You are on page 1of 4

ULASAN FILEM TANDA PUTERA Filem Tanda Putera yang

dijadualkan ditayang kepada rakyat di Malaysia pada 29 Ogos 2013 di seluruh negara. Filem garapan YBhg. Datin Paduka Shuhaimi Baba ini melibatkan kos pembikinan sebanyak RM4.7 juta. Beliau sendiri turut menjadi penyelidik dan penulis skrip menegaskan bahawa filem ini dihasilkan atas dasar untuk memberi kesedaran kepada rakyat

Malaysia berkaitan unsur perpaduan yang telah menjadi dan asas kepada rakyat turut

kestabilan Malaysia.

keharmonian ini

Filem

mengetengahkan peranan dan tanggungjawab berkesan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Malaysia serta pucuk pimpinan tertinggi negara pada masa itu dalam mengekalkan keharmonian berbilang bangsa di Malaysia. Baru-baru ini, pada 22 Ogos 2013, para peserta Diploma Pengurusan Awam Bil. 1/2013 Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Timur (INTIM), telah berpeluang untuk menyaksikan pra-tonton tayangan filem ini yang ditayangkan secara eksklusif di Dewan Ibnu Sina, INTIM. Sesi pra-tonton ini turut dihadiri penerbit Tanda Putera sendiri, YBhg. Datin Paduka Shuhaimi Baba, bekas Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Musa Hassan dan Pakar Sejarah dari Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam. Filem ini nyata memberikan kesedaran kepada penonton betapa susah-payah pemimpin negara dalam usaha untuk menstabilkan keharmonian dan keamanan di dalam negara selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Ia turut menampilkan banyak nilai-nilai murni yang boleh diambil dan dicontohi oleh pelapis dan pewaris pentadbiran negara seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Keseluruhan dalam filem

babak tersebut kesedaran

memberikan

kepada kita betapa negara kita pada masa itu

menghadapi situasi yang amat sukar. yang saraf kalangan Ancaman melaksanakan terutama kaum komunis gerak dalam Cina

menimbulkan kebencian kaum yang seterusnya menimbulkan rusuhan kaum 13 Mei.


Tanda Putera menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail

Perdana Menteri pada masa itu, Tunku Abdul Rahman telah membentuk Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan melantik Tun Abdul Razak untuk bagi mengetuai Mageran. Tun Abdul Razak menunjukkan usaha gigih beliau mengembalikan keharmonian negara walaupun pada masa yang sama beliau berhempas pulas melawan penyakit yang dihidapi beliau. Ini dapat dicerna oleh kita dan dijadikan pedoman dalam melaksanakan tugas yang diarahkan kepada kita. Kita boleh mencontohi sifat Tun yang berusaha gigih menyumbang bakti kepada negara walaupun beliau dalam keadaan sakit. Pemimpin sekarang perlu menyemai semangat kental sepertin yang ditunjukkan oleh Tun. Para pemimpin juga harus mempunyai rasa tidak jemu untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan akan memandu seseorang untuk membuat keputusan yang tepat. Dalam flem tersebut jelas menunjukkan Tun Abdul Razak sentiasa melengkapkan diri beliau dengan ilmu. Contohnya, setelah mengetahui beliau sakit, beliau mencari-cari sumber maklumat yang boleh beliau cerna bagi menyesuaikan pentadbiran dengan keadaan kesihatan beliau. Akhirnya beliau dapat mengembalikan semangat setelah membaca buku Pathology of Leaderships yang menceritakan perkongsian pemimpin dunia yang memimpin negara, dan dalam masa yang sama terpaksa menghadapi tahap kesihatan yang serius.

Filem ini juga menggambarkan sikap Tun Abdul Razak yang tegas dalam memberikan arahan. Babak Tun Abdul Razak yang mengarahkan jenazah Tun Dr. Ismail disemadikan di Makam Pahlawan menguatkan lagi kenyataan ini. Tun secara tegas mahu segala arahan yang telah diberikan dilaksanakan walaupun betapa susah kerja yang diberikan kepada mereka. Ketegasan Tun itu disulami dengan sikap yang rasional walaupun pada mulanya Tun Hussein mengatakan arahan beliau sukar dilaksanakan kerana kawasan Makam Pahlawan telah dipasang batu marmar. Tun Abdul Razak dengan tegas mengatakan yang marmar itu boleh dipecahkan dan arahan beliau mesti dilaksanakan. Akhirnya, jenazah Tun Dr. Ismail selamat disemadikan di Makam Pahlawan. Pemikiran luar kotak Tun Abdul Razak dalam

mengemudikan negara dan membanteras ancaman

komunis juga wajar dijadikan contoh dalam melaksanakan tugas kita. Pada masa

ancaman komunis, kerajaan telah yang mengambil sewajarnya langkah bagi

mengekang dakyah komunis di Malaysia. Salah satu

langkah yang berjaya dan menarik perhatian seluruh dunia adalah keberanian dan kepercayaan Tun Abdul Razak dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara komunis China yang pada masa itu seolah dipulau oleh negara dunia. Pemikiran luar kota Tun ini telah berjaya melonjakkan nama Malaysia di mata dunia dan pada masa yang sama berjaya menyekat pengaruh ideologi komunis di Malaysia. Nilai murni lain yang boleh dicontohi adalah menjaga amanah dan menyimpan rahsia. Ini dapat dilihat daripada sikap perahsia Tun Dr. Ismail dan Dr. Stewart C. Macpherson. Mereka secara profesional merahsiakan penyakit Tun Abdul Razak dari

pengetahuan umum setelah Tun meminta berbuat demikian. Walau sesukar mana pun mereka tetap merahsiakan perkara tersebut sehinggalah saat-saat terakhir Tun di London. Semangat setiakawan juga ditonjolkan dalam filem ini melalui persahabatan berbilang bangsa sekumpulan pelajar dan tutor di Universiti Malaya. Mereka saling melindungi sesama mereka sewaktu rusuhan kaum tercetus di Kampung Baru. Ini dapat kita contohi dalam melaksanakan kerja yang diberikan secara berkumpulan. Secara kesimpulannya, filem ini banyak memberikan impak nilai-nilai murni dan perpaduan yang seharusnya dimiliki setiap rakyat Malaysia bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara. Perpaduan negara amat penting dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia kerana perpaduan inilah yang akan membolehkan negara terus maju kehadapan dalam menghadapi persaingan dunia global. Filem ini wajar ditonton bagi melahirkan rasa semangat cintakan negara. Ini kerana filem ini digarap dengan begitu baik oleh pengarahnya, yang mana ia mampu memberikan impak yang dalam. Ia dapat dilihat apabila ada antara penonton yang tidak mampu menahan air mata mereka apabila mendengar pengumuman kematian Tun Abdul Razak. Diharapkan filem ini mampu menarik rakyat Malaysia untuk menonton dan seterusnya menghayati pengorbanan dan jerit perih pemimpin terdahulu negara dalam menyediakan negara ini dalam keadaan aman damai seperti yang kita nikmati sekarang. Sewajarnya kita mengambil pengajaran daripada filem ini untuk kita kembali bersatu padu dalam membawa agenda negara ke peringkat global.