You are on page 1of 23

Latar Belakang Kelahiran Syiah Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia

(firqah wa jama`ah). Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa ansaruh). Sebagai contoh; Syiah Ali bermaksud pengikut dan penyokong Ali. Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah. Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah). Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah alislamiyyah). Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam. Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah. Secara umumnya, selain mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar) oleh Nabi Muhammad S.A.W. secara nas. Maka, oleh sebab itu, al-Tusi dan al- Mufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah Ali secara nas. Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain. Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah, Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu

al-Haitham b. al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh Bani Hasyim. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien. Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam. Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki. Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah. Namun, terdapat juga para ulama yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh `Abdullah b. Saba yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina Ali. Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya bersifat mu`tadil.

Pecahan Golongan Syiah Kelompok Syiah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap sederhana, dan kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok yang awal tersebut. Umumnya, para ulama telah membahagikan Syiah kepada tiga kelompok yang terbesar. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang melampau (al-Ghaliyah), Syiah al-Imamiyyah dan Syiah al-Zaidiyyah. Daripada tiga kelompok tersebut, terdapat banyak lagi kelompok Syiah yang terpecah daripadanya. Dari sudut taburan, kebanyakan penganut Syiah al-Imamiyyah berada di Iraq, Iran, India, Bahrain, Kuwait, Syria dan Afghanistan. Penganut-penganut Syiah al-Zaidiyyah pula ramai terdapat di Yaman. Manakala Syiah yang melampau, golongan ini telah pupus. Menurut al-Asy`ari, gelaran al-Imamiyyah digunakan bagi merujuk kelompok Syiah alImamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina Ali merupakan suatu perkara yang telah dinaskan. Mereka juga telah dinamakan sebagai Syiah al-Rafidah kerana mereka menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Selain itu, menurut Ibn Khaldun, perkataan al-Imamiyyah digunakan bagi merujuk golongan Syiah alImamiyyah kerana mereka memasukkan keyakinan terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat keimanan. Para imam tersebut di sisi mereka berjumlah seramai 12 orang yang berketurunan Sayyidina Ali b. Abi Talib. Imam-imam tersebut adalah Ali b. Abi Talib (alMurtada), al-Hasan b. Ali (al-Mujtaba), al-Husain b. Ali (al-Syahid), `Ali Zayn al-`Abidin b. alHusain (al-Sajjad), Muhammad al-Baqir (al-Baqir), Ja`far al-Sadiq b. Muhammad al-Baqir (alSadiq), Musa al-Kazim b. Ja`far (al-Kazim), `Ali al-Rida (al-Rida), Muhammad b `Ali alJawwad (al-Taqiy), `Ali al-Hadi (al-Naqiy), al-Hasan al-`Askari (al-Zakiy) dan Muhammad b. al-Hasan al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (al-Hujjah al-Qaim al- Muntazar). Kelompok Syiah ini menurut al-Isfirayinni telah terpecah kepada lima belas aliran kecil yang masing-masing menisbahkan gelaran aliran mereka mengikut nama pengasas aliran masing-masing. Di antaranya adalah; al-Kamiliyyah, al- Muhammadiyyah, al-Baqiriyyah, al-Nawusiyyah, alSyumaitiyyah, al-Isma`iliyyah, al- Musawiyyah, al-Mubarikiyyah, al-Qat`iyyah (al-Ithna `Asyariyyah), al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi) , al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. Salimal-Jawaliqi), al-Zarariyyah, al-Yunusiyyah dan al-Syaitaniyyah.

Walaubagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbincangan di sekitar Syiah alImamiyyah Ithna `Asyariyyah dan Isma`iliyyah sahaja. Menurut `Abd al-Halim Mahmud, ada di antara aliran Syiah al-Imamiyyah yang dikenali sebagai aliran al-Ithna `Asyariyah. Ini disebabkan kepimpinan imam-imam mereka adalah berantaian (tasalsul al-aimmah) bermula daripada Sayyidina Ali b. Abi Talib sehinggalah imam kedua belas iaitu Muhammad b. al-Hasan b. Ali yang didakwa oleh mereka sebagai al-Imam al-Mahdi al-Muntazar. Manakala, Syiah alIsma`iliyyah pula dinamakan sedemikian disebabkan di sisi mereka imam yang ketujuh setelah al-Imam Ja`far al-Sadiq adalah al-Imam Isma`il yang merupakan abang kepada al-Imam Musa al-Kazim. Selain itu, mereka turut dinamakan sebagai golongan al-Batiniyyah kerana mereka percaya bahawa; harus untuk imam menyembunyikan diri daripada umum ketika mereka tiada kekuatan untuk berdepan dengan musuh-musuh mereka. Golongan Syiah Isma`iliyyah ini adalah majoriti kelompok Syiah di India. Mereka juga terdapat di Pakistan, Selatan dan Timur Afrika. Menurut Abu Zuhrah, dasar pemikiran golongan Syiah adalah konsep al-imamah . Menurut mereka, al-Imamah itu bukan suatu perkara yang menjadi masalah ummah yang diserahkan pemilihannya kepada ummah, bahkan ia merupakan rukun agama dan pasak kepada Islam. Ia tidak harus dilalaikan oleh Rasulullah S.A.W dan tidak harus ditinggalkan penentuannya kepada pemilihan yang dilakukan oleh ummah sendiri. Bahkan Rasulullah S.A.W. wajib menentukan imamimam pengganti kepada umat Islam dan imam-imam tersebut adalah maksum daripada dosa kecil dan besar. Selain itu, antara lain yang menjadi dasar pemikiran mereka adalah konsep al-wasiyyah di mana berdasarkan konsep ini, mereka mendakwa Sayyidina Ali adalah khalifah yang sebenar disebabkan beliau telah diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjadi khalifah. Ibn Khaldun juga telah merumuskan beberapa dasar pemikiran mereka, antara lain adalah; Imamah merupakan suatu kewajipan yang perlu ditentukan oleh Rasulullah S.A.W. ke atas umat Islam. Ia merupakan rukun agama dan bukan berkait dengan masalah ummah yang boleh ditentukan sendiri oleh ummah. Kedua: imam mestilah maksum daripada melakukan dosa kecil dan besar. Ketiga: Sayyidina Ali merupakan imam yang telah dinaskan oleh Rasulullah S.A.W., yang akan memimpin ummah selepas kewafatan baginda dan beliau merupakan sahabat yang paling afdal. Menurut al-Isfirayinni, sebahagian daripada pengikut kedua-dua golongan Syiah al-Imamiyyah dan al-Zaidiyyah, saling mengkafirkan di antara satu sama lain. Beliau menambah lagi, kesemua

aliran Syiah al-Imamiyyah bersepakat mengkafirkan para sahabat selain bersikap prejudis terhadap al-Quran, kerana bagi mereka naskah al-Quran yang ada kini telah berlaku tokok tambah dan pengurangan. Mereka mendakwa, nas perlantikan Sayyidina Ali sebagai imam sebenarnya terdapat di dalam al-Quran, namun para sahabat telah membuangnya daripada alQuran. Mereka juga turut mendakwa bahawa al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W tidak boleh dijadikan pegangan. Hal ini turut membawa kepada penafian mereka terhadap syariat yang menjadi pegangan umat Islam keseluruhannya. Natijahnya, mereka telah melakukan penyelewengan terhadap syariah dengan menghalalkan apa yang dihukum haram di sisi syara. dan mengharamkan apa yang dihukum halal menurut syara` seperti perbuatan menghalalkan nikah mut`ah, liwat isteri dan kanak-kanak, arak, judi, menghalalkan makan bangkai dan sebagainya. PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH. 1. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam KitabAqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78: Terjemahannya: Akidah Kami Tentang Imam Itu Telah Sabit Secara Nas.

Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada. Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita, hal. 136: Terjemahannya: Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu

Mahdi al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.

2. Imam adalah maksum Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan hal. 38. Terjemahannya: Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak melaKukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukumhukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka. Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha alMuzaffar, hal. 72:

Terjemahannya: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orangorang yang menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil yang mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan (di antara nabi dan imam). 3. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (alBada) Dari segi bahasa al-Bada bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu 1 hal 146. Terjemahannya: AI-Bada ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T). Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu 1, hal. 146: Terjemahannya; Bab al-Bada

Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal daripada Abu Ishak Thalabah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada keduanya a.s. katanya, Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti al-Bada. Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki. Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada, An-Naubakhti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Jafar bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya: Terjemahannya: An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail. (Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15) 4. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Rajah) Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

Terjemahannya; Akidah Kami Tentang Rajah Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan. Firman Allah yang bermaksud.. Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar (daripada neraka?) (Surah al-Mukmin ayat 11) 5. Berpura-pura (al-Taqiyyah) Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu 2 oleh Abu Jafar Muhammad bin Yakub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217: Terjemahannya:

Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-Ajami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. 6. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar. Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih alSiraBaina al-Syiah Wa al-Tasyayyu oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 61: Terjemahannya; Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam alAskari. Sekalipun berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.

Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama Ghaibah Sughra. Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna. Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu. Tahun inilah bermulanya al-Ghaibah al-Kubra. Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan sebab nas yang terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi al-Muntazar. 7. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197: Terjemahannya; Saidina Ali ra. telah berkata: Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat manusia. Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku dibeilkan beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku. Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah dan aku

melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang tinggi kepadaku dengan izin Allah. 8. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66: Terjemahannya; Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi. 9. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy alSalami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6. Terjemahannya; Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat. (Aku)Abu Hamzah menjawab; Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau. Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka. Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah.

Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; Semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau. Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau t Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh Allah itu? Lalu ia menjawab, Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Jafar, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Jafar dalam keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? Allahlah yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Aku bertanya lagi, Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau. Iajawab, Empat berhala. Ia bertanya lagi Siapa empat berhala itu? Ia menjawab, Abu Fusail (Abu Bakar) Rama (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah. 10. Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna. Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab alUsul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu 1, hal. 228. Terjemahannya; Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; Aku mendengarabu Ja far a.s. berkata, Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz

sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s. Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya selain dadpada para wasi. Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu 1 hal. 238 240. Terjemahannya: Abu Abdullah berkata, Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf Fatimah itu. Abu Basir bertanya, Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran kamu ini. Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal Jamaah) Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, Sesungguhnya kami mempunyai ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat Abu Basir bertanya, Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian. Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Jafar bin Muhammad al-Sadiq. Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, Apa yang b~ di waktu malam dan siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari kiamat. Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, Aku pernah men-dengar Abu Abdullah berkata, Orang-orang Zindiq akan muncul tahun 128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s. Hammad bertanya, Apakah yang dimaksudkan dengan

mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya yang dapat menghiburkan kedukaannya. Lalu Fatimah mengadu perkara yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi satu mashaf. Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang akan berlaku. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin alHakam daripada al-Husain Ibnu Abu Ala katanya, aku mendengar Abu Abdullah berkata, Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad , Abu Alabertanya, Apakah yang ada di dalam al-jafr alAbyad?. Jawabnya, di dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfzkir terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun satujildah atau setengah atau seperempat atau sekecil-kecil perkara. Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446 Terjemahannya: Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya; Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Jafar bin Muhammad alSadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai

membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari kamu ini selamalamanya. Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya. Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya; Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat. 11. Menghalalkan Nikah Mutah. Golongan Syiah menghalalkan nikah Mutah. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Jafar Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih al- , Juzu 1 hal. 358: Terjemahannya: Adapun mutah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat. Abu Jafar al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Jafar Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358 Terjemahannya: Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Rajah dan tidak menganggap halal mutah kita.

Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mutah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa alFatawa oleh Abu Jafar Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489: Terjemahannya: Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya bukan dapipada syarat-syarat mutah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua orang saksi ketika akad. 12. Menambah Syahadah. Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu 1, hal. 441: Terjemahannya: Sahal bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid katanya aku mendengar Yunus bin Yaacob daripada Sinan bin Tarif daripada Abu Abdullah a.s. katanya Abu Jaafar berkata, Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi. Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru Asyhadu alla ilaha illAllah tiga kali wa asyhaduanna Muhammadan rasulullah sebanyak 3 kali. 13. Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir. Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja. Pegangan ini disebut di-dalam buku Aslu alSyiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita halaman 149: Terjemahannya: Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu

hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua). Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita, hal. 149: Terjemahannya: Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu Jundub, Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diktiraf walaupun sekadar seekor nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu disebut-sebut. Majoriti Ulama Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini. PERMASALAHAN GURU GURU PONTENG SEBELUM CUTI DIKENAL PASTI KOTA BELUD 1 Jun - Jabatan Pelajaran mengenal pasti terdapat segelintir guru di negeri ini 'ponteng' sekolah untuk pulang ke kampung masing-masing sebelum cuti sekolah bermula. Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Muhiddin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini. "Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu sebelum mengambil tindakan yang perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah mereka sebelum cuti penggal bermula. "Jadi mulai sekarang Jabatan Pelajaran negeri akan lebih serius dalam menangani kes-kes disiplin (di kalangan guru-guru dan kakitangan) di semua sekolah di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan program 'Ke Arah Kecemerlangan Akademik' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad di sini semalam. Beliau mengulas mengenai aduan ibu bapa bahawa terdapat sebilangan guru di negeri ini khususnya yang berkhidmat di pulau-pulau pulang ke kampung sebelum cuti penggal bermula.

Menurut aduan, guru berkenaan dikatakan meninggalkan sekolah mereka seawal 24 Mei sedangkan cuti sekolah bermula pada 5 Jun. Muhiddin berkata, jabatan pelajaran sentiasa serius dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di sekolah-sekolah di negeri ini dan akan mengambil tindakan tegas terdapat guru yang melanggar disiplin. "Jika terbukti benar mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira siapa mereka. "Jika ketidakhadiran mereka memerlukan tindakan disiplin kita akan melakukannya berdasarkan perintah Am Perkhidmatan Awam sedia ada," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sab ah_%26_Sarawak&pg=wb_05.htm#ixzz2gLLgFWx0 Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan merekadi sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagimengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari. Langkah perbincangan ini bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru tersebut diberikan ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku dan punca masalah ini berlaku. Di samping pihak pentadbir juga boleh mendekatkan diri lagi kepada guru yang bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab dan harmonis di mana persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak. Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut. Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.

Selain itu, fenomena ponteng dalam kalangan guru juga boleh diatasi dengan cara aplikasi teori kepimpinan transformasi. Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang pemimpin transformasi juga adalah seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami subordinatnya. Beliau mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa berubah. Oleh itu, pentadbir bijak mengendalikan keperluan persekitarannya iaitu budaya sekolah agar semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa puas dan selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Pemimpin transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika pandangan tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam organisasi. Dengan cara ini, masalah ini yang berfaktor dalaman guru seperti kurang motivasi dan gangguan emosi boleh diatasi dengan jayanya.

BLOG SEBAR AJARAN SESAT Alor Setar: 15 Sept - Pemimpin Syiah cuba menggunakan kelompok pendidik khususnya guru yang menjadi pengikut tegar untuk menerapkan nilai dan fahaman berkenaan dalam kalangan murid serta pelajar sekolah, sekali gus menarik mereka menyertai ajaran berkenaan. Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah Abdullah Din ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau menerima aduan dan maklumat mengenai segelintir guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan menerapkan nilai serta fahaman Syiah. Saya tak mempunyai data penuh mengenai dakwaan berkenaan, namun berdasarkan pemerhatian, memang ada kelompok guru khususnya yang mengajar Pendidikan Islam menganuti fahaman Syiah sekali gus dibimbangi akan mempengaruhi generasi muda. Ini bukan dakwaan liar. Maklumat yang diterima memang ada kebenarannya berdasarkan blog milik seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di negeri ini, katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui di sini. Abdullah berkata, blog guru berkenaan memaparkan beberapa ciri ajaran Syiah seperti mengkafirkan sahabat Nabi Muhamad SAW, iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab menerusi penulisannya. Beliau berkata, terdapat juga beberapa entri (tulisan) di dalam blog berkenaan mengagungkan pemimpin Syiah seperti entri Menjawab Fitnah Terhadap Imam Khomeini, Memukul Diri

Ketika Sedih Halal Dalam Islam dan senarai Imam 12. Ini jelas menunjukkan bahawa guru berkenaan mendokong ajaran terbabit kerana umum sedia maklum bahawa Imam Khomeini dijadikan simbol ketokohan pemimpin Syiah. Selain itu, entri yang mengulas bahawa memukul diri sendiri dibenarkan dalam Islam merujuk kepada hari kebesaran Syiah pada 10 Muharam. Pada hari berkenaan, pengikut Syiah akan mencederakan diri bagi meratapi kematian Saidina Ali. Bagi mereka, darah yang mengalir pada hari berkenaan begitu berharga di sisi Tuhan dan ini fahaman yang songsang dan kesesatan melampau, katanya. Menurutnya, pihaknya bimbang jika perkara itu tidak dibanteras dengan segera mungkin lebih ramai generasi muda khususnya pelajar tersesat kerana terpengaruh dengan doktrin Syiah. Katanya, satu siasatan wajar dilaksanakan Kementerian Pendidikan bagi memastikan tiada tenaga pengajar mendokong ajaran Syiah kerana ia mampu menggugat akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya gesa pihak bertanggungjawab melakukan siasatan menyeluruh kerana bimbang pelajar akan terpengaruh dengan dakyah sesat Syiah. Mereka golongan yang perlu diberi perhatian kerana generasi muda inilah yang akan menyambung akidah Sunni. Saya turut mencadangkan seminar berhubung pendedahan kesesatan Syiah dilakukan di setiap sekolah bagi membolehkan mereka mengetahui fakta sebenar, katanya
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Blogsebarajaransesat/MA/Article/index_html

Dalam hal ini kerjasama amat diperlukan dari semua pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa agama dan juga agensi persekutuan, kerajaan negeri dan ahli politik agar dapat samasama meletakkan agenda pembasmian ajaran sesat dalam masyarakat kita sebagai keutamaan pada masa kini. Ini kerana dalam agama Islam, konsep amar makruf nahi munkar menuntut sumbangan dari semua pihak dan perlu dilihat secara menyeluruh. Ia bukan tugas pihak berkuasa semata-mata, malah itulah peranan setiap individu muslim dalam melaksanakan tanggungjawab hidup bermasyarakat. Masyarakatlah golongan pertama yang mampu menghidu atau mengetahui sama ada wujud sebarang aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang dari Islam atau tidak di kawasan mereka. Imam-imam masjid, surau, penghulu dan ketua masyarakat perlu sentiasa peka dengan aduan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh penduduk kariah masing-masing. Paling penting ialah kriteria ajaran sesat perlu disebarkan untuk maklumat awam. Ini kerana golongan yang kurang arif dengan agama akan mudah condong kepada amalan agama yang pintas, mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka. Di pihak penguatkuasa agama pula, pemahaman

kehendak undang-undang berkaitan risikan dan penyiasatan hendaklah dimantapkan. Pemahaman ini dapat membantu hala tuju aspek penyiasatan, dan kaedah menangani kes tersebut dengan lebih efisien dan seterusnya dapat mengelakkan penyelesaian yang perlahan dan lambat terhadap satu-satu kes ajaran sesat. Selain itu, kerjasama dengan pihak penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia dan sebagainya mampu memendekkan tempoh penyiasatan dan penyelesaian sesuatu kes ajaran salah.