You are on page 1of 14

Penghargaan

Salam inspirasi dan salam harmoni, Kami sangat bersyukur kepada Tuhan kerana, kerja kursus Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM 3110) ini telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Sekalung apresiasi juga kami nukilkan buat Encik Santharan ak Arumugam , selaku pensyarah yang membimbing kami dalam matapelajaran PJ kerana telah memberikan panduan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu ini. kami yakin dan percaya, tanpa bantuan serta dorongan daripada beliau, pasti kerja kursus ini tidak akan siap dengan sempurna. Sekalung penghargaan juga kami tujukan buat rakan-rakan sekelas kerana sudi berkongsi dan bertukar-tukar pandangan sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Informasi yang diberikan sangat berguna kepada kami. Akhir kalam, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi buat semua pihak sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini, tanpa sokongan dan peranan yang di mainkan oleh setiap pihak, pasti kerja kursus ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jasa yang anda semua hulurkan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

PENGENALAN GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986) Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada kategori tiga

yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum

pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Gaya sebelum pengajaran meliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti persediaan dan

pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya semasa pengajaran merangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala gaya selepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur berpusatkan murid (student-centered) dan berpusatkan guru (teacher-centered ). Spektrum ini merupakan kerangka konsep yang sering digunakan dalam penyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan Pendidikan Jasmani. Spektrum ini mempunyai 11 gaya pengajaran yang boleh digunakan dan dimanipulasikan kesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini. Mengikut Mosston dan Ashworth, spektrum gaya pengajaran A, B, C, D dan E mewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gaya yang memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan K menggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru.

11 Gaya Pengajaran Mengikut Mosston dan Ashworth Gaya A : Gaya Arahan Menurut Mosston dan Ashworth (1986), gaya arahan adalah satu proses pembelajaran yang mengkehendaki pelajar untuk melakukan sesuatu perbuatan dengan berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh guru. Dalam konteks ini, guru memegang peranan yang paling penting, iaitu membuat keputusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, murid dikehendaki untuk menurut semua kehendak atau keputusan dari guru. Tambahan lagi, gaya pembelajaran ini sangat sesuai untuk digunakan dalam peringkat awal

pembelajaran. Sebagai contoh, guru mengajarkan kemahiran pergerakan. Maka, guru perlu memberikan arahan kepada murid tentang perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada murid. Harus diingat, sekiranya guru menggunakan gaya pengajaran ini, iklim bilik darjah haruslah berdisiplin. Gaya B : Gaya Latihan Menurut Mosston dan Ashworth (1986), gaya latihan merupakan

kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan. Setiap keputusan adalah berada dalam tangan guru. Menerusi pelaksanaan pengajaran yang dilakukan oleh guru, guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid akan berpeluang untuk melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat. Guru juga akan memberikan penerangan serta menunjukkan demonstrasi dan menentukan setiap isi pelajaran yang akan diajar. Selain itu, guru akan memperhatikan keadaan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberikan maklum balas, tunjuk ajar, dan membuat sesi soal jawab. Murid akan melaksanakan latihan yang telah diberikan oleh guru. Gaya ini sesuai untuk masa P&P yang terhad dan pembelajaran peringkat awal. Jadi, pelajar mempunyai lebih masa untuk melakukan latihan. Sebagai contoh, guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan hoki dengan menyuruh pelajar melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel. Gaya c : Gaya Timbal Balik Menurut Mosston dan Ashworth (1986), dalam gaya ini, guru menentukan apa yang akan dipelajari dan menentukan kriteria pembelajaran. Guru hendaklah

memberi

penerangan

sebelum

aktiviti

bermula.

Selain

itu,

guru

perlulah

menyediakan senarai semak atau lampiran seperti gambar dan sebagainya. Guru boleh menguji kefahaman pelajar melalui demonstrasi perlakuan. Aktiviti dalam gaya ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar bertanggungjawab untuk menilai satu sama lain. Seorang pelajar melakukan aktiviti dan seorang lagi memerhati serta memberi maklum balas. Gaya D : Gaya Semak Kendiri Menurut Mosston dan Ashworth (1986), dalam gaya ini, guru perlu menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteria pembelajaran. Guru mesti memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti. Semakan kendiri. Gaya ini hanya sesuai untuk perlakuan yang senang bagi membolehkan murid mudah untuk menilai kelemahan atau kesilapan mereka. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajaran. Gaya ini kurang sesuai digunakan kerana telah menghadkan perhubungan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar dengan pelajar. Gaya E : Gaya Inklusif/Peningkatan Menurut Mosston dan Ashworth (1986), pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan konsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelas tentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikan sepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktiviti tugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Namun begitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbing semasa berjalannya P&P. Gaya ini memberi peluang kepada semua pelajar berasa kejayaan. Pelajar diberi pilihan untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Sebagai contoh, semasa aktiviti lompat tinggi, pelajar bebas memilih untuk melakukan lompatan pada ketinggian yang mereka suka. Contoh lain seperti pelajar melakukan tekan tubi mengikut bilangan yang mereka tetapkan sendiri. Pada akhir pengajaran, pelajar akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan. Gaya F : Gaya Penemuan Terbimbing Menurut Mosston dan Ashworth (1986), dalam gaya ini, guru perlu merancang pelajaran dan menetapkan tugasan dan menyediakan beberapa soalan yang

bertututan dan menjurus kepada satu jawapan. Guru mestilah memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir dan bertindak. Guru boleh mengubah soalan jika pelajar tidak dapat mencari jawapan. Dalam gaya ini, pelajar perlu memberi kerjasama melakukan tugasan berdasarkan soalan-soalan yang disediakan guru dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan. Gaya G : Gaya Pengajaran Berpusat Menurut Mosston dan Ashworth (1986), gaya G di sini merujuk kepada gaya pengajaran berpusat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berpusat dapat disama ertikan dengan berfokuskan ataupun berpangkal. Sehubungan dengan itu, jika mengikut gaya G ini, peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran pra impak dan pasca impak sahaja. Tambahan pula, guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalah kepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak, manakala bagi pelajar pula akan melaksanakan aktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Oleh yang demikian, pelajar bebas untuk menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi proses penyelesaian masalah. Selain itu, mengikut gaya G ini masa yang diperuntukkan bagi setiap pelajar ataupun kumpulan dalam melakukan aktiviti haruslah mencukupi. Hal ini demikian agar murid dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang terbaik. Sebaliknya, bagi guru pula berperanan sebagai pemudah cara dalam aktiviti yang dipilih oleh pelajar. Gaya ini boleh dilaksanakan secara berpasangan ataupun berkumpulan. Di samping itu, salah satu kebaikan gaya G ini termasuklah murid dapat membina pelbagai perlakuan yang sesuai dengan kemampuan diri mereka dalam menyelesaikan suatu masalah yang diberikan. Sehubungan dengan itu, dengan keupayaan diri mereka, maka secara tidak langsung lahirlah lakuan serta kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini. Selanjutnya, kebaikan lain yang dapat dikesan bagi gaya G ini ialah murid akan berasa lebih yakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terikat daripada idea guru. Hal ini demikian kerana dengan murid diberi kepercayaan dan kebebasan untuk memikirkan idea ataupun strategi yang sesuai dalam menyelesaikan suatu masalah.

Gaya H : Gaya Penemuan Bercapah Menurut Mosston dan Ashworth (1986), gaya penemuan bercapah ini merujuk kepada penemuan murid dalam memerlukan jawapan yang banyak. Oleh yang demikian, bagi gaya ini, guru haruslah menetapkan tugasan yang mempunyai banyak jawapan. Kemudian, guru akan membimbing murid untuk menilai bagi setiap jawapan yang diberi dan membuat perbandingan. Tidak dapat dinafikan bahawa perbandingan sebegitu adalah salah satu murid untuk menilai keberkesan jawapan yang diberikannya. Akhir sekali, bagi gaya H ini amatlah sesuai untuk aktiviti bagi pembangunan pasukan. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut memerlukan jawapan yang banyak dan murid akan dapat mengemukakan banyak jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah tersebut. Gaya I : Gaya Pembelajaran Individu Menurut Mosston dan Ashworth (1986), gaya I ini agak sukar kerana ianya memerlukan tumpuan masa yang panjang untuk memahami tugasan. Juga, bagi gaya ini memerlukan murid berfikir secara logik dan sistematik. Dalam pada itu, murid akan menetapkan sendiri tugasan serta menyelesaikannya mengikut kebolehan sendiri. Sebaliknya, guru hanya akan bertindak sebagai pembimbing. Di samping itu, walaupun gaya I ini kelihatan agak susah kepada murid khasnya kepada murid yang lambat untuk menerima masuk ilmu, namun gaya ini akan memupuk sikap berfikir secara kritis dalam pemikiran setiap murid. Hal ini demikian kerana setiap murid akan berfikir secara kritis bagi menyempurnakan aktiviti mereka. Gaya J : Gaya Pembelajaran Terdorong Menurut Mosston dan Ashworth (1986), dalam gaya ini, guru akan bertindak sebagai pemantau, manakala murid perlu merancang sendiri aktiviti pembelajaran. Sehubungan dengan itu, murid juga mempunyai kebebasan untuk memilih gaya pembelajaran kendiri bagi menyelesaikan tugasan. Manfaat yang dapat kita lihat melalui gaya J ini termasuklah murid dapat membina semangat dan keyakinan diri untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat apabila guru memberi peluang kepada murid untuk mengawal kelas serta merancang program.

Gaya K : Gaya Pembelajaran Kendiri Menurut Mosston dan Ashworth (1986), gaya K ini pula, tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran ditentukan oleh murid, manakala guru berperanan sebagai pemantau sahaja. Sehubungan dengan itu, mengikut gaya K ini murid

bertanggungjawab untuk menyelesaikan sendiri aktiviti yang dirancang tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran yang telahpun ditetapkan. Sebagai buktinya, murid memilih kemahiran membaling pundi kacang dengan pelbagai aras. Di sini, kita dapat melihat murid sendiri akan menetapkan objektif yang ingin dicapainya dalam menguasai balingan aras yang ada iaitu dari rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya, murid ingin melakukan 3 teknik balingan pundi kacang dengan betul.

Justifikasi Pemilihan Gaya Pengajaran Menerusi 11 gaya pengajaran yang telah diperkenalkan oleh Mosston dan Ashworth, kami telah bersepakat untuk memilih dua gaya utama untuk dijadikan fokus dalam pelaksanaan. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan gaya pengajaran yang terdapat dalam pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani (RPH). Menerusi gaya yang telah dipilih, kami turut membuat justifikasi pemilihan gaya pengajaran dan menyatakan sebab mengapa kami memilih gaya tersebut. Dua gaya pengajaran yang kami pilih adalah seperti yang berikut: i. Gaya B (Arahan) ii. Gaya C (Timbal Balik) Gaya B : Arahan Gaya arahan merupakan satu daripada gaya pengajaran yang diperkenalkan oleh Mosston dan Ashworth. Pelaksanaannya melibatkan beberapa perkara penting. Antaranya termasuklah dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dimulakan, meneliti aspek arahan yang mudah untuk difahami, dan tidak merumitkan.

Aktiviti yang mana guru akan memberikan arahan.

Gambar di atas merupakan petikan daripada aktiviti yang ada dalam Rancangan Pengajaran yang telah kami sediakan. Dalam aktiviti ini, guru akan menerangkan apa yang perlu untuk dilakukan oleh murid sebelum aktiviti bermula. Sebagai contoh, dalam RPH tersebut, guru akan membuat regangan. Justeru, sebelum membuat

regangan tersebut, guru akan memastikan semua murid-murid berada di hadapannya dalam keadaan beratur. Maka, guru akan mengeluarkan arahan kepada murid untuk beratur. Sebagai contoh: Bergerak dengan pantas. Murid-murid diminta untuk beratur dalam lima barisan Setelah guru memberikan arahan, murid akan melaksanakannya dengan segera. Ini bertepatan dengan teori Mosston dan Ashworth. Mereka menyatakan bahawa, dalam gaya arahan ini, gurulah yang berkuasa untuk menentukan perkara-perkara yang perlu untuk dilaksanakan oleh murid. Tugas murid hanyalah mengikuti setiap arahan yang guru berikan.

Aktiviti yang mana guru akan memberikan arahan.

Menerusi petikan RPH di atas, guru akan membahagikan murid kepada dua kumpulan. Justeru, guru akan menggunakan gaya arahan untuk melaksanakannya. Arahan yang digunakan adalah mudah dan tidak merumitkan murid. Sekiranyanya guru memberikan arahan tetapi tidak difahami oleh murid, bermakna guru tersebut telah gagal untuk mengelolakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Maka, persediaan untuk menghadapi murid adalah perlu. Arahan yang diberikan haruslah mudah dan ringkas. Tambahan, arahan yang mudah dan ringkas akan menjimatkan masa dalam tempoh pengajaran. Tetapi, apabila arahan yang diberikan

terlalu rumit dan panjang, ianya hanya membuatkan murid keliru dan tidak memahami arahan. Maka, dengan menunjukkan beberapa kesinambungan RPH dengan gaya pengajaran Mosston dan Ashworth ini, dapatlah disimpulkan bahawa gaya arahan memainkan peranan yang penting dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Seandainya arahan yang diberikan tidak jelas dan merumitkan, maka murid akan melaksanakan aktiviti yang salah. Sebagai contoh, sekiranya dalam aktiviti pembelajaran hoki, guru tidak menerangkan cara-cara yang betul untuk menghayun kayu hoki, maka murid akan menghayun kayu hoki tersebut sesuka hati mereka. Perkara ini akan mengundang kepada kecederaan sekiranya kayu hoki yang digunakan terkena kepada anggota badan murid-murid yang lain. Maka, guru perlu peka dengan arahan. Selain itu, guru berhak menentukan keadaan yang akan berlaku dalam kawasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan permainan kecil, semua murid perlulah memberikan perhatian semasa guru menerangkan arahan permainan. Sekiranya terdapat murid yang tidak mengambil perhatian, guru berhak untuk memberikan dendaan kepada mereka. Bentuk dendaan tersebut adalah seperti berdiri di luar gelanggang, mengambil alatan, dan sebagainya. Perkara tersebut juga dikira sebagai gaya arahan seperti yang dikatakan oleh Mosston dan Ashworth.

Gaya C : Timbal Balik Gaya yang telah kami pilih ialah Gaya B iaitu latihan. Sememangnya, elemen gaya B ini ada kami selitkan di rancangan pengajaran harian kami (RPH). Salah satu contoh yang dapat dilihat melalui gaya B ini ialah

Masa agak terhad dan pembelajaran peringkat awal.

Rajah 1.12 RPH menunjukkan masa bahagian perkembangan

Melalui rajah 1.12 di atas, dapat kita lihat bahawa perkembangan telahpun diperuntukkan masa tersendiri. Seperti yang kita sedia maklum bahawa aktiviti ini dilakukan semasa perkembangan dan masa yang telah diperuntukkan lebih kurang 12 minit. Melalui aktiviti tersebut, murid akan mempunyai masa yang lebih untuk membuat latihan ataupun pengukuhan berkaitan dengan kemahiran yang diajar pada hari itu. Sebagai contohnya, guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan bola sepak dengan menyuruh murid melakukan kemahiran menendang dengan mengikut arah skitel yang telah disediakan.

Latihan secara ansur maju dan berperingkat

Rajah 1.13 RPH menunjukkan latihan secara ansur maju dan berperingkat

Melalui Rajah 1.13 di atas, dapat kita melihat latihan secara ansur maju dan berperingkat. Guru memulakan aktiviti 1 iaitu dengan menggunakan balingan pundi kacang pada aras rendah, seterusnya aktiviti 2 pula membaling pada aras sederhana dan kemudiannya murid akan membaling pada aras tinggi. Jelaslah, guru menggunakan latihan iaitu yang dari mudah ke sukar agar dapat membiasakan murid untuk membaling pada ketiga-tiga aras iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, latihan secara berperingkat juga dapat menguatkan otot-otot pada tangan untuk membaling pundi kacang tersebut pada aras yang dikehendaki.

Membuat demonstrasi

Rajah 1.14 RPH menunjukkan demonstrasi balingan pundi kacang pada aras rendah

Melalui Rajah 1.14 di atas, kita mendapati bahawa guru membuat demonstrasi ataupun penerangan aktiviti sebelum murid melakukannya. Demonstrasi ini penting agar murid dapat mengetahui cara yang betul untuk membaling pundi kacang pada aras yang telah ditetapkan pada ketika itu iaitu pada aras rendah. Selain itu, melalui demonstrasi juga murid dapat melakukannya dengan baik kerana sudah melihat terlebih dahulu guru mereka melakukannya. Tambahan pula, melalui demonstrasi juga, murid boleh mendapat menggambarkan yang cukup jelas berkaitan dengan apa yang guru mengajar pada hari itu.

Kesimpulan Secara kesimpulannya, guru haruslah bijak dan bertanggungjawab dalam menyelami dan meneliti tugasan berdasarkan kemampuan dan kebolehan seseorang murid. Dalam pada itu, kaedah yang diperkenalkan oleh Mosston dan Ashworth (1986), sebenarnya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa serta disiplin kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlangsung. Juga, tidak dapat dinafikan bahawa melalui kaedah yang diperkenalkan, guru dapat membuka minda murid dan seterusnya berjaya untuk mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani.