You are on page 1of 5

_______________________________________________________ SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR, PARIT BUNTAR KERTAS KERJA PROGRAM BULAN SAINS DAN MATEMATIK SAINS

DAN MATEMATIK MELESTARIKAN KEHIDUPAN 18 SEPTEMBER 2013

1.0 PENDAHULUAN Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Parit Buntar dengan bertemakan Sains dan Matematik Melestarikan Kehidupan. Ia merupakan satu program tahunan Persatuan Sains dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua murid untuk menghayati dan memahami mata pelajaran Sains dan Matematik. Program program ini telah dirancang agar ia mampu memberi perangsang kepada murid-murid supaya menanam minat dan sayangkan mata pelajaran Sains dan Teknologi serta Matematik dan juga dapat melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif. 2.0 MATLAMAT 2.1 Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. 2.2 Melatih murid murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan. 2.3 Untuk melahirkan murid murid yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.

2.4 Melahirkan murid murid yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep 1 Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. 3.2 Membuka minda murid bahawa Sains dan Matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka dalam kehidupan. 3.3 Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda. 3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa PdP di dalam bilik darjah. 3.5 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar dari tahun 1 hingga Tahun 6 dan warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Parit Buntar. 5.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Hari Masa Tempat : 18 September 2013 : Rabu : Mengikut Pelan Perancangan Aktiviti : Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Parit Buntar

6.0 ATUR CARA PROGRAM 18 September 2013 ( Rabu ) 1.00 1.30 petang 1.30 3.00 petang Pendaftaran peserta Aktiviti mengikut stesen

Stesen A Mengapungkan klip kertas menggunakan air Stesen B - Menimbang objek dengan alat penimbang dan merekod ke dalam borang jawapan. Stesen C- Membina litar elektrik Stesen D Melengkapkan jadual sifir. Stesen E Gunung berapi Stesen F Menyelesaikan masalah yang melibatkan aktiviti harian. 3.00 3.30 petang Majlis penutup

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Keseluruhan belanjawan yang diperlukan adalah RM 76.00. Kos ini mencakupi penyediaan alatan, borang jawapan, kertas soalan yang akan dibekalkan kepada setiap murid sepanjang perlaksanaan aktiviti tersebut.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI PN RUHAYAH BT HASSIM (GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI TN. HJ JAMALUDDIN BIN JALI (GPK KO-Ku) NAIB PENGERUSI 1 EN HARUN BIN YAHYA (GPK 1) NAIB PENGERUSI 2 EN ABD RAMAN BIN HAMID (GPK HEM) PENYELARAS PN ZUNAIDA BT SAAD

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA AHLI JAWATANKUASA Majlis Perasmian Penutup GURU BERTUGAS Pn Salina bt Musa PERINCIAN TUGAS

1. Merancang acara yang akan dijalankan Pn Aida Shahniza bt semasa perasmian. Mohamad 2. Menyediakan peralatan perasmian. 3. Menguruskan perjalanan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Pengacara Majlis

Guru Bertugas Pn Norazimah Bt Ismail

1. Mengacarakan Majlis Perasmian dan Penutup Program.

Buku Program

En. Rozaimin bin Mustaffar Pn Saaudah bt Shariff

1. Menyediakan buku program sebelum Majlis Perasmian. 2. Mengedarkan buku program semasa Majlis Perasmian. 1. Merancang aktivitiaktiviti yang akan dijalankan 2. Menyiapkan peralatan yang diperlukan semasa akviti.

Peralatan / Aktiviti

Cik Wan Ni Aswani bt Mohd Nazin Pn Norimah bt Hussin En. Jora bin Sulaiman Cik Azirah bt Bahari

Hadiah

Pn Zarina bt Dahaman Pn Fauziah bt Wahab Pn Norlaila bt Abu Mansur

1. Menyediakan semua hadiah untuk pemenang. 2. Menguruskan penyampaian hadiah semasa Majlis Penutup. 1. Mengambil gambar setiap aktiviti yang dijalankan.

Jurufoto

Pn Rosnani bt Salleh

Hakim

Pn Noratikah bt Hassan 1. Memantau perjalanan Pn Norharyati bt Md aktiviti. Shaharudin 2. Mengira markah yang dikumpul bagi setiap kumpulan.

9.0 PENUTUP Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan dan diluluskan oleh,

...............................................

..........................................