INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PANDUAN PENULISAN DISERTASI/TESIS

1.

PENDAHULUAN Panduan penulisan Disertasi/Tesis disediakan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kegunaan calon yang menyediakan disertasi/tesis sebagai memenuhi keperluan untuk pengurniaan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh calon. Tesis – Ijazah Sarjana (Mod C) & Ijazah Doktor Falsafah Disertasi – Ijazah Sarjana (Mod B)
Penggunaan istilah ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat Kali ke 75 Bil 2/2010 pada 9 Mac 2010

2.

PENYERAHAN DISERTASI/TESIS Calon dikehendaki menyerahkan Disertasi/Tesis lengkap setelah diperiksa dan diperbaiki mengikut yang ditetapkan oleh Institut Pengajian Siswazah. 2.1 Syarat penganugerahan ijazah Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka menerima ijazah masing-masing. Universiti tidak menganugerahkan ijazah kepada calon yang gagal berbuat demikian. 2.2 Simpanan naskhah Disertasi / Tesis Empat naskhah Disertasi/Tesis berjilid keras dan dua dalam bentuk “CD” (cakera padat) format PDF perlu diserahkan kepada IPS. Disertasi/Tesis tersebut diagihkan kepada pihak berikut: i. ii. iii. iv. 2.3 Satu “CD” (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras disimpan di perpustakaan Universiti. Satu ”CD” (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras disimpan di IPS. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada penyelia.

Hak Milik Universiti Semua Disertasi/Tesis menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu hak cipta bentuk asal dipunyai oleh Universiti, bukan oleh penulis Disertasi/Tesis. 1

3.

FORMAT LAPORAN 3.1 Kertas Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm. 3.2 Penaipan Disertasi/Tesis mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon hendaklah menggunakan pencetak berkualiti. 3.2.1 Huruf Calon mesti menggunakan font “Times New Roman” dengan saiz 12 poin. 3.2.2 Langkauan Disertasi/Tesis mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris (double spacing). Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dalam teks: i. Penghargaan. ii. Petikan asal. iii. Senarai rujukan. iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah. v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan. vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang. 3.2.3 Penaipan tajuk Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar atas. (Lampiran A) 3.3 Santak teks Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify). 3.4 Perenggan i. ii. iii. iv. Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.25 sm dari birai kiri. Antara perenggan satu baris (sekali ‘enter’). Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3 kali ‘enter’). 2

v.

antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali ‘enter’). Perenggan baharu pada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurangkurangnya dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka surat baharu.

3.5

Birai (Margin) Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut: Tepi sebelah atas :3.0sm Tepi sebelah kanan :2.5sm Tepi sebelah kiri :3.8sm Tepi sebelah bawah :2.5sm Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah. (Rujuk lampiran B)

3.6

Panjang penulisan Tesis/Disertasi/Kertas Projek 3.6.1 Tesis • • 3.6.2 Doktor Falsafah : tidak melebihi 100,000 patah perkataan. Mod C : tidak melebihi 60,000 patah perkataan.

Disertasi Sarjana • Mod B: tidak melebihi 40,000 patah perkataan.

3.6.3

Kertas Projek • Mod A: tidak melebihi 20,000 patah perkataan.

3.7

Penomboran muka surat 3.7.1 Kedudukan nombor muka surat Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan 1.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir nombor berkenaan. (Rujuk Lampiran C) 3.7.2 Jenis nombor Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1 penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan (i,ii,iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan. Muka surat judul hadapan disertasi/tesis di anggap 1, tetapi nombornya tidak ditaip. 3

Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas muka surat kedua judul. Teks, rujukan dan lampiran diberi nombor Arab berturutan (2,3,4, dan seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks. 3.8 Pecahan kecil Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak menetapkan keperluan tertentu tentang susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada keseluruhan disertasi/tesis.. Nota kaki Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam penerbitan sains, kemanusiaan dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing. Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin. 3.10 Jadual 3.10.1 Penomboran jadual Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual. Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya. 3.10.2 Kedudukan Jadual Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada muka surat berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai contoh) ‘Jadual 5,sambungan). Keterangan tidak diulangi. Jika jadual petikan, rujukan mestilah dicatat. (Rujuk lampiran D dan lampiran E). 3.10.3 Bentuk Jadual Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis. Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas perangkaan disusun menegak dengan betul.

3.9

4

Contoh: Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran Mata Pelajaran Matematik Fizik Biologi Kimia Pelajar Lelaki 52 85 70 66 Pelajar Perempuan 72 65 86 55

Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk landskap. 3.11 Rajah Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang tidak menyerupai skrip atau jadual. 3.11.1 Kedudukan Rajah Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran rajah juga berurutan. 3.11.2 Gambar foto Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas. 3.12 Cetakan Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

4.

PENJILIDAN 4.1 Naskhah untuk pemeriksaan Empat salinan Disertasi/Tesis terakhir (yang dijilid dengan kulit lembut) mestilah diserahkan pada Institut Pengajian Siswazah bersama borang penyerahan Disertasi/Tesis yang dilengkapkan. Selepas pemeriksaan, Disertasi/Tesis ini dikembalikan kepada calon. Calon dikehendaki membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan diperakui oleh penyelia sebelum menjilid Disertasi/Tesis dengan kulit keras.

5

4.2

Naskhah terakhir untuk Universiti Empat (4) naskhah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2) salinan CD (cakera padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada tarikh yang ditetapkan.

4.3

Warna kulit Warna kulit untuk Tesis Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Disertasi Ijazah Sarjana berwarna merah hati.

4.4

Keterangan pada kulit 4.4.1 Muka Hadapan Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas yang bersaiz 18 poin Times New Roman atau Arial. Tajuk Disertasi/Tesis disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari birai atas. Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau pasport antarabangsa, pada kedudukan tengah jidar. Nama Universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6.0 sm dari jidar bawah. (Rujuk lampiran F) 4.4.2 Tulang belakang Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut: i. ii. iii. iv. Nama penulis : Ijazah : UPSI : 3.0 sm dari birai atas Ph.D atau M.Ed Singkatan nama universiti 3.0 sm dari jidar bawah Tahun penyerahan Disertasi/Tesis.

(Lihat Lampiran G untuk laporan yang tebal atau Lampiran H untuk laporan yang tipis.)

6

5.

SUSUNAN KANDUNGAN Setiap Disertasi/Tesis mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan. Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan tertentu. Susunan dan kandungan Disertasi/Tesis perlu mengikut tertib seperti berikut: Halaman Judul Pengakuan Penghargaan Abstrak dalam Bahasa Melayu Abstrak dalam Bahasa Inggeris Kandungan Senarai jadual Senarai rajah Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah Teks Rujukan Lampiran (jika ada) 5.1 Halaman judul Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut: i. Judul Disertasi/Tesis (dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari jidar) (Rujuk Lampiran I) ii. Nama penuh penulis (seperti dalam kad pengenalan / pasport antarabangsa) iii. Disertasi/Tesis yang dikemukakan, contohnya TESIS YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH Ph.D (BIDANG) atau DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJZAH SARJANA PENDIDIKAN (BIDANG) iv. Nama Fakulti v. Nama universiti (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) vi. Tahun Disertasi/Tesis itu diserahkan untuk pemeriksaan.

7

5.2

Pengakuan / Declaration Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di tengah-tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan tersebut. (contoh : lampiran J) pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris bagi Disertasi/Tesis yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan. (Rujuk lampiran K)

5.3

Penghargaan Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Disertasi/Tesis merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Disertasi/Tesis calon.

5.4

Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan. Abstrak berupa ringkasan Disertasi/Tesis yang memberi pendedahan tentang masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat.

5.5

Kandungan Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai kandungan yang terdapat dalam Disertasi/Tesis, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks. (contoh: lampiran L) Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

5.6

Senarai jadual Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan. (contoh: lampiran M)

5.7

Senarai rajah Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah mengandungi senarai tajuk gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan sebagainya yang terdapat dalam penulisan (contoh: lampiran N)

5.8

Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah. 8

5.9

Teks Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut: BAB1 : Pendahuluan BAB 2: Tinjauan Literatur BAB 3: Metodologi BAB 4: Dapatan kajian BAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan atau BAB1 : Pendahuluan BAB 2: Tinjauan Literatur BAB 3: Metodologi BAB 4: Dapatan dan Perbincangan BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan 5.9.1 Rujukan Sebarang Disertasi/Tesis yang menggunakan karya lain sebagai rujukan, mestilah mengandungi bibliografi yang menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya tersebut perlu disenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM. Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yang mengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak tujuh ruang.

5.10

Lampiran Disertasi/Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.

9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful