You are on page 1of 2

Nota geografi

Bab 10 Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

1.

Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah dari 18.4 juta (tahun 1991) menjadi 23.7 juta pada tahun 2000. 2. Perubahan penduduk akan meningkatkan pertambahan permintaan keperluan asas. Kesan seterusnya menyebabkan sumber semula jadi seperti tanah, hutan, dan air semakin teruk. Sumber Kesan Pertambahan Penduduk Langkah-langkah mengatasinya i. Pemulihan kesuburan tanih dengan; Penggunaan baja kimia dan organik yang kaya dengan bahan nitrat dan potassium Amalan tanaman bergilir. ii. Pencegahan hakisan tanah melalui; Pertanian teres di cerun bukit seperti Cameron Highland dan Kundasang Sabah. Tanaman tutup bumi seperti rumput dan kekacang. Baik pilih kawasan bekas lombong dan ditanam buahbuahan seperti jambu batu, limau barli, belimbing, betik dan pisang di Kampar dan bidor perak.

Tanah-Tanih

i.

ii. iii.

Menggunakan pertanian intensif di kawasan tanah alluvium yang subur di Dataran Kelantan untuk meningkatkan produktiviti padi. Pembinaan empangan membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Projek tebus guna kawasan-kawasan berikut; Kawasan berpaya di Paya Besar, Pahang untuk penanaman padi. Kawasan pinggir pantai di Juru dan Perai (Pinang) untuk tapak perindustrian. Kawasan pantai di Batu Maung (Penang) untuk tapak perumahan. Kawasan pantai Penang untuk projek jalan raya Pinggir Pantai atau Coastal Highway. Kawasan beralun yang mempunyai tanih laterit dan saliran baik ditanam dengan getah dan kelapa sawit.

Hutan

i. Permintaan terhadap kayu balak meningkat untuk membina petempatan. ii. Habitat hidupan liar musnah dan banyak sepsis haiwan hamper pupus. iii. Bekalan kayu keras untuk masa hadapan berkurangan khasnya sepsis

Pemeliharaan iaitu usaha merancang, mengurus dan melindungi sumber semula jadi manakala pemuliharaan merujuk kepada usaha baiki pulih sumber yang telah
1

Nota geografi

iv.

v.

merbau, cengal, seraya, dan jelutong. iv. Hakisan tanah bertambah kerana sinaran matahari terik sampau ke bawah menyebabkan tanah menjadi peroi dan mudah dihakis. Kawasan tadahan air berkurangan dan boleh menyebabkan krisis air.

dieksploitasikan dijalankan seperti Sistem Pengurusan Terpilih(SPT) di Sandakan Sabah dan Sri Aman Sarawak di mana pokok yang cukup matang akan ditebang sahaja. Akta Perhutanan Negara dikuatkuasakan pada 1984 di mana 30% hutan asli diwartakan sebagai Estet Hutan Kekal. Pembentukan Taman Negara yang meliputi kawasan seluas 12.5 juta ekar sebagai kawasan perlindungan hidupan liar seperti Taman Negara Sepilok (orang utan), Taman Negara Endau-Rompin(Badak Sumatera) dan lain-lain.

Air

i. Persaingan yang tinggi dalam permintaan sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian seperti air sungai Klang (domestik dan perindustrian) dan air sungai di Dataran Kedah-Perlis(pertanian dan domestik). ii. Pembuangan sisa industri dan sampah sarap menyebabkan pencemaran sungai.Contoh sisa kilang dari kawasan Perai mencemari sg.Juru. iii. Pembinaan empangan besar seperti Empangan Temenggor di Perak dan Empangan Kenyir di Terengganu mengganggu ekosistem kawasan tersebut.

Di Malaysia pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan sumber air.Antaranya; Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 untuk mengawal kualiti air sungai. Akta Kawalan Pencemaran Pencemaran Air Sungai diluluskan pada tahun 1979 di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang bertanggugjawab dalam memastikan sisa kilang tidak mencemari sungai. Rawatan air kumbahan oleh Indah Water Konsortium.

You might also like