You are on page 1of 10

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


YANG LALU

2.0

ISU KEPRIHATINAN

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Am

3.2

Objektif Khas

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

Tinjauan Masalah

5.1.1 Ujian Pra dan Pos


5.1.2 Soal Selidik
5.2

Aanalisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Pos


5.2.2 Analisis Soal Selidik
5.3

Tindakan Yang Dijalankan

5.4

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian


Penilaian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1


5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
5.5

6.0

Refleksi Kajian

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

10

MENGATASI KELEMAHAN MENCAMPURADUKKAN


HURUF BESAR DAN HURUF KECIL DALAM MENULIS PERKATAAN
TULIS DENGAN BETUL
CELIK HURUF
Oleh
Nur Suhaida Binti Khazali
Sekolah Kebangsaan Klian Intan
33200 Klian Intan, Perak.
Abstrak
Pendidikan prasekolah merupakan institusi awal kanak-kanak diperkenalkan pada
pembelajaran secara tidak formal. Di sini kanak-kanak seawal usia empat tahun ke
atas di bimbing untuk menguasai kemahiran membaca mengikut kaedah yang
bersesuaian dengan usia mereka. Matlamat Kurikulum Standard Pra sekolah
Kebangsaan (KSPK) memperkembangkan kebolehan kanak-kanak secara
menyeluruh dan bersepadu. Dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Bagi merealisasikan salah satu cabaran iaitu dari segi intelek, maka murid
diberikan pembelajaran bagi memperkembangkan kemahiran membaca. Kalau
kita biarkan, boleh jadi kita akan dapat seorang atau dua yang umpama sebutir
pasir akan jadi mutiara tetapi kalau kita ada program menyeluruh seperi program
Permata ini, ratusan malah ribuan anak-anak kita akan menjadi permata yang
bernilai untuk negara kita. "Yang lemah kita bantu, yang cacat kita bantu, yang
sederhana kita bantu, yang berkebolehan kita bantu dan jangan lupa mereka yang
ada kebolehan luar biasa ini," kata Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Program PERMATA. Dalam usaha untuk merealisasikan pernyataan tersebut,
saya berhadapan dengan beberapa orang murid yang masih mencampuradukkan
huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan biarpun sudah lapan bulan
bersekolah. Kajian ini membawa saya meneroka pelbagai kaedah untuk mengatasi
masalah yang saya hadapi. Oleh kerana kekangan waktu, saya menghadkan skop
kajian kepada mengenal huruf besar dan huruf kecil. Selepas itu, saya merancang
aktiviti berstruktur secara terperinci yang saya lakukan dalam tempoh masa
tersebut. Pada akhir kajian, murid bukan sahaja sudah boleh membezakan hurufhuruf tersebut tetapi menyedarkan saya bahawa saya juga memperolehi banyak
manfaat dari segi memperkayakan teknik pengajaran saya serta mempratikkan
sedikit sebanyak teori pengajaran yang pernah saya pelajari di maktab dahulu.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 2001), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil belajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pendekatan bermain
sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan pemikiran dan keinginan untuk
meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus,
kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang
dan tertekan. KPM menekankan supaya pendekatan ini mempunyai ciri-ciri seperti
aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaraan,
permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri, dan
peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras dengan itu, maka

3
pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran ini
adalah pendekatan permainan.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Menulis ialah satu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran
tertentu. Antaranya mengenal pasti simbol-simbol dan mengaitkan hubungan makna yang
sesuai dengan simbol-simbol tersebut. Dalam hal ini, kajian yang dipilih ini bertujuan bukan
sahaja murid-murid normal yang berhak mendapat pendidikan malahan murid-murid yang
bermasalah juga memerlukan pendidikan yang sama rata. Daripada pengalaman
pengajaran saya, di dapati setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, muridmurid prasekolah yang akan menunjukkan sikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar
untuk menulis sesuatu perkataan dan suka mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil.
Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik minat murid
untuk menulis dengan cara yang betul. Antara contoh kesalahan yang biasa dilakukan oleh
murid prasekolah adalah seperti PoKoK, bURung, RUmaH, FeRi dan lain-lain lagi.
Penekanan yang lebih kepada penulisan yang dinyatakan tadi perlu dititikberatkan kerana
kesalahan tersebut akan berlanjutan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya tidak
diperbetulkan dari peringkat pendidikan awal iaitu peringkat prasekolah. Bagi mengatasi
masalah ini pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran digunakan bagi menarik minat
kanak-kanak untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Guru akan berusaha sedaya
upaya untuk mengatasi masalah ini agar tidak timbul masalah apabila kanak-kanak ini
menjejakkan kaki ke tahun 1.
2.0 ISU KEPERIHATINAN
Dalam kajian ini, saya perhatikan murid-murid ini mempunyai kekeliruan
pengamatan yang menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman,
keperluan serta kehendak murid. Terdapat pelbagai jenis kesukaran atau masalah yang
dihadapi oleh murid. Antara masalah yang dihadapi oleh mereka ialah masalah
pengamatan susah mengingati sesuatu pembelajaran dan masalah psikomotor dan
gangguan emosi. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran merupakan muridmurid yang berfungsi di bawah keupayaan mereka dari segi kecerdasan, pencapaian dan
kemahiran-kemahiran sosial. tidak aktif sewaktu belajar, tidak berupaya membezakan huruf
besar dan kecil, tidak berupaya mengingati dan kurang penumpuan dalam proses
pembelajaran. Kelemahan murid-murid ini dalam mengenal dan membezakan huruf
sememangnya menjadi masalah yang besar kepada guru dan murid-murid sendiri.
Kelemahan- kelemahan ini boleh menimbulkan kesulitan pembelajaran seterusnya. Setiap

4
kali murid-murid ini melakukan aktiviti menulis contohnya mengeja perkataan, mereka lebih
memberi tumpuan kepada ejaan yang betul sahaja tanpa mempedulikan cara menulis
perkataan tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti terhadap lima orang murid di kelas saya.
Kegagalan murid menguasai kemahiran ini akan menyebabkan mereka gagal untuk
menguasai kemahiran-kemahiran yang lain. Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan
kajian ini untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam penulisan. Dengan
adanya kajian-kajian yang dibuat akan dapat menjamin bahawa tidak ada diskriminasi
terhadap mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid yang mencampuradukkan huruf
besar dan huruf kecil dalam menulis perkataan.
3.2 Objektif Khusus
i.

Murid dapat memahami kesesuaian penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

ii.

Murid dapat mempraktikkan tulisan yang cantik dan kemas.

iii.

Meningkatkan keupayaan dan keperihatinan guru dalam menangani masalah


penulisan dalam pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN / TEMPOH KAJIAN


Tidak semua murid yang berada di prasekolah mempunyai pencapaian yang sama.
Justeru tidak dapat dinafikan wujudnya sebahagian kecil murid yang lemah dalam pelbagai
lapangan. Sebagai seorang guru rasa tanggungjawab terhadap murid tersebut, pelbagai
kaedah dan pendekatan sudah dilakukan untuk melahirkan murid-murid yang boleh menulis
huruf dengan betul. Walaupun ada yang menunjukkan prestasi yang meningkat tetapi
jumlahnya amat terhad. Kumpulan sasaran ialah seramai 5 orang murid daripada 25 murid
prasekolah dan mengambil masa selama 1 bulan. Mereka merupakan murid-murid yang
mempunyai umur, jantina dan berbeza masalah tetapi berada di kelas yang sama.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, kaedah tinjauan masalah yang telah dibuat adalah
berdasarkan kreteria berikut:
i.

Ujian Pra dan Pos

5
ii.

Soal Selidik

5.1.1 Ujian Pra dan Pos


Daripada ujian yang dijalankan didapati murid ini bermasalah dalam menulis huruf bagi
melengkapkan perkataan, Contohnya:
BuNga

kApAl

tErbAng

Dalam ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menulis perkataan dengan baik
kerana mereka mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil. Ini menyebabkan
berlakunya kesalahan dalam aspek penulisan dan menjadi tabiat sekiranya tidak dibendung
dari peringkat awal.
5.1.2 Soal Selidik
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik berasaskan ujian
penulisan dan sikap murid. Analisis menunjukkan terdapat kelemahan dan kelalaian muridmurid tersebut dalam memahami kesesuaian penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Pos
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian terhadap kumpulan sasaran didapati:
Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran dapatlah dilihat
kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan.
Soalan : Isikan tempat kosong bagi perkataan yang diberi.
(e ,i ,e ,o ,a ,s ,t )

K E r E T A

Nota: Analisis yang didapati daripada aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
PERANCANGAN

MINGGU PERTAMA

MINGGU KEDUA

Mempelajari lagu Vokal a

Mengenal suku kata ba

AKTIVITI/SAMPEL
Murid a

Murid b

Murid c

Murid d

Murid e

Petunjuk :
O

Murid belum menguasai KV

Murid menguasai KV
Jadual 1 : Kemenjadian murid

5.2.2 Analisis Soal selidik


Jadual : Analisis Data Soal Selidik sebelum dan selepas kajian.
Analisis sikap terhadap penulisan
Sikap murid tehadap penulisan

Sebelum Kajian
Bilanaga
n
/5

Selepas Kajian

Bilangan

Bilangan

Bilangan

/5

/5

/5

tidak

ya

tidak

ya
Mengenal huruf besar dan huruf
kecil.
Membezakan huruf besar dan huruf
kecil.
Memeriksa huruf dalam perkataan
setelah siap menulis.
Keyakinan diri.
5.3 Tindakan yang Dijalankan
Bagi mengatasi masalah ini sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang:

7
a. Aktiviti yang dirancang
1. Aktiviti Latih Tubi di jalankan
2. Aktiviti pertandingan Cantik Dan Kemasdalam penulisan
3. Guru mempamerkan hasil kerja murid.
4. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran kerja berkaitan apa yang dipelajari.
5. Pendedahan perkataan-perkataan dalam bahan bacaan.
b. Bahan-bahan yang digunakan.
1. Kad huruf.
2. Buku garis 4
3. Hasil kerja murid
4. Bahan bacaan
5. Pelbagai hadiah yang menarik
6. Komputer

c. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian


1. Penilaian secara pemerhatian
2. Penilaian secara terus
3. Penilaian secara tulisan dan lembaran kerja.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1
Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Cantum dan
Sebut yang menggunakan kad suku kata yang perlu dicantum menjadi perkataan dan murid
menyebutnya.
Langkah-langkahnya:
1. Kad-kad suku kata huruf kecil dan besar di masukkan ke dalam kotak.
2. Murid secara berkumpulan mencari suku kata cantumkan menjadi perkataan yang
bermakna.
3. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan menyebut perkataan tersebut. Jika
murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan.
4. Pengayaan juga boleh dilakukan dengan meminta murid menampal kad cantuman
tersebut pada manila kad yang disediakan. Setelah siap pamerkan hasil kerja secara
berkumpulan.

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2


Pertandingan Tulisan Cantik Dan Kemas ialah menggunakan kaedah menyalin cerita
pendek yang diberikan melalui penggunaan komputer dengan menggunakan buku garis
empat.Penggunaan buku garis empat ini dapat mempraktikkan disiplin murid dalam menulis.

5.4.3 Perlaksanaan aktiviti 3


Mempamerkan hasil kerja murid kepada rakan rakan dapat membantu murid meningkatkan
motivasi dan daya saing untuk menulis dengan cara yang betul dan kemas.
Langkah-langkahnya:
1. Guru memilih hasil kerja penulisan yang paling kemas dan betul.
2. Hasil kerja yang terpilih akan dipamerkan kepada semua murid dengan menampal
di sudut Tulisan Contoh.

5.5 Refleksi Kajian


5.5.1
5.5.2 Rumusan Pemerhatian.
Berdasarkan kedua-dua pemerhatian di atas, semua murid berminat untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka berusaha untuk menulis dengan
cara yang betul dan kemas. Empat orang murid telah berjaya menulis tanpa
mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan. seorang sahaja murid
tidak dapat menguasai kemahiran penulisan.
5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan Secara
Keseluruhan.
Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya membuatkan murid dapat menulis perkataan
dengan betul iaitu tidak memcampuradukkan huruf besar dan huruf kecil. Tunjang
komunikasi ( Bahasa Malaysia ) merupakan salah satu komponen yang sangat penting
dalam pembelajaran prasekolah. Lazimnya, pengenalan huruf selalunya diperkenal dan
ditumpukan pada awal tahun.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat peneguhan positif dari
segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Saya mencadangkan
kesemua aktiviti yang dijalankan boleh diguna pakai dalam kemahiran lain seperti tunjang
Bahasa Inggeris. Saya bercadang meneruskan program ini disamping berkongsi idea
bersama guru Tahun 1 (LINUS). Selain itu, saya berhasrat untuk menlengkapkan aktiviti
dengan adanya unsur-unsur visual, grafik dan animasi yang lebih menarik serta kaedah
yang lebih mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan. Akhir kata, guru yang kreatif, akan melahirkan pelajar yang dedikasi,
kalau seorang guru mengajar tanpa menggunakan alat, murid belajar dengan larat.
LAMPIRAN

Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil
1

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

Tempoh
Pelaksanaan
1 minggu

10

Menulis proposal kajian

5 hari

Merancang tindakan individu/ kumpulan

1 minggu

Melaksanakan tindakan aktiviti 1

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

2 minggu

Melaksanakan tindakan aktiviti 2

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

2 minggu

Ujian untuk mengesan perubahan murid

1 minggu

Refleksi kajian

1 minggu

10

Menulis laporan kajian

2 minggu

11

Pembentangan dapatan kajian untuk makluman

1 minggu

panitia/sekolah.

PERANCANGAN
AKTIVITI/SAMPEL

MINGGU PERTAMA

MINGGU KEDUA

Mempelajari lagu Vokal a

Mengenal suku kata ba

Murid a

Murid b

Murid c

Murid d

Murid e

Petunjuk :
O

Murid belum menguasai KV

Murid menguasai KV
Jadual 1 : Kemenjadian murid

You might also like