You are on page 1of 1

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL Komponen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan

berasaskalan perlakuan motor. Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan. Komponen kecergasan perlakuan motor pula melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motorSeseorang yang mempunyai keinginan untuk sihat dan memiliki prestasi yang tinggi mestilah menguasai kedua-dua komponen tersebut. Dalam sukan bola sepak, komponen kecergasan kesihatan yang terdapat dalam sukan ini ialah daya tahan kardiovaskular, kuasa, koordinasi, ketangkasan dan kelajuan. Daya tahan kardiovaskular melibatkan keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan seperti berlari semasa permainan bola sepak di padang. Kuasa pula diperlukan dalam permainan bola sepak dalam melakukan kerja dengan singkat. Kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan diperlukan dalam komponen koordinasi. Hal ini membolehkan pergerakan berlaku dengan seimbang semasa menyepak atau menanduk bola. Selain itu, dalam permainan bola sepak juga, kelajuan juga dititikberatkan. Kelajuan meruakan keupayaan bergerak dari satu titik ke titik dengan cepat. Pemain memerlukan pergerakan yang cepat semasa bertindak dengan pihak lawan untuk memastikan bola menepati sasaran. Bagi permainan bola jaring pula, komponen kecergasan yang diperlukan ialah koordinasi, ketangkasan, kelajuan, masa tindakbalas dan kuasa. Koordinasi penting membolehkan deria dengan otot bergerak dengan licin dan tepat. Keupayaan menukar arah dengan cepat merupakan ketangkasan yang diperlukan semasa membaling bola kearah hadapan, kiri atau kanan dengan pantas. Selain itu, komponen kecergasan dalam sukan ini ialah kelajuan yang memerlukan keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikutnya dengan cepat. Masa tindakbalas dan kuasa juga terdapat dalam permainan ini di mana tempoh masa yang singkat untuk bergerak balas setelah memperoleh ransangan dan berupaya melakukan kerja dalam masa yang singkat.

You might also like