menggalakkan kakitangan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Ganjaran akan diberikan kepada kakitangan yang kreatif. Sanggup menghadapi sebarang kegagalan dan mencari jalan penyelesaian untuk mendorong kemajuan dalam syarikat.

30/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2

PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Topik 5

:

Peluang Perniagaan

Topik 6

:

Kemahiran Memulakan Perniagaan

Topik 7

:

Merancang Perniagaan

Topik 8

:

Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan

31/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2 TOPIK 5: OBJEKTIF: Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • • Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang berpotensi. Menilai dan memilih peluang perniagaan. PELUANG PERNIAGAAN

KANDUNGAN:
• • •

Takrif Peluang Proses Mengenalpasti Peluang Perniagaan Menilai dan Memilih Peluang

32/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

5.1

TAKRIF PELUANG Persekitaran menjanjikan peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dijangkakan. Seorang usahawan melihat setiap aspek sebagai peluang dan berpotensi untuk memberikan pulangan pelaburan yang besar. Pemerhatian terhadap pasaran dan kajian terhadap peluang yang ada boleh memberikan gambaran yang jelas berhubung peluang perniagaan yang boleh wujud. Secara amnya peluang perniagaan ini ada hubungkait dengan proses inovasi yang telah dibincangkan. Idea-idea baru boleh dijana melalui proses inovasi berkenaan sama ada dengan mewujudkan perniagaan baru atau membangunkan produk atau perkhidmatan baru (Barjoyai Bardai, 2000). Sebagai seorang usahawan adalah perlu untuk merebut setiap peluang perniagaan dan berani untuk mencuba di dalam pasaran.

5.2

SITUASI MENYUMBANG PELUANG PERNIAGAAN Terdapat dua situasi yang boleh berkait dengan penyumbang atau penyebab yang boleh mewujudkan peluang. Situasi berkenaan adalah: i. ii. Pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baru yang dapat menyelesaikan masalah atau memuaskan kehendak mereka. Apabila barangan atau perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah atau belum dapat memenuhi kehendak pelanggan. Maka daripada situasi berkenaan, ia akan menyumbang kepada penjanaan idea baru dari kalangan usahawan untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Peluang berkenaan dapat dimanipulasikan dengan mengenalpasti kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan peluang dan mengurangkan ancaman.

1.3

PROSES MENGENALPASTI, MENILAI DAN MEMILIH PELUANG Sebagai seorang usahawan, kemahiran mengenalpasti peluang adalah penting. Secara amnya terdapat tiga langkah untuk mengenalpasti dan memilih peluang serta mengurangkan ancaman. Langkah tersebut adalah: i. ii. iii. Membuat analisis persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan pengguna. Membuat penilaian diri iaitu dari segi kebolehan dan kemampuan, penilaian terhadap masyarakat sekitar, dan membuat analisis idea perniagaan. Membuat pilihan peluang perniagaan dan memulakan rangka rancangan perniagaan.

33/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Dalam langkah awal berkenaan, faktor-faktor persekitaran dan pasaran yang boleh dipertimbangkan adalah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. Faktor perubahan demografik – dari segi umur, jantina, pendapatan, pendidikan, bilangan ahli keluarga, dan sebagainya. Faktor perubahan psikografik – berkaitan dengan keperluan psikologi manusia seperti citarasa, status dan ego. Data import dan eksport – membantu dalam mengetahui kedudukan permintaan dan penawaran produk dan perkhidmatan berkaitan dalam pasaran dan meninjau peluang yang ada. Kesediaan sumber-sumber tempatan dan teknologi Hubungan rantaian industri – hubungan antara industri Projek-projek kerajaan dan swasta Undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan – penyumbang yang besar dalam perniagaan dan pelaburan. Masalah dan tanggungjawab sosial – peluang pekerjaan dan pembenterasan gejala. Teknologi maklumat dan komunikasi Isu globalisasi – isu yang memerlukan usahawan lebih proaktif dan ada kebolehan bersaing yang kuat. e-Dagang – isu yang penting dan lebih praktikal.

Setelah mendapat gambaran persekitaran dan pasaran yang sedia ada, maka langkah ini diteruskan dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan sama ada untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi kehendak pelanggan. Kedua-dua peringkat ini penting untuk menjana idea perniagaan secara kasar sehingga menjadi sebuah idea perniagaan sebenar yang konkrit dan boleh diaplikasikan. Dalam proses memilih idea kasar perniagaan untuk diaplikasikan menjadi sebuah idea perniagaan sebenar, usahawan perlu memahami dan dapat menilai kesesuaian perniagaan dengan diri. Penilaian ini boleh dilihat dari aspek pengalaman perniagaan yang ada, pengetahuan mengurus dan kemahiran perniagaan, keadaan kewangan, minat terhadap perniagaan berkenaan, dan jaringan perhubungan dengan pihak berkepentingan. Dari segi masyarakat, idea perniagaan berkenaan perlulah dapat memenuhi norma-norma dan nilai masyarakat. Penilaian terhadap kesesuaian perniagaan dan persekitaran perlu diadakan bagi mengukur tahap persaingan dalam pasaran/industri, peraturan dan perundangan yang mengawal dan mengikat perniagaan, dan keperluan modal serta risiko. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan boleh menyumbang kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan tidak perlu takut kepada risiko tetapi perlu berhadapan dengan risiko dan cuba untuk mengurangkan risiko kegagalan.

34/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Proses Mengenalpasti, Mengkaji, dan Memilih Peluang Perniagaan Menganalisis Persekitaran Faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan - Perubahan faktor demografik - Perubahan faktor psikografik - Data import dan eksport - Sumber tempatan dan teknologi - Rantaian industri - Projek pembangunan kerajaan dan swasta - Undang-undang dan peraturan baru kerajaan - Masalah sosial - Teknologi maklumat dan komunikasi - Globalisasi - e-Dagang Idea Perniagaan secara kasar Menilai Kesesuaian Perniagaan dengan Diri - Pengalaman - Pengetahuan - Kemahiran - Kewangan - Minat - Jaringan Perhubungan Idea Perniagaan yang konkrit Menilai Kesesuaian Perniagaan dengan Masyarakat - Nilai-nilai - Norma - Budaya Menilai Kesesuaian Diri dengan Persekitaran - Perundangan - Tahap persaingan - Keperluan modal - Risiko Mengenalpasti Keperluan dan Kehendak Pelanggan Contoh keperluan dan kehendak - Pakaian - Makanan - Pendidikan - Kesihatan - Pengangkutan - Keselamatan - Rekreasi - Hiburan - Tempat Tinggal - Teknologi

Pemilihan Peluang Perniagaan

Penyediaan Rancangan Perniagaan

35/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Senarai Semak Mengenalpasti, Mengkaji dan Memilih Peluang Perniagaan A. Persekitaran Perniagaan: 1. Adakah anda sudah mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan? a. 2. Ya b. Tidak

Adakah keperluan dan kehendak pelanggan yang telah anda kenal pasti berkaitan dengan bidangbidang berikut: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Makanan Pakaian Pendidikan Kesihatan Pengangkutan Keselamatan Rekreasi Masalah sosial semasa Pembinaan Lain-lain; Nyatakan ________________________________

3.

Adakah anda telah membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor persekitaran berkaitan: Struktur Penduduk Data import dan eksport Sumber tempatan dan teknologi Rantaian industri Pembangunan projek kerajaan dan swasta Undang-undang dan peraturan tempatan a. a. a. a. a. a. Ya Ya Ya Ya Ya Ya b. Tidak b. Tidak b. Tidak b. Tidak b. Tidak b. Tidak

4.

Jelaskan hasil penilaian anda: _________________________________________

36/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

B. Diri Usahawan 5. Adakah pengalaman yang ada pada diri anda berkaitan dengan perniagaan yang akan diceburi? a. 6. Ya b. Tidak

Adakah pengetahuan dan kemahiran yang anda miliki dapat membantu anda dalam perniagaan? a. Ya b. Tidak

7.

Adakah anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi (tunai atau aset) bagi membiayai perniagaan anda? a. Ya b. Tidak

8.

Adakah anda berminat dengan perniagaan yang diceburi? a. Ya b. Tidak

9.

Adakah anda bersedia untuk membuat jaringan perniagaan dengan orang lain? a. Ya b. Tidak

C. Nilai Masyarakat 10. Adakah perniagaan yang bakal diusahakan selaras dengan nilai-nilai dan norma masyarakat tempatan? a. Ya b. Tidak

D. Analisis Data 11. Adakah perniagaan anda mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan peraturan dan perundangan kerajaan tempatan? a. Ya b. Tidak

37/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

12. Adakah perniagaan yang bakal diceburi atau diusahakan telah dimonopoli oleh pihak pesaing? a. Ya b. Tidak

13. Adakah tahap persaingan terlalu tinggi? a. Ya b. Tidak

14. Adakah anda telah mengenalpasti sumber-sumber pembiayaan projek atau perniagaan anda? a. Ya b. Tidak

15. Sumber-sumber perniagaan yang akan anda gunakan adalah daripada sumber: a. Dalaman b. Luaran

16. Adakah anda telah mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan anda? a. Ya b. Tidak

17. Adakah anda telah mempunyai rancangan perniagaan? a. Ya b. Tidak

38/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

LATIHAN : Arahan: Bincangkan dan fikirkan empat idea perniagaan anda. Sila berikan markah (1-5) kepada setiap idea perniagaan dengan mengambilkira faktor-faktor yang diberikan.     Faktor Diri: a. Pengalaman b. Pengetahuan c. Kemahiran d. Minat e. Bakat f. Kepercayaan kepada diri a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ Idea A:________________________________________ Idea B:________________________________________ Idea C:________________________________________ Idea D:________________________________________ Idea A Idea B Idea C Idea D

Masyarakat: a. Budaya b. Nilai-nilai c. Kebajikan d. Tanggungjawab sosial e. Hak asasi masyarakat f. Jaringan Hubungan a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________

Persekitaran: a. Polisi dan Perundangan b. Persaingan c. Ancaman d. Risiko e. Keperluan Modal f. Ganjaran JUMLAH a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ /90 a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ /90 a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ /90 a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ /90 MODUL 2

39/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

TOPIK 6: OBJEKTIF:

KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • • • Mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan Mengetahui teknik perundingan yang berkesan Mengetahui kaedah komunikasi yang berkesan

KANDUNGAN:
• • •

Kemahiran mengenalpasti sumber Kemahiran perundingan Kemahiran komunikasi

6.1 KEMAHIRAN MENGENALPASTI SUMBER

40/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Mengenalpasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka. Di antara perkara penting yang perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan memulakan perniagaan ini adalah modal perniagaan, produk atau servis , lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti keperluan sumber berkaitan adalah dengan menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara sebagai semakan. Kaedah penyenaraian soalan yang boleh digunakan termasuklah teknik pertanyaan ‘5W1H’ (‘What, Which, Where, When, Who, How’). Contoh teknik ini akan ditunjukkan dalam huraian setiap sumber berkaitan. 6.1.1 Modal perniagaan Modal perniagaan adalah sumber yang dapat dimanfaatkan dalam persediaan memulakan aktiviti perniagaan. Ini termasuklah dalam bentuk kewangan, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan. Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut: • Berapa jumlah wang yang dapat diperuntukkan untuk memulakan aktiviti perniagaan? • Apa modal lain yang sedia ada untuk membantu memulakan operasi perniagaan? • Siapa dapat membantu melengkapkan modal awal operasi perniagaan? 6.1.2 Produk atau servis Produk atau servis adalah bahan yang ingin diniagakan di pasaran. Penetapan bahan niaga perlu diperincikan mengikut kategori atau jenis beserta senarai harga yang akan dicadangkan. Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut: • Di mana bekalan produk atau servis akan diperolehi? • Berapa banyak stok yang diperlukan untuk memulakan perniagaan? • Apa kelainan bahan niaga yang dijangka mendapat sambutan bakal pelanggan? • Siapa kumpulan sasar yang akan membuat keputusan belian produk atau servis? 6.1.3 Lokasi perniagaan Lokasi perniagaan bermaksud tempat untuk menjalankan operasi perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan seharusnya telah ada tempat atau kawasan pilihan tertentu.

41/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Pertimbangan dalam memilih lokasi yang sesuai perlu mengambilkira faktor seperti kuasa beli setempat, kumpulan sasaran, keselesaan pelanggan dan kemudahan asas untuk menjalankan operasi perniagaan. Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut: • Apakah lesen atau permit perniagaan tambahan diperlukan di lokasi tersebut? Agensi mana yang mengeluarkan? • Apakah alternatif yang ada berkaitan urusan mendapatkan lokasi berkaitan? Sewa? Beli? Urusan perjanjian? • Berapa kos yang terlibat untuk memulakan operasi perniagaan di lokasi tersebut? 6.1.4 Kelengkapan perniagaan Kelengkapan perniagaan merujuk kepada peralatan sokongan untuk melancarkan operasi perniagaan. Ini termasuklah peralatan susun atur di lokasi, peralatan asas keselesaan tempat operasi, peralatan yang melancarkan urusan perniagaan dan dokumen asas memulakan perniagaan. Semua perkara ini perlu disenaraikan bagi memudahkan proses pembuatan keputusan sebelum mula berniaga. Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut: • Apakah kelengkapan perniagaan yang mesti ada untuk perniagaan mula beroperasi? • Berapa banyak kelengkapan yang belum ada? • Di mana untuk mendapatkan kelengkapan tersebut? • Berapa kos terlibat? • Bagaimana menyusun dan menguruskan peralatan? Secara ringkasnya, sebelum memulakan operasi perniagaan langkah-langkah awal perlu dilaksanakan dalam mengenalpasti sumber supaya perniagaan yang bakal dilaksanakan dapat berjalan dengan teratur pada masa yang ditetapkan.

6.2 KEMAHIRAN PERUNDINGAN Perundingan adalah merupakan satu daripada aktiviti kehidupan. Situasi perundingan boleh timbul dalam pelbagai aspek contohnya suami-isteri membincangkan pilihan restoran untuk makan malam, pengurusan dan pegawai-pegawai kesatuan membincangkan tuntutan dan usahawan menawarkan barangannya kepada pengedar. Di dalam alam perniagaan situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah semudah transaksi harian biasa. Pembelian dan penjualan masa kini adalah rumit. Ianya memerlukan

42/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak. 6.2. 1 Konsep Asas Perundingan Keperluan-keperluan asas perundingan ialah:      Ia melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak Ada agenda Ada matlamat Ada jangka masa Persekitaran yang kondusif Wakil mesti ada kuasa membuat keputusan bagi pihak yang diwakilinya

Konsep asas perundingan dalam perniagaan melibatkan aktiviti penjualan dan komunikasi. Ia melibatkan anda, syarikat/perniagaan anda dan produk anda. Ia melibatkan jangkamasa membuat keputusan atau mencapai sesuatu persetujuan. Perundingan mungkin merupakan: • Perundingan dalaman seperti antara pihak pengurusan dengan kakitangan • Perundingan luaran seperti dengan pihak bank, pembekal, pelabur dan pelanggan

6.2. 2

Persediaan perundingan a) Beri perhatian kepada komunikasi bukan lisan seperti:       Pakaian, rupa dan gaya Cara berjalan Gerak geri tangan (gestures) Gerak geri badan, cara duduk, berdiri (posture) Eye contact Bau badan (body odour)

43/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

b) Cuba wujudkan tanggapan awal yang positif tentang diri anda. Wujudkan suasana kerjasama dan elakkan suasana mengancam. c) Dapatkan maklumat-maklumat penting pihak sebelah. Contohnya     Perkembangan tahunan Trend jualan Kos upah Kos ansuran

Berhati-hati dengan maklumat yang diberi atau yang dilihat. Misalnya untuk mengesahkan data jualan, dapatkan bil-bil pembekal dan inventori. 6.2. 3 Proses perundingan a) Kunci kejayaan perundingan ialah mencapai matlamat pihak-pihak yang berkepentingan.

b) Bersedia untuk bertolak ansur. Perundingan biasanya melibatkan kompromi. c) Bertenang dan jangan cepat marah.

d) Jual. Perundingan yang Berjaya adalah hasil penjualan diri anda dan objektif-objektif anda kepada orang lain. e) Bentangkan sendiri perkara yang hendak dikemukakan. Kebanyakan situasi memerlukan penyampaian maklumat sama ada bertulis atau secara lisan. Anda perlu memastikan mesej anda difahami dan cuba mendapat seberapa banyak maklumat daripada reaksi pihak sebelah. f) Ambil masa untuk memikirkannya. Jika ada keraguan mengenai sesuatu cadangan, tangguhkan keputusan anda. Jangan menyerah kepada tekanan untuk mendapat keputusan segera. g) Ingatkan nama-nama ahli-ahli perundingan sebelum atau pada mula pertemuan. h) Jangan kompromi objektif-objektif anda. Bersedia untuk tidak meneruskan rundingan jika anda tidak setuju sepenuhnya dengan permintaan atau cadangan pihak sebelah. i) Gunakan kekuatan anda dengan bijak. Perunding perlu mengenalpasti kekuatankekuatannya dan menggunakannya pada masa-masa yang diperlukan.

44/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

j)

Kepercayaan diri sendiri. Jalankan perundingan dengan penuh keyakinan.

k) Bersikap adil. l) Akhiri perundingan dengan positif. Tidak kira apa keputusannya, setiap perundingan ada faedahnya kepada semua yang terlibat. m) Akhiri dengan ucapan penghargaan.

6.2. 4

Strategi perundingan a) Sediakan agenda perundingan yang menyeluruh. Dengan adanya agenda dan objektif yang jelas, anda dapat menimbangkan kesan tiap-tiap perubahan apabila ada kompromi. b) Beri konsesi awal. Cuba memuaskan sebelah pihak dalam bidang yang penting bagi anda. c) Bagi isu-isu penting, dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat penilaian situasi dan orang-orang yang terlibat. Mungkin anda terpaksa tukar strategi ataupun objektif. d) Apabila perundingan mengambil masa beberapa hari, jangan hairan jika bidang-bidang yang sudah dipersetujui, dicincangkan semula. Masa-masa antara perundingan memberi peluang untuk mengubah fikiran.

6.2. 5

Taktik perundingan a) Kesopanan akan menambah keberkesanan anda.

b) Berunding dengan yang berkuasa. c) Tentukan anda yang mengemukakan isu-isu penting (pada masa yang sesuai).

d) Jika perjumpaan tambahan diperlukan, tentukan masa dan tempat untuk sesi selanjutnya. e) f) Jika berselisih pendapat, elakkan sikap negatif. Berhenti berunding dan berbincang sesame sendiri bila-bila sesuai. Ini membolehkan anda merujuk kepada rakan-rakan jika perlu. Taktik ini juga digunakan untuk meredakan keadaan yang tegang. g) Tangguhkan perkara-perkara yang sensitive.

45/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

h) Berdiam sahaja adalah cara yang paling baik jika dikemukakan dengan tawaran yang tidak boleh diterima. i) Terima konsesi-konsesi kecil jika diberi. Disamping itu teruskan dengan permintaanpermintaan yang utama. j) Cuba gunakan taktik positif/negatif. Taktik ini memerlukan pasukan dua (atau lebih) orang perunding. Seorang bersikap negatif, memberi peluang ahli positif merapatkan diri dengan pihak sebelah.

6.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI 6.3. 1 Pengenalan kepada Komunikasi

Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua atau lebih pihak, iaitu penghantar dan penerima. Komunikasi boleh secara dalaman atau luaran di mana komunikasi dalaman melibatkan hanya pekerja dalam sebuah organisasi sahaja manakala komunikasi luaran melibatkan dua atau lebih organisasi. Proses komunikasi secara umumnya ditunjukkan seperti berikut;

Penyampai rintangan

Mesej/idea Penerimaan Maklumbalas

Pembentukan Pentafsiran

Penghantaran Pemahaman

6.3. 2

Bentuk Komunikasi

Ada 2 bentuk komunikasi, iaitu: i. Komunikasi Lisan contoh media yang digunakan ialah mesyuarat,

telefon, intercom, perbincangan bersemuka, seminar dan konferen. ii. Komunikasi Bertulis contoh media yang digunakan ialah memo, laporan,

mel elektronik, notis, pekeliling, minit, bulletin, akhbar dalaman, surat rasmi, fak, iklan, brosur, jemputan, telegram dan telex.

6.3. 3

Kriteria Pemilihan Media Komunikasi

46/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Pemilihan media komunikasi adalah penting dalam memastikan kekesanan mesej yang disampaikan. Media yang dipilih bergantung kepada: i. Tujuan Apakah tujuan komunikasi? Adakah ia bertujuan member arahan, menyampai maklumat atau membuat tawaran? ii. Penerima Siapakah penerima mesej? Adakah mesej yang perlu dibaca

oleh seorang penerima atau lebih dan apakah kedudukan dan jawatan penerima? iii. Masa/waktu Adakah mesej perlu dihantar dengan segera atau tidak?

Adakah perbezaan zon masa di antara penghantar dan penerima? iv. Jarak Adakah penghantaran mesej melibatkan kawasan, negeri atau

negara yang sama atau berlainan. v. Kos Apakah kos yang terlibat? Sekiranya tinggi, adakah

penghantar dapat menjustifikasikan media yang dipilih dari segi kos dan faedah? vi. Kerahsiaan yang dihantar? vii. Keselamatan peribadi? viii. Sumber komunikasi? Adakah sumber seperti peralatan atau pekerja akan menjejaskan Adakah memerlukan servis tertentu untuk menjamin Adakah media yang dipilih dapat menjamin kerahsiaan mesej

keselamatan penghantaran seperti surat berdaftar, kurier atau penghantaran secara

6.3.4

Halangan Dalam Komunikasi

Terdapat banyak halangan dalam proses komunikasi. Halangan tersebut mungkin menyebabkan mesej yang diterima tidak menepati kehendak penghantar. Di antara beberapa halangan penting dalam proses komunikasi ialah: i. Bahasa Perantaraan Bahasa dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan latarbelakang pengetahuan dan pengalaman penerima. Penghantar mesti juga peka kepada makna perkataan yang digunakan samada dalam bahasa asing atau dari segi teknikal atau kepakaran tertentu. ii. Keperihatinan Mendengar Kurang keperihatinan mendengar boleh menjadi

halangan dalam proses komunikasi. Kemahiran mendengar boleh dipelajari dan

47/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

dipertingkatkan. Beberapa cara boleh dipraktikkan untuk meningkatkan kemahiran mendengar, antaranya ialah:  Bersedia untuk mendengar dan menumpukan perhatian kepada perkara yang dibincangkan.    Melihat orang yang bercakap. Kenalpasti perkara utama yang dibincangkan dan nota diambil jika perlu. Mendengar dengan fikiran terbuka. Dengarlah apa yang anda dengar dan bukan apa yang anda hendak dengar.  Elak membuat keputusan sebelum mendengar apa yang disebut disebabkan oleh pakaian, jawatan atau kedudukan orang yang bercakap.   iii. Elak gangguan seperti menjawab telefon. Member maklumbalas. Perasaan emosi mengenai sesuatu topik boleh menyebabkan

Tindakan Emosi -

tindakan emosi. Adalah lebih baik menangguhkan proses komunikasi sekiranya penghantar pasti mesej tersebut akan mencetus perkara-perkara yang tak diigini. iv. Media Komunikasi Media komunikasi yang dipilih hendaklah sesuai

dengan tujuan dan penerima mesej. v. Hubungan antara penghantar dan penerima Proses komunikasi akan terjejas

sekiranya penghantar dan penerima tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Ini besar kemungkinan akan manggagalkan proses komunikasi. vi. Penilaian Awal Penilaian awal oleh penerima mengenai sesuatu perkara boleh

menjejaskan proses komunikasi. Kebiasaanya apa yang difahami bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman sendiri. Penerima perlu mendengar atau membaca apa yang disampaikan dan bukan apa yang hendak didengar atau dibaca. vii. Kesesuaian masa Masa yang dipilih untuk berkomunikasi akan mempengaruhi

kekesanan mesej. Sebaik-baiknya penghantar hendaklah mengelak masa yang kurang sesuai seperti masa di mana penerima dalam keadaan terburu-buru atau marah. 6.3.5 Prinsip Komunikasi Berkesan

48/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

i.

Memikir dengan baik tentang perkara berikut:  Objektif untuk berkomunikasi – sama ada untuk member maklumat, memohon, memberitahu, mendesak atau mempengaruhi.  Siapa penerima maklumat – sama ada rakan sejawat, ketua, pekerja, pihak pembekal atau pelanggan.  Keadaan/situasi ketika komunikasi berlaku – sama ada bahaya, serius, beremosi atau memerlukan tindakan segera.  Reaksi penerima – sama ada gembira, marah atau bersahaja.

ii.

Mendengar dengan baik Sentiasa ingat bahawa komunikasi ialah proses dua hala dan penghantar perlu memahami mesej yang dihantar dari perspektif penerima.

iii.

Memilih media yang sesuai Media yang dipilih mestilah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Pemilihan media yang betul membolehkan komunikasi mencapai matlamatnya.

iv.

Memilih masa yang sesuai Pemilihan masa yang sesuai adalah penting dalam menentukan kekesanan komunikasi. Memilih masa yang sesuai mengambilkira pertimbangan tentang waktu dan jangkamasa yang terlibat dalam proses komunikasi.

v.

Memilih bahasa yang sesuai Bahasa yang sesuai hendaklah digunakan. Penghantar mesej perlu member penekanan kepada perkara dan perkataan yang digunakan supaya ia mudah difahami oleh penerima mesej.

vi.

Maklumbalas Mendapat maklum balas untuk memastikan komunikasi adalah berkesan.

49/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

6.3.6

Kaedah Komunikasi Lisan

Umumnya, usahawan IKS lebih banyak berkomunikasi secara lisan dari bertulis dalam menjalankan urusan seharian. Di antara kaedah komunikasi secara lisan yang sering digunakan oleh usahawan dibincangkan di bawah. a) Perbincangan bersemuka Diantara bentuk perbincangan bersemuka ialah mesyuarat rasmi, perbincangan tidak rasmi dengan pekerja atau pelanggan, temubual konferen dan seminar. Untuk memastikan komunikasi berkesan semasa perbincnagan bersemuka, perkara berikut perlu diberi perhatian:

 Rancang apa yang hendak dicakap/dibincangkan. Kumpulkan maklumat, data atau
dokumen berkaitan topik tersebut.  Fikirkan tentang kedudukan, jawatan, pengetahuan dan pengalaman orang yang akan berbincang dengan anda.     Sesuaikan gaya bercakap supaya mengikut keadaan sekeliling atau topic perbualan. Sentiasa berfikiran terbuka. Pilih tempat yang sesuai dan elak dari menjawab telefon atau apa-apa gangguan. Berpakaian sesuai dengan keadaan.

b) Komunikasi Melalui Telefon Dalam sesebuah organisasi, orang yang menjawab telefon merupakan wakil organisasi tersebut. Pihak pengurusan berusaha untuk memberi gambaran yang baik tentang organisasi mereka. Salah satu cara matlamat ini tercapai ialah dengan melatih pekerja supaya menjawab telefon secara ramah, efisyen, cekap dan berpengetahuan. Berikut adalah beberapa tips menjawab telefon secara berkesan:     Jawab dengan segera. Jangan biarkan telefon berdering lebih 3 kali. Mula menjawab dengan ucapan dan nama syarikat. Pastikan pen dan kertas untuk mengambil pesanan sentiasa ada Bercakap dengan jelas.

50/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

 

Memberi maklumat yang sesuai apabila menjawab pertanyaan. Mengambil pesanan dengan betul dan menyemak dengan mengulangi pesanan tersebut.

 

Sentiasa berbudi bahasa. Akhiri dengan ucapan terima kasih.

Perkara-perkara yang patut dielakkan semasa menjawab telefon ialah:     Hanya menjawab dengan “hello” tanpa diikuti dengan ucapan dan nama syarikat. Menjawab dengan perasaan marah. Tidak berbudi bahasa. Manjawab dalam keadaan tergesa-gesa.

Contoh format mesej yang baik: MESEJ Kepada: Tarikh: Pesanan: Daripada: No.Telefon: Pengambil pesanan:

Masa:

c)

Temubual/temuduga Temubual/temuduga telah menjadi semakin penting dalam memastikan perniagaan mendapat pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan. Untuk memastikan kaedah temuduga berjalan dengan baik, penemuduga dan individu yang menghadiri temuduga perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara.

51/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Penemuduga:        Menyediakan huraian jawatan dan spesifikasi pekerjaan. Menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu temuduga. Menyediakan borang penilaian. Memberi masa untuk menjawab. Galakkan cetusan idea dan soalan. Jangan tunjuk bahawa anda dalam keadaan tergopoh-gapah. Menanya soalan yang bukan bentuk emosi.

Pemohon:      Menyemak tarikh, masa, tempat temuduga, nama dan jawatan penemuduga. Memastikan tempoh waktu ke tempat temuduga dan cara akan ke sana. Rancang untuk tiba lebih awal untuk member anda masa relek dan bertenang. Mencari maklumat syarikat dan jawatan yang dipohon. Berpakaian sesuai untuk temuduga tersebut.

d) Mesyuarat Mesyuarat juga adalah satu kaedah komunikasi secara lisan. Untuk memastikan komunikasi yang berkesan sewaktu bermesyuarat, tumpuan perlu diberikan kepada beberapa faktor:      Menetapkan objektif mesyuarat. Memilih masa dan tempat yang sesuai. Menyediakan peralatan dan lain-lain keperluan. Menyediakan agenda. Memilih dan menjemput ahli mesyuarat.

52/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

6.3.7

Kaedah Komunikasi Bertulis

Salah satu kaedah penting berkomunikasi dengan pihak luar ialah secara bertulis. Ia melambangkan imej syarikat apabila berurusan dengan pihak luar. Antara bentuk komunikasi bertulis yang biasa digunakan oleh organisasi ialah: a) Surat rasmi Surat rasmi adalah surat yang ditulis oleh sebuah organisasi kepada organisasi yang lain atau organisasi kepada individu. Ia berfungsi sebagai duta kepada organisasi berkenaan. Di antara jenis surat rasmi adalah surat tawaran perkhidmatan, surat pertanyaan dan jawapan, surat tawaran, surat penghargaan dan terima kasih. Dalam menyediakan surat rasmi, beberapa perkara harus diberi perhatian. Antaranya ialah:      Memastikan tujuan utama surat. Memastikan surat menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dibaca. Memastikan surat disediakan dengan baik, tanpa kesilapan menaip atau bahasa. Memastikan format surat mengikut kelaziman. Memastikan kualiti kertas yang digunakan adalah sesuai.

Lazimnya format surat rasmi mengandungi maklumat berikut:         Kepala surat – Rujukan Tarikh Nama dan alamat penerima Solutatasi seperti Yang Berbahagia Dato’/Tuan/Puan Perkara Isi surat kebiasaanya dalam huruf besar dalam bentuk para nama, alamat, nombor telefon/fak/e-mel organisasi kebiasaanya nombor fail

Penutup seperti Yang benar. Sediakan ruang untuk tandatangan.

53/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

  

Nama penghantar Jawatan dan bahagian Lampiran sekiranya ada

b) Iklan Iklan yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara tujuan utama iklan ialah untuk menyebar maklumat tentang syarikat, produk atau servis, jawatan kosong dan sebagainya. Media bercetak biasa digunakan untuk tujuan iklan contohnya akhbar dan majalah. c) Brosur/Risalah Brosur dan risalah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan dengan tujuan menyebar maklumat tentang syarikat, produk, servis dan lain-lain promosi. d) Jemputan Jemputan selalu dihantar dan diterima dalam perniagaan untuk majlis-majlis tertentu. Kebiasaannya, jemputan dicetak menggunakan kad atau kertas khas. e) Fak Fak sering digunakan oleh organisasi dalam penghantaran maklumat kepada organisasi lain. Kelebihan fak ialah penghantaran mengambil masa yang cepat serta juga membolehkan gambar, rajah, lukisan dihantar kepada penerima. f) Mel Elektronik (e-mel) Pada masa kini, penggunaan e-mel semakin popular dikalangan organisasi. Ini adalah kerana penggunaan e-mel adalah murah, lebih cepat, interaktif dan membolehkan gambar, rajah, lukisan dan bunyi dihantar kepada penerima. Penggunaan e-mel mempunyai potensi berkembang di peringkat nasional dan global. g) Laporan kepada akhbar (press release) Kaedah ini sering digunakan oleh organisasi untuk mendapat publisiti tentang aktiviti yang dijalankan. Organisasi akan memberi laporan bertulis kepada pihak media dengan

54/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

harapan maklumat itu akan dicetak oleh pihak media. Ini adalah cara yang baik untuk mendapat publisiti percuma. h) Telegram Telegram masih digunakan oleh organisasi perniagaan untuk menghantar mesej ke beberapa tempat. Ianya digunakan untuk mesej yang pendek dan memerlukan tindakan atau pemberitahuan segera.

i)

Telex Telex juga masih digunakan untuk menghantar mesej ke beberapa tempat. Mesej yang dihantar akan dicetak oleh mesin cetak penerima.

55/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2 TOPIK 7 : OBJEKTIF : Di akhir bab ini, mahasiswa akan: • • • KANDUNGAN: Kepentingan rancangan perniagaan Format rancangan perniagaan Senarai semak rancangan perniagaan Memahami maksud dan tujuan Rancangan Perniagaan Memahami kepentingan Rancangan Perniagaan Mendapat panduan dalam menyediakan Rancangan Perniagaan MERANCANG PERNIAGAAN

56/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

7.1

DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan Perniagaan ialah suatu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan pada umumnya merangkumi analisis, ramalan dan jangkaan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan. 7.1.1. KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN Penyediaan Rancangan Perniagaan penting kerana ia: • • • • Memberi peluang untuk seseorang melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal Memberi gambaran tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang Membantu seseorang membuat anggaran berkaitan keperluan sumber perniagaan dan seterusnya membuat pengagihan dengan lebih berkesan Menyedarkan seseorang tentang kemungkinan permasalahan yang akan timbul dalam melaksanakan projek perniagaan

7.1.2

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN i. Tajuk muka surat hadapan Helaian tersebut merupakan helaian pertama dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. Antara perkara yang terdapat di muka surat hadapan Rancangan Perniagaan ialah a. b. c. d. ii. Tajuk Rancangan Perniagaan Nama dan alamat perniagaan Nama penulis Tarikh disediakan

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

iii.

Ringkasan Eksekutif Ringkasan eksekutif ialah bahagian utama rancangan perniagaan. Ia secara ringkas menerangkan elemen-elemen utama perniagaan yang dicadangkan. Panjang ringkasan eksekutif meliputi satu atau dua muka surat dan mesti dianggap sebagai dokumen penting yang berasingan.

iv.

Badan utama Rancangan Perniagaan

57/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

- Pengenalan - Tujuan - Latarbelakang Perniagaan - Latarbelakang Pemilikan - Pemasaran (kaedah dan strategi) - Kewangan (modal dan kos) - Rumusan dan Justifikasi v. Lampiran

7.2.

SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

BAHAGIAN PENGENALAN

1. 2. 3. 4.

Apakah nama perniagaan atau syarikat? Kepada siapakah rancangan perniagaan ini ingin dimajukan? Siapakah pemilik atau rakan kongsi perniagaan? Nama, alamat dan nombor telefon pihak utama untuk dihubungi?

BAHAGIAN TUJUAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Apakah matlamat rancangan perniagaan ini disediakan? Adakah rancangan perniagaan disediakan untuk memohon pembiayaan? Siapakah yang memohon pembiayaan? Berapakah jumlah kos perlaksanaan projek? Berapakah jumlah pembiayaan yang diperlukan? Bagaimankah pembiayaan ini akan digunakan? Bagaimanakah pembiayaan ini dapat memberi kebaikan kepada perniagaan atau syarikat? Bagaimanakah pembiayaan ini akan dibayar balik? Apakah sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk memastikan projek ini berjaya?

58/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

BAHAGIAN LATARBELAKANG PERNIAGAAN MAKLUMAT UMUM

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan perdagangan, pembuatan atau perkhidmatan? Adakah perniagaan yang akan dilaksanakan perniagaan baru atau perniagaan yang ingin dikembangkan? Apakah bentuk perniagaan yang dipilih untuk menjalankan projek? Mengapakah bentuk perniagaan yang dikemukakan ini dipilih? Apakah ciri-ciri yang unik mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan? Apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan atau syarikat? Bagaimanakah kelemahan akan diatasi? Kenapakah projek yang dicadangkan dijangka menguntungkan?

MAKLUMAT INDUSTRI
1. 2. 3. 4. Adakah industri yang ingin diceburi mengembang atau menguncup? Bagaimanakah kedudukan industri ini jika dibandingkan dengan suasana ekonomi keseluruhannya? Adakah bakal pembekal akan membentuk perniagaan atau syarikat dari segi kemudahan teknikal atau kredit? Apakah syarat-syarat kredit yang akan dikenakan?

BAHAGIAN PEMASARAN
MAKLUMAT BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN 1. 2. 3. 4. Apakah barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan? Apakah konsep barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan? Kenalpasti ciri-ciri khusus produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan? Adakah pembelian barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna berulang?

59/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MAKLUMAT PASARAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Siapakah pelanggan perniagaan atau syarikat? Kenalpasti segmen sasaran pasaran perniagaan? Di manakah sasaran pasaran perniagaan? Berapa besarkah saiz pasaran? Berapakah syer pasaran yang dijangkan? Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk menembusi dan mengekalkan pasaran? Bagaimanakah perniagaan atau syarikat meluaskan pasaran? Adakah barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan berpotensi untuk berkembang? Jikalau pasaran untuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan berkembang adakah syer pasaran perniagaan meningkat atau menurun?

HARGA 1. 2. 3. 4. 5. 6. Berapakah harga yang akan dikenakan untuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan? Adakah perniagaan mempunyai julat harga? Bagaimanakah perniagaan menentukan harga barangan atau perkhidmatan? Adakah harga barangan atau perkhidmatan kompetitif? Adakah harga yang ditawarkan memberi keuntungan kepada perniagaan? Mengapakah pelanggan perniagaan sanggup membayar pada harga yang ditawarkan?

PROMOSI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Apakah kaedah promosi yang akan digunakan? Mengapakah kaedah ini dipilih? Adakah kaedah yang digunakan sesuai dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan? Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai peruntukan untuk aktiviti-aktiviti promosi? Bagaimanakah peruntukan untuk promosi ditentukan? Berapakah jumlah peruntukkan untuk akiviti promosi? Apakah kaedah yang akan digunakan untuk memantau keberkesanan aktiviti promosi?

60/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

PENGEDARAN 1. 2. 3. 4. 5. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat menjual barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan? Apakah saluran pengedaran yang akan digunakan? Bagaimanakah penghantaran barangan akan dilakukan? Apakah polisi perniagaan atau syarikat berkaitan dengan pemulangan barangan oleh pelanggan? Apakah pendekatan yang akan digunakan untuk membentuk dan mengekal perhubungan pelanggan yang baik?

PERSAINGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Di manakah pesaing-pesaing perniagaan? Siapakah pesaing anda yang paling ketara? Apakah kekuatan dan kelemahan pesaing? Apakah persamaan dan perbezaan barangan atau perkhidmatan perniagaan dengan pesaing? Adakah kaedah operasi yang digunakan oleh perniagaan lebih dari pesaing? Apakah kaedah-kaedah yang akan digunakan untuk memantau pesaing perniagaan?

BAHAGIAN PENTADBIRAN/PENGURUSAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan rancangan perniagaan yang ingin diusahakan? Apakah pengalaman yang dimiliki oleh pihak pengurusan? Apakah tugas-tugas yang perlu dilakukan? Siapakah yang akan menjalankan tugas-tugas yang telah dikenalpasti? Siapakah yang akan membuat keputusan di dalam perniagaan atau syarikat? Bagaimanakah perancangan akan dikendalikan? Apakah jenis personel yang diperlukan oleh perniagaan atau syarikat? Apakah kemahiran dan kelayakan yang diperlukan oleh pengurus-pengurus perniagaan/syarikat? Adakah personel yang diambil, bekerja sepenuh masa atau sambilan? Berapakah imbuhan jasa yang akan diterima oleh personel perniagaan/syarikat?

61/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

11. 12.

Adakah latihan diperlukan untuk personel perniagaan/syarikat? Berapakah kos latihan kepada perniagaan dari segi masa dan kewangan? Adakah perniagaan/syarikat mempunyai dasar-dasar yang berkaitan dengan personel?

BAHAGIAN OPERASI 1. 2. 3. 4. 5. Apakah proses-proses pengeluaran yang terlibat di dalam perniagaan? Adakah proses pengeluaran memerlukan kemudahan tertentu? Apakah jenis mesin dan peralatan yang diperlukan? Berapakah tahap inventori bahan mentah, barang separa siap dan barang siap yang perlu dikekalkan? Berapakah kos yang terlibat untuk menyimpan inventori yang diperlukan?

BAHAGIAN KEWANGAN 1. 2. 3. 4. Berapakah kos yang terlibat untuk menjalankan projek yang dirancangkan? Apakah sumber pembiayaan yang akan digunakan? Berapakah modal yang akan disumbangkan oleh pemilik? Bagaimanakah sumber kewangan akan diagihkan?

62/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2 TOPIK 8 : OBJEKTIF : Di akhir sesi ini, mahasiswa akan: • • Memahami aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan Mengetahui cara mengaplikasikan kemahiran mengurus projek perniagaan KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN

KANDUNGAN: Asas Pentadbiran Asas Pemasaran Asas Operasi Asas Kewangan

63/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

8.1

PENTADBIRAN 8.1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan Definisi Pengurusan • Satu proses mentadbir dan mengkoordinasikan sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi Definisi Organisasi • Organisasi ialah sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Empat Fungsi Pengurusan     8.1.2 Perancangan Pengorganisasian Kepimpinan Kawalan

Perancangan Definisi Perancangan • Proses merangka aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamatmatlamat organisasi Faedah Perancangan • • • • Koordinasi yang lebih baik Memfokus kepada pemikiran masa depan Persekitaran kerja berbentuk penyertaan Sistem Kawalan yang lebih berkesan

Jenis Perancangan • • • • • • Perancangan Strategik Perancangan Operasi Perancangan Tetap Perancangan Sekali Guna Pengurusan Berasaskan Objektif (MBO) Perancangan Kontigensi

64/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Halangan Kepada Perancangan Berkesan • • • Memerlukan masa pengurus Persekitaran operasi yang kabir dan tidak menentu Tentangan terhadap perubahan

Mengatasi halangan kepada Perancangan Berkesan • • • 8.1.3 Melibatkan pekerja dalam membuat keputusan Toleransi dalam pelbagai pandangan Menggalakkan pemikiran strategik

Pengorganisasian Definisi Pengorganisasian Satu proses menentukan dan tugas yang perlu dilaksanakan, tersebut siapa akan yang diurus akan dan melaksanakannya dikoordinasikan. Reka bentuk kerja (Job Design) Satu set tugas dan aktiviti-aktiviti yang dikumpulkan bersama untuk mendefinasikan sesuatu kerja Diskripsi Kerja (Job Description) Perincian tentang tanggungjawab dan tugas-tugas yang berkaitan dengan sesuatu kerja. Perluasan Kerja (Job Enlargement) Program direkabentuk untuk memperluaskan skop kerja (job scope)- bil aktiviti berlainan yang diperlukan dalam sesuatu kerja dan kekerapan setiap aktiviti dilaksanakan. Pengkayaan Kerja (Job Enrichment) Program direkabentuk untuk meningkatkan kedalaman kerja (job depth) – darjah kawalan yang diberikan kepada pekerja untuk melaksanakannya. Pusingan Kerja (Job rotation) Memberi individu pelbagai posisi kerja bagaimanakah tugas-tugas

65/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Pekerja akan bergilir melakukan beberapa posisi kerja di mana kerja tersebut hampir sama tarafnya dan memerlukan kemahiran yang sama. Hubungan Organisasi Hubungan kerja yang wujud dalam organisasi mempengaruhi cara aktiviti disempurnakan da dikoordinasikan Hubungan ini didefinasikan melalui: • • • • Rantaian Arahan (Chain of Command) Span Kawalan (Span of Control) Tanggungjawab Lini dan Staf Delegasi (Delegation)

Struktur Organisasi • • • • 8.1.4 Struktur Fungsian Struktur Bahagian Struktur Matriks Struktur Rangkaian

Kepimpinan Definisi Kepimpinan Kepimpinan adalah kebolehan untuk mempengaruhi pekerja untuk cuba mencapai matlamat organisasi secara sukarela. Ciri-ciri Kepimpinan • • • • • • • Keinginan untuk memimpin Kestabilan Emosi Kejujuran/Integriti Dorongan Kebolehan Kognitif Keyakinan Diri Pengetahuan dalam Perniagaan

Komunikasi Pemimpin Perniagaan • • Proses komunikasi Halangan komunikasi

66/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Motivasi Definisi Motivasi Satu Kuasa/perasaan dalaman yang mendorong individu untuk berusaha dan menghalatujukan usaha ke arah mencapai sesuatu matlamat 8.1.5 Kawalan Definisi Kawalan Membuat sesuatu perkara berlaku seperti yang telah dirancang Mengapa Kawalan itu Perlu • • • Mengelak kerosakkan perancangan Mengenalpasti peluang Mengadaptasikan dengan perubahan dan ketidakpastian

Tahap Kawalan • • • 8.2 Kawalan Strategik Kawalan Taktikal Kawalan Operasi

PEMASARAN 8.2.1 Konsep Pemasaran • Mengkaji tentang pengguna untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna dan seterusnya menjalankan segala aktiviti di dalam firma untuk memenuhi keperluan dan kehendak tersebut dan dalam masa yang sama dapat mencapai matlamat organisasi. • • Matlamat pemasaran ialah untuk memberi kepuasan pembelian kepada pengguna dan memberi keuntungan kepada peniaga. Kedua-dua matlamat ini adalah seiring. Bagi sesuatu usaha teroka baru aktiviti pemasaran perlulah dilakukan sebelum sesuatu usaha teroka itu dimulakan. 8.2.2 Definisi Pemasaran Usaha yang dilakukan secara sistematik untuk: • • Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan Memberikan kepuasan berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat pembelian berulangan.

67/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

• •

Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis Mengekalkan dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan.

8.2.3

Tinjauan Pasaran Untuk mendapatkan maklumat mengenai pasaran yang akan diceburi supaya membantu usahawan membuat perancangan perniagaannya. Perkara-perkara diberi perhatian: • • • • • Permintaan Dalam Pasaran Jenis Pasaran Saiz Pasaran Tahap Persaingan Perubahan Persekitaran Perniagaan

8.2.4

Permintaan Dalam Pasaran • Permintaan terhadap sesuatu produk atau servis berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pengguna.

8.2.5

Jenis Pasaran Terdapat empat jenis pasaran iaitu: a. Pasaran Kerajaan Terdiri daripada agensi-agensi kerajaan di mana proses pembelian dibuat melalui sebuah jawatankuasa atau lembaga sebutharga atau tender. b. Pasaran Penjual Terdiri daripada syarikat-syarikat yag membeli produk untuk dijual semula, tanpa mendapat sebarang pengubahsuaian ke atas produk tersebut. c. Pasaran Pengguna Terdiri daripada pengguna terakhir di mana produk atau servis yang diperolehi adalah untuk kegunaan peribadi. d. Pasaran Industri

68/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Terdiri daripada syarikat-syarikat yang membeli produk kebiasaannya dalam bentuk bahan mentah atau komponen untuk diproses atau disatukan dengan komponen yang lain sebelum dijual. 8.2.6 Saiz Pasaran • Potensi pembelian oleh keseluruhan pasaran yang dikenal pasti • Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi dari data-data sekunder • Boleh juga dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat sekunder untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus pada pasaran setempat 8.2.7 Tahap Persaingan • • • • • 8.2.8 Lain-lain perniagaan yang menawarkan produk serupa atau produk gantian kepada sasaran pasaran. Usahawan perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan pesaing bagi membantu mereka merangka strategi perniagaan untuk menghadapi persaingan tersebut. Siapakah pesaing yang menjadi pemimpin dalam pasaran atau industri tersebut? Bagaimanakah pesaing mempromosikan perniagaan mereka dan bagaimanakah mereka mengekalkan pelanggan mereka? Juga mengambilkira tahap persaingan untuk mendapatkan stok atau bahan mentah

Perubahan Persekitaran Perniagaan • Perubahan dan perkembangan teknologi, peraturan dan undang-undang dalam industri, perubahan setempat dan suasana sosio budaya akan mempengaruhi pertumbuhan sesuatu pasaran • Usahawan perlu peka terhadap perubahan tersebut sekiranya ia memberi kesan langsung terhadap perniagaan mereka.

8.3

KOMPONEN-KOMPONEN RANCANGAN PEMASARAN 8.3.1 Produk dan Servis yang Ditawarkan • • • • Terangkan dengan jelas produk atau servis yang ditawarkan Kaitkan tawaran produk atau servis ini dengan permintaan, kehendak dan keperluan pelanggan. Kegunaan utama, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, kelebihan/keistimewaan dan kelemahan/kekurangan produk atau servis yang akan ditawarkan Faedah-faedah yang akan diperolehi oleh pelanggan

69/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

8.3.2

Sasaran Pasaran • Sekumpulan pengguna/pembeli samada individu atau organisasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang menjadi tumpuan firma bagi memasarkan/menjual sesuatu keluarannya. • Nyatakan siapakah pelanggan yang menjadi sasaran dan di kawasan mana sasaran tersebut.

8.3.3

Proses Mengenalpasti sasaran pasaran • Mengenalpasti produk atau servis yang boleh ditawarkan kepada sasaran pasaran berpandukan kepada penilaian dan pemahaman tentang keperluan dan kehendak pelanggan • • • Membahagi pasaran yang besar untuk produk atau servis yang ditawarkan kepada beberapa kumpulan pasaran yang kecil atau segmen pasaran Mengenalpasti segmentasi pasaran Memilih sasaran pasaran daripada segmentasi pasaran yang telah dikenal pasti. Pilihan ini bergantuk kepada kebolehan dan kemampuan firma

8.3.4

Asas Segmentasi Pasaran • • • Faktor Geografik Faktor Demografik Faktor Psikografik

8.3.5

Elemen Asas Dalam Memilih Sasaran Pasaran Terdiri daripada: • • • • Saiz pasaran Potensi Jualan Syer/Kongsian Pasaran Arah Aliran/Tren Pasaran

8.3.6

Saiz Pasaran • Jumlah keseluruhan potensi pembeli daripada kumpulan sasaran termasuk pembeli di bawah kawalan persaingan sedia ada di dalam pasaran yang sama • Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi daripada data-data sekunder • Juga boleh dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat sekunder untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus kepada pasaran setempat.

70/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

• Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan, atau kedua-duanya sekali. • Contoh pengiraan saiz pasaran: 1. 2. 3. 4. 83.7 Mengira penggunaan daging ayam di Alor Gajah Andaikan seekor ayam berharga RM10 dan setiap isi rumah membelanjakan 4 ekor ayam sebulan Andaikan terdapat 5000 isi rumah di Alor Gajah. Setiap isi rumah membelanjakan RM40 sebulan secara purata bagi pembelian daging ayam. Saiz pasaran = 5000 x RM40 = RM200,000 sebulan atau RM2,400,000 setahun

Pesaing Utama • • • • Merupakan perniagaan lain yang menawarkan produk/servis yang sama atau barang/perkhidmatan pengganti/alternatif kepada pelanggan sasaran pasaran Senarai tiga pesaing utama yang wujud dalam kawasan pasaran Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti Nyatakan samada terdapat lain-lain perniagaan serupa yang telah menamatkan operasi atau menarik diri dan berikan sebab-sebabnya jika diketahui.

83.8

Kekuatan dan Kelemahan Pesaing Contoh analisis kekuatan dan kelemahan pesaing Nama Pesaing A B C Kekuatan Xxxx Xxxx Xxxx Kelemahan Xxxx Xxxx Xxxx

8.3.9

Analisis SWOT • • • Analisis tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi sesebuah firma perniagaan (perniagaan anda) Merangkumi analisis dalaman dan luaran firma perniagaan yang boleh memberi kesan ke atas keputusan firma pada masa sekarang dan masa hadapan Membantu firma berada di landasan yang sepatutnya

8.3.10

Syer Pasaran • Anggaran pembahagian (dalam peratus) pasaran di bawah kawalan perniagaan selepas mengambilkira saiz pasaran secara keseluruhan dan pesaing dalam sasaran pasaran yang sama

71/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

• •

Nyatakan berapa peratusan daripada saiz pasaran produk/servis yang diperolehi setelah semua kemudahan beroperasi Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan: 1. 2. 3. 4. Jumlah pesaing utama Saiz dan keupayaan pesaing Pengalaman dan jangka masa menjalankan perniagaan Kekuatan dan kelemahan pesaing

8.3.11 8.3.12

Ramalan Jualan Strategi Pemasaran • • • • Produk Harga Promosi Edaran

8.4

Kewangan Dalam Perniagaan 8.4.1 Rancangan Kewangan • RK menyediakan gambaran menyeluruh tentang jumlah dan pemasaran dana diperoleh, kegunaan dana, jumlah tunai yang ada, dan anggaran dana, jumlah tunai yang ada, dan anggaran kedudukan kewangan sesuatu perniagaan. • RK menyediakan satu asas bagi pemantauan perbelanjaan jangka pendek dan membantu menghalang berlakunya salah satu masalah biasa dihadapi oleh perniagaan baru – iaitu masalah kekurangan tunai 8.4.2 Belanjawan Kewangan • • • Salah satu alat penting yang digunakan oleh usahawan dalam merancang operasi kewangan adalah belanjawan Belanjawan membantu pengusaha kecil menukar matlamat perniagaan menjadi realiti Belanjawan yang lazim disediakan adalah o o o Belanjawan operasi Belanjawan tunai Belanjawan modal

72/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

Kebanyakak perniagaan menyediakan belanjawan operasi terdahulu. Kemudian disediakan belanjawan tunai berdasarkan belanjawan operasi tadi.

8.4.3

Membentuk Penyata-penyata Kewangan Pro Forma a. Penyata Pendapatan Pro Forma Apabila membentuk PP Pro Forma, pemilik mempunyai 2 pilihan: 1. 2. Menyediakan ramalan jualan dan lengkapkan penyata, atau Menentukan sasaran untung dan lengkapkan penyata

Kebanyakan pemilik membuat pilihan (2) – membuat sasaran untung, dan kemudian tentukan tahap jualan untuk mencapai untung tadi. (Turut disenaraikan adalah semua belanja yang terlibat untuk mencapai untung itu) Dalam mana-mana perniagaan kecil, untung tahunan mestilah mencakupi pulangan kepada kepada pemilik bagi masa yang diluangkan untuk perniagaan dan pulangan atas pelaburan dalam perniagaan. b. • Lembaran Imbangan Pro Forma Pemilik juga perlu menyediakan lembaran imbangan pro forma yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada akhir tahun. meringkaskan aset, liabiliti dan ekuiti para pemilik. • Lembaran imbangan pro forma akan menggunakan maklumat daripada PP Pro forma dan belanjawan aliran tunai 8.4.4 Analisis Pulang Modal • Adalah wajar sekiranya di peringkat permulaan perniagaan, usahawan mengetahui bila untung boleh dicapai. Analisis titik pulang modal adalah teknik yang berguna dalam menentukan kuantiti jualan, atau tahap volum jualan yang mesti dicapai untuk pulang modal. • Pulang modal adalah volum jualan pada mana perniagaan tidak untung atau rugi. Ia

TPM =

Kos Tetap

--------------------------------------Harga jualan - kos berubah

73/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

RUJUKAN
1. Ab Aziz Yusof, Selvan Perumal, Faizuniah Pangil (2005), Principles of Entrepreneurship, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2. Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005), Cipta Idea Baru: Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Marc J. Dollinger.- 3rd ed. (2003), Entrepreneurship ; Strategic and Resources, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd 4. Uitm Entrepreneurship Study Group (2004), Fundamentals Of Entrepreneurship, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5. Zafir Mohd. Makbul, Fazilah Mohamad Hasun (2003), Menjadi Usahawan : Panduan Menubuhkan dan Menguruskan Perusahaan secara Profesional, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 6. 7. 8. Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’, 2nd Edt., Prentice Hall, Malaysia. Barjoyai Bardai (2000), Keusahawan dan Perniagaan, Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M (2004), ‘Entrepreneurship; A Cotemporary Approach’ 6rd Edt., London, Dryden Press 9. Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din, Hoe Chee Hee, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohd. Noor Mohd. Shariff, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Norita Deraman, & Muhammad Nasri Md. Hussain, (2004), `Asas Keusahawanan’, Universiti Utara Malaysia.

74/75

UMW 1012

Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia

75/75

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.