You are on page 1of 1

Aktiviti Gotong-royong di Sekolah (Laporan)

Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Sebagai ketua murid, tulis laporan tentang aktiviti tersebut.

Laporan Aktiviti Gotong-royong di SJK(C) Meng Hwa Pada 10 Februari 2011, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotongroyong. Aktiviti itu diadakan untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Muridmurid membawa pelbagai alat. Antaranya ialah penyapu, baldi, kain buruk dan sebagainya. Pada pukul 8.30 pagi, Guru Besar memberikan taklimat. Selepas itu, aktiviti gotong-royong bermula. Guru membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya ialah menyapu sampah, membersihkan longkang , menanam pokok bunga dan sebagainya. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing . Cuaca pada hari itu panas terik . Namun , kami tidak merungut dan mencuri tulang . Kami bermandi peluh semasa menjalankan tugas. Selepas 2 jam, kami berasa penat dan lapar. Kami berehat sambil menikmati makanan di kantin. Selepas berehat, kami terus menyiapkan tugas dengan rajin seperti semut . Pada pukul 3.00 petang, aktiviti gotong-royong tamat. Kawasan sekolah menjadi bersih dan cantik seperti istana . Pada pukul 4.00 petang, murid-murid pun pulang ke rumah. Aktiviti gotongroyong ini amat bererti kerana mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.

Laporan disediakan oleh, FEBRUARI 2013 __LIM MEI MEI____ ( LIM MEI MEI ) Ketua Murid, Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Meng Hwa.

20

You might also like