P. 1
Perubatan Tradisional Masih Mendapat Tempat Dalam Jiwa Masyarakat Kita

Perubatan Tradisional Masih Mendapat Tempat Dalam Jiwa Masyarakat Kita

|Views: 0|Likes:
Published by Stnrlfn Joe's
_.-
_.-

More info:

Published by: Stnrlfn Joe's on Nov 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/17/2013

pdf

text

original

Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam jiwa masyarakat kita.

Berikan pendapat anda tentang impak-impak negatif yang dibawa olehnya dan langkah mengawalnya. Perubatan tradisional merujuk perubatan alternatif yang digunakan oleh masyarakat di negara ini untuk memastikan kehidupan mereka lebih sempurna seperti bertemu dengan dukun, pawang, bomoh dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan perubatan moden. Kebanyakan mereka yang beralih kepada rawatan tradisional ini tinggal di kawasan luar bandar walaupun tidak dinafikan bahawa wujud juga kelompok masyarakat bandar yang suka menggunakan perubatan tradisional. Pihak media massa ada mengetengahkan beberapa isu yang timbul ekoran bertambahnya jumlah masyarakat yang percaya akan perubatan tradisional ini terutama perubatan tradisional yang tidak benar konsepnya. Maka, ada beberapa impak negatif yang harus diketahui oleh kita semua sebelum memikirkan dengan sebaik mungkin untuk beralih kepada perubatan tradisional ini. Impak yang paling serius yang timbul ekoran percayanya masyarakat akan rawatan perubatan tradisional ialah penyakit yang dihadapi itu menjadi semakin kronik kerana terlewat menerima rawatan moden yang sewajarnya. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional tidak menggunakan kaedah moden untuk mengesan punca dan bahagian tubuh manusia yang menerima penyakit itu kerana mereka hanya sekadar mengaitkannya dengan unsur-unsur ghaib. Amalan ini menyebabkan rawatan yang biasanya diberikan kepada pesakit ialah mereka harus meminum air yang sudah dijampi oleh pawang dan sebagainya serta menunggu sahaja di rumah untuk penyakit itu sembuh. Maka, tindakan sebegini sudah pasti mampu menjadikan penyakit yang pada awalnya itu tidak begitu serius berubah menjadi kronik kerana sudah merebak ketika pesakit menerima rawatan moden di hospital pula. Selain itu, kebanyakan pengamal perubatan tradisional ini tidak berdaftar atau mempunyai kelayakan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mendorong banyak kejadian penipuan yang berunsur jenayah berlaku ketika pesakit menerima rawatannya. Kita semua sudah lali dengan laporan akhbar bahawa pesakit dicabul kehormatannya atau pesakit ditipu wang ribuan ringgit oleh pengamal perubatan ini setelah menerima beberapa kali rawatan tradisional itu. Ketiadaan kawalan daripada pihak berkuasa dan juga sikap pesakit yang begitu percaya untuk memastikan penyakit mereka diubati menyebabkan gejala tidak sihat ini begitu menjadi-jadi terutama di kawasan luar bandar sehingga memberikan imej yang kurang baik pula kepada pengamal perubatan tradisional yang sebenarnya. Jelaslah, perubatan tradisional begitu mudah berlakunya penipuan dan kejadian jenayah kerana ketiadaan satu sistem untuk menguruskannya.

kita harus memberi peluang kepada perubatan moden dahulu sebelum memikirkan perubatan alternatif lainnya. perubatan tradisional sebenarnya baik cuma ada segelintir pihak yang telah mempergunakannya demi kepentingan peribadi mereka terutama dalam bentuk kewangan. Tindakan ini boleh memberi kesan yang besar pada jangka masa panjang terutama jika penyakit itu secara kebetulan memang sembuh menyebabkan pesakit akan lebih mempercayai perubatan tradisional daripada konsep ajaran agama yang sudah lama mereka pegang itu. Masalah yang wujud dalam perubatan tradisional ini boleh dikawal atau ditangani jika kerajaan mewujudkan satu sistem pengawasan yang serupa seperti sistem perubatan moden. Semua pihak harus sedar tentang perkara ini terutama pesakit yang seharusnya hanya berjumpa dengan pengamal perubatan ini setelah semua usaha mereka menggunakan kaedah rawatan moden menemukan jalan buntu. Maknanya. Sesungguhnya. semua pengamal perubatan ini harus berdaftar dengan pihak kerajaan dan semua ajaran yang didapati bertentangan atau terpesong daripada ajaran mana-mana agama diharamkan untuk diamalkan ketika berurusan dengan pesakit. Perubatan moden yang boleh mengenalpasti dan membuat rawatan yang lebih baik harus menjadi pilihan utama pesakit sebelum beralih kepada rawatan tradisional pula. Kesimpulannya. . Kewujudan satu sistem atau agensi khas untuk mengawasi perubatan jenis ini juga mampu menyelamatkan pengamal perubatan tradisional yang benar-benar menggunakan kaedah rawatan herba atau amalan turun-temurun yang sejati. Memang ada di dunia ini beberapa perkara yang tidak boleh diterangkan menerusi akal manusia yang biasa tetapi dalam aspek penyakit. amalan perubatan tradisional yang terpesong ini berupaya untuk menjejaskan akidah kepercayaan agama masyarakat kita dalam tempoh yang begitu singkat jika tidak dikawal dengan terperincinya. Keadaan ini boleh berlaku kerana kebanyakan kaedah perubatan tradisional ini terpesong daripada ajaran agama yang sebenarnya lalu menyebabkan pesakit turut melakukan perkara atau amalan yang dilarang dalam ajaran agama mereka itu.Pada masa yang sama sikap masyarakat yang lebih percaya akan perubatan tradisional ini boleh menjejaskan kepercayaan agama mereka secara tidak langsung.

tumbuhan dan khazanah hutan dengan meluas KEBERKESANAN MENGAMALKAN • Agak subjektif kerana ada yang berpendapat rawatan mereka mujarab dan ada yang menganggap rawatan mereka tidak • Perbandingan dengan perubatan moden • Rawatan tradisional yang tulen menggunakan herba dan penggunaan ini perlu digalakkan kerana bersesuaian dengan perubatan moden.• Memberi rawatan alternatif kepada masyarakat • Penggunaan herba. Malah sesuai kalau rawatan tradisional dan moden ini disatukan • Rawatan tradisional sering menggunakan ayat-ayat suci agama masingmasing .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->