You are on page 1of 6

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

JALAN YACOB LATIF


BANDAR TUN ABDUL RAZAK
56000 KUALA LUMPUR

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

C-051-1 JUNIOR ELECTRICAL TECHNICIAN

TAHAP / LEVEL

SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL/


M02 SINGLE PHASE WIRING
MODULE NO AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO
AND STATEMENT

02-01
02-02
02-03
02-04
02-06
02-05

Carry out single phase surface wiring


Carry out single phase conduit wiring
Carry out single phase concealed wiring
Carry out single phase trunking wiring
Install domestic earthing system
Install distribution board

OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

Carry Out single phase surface wiring using electrical hand tools,
electrical equipment, electrical materials etc, so that single phase
surface wiring, installation of accessories, fitting and testing is
carried out according to IEE regulation and specification

NO KOD / CODE NO

C-051-1/M02/IS(2/6)

Muka : 01

Drp : 06

TAJUK : PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan menerangkan kesemua unit dan sub unit yang terdapat pada sistem
pendawaian permukaan satu fasa,pendawaian konduit,pendawaian tersembunyi dan sesalur yang
menggunakan peralatan tangan,peralatan-peralatan elektrik serta bahan-bahan yang berkaitan supaya dapat
memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam melakukan kerja-kerja pendawaian permukaan
satu fasa.

NO KOD / CODE NO

C-051-1/ M02/IS(1/3)

Muka: 02 Drp: 06

PENERANGAN :
Sistem pendawaian adalah cara sebenar bagaimana sesuatu kabel pemasangan tersebut di
pasang.Ia juga mengaitkan dengan jenis kabel dan sistem perlindungan yang digunakan.Di
malaysia sistem pendawaian biasanya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu domestik dan
industri.Pengkelasan ini bergantung kepada faktor seperti premis,jenis voltan dan beban.
Sistem Pendawaian Domestik
Di antara pendawaian domestik ialah:
-

Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

Pendawaian Tersembunyi (Concealed Wiring)

Pendawaian Selongsong PVK (PVC Casing Wiring)

Pendawaian Pembuluh PVK (PVC Conduit Wiring)

Sistem Pendawaian Industri


Sistem pendawaian industri biasanya melibatkan pemasangan yang perlu dilindungi daripada
kerosakan mekanikal.Pendawaian ini dilakuka di dalam dan juga di luar bangunan.Di antara sistem
pendawaian industri yang sering digunakan di negara kita ialah:
-

Pembuluh Logam(Konduit G.I)

Sesalur (Trunking)

Kabel Berperisai

Di dalam Elemen ini anda akan mempelajari teknik-teknik asas bagaimana melakukan pendawaian
Permukaan
PENDAWAIAN PERMUKAAN
Sistem pendawaian permukaan merupakan pendawaian yang dilakukan pada permukaan dinding
dan siling secara terbuka.kabel hanya diklip terus secara permukaan dengan tanpa sebarang
perlindungan tambahan.
Kesesuaian pemilihan sistem ini ialah :
1. Premis yang dibuat dari kayu atau batu
2. Pendawaian satu fasa
3. Bilangan beban sedikit
4. Kabel yang dipasang tidak begitu banyak
Pemilihan Kabel
Kabel jenis bertebat dua lapis iaitu jenis PVK/PVK. Sarung lapisan luar dapat memberi
perlindungan kepada pengalir daripada terus mengalami kerosakkan apabila berlaku kerosakkan
luar kabel.

NO KOD / CODE NO

C-051-1/ M02/IS(1/3)

Muka: 03 Drp: 06

Kaedah Pemasangan
Kaedah pemasangan kabel bagi pemasangan ini, kabelnya dilekapkan pada permukaan dinding
atau siling mengikut penghalaannya.
Untuk pemasangan pada bangunan yang diperbuat daripada simen batu pula kabelnya akan
dilekapkan pada dinding berlapikkan beroti kayu. Beroti kayu ini dipaku terlebih dahulu dengan
mengunakan paku simen pada dinding batu. Kemudian kabel akan diklip pada bahagian atas beroti
kayu tersebut.
Klip biasanya terdapat 2 jenis :
- klip plumbum
- klip aluminium

Klip Plumbum

Klip Aluminium

* Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana kabel pendawaian
tersebut dipasang terus ke dinding atau siling bangunan.
* Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).
* Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun pada permukaan
dinding atau siling
* Sistem pendawaian ini memerlukan perhatian yang tinggi ketika kerja-kerja menyusun
kabel- kabel pada permukaan dinding atau siling dilakukan.

NO KOD / CODE NO

C-051-1/ M02/IS(1/3)

Muka: 04 Drp: 06

Contoh Gambarajah Pendawaian Permukaan

NO KOD / CODE NO

C-051-1/ M02/IS(1/3)

Muka: 05 Drp: 06

Proses Pendawaian Permukaan


* Sistem ini tidak banyak lagi digunakan pada masa kini.
* Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian ini akan dipasang pada permukaan
dinding atau siling
* Ia dibentuk mengikut jumlah dan saiz kabel yang hendak dipasang
* Kerja-kerja pendawaian ini biasanya dimulakan dari poin-poin dan berakhir di kotak
agihan.
* Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua lapisan
( PVK / PVK )
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan
* Antara amalan-amalan yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan
menjamin mutu pendawaian adalah seperti berikut :
* Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi
dinding.
* Bilangan kabel yang dipasang sebaiknya tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian.
* Bilangan kabel yang banyak boleh mengurangkan cengkaman pencengkam.
* Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat
dielakkan lapik dengan sebarang penebat di antara laluan kabel itu.
* Tandakan di bahagian hujung kabel bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
* Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
* Semasa memasang pencengkam, elakkan daripada mencederakan kabel.

Mendatar

Pencengkam
Menegak

NO KOD / CODE NO

C-051-1/ M02/IS(1/3)

Muka: 06 Drp: 06

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan


Kebaikan
-

Kemas

Kos Murah

Kerosakan mudah dikesan

Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian

Kelemahan
-

Tidak mempunyai perlindungan mekanikal

Tidak tahan lama

Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan serangga dan haiwan

SOALAN :

1.

Berikan kelebihan dan kelemahan pendawaian permukaan.

2.

Senaraikan jenis-jenis pendawaian domestik

3.

Terangkan amalan-amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

RUJUKAN :
Abd Samad Hanif, et.,1994. Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik.
Mohd Nazi bin Haj Mustaffa, et., 2000. Teknologi Elektrik.