You are on page 1of 15

Soalan 1 hingga Soalan 21 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai 1.

Bunga ros di hadapan rumah Azrul _________ mekar. a) kembang b) kembangan c) berkembang d) mengembang Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ibu sedang _____________ kuku jari adik yang panjang. a) menggilap b) membuang c) membasuh d) mengetip 3. Hafis kelihatan ceria _____________ hadiah daripada ibunya ketika sambutan hari lahirnya yang ke-12. a) menadah b) menerima c) memberi d) mengambil

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pasukan polis berjaya menemui se _______ pistol dan beberapa ________ peluru di dalam longkang itu. a) batangdas b) laras.biji c) pucukbutir d) bilahketul 5. Kaki budak itu ____________ kerana berdiri terlalu lama semasa perhimpunan pagi. a) lenguh b) teguh c) lemah d) kaku

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Encik Maniam sedang mengerat se _________ pisang daripada pokok pisang nangka itu. a) sikat b) longgok c) sisir d) tandan 7. Komputer peribadi milik Aqilah mempunyai __________ yang terkini. a) rangkaian b) laluan c) model d) perisian 8. Suraya seorang yang rajin membaca akhbar dan majalah. _____________ , dia mempunyai pengetahuan yang luas. a) Oleh kerana itu b) Namun demikian c) Oleh sebab itu d) Sungguhpun begitu Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Burung gagak itu sedang bertenggek di _________dahan pokok jambu. a) dalam b) tengah c) bawah d) atas 10. Pintu pagar rumah Izzati hanya ________ dari jalan utama. a) satu setengah langkah b) satu langkah setengah c) setengah satu langkah Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Rumah Pak Hashim musnah _______ oleh dua batang pokok kelapa dalam kejadian ribut malam tadi. a) dilenyek b) ditindih c) dihempap d) dijatuhi

12. Gulai yang dimasak oleh ibu tidak _________ kerana kekurangan santan. a) lemak b) kelat c) manis d) masam 13. Ramai pelancong ___________ melawat negara kita kerana negara kita __________ banyak tempat yang menarik untuk dilawati. a) sukamempunyai b) senang....memiliki c) gembira.mengandungi d) selalumempunyai 14. Hanya penonton yang mempunyai tiket __________ masuk ke dalam panggung wayang itu. a) digalakkan b) dibenarkan c) dibiarkan d) diwajibkan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Imanuddin________________ tangan sambil berdoa kepada tuhan selepas selesai solat Subuh. a) menghulurkan b) menadahkan c) melunjurkan d) mengangkat

16. ______________ hendak pergi ke mana?Bolehkah ___________ ikut sama?tanya Hafsah dan rakan-rakannya kepada Asyura. a) Saya.kamu b) Mereka kita c) Awak kami d) Anda mereka 17. Mak Timah membeli dua __________ lemang dan dua _____________ kuih bingka ubi di pasar malam. a) keping . hiris b) kerat buah c) batang buku d) batang pokok 18. Walaupun tiang layar kapal Khawarizmi patah, namun _____________ masih dapat meneruskan pelayarannya. a) dia b) kita c) anda d) mereka

19. Puan Atiqah sangat bangga kerana menerima _____________ daripada tuanku sempena hari keputeraan Sultan Kelantan. a) Piala Pusingan b) Pingat Kebesaran c) Piala Iringan d) Pingat Kemenangan Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Adik_____________ lilin di atas kek hari lahirnya dengan perasaaan gembira. a) meniup b) menyembur c) menghidu d) menghisap

21. Pak Mus yang __________________ itu sangat disenangi oleh penduduk kampung kerana suka menderma . a) tangkai jering b) ringan tangan c) murah hati d) mulut manis

22. Ayah sedang membetulkan tali ampaian di belakang rumah kerana sudah kendur. Perkataan seerti bagi kendur ialah a) lembut b) tegang c) regang d) lentur Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

23. Beberapa orang ___________ berada di hadapan pentas untuk merakamkan detik-detik yang bersejarah itu. a) juruhebah b) jurugambar c) juruacara d) jurucakap

Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


24. Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh. a) Tanah runtuh menyebabkan hujan lebat yang berterusan. b) Punca hujan lebat disebabkan disebabkan oleh tanah runtuh sering berlaku. c) Tanah runtuh terjadi disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan. d) Kejadian tanah runtuh dan hujan lebat berterusan terjadi.

25. Kita mesti makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari, pesan Adila kepada adiknya Atirah. a) Adila mengingatkan adik Atirah agar sentiasa memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. b) Adila menasihati adiknya Atirah supaya makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. c) Adik Atirah dan Adila makan makanan yang bekhasiat dan seimbang setiap hari. d) Kakak Atirah sentiasa mengingatkan Adila agar makan makanan yang seimbang dan berkhasiat setiap hari.

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


26. I Kami menonton lawan badminton antara Datuk Lee Chong Wei dan Lindan semalam. II III IV Syamsul akan menjadi lawan saya dalam pertandingan catur itu. Akmal suka lawan nasihat-nasihat ibunya. Syazani memilih abangnya sebagai lawan untuk berlatih dengannya.

a) I dan II sahaja b) II dan III sahaja c) II dan IV sahaja d) III dan IV sahaja

27. I II III IV

Budak-budak itu bermain di halaman rumah Pak Midun Dia berjaya membaca novel itu hingga ke halaman terakhir Murid-murid itu sedang melayari halaman web tentang cakerawala Semua orang heboh bercerita tentang orang halaman di taman perumahan itu

a) I dan II sahaja b) III dan IV sahaja c) I, II dan III sahaja d) II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul


28. I II III IV Komputer amat penting di zaman ini. semoga berjaya dalam peperiksaan nanti. Pelajar mesti membaca surat khabar setiap hari. Banyak spesies rama-rama ditemui di hutan itu.

a) I dan II sahaja b) III dan IV sahaja c) I, II dan III sahaja d) II, III dan IV sahaja 29. I II III IV Walaupun sudah lewat,Jamil tetap pergi sekolah. Setengah murid berjalan kaki ke sekolah. Azlan telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan syarahan. Lawatan ke Melaka akan diadakan pada minggu lepas.

a) I dan II sahaja b) III dan IV sahaja c) I, III dan IV sahaja d) II, III dan IV sahaja 30. a) Afifah menerima hadiah itu dari abang iparnya. b) Apakah nama adik kamu yang bongsu itu? c) Bila-bila masa lapang, saya akan ke rumah kamu. d) Sekumpulan pelajar masih makan di kantin sekolah.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Kantan adalah sejenis tumbuhan herba yang banyak terdapat di Malaysia.Nama botani bagi pokok kantan ialah Phaeomeria speciosa.Pokok kantan dapat hidup subur di Malaysia kerana cuaca dan tanah yang sesuai.Tumbuhan ini paling banyak ditemukan di kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Batang pokok kantan boleh membesar sehingga 15 sentimeter ukur lilit dan ketinggiannya sehingga lima meter.Daun-daun kantan terdapat pada kiri dan kanan batang.Dun-daun itu memanjang kira-kira 30 sentimeter lebih mengikut kesuburan pokok.Lebar daunnya tiga sentimeter hingga lima sentimeter sahaja.Warna daun kantan adalah hijau muda dan hijau tua.Daun pokok kantan berurat selari. Bunga kantan merupakan bahagian yang paling utama bagi pokok kantan.Demikian juga dengan pucuk-pucuk buah yang separuh masak.Ramai orang yang menanam kantan semata-mata untuk mendapatkan bunganya.Bunga kantan berbentuk lonjong dan tirus meruncing ke hujung seperti jantung pisang.Bunga kantan berwarna merah dan kehijau-hijauan pada bahagian bawahnya. Orang Melayu masa kini menjadikan bungan kantan sebagai salah satu bahan penting dalam resipi masakan mereka terutama dalam penyediaan kuah laksa.Kebanyakkan masyarakat di negeri Pahang menjadikan bunga kantan sebagai perencah penting dalam menyediakan gulai ikan patin.Selain itu,bunga kantan dijadikan sebagai sayur-sayuran.Aroma bunga kantan adalah sebab utama ia dijadikan pilihan dalam campuran masakan.Bunga kantan juga mempunyai khasiat yang tinggi dalam bidang perubatan tradisional.

31. Kantan adalah sejenis a) tanaman hiasan b) pokok bunga c) sayur-sayuran d) pokok herba 32. Pokok kantan banyak terdapat di negeri a) Kedah dan Perlis b) Selangor dan Perak c) Terengganu dan Kelantan d) Negeri Sembilan dan Melaka 33. Bahagian yang paling penting bagi pokok kantan dalam masakan ialah a) batang b) daun c) bunga d) urat 34. Perkataan resipi dalam petikan bermaksud a) bahan b) ramuan c) adunan d) campuran 35. Pernyatan di bawah semuanya benar kecuali a) Bunga kantan boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran. b) Pokok kantan hidup subur kerana cuaca dan tanah yang sesuai. c) Daun kantan panjang dan berada di bahagian bawah batang. d) Bau bunga kantan penyebab utama sebagai pilihan dalam masakan.

Soalan 36 hingga Soaalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku bernama Princess.Bentukku agak unik.Aku dilahirkan sebagai pasangan yang kembar di sebuah kilang di Jepun.Aku diperbuat daripada kanvas,plastic PU dan dijahit di sekeliling badan menggunakan benang ajaib.Tapakku pula diperbuat daripada getah agar aku tidak menyakitkan.

Setelah siap diproses,aku dan kembarku dimasukkan ke dalam sebuah kotak.Kami kemudiannya dikumpulkan dalam sebuah kotak yang besar bersama pasangan kembar yang lain.Selepas itu kami dihantar ke sebuah pelabuhan untuk diekspot ke negara yang lain.

Kotak yang ku tempati dihantar ke Sarawak.Akhirnya setelah beberapa hari bermain gelombang,kami sampai di pelabuhan Kuching.Sebaik tiba ,sebuah van telah menunggu kedatangan kami.Kami dibawa ke sebuah kedai .Di kedai itu aku dipamerkan bersama kembarku di sebuah rak.Turut dipamerkan bersebelahan ku ialah pasanganpasangan kembar yang lain .Walau bagaimanapun , aku berbangga kerana lebih cantik daripada mereka.

Setelah beberapa hari dipamerkan,akhirnya aku dibeli oleh seorang gadis kecil yang amat meminatiku .Dia ku lihat tidak sabar-sabar untuk memakaiku .Aku berjanji aku akan berkhidmat kepadanya selagi termampu.

36. Aku ialah a) Sepasang kasut b) Sebuah buku c) Sepasang anting-anting d) Seutas jam tangan

37. Di mana aku dilahirkan? a) Di Jepun b) Di Kuching c) Di pelabuhan kapal d) Di kedai 38. Mengapakah tapak aku perlu diperbuat daripada getah? a) Agar aku kelihatan cantik b) Agar aku tidak menyakitkan si pemakai c) Agar aku tahan lebih lama d) Agar aku bertambah mahal 39. Frasa setelah beberapa hari bermain gelombang dalam petikan bermaksud a) aku dieksport ke negara lain menggunakan kapal laut b) akudibawa menggunakan kapal terbang c) aku dibawa menggunakan sampan yang kecil d) aku dibawa ke Sarawak menggunakan kapal selam 40. Apakah janji aku dalam petikan di atas? a) Akan berkhidmat kepada tuannya dalam tempoh tertentu b) Akan berkhidmat kepada tuannya selagi termampu c) Akan berkhidmat kepada tuannya selagi di perlukan
d) Akan berkhidmat kepada tuannya selama-lamanya