You are on page 1of 3

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...

1. Yang berusaha _________________ ( gb/gpk ___ ) 4. Yang dihormati - Ustaz ustazah - Guru guru 5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2013 serta semua murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan _______pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013. Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah AlQuran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita.. Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah.. 1. Bacaan Doa Zikir Munajat Pembersih jiwa Doa dipohon menjana taqwa
bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Ustz ____________ bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.. - DOA Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz _____ atas bacaan doa itu tadi... semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT. 2. Ucapan alu-aluan Guru Besar Duduk segak wajah tampan berbudi pekerti manis senyuman marilah mendengar penuh perhatian ucapan perasmian yang disampaikan
sidang hadirin sekalian

Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK______, nama ____________. Seterusnya merasmikan Majlis ______dengan sukacitanya mempersilakan. - UCAPAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ______ atas ucapan beliau sebentar tadi.

4. Majlis Khatam Al-Quran Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun inidimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz _______bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengansegala hormatnya dipersilakan... -MAJLIS KHATAM BERMULA Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh __26__ orang murid SK ______sesi 2013. Tahniah diucapkan.

5. Persembahan Nasyid -HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYIDHadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan persembahan Nasyid mereka yang dibimbing oleh en nazri b md salan . Dengan sukacitanya dipersilakan. -NASYIDTerima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi.

-------------------------------------------------------------------Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

6. Penyampaian Cenderahati dan Sijil. adat bertunang ada cincinnya adat program ada sijil dan hadiahnya Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati kepada murid-murid khatam AlQuran. Pada tahun in seramai ___26___ orang berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan.Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha _________ GB SK _______ diiringi oleh Yg Berusaha GPK Kokurikulum____ bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnyadipersilakan.. -PENYAMPAIAN CENDERAHATIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha _______kerana sudi menyempurnakan majlis.
8. Penutup

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya
Kalau tiada jarum yang patah harap simpan di dalam peti kalau benar madah dan tingkah harap sematkan di dalam hati

Akhir kata yang baik adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....Majlis bersurai

You might also like