You are on page 1of 11

SKP6014 CURRICULUM DESIGN AND INSTRUCTION IN CHEMISTRY (Rekabentuk Kurikulum dan Pengajaran dalam Kimia

)

TUGASAN 5:
PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN: BAGAIMANA UNTUK MEMUPUK PEMIKIRAN ARAS TINGGI DALAM KALANGAN GENERASI PELAJAR DI ABAD KE 21.

DISEDIAKAN OLEH : NOR AZILAWATY BT AZMI M20122001519

1

Kandungan

1. Pengenalan

3

2. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

4

3. Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

5

4. Bagaimana memupuk pemikiran aras tinggi menggunakan

kaedah pembelajaran berasaskan pemikiran dalam menerap

kemahiran abad ke 21.

6

5. Kesimpulan

9

6. Rujukan

11

2

1. PENGENALAN

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi sejajar dengan keperluan negara. Bermula dari zaman penjajahan British sehinggalah zaman pasca merdeka berterusan hingga ke hari ini. Segala perubahan yg dirangka oleh kerajaan adalah bagi memastikan impak yang positif kepada warganya yang akan mendukung kemajuan negara. Bagi memastikan generasi yang mendatang akan dapat bersaing di dunia dengan mendapat pendidikan setaraf negara-negara maju. Pendidikan penting dalam kemajuan pesat serta dinamis pendidikan menunjukkan perkembangan dan

negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti,

standard dan kecemerlangan. Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran . Oleh yang demikian, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan. Menurut Peter Drucker(1998) dalam bukunya On The Profession of Management mengatakan bahawa persaingan pada abad ini memerlukan sesebuah kreativiti dan inovasi sebagai kemampuan sesebuah organisasi untuk berjaya dan berdaya saing dalam dunia globalisasi. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya keperluan inovasi, kreativiti dalam bagi membentuk satu negara yang maju dengan rakyatnya yang sentiasa bersedia untuk bersaing ke peringkat dunia. Oleh itu, penerapan ini seharusnya diterapkan dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman , Perancis mereka mengambil berat dalam matapelajaran kreativiti dan inovasi dalam pendidikan. Oleh yang demikian, Malaysia sendiri seharusnya menjadikannya sebagai contoh untuk menjadi lebih maju dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Aspek pembelajaran berteraskan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran metakognisis,literasi era digital (digital-age Literacy), pemikiran inventif (Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti tinggi (high productivity) merupakan agenda cabaran abad ke 21 yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan. Mempersiapkan seseorang pelajar itu untuk bekerja dan mengharungi kehidupan pada abad ke 21 adalah satu proses yang rumit.

3

Berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh Universiti Melbourne dan Cisco Intel and Microsoft consortium (AT21CS), terdapat empat kategori kemahiran kritikal yang perlukan untuk bersaing dengan masyarakat antarabangsa pada abad ke 21 ; iaitu 1. Cara berfikir; kreatif dan inovatif, berfikiran kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah serta membuat keputusan serta boleh belajar untuk belajar. 2. Cara bekerja ; kemahiran komunikasi yang cemerlang dan mampu bekerjasama dalam kumpulan. 3. Alat untuk bekerja; berpengetahuan am, celik teknologi maklumat atau sentiasa berinformasi 4. Kehidupan seharian; hidup dan karier, warganegara yang bertanggungjawab, kompeten serta berbudaya.

2. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Seorang tokoh pemikir yang terkenal Edward de Bono (1976) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud berfikir bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah, malahan untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif. Pemikiran boleh dikelaskan sebagai pemikiran aras tinggi dan pemikiran aras rendah. Menurut Onosko dan Newmann (1994), pemikiranan aras tinggi didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperolehi lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.

4

Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Mengikut taksonomi Bloom pula, kemahiran berfikir aras tinggi merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah iaitu memahami dan menghafal. Pemikiran kritikal, logikal, reflektif, metakognitif dan kreatif adalah jenis kemahiran berfikir aras tinggi Pemikiran- pemikiran ini hanyalah digunakan apabila seseorang menghadapi masalah diluar kelaziman, ketidakpastian atau di dalam dilema.

3. KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN
Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang dissimpulkan dan pemikiran tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar. Apakah yang dimaksudkan kaedah pembelajaran berasaskan pemikiran ? Ia merupakan satu teori yang unik apabila pengajaran kandungan (content) dan pengajaran kemahiran berfikir disebatikan dan memerlukan satu prosedur mental yang spesifik dan khusus. Penggunaan kemahiran berfikir yang bersesuaian semasa menyelesaikan tugasan berasaskan pemikiran dibimbing dengan kehendak pemikir itu sendiri. Maka pembelajaran berasaskan pemikiran dapat menghasilkan serta memupuk 5

kemahiran berfikir secara cekap dikalangan pelajar. Terdapat empat langkah penting untuk menjalankan kaedah pembelajaran berasaskan pemikiran.

1. Menghubungkan kemahiran berfikir yang tertentu dalam konteks kehidupan seharian. 2. Menggalakkan penggunaan satu atau lebih tabiat minda 3. Memberi panduan kepada pelajar dalam melakukan pemikiran secara cekap dengan melibatkan pembelajaran kandungan. 4. Menggalakkan pelajar berfikir tentang pemikiran mereka, maka mereka sedar dan membolehkan mereka berfikir secara cekap.

4. BAGAIMANA MEMUPUK PEMIKIRAN ARAS TINGGI MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN DALAM MENERAPKAN KEMAHIRAN ABAD KE 21.

Kementerian pendidikan sudah memulakan usaha untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum sekolah. Baru-baru ini seperti yang dilaporkan dalam artikel terbitan Berita Harian, bertarikh 31 Julai 2013, menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Kurikulum yang digubal menggunakan KBAT adalah satu usaha untuk membimbing pelajar memahami sesuatu konsep bukan sekadar menghafal. Sistem yang dahulunya lebih berorientasikan peperiksaan akan ditransform ke bentuk baru. Penerapan KBAT akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik kerana memerlukan pembabitan komunikasi dua hala antara guru dan murid.Mengapa KBAT adalah penting? Berdasarkan Stein & Lane (1996), jika mahu pelajar untuk mengembangkan kapasiti untuk berfikir,menyelesaikan masalah dan justifikasi, maka kita perlu bermula dengan pengenalan dan tugasan yang kompleks. KBAT adalah penting agar negara mampu bersaing di persada

6

dunia dengan menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Untuk menyemai kemahiran berfikir aras tinggi menerusi pembelajaran berasaskan pemikiran, gurulah yang akan memainkan peranan paling penting. Guru perlu merubah cara berfikir di samping memanipulasi serta memotivasi muridnya. Aktiviti dalam pengajaran memerlukan aktiviti lebih kepada sumbang saran dan yang lebih berbentuk “hands-on”.Pembelajaran berpusatkan murid adalah kaedah terbaik untuk menyuntik elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi bagi memastikan murid- murid dapat menguasai kemahiran abad ke 21. Proses pembelajaran ini lebih memberi penekanan kepada interaksi dan kemampuan berkomunikasi antara murid dan guru serta boleh mencungkil kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Murid tidak terlalu bergantung pada arahan guru semata-mata dalam proses pembelajaran. Mereka sendiri akan bergerak mengikut panduan dan nasihat yang diberikan oleh guru. Murid-murid tidak memencilkan diri mereka daripada rakan-rakan, malah mereka memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran. Guru akan berperanan mencetuskan idea untuk berbincang, menggalakkan mereka untuk berfikir secara kritis di samping membimbing muridnya untuk merasai pengalaman pembelajaran itu sendiri. Segala pengalaman dan penemuan yang diperolehi akan dihubungkait sebagai jawapan dengan persoalan diberi mengguna pemikiran reflektif.Secara tidak langsung , murid akan berani mencuba untuk berkongsi pandangan serta mampu berfikir sendiri semasa menyelesaikan masalah. Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid secara bekerjasama dalam satu kumpulan. Ini adalah satu proses kolaborasi yang mereka lalui semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran. Melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan akan menggalakan pembincangan sesama sendiri seterusnya boleh mencetus pemikiran tahap tinggi. Bersama-sama menyumbang idea dan pemikiran kreatif serta inovatif bagi memastikan tugasannya berjaya. Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi melibatkan pemikiran aras tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan 7

konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid menaakul untuk memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu „subjek matter‟, pendekatan deduktif melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar belakang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan pemikiran adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.Semasa menyiapkan tugasan, murid perlu menggunakan segala jenis bentuk pemikiran bagi memastikan tugasannya siap. Kaedah ini juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar boleh berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Kemahiran dalam sains teknologi merupakan sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti

8

WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Antara pelaksanaan lain adalah dengan sebuah sekolah boleh membentuk sebuah unit yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau pelaksanaan pembelajaran berasaskan pemikiran. Unit ini akan memperkenalkan murid dengan masalah yang sama dengan dunia yang sebenarnya. Masalah ini tidak mempunyai sebarang penyelesaian yang hakiki. Hasil tugasan ini akan dinilai berdasarkan kualiti hujah-hujah yang diutarakan oleh murid-murid. Semasa pelaksanaannya, kemahiran berfikir akan diselitkan secara tidak langsung kepada para murid. Contoh tugasan yang diberi; Titanic – Apabila sesuatu tragedi berlaku, seringkali kita akan segera meneka puncanya secara sambil lewa . Sikap ini adalah membahayakan.Jika kita ingin memastikan keselamatan sentiasa terjamin, kita seharusnya memastikan punca sebenar bagi setiap tragedi berlaku supaya ia tidak berulang lagi. Adalah penting untuk kita mempunyai kemahiran menyiasat dan menerangkan tentang punca sesuatu berlaku. Pada 1912, Kapten Smith telah mengendalikan sebuah objek yang bukan sahaja terbesar di dunia malahan boleh bergerak laju. Kapal R.M.S. Titanic telah dicanang sebagai permulaan kepada era pembangunan teknologi dan mustahil untuk tenggelam. Walaubagaimanapun, kita sedia maklum bahawa kapal tersebut telah melanggar ketulan ais yang besar dan tenggelam semasa perjalanannya yang pertama. Sekiranya kita mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi, itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah tetapi mengetahui bagaimana ia terjadi adalah kunci penyelesaiannya. Dengan mengaplikasikan kaedah penerangan punca beserta dokumen-dokumen yang berkaitan , bincangkan tentang kenapa Titanic melanggar ketulan ais? Soalan luar dari kebiasaan yang ditanya oleh murid tidak harus diabaikan.. Apabila pelajar menyedari bahawa mereka boleh bertanya tentang apa yang mereka mahu tahu tanpa reaksi negatif daripada guru-guru , tingkah laku kreatif mereka cenderung untuk berkembang. Jika masa tidak mencukupi untuk meneruskan perbincangan pada masa itu, guru boleh menggabungkan penggunaan "Lot Parking" sejenis papan di mana idea-idea yang " diletakkan" boleh dibincangkan hari berikutnya. Layan pelajar seperti rakan anda. Seorang guru harus membiarkan pelajar dengan cabaran pemikiran peringkat tinggi. Pelajar perlu merasai bahawa guru akan bersama-sama mereka sebagai rakan kongsi untuk mencapai peningkatan kemahiran pelajar.

9

5. KESIMPULAN
Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek

pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan bergandingan bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Murid ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

10

6. RUJUKAN
1.Anna Rosefsky Saavedra, V. Darleen Opfer, TEACHING AND LEARNING 21ST CENTURY SKILLS: Lessons from the Learning Sciences, RAND Corporation, April 2012. 2. Assessment and Teaching of 21stCentury Skills.(Undated), What are 21st century skills. Retrieved March 9 November 2013, from http://atc21s.org/index.php/about/what-are-21stcentury-skills/ 3. Drucker Peter Ferdinand, (1998), On the profession of management, Harvard business review book series, ISBN 1-59139-322-1 4. Lauren b. Rresnick, The 1987 Presidential Address Learning In School and Out, Educational Researcher, Vol. 16, No. 9. (Dec., 1987), pp. 13-20 5. Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994 ). Creating More Thoughtful Learning Environment in Mangieri, J. & Blocks, C. C. (Eds.). Creating Powerful Thinking In Teachers And Students: Diverse Perspectives. Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers. 6. Singapore Ministry of Education. (2013, November 9). MOE to enhance learning of 21st century competencies and strengthen art, music and physical education Retrieved from http://www.moe.gov.sg/media/press/2010/03/moe-to-enhance-learning-of-21s.php7 7. http://www.bharian.com.my/articles/Rangsangkemahiranberfikirarastinggi/Article/ Berita Harian Rabu , 02 Julai 2013,

11