You are on page 1of 2

PENGENALAN Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (GDM) atau diabetes yang di hadapi pada

wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil di kesan menghidap gestational diabetes mellitus (GDM). Ia biasanya dapat di kesan semasa bulan ke 6 - 7 kehamilan, di antara minggu ke 28 dan minggu ke 34. Penyakit diabetes mellitus selalunya akan hilang selepas bayi di lahirkan. (KOL DR) Hanifullah Khan 2012 Diabetes juga adalah satu keadaan di mana karbohidrat tidak boleh di cernakan ini ditunjukkan oleh hyperglycaemia yang teruk dan berlaku dengan tiba-tiba atau peringkat awal mengandung, (WHO 1999), (Fraser and Cooper 2009). Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah satu perubahan hormon dalam badan (estrogen,kortisol dan juga lactogen dalam placenta) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi kedua-dua keadaan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam placenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan. (KOL (DR) Hanifullah Khan 2012). Faktor faktor yang berkaitan dengan Gestational Diabetes Mellitus. 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) Obesiti atau kegemukan.(berat ibu melebihi 80.0kg atau BMI > 30) Ahli keluarga terdekat menghidapi penyakit diabetes mellitus Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg). Polyhydramnions (air mentubam yang melebihi 1500ml) Wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Melahirkan anak cacat (congenital) Mengalami dua episod glycosuria atau 1 episod fasting glycosuria. Mengalami keguguran berulang kali lebih dari 3 kali. Mengalami sejarah kematian janin dalam kandungan (IUD) atau kelahiran (stillbirth). Ibu menunjukkan tanda-tanda kemungkinan mengalami diabetes contohnya jangkitan saluran kencing yang berulang, jangkitan fungus, moniliasis dan lain-lain. 11) Bacaan Random Blood Sugar (RBS) >7 mmol/l, mesti melakukan MGTT.

UJIAN MODIFIED GLUCOSE TOLERENCE TEST (MGTT) MGTT merupakan pemeriksaan darah yang di lakukan untuk mengesan GDM dan ia dilakukan setelah berpuasa semalaman.

You might also like