You are on page 1of 2

Dol Said Naning 1.

Latar belakang
Naning ialah suatu kawasan yang terletak di antara Rembau dengan Melaka. Bagaimanapun, ia merupakan salah satu negeri asal yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16. Naning mula diteroka oleh orang Minangkabau yang berhijrah daripada Sumatera pada abad yang ke-13. Naning mengamalkan Adat Perpatih dan diperintah oleh seorang Penghulu yang dikenali sebagai Undang. Pusat pentadbiran terletak di Taboh. Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah. Penghulu naning yang kesembilan ialah Dato Naning Abdul Said yang dikenali sebagai Dol Said. Beliau berasal dari 1773. Beliau juga meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.Pada tahun 1831,Penghulu Dol Said telah bangkit menentang British. 2. Faktor Penentangan a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning

Pada tahun 1824 , British dan Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda . Menurut perjanjian ini , Melaka di serahkan kepada British . British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka . Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning .
b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British

British juga memperkenalkan peraturan penghulu yang menggugat kuasa Dol Said . Peraturan ini melarang penghulu ( Dol Said ) untuk membicarakan kes jenayah . Pada tahun 1828 , Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning . Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak mematuhi arahan British .
c) Menentang Bayaran Cukai

Melalui undang-undang 1830 , British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan .
(iii)Proses Penentangan Pada 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka. British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan. Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau turut menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Shaaban. Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. British sedar Naning sukar dikalahkan. Oleh itu, British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning. Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning. British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning. Pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan

Naning. Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar. Akhirnya, Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British. Pihak Naning tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang jitu, akan tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera mereka seperti dijanjikan kepada Naning. Pada masa yang sama juga, pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak British mengenai kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan dengan menaburkan tulang babi dan anjing kekawasan sempadan Naning. (iv)Kesan Penentangan British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. Penentangan British di Naning menyebabkan British kerugian sebanyak 100000 paun sterling. Walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat perjuangan di kalangan bangsa Melayu.