You are on page 1of 22

MALAYSIA

Definisi 1 Malaysia

1 Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding

Slogan 1 Malaysia

Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Tahun Tema 2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan 2010 Menjana Transformasi 2011 Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera 2012 Janji Ditepati 2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Logo 1 Malaysia

Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia. Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,

Kepentingan menghayati konsep 1MALAYSIA

Pengenalan

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar Bangsa Malaysia dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormatmenghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

1. Aspek politik

Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat

2. Aspek ekonomi

Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.

3. Aspek pendidikan

Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu

4. Aspek agama dan kepercayaan

Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjungmengunjung yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah ini mampu memperjelaskan lagi secara

Kesimpulan

Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan pemimpin negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu, semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan hala tuju seperti yang telah ditetapkan.

Cabaran dalam menghayati konsep 1 Malaysia

1. Gagal mempromosikan konsep 1 malaysia

Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan wang Ringgit Malaysia dalam penyediaan hadiah kepada pemenang, iklan di televisyen dan surat khabar serta di papan iklan, kempen, dan juga seminar. Namun,ianya belum tentu mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya. Usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat yang lain. Di samping itu,tindakan kerajaan dalam menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan esyen kerana walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton, melihat, dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta

2. Strategi dan pelan tindakan tidak begitu memuaskan

Implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan. Mengenai usaha untuk mendidik dan menyemai perasaan kekitaan melalui konsep 1 Malaysia bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapid dan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini disebabkan golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal kiran yang berlainan, dan juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukanlah sebuah robot yang boleh diprogramkan untuk menurut sesuatu kehendak dan tujuan.

3.Perancangan jangka pendek

Perancangan jangka pendek dan dibuat secara tergesagesa akan membawa kepada hasil yang tidak akan mencapai matlamatnya, sebaliknya ia akan membawa kepada signikan yang negatif kepada kerajaan, khususnya yang menjadi batu asas kepada penubuhan dan pelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Imej kerajaan akan tercalar jika konsep ini tidak memberi sebarang perubahan kepada masyarakat dan negara; dan kerajaan akan menerima kritikan daripada rakyatnya sendiri serta daripada negara dan masyarakat luar akibat sambutan yang kurang memuaskan dan idea yang tidak begitu baik serta banyak wang RM (Ringgit Malaysia) yang diguna-pakai bagi menjayakannya.

4. Mempunyai persepsi negatif terhadap konsep 1Malaysia Terdapat segelintir golongan masyarakat yang mempunyai persepsi negatif terhadap konsep 1Malaysia.

Bahkan konsep ini dianggap sebagai suatu propaganda daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menarik pengaruh rakyat supaya mendapat hasil yang positif dalam pilihanraya akan datang. Mereka yang bersikap negatif ini lazimnya terdiri daripada golongan yang menjadi pembangkang kepada kerajaan dan dengan pandangan stereotaip terhadap kerajaan, mereka sudah pasti akan menolak pendekatan kerajaan ini tanpa mengetahui intipati dan maklumat yang ada dalam konsep 1Malaysia.

5. Berpendapatan bahawa konsep ini tidak berkait dalam hidup

Dalam pada itu, sebahagian masyarakat Malaysia juga dilihat kurang begitu mengendahkan dan memberi perhatian kepada pelancaran dan pelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Mereka berpendapat bahawa konsep ini tidak mempunyai perkaitan dalam kehidupan masyarakat. Kehidupan mereka yang sibuk, kurang memberi perhatian kepada perkara yang dalam pandangan mereka dianggap remeh ini. Jadi, persepsi yang negatif daripada segelintir golongan dan sikap kurang ambil peduli daripada sebagian masyarakat apabila tidak diambil kira dan ditadbir dengan baik dan cekap akan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya tidak memberi perhatian dan pelaksanaan terhadap konsep 1Malaysia ini

KEBAIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

1. Perpaduan kaum terpelihara

Perpaduan kaum amat penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui amalan nilai-nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa. Dengan wujudnya perpaduan kaum, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

2. Mewujudkan keadilan sosial

Gagasan 1 Malaysia juga dapat mewujudkan keadilan sosial kepada semua rakyat. Semua rakyat akan diberi kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin. Sebagai contoh, golongan miskin akan diberi bantuan sara hidup oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat. Oleh itu, rakyat pasti dapat menikmati keselesaan hidup

dengan pelaksanaan gagasan 1Malaysia.

3. Membantu dalam kemajuan ekonomi negara

Gagasan 1Malaysia juga dapat membantu dalam kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Kerajaan telah membuat perubahan strategi seperti dasar liberalisasi dan pemberian insentif kepada pelabur asing. Kedatangan pelabur asing ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

4. Dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi

Gagasan 1Malaysia juga dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi kepada rakyat. Penerapan nilai-nilai aspirasi ini dapat menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara. Antara nilai aspirasi yang dapat diterapkan ialah nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi. Penerapan nilai-nilai aspirasi ini adalah seiring dengan

slogan `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

5. Menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa

Gagasan 1Malaysia juga telah dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa. Negara kita memang telah dikenali sebagai negara yang pesat membangun. Gagasan 1Malaysia telah menjadikan negara kita lebih dikenali dan dijadikan contoh oleh beberapa buah negara. Imej negara yang semakin baik ini perlu dijaga dan semua lapisan masyarakat mesti berganding bahu untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.