You are on page 1of 18

MUKADIMAH Pertembungan budaya dan agama antara kelompok yang berbeza kadang kala menjadikan manusia amat sukar

untuk mencari kesepakatan. Justeru itu, konflik yang berlaku di wilayah Selatan Thailand atau konflik Patani hari ini sudah lama berlaku iaitu sejak tahun 17861 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Patani telah dikuasai oleh kerajaan Siam.2 Konflik ini selalu berlaku di wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan Satun yang mana majoritinya didiami oleh orang Melayu beragama Islam. Sebelum membentuk kerajaan Melayu Patani, negeri ini merupakan sebahagian daripada kerajaan Langkasuka yang terbentuk pada awal tahun masehi.3 Menurut sejarah, wilayahwilayah ini merupakan kawasan dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Patani tetapi telah ditakluki oleh kerajaan Siam dan dipecahkan kepada 7 wilayah dan kini ia dicantum semula menjadi empat wilayah.4 Umat Islam Patani bangkit memberontak untuk mendapatkan kembali negeri Patani Darul Salam5 dari kerajaan Siam setelah sekian lama dijajah. Patani, Narathiwat, Yala dan Satun merupakan sebahagian daripada 17 wilayah atau Changwat yang terdapat di Selatan Thailand. Populasi kepadatan penduduknya ialah 12% daripada rakyat Thailand. Jumlah penduduk seramai 1.3 juta adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan 360,000 orang adalah berbangsa Siam dan Cina yang beragama Buddha. Jika dibandingkan kadar peratus

Merupakan tarikh terakhir kejatuhan Kesultanan Melayu Patani yang ketika itu diperintah oleh Sultan Muhamad. Kerajaan Siam dibawah pemerintahan Phraya Chakri memerintah puteranya iaitu Putera Surasi dengan bantuan Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcaa dan Songhkla menyerang Patani setelah keengganan Sultan Muhamad memberi bantuan tentera kepada Siam untuk menyerang Burma setelah berjaya menguasai Ayutthaya. Ekoran daripada itu, tercetusnya konflik sehingga membawa kepada penaklukan kerajaan Siam ke atas Patani. Penaklukan ini merupakan kesinambungan dasar-dasar yang berbaur pemaksaan ke arah asimilasi. 2 Ibrahim, Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.74 3 Nik Anuar Nik Mahmad. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 15. 4 Ibrahim, Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Hlm.74 5 Wilayah-wilayah yang telibat terdiri daripada wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan sebahagian daripada Senggora (Songkhla). Manakala Satun pula sebahagian daripada negeri Kedah.

jumlah keseluruhan rakyat Thailand, orang Melayu di Selatan Thailand berjumlah 4 peratus.6 Melihat kepada jumlah kepadatan penduduk di empat wilayah Selatan Thailand, terbukti orang Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Mereka kebanyakannya tinggal di wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Satun.7 Namun setelah dikuasai oleh kerajaan Thailand, penduduk Patani dan wilayah-wilayah sekitarnya menjadi minoriti kerana sebahagian besarnya penduduk Thailand beragama Buddha.8 Setelah penguasaan ini, Patani telah menjadi tanah jajahan kerajaan Siam yang berpusat di Bangkok. Pelbagai dasar dan pendekatan penjajahan telah dilaksanakan di Patani. Dasar-dasar ini berbentuk tekanan dan pemaksaan ke atas orang Melayu Patani bagi memastikan rakyat Patani tidak bangkit dan merampas kembali kuasa mereka dari penaklukan Siam. Kesan daripada dasar-dasar ini, orang Patani mengalami transformasi destruktif dalam semua aspek kehidupan mereka termasuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan identiti.

DASAR-DASAR KERAJAAN THAILAND Pada 23 Disember 1894, kerajaan Siam telah memperkenalkan satu dasar Thesaphiban di Patani.9 Dasar ini diperkenalkan oleh Raja Chulalongkhorn atau Rama V yang juga dikenali sebagai integrasi kebangsaan.10 Pelaksanaan dasar ini melalui penyusunan semula sistem pentadbiran di Patani dengan memecahkan negeri Patani kepada tujuh wilayah dan melantik

Weiss, L.M. (2004) Subcommittee on Asia and the Pacific House International Relation Committee , [Online]. [Akses 18 November 2013] Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://wwwc.house.gov/international_relations/108/wei071404.htm 7 Suria, S.M. 1990. De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 1994. Philippines: Quezon City 1101. hlm. 118. 8 Wan Kamal Mujani. 2002. Minoritas Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 34. 9 Mohd Zamberi, A.M. 1993. Umat Islam Patani; Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Hlm. 130-131. 10 Yaacob, C.M.A. 2009. Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian . Tesis M.A.. Universiti Sains Malaysia. hlm. 13.

seorang Pesuruhjaya Siam selaku ketua pentadbiran.11 Thesaphiban merupakan dasar untuk menghapuskan autonomi dan kekuasaan Raja-raja Melayu ke atas Patani. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan bidang kuasa mereka juga terbatas. Mereka ini boleh dianggap sebagai Raja Patung yang memerintah di balik telunjuk dan arahan Pesuruhjaya Siam di Songkhla.12 Keadaan ini menyebabkan Raja-raja Patani telah memberontak menentang perlaksanaan dasar tersebut. Pemberontakan yang berterusan menyebabkan penahanan Tengku Abdul Kadir Kamarudin iaitu sultan Patani terakhir pada tahun 1902 serta pemansuhan jawatannya.13 Pemerintahan bagi negeri Patani telah diganti oleh wakil pentadbiran kerajaan Siam yang berpusat di Bangkok. Rama VI pula mewajibkan tiga perkara iaitu Tuhan, raja dan negara sebagai simbol ketaatan masyarakat Thailand kepada kerajaannya.14 Dasar ini sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam khususnya yang dianuti oleh umat Islam Patani. Justeru itu, masyarakat Patani menentang dasar tersebut. Di samping itu, penubuhan Akta Pendidikan 1921 telah memperlihatkan pembelajaran bahasa Thai kepada anak-anak orang Melayu.15 Ia bertujuan menyebarkan penggunaan bahasa Thai kepada murid dan secara tidak langsung mengelak daripada mempelajari bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda mereka sendiri. Orang Islam menganggap undang-undang ini sebagai sebahagian program mengsiamkan orang Patani dan menghapuskan agama serta budaya mereka. Kesan daripada penguatkuasaan pendidikan Thai ini telah menyebabkan berlaku beberapa pemberontakan di Patani antara tahun 1922 dan 1923.16

11 12

Ibid. Al-Fatani. 1994. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darul Salam. Hlm.67. 13 Ibid. 14 Che Mohd Aziz Yaacob. July 2012. Asimilasi Bangsa Melayu di Patani: Keberkesanan Dasar dan Surviv al Budaya Minoriti dlm JEBAT : Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.39(1). Universiti Sains Malaysa. Hlm.107 15 Ibid. 16 Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thailand: Konflik dan Perjuangan. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 8.

Melalui pendidikan ini, sedikit sebanyak kerajaan Thailand dapat menyerapkan unsur-unsur Thailand ke dalam masyarakat Islam Patani. Keadaan ini telah menampakkan penentangan orang Melayu secara terbuka bagi mengekalkan budaya dan identiti mereka terbela. Penduduk Patani semakin tertekan apabila dasar Rathaniyom diperkenalkan oleh Jeneral Plaek Phibul Songkhram.17 Dasar ini memaksa penduduk Patani mengubah kebudayaan dan cara hidup masyarakat Patani yang selama ini mengikut tatacara Melayu dan Islam. Arahan berbentuk dikri telah dikeluarkan untuk memaksa semua rakyat untuk bersatu mencapai konsep satu negara satu bangsa iaitu Negara Thai untuk Bangsa Thai. Bagi memperkukuhkan arahan ini, pada tahun 1940 satu dewan budaya Thai dikenali Sepa Watana Tam ditubuhkan.18 Antara tugasan yang dijalankan ialah memajukan serta menyebarluaskan kefahaman kebudayaan Thai ke seluruh negara. Melalui dasar ini, orang Melayu di Patani tidak dibenarkan memakai pakaian tradisional seperti bersongkok, berkain pelikat, berjubah, berbaju kurung, bertudung dan sebagainya lagi. Sebaliknya mereka dipaksa memakai seluar, bertopi, dan berbaju gaun bagi wanita. Mereka juga tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, manakala nama-nama tempat dan individu di tiga wilayah juga turut ditukar ke dalam bahasa Thai. Dari segi tatacara hidup, mereka dipaksa makan menggunakan sudu dan garfu serta meja sebagai pengalas.19 Namun apa yang lebih menjadikan umat Islam Patani tidak dapat menerima dasar dan peraturan ini adalah orang Islam turut dipaksa menyembah patung Buddha dan jika mereka enggan akan dihukum berat. Di samping itu, segala kelonggaran yang berkaitan dengan peraturan syariat Islam yang berhubung hukum nikah cerai

17

Field Marshall Phibun Songkram dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali pertama pada 16 Disember 1938 hingga 6 Mac 1944. Kemudian beliau dilantik untuk kali kedua dari 8 April 1948 hingga 16 setember 1957. Sumber dari Sekretariat Perdana Menteri, Rumah Kerajaan Thailand, menerusi laman web Kedutaan Di-Raja Thailand, Washington, Amerika Syarikat, http://www.thaiembdc.org [Akses 18 November 2013]. 18 Che Mohd Aziz Yaacob. Asimilasi Bangsa Melayu di Patani: Keberkesanan Dasar dan Surviv al Budaya Minoriti dlm JEBAT : Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.39(1). Universiti Sains Malaysa. July 2012. Hlm.108 19 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785- 1954. hlm. 51.

dan wasiat telah ditarik balik dan dipindahkan kepada mahkamah sivil yang diadili oleh hakimhakim berbangsa Thai-Buddha.20 Pada tahun 1957 Jeneral Sarit Thanarat telah menggunakan sistem pendidikan sebagai medium untuk menerapkan nilai-nilai Thai-Buddha dalam pengamalan agama Islam. Sistem kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah pondok diperbaharui dengan memasukkan pengajaran bahasa Thai-Buddha.21 Beliau telah menetapkan syarat bahawa setiap sekolah pondok yang menerima guru-guru bahasa Thai akan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. Selain daripada itu, dan beliau turut mempelawa pengetua-pengetua sekolah pondok untuk melawat sekolah-sekolah di Bangkok yang telah melaksanakan sistem integrasi pendidikan ini. Beliau percaya bahawa kewujudan gerakan pemisah adalah berpunca dari kewujudan sekolah-sekolah pondok ini.22 Oleh itu, dengan perubahan dalam bidang kurikulum di sekolah pondok, sekurangkurangnya dapat menerapkan kebudayaan dan ciri-ciri Thai di dalam masyarakat Islam Patani. Di samping itu, Sarit Thanarat juga telah mengarahkan sesiapa yang tidak menyokong dasardasar kerajaan walau dalam keadaan mana sekali pun akan dipisahkan daripada majoriti masyarakat Thai.23 Kesannya, ia telah meningkatkan jurang perkauman antara bangsa Melayu dengan Thai, agama Islam dan Buddha.24 Dasar yang diperkenalkan dikenali sebagai Skim Nikhom Sang Kon Eng yang membawa maksud Rancangan Keluarga Setia.25 Dasar ini membenarkan pemindahan seramai 15,000 orang keluarga Thai-Buddha dari wilayah-wilayah di bahagian utara, timur dan barat negara Thai

20 21

Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785- 1954. hlm. 51. McCargo, D. 2009. Tearing apart the land: Islam and legitimacy in southern Thailand. Singapore: NUS Press. Hlm.9 22 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785- 1954. hlm. 51 23 Chidchanok, R. 2001. Peace resolution; a case study of separatism and terrorist movement in southerm border provinces of Thailand. [Akses 18 November 2013] dalam http:://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm. 24 Mohd Zamberi A. Malek. 1993. Umat Islam Patani:Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Hlm. 231. 25 Ibid. Hlm. 232.

ke wilayah-wilayah selatan Thai. Melalui dasar ini, orang-orang tempatan digalakkan untuk keluar berhijrah ke wilayah-wilayah lain. Tujuannya ialah menempatkan seramai 250,000 keluarga dalam 7 skim Nikhom yang terdapat di tiga wilayah.26 Kawasan penempatan ini telah disediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan rumah atas alasan untuk membangunkan ekonomi dan sumber pendapatan orang tempatan.27 Hakikatnya ia merupakan salah satu rancangan kerajaan Thailand untuk mengurangkan jumlah majoriti UIP di wilayah Selatan Thailand di samping dapat mengurangkan penentangan UIP dan juga jurang budaya dengan pencampuran pelbagai budaya ini. Pelaksanaan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Thai ini secara jelas telah menafikan hak orang Melayu di Patani untuk mengamalkan budaya dan identiti mereka. Proses asimilasi yang mereka hadapi cukup hebat sehinggalah membawa kepada penentangan dalam kalangan pemerintah dan gologan ulama.

PENENTANGAN UMAT ISLAM PATANI Golongan Istana Pada peringkat awal konflik, penentangan kebanyakannya diketuai oleh kelompok istana. Mereka berjuang untuk mengembalikan semula takhta pemerintahan sultan yang dikuasai oleh kerajaan Siam. Malangnya, usaha yang dijalankan itu tidak berjaya apabila kerajaan Thailand memansuhkan jawatan sultan Melayu pada tahun 1902. Hal ini dapat dilihat menerusi Tengku Abdul Kadir memangku jawatan sebagai Raja Patani sejak kemangkatan Tengku Sulaiman Syarifuddin, kerajaan Siam telah mengesahkan jawatan baginda secara rasmi sebagai pemerintah di Patani. Sungguhpun baginda telah diakui sebagai Raja Patani tetapi keadaan ini tidak

26 27

Ibid. Ibid.

menyekat Pesuruhjaya Siam dan pegawai-pegawainya daripada campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Patani. Keadaan ini menjejaskan kedaulatan dan kewibawaannya sebagai Raja Patani serta menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk negeri itu.Tengku Abdul Kadir telah meminta bantuan daripada British di Singapura untuk membetulkan keadaan. Namun, usaha ini juga menemui jalan buntu apabila pihak British tidak mengambil sebarang tindakan demi menjaga kepentingan pihaknya. Oleh itu, Tengku Abdul Kadir telah mengadakan mesyuarat dengan raja-raja Melayu lain di Istana Cabang Tiga bagi membincangkan langkah yang harus diambil untuk mempertahankan identiti mereka. Melalui persetujuan secara bersama, mereka telah merancang untuk melakukan pemberontakan pada akhir bulan Oktober 1901 selepas bekalan senjata dan peluru tiba dari Singapura.28 Baginda juga telah meminta R. W. Duff (bekas ketua polis Negeri-Negeri Selat) untuk membantunya merancang pemberontakan tersebut. Namun, usaha ini juga membuahkan kegagalan apabila Duff tidak bersetuju dengan rancangan Tengku Abdul Kadir untuk menyelesaikan masalah ini secara kekerasan. Oleh itu, memandangkan tindakan kerajaan yang makin ketat dalam mengawal kedudukan negeri-negeri di bawah Patani, Raja-raja Melayu di bawah pimpinan Tengku Abdul Kadir dilihat semakin kuat melaksanakan penentangan. Pada awal Januari 1902, Tengku Abdul Kadir sekali lagi telah menghantar surat kepada Swettenham meminta supaya pihaknya campur tangan bagi mengatasi masalah di Patani.29[7] Melalui surat tersebut juga, baginda memberi amaran sekiranya pihak British enggan untuk campur tangan, maka, rakyat Patani terpaksa bangkit menentang Siam dan jika perlu mereka tidak teragak-agak untuk meminta pertolongan dari kuasa Eropah yang lain.30[8] Namun, amaran

28 29

Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. hlm. 32. Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Selangor: Pustaka Darul Salam. hlm. 69. 30 Ibid.

yang diberi oleh Tengku Abdul Kadir telah memberi kesan buruk kepada perjuangan dan kehidupan baginda. Pada hari Jumaat 21 Februari 1902 Tengku Abdul Kadir dan Raja-raja lain yang dianggap menentang telah ditangkap dan dibawa ke Songkhla dan terus ke Pitsanulok untuk dipenjarakan. Pada 6 Mac 1902, secara rasminya jawatan baginda sebagai Raja Patani telah dilucutkan.31 Mohd Zamberi A. Malek (1993: Bermula dari tarikh itu, Patani tiada lagi sultan dan diganti oleh jawatan Gabenor untuk mentadbir wilayah majoriti orang Melayu. Walaupun jawatan sultan sudah dimansuhkan namun pemberontakan tetap diteruskan.

Golongan Agama Peringkat kedua pemberontakan kebanyakannya diketuai oleh golongan agama. Pemberontakan ini adalah reaksi kepada dasar kerajaan Thailand yang cuba mencabuli kesucian agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu. Reaksi mereka ini bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam apabila kerajaan Thailand cuba menghapuskan hukum syariat dan digantikan dengan hukum sivil. Haji Sulong bin Abdul Kadir32, seorang ulama terulung di Patani yang paling banyak berjuang untuk masyarakat Islam di Patani sejak Perang Dunia Kedua lagi.33 Beliau juga telah menubuhkan persatuan di kalangan orang Melayu yang dikenali sebagai al-Haiah al-Tanfiziah li al-Ahkam al-Shariyyah atau Lembaga Pelaksana

31 32

Mohd Zamberi, A.M. 1993. Umat Islam Patani; Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Hlm. 161. Haji Sulong Al- Fatani atau lebih dikenali sebagai Haji Muhammad Sulom telah dilahirkan pada tahun 1985 di Kampung Anak Ru, Patani. Nama sebenar beliau ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Alias Muhammad Al- Fatani.Beliau telah menerima pendidikan awal di rumahnya sendiri iaitu pelajaran membaca Al-Quran. Beliau telah diajar oleh ayahnya sendiri iaitu Haji Abdul Kadir.Sewaktu berumur lapan tahun, beliau telah belajar di Pondok Haji Abdul Rashid, Kampung Bandar, Sungai Pandan, Patani. Semasa berumur 12 tahun pula, iaitu selepas kematian ibunya iaitu Che Aminah, beliau telah belajar di Mekah. Setelah 17 tahun berada di Mekah, pada 1924 beliau telah pulang semula ke Patani bersama isterinya Hajah Khadijah Binti Haji Ibrahim.Semasa kepulangannya pada tahun 1924, Patani telah mengalami pergolakkan dan terdapat beberapa siri penentangan terhadap Siam telah dilakukan. Jadi, beliau terpaksa menunda rancangannya untuk kembali ke Mekah semula.Pada tahun yang sama beliau telah menubuhkan Madrasah al-Maarif al-Wataniah yang dikatakan sebagai sekolah agama pertama di Patani. 33 Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa Dinasti Jembol dalam Patani Besar. Kelantan:Pustaka Reka. Hlm. 46.

Hukum Syariah.34 Pertubuhan ini bertujuan untuk mengumpul alim ulama dan guru agama di Patani untuk bersatu dan bertukar-tukar fikiran bagi menghadapi dasar Rathaniyom yang mengasimilasi identiti dan budaya mereka. Melalui pertubuhan ini, Haji Sulong berjaya mengemukakan tujuh tuntutan kepada kerajaan Thailand untuk memastikan kestabilan di tiga wilayah. Tujuh tuntutan ini adalah seperti berikut: i. Menggesa Kerajaan Thailand melantik seorang anak tempatan yang dipilih oleh rakyat setempat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran wilayah-wilayah Islam Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. ii. Cukai dan hasil pendapatan daripada keempat-empat wilayah berkenaan mestilah dilaburkan untuk projek pembangunan setempat. iii. Mengadakan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah sehingga darjah VI sebelum mempelajari bahasa Thai. iv. Pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir keempat-empat wilayah Islam mestilah terdiri dari 80% orang Melayu-Islam peranakan tempatan. v. vi. Bahasa Melayu dan bahasa Thai dijadikan bahasa rasmi. Penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh menyelaras hukum Islam bersabit dengan syarak dan kebudayaan di keempat-empat wilayah dengan persetujuan dari ketua dalam syarat 1. vii. Kerajaan Thailand mestilah mengasingkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Wilayah Kerajaan serta memberi kuasa kepada Qhadi membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syariah35

34

Tajuddin Saman dan Ab. Manaf Haji Ahmad. 2006. Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu . Malaysia: Yayasan Dakyah Islamiah. hlm. 98 35 Mohd Zamberi A. Malek. 1993. Umat Islam Patani: sejarah dan politik. Hlm. 197-198

Tindakan- tindakan yang dilakukan oleh Haji Sulong telah menimbulkan reaksi negatif dari para pegawai Thai di Patani. Hal ini bermula dengan laporan Barbara Whittingham-Jones dalam mendedahkan masalah Patani kepada masyarakat antarabangsa sehinggalah beliau berjaya menyatupadukan kepimpinan masyarakat Melayu Patani.36[10] Bagi menyelamatkan keadaan para pegawai Thai telah mendesak Gabenor Patani mengeluarkan surat penangkapan kepada Haji Sulong. Kesan perjuangannya ini, beliau dituduh menderhaka kepada negara dan telah ditangkap oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana polis telah menemukan salinan surat yang dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyideen sebagai bukti.37 Selepas perbicaraan, mahkamah memutuskan bahawa Haji Sulong dikenakan hukuman penjara tiga tahun. Tuntutan supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan kerajaan, mengadakan Kadhi di Mahkamah Syariah dan jurubahasa di setiap jabatan kerajaan adalah punca beliau dianggap menentang pemerintah Siam. Selepas 4 tahun, Haji Sulong dan rakan-rakannya dikatakan telah dibebaskan. Namun terdapat konspirasi untuk membunuh beliau dan rakan-rakan. Hal ini dapat dilihat apabila beliau tidak pulang ke rumah setelah dibebaskan. Haji Sulong dan rakan-rakannya dikatakan ditangkap dan dibunuh, seterusnya dibuang ke laut Senggoro berdekatan dengan Pulau Tikus.38 Pihak Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan supaya menutup kes ini dengan dakwaan menyatakan Haji Sulong dan rakan- rakannya melarikan diri ke luar negara.

Menyertai Misi Ketenteraan British

36 37

Ibid. Hlm.198. Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa Dinasti Jembol dalam Patani Besar. Hlm. 75. 38 Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu. Kelantan: Majlis Ugama Islam Kelantan. Hlm. 355-357.

10

Tengku Mahmud Mahyyideen39 merupakan Tentera Sukarela negeri Kelantan (Kelantan Volunteer Force).40 Namun, kemaraan Jepun menyebabkan tentera ini terpaksa berundur ke Singapura dengan British. Kemudian ke India dengan menaiki kapal S.S.Kuala. Di India, beliau telah ditugaskan di bahagian Propaganda dan Pengambilan di Kementerian Penerangan, New Delhi. Di sana beliau bertugas sebagai All-India Radio. Beliau terkenal sebagai Harimau Malaya dan Raja Mopeng. Di India juga beliau telah menubuhkan Force 136 cawangan Melayu. Seruan beliau untuk berjuang dengan Force 136 dan MPU (Malayan Planning Unit) yang bertanggungjawab membuat rancangan untuk menubuhkan gerakan terhadap Tanah Melayu bagi menentang Jepun. Tengku Mahmud Mahyyideen sentiasa menyedari bahawa British juga penjajah sama seperti Jepun tetapi Jepun bertindak zalim terhadap penduduk Tanah Melayu. Beliau juga bukanlah bertujuan membantu penjajah British kembali bertapak dengan kukuhnya di Tanah Melayu.41 Namun, beliau mempunyai rancangan masa depan yang tersendiri dalam perjuangan di wilayah-wilayah Patani di Selatan Siam. Menurut cadangan awal sekiranya Operasi Zipper dapat dilancarkan sebagaimana dirancangkan beliau sudah boleh menubuhkan pasukan antiJepun dan anti-Siam dalam cawangan Force 136 di Patani yang berada di bawah pimpinan Tengku Abdul Kadir Petra yang akan mula bertindak.42 Dalam Operasi Zipper, kawasan utara Tanah Melayu termasuk Patani akan menjadi sasaran tentera Berikat dan ini akan mengakibatkan Selatan Siam berada dalam kuasa British. Apabila hal itu terjadi Tengku Mahmud Mahyyideen
39

Tengku Mahmud Mahyyideen merupakan anak bongsu Raja Patani yang terakhir iaitu Tengku Abdul Kadir Kamarudeen (1908-1954). Tengku Mahmud merupakan anak daripada isteri ketiga Tengku Abdul Kadir Kamarudeen iaitu Cik Maimunah yang berasal daripada Kelantan. Tengku Mahmud merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan menerima tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun ditolaknya, jika tidak, beliau merupakan anak Melayu pertama yang menjadi doktor. Pada 5 Ogos 1933, Tengku telah dilantik menjadi Nazir Sekolah Melayu Kelantan dan kemudian pada 1938 menjadi Penguasa Pelajaran Kelantan. 40 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. hlm. 56. 41 Ibid. Hlm.26 42 Ibid.

11

akan meminta Liga Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membebaskan Patani daripada Siam. Tambahan pula, British memusuhi Siam yang bekerjasama dengan Jepun. Malangnya, Perjanjian Perdamaian Inggeris-Siam telah ditandatangani pada 1 Januari 1946 telah melupakan amarah British terhadap Jepun. Tuntutan dan cadangan Tengku Mahmud Mahyyideen tidak dilayan oleh British atas alasan ingin menjaga hubungan dengan Siam. Beliau sangat kecewa dengan keputusan British dan telah bertekad mengatur langkah politik. Semasa kerajaan British sedang berunding dengan Siam di Kandy, Sri Lanka, Tengku Mahmud Mahyyideen menghubungi Tengku Kadir Petra, Tengku Abd Jalal dan beberapa pemimpin untuk mengemukakan bantahan kepada kerajaan British di Tanah Melayu. Pada 1 November 1945, rayuan dan bantahan dikirim kepada Perdana Menteri British agar membantu beliau melepaskan keempat-empat wilyah Melayu-Islam di selatan Siam daripada belenggu penjajah dan disatukan dengan Tanah Melayu. Salinan surat turut dihantar kepada Pegawai Tertinggi Angkatan Tentera Berikat dan Pegawai Kanan Hal-Ehwal British. Tengku Mahmud Mahyyideen menerima hampir setiap hari surat rayuan dan pengaduan daripada rakyat Patani tentang layanan buruk oleh pegawai Siam ke atas mereka.43 Berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua, Tengku Mahmud Mahyideen menawarkan diri berkhidmat dengan pihak British bagi membantu beliau membebaskan Patani. Pada Februari 1943, beliau telah menyusun satu memorandum yang panjang lebar untuk digubal sebagai perundangan pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu dan memajukan memorandum tersebut kepada Sir R.O Winstedt untuk dicadangkan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London. Namun, Ketua Perwakilan Bangkok tidak bersetuju kerana mendakwa bahawa tindakan ini mengganggu hubungan British-Siam.

43

Mohd. Zamberi Malek. 1999. Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyideen . Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 105.

12

Tindakan Tengku Mahmud Mahyyideen telah menimbulkan rasa kurang senang British kerana kononnya telah menyemarakkan sentimen anti-Siam dalam kalangan orang Melayu. Tengku Mahmud Mahyyideen dan pimpinan Patani telah diberikan amaran oleh para pegawai British agar tidak meneruskan penentangan. Namun beliau tetap nekad dengan membawa idea beliau untuk mendapat sokongan daripada pemimpin serantau. Beliau pergi menemui Tuan Haji Sulung, Haji Samsudin Mustafa dan Presiden Sukarno. Pada 16 Februari 1948, beliau menerima berita penahanan Hj. Sulong oleh tentera Siam. Beliau menghantar telegram kepada Perdana Menteri Siam bagi memprotes tindakan tersebut. Selepas penangkapan Tuan Haji Sulung, ramai orang Melayu Patani telah melarikan diri ke Kelantan. Setelah gagal mendapat sokongan British di Tanah Melayu Tengku menerusi sahabatnya, Miss Barbara Whittingham-Jones cuba dapatkan publisiti antarabangsa mengenai masalah Patani dengan menubuhkan Persatuan Patani yang bergerak menerusi paparan kebudayaan sebagai pengenalan untuk mendapatkan perhatian dunia.44 Namun usaha tersebut gagal.

Penubuhan Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) Setelah gagal mendapatkan bantuan daripada British untuk membebaskan Patani daripada pihak Siam, orang Melayu Islam Patani yang tinggal di Tanah Melayu telah menubuhkan GEMPAR. GEMPAR telah ditubuhkan pada bulan Mac 1948 dan merupakan sebuah badan kebajikan. Matlamat tersirat di sebalik penubuhan GEMPAR adalah untuk membebaskan Patani dari belenggu pemerintahan Siam. Penubuhan GEMPAR adalah hasil inisiatif Tengku Mahmud Mahyyideen, Haji Sulung dan Tengku Abdul Jalal yang bergabung bagi menghasut pihak luar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan Thailand.

44

Ibid. Hlm. 144.

13

Matlamat penubuhan GEMPAR yang pertama adalah untuk menyatukan keempat-empat wilayah iaitu Patani, Yala, Setul dan Narathiwat sebagai sebuah negara Islam dan melepaskan semua orang Melayu di keempat-empat wilayah tersebut daripada penindasan, ketindihan, penghinaan dan penganiayaan ke atas diri masing-masing, agama dan bangsa. Matlamat kedua GEMPAR adalah mengadakan pemerintahan di dalam negeri yang bersesuaian dengan kemajuan dan pendirian kebangsaan yang bercirikan kemelayuan, adat resam orang Melayu dan agama Islam. Matlamat ketiga GEMPAR pula adalah untuk meninggikan taraf bangsa Melayu serta mutu kehidupan anak-anak negeri supaya setiap orang mahupun seluruh daripada anak negeri memperoleh setinggi-tinggi sifat kemanusiaan, keadilan, kebebasan dan alam pelajaran yang bersesuaian dengan tuntutan masa dan tamadun. Melalui pertubuhan ini, GEMPAR dilihat telah berjaya meraih sokongan dan simpati dari Raja-raja Melayu Semenanjung Tanah Melayu. GEMPAR juga menerima sokongan daripada pelbagai pertubuhan seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malay Nationalist Party (MNP), Parti Kebangsaan Melayu Cawangan Kelantan, Persatuan Melayu Singapura dan banyak lagi pertubuhan lain. Kesemua pertubuhan tersebut dan Raja-raja Melayu di Semenanjung telah menyatakan rasa simpati mereka terhadap nasib yang diterima oleh masyarakat Patani dan mereka juga menyokong perjuangan GEMPAR secara rasmi.45 GEMPAR juga telah mengecam Kerajaan Thai yang belum memperlihatkan tanda-tanda perubahan terhadap Bantahan Tujuh Perkara yang dituntut oleh umat Islam Patani. Ekoran daripada kecaman tersebut, pada 4 Mac 1948 telah berlaku perdebatan di parlimen Thailand. Perdana Menteri Thai telah mengakui bahawa terdapat tiga sebab utama yang menyekat tuntutan orang Melayu Patani. Antara sebabnya ialah penganiayaan oleh pegawai-pegawai kerajaan Thai
45

Mohd Zamberi A. Malek. 1993. Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik. hlm. 207

14

yang tidak berpengalaman dan masalah korupsi yang berleluasa dilakukan dalam kalangan masyarakat Islam Patani, Dasar pentadbiran Thai sebelumnya berupa penekanan telah menghalang kebebasan beragama, walaupun telah dibatalkan tetapi masih meninggalkan kesan yang mendalam di hati masyarakat Islam Patani serta kebanyakan sekolah-sekolah yang terdapat di wilayah-wilayah Islam Patani selama ini cuma diajar dalam pengantar bahasa Siam dan bukannya bahasa Melayu.46 Secara ringkasnya, segala usaha-usaha yang dilakukan oleh Tengku Mahmod Mahyideen menemui kegagalan. Tengku Mahmod Mahyideen juga terpaksa akur dengan keadaan bahawa British tidak dapat membantu perjuangan orang Melayu Patani demi kepentingan politik antarabangsa. Patani telah menjadi permainan politik kuasa-kuasa besar. Namun begitu, beliau telah berjaya menarik perhatian dunia terhadap masalah umat Islam Patani dalam perjuangan nasionalisme mereka di Selatan Thailand termasuklah Patani.

AKHIRUL KALAM Survival orang Melayu di selatan Thailand mengalami pelbagai cabaran setelah kerajaan Thailand menggunakan pendekatan asimilasi. Namun, Umat Islam Patani masih lagi boleh bertahan sehingga ke hari ini walaupun terdapat beberapa perkara yang telah terhakis dalam budaya dan identiti mereka. Antara yang telah terhakis seperti bahasa yang mana ramai golongan muda hari ini di tiga wilayah tidak lagi suka menggunakan bahasa Melayu dan sesetengahnya tidak lagi boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pertuturan harian. Semua ini adalah disebabkan oleh ketidakfahaman budaya oleh kerajaan Thailand sehingga membawa kepada rasa tidak hormat terhadap budaya lain. Selain itu, konflik yang berpanjangan juga disebabkan oleh berlaku transformasi dari isu
46

Ibid. Hlm. 208.

15

wilayah (kemerdekaan) kepada isu identiti dan budaya yang sememangnya sukar diselesaikan. Hal ini kerana identiti dan budaya merupakan nilai sesuatu bangsa yang tidak boleh dikompromi. Jika, konflik ini dikembalikan semula kepada isu wilayah, maka ia boleh diselesaikan kerana boleh dikompromi atau dibahagi-bahagikan. Justeru, perlu ada mekanisme tertentu untuk memastikan keadaan ini dapat diubah kembali supaya mencapai isu yang boleh diselesaikan.

16

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa Dinasti Jembol dalam Patani Besar. Kelantan:Pustaka Reka. Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Selangor: Pustaka Darul Salam Al-Fatani. 1994. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darul Salam. Che Mohd Aziz Yaacob. July 2012. Asimilasi Bangsa Melayu di Patani: Keberkesanan Dasar dan Surviv al Budaya Minoriti dlm JEBAT : Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.39(1). Universiti Sains Malaysa Ibrahim, Syukri. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu. Kelantan: Majlis Ugama Islam Kelantan. McCargo, D. 2009. Tearing apart the land: Islam and legitimacy in southern Thailand. Singapore: NUS Press. Mohd Zamberi, A.M. 1993. Umat Islam Patani; Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Mohd. Zamberi Malek. 1999. Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyideen. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Anuar Nik Mahmad. (2006). Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Suria, S.M. 1990. De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 1994. Philippines: Quezon City 1101. Tajuddin Saman dan Ab. Manaf Haji Ahmad. 2006. Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu. Malaysia: Yayasan Dakyah Islamiah. Wan Kamal Mujani. 2002. Minoritas Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
17

Yaacob, C.M.A. 2009. Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. Tesis M.A.. Universiti Sains Malaysia Chidchanok, R. 2001. Peace resolution; a case study of separatism and terrorist movement in southerm border provinces of Thailand. [Akses 18 November 2013] dalam http:://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm Weiss, L.M. (2004) Subcommittee on Asia and the Pacific House International Relation Committee, [Online]. [Akses 18 November 2013] Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://wwwc.house.gov/international_relations/108/wei071404.htm

18

You might also like