You are on page 1of 12

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU Pengembangan Tajuk Tugasan

BML 3083 SEMESTER 4 SIDANG AKADEMIK 2013/2014

Syarat yang telah ditetapkan. A. Format Bahagian Kandungan Pengenalan Isi ( 3 hingga 5) Penutup B. Bilangan muka surat ( 30 hingga 40) C. Rujukan (gaya APA atau MLA sahaja), font dan saiz, (Times roman; saiz 12; senggang barisan, 2). Contoh pengembangan tugasan dalam Format.

1. Pengenalan Bahagian ini sebaik-baiknya ditulis akhir sekali setelah tugasan selesai, mantap, dan muktamad. Hal ini kerana, kesemua fakta, dapatan, kaedah dan lain-lain yang berkenaan sudah diketahui dengan jelas.

[Tulislah, 5 hingga 8 perenggan sudah memadai]. 2. Isi Sebaik-baiknya dapatkan lima isi. Berikan contoh, sokong dengan hujah yang ilmiah (ada bukti fakta) supaya perbincangan konkrit. Contoh, adalah sangat baik sekiranya contoh sendiri. Pengalaman sendiri. Yang telah diterapkan di kelas. Hujah untuk contoh adalah daripada bahan rujukan yang menjadi bacaan anda! Sebabnya, selain membantu kelancaran penulisan; hal yang dibincangkan telah diketahui dan difahami dengan baik, ianya sesuai dengan persekitaran semasa. Di dalam penulisan sebenar, Isi ditukar menjadi Perbincangan, untuk menjadikkannya lebih berunsur ilmiah. Dengan itu, bahagian ini AKAN menjadi lebih lima (perenggan). Hal ini kerana, beberapa pemerian konsep yang akan digunakan, sebarang penggunaan teori, perlu ditulis dahulu sebelum membincangkan isinya. 3. Penutup Dalam bahagian ini tidak dibenarkan menyebut nama mana-mana pengarang yang anda gunakan sebagai rujukan. Selain itu, tidak dibenarkan meletakkan sedutan daripada mana-mana bahan rujukan. Bahagian ini semata-mata untuk meletakkan kesimpulan daripada semua isi yang telah dibincangkan dalam bahagian 2. Adalah lebih baik sekiranya bilangan perenggannya tiga sahaja. Dibahagian ini juga boleh diletakkan cadangan atau pandangan anda, tetapi hendaklah berdasarkan hal-hal (isi) yang dibincangkan.

Contoh untuk panduan anda Analisis Kebermaknaan Peribahasa dan Ungkapan Terpilih di dalam Novel Patriarch

Pengenalan Tuliskan hal-hal penting di dalam tugasan ini., juga kesimpulan daripada bahagian Penutup.

Perbincangan Bahagian ini akan membincangkan kerangka teoretikal yang digunakan sebagai landasan menghuraikan kebermaknaan peribahasa dan ungkapan di dalam Patriarch. Teori yang diterapkan ialah Teori Konteks dan Mentalis (berteraskan gabungan pendekatan makna dan konteks (Lyons, 1994, Firth, 1930), dan Teori Mentalism (de Sausure, 1975), Teori Kesantunan

(Holmes, 2008) dan Teori Tingkah laku Kolektif (Schaefer, 2005). Kerangka teoretikal semantik dan sosiologi akan diterapkan membincangkan kebermakaan peribahasa dan Penggunaan menghuraikan pendekatan semantik untuk

ungkapan khususnya.

dan sosiologi bertujuan untuk

kepelbagaian kebermaknaan peribahasa Melayu dan ialah pendekatan teori

ungkapan terpilih dalam tugasan ini. Semantik

linguistik untuk memerikan fenomena bahasa dari pelbagai aspek yang mengkaji tentang makna dan hal yang berkaitan dengannya. Ianya merangkumi makna literal dan bukan literal. Kedua-dua makna ini pula

menerima pengaruh dan mempunyai unsur budaya, masyarakat, konteks, konsep, tingkah laku, faktor pesekitaran, logik, sosiologi, psikologi, falsafah, simbol, dan lainnya. Ini bermakna faktor itulah juga yang membentuk peribahasa dan ungkapan. Kerangka Teoretikal Persoalan pokok dalam pemerian semantik dan tingkah laku ialah cara kedua-dua komponen ini berkesalinghubungan dan pengaruh-

mempengaruhi semasa memerikan makna yang bersifat taksa dan rencam. Sehubungan dengan sifat makna yang sedemikian, banyak teori semantik telah dikemukakan demi untuk pemerian makna daripada pelbagai aspek. Keperluan kepada pelbagai teori semantik kerana beberapa sebab. Pertama, bahasa tidak mempunyai mesej dalam erti kata sebenarnya. Dalam hal ini, makna bersabit dengan perhubungan sosial. Perhubungan sosial boleh mewujudkan ungkapan berunsur metafora. Sebagai contoh, ungkapan Dia seorang yang miskin harta, tetapi kaya budi. Ukuran miskin harta itu sangat bergantung kepada keadaan masyarakat seluruhnya di tempat Dia tinggal. Begitu juga dengan skala kaya budi. .

Menurut Kempson1, teori semantik dapat melakukan tiga perkara utama. Pertama, meletakkan makna pada setiap kata dan ayat. Kedua, mencerapkan hubungan sebenar antara kata dan ayat. Akhir sekali, mampu menghuraikan cara hubungan tersebut yang bekaitan dengannya dalam sesuatu bahasa tersebut. Berlandaskan kerencaman pemerian makna mencari pemadanan, teori semantik telah menggarap sekurang-kurang tiga syarat yang perlu dipenuhi. (i) Mesti mencerap mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut. . Maka, penerapan teori semantik yang lebih menjurus kepada makna dan konteks (Lyons, 1994, Firth, 1930) dan Teori Mentalism (de Sausure, 1975) sangat bersesuaian dengan perbincangan makalah ini. Keperluan konteks untuk memahami makna dikatakan dengan jelas oleh Firth (1930) seperti berikut: If we regard language as expressive or communicative we imply that it is an instrument of inner mental states. And as we know so little even by the most careful introspection the language problem becomes more mysterious the more we try to explain it by referring it to inner mental happenings which are
1

dalam Kempson (penterjemah, Zaiton Ab. Rahman. 1991:3-5)

not observable. By regarding words as acts, events, habits, we limit our inquiry to what is objective in the group life of our fellows. Konteks, dalam pandangan Firth lebih cenderung kepada situasi. Oleh itu, teori makna kontekstual ini seiring dengan teori relativism yang memerikan semantik bandingan antara bahasa. Berdasarkan Teori Kontekstual, dikatakan bahawa sesuatu kata terikat pada lingkungan budaya dan ekologi pengguna sesuatu bahasa. Teori ini juga ada kaitan dengan teori yang diajukan oleh Sapir-Whorf dan Malinownski. Mereka berdua juga bersetuju bahawa, sesuatu kata atau simbol ujaran tidak mempunyai makna sekiranya terlepas daripada konteks. Jaringan antara makna dan tingkah laku, bahasa ialah penghubungnya. Asal usul bahasa kerana adanya jaringan sosial. Jaringan sosial ini pula sama ada menjadi punca atau penyebar bahasa ataupun tingkah laku kepada kelompok manusia ataupun budaya. Kewujudan keseluruhan jaringan ini tidakpun disedari oleh manusia sendiri. Schefer (2005:506), dalam Teori Tingkah Laku Kolektifnya menyatakan bahawa terdapat dua ciri tingkah laku. Pertama, tidak berstruktur. Kedua, spontan. Andaian yang diberikan adalah seperti berikut:

Kewujudan peribahasa adalah bersabit dan untuk memerikan tingkah laku manusia. Dengan itu, kebanyakan fungsi peribahasa adalah untuk panduan, memerikan tentang persahabatan dan persaudaraan, kegiatan ekonomi, adat, budaya, kelahiran, dan kematian. Selain itu soal budi, iktibar, nasihat, dan amaran juga diberikan. Persoalan hukuman terhadap perlanggaran dan ganjaran sesuatu tingkah laku juga diketengahkan. Peribahasa, bukannya milik bangsa Melayu semata-mata. Bangsa lain yang wujud di dunia ini, mempunyai peribahasa mereka sendiri. Masyarakat Inggeris memanggilnya dengan saying. Namun, proverbs menjadi konsep yang lebih mudah difaham dan dikenali. . Peribahasa Selanjutnya, peribahasa ialah bahasa kiasan. Terkandung di dalamnya simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, dan pepatah. Ungkapan metafora, bukan peribahasa. Namun, kategorinya tergolong dalam bahasa kiasan. Ini bermakna, peribahasa dalam makalah ini melibatkan mana-mana komponen yang termasuk dalam peribahasa. Sebagai contoh, Seperti Kera kena belacan. KALAU ADA GAMBARAJAH, JADUAL, GAMBAR, LETAKKAN, YANG BERSESUAIAN DENGAN PERNYATAAN DI ATAS.

Antara sifat umum peribahasa ialah bahasanya yang indah dan berima, susunannya yang kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika. Namun demikian, sifat utama peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya. Sehubungan itu, Ismet Fanany dan Rebecca Fanany (2003: 42) juga mengatakan: All true proverbs are metaphorical. They require that their users and hearers make a connection between the proverb and some situation in life to which its images refer.proverbs are highly culture specific and must be studied in terms ofusage as well as structure and meaning. The images that proverbs contain are inthemselves interesting and tell a great deal about the culture to which they belong. In fact, proverbs have been studied and analysed as a body of work encompassing the world view of their users. .. Jadual 1 Peribahasa Lazim di dalam Patriarch

Sumber: Patriarch, 1995. Diadaptasi oleh Jamilah Ikhsan, 2012.

Bincangkan Jadual 1 di atas.

Ungkapan

Ungkapan di dalam tugasan merujuk kepada ungkapan berbentuk metafora sahaja. Menurut, . pandangan ini dipersetujui oleh . . BINCANGKAN FAKTA YANG BERKENAAN UNGKAPAN: SAMA ADA TEMPATAN ATAU GLOBAL (DIPEROLEH DARIPADA BAHAN RUJUKAN ANDA)

Jadual 2 Ungkapan di dalam Patriach

Sumber:Patriarch, 1995. Diadaptasi oleh: Jamilah Ikhsan, 2012

HURAIKAN, TERUTAMA YANG bertulisan sendeng. Huraian ini merupakan perbincangan anda terhadap ungkapan. Di sinilah anda meletakkan bahan hujah daripada bahan bacaan rujukan anda! Kebermaknaan Sesuatu kata, ayat, frasa, ungkapan, ujaran atau apa sahaja dalam bentuk bahasa (lisan, imej, tulisan, simbol, angka, lukisan, dll.) bermakna hanya apabila ia boleh dikuantifikasikan dari segi penelahan dalam konteks. Sebarang ujaran yang tidak boleh ditelah bermakna ia bergantung sepenuhnya kepada konteks. Ditelah bermaksud, sesuatu makna dapat diteka, ditanggap, diandaikan berdasarkan konteks penggunaan. .. Budaya Berikan definisi serta huraian yang disokong oleh hujah bahan rujukan. Kaitkan antara peribahasa, ungkapan, kebermaknaan dan budaya. Berikan contoh amalan budaya daripada sama ada peribahasa atau ungkapan daripada sumber data anda.

Penutup Memahami tingkah laku sesebuah masyarakat,peribahasa boleh menjadi peranti komunikasi paling baik. Berdasarkan perbincangan tugasan ini, didapati bahawa, peribahasa lahir daripada rasa dan pengalaman dan juga

harapan bangsa tersebut. Selain itu, peribahasa ialah kemudi memahami silang budaya berbagai masyarakat di dunia ini. Kandungannya yang ringkas dan padat membuktikan kearifan dan kemahiran, juga ketajaman fikiran berbahasa, sesebuah bangsa. Ia juga menunjukkan pemerhatian halus bangsa tersebut. Ibarat yang dikemukakan di dalam peribahasa dan ungkapan tradional itu, ialah realitii dalam kehidupan masakini. Akhir sekali, perbincangan tugasan ini adalah berkaitan dengan peribahasa Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa, semua bangsa di dunia ini memiliki peribahasa dan ungkapan bermetafora.

Rujukan (Tulis senarai rujukan anda secara konsistan. Gunakan hanya satu gaya sahaja ( sama ada APA atau MLA). Gunakan yang berikut sebagai panduan. Jika bahan di dalam bahasa Melayu, tulis dalam bahasaMelayu.

Journal Article Ruzy Suliza Hashim & Nor Faridah Abdul Manaf. (2002). Ties that bind: A comparative study of two Asian women memoirists. Feminist Studies in English Literature. Vol. 10(2), 189-208.

E-journal Article Nadzrah Abu Bakar. (2007). Factors that contribute to the effective use of computers in the classroom: A case study. AsiaCall Journal Online Vol 2. Retrieved April 14, 2009 from http://www.asia-call.org/AsiaJournal2.php Nov2007 Book Ellis, R. (2003). Task-based Language Learning and Teaching. Oxford: Oxford University Press.

E-book

Author, A. A. (Year). Title of book [E-reader version, if applicable]. Retrieved from http://xxxxx Author, A. A. (Year). Title of book [E-reader version, if applicable]. doi:xxxxx

Chapter in Book Pramela K. (2007). Heeding the voices of online language learners. In Lee King Siong, Hazita Azman & Noorizah Mohd Noor (Eds.). Transforming Learning Realities in the ELT World (pp 143-153). Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Gill, S.K., Nambiar R , Noraini Ibrahim and Tan Kim Hua. (in press). Globalization and language shift in Malaysia: Representations of teaching realities. In Viniti Vaish (Ed.). Globalization of Language and Culture in Asia: The Impact of Globalization Processes on Language. Singapore: Continuum

Conference Paper / Proceedings Shahizah Ismail Hamdan. (2008, July). Science fiction minds and bodies: Reconsidering the orders of human subjectivity. Paper presented at The Novel and Its Borders. A Conference at the Centre for the Novel. Scotland: University of Aberdeen.

Thesis Nambiar, R. (2005). Language learning and language use strategies of tertiary learners for academic literary: Towards a theoretical and pedagogical model of learning. Unpublished doctoral dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.