KONSEP PEMIKIRAN Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidak dapat diperhatikan

dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan dan manipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagai kegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepada perumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepada membuat keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjek sehingga membawa kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan ini menunjukkan pemikir itu manusia dibezakan dengan makhluk lain. Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsung bertindak balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindak balas dengan deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatan atau simpanan memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflik dalam berbagai- bagai kemahiran berfikir. Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif, berpandu, kritis, penaakulan, induktif, deduktif, dan kreatif. Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitif komunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanya dapat dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukan pemikiran. Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiran iaitu terbahagi kepada cabangcabang tertentu. Antaranya ialah meneruskan,

menghubungkan, pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalah dan pertanyaan mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yang diketahui dan yang tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

1

Komunikasi secara umumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain.mana. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentu seperti kandungan mesej. Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitu pertama.sssdsfdsgdgf Input Memproses Output Apakah perkaraperkara yang kita fikirkan? (Kandungan) Bagaimana kita memikirkannya? (Operasi) Jawapanjawapan yang diperoleh (Hasil) Rajah 1: Konsep Pemikiran. komunikasi sebagai interaksi. komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu 2 . Kedua. komunikasi sebagai tindakan satu arah. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial. KOMUNIKASI Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan “communicare” yang berasal daripada kata Latin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Dalam pandangan ini. Hal ini mendefinisikan isyarat komunikasi sebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untuk membangkitkan tindak balas orang lain. Menurut perkataan “communis” pula membawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana. cara penyampaian mesej dan daya pemujukan.

Ketiga. komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasi adalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnya bersifat peribadi.komponen yang terlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu. Haward Gardner. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secara aktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Tindak balas yang ditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumat menyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak. pertama ialah komunikator merupakan individu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain.proses sebab-akibat atau aksi-reaksi. Kedua. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalah suatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalam komunikasi.Imam Al Ghazali. Manakala mesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Edward de Bono. juga dikenali sebagai pendengar. Keempat adalah penerima mesej atau maklumat. Kirby dan Goodpastar.TEORI PEMIKIRAN Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialah Roger Sperry. Sekiranya 3 . menyampaiakn pula kepada sumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. TEORI. iaitu mesej yang disampaiakn oleh pemberi maklumat kepada penerima maklumat atau mesej. Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi ini adalah tindak balas daripada respon (feed back).Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Setiap pihak dianggap sumber sekaligus juga sebagai penerima mesej. Ketiga. media iaitu medan untuk komunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Secara ringkas. komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau juga dikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan. kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Seseorang menyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. yang arahnya sentiasa berubah.

meluahkan perasaan dan menyelesaikan menggunakan anggota badan.hasrat dan kehendak.seni dan apresiasi muzik.hemisfera otak kanan berfungsi untuk perhubungan ruang.hasrat dan tabiat individu lain.berlaku perkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis. dan sains.perkembangan bahasa yang berada di hemisfera otak kiri berlaku dengan pantas. 4 .logik. Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7 kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik.pemikiran kreatif.hemisfera otak kanan dan kiri mempunyai kebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera ini bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Individu ini juga dapat membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula. Matematik –logik pula merupakan kebolehan seseorang itu menggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah.linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-kata dalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan.maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh.hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yang berlawanan.hemisfera otak kiri tercedera. Walaupun. Intrapersonal ialah kebolehan untuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan. Seterusnya. Menurutnya. interpersonal dan intrapersonal.mencari arah dan mengenali bentukbentuk geometri. Kinestatik pula ialah kebolehan individu mengeluarkan idea. Jadi. linguistik. Visual –spatial ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk.hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisan dan lisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individu untuk memahami perasaan. Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenali sebagai MI (Multiple Intelligences). visual-spatial.matematik. Individu ini juga berupaya untuk menjangka.matematik-logik. Menurut kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yang berlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan.fantasi. Begitu juga dengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh di bahagian kiri. Kedua-dua hemisfera ini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individu dalam mengesan dan mengenal irama lagu. Hemisfera otak kiri memproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memproses maklumat secara keseluruhan.warna dan garisan. kinestatik .ruang. Pada peringkat kanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun. Individu juga mudah untuk mengingati maklumat. Sementara itu.

argument dan pemikiran kritis.angan-angan dan khayalan akibat daripada penggunaan pancaindera. Menurutnya. Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat terbatas. Pertamanya akal perlu membebaskan diri daripada pengaruh pancaindera. Sebagai contoh. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akal dan pancaindera.kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Mereka telah menyenaraikan lima kesilapan manusia berfikir. dan perkara ghaib seperti ketuhanan. Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral.keluasan persepsi. Keduanya. Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh.maklumat dan perasaan dan keenam. aqidah. akhirat.mengambil kira semua faktor iaitu setiap keputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain dan masyarakat.pemikiran kreatif. amal ibadat dan sebagainya.memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagai pemikiran egosentrik. Selain itu juga.hubungan antara akal dan pancaindera dilihat dari dua aspek.minus interesting)iaitu setiap masalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelum mengambil sebarang keputusan. Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir.pemikiran berpolar. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengan sekelilingnya. Menurutnya.fikiran. ialah tindakan.ketiga. roh.hafalan dan ingatan. hikmah. Beliau telah memperkenalkan progam CoRT(cognitive research trust). Individu ini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri. Pertamanya. Seterusnya.interaksi. Dalam teknik ini kita disaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkara yang kurang penting.terutamanya pada perkara-perkara agama. kelima. manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . kenabian. kedua.Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Program ini mempunyai 6 bahagian iaitu pertamanya.akal memerlukan pancaindera untuk berfikir tentang pengiraan. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai 5 . Menurut mereka. Oleh itu. akhlak.keempat. Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus. Hal ini kerana keputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir daripada pelbagai perspektif. Seterusnya.kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan.akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untuk mendapatkan kebenaran dan ilmu.organisasi proses berfikir.

pelajar yang gagal akan menganggap dirinya gagal selamanya. mengemukakan cadangan ataupun memenuhi kehendak untuk memahami”. Hal ini bermakna pemikiran merupakan proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman bagi sesuatu perkara. Sebagai contoh. 6 . menyelesaikan masalah.abstrak selektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatu perkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh.hitam putih atau dikotomi. Individu ini membuat konklusi berdasarkan kejadian berlaku dalam hidupnya. Keempat. Pemikiran juga merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Kelima. membuat keputusan.kesimpulan yang melampau.membesar-besarkan sesuatu. Ketiga. JENIS-JENIS PEMIKIRAN Menurut Ruggiero ( 1984) yang diterjemah oleh Ishak Ramly ( 2005 : 155) mentakrifkan berfikir sebagai “aktiviti mental yang mengeluarkan idea. membuat refleksi dan penerokaan terhadap sesuatu idea atau hujah. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalam diri mereka. Individu ini cenderung melihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. menyelesaikan masalah. Pemikiran juga adalah aktiviti yang dilakukan hampir setiap masa.

Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim . pemikiran positif dan pemikiran negatif. Ingatan sensori merupakan ingatan jangka pendek yang wujud dalam deria manusia yang tidak hilang serta-merta. Antaranya adalah pemikiran kritis. pemikiran kreatif. Seterusnya maklumat akan di hantar ke ingatan jangka pendek untuk diproses. di tapis dan disintesiskan sebelum di hantar ke maklumat jangka panjang. Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003 :102) Model di atas menunjukkan maklumat yang diproses dalam otak semasa proses berfikir berlaku.Proses Berfikir Sumber : Mahani Razali. Pemikiran terbahagi kepada beberapa jenis. Semasa proses berfikir. disusun. (Mahani Razali. maklumat atau rangsangan yang diterima akan diproses ingatan sensori. i) Pemikiran Kritis 7 . pemikiran logik.2003 :102).rangsangan Rajah 1 : Model Memproses Maklumat.

gapah dalam membuat sebarang pertimbangan dan mereka akan memikirkan segala keburukan dan kebaikan yang akan diterima sekiranya membuat sesuatu keputusan. Aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran kritis adalah dalam aspek penghujahan. luar biasa. Menurut Maimunah Osman (2005:1 ). provokatif.bulatnya. kebenarannya. Ishak Ramly (2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapan dan keupayaan menggunakan minda bagi “menghasilkan idea yang baru. Ia juga melibatkan minda untuk memberi beberapa cara lain yang tidak bergantung pada kebiasaan. jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan dan penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka”. pemikiran kritis boleh dianggap sebagai cara berfikir yang dilakukan dengan membuat penimbangan dan penelitian dalam semua aspek dalam membuat sesuatu keputusan. Individu ini biasanya mampu berhujah dengan baik dan berfikir secara wajar dan relevan. tepat. Mohd Michael Abdullah (2007:3) mendefinisikan kritis sebagai penimbangan baik atau buruk sesuatu perkara. Hal ini menjadikan individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagi menghasilkan pelbagai idea yang baru. Kritis merujuk kepada menimbang baik buruk sesuatu perkara dengan teliti dan bersifat mengkritik dengan tidak menerima atau mempersetujui sesuatu perkara begitu sahaja dengan sebulat. asli. kejelasan bahasa dan susunan hujah.Menurut kamus dewan edisi ke tiga (1996: m/s). Jadi. Pemikiran kritis dapatlah didefinisikan sebagai pemikiran yang kritikal dan analitikal. pelbagai. Individu yang mempunyai pemikiran kritis ini sering di kaitkan dengan individu yang lantang bersuara dan mengutamakan pendapat. individu ini dapat berfikir secara tenang dan tidak tergopoh. Individu yang mempunyai pemikiran sebegini 8 . Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea mereka secara terperinci dan logik. mencabar. Pemikiran kritis bertujuan untuk mengajar kaedah-kaedah pemikiran agar dapat berhujah dengan lebih berkesan. ii) Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. pemikiran kreatif adalah keupayaan untuk menjana dan merealisasikan idea-idea baru. Jelasnya. Dewey (1933) yang dipetik oleh Azizi Yahaya (2005:209) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan yang serius dalam sesuatu perkara.

Jadi. masuk di akal atau munasabah. Hal ini bermakna induktif adalah pemikiran yang berbentuk khusus kepada umum manakala sebaliknya deduktif berbentuk umum kepada khusus. produktiviti. Keupayaan inilah yang akan mewujudkan daya kreativiti seseorang dalam menyelesaikan masalah. Hal ini bermakna individu yang berfikiran positif ini mempunyai sifat yang optimis dan mahu maju 9 . iii) Pemikiran Logik Ishak Ramly (2005: 159) menyatakan perkataan logik berasal dari Yunani yang bermaksud akal hujah. (Mahani Razali. Pemikiran kreatif juga memperlihatkan keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau perspektif yang lebih luas.rule-method iaitu bermula daripada spesifik kepada am atau contoh kepada prinsip. Pemikiran logik juga dikenali sebagai pemikiran penaakulan. keberkesanan dan value added. iv) Pemikiran Positif Pemikiran positif apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau longgokan idea dari pelbagai aspek kebaikan dan faedah. membina dan dapat melakukan sesuatu kerja dengan pelbagai cara untuk memberi makna pada kerja tersebut. Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003: 108) menyatakan pemikiran deduktif juga dikenali sebagai rule. b) Logik Deduktif Mahani Razali. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996: m/s) logik bermaksud dapat diterima akal. a) Logik Induktif Induktif juga dikenali sebagai eg. namun individu yang berfikiran positif akan melihat kepada kelebihan dan faedah yang dapat dicapai sekiranya sesuatu perkara di laksanakan dan berusaha menghadapi dan menyelesaikan rintangan ataupun halangan dalam melaksanakan perkara tersebut.Logik pula terbagi kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif.eg-method iaitu pemikiran yang berbentuk contoh atau am kepada sesuatu yang spesifik. pemikiran logik dapat diklasifikasikan sebagai hujahan yang dapat diterima oleh akal. penambahbaikan. Mereka juga bersifat positif .mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dari orang lain. Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim .2003: 108). Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya.

bahaya. Sebagai contoh ahli perniagaan. pemikiran yang negatif juga perlu dalam meramal perkara yang akan berlaku dan mencari jalan untuk mengatasi atau menghindari masalah tersebut. 10 . bahaya dan kesilapan banyak terjadi. Individu yang terlibat dalam perniagaan berisiko untuk memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian. mereka akan mampu menghadapi segala risiko yang mendatang kerana mereka mempunyai motivasi yang positif dan yakin mereka mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Faedahnya adalah mereka dapat menyediakan pelan darurat dan kecemasan bagi kemungkinankemungkinan yang di luar jangkaan.dan berjaya (Ishak Ramly. risiko. Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006:34) berpendapat pemikiran positif bukan sifat semula jadi manusia dan sebaliknya pemikiran negatif adalah sifat semula jadi manusia kerana kesilapan. bahaya dan risiko dalam kehidupan memberi impak yang besar kepada pemikir. Sekiranya seseorang individu mempunyai pemikiran yang positif. Individu perlu yakin dengan setiap perkara. Namun begitu. Namun pada hakikatnya. v) Pemikiran Negatif Ishak Ramly (2005:158 ) berpendapat. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindar masalah yang diramal akan berlaku. masalah. benda atau kejadian mempunyai kebaikan dan setiap masalah juga boleh di selesaikan. Individu yang terlalu berfikiran negatif akan membunuh kreativiti dan sering menolak idea baru. Mereka juga sering meramalkan masalah yang timbul sekiranya idea baru tersebut di laksanakan. Hal ini kerana mereka sering melihat idea baru itu dari sudut kelemahannya sahaja. Mereka juga tidak akan mudah berputus asa. 2005:157 ). individu yang mempunyai pemikiran negatif banyak memikirkan mengenai keburukan. kesalahan. risiko dan masalah apabila ingin melakukan sesuatu perkara. Individu yang sentiasa berfikiran positif pasti dapat mencari pelbagai alasan yang logik dan dapat melaksanakan segala perancangan dengan berjaya dan menguntungkan. pemikiran negatif juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu bagi memupuk kemahiran berfikir secara positif. ia perlu dilakukan secara sedar dan berniat. Pemikiran positif mengandaikan sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar dan tiada sesuatu yang buruk akan berlaku. Oleh itu.

Melalui perilaku dan maksud orang lain. dan kriteria hubungan baik iaitu keputusan yang dicapai sesama sendiri. Dalam konsep komunikasi ini. Menurut R. Rasa percaya pada orang lain akan wujud melalui faktor. rasa percaya (trust) adalah diperlukan. budaya. isian komunikasi atau maklumat. Berdasarkan hubungan kekuasaan. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinya menyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersemuka. keterampilan. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi 11 . maka orang yang mendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan. dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Sebagai contoh yang jelas. serta mempunyai sifat. maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi.sifat yang dapat diduga. pemikiran yang positif amat diperlukan. Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. dan juga konteks psikologi. dalam komunikasi interpersonal. jujur. apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain.faktor seperti perilaku dan maksud orang lain. Komunikasi ini berlaku secara kontekstual bergantung kepada keadaan. Hal yang demikian. pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelas beserta harapan yang tinggi. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. untuk memastikan keberkesanan dalam sesuatu komunikasi. dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasi memiliki kemampuan.gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara manusia. pengalaman dalam bidang yang diperkatakan. hubungan kekuasaan. dan konsisten.GAYA PEMIKIRAN MEMPENGARUHI CARA DAN GAYA KOMUNIKASI ANTARA MANUSIA Gaya. Melalui kualiti komunikasi dan sifat terbuka. Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasi mempunyai lebih dari dua orang atau lebih. diandaikan. Hal yang demikian. Apabila seseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad. Seterusnya keberkesanan komunikasi dapat dicapai. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuan komunikasi. lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorang ketua. tidak akan dikhianati.

12 . Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan. Dalam hal ini. mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. teori berguna atau perlu menyangkalnya. Selain itu. Dengan itu. Hal inilah yang mewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi. Dalam konteks ini. pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain. berfikir secara kritis terlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal dengan baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. baik dan lengkap bagi mencapai keberkesanan komunikasi. Selain itu. Berdasarkan orientasi masalah pula. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator. sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corak komunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaan hipokrit.kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaan lagi. Melalui indikator evaluasi dan diskripsi. mencari penyelesaian masalah atau membahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersamasama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. perilaku menyokong (supportif) mestilah diwujudkan. ketika berkomunikasi. menganalisa secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsung sebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea. para pendengar perlu menyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supaya berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanan komunikasi antara manusia. penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dan kekurangan yang dikesan. orientasi masalah serta spontan. Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan. disamping cuba mempertimbangkan semula.apa yang cuba disampaikan oleh komunikator. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi. Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi. pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yang berlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah. sebarang komunikasi yang berlangsung. cara komunikasi yang berlaku adalah berjaya kerana pendengar memahami apa.

Sidek Baba. KESIMPULAN Pemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. ketidakpercayaan. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerima atau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatu penyampaian maklumat. Cara komunikasi yang berlangsung sama ada terbuka. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Melalui Edward de Bono di dalam Dr. Namun begitu. gaya. menyatakan bahawa komunikasi yang dijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secara jelas. Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang bagaimana. Hal ini mampu menjaga hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. komunikasi yang berkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yang positif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dan data yang tepat. 13 . Dalam hal ini. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham. dan juga cara berfikir. tertutup.Dalam konteks persepsi interpersonal. Dalam erti kata lain. bersikap tertutup dan sebagainya. pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkai maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Dengan itu. mendatar dan sebagainya dipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran. Tidak kiralah pemikiran itu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau idea daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain.

cara praktikal bagi pemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Aplikasi kognitif dalam pendidikan.html (Diperoleh pada 21/11/2011) http://khairuddinuad. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Azizi Yahaya.blogspot.multiply. Bhd. Kuala Lumpur.BIBLIOGRAFI Abdul Mua‟ti @ Zamri Ahmad. E.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011) Ishak Ramly.blogspot. Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. Bhd. Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .scribd.Meningkatkan Potensi Minda. (Hlm 135-176).Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://www. Indonesia. 24 daripada : 14 .ppt (Diperoleh pada 23/11/2011) http://wahyudiantoindra. Astrid S. Penerbit Binacipta 1977.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.Bhd.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.Kuala Lumpur:Utusan Publications Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). (2003) . Susanto. Dewan Bahasa dan Pustaka.files. (2001). Diperoleh pada November 2011. http://drsidekbaba. Golden Books Centre Sdn.com/2009/08/konsep-pemikiran.angelfire.(2003). Santun Komunikasi.(2005).scribd. Belajar berfikir. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. (2001). Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd Azlena binti Zainal & Munir bin Shuib.com/wa/anis/pkritis.wordpress. Abdul Salam Haji Yussof. De Bono.com/2006/12/berfikir-logikal.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www. (2005). Asmah Suboh.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://jacs-inspiration.Imam AlGhazali Pendidikan Berkesan. Pemikiran praktikal: membincangkan cara.

Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn. 15 . J. (2005). Komunikasi asas. Teori komunikasi.Bhd. Michael Abdullah. (hlm 101-114). (2004). Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Mohd.KBKK Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis. Mahani Razali.Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd.(2009). Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.http://books. Mokhtar Muhammad. Rahim. (1988).Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Konsep penting dalam komunikasi. Severin.com. (1996). D. Communication Arts Books. J. Salhah Abdullah.my/books?id=8zBfedLNZQC&pg=PA156&dq=john+barell+1991_+pemikiran&hl=en&ei=_aDNTuHJBIr4rQetu Nn5DA&sa=X&oi=book_result&ct=bookthumbnail&resnum=1&ved=0CDMQ6wEwAA#v=onepage&q=john%20barell%201991%20pemikiran&f=false. Poh Swee Hiang. (2000). Dewan Bahasa dan Pustaka. Psikologi pendidikan. W dan Tankard Jr. New York. Samsuddin A. J. Komunikasi dan perubahan. Jenis-jenis pemikiran. Maimunah Osman. Hartley. Saunders. O‟ Sullivan. T. Pemikiran kreatif. W. London.(2006) Psikologi Pendidikan. J. Fiske.google. Routledge.Bhd. (1997). Kuala Lumpur. Kecerdasan PelbagaiAplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (1995). Selangor Darul Ehsan. UPENA UiTM. Mahani Razali.