You are on page 1of 1

Objektif Kontrak Sosial

1. Memahami definisi sebenar kontrak sosial yang digunakan dalam menyatupadukan kaum. Hal ini adalah penting agar kita hanya mencantas pucuk permasalahan malah meracun mati akar kepada permasalahan tersebut. Kontrak sosial dalam pandangan bahasa satu perjanjian atau persetujuan serta permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah Negara. Menurut ahli teori demokratik Eropah, Thomas Hobbes (1651) dan John Locke (1689), kontrak sosial bermaksud manusia mewujudkan sebuah negara sebagai satu perjanjian bersama di mana individu itu bersetuju kepadanya.

2. Mengenal pasti dan menganalisa fungsi kontrak sosial dalam menyatupadukan kaum. Antara fungsi yang akan dibincangkan di dalam folio ini adalah menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing, memastikan kepentingan majoriti dan minority di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masingmasing, memastikan persetujuan dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan dan akhir sekali ialah memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa hadapan.

3. Membincangkan dasar-dasar yang menyokong kontrak sosial dan membantu meningkatkan perpaduan dalam sesebuah negara. Dasar-dasar yang dipilih adalah untuk melihat kepada tahap pencapaian usaha kerajaan sehingga perpaduan rakyat dapat dicapai dan diperkukuhkan. Antara dasar yang dilaksanakan ialah rukun negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dan akhir sekali ialah Dasar Pendidikan Negara. Tindakan ini dapat mewujudkan perefahaman antara kaum dinegara kita, seterusnya mewujudkan perpaduan yang membentuk sebuah negara bangsa.

You might also like