You are on page 1of 9

PENGENALAN Neolitik tergolong dalam zaman prasejarah di mana dianggap sebagai sebahagian masa lampau manusia yang tidak

dicatatkan dalam bentuk tulisan Zaman Batu berakhir dengan dengan Zaman Neolitik, iaitu peringkat kedua daripada Zaman Holosen.1 . Neolitik merupakan zaman prasejarah akhir yang dianggarkan bermula pada sekitar tahun 7000 sebelum Masihi. Zaman Neolitik adalah berbeza mengikut kawasan dan tempoh masa yang berbeza sebagai contohnya di Gua Kepah(Seberang Prai), Gua Tengku Lembu(Perlis), Jenderam Hilir(Selangor), di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 4000 tahun dahulu, sementara di Gua Niah(Sarawak) dan Gua Madai serta Gua Tengkorak(Sabah) pula lebih kurang antara 8000 hingga 6000 tahun dahulu.2 Selain itu, di kawasan Tanah Besar Asia Tenggara seperti di Non Nok Tha(Thailand) adalah bermula daripada 5000 tahun B.C.3 Menurut Peter Bellwood pula, sesebuah tapak boleh dianggap tapak zaman Neolitik apabila tidak menjumpai peralatan logam dan sekurangkurangnya mempunyai dua ciri daripada tiga ciri berikut iaitu beliung batu, tembikar tanah dan bercucuk tanam. Pada zaman inilah manusia Homo Sapiens dikatakan mengalami perkembangan yang besar malah dari segi kebudayaannya ia dikatakan mengalami suatu perubahan besar, iaitu suatu revolusi kebudayaan dalam prasejarah Asia Tenggara.4 Oleh yang demikian, Neolitik amat ketara menunjukkan bahawa berlakunya satu anjakan peradaban yang pertama dalam kehidupan manusia. Anjakan perubahan dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, agama dan aspek lain.

Abdul Rahman Abdullah.2003.Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Pengaruh Islam.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.hlm.18 2 Adi Taha, Penemuan Artifak Arkeologi Dan Bersejarah Di Perlis, hlm. 3. 3 Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 21. 4 Ibid.

ASPEK SOSIAL Anjakan peradaban pada zaman neolitik dapat dilihat dari aspek sosial. Pada zaman ini juga telah muncul susunan organisasi lapisan masyarakat yang tersusun. Contohnya pada zaman neolitik ini, mereka mempunyai pemerintah dan pembahagian susun lapis yang lain . Hal ini demikian kerana kewujudan petempatan kekal pada zaman neolitik ini telah membawa kepada perlantikan seorang ketua untuk memerintah serta anak-anak buah. Anjakkan peradaban dalam zaman neolitik ini juga telah mawujudkan sistem kekeluargaan . Pada zaman neolitik, sistem kekeluargaan wujud dalam dua bentuk iaitu poligami dan monogami.5 Amalan poligami dijalankan kerana terdapat ramai golongan wanita berbanding lelaki . Selain itu , institusi kekeluargaan ini juga secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi kelompok masyarakat dan seterusnya membawa kepada anjakkan peradaban pada zaman neolitik . Pengkhususan pekerjaan juga turut berlaku. Pengkhususan kerja atau pembahagian kerja dilaksanakan mengikut fizikal dan gender. Lelaki melakukan kerja yang lebih berat daripada golongan wanita seperti mengusahakan ladang pertanian, memburu, mengangkat barang dan lain-lain. Golongan wanita pula melakukan kerja seperti mengemas rumah, membuat tembikar dan perhiasan. ASPEK PERALATAN Seterusnya anjakan peradaban neolitik ini dapat dilihat dari segi penciptaan alat-alat mereka yang berunsurkan kesenian . Sekiranya pada zaman Mesolitik dulu dianggap sebagai permulaan kesenian maka zaman neolitik ini ia semakin bertambah halus .6 Terdapat jumpaan kapak yang halus buatannya pada zaman neolitik ini. Kapak-kapak batu yang dihasilkan pada zaman ini kebanyakannya dilicinkan keseluruhannya. Antara contoh kapak-kapak batu yang
5

Sivachandralingam Sundara Raja , Ayadurai Letchumanan . 2001 . Tamadun Dunia . Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd . Hlm . 10. 6 Ibid. hlm. 20

dihasilkan adalah seperti kapak bahu yang berleher, kapak lonjong, kapak empat segi bujur yang dipercayai kebudayaannya berasal dari Yunan.7 Hasil tinggalan orang Neolitik yang dijumpai di Semenanjung dan Asia Tenggara menunjukkan penggunaan yang luas kapak empat segi bujur. Dalam Zaman Batu Baru (Neolitik) ianya dikenali sebagai Kebudayaan Kapak Empat Segi Bujur. Selain daripada kapak-kapak tersebut , banyak lagi barang-barang lain yang mencirikan budaya neolitik di alam Melayu .8 Antaranya ialah tembikar perhiasan dan pakaian yang dibuat daripada kulit-kulit kayu .9 Perhiasan pada zaman neolitik adalah seperti rantai, subang dan gelang yang diperbuat daripada manik-manik dan kulit siput . Perhiasan ini juga digunakan dalam upacara pengebumian mayat si mati. Tembikar tanah merupakan salah satu ciri penting kepada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Ciri-ciri ini sudah sinonim kerana lapisan-lapisan kebudayaan yang tidak mengandungi tembikar tanah tidak dianggap sebagai kebudayaan Zaman Neolitik. Tembikar tanah ini merupakan salah satu bukti kukuh kepada anjakan perubahan hidup manusia kerana kegiatan pembuatan tembikar tanah hanya dilakukan oleh masyarakat yang telah menetap di sesuatu kawasan dan bukan lagi berpindah-randah. Pembuatan tembikar memerlukan masa, tenaga dan kepakaran yang hanya dicapai oleh manusia yang hidup menetap. Kehadiran tembikar tanah dalam Kebudayaan Neolitik sebenarnya juga menunjukkan betapa telah berlaku satu anjakan peradaban kehidupan masyarakat prasejarah daripada memburu dan mengumpul kepada perekonomian yang bercorak tetap seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.

7 8

Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 21. ibid. hlm. 21 9 ibid

Seterusnya , anjakan peradaban pada zaman Neolitik ini juga telah membawa kepada penciptaan roda. Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran kebudayaan gangsa. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri. Hal ini kerana penciptaan roda memudahkan pengangkutan barang ke sesesuatu tempat serta memudahkan pengangkutan barangan yang berat. Justeru itu penciptaan roda ini menjadi salah satu peralatan yang membawa kepada perkembangan anjakkan peradaban zaman neolitik . sumber semula jadi untuk berburu bagi bekalan makanan agak berkurang. Dalam penciptaan peralatan juga terbahagi kepada peralatan pertanian dan peralatan penternakan. Masyarakat zaman neolitik telah berkembang maju kerana mampu mengawal suhu api yang melebihi 600 darjah celcius untuk membolehkan tembikar dihasilkan. Perkaitan tembikar dengan aktiviti pertanian adalah sebagai bekas untuk menyimpan padi. Padi ditemukan dalam bentuk sekam dalam tembikar.10 Penemuan bajak dan roda telah membuktikan kemajuan dalam bidang pertanian khususnya padi pada zaman neolitik. Penemuan bajak dan roda ini telah menambahkan lagi daya produktiviti manusia. Penemuan bajak misalnya menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan seperti kerbau bagi meringankan tugas manusia. PETEMPATAN KEKAL Zaman neolitik juga membawa kepada anjakan peradaban yang baru iaitu daripada zaman paleolitik kepada zaman neolitik . Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan penempatanpenempatan kekal pada zaman neolitik. Kewujudan penempatan kekal ini menjadi faktor utama

10

Peter Bellwood.2000. Prasejarah Kepulauan Indo- Malaysia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta..hlm.314.

kepada perkembangan peradaban neolitik. Hal ini kerana kewujudan petempatan kekal membolehkan masyarakat neolitik ini menjalankan hubungan sosial sesama masyarakat setempat serta membina petempatan bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan . Antara contoh petempatan awal ialah Catal Huyuk, Turki dan lain-lain REVOLUSI PERTANIAN Ramai ahli arkeologi percaya bahawa masyarakat Neolitik Asia Tenggara telah mula bercucuk tanam dengan tumbuhan jenis berakar seperti ubi, keladi dan pisang. 11 Di samping itu, sisa tanaman dari lapisan- lapisan Neolitik mencakup berangan dan labu manis.12 Terdapat juga bukti yang menunjukkan kewujudan awal padi di Gua Sireh, Sarawak sekitar 4000 tahun dahulu.13 Menurut bukti arkeologis, padi yang ditanam paling awal adalah jenis liar musiman atau tahunan di China Tengah.
14

Disebabkan mereka menjalankan kegiatan ekonomi secara

bercucuk tanam maka mereka hidup menetap dan tercetuslah revolusi pertanian. ASPEK EKONOMI Bagi aspek ekonomi masyarakat pada zaman neolitik merupakan permulaan aktiviti pertanian.
15

Dalam aspek kegiatan ekonomi masyarakat neolitik telah mengalami perubahan

yang sangat ketara berbanding dengan masyarakat paleolitik. Hal ini kerana, mereka bukan lagi pengguna kepada alam sekitar tetapi telah beralih kepada pengeluar makanan. Contoh tapak bukti pertanian zaman neolitik ialah Sungai Tembeling, Jenderam Hilir, Ban Chiang dan juga
11 12

Ibid 58. Peter Bellwood.2000. Prasejarah Kepulauan Indo- Malaysia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta. Hlm.337. 13 Mokhtar Saidin. Bukti Prasejarah Di Malaysia. hlm. 58.
14

Peter Bellwood.2000. Prasejarah Kepulauan Indo- Malaysia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta. .hlm. 353. 15 Mokhtar Saidin. 2010. Bukti Prasejarah Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 53.

Non Nok Tha. Di Sungai Tembeling, telah dijumpai pisau tembeling yang mana pisau tersebut digunakan untuk menuai padi. Dalam aktiviti peternakan pula, bukti penternakan haiwan masih terhad dan bukti paling jelas di Asia Tenggara datangnya dari Thailand kerana ditemui sisa tulang kerbau dan khinzir pada sekitar 3000- 4000 tahun dahulu.16 Menurut Peter Bellwood mungkin saja pada tahap neolitik orang sudah memelihara anjing dari spesis yang kecil(Clutton Brock 1959; Medwey 1977b) bersamaan dengan babi, walaupun bukti adanya babi sebelum abad 15M tidak ada (Medwey1973; scrofa) bukan asli Borneo dan babi hutan asli( sus barbatus) tampaknya tidak pernah dijinakkan.17 Aktiviti perikanan zaman neolitik dijalankan disebabkan terdapat golongan yang tinggal di pesisiran pantai dan sungai. Hal ini dibuktikan dengan penemuan alat untuk menangkap ikan seperti mata kail dan mata lembing atau tombak. Aktiviti pemburuan, pada umumnya situs- situs neolitik Filipina mempunyai bukti berlanjutan tentang pemburuan babi dan kijang berdasarkan penggunaan alat batu serpih (serpih batu di Dimolit ada yang bergilap di bahagian tajamnya sebagai tanda bekas pakai)18. Kegiatan berburu ini di jalankan di hutan tetapi semenjak adanya aktiviti penternakan, kebergantungan Di samping berlaku revolusi pertanian , berlaku pula kemajuan awal dalam kegiatan perdagangan .
19

Perubahan ini berkait rapat dengan penempatan mereka di pesisiran pantai dan

tebing-tebing sungai , yang menjadikan mereka mahir dalam teknologi pembuatan perahu dan kapal-kapal kecil .20 Kegiatan ini secara tidak langsung membolehkan masyarakat neolitik untuk merentasi laut dan mengekploitasi sumber laut . Hal ini juga telah membawa kepada kemunculan
16 17

Ibid.hlm.58. .hlm. 351. 18 Ibid .hlm.328. 19 Ibid. hlm . 22 20 Ibid.

sistem barter iaitu sistem perdagangan pertukaran barang. Kemahiran pelayaran juga membolehkan mereka mengembara ketempat-tempat yang jauh . AGAMA & KEPERCAYAAN Seterusnya, wujud agama dan juga kepercayaan dalam kalangan masyarakat pada zaman Neolitik.21 Agama merupakan suatu kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa ghaib serta mempunyai kesaktian seperti Dewa dan juga institusi yang berkaitan dengan kepercayaan

tersebut. Pada zaman Neolitik juga masyarakatnya telah mempunyai bentuk agama dan juga kepercayaan yang tinggi di mana mereka telah mengalami perubahan serta kemajuan dalam sistem agama dan kepercayaan. Proses pemikiran mereka yang lebih maju menyebabkan mereka mampu memikirkan tentang kepercayaan ini iaitu munculnya kuasa yang membawa kemajuan kapada mereka. terdapat warisan terpenting daripada budaya Masyarakat Neolitik iaitu tradisi Megalitik.22 Tradisi megalitik merujuk kepada batu-batu besar yang digunakan untuk pemujaan nenek moyang. Manusia zaman Neolitik sudah mula mempercayai konsep dewa dewi dan tuhan-tuhan tertentu dalam kehidupan mereka. Pada zaman ini, masyarakatnya mula menguasai alam sekeliling lebih-lebih lagi mengenai unsur alam sekitar dan dikaitkan dalam kehidupan harian mereka. Masyarakat zaman Neolitik mula mengamalkan upacara keagamaan tertentu dalam kehidupan dan mereka juga mempunyai simbol-simbol pemujaan yang tersendiri . Amalan serta upacara keagamaan yang diadakan juga dipercayai akan dapat membantu manusia zaman

Neolitik untuk mengelakkan sebarang bencana atau malapetaka daripada menimpa diri mereka dan alam sekitar. Sebagai contoh, upacara berkenaan dapat mengelakkan bencana alam seperti
21

Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 22. 22 Ibid.hlm.22.

banjir dan kemarau serta pelbagai penyakit daripada menimpa diri mereka. Masyarakat Neolitik juga menganggap upacara keagamaan yang dilakukan itu akan dapat memelihara dan menjaga kebajikan mereka semua di alam ini. Di samping itu, mereka juga percaya bahawa melalui upacara penyembahan yang dilakukan itu akan dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian mereka. Salain itu,

masyarakat zaman ini juga mengetahui cara untuk menguruskan mayat sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga dan juga saudara mara mereka. Mayat tersebut akan diuruskan dan dikebumikan dengan cara yang lebih baik. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik sememangnya telah mengalami kehidupan mereka. KESIMPULAN Anjakan peradaban kebudayaan yang berlaku pada zaman Neolitik atau Zaman Batu Akhir amat berkait rapat dengan pertanian. Kegiatan pertanian yang disebabkan oleh pertumbuhan penduduk secara tidak langsung menjadi asas kepada evolusi kebudayaan masyarakat Zaman Neolitik. Anjakan kebudayaan yang berlaku pada zaman ini telah menjadi pemangkin ke arah kebudayaan yang lebih bertamadun dan bersistematik pada zaman seterusnya iaitu Zaman Logam. Oleh itu jelaslah bahawa zaman Neolitik atau zaman Batu Akhir telah menjadi zaman permulaan kepada Revolusi Budaya dalam sejarah peradaban manusia. satu anjakan peradaban dalam

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdullah.2003.Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum Dan Sesudah Pengaruh Islam.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mokhtar Saidin. 2010. Bukti Prasejarah Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Peter Bellwood.2000. Prasejarah Kepulauan Indo- Malaysia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta. Zainal Abidin Abd Wahid.1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Peter Bellwood.1979. Mans Conquest Of The Pacific, The Prehistory Of Southeast Asia & Ocenia. New York : Oxford University Press. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.1992. Malaysia warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like