1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

MBE10103 FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM PTV

TAJUK JURNAL KONSEP: PERANAN GURU TERHADAP FALASAFAH DAN DASAR-DASAR DASAR DASAR DALAM PEMBENTUKAN MURID BERKUALITI DALAM PTV

Pensyarah: EN. NOORAZMAN BIN ABD.SAMAD

Disediakan oleh: 1. 2. 3. 4. 5. JUHAIDAH BINTI JAMAL HANEE BINTI MUGIEN NUR ALYA SAFIA BINTI MANAN NURULHUDA BINTI TAHA AUNI ZHAFRAN BINTI MOHD NOR HB120079 HB120185 HB120188 HB120114 HB120134

....0 5.........13 RUJUKAN...........................8 6....................................0 8......0 PENGENALAN...................................................................2 6.............................................5 OBJEKTIF KAJIAN.........................................................0 Penguasaan Pengetahuan Guru...........0 6.10 METODOLOGI......3 PENYATAAN MASALAH......3 1.0 2.......................................................................7 PERSOALAN KAJIAN................12 JANGKAAN DAPATAN..............................................................................0 3..........................1 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN........3 7...................................................7 KAJIAN LITERATUR.......................................................................7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN....................................................................................................................8 Kemahiran Insaniah Guru.....9 Sikap Guru...........................1 6.........................14 ................................................................2 ABSTRAK.........................................0 4..........................................................................

lagi Maha Penyayang. Tidak dilupakan juga semua rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang dan saling memberi tunjuk ajar. Selawat dan salam ke atas junjungan besar ke atas Nabi Muhammad S. terima kasih. tunjuk ajar. Samad di atas segala ilmu. . Pemurah.A.W.W.2 PENGHARGAAN Alhamdulillah. Yang Maha Pengasih. Noorazman Bin Abd.W. Akhir kata. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. semoga segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan diberkati dan dirahmati Allah S. bimbingan dan nasihat yang membina sepanjang pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 10103). Dipanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana dengan izin dan limpahnya maka dapatlah kumpulan kami menyiapkan jurnal konsep ini. bantuan dan galakan dalam menempuh cabaran. Sekian.T. segala pujian bagi Allah S.T.

mengenal pasti sikap yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional dan mengenal pasti kemahirankemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru bagi pembentukan murid yang berkualiti di dalam PTV.0. Justeru. Para pendidik di zaman ultramoden ini perlu meningkatkan kepekaan terhadap persiapan perancangan dan pengurusan serta tindakan yang lebih rapi untuk menghadapi situasi dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi. 1. Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid yang bersekolah di Kolej Vokasional. proses pembinaan negara tidak mampu untuk dicapai. Al Edrus (2001).0 Pengenalan Pendidikan dan pembinaan negara adalah berhubungan rapat antara satu sama lain. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada guru vokasional mengenai kepentingan peranan guru dari segi penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing disamping dapat mengamalkan sikap yang positif seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG). menyatakan bahawa globalisasi adalah fenomena yang sedang dan akan berlaku di seluruh dunia tanpa ada negara yang terkecuali menerima pengaruh dan cabarannya. dalam era globalisasi ini. Dalam proses untuk membina sesebuah negara ia menuntut warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani. Kajian ini tertumpu kepada tiga objektif utama iaitu mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional. 1998). emosi. organisasi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat . Bagi menguatkan lagi kajian ini. Dapatan kajian primer (utama) iaitu soal selidik akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 17. Tanpa pendidikan. Johor. rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Rubiah.3 Peranan Guru Terhadap Falasafah dan Dasar-Dasar dalam Pembentukan Murid Berkualiti dalam PTV ABSTRAK Artikel ini mebincangkan tentang kepentingan peranan guru PTV dalam melahirkan dan membentuk murid yang berkualiti dalam bidang PTV ini. Sampel kajian terdiri daripada 196 orang murid yang dipilih di 4 buah Kolej Vokasional (KV) di sekitar. penyelidik akan menggunakan dapatan kajian sekunder (sokongan) seperti temubual.

guru-guru perlu jelas akan amanah yang telah diletakkan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek. bertanggungjawab. 2003). Justeru itu. 2011). memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul. rohani. masyarakat dan negara “ ( Akta Pendidikan 1996. berakhlak mulia. Situasi ini juga menunjukkan bahawa seorang guru itu memikul tanggungjawab yang berat untuk digalas dalam mendidik anak bangsa demi menacapai matlamat negara. bangsa dan Negara selaras dengan FPK (Muhammad Norfahmi & Rohana. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. dengan adanya profesionalisme perguruan ini adalah sebagai satu piawaian kepada guru untuk menentukan nilai. Oleh itu. 2001). dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. emosi dan jasmani agar segala ilmu dan moral baik yang diperoleh dapat disalurkan untuk kebaikan demi kepentingan agama. berketerampilan.4 dinamik abad ke-21 bagi tujuan mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. rohani. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca. Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihasilkan: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. masyarakat dan Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia. FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu.nilai kualiti yang . Akta 550) Guru juga memikul tanggungjawab penting kepada sistem pendidikan negara kerana mereka adalah golongan pelaksana kepada dasar dan matlamat yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (Warnoh dan Norasmah. Oleh itu.

” Menurut Ragbir Kaur (2007). sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada muridmuridnya.5 sepatutnya perlu dimiliki oleh seseorang guru seperti yang terkandung di dalam falsafah pendidikan perguruan: “Guru yang berpekerti mulia. ponteng sekolah dan kelas. komited pada tugas. berpandangan progresif dan saintifik. dedikasi. 2. tidak lagi berminat menjadi guru. sakit mental dan sakit fizikal. sentiasa murung dan bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat di kalangan guru sejak akhir-akhir ini (Mohd Yusof. tidak berminat untuk mengajar. menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu.0 Penyataan Masalah Anggapan tugas mengajar mudah dan remeh. 2002). tidak bersemangat. bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. Dapatan kajian Jamil (2002). berpakaian tidak kemas. tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan. tidak menyediakan rancangan pengajaran. sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka. ikhlas. progresif dan berdisiplin. mendapati ketidakadilan dalam pengurusan sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah. degil. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Sikap seperti malas. Guru bermasalah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu bersikap negatif. demokratik. melawan pentadbir. fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. keluar waktu persekolahan atas urusan peribadi. menerusi sesi temu bual terhadap guru terlatih di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang di sandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih. .

kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran. Salah satu masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak menguasai sukatan baru. kecerdasan pelbagai. Ianya berlaku di peringkat sekolah rendah. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis berdasarkan sukatan baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini tidak diajarkan sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah mengajarnya. membuat pengitlakan dan kajian masa depan dalam kemahiran bernilai tambah tidak diberi fokus dalam pendidikan guru tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah. guru-guru menghadapi masalah mengajar kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan baharu yang mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal. Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi dan tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar.6 Selain kajian tentang sikap guru dan strategi yang diaplikasikan oleh guru. kecerdasan emosi. Selain itu. kemahiran berfikir. kemahiran belajar. isu pengetahuan pedagogikal kandungan guru di negara ini sebenarnya telah dipersoalkan pelajaran. Namun. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan kepada guru di samping institusi pendidikan menawarkan kursus-kursus di peringkat universiti dan Institut Pendidikan Guru (maktab perguruan) tetapi jumlah mereka masih tidak mencukupi. menengah dan universiti kerana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tidak diimbangi oleh penyediaan guru mata pelajaran yang terlatih. Disamping itu. pengetahuan pedagogikal kandungan dianggap paling penting kerana ia menekankan konteks amalan spesifik pengajaran dan pembelajaran serta dianggap sebagai intipati kepada pengetahuan guru. terdapat kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh guru. . Oleh itu. Menurut Abdullah Hassan (2004). kejayaan pembelajaran pelajar amat bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman guru.

0 1. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional. 3. Objektif Kajian Mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional.0 Kerangka Koseptual Kajian Rajah 5. 2.1 : Kerangka konseptual kajian . Apakah kemahiran–kemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional untuk pembentukan murid berkualiti dalam PTV? 5. 4. Persoalan Kajian Apakah tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional bagi pembentukan murid berkualiti dalam PTV? 2.0 1. Apakah sikap yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional untuk pembentukan murid berkualiti dalam PTV? 3.7 3. Mengenal pasti sikap yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional.

kajian Shulman (1987).0 Kajian Literatur 6. Antaranya menguasai subjek yang diajar. Penguasaan pengetahuan akan bersifat dinamik kerana penguasaan pengetahuan guru akan bertambah apabila guru belajar. mengikuti proses pembelajaran secara dekat dan berkongi pengalaman dengan guru lain (Ahmad Yunus & Ab. pengajaran. Keberkesan P&P tersebut berkait rapat dengan pengetahuan dan penguasaan pengetahuan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi juga bergantung kepada kepada pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus. guru perlu memikirkan secara pedagogikal di mana guru perlu menimbangkan cara mengajar sesuatu mata pelajaran dari segi perspektif pelajar. melakukan kolaborasi dengan guru lain. penilaian dan refleksi. pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dan pengetahuan kurikulum. transformasi. Selain itu. Dalam aspek pengusaan pengetahuan ini juga. Untuk membina hubungan ini.Halim. pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik. memahami pelajar serta mempunyai ilmu asas pendidikan yang kukuh. 2010). guru perlu fikirkan bagaimana hendak membina hubungan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama. penguasaan pengetahuan ini berkaitan dengan kebolehan guru mengubah kandungan kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar. Menurut Shulman (1986) penguasaan pengetahuan guru dibina melalui lima peringkat iaitu kefahaman. Secara ringkasnya. mengenalpasti terdapat tiga domain utama pengetahuan guru iaitu pengetahuan kandungan.1 Penguasaan Pengetahuan Guru Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan adalah datang dari penyampaian yang berkesan oleh seorang guru. Feiman-Nemser dan Buchmanm (1986) dan Remillard (1996) menyatakan. . guru sendiri dan dan isi kandungan subjek tersebut. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Rohaty (2007) yang menyatakan bahawa seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu.8 6.

1990. penerangan dan demostrasi yang efektif.9 Di antara ciri penting dalam penguasaan pengetahuan juga. dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Universiti Teknologi Malaysia (2007) juga telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. De Corte. kemahiran belajar. kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan. kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembetulan topik itu senang atau susah dan miskonsepsi pelajar tentang topik dan pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif juga merupakan aspek yang menentukan tahap penguasaan pengetahuan guru terhadap setiap subjek yang diajar. kemahiran berfikir. perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran insaniah. Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar. penguasaan pengetahuan melibatkan beberapa aspek yang penting. kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran. contoh. Menurut Mok Soon Sang (2003). kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri. Antara kemahiran tersebut adalah kemahiran . Antaranya. penggunaan dan penerapan kemahiran insaniah secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran–kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir. kemahiran belajar. Kemahiran insaniah ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama ada di peringkat rendah. Greer & Verschffel 1996). Selain itu. 1995. Antaranya adalah analogi. menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. 6. dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik. Shulman (1987) menyatakan. Fernandez-Balboa & Stiehl.2 Kemahiran Insaniah Guru Kemahiran insaniah berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran. 2007). kemahiran pemudahcaraan. guru perlu bagaimana hendak mengajar topik yang spesifik yang dapat meningkatkan kefahaman konseptual pelajar (Grossman. bagi sesuatu topik.

Dapatan kajian telah menunjukkan ramai guru yang mengalami suasana kerja yang tertekan dan hilang minat terhadap profesion keguruan adalah akibat . Guru dan mekanismenya perlu sensitif terhadap perkembangan semasa. 6. latihan perguruan profesional. Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru menjadikan mereka guru yang berkualiti. Kesepaduan antara elemen-elemen kemahiran insaniah ini akan dapat melahirkan insan guru yang bijak berkomunikasi. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif. 2006).10 berkomunikasi.3 Sikap Guru Krisis profesionalisme keguruan dilihat begitu besar impaknya terhadap keperluan penyelidikan bagi mengenal pasti isu sebenar yang berkait dengan profesionalisme keguruan di negara ini. kemahiran kerja berpasukan. Penegasan ini dapat dilihat dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh. 1995). serta berupaya menterjemahkan kemahiran insaniah ini untuk memberi sumbangan yang bermakna terhadap sekolah khususnya dan dunia pendidikan amnya (Rozanis. pengurusan pengajaran berkesan. Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. pengurusan sumber pengajaran pembelajaran ke arah mencapai matlamat pendidikan dan wawasan negara (Ibrahim. nilai kendiri dan etika dan moral profesional. berkemahiran menyelesaikan masalah. berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran. berketerampilan. berkeperibadian mulia. 1999). khususnya ke arah pembentukan kepemimpinan negara. Krisis profesionalisme keguruan perlu diberikan perhatian yang serius kerana guru merupakan agen utama sebagai pembentuk wajah kepimpinan dan pemacu pembangunan ekonomi negara (Awang Had. mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. kemahiran menyelesaikan masalah kemahiran mengadaptasi. pembelajaran sepanjang hayat. berkeupayaan2 mencipta peluang-peluang baru.

tugas pengajaran menjadi rutin dan terus lalai dengan tugas tersebut tanpa sebarang pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. BPG.11 masalah ini (BPG. guru harus berubah dan membentuk kefahaman baru tentang impak kemajuan teknologi terhadap masyarakat. Bagi membolehkan program latihan perguruan melaksanakan tanggungjawab tersebut. hanya guru yang profesional mampu melahirkan pelajar cemerlang dan aspek ini perlu dalam proses pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia. pelaksanaan dan pengisian program pendidikan di IPTA harus mampu menangani pembangunan bakal guru melalui intelek. 1993). Othman. 1997). 2002. Menurut Othman (2000). Dalam era globalisasi. Menurut Hishammuddin (2005). 1998). Guru yang sering hilang tumpuan semasa bertugas akan gagal menikmati kepuasan bekerja dan sudah pasti akan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada profesion keguruan (Siti Taniza.. Guru tidak dapat berfungsi dengan profesional sekiranya bekerja dalam keadaan yang tertekan. (1992). proses mengeksploitasi profesion keguruan menjadi begitu penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan merupakan instrumen untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dalam era globalisasi. Negara tidak akan berjaya . 1998. rohani. jasmani dan sosial secara bersepadu seperti mana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). emosi. apatah lagi jika guru menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan terakhir (Smith. 1998). 2000). membantu pelajar menggunakan teknologi di samping guru berusaha meningkatkan keterampilan mengaplikasikan teknologi dan menolak perasaan ragu-ragu terhadap teknologi tersebut. BPPDP. generasi muda bakal berhadapan fenomena negatif sekiranya aspek ini diabaikan. 1997. Malah. Guru sedemikian akan melaksanakan tugas pengajaran secara automatik dan tidak berfikir secara aktif. Hal ini menjelaskan seolah-olah terdapat satu kaedah penyelesaian sahaja bagi menangani pelbagai cabaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar mereka. Sistem pendidikan dan program latihan perguruan yang dilaksanakan harus berubah mengikut peredaran zaman (Thornburg. Menurut Tajul Arifin et al. Girdano et al. tidak kreatif dan inovatif (Langer.. Tanggapan negatif ini semakin serius dengan sikap guru sentiasa cuai minda. sesetengah guru hanya mempunyai satu konsep dalam menangani pelbagai cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Implikasinya. 1993.

soalan-soalan lanjutan dirangka mengikut keperluan semasa temubual dijalankan. Bahagian C : Soalan Terbuka Bagi menguatkan lagi kajian ini. Instrumen borang soal-selidik akan dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 17 dan akan dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu: 1. Temubual Tidak Berstruktur Pengkaji menemubual responden dengan suatu ransangan umum. pengkaji akan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dan juga kualitatif. Pengkaji ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara dengan berdasarkan soalan yang disediakan. masih lagi mengutarakan soalan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. responden digalakkan memberi respons secara bebas. penyelidik akan menggunakan dapatan kajian sekunder (sokongan) seperti temubual. Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid yang berada di dalam aliran vokasional. sekiranya usaha merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia tidak tercapai (Mohd Fuad.12 melahirkan ‘modal insan berminda kelas pertama’. 2. Namun. Temubual Separa Berstruktur Temubual jenis ini adalah gabungan antara temubual tidak berstruktur dan berstruktur. Terdapat dua kaedah temubual yang akan digunakan oleh pengkaji iaitu: 1. Bahagian B : Skala Likert 3. Sampel kajian ini mensasarkan seramai 196 orang murid di Kolej . Bahagian A : Pilihan Ya atau Tidak 2. 1997).0 Metodologi Dalam kajian ini. Soalan-soalan yang disediakan dan ditujukan kepada responden adalah terbit daripada temubual tidak berstruktur yang telah dijalankan sebelum ini. Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik selaku instrumen pengumpulan data primer dan disokong oleh pengumpulan data sekunder iaitu temubual. 7.

mengenal pasti sikap yang perlu ada dalam kalangan guru vokasional dan mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam kalangan guru bagi pembentukan murid yang berkualiti di dalam PTV. Kolej Vokasional Segamat. Johor. akan dapat mengenal pasti guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi serta sikap yang positif untuk mengeluarkan murid yang berkualiti. 3. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan yang perlu ada dalam kalangan guru-guru vokasional. Johor. 4. kemahiran dan sikap seseorang guru . 2. pengkaji juga akan menemubual guru-guru vokasional untuk dijadikan sokongan dalam data sekunder untuk kajian ini. Kolej Vokasional Batu Pahat. Johor. Pengkaji berharap agar melalui kajian ini. pengkaji menjangkakan agar dapat mengetahui tahap pengetahuan. Kajian ini akan dijalankan di 4 buah Kolej Vokasional sekitar Johor iaitu: 1.0 Jangkaan Dapatan Melalui kajian ini.13 Vokasional (KV) yang terpilih. kemahiran dan sikap guru-guru vokasional terhadap pembentukan murid yang berkualiti dalam PTV. Johor. Dalam kajian ini. Kolej Vokasional Muar. 8. Kolej Vokasional Kluang. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat membantu pihak tertentu terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti guru dari aspek penguasaan pengetahuan.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. (1986). (2007). Universiti Pertanian Malaysia: Serdang Abdul Fatah Hasan. Sorotan dan Cabaran. Mengenal Falsafah Pendidikan. . Bhd. Edisi Kedua. “Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional”. Falsafah dan Konsep Pendidikan. China. Yusoff Bin Harun. Abdul Rahman Md. Kertas dibentangkan di International Forum on Vocational – Technical Education.17 – 20 Nov 2008. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Aroff dan Zakaria Kasa. Hangzhao.14 RUJUKAN Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia.