Topik X Hukum Mad

4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat; 1. Menyatakan definisi mad dan huruf-hurufnya; 2. Menghuraikan nama setiap jenis mad, sebab-sebabnya dan kaedah bacaannya; 3. Menjelaskan contoh dan bacaan yang tepat bagi setiap hukum mad; dan 4. Menerangkan kepentingan memelihara bacaan al-Quran. tingkatan-tingkatan mad dalam

X PENGENALAN
Topik ini akan membicarakan tentang hukum-hukum mad merangkumi pengenalan huruf-huruf mad dan sebab-sebab berlakunya mad. Hukum mad akan berubah apabila terdapat sebab berlainan. Misalnya jika sebabnya adalah hamzah ia mempunyai hukum yang tertentu dan begitu juga jika sebabnya ialah sukun ia mempunyai nama-nama yang tertentu. Kepentingan hukum mad ini dalam bacaan ialah kerana terdapat athar yang menyatakan tentang teguran Abdullah Ibn MasÊud r.a. berhubung bacaan seorang lelaki yang tidak membaca dengan kadar yang sepatutnya di hadapan beliau. Di samping itu, dalam topik ini juga diterangkan tentang isu-isu yang berlaku seperti urutan kekuatan dan kedaifan mad dan juga kesamarataan mad yang perlu dilakukan dalam bacaan.

56

X TOPIK 4 HUKUM MAD

4.1

PENGANTAR HUKUM MAD

Hukum mad adalah antara tajuk yang terpenting dalam bacaan al-Quran. Kefahaman tentang tajuk ini dapat dilihat apabila seseorang itu membaca alQuran sama ada ia telah membaca hukum mad dengan kadar harakat yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Justeru, kefahaman tajuk ini adalah amat penting. Adakah anda telah menguasai hukum mad?

4.1.1

Definisi Mad dan Qasar

Mad dari sudut bahasa bermaksud pertambahan. Dari sudut istilah Qurra, ia bermaksud memanjangkan suara dengan menyebut satu huruf daripada hurufhuruf mad dan lin dan kadarnya ialah lebih panjang daripada mad tabiÊi ketika wujudnya sebab-sebab tertentu. Qasar dari sudut bahasa pula bermaksud menahan atau melarang. Di sisi ulama QurraÊ, ia bermaksud menetapkan dan mengekalkan huruf mad dan lin tanpa pertambahan suara padanya disebabkan tidak wujud sebab-sebab (dipanjangkan huruf tersebut) atau ia adalah mad tabiÊi yang tiada pertambahan panjangnya. Mad adalah bacaan huruf yang lebih daripada dua harakat. Manakala qasar adalah bacaan huruf dengan kadar dua harakat. Bukanlah dimaksudkan dengan qasar tidak memanjangkan bacaan langsung. Ini kerana ia akan menyebabkan pembuangan huruf daripada al-Quran dan ia tidak harus dilakukan.

4.1.2

Huruf-huruf Mad dan Lin

Mad mempunyai tiga huruf yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Hurufhuruf ini dinamakan huruf mad dan lin disebabkan panjangnya suara dengannya, mudah untuk disebut dan tidak memberatkan sebutannya. Huruf-huruf mad adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

Hendaklah diketahui bahawa apabila disebut huruf mad. ƪȈ̺ÈƦÌdz¦ . (a) Alif Sakinah Hendaklah alif itu sakinah dan sebelumnya huruf yang berbaris di atas. NJ Ê » Ì È Ç Ìȇǂ ȺÉǫ . di dalam Surah alFatihah: 1 Huruf-huruf mad berserta dengan syarat-syaratnya terkandung di dalam firman Allah di dalam Surah Hud: 49 Ê ƢȀȈ È ƷȂÉǻ . Contohnya. . maka termasuk di dalamnya huruf-huruf mad dan lin. Surah al-Baqarah: 5 À É ǴǨ É Ê Êǂ Ê ȈƷ Ƕ ċdz¦ dan 6 ǶȈ È ǬÈƬLjÉŭ¦. (c) YaÊ Sakinah Sebelumnya huruf berbaris di bawah. di dalam Surah Yusuf: 10 (b) Ê ÊdzƢºǷ ¾Ƣ È Èǫ . Huruf-huruf lin sebanyak dua huruf iaitu huruf wau sakinah dan ya sakinah yang sebelum kedua-duanya adalah huruf yang berbaris di atas.1: Huruf. Contohnya di dalam Surah Quraish: 2-4 Ç Ȃƻ. di dalam Ê Ì ǸÌdz¦ . maka ia adalah huruf lin yang dua iaitu ya dan wau. Surah al-Fatihah: 4 Ǯ È Wau Sakinah Sebelumnya adalah huruf yang berbaris di hadapan. Contohnya. Êƚ Surah al-Baqarah: 3 À È ȂÉǼǷ È ȂƸ Ì Éºȇ .TOPIK 4 HUKUM MAD W 57 Rajah 4.2). Contohnya.huruf mad Mari kita lihat huruf-huruf tersebut satu persatu. Namun apabila disebut huruf lin. tidak termasuk huruf mad (rujuk Rajah 4.

58 X TOPIK 4 HUKUM MAD Rajah 4. Kadar panjang bacaan mad tabiÊi ialah dua harakat. Tidak akan sempurna bacaan sesuatu kalimah kecuali dengan menyebutnya. Ia tidak memerlukan sebab-sebab tertentu. Iaitu dengan cara membuka genggaman dua jari tangan atau menggenggamnya dengan kadar yang sederhana.2: Huruf lin 4.2. jenis-jenis mad asli dan akhir sekali jenisjenis mad yang termasuk di dalam mad asli. Iaitu sesuatu yang tidak akan sempurna sebutan sesuatu huruf mad kecuali dengannya. Tanda mad asli ialah wujudnya salah satu daripada tiga huruf mad yang telah dibincangkan dan tidak didahului dengan huruf hamzah serta tidak wujud selepasnya huruf hamzah atau sukun. 4. Subtopik ini akan menjelaskan definisi.1 Definisi Mad Asli Mad asli juga dikenali dengan mad tabiÊi. Tidak terlalu cepat atau perlahan. .2 PENGANTAR MAD ASLI Subtopik ini akan membincangkan pengantar mad asli dengan lebih mendalam.

3. Huruf-huruf hijaÊiyyah di permulaan surah ini terkandung di dalam rangkaikata °ȂȀǗ ȆƷ. iaitu: .2. Ǯ È Ƕ È ȆÊǴǷÉ Ì ¢Â Ì ÉŮ È .2 Jenis-jenis Mad Asli Mad asli terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4. Surah al- Termasuk di dalam jenis ini juga adalah huruf-huruf hijaÊiyyah di permulaan surah-surah.3: Jenis-jenis mad asli Mari kita lihat jenis-jenis tersebut dengan lebih lanjut. Surah Toha: 1 ǾǗ (b) Huruf mad yang kekal dan tetap apabila waqaf dan hilang atau dibuang ketika wasal. Begitu juga sama ada ia Ê ÊǼȈǸ Ê ȈÊƥ atau tidak al-Quran) contohnya Ǿ È Ê ÊǼȈǸ Ê ȈÊƥ Ǿ È . Sama ada mad asli itu di pertengahan atau hujung ayat. Iaitu huruf-huruf yang terdiri daripada dua huruf dari sudut ejaannya dan huruf kedua adalah huruf mad. Ia adalah daripada jenis mad tabiÊi kalimi. Contohnya di dalam Surah al-Fatihah: 4 Syams: 1 ƢǿƢ É ÈƸ ÈǓ È Ê ÊdzƢºǷ Ǯ È dan Surah al-Insyiqaq: 7 dan Surah al-Qalam: 45 ada dalam rasm (bentuk penulisan Ê ÊdzƢºǷ . Jenis ini mempunyai beberapa keadaan. (a) Huruf mad yang tetap dan kekal sama ada ketika waqaf ataupun wasal. Rajah 4. Contohnya: Huruf alif di dalam firman Allah di dalam Surah al-Baqarah: 1 Ѧ.TOPIK 4 HUKUM MAD W 59 4. Ia dinamakan mad tabiÊi harfi.

Contoh bagi huruf alif di dalam Surah Ê ċǴÊdz al-Naml: 15 Ǿ ƾ Ì ÈȏƢÈǫ ÉǸ Ì Èū¦ È . 66 ÈȏȂLJ È . Ia juga dikenali dengan mad silah. contoh huruf wau di dalam Surah al-IsraÊ: 110 Ê° Ê Éǫ dan contoh bagi huruf ya di dalam Surah Toha: 6 µ Ǿ Ì Dz È ËǴdz¦ ̦ȂÉǟ®¦ ÌÈȋ̦ ĿÊ ƢǷ È È. Ê ƢǸȈÊǴǟ À ċ ʤ.2. Contohnya di dalam Surah al-Mulk: 26 ś Č Æ ÊƦǷ ĺ ď° È ÉǾċǴdz¦ . .60 X TOPIK 4 HUKUM MAD (i) Berhenti pada huruf mad tabiÊi iaitu huruf alif.3 Jenis-jenis Mad yang Termasuk di dalam Mad Asli Termasuk di dalam kategori mad asli beberapa jenis mad yang lain. Ini menandakan tidak dibaca alif tersebut ketika wasal dan dibaca ketika waqaf. kesemua mad ini termasuk di dalam kategori mad tabiÊi. Surah a-Ahzab: 10 Ê ċʤ ǂȇ Æ ǀÈǻ ƢÈǻÈ¢ ƢÈŶ È . Di atas huruf alif itu terdapat sukun yang berbentuk bulat. Tanda mad silah adalah huruf wau kecil selepas haÊ berbaris di hadapan dan huruf ya kecil selepas haÊ berbaris di bawah. Alif yang diganti daripada tanwin berbaris di atas. Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4. Contohnya di dalam Surah al-IsraÊ: 1 Ȃ É ÉǾċǻʤ Èǿ dan Surah al-Insyiqaq: 15 Ê ÊÊ ¦Ś Å ǐÈƥ Ǿƥ. al-Kahfi: 38 Ê ċǴdzƢÊƥ À ƢÈǻȂÉǼČǜdz¦ Ǿ È ȂČǼÉǜÈƫ ċdz¦ ƢÈǼǠ Ì ÈǗȢ Éǂ È . Pada hakikatnya. ƢǸȈ È ÈǾċǴdz¦ À È Å È È Ƣǯ Å ǰƷ Perkara ini berlaku (ii) Berhenti pada kalimah-kalimah yang mempunyai huruf alif.4. Ini disebabkan beberapa perkara yang membolehkan ia menjadi mad tabiÊi. HaÊ alkinayah ini dimadkan berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Ulama Qurra telah meletakkan pelbagai nama bagi jenis-jenis mad ini. ȐȈÊƦLj ċ dz¦. Huruf haÊ pada sesuatu kalimah yang mempunyai mad silah dinamakan haÊ al-kinayah. 4. Contohnya dalam firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab: 1 apabila diwaqafkan padanya. 67 Ê Ȃ É ƢċǼǰċdz Èǿ ƢÈǻȂČǴǓÈ È ƘÈǧ (iii) Berhenti pada salah satu huruf mad yang tiga. untuk mengelakkan pertembungan dua huruf sakin. (c) Huruf mad asli yang kekal dan tetap ketika wasal dan hilang atau dibuang ketika waqaf.

Wajib didatangkan bagi memisahkan di antara dua huruf wau. Contohnya di dalam Surah al-NabaÊ: 10 Ê ȈċǴdz¦ ƢǼǴÌ ǠƳ ƢLJƢ Å ÈƦdz Dz È Ì È ÈÈ È . (c) Mad al-Âiwad: Ia merupakan mad tabiÊi yang terhasil ketika waqaf pada kalimah bertanwin berbaris di atas. Dengan kata lain. Dibaca denga kadar dua harakat.TOPIK 4 HUKUM MAD W 61 Rajah 4. HaÊ ini juga dikenali dengan mufrad muzakkar ghaib (ganti nama bagi seorang lelaki yang diceritakan). Asal haÊ ini adalah berbaris di hadapan.4: Jenis-jenis mad dalam mad asli Mari kita lihat jenis mad tersebut dengan lebih lanjut. Atau bagi memisahkan di ©Ƣ ÈÈ È È ǐ ÊÌǷ antara dua huruf yaÊ. ataupun membuang salah satu daripada dua huruf tersebut. Contohnya di dalam Surah Fussilat: 12 ś ÈȂ Ì ºÈȇ ĿÊ. Contohnya di dalam Surah al-Baqarah: 102 di dalam Surah al-Baqarah: 26 (b) Ǿdz. (a) Mad silah sughraÊ (haÊ al-kinayah): Ia adalah huruf haÊ yang merupakan ganti nama (domir) yang ditambah ke dalam sesuatu kalimah. Jika sebelumnya berbaris di bawah atau sebelumnya huruf ya sakinah. maka haÊ itu berbaris di bawah. Wujud mad tamkin ini adalah untuk mengelakkan daripada diidghamkan keduadua wau atau ya. untuk membolehkan penyempurnaan sebutan kedua-dua wau atau ya tanpa idgham atau dibuang. Contohnya Ǿƥ dan Surah al-Mutoffifin: 13 ǾƦǴǟ Mad al-tamkin: Ia adalah mad tabiÊi. Contohnya di dalam Surah al-Baqarah: 25 Ê ċ dz¦ ̦ȂÉǴǸ Ê ūƢ Ê ǟ ̦ȂÉǼǷ¡.

1 1. lima atau enam harakat. Contohnya di dalam Surah al-AnbiyaÊ: 87 Allah SWT. Sila huraikan tiga mad yang mempunyai persamaan bacaan dengan mad asli. Sebab-sebab mad far`ie adalah: (a) Sebab Lafzi Iaitu sebab-sebab lafaz yang mengubah panjang mad tabiÊi lebih daripada dua harakat.3 PENGANTAR MAD FAR`IE Asas utama mengenali hukum mad ialah mengetahui huruf-huruf mad dan sebab-sebabnya.1 Definisi Mad Far`ie Mad far`ie adalah mad yang lebih panjang daripada mad asli kerana beberapa sebab di samping adanya salah satu daripada huruf mad yang tiga. 2. Hukum-hukum Mad Far`ie Berdasarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan. 4. (b) Ǯ È ÈǻƢƸ È ƦÌLJ É. Sebab ini terbahagi kepada dua. Terangkan tiga huruf mad serta syarat-syaratnya. Perkara ini merupakan kebiasaan orang Arab. Antara sebab yang dimaksudkan ialah hamzah. Sebab MaÊnawi Sebab maÊnawi bertujuan untuk berlebih-lebihan atau bersangatan di dalam penafian.5. iaitu hamzah dan sukun. Kecuali jika wujud beberapa sebab hingga menjadikan mad tersebut mempunyai kadar bacaan empat. Perlu diingat bahawa kalimah yang mempunyai huruf mad dan bersamanya terdapat hamzah ia terhasil satu hukum mad iaitu mad muttasil. ƪǻÈ È ¢ ċȏʤ ÈǾÈdzʤ Èȏ Iaitu berlebih-lebihan dalam menafikan kewujudan tuhan selain .62 X TOPIK 4 HUKUM MAD SEMAK KENDIRI 4. hukum mad far`ie terbahagi kepada tiga iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4. Mad asli panjangnya tidak melebihi mad tabiÊi iaitu sebanyak dua harakat. Adakah anda membaca al-Quran mengikut kaedah ini? 4.3.

3. wajib agar jangan beriktiqad bahawa qasar muttasil itu harus . (b) (c) 4. mad jaiz munfasil. Lazim Hukum ini khas bagi mad lazim sahaja. Al-Hafiz Ibn al-Jazari pula menyatakan. mad badal dan mad silah kubra. Sebab penamaan wajib pula ialah kerana wajib memanjangkannya lebih daripada kadar mad asli. Iaitu mad ini melazimi panjangnya sebanyak enam harakat dalam semua keadaan. Seluruh QurraÊ berpendapat wajib memanjangkan bacaan pada mad ini tetapi mereka berselisih pandangan dalam menentukan kadarnya. Sebab penamaan ini dengan muttasil kerana bersambung hamzah dengan huruf mad dalam kalimah yang sama. Berikut adalah perincian jenis-jenis mad tersebut. (a) Mad Wajib Muttasil Mad wajib muttasil ialah apabila selepas huruf mad terdapat hamzah di dalam satu kalimah.TOPIK 4 HUKUM MAD W 63 Rajah 4.2 Pembahagian Mad Far`ie Disebabkan Hamzah Mad far`ie disebabkan hamzah terbahagi kepada mad wajib muttasil.5: Hukum-hukum mad far`ie (a) Wajib Hukum ini khas kepada mad muttasil sahaja. kadar panjang mad tidak boleh kurang daripada tiga harakat. mad Âaridh li al-sukun dan mad albadal. Menurut Muhammad Makki Nassar secara umumnya. Ini kerana kesemuanya harus dibaca secara mad atau qasar. Harus Hukum ini khas bagi mad munfasil. Iaitu wajib memanjangkannya melebihi mad tabiÊi berdasarkan kesepakatan semua ulama QurraÊ.

.a. iaitu: (i) Hamzah yang berbaris di atas seperti Surah al-Zariyat: 47 pilihan iaitu empat harakat. (ii) Hamzah yang berbaris di bawah seperti di dalam Surah al-Syams: 5 Ç Ê Ê ǸÈdz Ƣċǻʤ ƾ À È ȂÉǠLJȂ É È ÌȇÈƘƥ.. Pembahagian mad wajib muttasil yang hamzahnya berada di hujung kalimah kepada tiga bahagian. lima harakat atau enam harakat.64 X TOPIK 4 HUKUM MAD di sisi ulama QurraÊ. x x x x x Ketika waqaf pada kalimah ini. berkata: Bukan cara ini Rasulullah SAW mengajar aku membacanya. Terdapat dari Ibn MasÊud r. Semua rijal isnadnya adalah dipercayai dan al-Tabrani telah meriwayatkannya di dalam kitab alMuÊjam al-Kabir... Lelaki tersebut membaca.a. kadar empat harakat adalah diutamakan dalam bacaan.. Kadar bacaan mad muttasil ialah empat atau lima harakat sama ada ketika wasal atau waqaf. Al-Hafiz berkata sesungguhnya aku telah mengkaji tentang qasar muttasil dan aku tidak mendapatinya dalam bacaan yang sahih dan tidak pula di dalam bacaan syazzah. yang sampai kepada Nabi Muhammmad SAW . Namun begitu menurut Sheikh al-Marsofi di dalam kitabnya Hidayah al-Qari. Tetapi aku melihat satu nas yang membaca dengan cara memanjangkan pada mad muttasil. Empat harakat bersama dengan al-raum. ƢǿƢ ċ dz¦Â È ÈǼºȈ̺ÈǼºÈƥ  ƢǸ ÈLj È Ketika waqaf pada kalimah ini. Selain itu diharuskan wajah ketiga ketika waqaf iaitu dengan kadar enam harakat. Hadis ini menjadi hujah dan nas di dalam topik ini. Iaitu kadar: Empat harakat bersama dengan sukun al-mahdhi. dan Enam harakat bersama dengan sukun al-mahdhi. Lalu Ibn MasÊud r. telah bercerita kepadaku MasÊud bin Yazid al-Kindi berkata: Adalah Ibn MasÊud mengajar al-Quran kepada seorang lelaki. . terdapat lima wajah pilihan yang harus dibaca. Lelaki tersebut bertanya: Bagaimanakah Rasulullah SAW mengajar kamu membacanya wahai Aba Abdul Rahman? Lalu Ibn MasÊud membacanya secara mad. terdapat tiga wajah ƢǿƢ ċ dz¦Â È ÈǼºÈƥ ƢǷ ÈÂ È  ƢǸ ÈLj È. Lima harakat bersama dengan al-raum. Lima harakat bersama dengan sukun al-mahdhi.tanpa mad.

Enam harakat bersama sukun al-mahdhi. Lima harakat bersama sukun al-mahdhi.6): x x x x x x x x Empat harakat bersama sukun al-mahdhi. Sebab penamaannya dengan jaiz pula kerana QurraÊ telah berselisih pandangan dalam kadar bacaannya sama ada dengan mad atau qasar dua harakat. Empat harakat bersama al-isymam. Ketika waqaf pada kalimah ini terdapat lapan È Ƿ  ƢȀ wajah bacaan yang harus dibaca iaitu (rujuk Rajah 4. Sebab penamaan mad ini dengan munfasil kerana perpisahan di antara huruf mad dengan hamzah dalam dua kalimah. Enam harakat bersama al-isymam.TOPIK 4 HUKUM MAD W 65 (iii) Hamzah yang berbaris di hadapan seperti di dalam Surah al-Baqarah: Ê Ǩ Ê Ǽdz¦ Ǻ 142 ²Ƣċ ÉǬ Č dz¦ ¾Ȃ É ºÈȈLJ È ÈLj È .6: Lapan pilihan hamzah yang berbaris di hadapan (b) Ocf Jaiz Munfasil Mad jaiz munfasil ialah apabila terdapat huruf mad di akhir kalimah dan hamzah pula berada di permulaan kalimah berikutnya secara wasal. Lima harakat bersama al-isymam. dan Lima harakat bersama al-raum. Rajah 4. Kerana itulah maka harus bacaannya dengan kadar empat atau lima harakat melalui . Empat harakat bersama al-raum.

(tulisan).66 X TOPIK 4 HUKUM MAD Tariq al-Shatibiyyah. tetapi hukumnya adalah munfasil. Seperti dalam Surah al-Baqarah: 4 Ǯ ÈDŽ ÈDŽ È ǴƦ̺Èǫ ǺǷ È ȈÌÈdzʤ ¾ È ÈǮ Êċ Č Ǻȇ È ºȇÈ¢ ƢÈȇ .1: Nama Mad dan Surah dan Ayatnya Nama Mad Mad Lazim Mad Muttasil Mad Munfasil Surah Al-Maidah: 2 Al-Mumtahinah: 4 Yusuf: 16 Ayat Mad ÂAridh Li al-Sukun Al-RaÊd: 29 Perkara yang penting di sini ialah seluruh mad yang disebut itu. Hakikatnya ialah huruf ya. Juga harus dibaca dengan dua harakat melalui Tariq al-Tayyibah. . Seperti di dalam Surah al-Taubah: 119 È ǾËǴdz¦ ̦ȂǬ É ºċƫ¦ ̦ȂÉǼǷ¡ È Di sini. (c) Mad Badal Mad badal ialah apabila hamzah mendahului huruf mad dalam satu kalimah dan tidak ada selepas huruf mad tersebut hamzah atau sukun. walaupun bersambung secara zahir. ia ditulis dengan bersambung. iaitu: (i) Al-infisal al-hakiki iaitu apabila huruf mad berada di akhir kalimah dan hamzah pula di awal kalimah berikutnya secara infisal dari sudut rasm Ê Ê¾ Ê ǻÉ¢ ƢǷ Ê ǻÉ¢ ƢÈŠÊ. Perkara ini berlaku kerana mengambil kira urutan kekuatan mad di mana pembaca mestilah mendahulukan mad yang kuat daripada mad badal.1). Pembahagian mad munfasil dipecahkan kepada dua bahagian. ya al-nidaÊ walaupun ia adalah kalimah yang berasingan tetapi dari sudut tulisannya. È ǀdz¦ ƢȀ (ii) Al-infisal al-hukmi iaitu apabila huruf mad bersambung dengan hamzah dari sudut tulisan tetapi berpisah dari sudut hukum. dinyatakan tidak ada selepas huruf mad itu hamzah atau sukun (rujuk Jadual 4. meskipun terdapat mad badal di dalam kalimah-kalimah yang dinyatakan tetapi mad badal di dalam seluruh kalimah tersebut telah terbatal. Dalam takrifan tersebut. Jadual 4.

maka dimasukkan huruf yaÊ kecil dengan syarat selepasnya ialah huruf hamzah. Ketika ini ditukarkan hamzah kedua kepada wau sakinah. ƢǻƢǸƟ¤ .TOPIK 4 HUKUM MAD W 67 Bentuk-bentuk mad badal adalah dalam tiga keadaan: (i) Hamzah pertama berbaris di atas. yang merupakan sumber rujukan al-Shatibi. Seperti ƢǻƢŻ¤ yang asalnya ialah (iii) Hamzah pertama berbaris di hadapan. . sebelumnya terdapat huruf berbaris dan selepasnya juga huruf berbaris. Ia dikuatkan lagi oleh al-Sofaqusi pengarang kitab Ghaithu al-NafÊiÊ yang telah menegaskan bahawa perkara ini wajib diambil perhatian untuk menjauhkan daripada percampuran riwayat dan bacaan yang tidak tepat. Hukum bacaannya ialah dipanjangkan haÊ al-kinayah tersebut dengan empat atau lima harakat mengikut kadar mad jaiz munfasil. Isu-isu dalam Mad yang Disebabkan Hamzah (a) Perlu diambil perhatian bahawa mad wajib muttasil dan mad jaiz munfasil diharuskan membacanya dengan empat atau lima harakat. Maka dimasukkan huruf wau kecil (ilhaq wau) atau haÊ domir berbaris di bawah. Seperti (d) ¦Ȃƫ¢ yang asalnya ialah Mad Silah Kubra Mad silah kubra adalah huruf haÊ yang merupakan ganti nama (domir) yang ditambah ke dalam sesuatu kalimah. Hamzah pertama berbaris di bawah. Ketika ini ditukarkan hamzah kedua kepada ya sakinah. Sama ada ia berbaris di hadapan. Manakala sebab penamaannya dengan kubra ialah kerana terdapat hamzah selepas huruf haÊ al-kinayah. ÌȀ Ìǰ Ê ÊǴǿÈ¢ ń ċǐ ċ Èȇ ÀÈ¢ ċȏʤ Ǿ ̦ȂÉǫƾ Ì È Ê¤ . Contohnya ialah seperti di dalam Surah al-NisaÊ: 92 140 Ê Ʒ ĿÊ Ì¦ȂǓȂź ÊŚ Ç ƾ ÊÌ ǣ Ƕ É ċǻʤ ǽ ċƷ ď ¦¯ Šʤ Ƕ È Ʈȇ É ÉÈ ŕ É ÉǴºÌưǷ È È . Surah al-NisaÊ: Sebab penamaan mad silah ialah kerana dipanjangkan haÊ al-kinayah dengan kadar dua harakat ketika wasalnya sahaja. Bacaan lima harakat telah disebut oleh al-Imam al-Dani pengarang kitab al-Taysir. ¦Ȃƫ£¢ . Kedua-dua wajah ini adalah untuk riwayat Hafs dari Tariq al-Shatibiyyah. Pandangan ini dikemukakan oleh alImam al-Shatibi sendiri dan beliau tidak menyatakan wajah yang lain. Akan tetapi bacaan empat harakat adalah yang utama dan masyhur. Ketika ini ditukarkan hamzah yang kedua kepada alif seperti (ii) ΍ȂǼǷ¦  yang asalnya ialah ¦ȂǼǷ ¢¢ . HaÊ ini juga dikenali dengan mufrad muzakkar ghaib (Ganti nama bagi seorang lelaki yang diceritakan).

68 X TOPIK 4 HUKUM MAD (b) Apabila dua mad muttasil berada di dalam satu ayat seperti di dalam Surah al-Baqarah: 22: membezakan antara keduanya dalam kadar panjang bacaan dengan berhujah harus membaca dengan dua wajah pada setiap mad.3 Pembahagian Mad Far`ie Disebabkan Hamzah Sebab mad yang paling kuat ialah sukun asli. 3. Namun pada hakikatnya adalah wajib menyamakan kadar mad di dalam kedua-duanya sama ada dengan empat atau lima harakat. Sama ada ketika wasal atau ketika waqaf. Ini bermaksud bahawa apabila huruf mad di akhir kalimah dan sukun asli berada di kalimah berikutnya. Apabila terdapat sukun yang mengiringi huruf mad terhasil satu hukum mad yang dipanggil mad lazim. 4. Mad jenis ini boleh berlaku di dalam satu kalimah atau di dalam huruf. Jelaskan bila terjadinya mad jaiz munfasil dan berikan contohnya. mad 'aridh li alsukun. Sesungguhnya huruf mad tersebut dibuang ketika membacanya. Ê ǂǸċưdz¦ ǺǷ Ê ÊÊ ǂƻÈƘÈǧ  ƢǷ  ƢǸLj Ê ÈDŽǻȢ .2).3. . Mad far`ie disebabkan hamzah terbahagi kepada mad lazim. maka tidak harus Ê ©¦ Ƕ É ċdz ÅƢǫ± Ì° ÈÈ È È ċ dz¦ Ǻ Ìǰ È ÈÌ ÈǷ ¾ È È È Ǿƥ « SEMAK KENDIRI 4. Kedudukan mad lazim adalah yang terkuat dalam urutan hukum mad dan bacaannya pula ialah dengan kadar enam harakat. Berikut adalah perincian jenis-jenis mad tersebut: (a) Mad Lazim Mad lazim ialah apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin. Terangkan maksud mad wajib muttasil berserta dengan contoh. 2. Dalam takrifan di atas telah disebut berlaku di dalam satu kalimah. Ini dianggap sebagai mad tabiÊi kerana huruf mad tersebut hanya wujud ketika waqaf dan dibuang ketika wasal (rujuk Jadual 4.2 1. Huraikan tentang sumber kadar harakat mad wajib muttasil.

TOPIK 4 HUKUM MAD W 69 Jadual 4. x Jenis-jenis mad lazim terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut: (i) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Iaitu apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin asli yang bertasydid di dalam satu kalimah. iaitu: x Mesti atau lazim dipanjangkan kadar madnya dengan enam harakat. Sebab penamaan mad ini dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam harakat. Hukum tidak membaca kadar mad ini ialah makruh yang membawa kepada haram. .2: Contoh Surah Mad Lazim dan Ayatnya Surah Surah al-Takwir: 1 Surah al-Kahfi: 4 Surah al-Haj: 35 Ayat Sebab penamaan mad ini dengan mad lazim ialah kerana dua perkara. Kadar panjang tersebut hendaklah dibaca tanpa melebihkan kadar mad atau mengurangkannya. Sama ada ketika waqaf atau ketika wasal dalam semua jenisnya. Mesti atau lazim mad ini ialah kerana sebabnya iaitu sukun asli yang sabit sama ada ketika wasal atau waqaf. berlainan dengan hukum mad tabiÊi jika tidak membacanya adalah lahn jali dan hukumnya haram. Manakala dinamakan muthaqqal kerana huruf yang sakin asli itu bertasydid menyebabkan susah menyebutnya. Sebab dinamakan kalimi pula kerana keadaan huruf yang sakin asli itu berada di dalam satu kalimah. Hukum bacaan mad ini ialah mesti dibaca dengan kadar enam harakat tanpa lebih atau kurang.

3. (ii) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Iaitu apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin tanpa tasydid di dalam satu kalimah.4: Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Surah Surah al-AnÊam: 143 Surah al-AnÊam: 144 Surah Yunus: 51 Surah Yunus: 91 Surah Yunus: 59 Surah al-Naml: 59 Ayat .70 X TOPIK 4 HUKUM MAD Contoh mad lazim kalimi muthaqqal seperti di dalam Jadual 4. Mad lazim kalimi mukhaffaf terdapat di enam tempat di dalam al-Quran iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4. Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang. Jadual 4.3: Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Surah Surah al-Fatihah: 7 Surah Hud: 6 Surah al-AnÊam: 80 Ayat Contoh bagi huruf ya tidak terdapat di dalam al-Quran.4. Sebab dinamakan mukhaffaf kerana ringan sebutannya memandangkan kepada sukun yang asli tersebut tidak terdapat tasydid yang menunjukkan kepada keadaannya terdiri daripada dua huruf. Jadual 4.

(iv) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Iaitu apabila huruf yang berada di permulaan surah berasal dari ejaan tiga huruf dan di tengahnya adalah huruf mad serta di akhirnya pula ialah huruf sakin yang tidak diidghamkan kepada huruf selepasnya. Walaupun begitu.TOPIK 4 HUKUM MAD W 71 Hukum bacaan bagi kenam-enam tempat tersebut ialah dengan memanjangkannya dengan kadar enam harakat dan juga diharuskan dibaca dengan tashil. (iii) Mad Lazim Harfi Muthaqqal Iaitu apabila huruf yang berada di permulaan surah berasal daripada ejaan tiga huruf dan di tengahnya adalah huruf mad serta di akhirnya pula ialah huruf sakin yang diidghamkan kepada huruf selepasnya. Sebab penamaannya dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam harakat. Manakala dinamakan mukhaffaf pula kerana selepas huruf mad tidak diidghamkan kepada huruf selepasnya. Sebab penamaannya dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam harakat. Dinamakan harfi kerana berada di dalam huruf yang terdiri daripada ejaan tiga huruf hijaÊiyyah dan huruf mad di tengahnya. huruf sin pada ( 2܁» ). bacaan dengan mad adalah diutamakan. Dinamakan harfi pula kerana berada di dalam huruf yang terdiri daripada ejaan tiga huruf hijaÊiyyah dan huruf mad di tengahnya. huruf lam pada ( ¨Þ- ). Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang. huruf lam pada ( mÞ- ). Contoh mad lazim harfi muthaqqal seperti lam pada: ( 2 ). . Manakala dinamakan muthaqqal pula kerana selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya yang membawa kepada berlakunya tasydid dan ghunnah.

72 X TOPIK 4 HUKUM MAD Contoh mad lazim harfi mukhaffaf adalah seperti di dalam Jadual 4. Jika dibariskan mim terakhir ejaan dengan baris di bawah. Huruf-huruf ini terkumpul di dalam rangkai kata: ǮǠǘǫ ǺǷ ¦ŚƸLJ ǾǴǏ atau ǞǗƢǫ ǂLJ Ǿdz ǶȈǰƷ ǎǻ . Ini kerana huruf Âain ejaannya adalah berasal dari tiga huruf yang tidak ada di tengahnya huruf mad tetapi ia adalah huruf lin. membaca dengan kadar enam harakat adalah lebih afdal. Huruf Âain tidak termasuk dalam hukum lazim sebagaimana pandangan yang masyhur. . Huruf mim di permulaan Surah Ali ÂImran ¿Ȃ Ì Ȃ È Ìdz¦ Ȇ Č Èū¦ É ċȏʤ ÈǾºÈdzʤ ȏ ÉǾËǴdz¦ 2 É ČȈǬ Èǿ harus dibaca dengan qasar. Ini kerana terdapat harakat yang Âaridhah (baru wujud) iaitu dengan kadar dua harakat. Huruf-huruf hijaÊiyyah yang terdapat di permulaan surah ialah sebanyak 14 huruf. Ia juga boleh dibaca dengan kadar enam harakat kerana mengikut asal iaitu sukun. Ini adalah wajah yang afdal.5.5: Contoh Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Surah Surah Qaf:1 Ayat Surah al-Qalam: 1 Surah Sod: 1 Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang kecuali huruf Âain di permulaan Surah Maryam dan Surah al-SyuraÊ yang dibaca dengan dua wajah iaitu: x x Tawassut dengan kadar empat harakat. Mad dengan kadar enam harakat. Bentuk bacaannya ialah membariskan mim terakhir daripada ejaan mim (mim ya mim) dengan baris di atas ketika wasal. Dalam keadaan ini. sudah tentu akan menghilangkan tafkhim dan ia menjadi tarqiq. Jadual 4. Dibariskan mim dengan baris di atas ialah kerana untuk menjaga tafkhim (membesarkan) lafaz al-jalalah.

Huruf tersebut ialah rangkaikata: harakat.7: Hukum mad Âaridh li al .TOPIK 4 HUKUM MAD W 73 Dari sudut ejaan. Mad ÂAridh Li Al-Sukun Iaitu apabila selepas huruf mad atau huruf lin terdapat huruf sakin yang Âaridh (baru disukunkan) dengan sebab waqaf (rujuk Rajah 4. x Huruf yang dibaca dengan enam harakat dan juga harus dibaca dengan empat harakat. huruf-huruf permulaan surah ini terbahagi kepada empat.7). Rajah 4. Ini kerana ejaan alif terdiri daripada tiga huruf tetapi di tengahnya bukan huruf mad. huruf-huruf ini terbahagi kepada dua. Iaitu huruf alif sahaja. x x Ejaan dengan dua huruf: Ejaan dengan tiga huruf: °ȂȀǗ ȆƷ. Huruf yang dipanjangkan dengan enam harakat. bukannya huruf mad. dan ǎǬǻ DzLjǟ Ƕǯ. Ia adalah untuk Âain . Ia adalah huruf °ȂȀǗ ȆƷ. Iaitu huruf yang ejaannya tiga huruf dan di tengahnya terdapat huruf mad dan lin.»Ƣǯ śLJ »Ƣǫ ®ƢǏ ÀȂǻ ǶȈǷ ¿ȏ atau dalam ǎǬǻ ǮǴLjǷ. iaitu: x x Huruf yang tidak ada mad. Iaitu huruf yang dieja dengan tiga huruf dan di tengahnya ialah huruf lin. x (b) Huruf yang hanya dibaca dengan dua harakat. Dari sudut mad. Semua huruf tersebut dibaca dengan enam śǠdz¦ .sukun .

sudah tentu ia menjadi mad tabiÊi yang kadar bacaannya adalah dua harakat sahaja.74 X TOPIK 4 HUKUM MAD Sebab penamaannya dengan Âaridh li al-sukun adalah kerana sukun tersebut ialah baru wujud dengan sebab waqaf. maka diwajibkan membaca dengan mad yang panjang untuk menghindari daripada dua huruf sakin. semua wajah yang dikemukakan adalah pilihan. Jika sekiranya pembaca mewasalkan bacaan. Ulama berhujah ia dibaca dengan kadar empat harakat kerana berkumpulnya dua huruf sakin dengan mengambil kira keadaannya yang Âaridh. Menurut Ibn al-Jazari. Manakala ketika wasal pula ia menjadi mad tabiÊi. Ia adalah seperti berikut: (i) Dibaca dengan kadar dua harakat. Ulama Qurra menyatakan dengan hujah terdapat persamaannya dengan mad lazim dari sudut bertemu dua huruf sakin dalam satu kalimah. ia dibaca dengan kadar mutawassitah. diamalkan oleh jumhur dan disepakati oleh kebanyakan pembaca. . Menurutnya lagi. Qurra berhujah bahawa sukun di sini adalah Âaridh dan ia tidak dikira kerana ketika waqaf harus berjumpa dua huruf yang sakin. Dibaca dengan kadar empat harakat atau disebut dengan tawassut. wajah enam harakat adalah lebih masyhur. Hukum mad Âaridh li al-sukun ialah harus dibaca dengan tiga wajah pilihan bagi semua Qurra. Ini bermaksud. Dengan sebab tersebut. (ii) (iii) Dibaca dengan kadar enam harakat atau disebut isybaÊ. Kadar dua harakat ini sesuai ketika membaca dengan martabat al-hadar. apa sahaja wajah yang dibaca adalah betul.

8. maka mad tersebut dianggap sebagai kuat.6.4 TINGKATAN-TINGKATAN MAD Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam topik mad far`ie ialah tentang tingkatan-tingkatan mad dan pengumpulan mad di dalam satu ayat. maka mad tersebut akan menjadi lemah. (a) Urutan-urutan Mad Hukum mad-mad berbeza antara satu sama lain kerana perbezaan sebabsebab berlakunya mad tersebut.6: Contoh Mad ÂAridh Li Al-Sukun Surah Surah alRahman:1 Surah al-Tahrim: 8 Surah al-Fatihah: 2 Surah Quraish: 3 Surah alBaqarah: 5 Surah Quraish: 4 Ayat 4.TOPIK 4 HUKUM MAD W 75 Contoh-contoh mad Âaridh li al-sukun adalah seperti di dalam Jadual 4. Sebaliknya jika sebab yang terjadinya mad daif atau lemah. . Perbezaan ini menjurus kepada kekuatan sesuatu mad dan daifnya. Jika sekiranya sebab berlakunya mad adalah kuat. Jadual 4. Ulama QurraÊ telah membahagikan urutan kekuatan mad kepada lima bahagian mengikut urutan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

kerana keaslian sebabnya. Faktor kedua kekuatannya ialah huruf mad berkumpul bersama di dalam satu kalimah atau satu huruf. empat harakat dan enam harakat. kedudukannya ialah selepas daripada mad lazim. . Dari sudut kadar panjangnya pula. Selain itu. (iii) Peringkat Ketiga: Mad ÂAridh Li al-Sukun Kerana berkumpul sebabnya iaitu sukun bersama dengan huruf mad di dalam satu kalimah. Meskipun begitu. huruf madnya berkumpul bersama hamzah di dalam satu kalimah. ia bersifat Âaridh bukannya asli. Oleh kerana itu. (i) Peringkat Pertama: Mad Lazim Ia merupakan mad yang paling kuat. kemestian bacaannya dengan kadar enam harakat dalam satu keadaan sahaja telah disepakati oleh seluruh QurraÊ. Walaupun begitu. iaitu dua harakat.8: Urutan kekuatan mad Mari kita bincang urutan tersebut dengan lebih lanjut.76 X TOPIK 4 HUKUM MAD Rajah 4. Selain itu. (ii) Peringkat Kedua: Mad Muttasil Ini kerana keaslian sebabnya iaitu hamzah. kadar panjangnya berbeza pandangan di kalangan QurraÊ. Iaitu sukun asli yang tetap wujud sama ada ketika wasal ataupun waqaf. terdapat tiga bacaan.

Seterusnya diikuti dengan mad lazim. diikuti dengan mad muttasil. Justeru. seterusnya mad munfasil dan diakhiri dengan mad badal. Ini kerana sebab yang menjadikan mad lazim adalah lebih kuat berbanding sebab berlakunya mad badal. berkumpulnya beberapa mad seperti mad munfasil bersama dengan mad muttasil dan juga antara mad badal dengan mad lazim. (v) Peringkat Kelima: Mad Badal Semua mad yang terdahulu sebab-sebab mad adalah berada selepas huruf mad. kemudian mad Âaridh. Selain itu kadar bacaannya juga berbeza di kalangan QurraÊ. Seperti di dalam Surah alMaidah: 2 ¿¦ Ì È ǂÈū¦ ď ¡ ȏ ÈǷ È Ȉ̺ÈƦÌdz¦ ś È. perlu mengikuti kaedah-kaedah seperti berikut: (i) Kaedah Pertama Apabila berkumpul dua sebab mad. kecuali mad badal. Al-Allamah al-Samanaudi telah menyusun kelima-lima urutan mad tersebut dengan katanya: Maksudnya: Mad yang paling kuat ialah mad lazim. maka hendaklah didahulukan yang kuat dari sudut amalannya dan membatalkan mad yang bersifat daif. È ƪ Di sini berkumpul mad badal iaitu hamzah yang mendahului huruf mad iaitu alif. Apa yang penting di sini ialah. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. dua mad lazim atau dua mad Âaridh.TOPIK 4 HUKUM MAD W 77 (iv) Peringkat Keempat: Mad Jaiz Munfasil Ini kerana penceraian sebabnya iaitu hamzah dengan huruf mad di dalam dua kalimah. diamalkan mad lazim pada ayat tersebut. dua mad muttasil. Hukumnya . Sebagai contoh. mana satukah hukum mad yang hendak digunakan dan bagaimanakah kesamarataan mad perlu dilakukan. Di mana sebabnya berada sebelumnya dan keadaan mad badal itu sendiri bukanlah asli tetapi tukaran daripada hamzah mengikut kesesuaian baris. (b) Pengumpulan Mad di dalam Satu Ayat Berlaku di dalam sesetengah ayat al-Quran. Maka di sini hendaklah diamalkan mad lazim serta membatalkan mad badal. di mana yang satunya kuat manakala yang keduanya daif. berkumpulnya mad badal dengan mad lazim. (ii) Kaedah Kedua Apabila berkumpul dua mad dari satu jenis seperti dua mad munfasil.

maka mad munfasil yang kedua dibaca dengan empat harakat juga. Ê  ƢȀǨ Seperti di dalam Surah al-Baqarah: 13 . (iv) Kaedah Keempat Apabila berkumpul mad muttasil atau mad munfasil di satu pihak. Apabila mad muttasil atau munfasil dibaca dengan lima harakat. Pertama. dibaca dengan mad munfasil empat harakat dan mad muttasil dengan empat harakat juga. Tidak harus sama sekali mencampuradukkan tariq dan sesungguhnya hukumnya adalah sama ada haram. berkumpul mad munfasil bersama mad Âaridh li al-sukun seperti di Ê Ì ǸÌdz¦ Ƕǿ ǮÊƠºÈdzÂÉ¢Â. À È ȂƸ É ǴǨ É ÉÉ È ÌÈ Atau Ê dalam Surah al-Baqarah: 25 À È Âƾ É dzƢƻ È Ê ǿÂ Æ Ê Ů ƢȀȈ ċ ÈǘǷ Č «¦ Ì ¢ ƢȀȈ ÈǧǶ ÈǧǶ ÆÂ Ì É È ¨ǂ Ì ÉÈÂ È±È È. manakala mad Âaridh li al-sukun di pihak yang lain. Jika sekiranya mad munfasil yang pertama dibaca dengan empat harakat. dua mad tersebut mempunyai dua wajah bacaan ketika wasal. berkumpul dua mad munfasil. iaitu qasar dua harakat. Kedua. Ê Ê ÈDŽ Êċ Ê Ê Ǯ Êƚ ÊǂƻȉƢ Ê ǻÉ¢ ƢǷ Ê ǻÉ¢ ƢÈŠÊ À Ƕ ÈDŽ È ȂÉǼǷ È ȈÌÈdzʤ ¾ Ì Éºȇ Ǻȇ É ¨ È Ìǿ È È ǴƦ̺Èǫ ǺǷ ¾ ÈǮ È ǀdz¦Â È ƥ dalam (iii) Kaedah Ketiga Apabila berkumpul dua mad yang pertamanya muttasil dan yang keduanya munfasil sama ada di hadapan ayat atau di akhir ayat. À È ȂǸ Č dz¦ Ƕǿ Ì ºÈȇ ċȏ ǺǰºÈdz ÉǶ É ºǻʤ ȏÈ¢ Ì Ȁċ É ÈǴǠ È È ÈLj É Bagi riwayat Hafs. maka harus dibaca mad Âaridh li al-sukun dengan tiga wajah.78 X TOPIK 4 HUKUM MAD ialah wajib disamaratakan antara dua mad tersebut dan tidak boleh melebihkan atau mengurangkan salah satu. . ÈȀ Apabila mad muttasil atau munfasil dibaca dengan empat harakat. Apabila dibaca yang pertama dengan lima harakat. tawassut empat harakat dan mad enam harakat. dibaca mad munfasil lima harakat dan mad muttasil juga lima harakat. mad yang kedua juga dengan lima harakat. maka harus bagi mad Âaridh li al-sukun dibaca dengan wajah pilihan yang telah disebutkan. makruh atau dikeji. Umpamanya berkumpul mad muttasil bersama dengan mad Âaridh li al-sukun seperti di dalam Surah al-Baqarah: 5. Seperti dalam Surah alBaqarah: 4À È ȂÉǼÊǫȂÉȇ contoh tersebut.

Jelaskan tingkatan kekuatan mad. sama ada ayat tersebut panjang atau pendek. Abdullah Ibn MasÊud r. 2. Berikan takrif mad lazim kalimi muthaqqal berserta dengan contoh. x x x x x x Hukum mad merupakan tajuk yang amat penting dan perlu diambil perhatian oleh setiap Muslim. Penguasaan topik ini memberi kesan kepada penerimaan bacaan yang sahih. 3. Boleh dikatakan setiap ayat al-Quran mempunyai hukum mad.3 1. Apakah yang dimaksudkan dengan mad lazim harfi mukhaffaf? Terangkan.a. Huruf lin Mad Âaridh li al-sukun Mad asli Mad badal Mad far`ie Mad jaiz munfasil Mad lazim Mad muttasil .TOPIK 4 HUKUM MAD W 79 SEMAK KENDIRI 4. Penguasaan topik ini mestilah dimulai dengan mengenali huruf-huruf mad dan selepas itu memahami sebab-sebab berlakunya mad. pernah memberi teguran kepada bacaan seorang lelaki yang tidak membaca kalimah yang sepatutnya dibaca dengan mad. Hamzah dan sukun adalah dua sebab yang penting dalam berlakunya hukum mad.