You are on page 1of 1

Kelebihan penggunaan media interaktif Penggunaan media interaktif dalam pendidikan membawa banyak kelebihan.

Antaranya ialah: ia memudahkan pembelajaran berpusatkan murid. Memberikan pilihan pembelajaran yang banyak serta memperkenalkan banyak bahan baru.

Ia memenuhi kehendak stail pembelajaran yang pelbagai dengan memberikan banyak pilihan pendekatan pembelajaran.

Ia motivasikan interaksi, eksperimen dan pembelajaran koperatif murid.

Ia membantu dalam proses pembelajaran berasaskan tema.

Ia menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme.

Media interaktif sangat sesuai digunakan dalam situasi pembelajaran yang rumit seperti berikut. Bahan atau kandungan yang susah untuk divisualkan contohnya seperti proses-proses rumit. Kandungan tiga dimensi yang susah untuk belajar secara visual dengan menggunakan bahan dua dimensi. Proses-proses dinamik yang memerlukan kefahaman tentang hubungan antara objek-objek yang bergerak. Kandungan yang merangkumi isi yang menyeluruh dimana beberapa idea perlu digabungkan untuk memahami keseluruhan. Simulasi proses yang kompleks atau mahal dimana tiada peluang untuk menggunakan peralatan yang sebenar.

You might also like