You are on page 1of 26

BAB 4

PROSES DAN JENIS PENERBITAN KATA

PENDAHULUAN
Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, proses dan jenis penerbitan kata dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan seperti yang berikut: 1. Awalan 2. Akhiran 3. Apitan 4. Sisipan 5. Pengakroniman

Pembentukan Awalan
Dalam bahasa Melayu pembentukan kata awalan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu 1. awalan kata nama 2. awalan kata kerja Awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu 1. peN2. pe4. peR3. ke-

Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah: 1. meN2. beR3. teR4. di5. mempeR6. dipeR -

Awalan Kata Nama peN Awalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pen-, pem-, dan peng-, pel Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung kepada dua faktor: 1. Faktor fonologi - jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu. 2. Faktor perkembangan dan perancangan bahasa - menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu.

Menjadi pe apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng, l, r dan w. Contohnya, peN + malas = pemalas Kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s, huruf awal akan berubah menjadi bunyi sengau/nasal yang sama dengan alat artikulasinya dengan huruf tersebut. Contohnya: p bunyi sengau yang sama ialah m = pemukul (pukul) t bunyi sengau yang sama ialah n = penari (tari) k bunyi sengau yang sama ialah ng = pengacau (kacau) s bunyi sengau yang sama ialah ny = penyeru (seru)

Menjadi pem apabila ia diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf seperti, b, f, p, dan v. Contohnya: peN + bakhil = pembakhil peN + veto = pemveto peN + fitnah = pemfitnah peN + proses = pemproses

Menjadi pen apabila ia diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j,sy,z, dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf t dan s. Contoh: peN + duduk = penduduk peN + taqwa = pentaqwa peN + stabil = penstabil

Menjadi peng- (juga menjadi penge-) apabila ia diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf g,kh,h dan bunyibunyi vokal a,e, i, o, u dan beberapa bentuk kata dasar yang berasal daripada perkataan pinjaman k. Contohnya: peN + galak = penggalak peN + kritik = pengkritik peN + urus = pengurus peng- akan menjadi penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata sahaja. Contohnya
peN + pam = pengepam peN + bom = pengebom

Menjadi pel apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar.

Aspek Makna Awalan peN1.

2.
3. 4. 5.

6.
7.

Penanda makna orang yang melakukan sesuatu, contohnya: pengarang, pengarah, penuai. Penanda orang yang menjawat tugas, contohnya: penghulu, pengerusi. Penanda orang yang suka akan sesuatu, contohnya: penidur, peminum, pemakan Penanda orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar tersebut, contohnya: penyabar, penawar, pelebar, Penanda makna alat untuk melakukan sesuatu, contohnya: penggali,pembajak. Penanda makna ukuran hasil daripada melakukan sesuatu, contohnya: pemeluk, pemanah, Penanda abstrak, contohnya: penunjuk, pendapat,

Awalan Kata Nama pe Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut. Awalan ini wujud akibat perkembangan bahasa yang menimbulkan perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-. Ada perbezaan antara peN- dan pe-, walaupun sesetengah kata terbitan dari kedua-dua imbuhan ini mempunyai bentuk yang sama.

Contoh: 1. penyara dan pesara Penyara orang yang menyara Pesara orang yang bersara 2. penyakit dan pesakit Penyakit jenis-jenis kesakitan yang dialami Pesakit orang yang mengalami kesakitan 3. peninju dan petinju Peninju penumbuk Petinju orang yang berlawan tinju

Aspek Makna Awalan pe1. Penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contohnya: pesuruh, petugas, petaruh. 2. Penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar Contohnya: pekebun, pekedai, petani.

Awalan Kata Nama peR Awalan peR- tidak terlalu produktif berbanding dengan imbuhan lain. Imbuhan ini bergabung dengan kata dasar jenis kata kerja dan kata nama tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada kata tersebut. Contohnya: pertapa, perasap.

Awalan Kata Nama ke Awalan ke- tidak produktif. Hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja seperti kata dasar berikut: tua kasih hendak kanda rawang

Aspek Makna Awalan ke1. Menunjukkan maksud bilangan yang teratur/


membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan. Contohnya: kedua, ketiga 2. Menunjukkan maksud semuanya dikira sekali /makna himpunan. Contohnya: kesemua, kelapanlapan 3. Menukarkan kata adjektif dan kata bantu kepada kata nama. Contohnya: ketua, kekasih,

Awalan Kata Kerja


Awalan kata kerja melibatkan:
meN beR teR di mempeR dipeR -

Awalan Kata Kerja meN Bentuk awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu: me-, mem-, men-, dan meng-

Menjadi me apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,ny,ng,r,l,w dan y. Contohnya:
Masak memasak Nanti menanti Rupa merupa

Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s, akan berubah menjadi bentuk sengau. Contohnya,
Pesan memesan Tipu menipu Keloi mengeloi Sapu menyapu

Menjadi mem Apabila diimbuhkan pada perkataan yang bermula dengan huruf, b dan kata pinjaman b,f,p, dan v. Contoh:
Brek - membrek Fitnah - memfitnah Proses - memproses Veto - memveto

KEKECUALIAN - bukan perkataan pinjaman tapi tidak perlu digugurkan p tersebut.


Pelopor mempelopor Pelawa mempelawa Peduli mempeduli

Menjadi men Apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy, dan z. Kata pinjaman huruf t dan s. Contoh
Dabik mendabik Curi mencuri Jual menjual Tafsir mentafsir Swata menswasta(kan)

KEKECUALIAN bukan perkataan pinjaman tapi tidak perlu digugurkan huruf t tersebut.
Ternak - menternak Tertawa - mentertawakan

Menjadi meng Digabungkan dengan perkataan yang bermula dengan hurufhuruf seperti yang berikut: g, gh, kh, dan h a, e, i, o, u kata pinjaman k Contoh Gatal menggatal Ghaib mengghaib(kan) Khabar mengkhabar(kan) Hidup menghidup(kan) KEKECUALIAN - Kaji mengkaji Tidak berubah dan tetap menjadi mengkaji bukan mengaji meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti bom, wap, syak,lap dll. KEKECUALIAN (stor menstor, brek membrek, klip mengklip)

Aspek Makna Awalan meN1. Melakukan perbuatan - Melakukan sesuatu - menggulai - Mengeluarkan suara - mencicit - Mencari - merotan, mendamar - Menuju sasaran - melaut, menepi - Menyerupai atau berlaku seperti - membukit 2. Menyatakan keadaan - Hidup sebagai menjanda - Menjadi - memutih, memucat, memanjang

Awalan Kata Kerja ber Hanya mempunyai satu bentuk sahaja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada memerlukan pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap. Contoh:
Mak Limah berangkat ke Mekah. Mak Limah berangkat ke Mekah pada tahun depan.

Apabila imbuhan ber- bergabung dengan perkataan yang bermula dengan huruf r, maka berlakulah proses peleburan bunyi seperti berikut:
Rasa berasa Rupa berupa Raja beraja Renang berenang Rumah berumah

Apabila awalan ber- bergabung dengan perkataan yang awalnya diikuti oleh er- misalnya serban, derma, serta - mempunyai kecenderungan untuk menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Tetapi bagi bentuk penulisan tetap tidak digugurkan KECUALI kerja menjadi bekerja. Bagi perkataan ajar dan unjur, gabungan ber- akan berlaku KEKECUALIAN menjadi belajar dan belunjur.

You might also like