DISEDIAKAN OLEH : RAZNIZA BT MOHAMMAD Pengertian :
Komunikasi visual ialah ilmu yang
mengembangkan bentuk bahasa komunikasi visual yang merupakan pengolahan maklumat-maklumat tertentu untuk tujuan komersial, dari individu atau kelompok yang ditujukan kepada individu atau kelompok lain. Komunikasi Visual adalah ilmu yang mempelajari konsep komunikasi dan ungkapan kreatif, teknik dan media untuk menyampaikan maklumat, arahan dan sebagainya secara visual, termasuk audio dengan mengolah elemen grafik seperti bentuk dan gambar, huruf dan warna, serta tata letaknya, sehingga sesuatu maklumat dapat diterima oleh sasarannya.(orang ramai) Berkaitan dengan penggunaan simbol, tanda-tanda (signs), gambar, lambang, ilmu dalam penulisan huruf (tipografi), ilustrasi, dan warna yang kesemuanya berkaitan dengan pancaindera penglihatan. Komunikasi visual berlaku melalui : b. Poster c. Simbol d. Warna e. Logo f. Maskot g. Tipografi h. Pembukusan i. Dan lain-lain. Contoh-contoh simbol yang mempunyai tujuan tertentu yang menggerakkan komunikasi visual. Proses komunikasi disini melalui eksplorasi (penerokaan) idea-idea dengan penambahbaikan seperti penggunaan foto, diagram dan lain- lain serta warna selain penggunaan teks sehingga akan menghasilkan kesan terhadap pihak yang melihat.( faham mesej yang ingin disampaikan) Lampu isyarat merupakan salah satu contoh penggunaan warna dalam komunikasi visual. Kesan daripada komunikasi visual yang dihasilkan bergantung kepada tujuan yang ingin disampaikan oleh penyampai dan juga kemampuan dari penerima untuk menguraikannya. Poster dan maskot juga merupakan antara penggerak komunikasi visual. Prinsip
maklumat visual yang hendak
disampaikan harus kreatif (asli, luwes dan lancar), komunikatif, efisyen dan efektif, sekaligus indah/ estetik. Logo juga merupakan salah satu aspek dalam bidang komunikasi visual. Bibliografi