You are on page 1of 18

1|Page

SKP 6014
TUGASAN 5 :
THINKING BASED LEARNING (TBL)

PROMOTING HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS)
AMONG STUDENTS IN THE 21ST CENTURY .

NAMA : NORAZELA BINTI DERAJI NO.MATRIK : M20131000603 FAKULTI :SAINS DAN MATEMATIK PENSYARAH : HAJAH CIK ASMAYATI YAHAYA

2|Page

1.0 PENGENALAN
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritis dan kreatif .Pendekatan ini baru diperkenalkan untuk mencapai matlamat utama pendidikan sains adalah menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Namun, matlamat masih belum tercapai sepenuhnya maka pelbagai pendekatan telah diperkenalkan untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Menurut (Stein & Lane, 1996) :“ Jika inginkan pelajar yang berpotensi untuk berfikir dan mampu menyelesaikan masalah kita perlu mula menyediakan tugasan–tugasan yang kompleks yang berkognitif tinggi ”. (Gilbert,2006) menurut pandangannya untuk mencapai matlamat ini pendekatan pembelajaran konsep secara saintifik perlu ditekankan dan diaplikasikan secara terus dengan masalah kehidupan sebenar.Maka, lahirlah satu pendekatan ke arah melahirkan generasi hebat yang mampu bersaing di dunia antarabangsa iaitu KBAT yang kini hangat diperkatakan yang membawa pengertian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Berdasarkan konsep Taksonomi Bloom, terdapat beberapa hirarki kemahiran yang dipetik dari Taksonomi Bloom yang perlu dipraktikkan di kalangan pelajar iaitu kemahiran untuk menjana idea serta cara baru , kemahiran membuat keputusan atau tindakan yang wajar , kemahiran mengenalpasti dan mengkelaskan maklumat ,konsep atau teori, kemahiran mengaplikasi maklumat atau idea dalam satu situasi lain, kemahiran untuk menerangkan idea atau konsep dan kemahiran mengingat kembali maklumat atau idea . Domain – domain kognitif ini merupakan elemen penting dalam mengamalkan konsep KBAT dalam pendekatan pembelajaran secara berfikir atau dikenali sebagai Thinking based Learning(TBL). Dalam kemahiran berfikir aras tinggi ini pada kebiasaannya dirujuk kepada empat aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom ; yang digunapakai dalam meningkatkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu mengaplikasi ,menganalisa , menilai dan mencipta , dimana pelajar dapat menguasai dan merasai pengalaman sendiri menggunakan kemahiran –kemahiran ini dalam sesi pembelajaran . 3|Page

2.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN (TEACHING BASED LEARNING)

Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking - Based Learning) merupakan satu teori yang unik apabila pengajaran kandungan (content) dan pengajaran kemahiran berfikir disebatikan. Maka, pembelajaran berasaskan pemikiran dapat menghasilkan serta memupuk kemahiran berfikir secara aras tinggi dan berfikir dengan cekap dikalangan pelajar. Terdapat strategi utama dalam pengajaran berasaskan pemikiran yang dapat menggalakkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan pelajar , strategi berasaskan sumber atau bahan dan strategi berasasan tugasan atau aktiviti (Mok Soon Sang,2010) . a) Strategi Pemusatan Pelajar Program KBSR menekankan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran .Oleh itu, dalam strategi ini pelajar berperanan penting dalam proses pembelajaran . Pengajaran dalam bilik darjah melalui aktiviti pemusatan pelajar menggalakkan pemikiran aras tinggi apabila matlamat utama pengajaran merangkumi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal . Antara teknik pengajaran yang boleh digunapakai untuk meningkatkan KBAT dalam pembelajaran berfikir adalah melalui kaedah kumpulan , inkuiri-penemuan ,perbincangan, penyelesaian masalah , bermain, simulasi, main peranan dan aktiviti sumbang saran. Kaedah-kaedah ini akan menggalakkan pelajar lebih berfikir dengan sendirinya dan dapat melahirkan pelajar generasi abad ke-21 yang berfikrah , bijak berkomunikasi, mudah bersosial , berketrampilan dan berkeyakinan tinggi. b) Strategi berasaskan sumber/bahan Bahan pelajaran yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran biasanya bleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran .Bahan pengajaran adalah bahan yang dibunakan oleh guru seperti carta, graf, peta minda, pengurusan grafik,model, spesimen,slaid , radio ,video cakera padat dan komputer .Bahan pembelajaran pula aterdiri daripada buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan komputer .Penggunaan alat terkini seperti multimedia, CD ROM,internet ,E-mail ,laman web dan pelbagai software boleh diguna di dalam kelas pengajaran untuk 4|Page

perkembangan minda dan daya intelektual pelajar . Untuk melahirka genersai abad ke-21 yang celik IT yang berkemahiran dalam teknologi maklumat dan media .Dalam menjalankan aktiviti menggunakan sumber aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan guru maka, dengan ini menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk membantu menyelesaikan masalah secara kendiri sekaligus meningkatkan pelajar yang mampu berfikir dengan kemahiran berfikir aras tinggi . c) Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti oleh guru Aktiviti melibatkan tgasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh pelajar untuk mencapai objektif pelajaran .Melalui aktiviti ini, pelajar berpotensi dari segi intelek, rohani , sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan

secara menyeluruh dan seimbang . Di samping itu, pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti berasaskan tugasan . Terdapat beberapa aktiviti yang menggalakkan pelajar berfikir dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi ialah berbincang, membina model , menyelesaikan masalah dan sebagainya. 3.0 APA ITU KBAT KBAT bermaksud Kemahiran befikir Aras Tinggi merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Pemikiran peringkat tinggi memerlukan seseorang memanipulasi informasi dan idea-idea yang diperoleh dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Gabungan fakta dan idea untuk membuat sintesis, generalisasi, penerangan, hipotesis, interpretasi dan kesimpulan sendiri. Proses ini menemukan makna serta kefahaman baru untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat. Secara umumnya, pemikiran peringkat tinggi dalam Taksonomi Bloom adalah kemahiran berfikir yang melibatkan hirarki proses kognitif empat teratas menganalisis, menilai, mensintesis ilmu baru dan mengaplikasi .

Proses ini melibatkan pembelajaran yang kompleks yang terdiri daripada kemahirankemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahirankemahiran ini sukar dipelajari tetapi hasil pembelajarannya sangat bernilai tinggi kerana boleh digunapakai dalam aplikasi kehidupan seharian. Berikut adalah rajah berkaitan elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi melalui pemikiran kritikal dan kreatif :-

5|Page

Rajah 1.0 : Higher Order Thinking Skills 4.0 PENERAPAN JENIS-JENIS PEMIKIRAN DALAM GENERASI ABAD KE-21. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah termasuk pemikiran kritikal, logikal, DALAM MENINGKATKAN KBAT

metakognitif dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang berfikir aras tinggi ini Bernie Trilling dan Charles Fidel, (2009) menyarankan bahawa pelajar abad ke 21 memerlukan menguasai kemahiran-kemahiran berikut :a) Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah b) Kreativiti dan Inovasi c) Kolaborasi,kerja berpasukan dan berkepimpinan d) Berkemahiran komunikasi, maklumat ,media dan teknologi

6|Page

4.1 PEMIKIRAN KRITIS/KRITIKAL Berfikir secara kritis bemaksud kecekapan dan keupayaan seseorang itu menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea kesahan , meneliti kebernasan

atau kelemahan hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan

menggunakan alas an dan bukti yang munasabah .Aspek utama pemikiran kritis adalah aspek pengujahan. Selain itu, dalam Kamus Dewan (1984), perkataan kritis ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malah menimbangkan buruk dan baiknya dahulu ”. Pelajar yang mengaplikasi KBAT dalam pembelajaran dapat berfikir secara kritis supaya mereka lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih konkrit dan lebih rumit atau dipanggil masalah bukan rutin . Soalan bukan rutin adalah memerlukan tahap kognitif yang tinggi dan diperlukan dalam melaksanakan pemikiran aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat membantu pelajar tersebut mempunyai kebolehan diri untuk bertindak secara efektif melalui pemikiran kritis . Penekanan kepada soalan bukan rutin kerana dapat membentuk modal insan yang berfikrah dan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA .Mengikut data TIMSS 2007[5] , prestasi pelajar di Malaysa adalah di bawah paras “TIMSS average achievement ” dalam subjek matematk dan domain kognitif . Maka, wajarlah kementerian pendidikan Malaysia menekankan konsep KBAT dalam pengajaran dan pembelajaransupaya pelajar generasi abad ke-21 yang berfikir secara kritis dapat dihasilkan menjelang masa akan datang..Terdapat pelbagai cara untuk berfikir secara kritis seperti menggunakan konsep membanding beza dalam pembelajaran topik sains tertentu untuk menggalakkan pelajar menjana idea dan membuat perbandingan berdasarkan masalah yang diberi oleh guru . Selain itu, konsep mengklasifikasikan sesuatu idea kepada kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu juga menggalakkan pelajar lebih berfikir secara kritis . Konsep menganalisis masalah perlu ditekankan dalam pembelajaran di mana pelajar dapat menentukan pilihan untuk menyelesaikan masalah tertentu dengan tepat . Pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah . Generasi abad ke-21 akan lebih bersedia dan mantap melalui pemikiran kritis dapat melahirkan modal insan yang lebih kreatif dan inovatif dan mampu menjadi penyelesai masalah yang terbaik bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara dapat bersaing di persada dunia. Melalui pemikiran penyelesaian masalah akan menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dan masalah bukan rutin. 7|Page

4.2 PEMIKIRAN KREATIF Menurut Dr.Edward de Bono mendefinisikan bahawa kreatif dan kreativiti sebagai : “ At the simplest level „creative‟ means bringing into being something that was not there before . Creative thinking includes processes as such as new ways of looking at things , new ways of organizing things and new ideas about ideas ”. Rollo May pula menyatakan bahawa : “ Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world”. Maka sebagai rumusan pemikiran kreatif bermaksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan , menghasilkan sesuatu yang baru ,asli, luar biasa bernilai sama ada bersifat maujud atau abstrak . Melalui pemikiran kreatif, pelajar berpeluang membina idea baru , dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada sesuatu institusi pengajian dan apabila pelajar ini bekerja maka akan melahirkan pekerja yang kreatif dan berinovasi . Peranan guru adalah penting untuk membimbing pelajar menjadi kreatif dengan menggunakan salah satu kaedah seperti pembelajaran berasaskan projek . Guru akan memberi arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar , yang perlu dilaksanakan oleh pelajar . Pelajar dikehendaki melaksanakan projek secara „hands-on‟ dan „minds-on‟ serta dengan melakukan sedikit kajian tentang projek mereka . Melalui kaedah projek ,pelajar akan belajar menyelesaikan masalah melalui proses inkiuri ,berkomunikasi serta berkolaborasi , berkemahiran untuk mengakses maklumat melalui internet ,selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik. Pelajar akan lebih berminat untuk belajar di mana pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar dan mampu berfikir aras tinggi dalam penyelasaian masalah . Berikut adalah ciri-ciri pemikiran kreatif yang menjadi elemen penting dalam perlaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu KBAT.:1) Menjana idea yang asli, luar biasa , provokatif dan mencabar . 2) Melihat perhubungan atau corak dan pola . 3) Mengaitkan idea dengan konsep yang dipelajari 4) Membuat analogi 5) Mensintesis maklumat 6) Merumus dan membuat kesimpulan 7) Mencipta metafora 8|Page

8) Membuat hipotesis, generalisasi, memberi pandangan 9) Membanding beza 10) Menganalisis maklumat 11) Membuat urutan

4.3 PEMIKIRAN LOGIKAL Pemikiran logikal ditandai oleh daya usaha bagi mengenalpasti apa yang betul dan apa yang salah dari segi logiknya .Terdapat dua jenis logik; yang pertama adalah logik ciptaan akal semata-mata contohnya logik seperti ini ialah matematik yang dikatakan sebagai logik akal . Manakala yang kedua ialah logik yang berdasarkan realiti alam sebenar seperti logik alam .Logik adalah alat dan berguna untuk memperjelas perkara yang tersirat . Logik akal bersifat nyata dan langsung oleh itu maka tidak dapat dilihat . Proses berfikir berlaku pada dua tahap. Tahap yang pertama iaitu berlaku apabila kita membuat sebarang tanggapan atau persepsi sama ada positif atau negatif. Maka, tahap yang kedua ialah tahap memproses di mana otak menggunakan logik . Aspek utama pemikiran logik ialah memerlukan maklumat dan fakta dan mempunyai hubungkait dengan pemikiran analitikal dan kritikal . Pemikiran logikal mementingkan pelajar agar mencari perkaitan sebab –akibat antara satu perkara dengan perkara lain . Pelajar juga perlu mahir membuat kesimpulan dan deduksi dalam pembelajaran terutama dalam subjek sains . Dengan pemikiran logikal pelajar mampu mempertahan hujah-hujah bagi menyokong ataupun menolak satu cadangan , idea atau pandangan . Melalui pemikiran kreatif ini pelajar generasi abad ke-21 akan mampu berkomunikasi dengan berkesan di mana pelajar lebih berketrampilan dan berani menyuarakan pendapat masing-masing . Melalui pemikiran logikal yang menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi akan melahirkan pelajar generasi abad ke-21agar yakin berkomunikasi dengan baik sekaligus mampu bekerja dengan orang lain dan berhadapan dengan masyarakat .

4.4 PEMIKIRAN REFLEKTIF Menurut DeweyJ (1910), pemikiran reflektif didefinisikan sebagai satu proses yang bersifat aktif , belaku secara berulang-ulang dan melibatkan pertimbangan yang teliti dan penilaian teori secara berterusan membantu seseorang pelajar memahami sesuatu isu atau permasalahan . Pemikiran reflektif memerlukan masa membolehkan seseorang pelajar berfikir secara rasional sebelum bertindak .Ia juga membantu menjangkakan

9|Page

implikasi dan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut .Melalui pemikiran reflektif yang disemai. Melalui pemikiran reflektif akan meningkatkan pelajar berfikir aras tinggi untuk menyelesaikan masalah rumit atau kompleks yang dihadapi . Sekaligus ,di kalangan pelajar abad ke 21 maka mereka akan dapat menjadi penyelasai masalah yang baik , berani mencuba, tidak mudah berputus asa dan sanggup mengambil risiko

3.5 PEMIKIRAN META-KOGNITIF Wilson et al (1998), dalam Rajagopal Ponnasamy(2003) mendefinisikan metakognisi sebagai suatu pengetahuan dan kesedaran seseorang mengenai proses pemikiran strategi –strategi , dan berkebolehan untuk menilai dan mengawal proses pemikirannya . Pembelajaran yang memikirkan mengenai bagaimana dan mengapa sesuatu itu berlaku. Metakognitif mengandungi tiga elemen asas :(i) (ii) (iii) Pelajar Pembinaan satu rancangan tindakan Memantau atau menyelenggara rancangan tersebut Menilai rancangan tersebut generasi abad ke-21 berkebolehan memahami ,mengawal dan

mengeksploitasikan proses-proses kognitifnya sendiri dan seterusnya menggunakan untuk mendapatkan kesimpulan mengenai tindakan yang dilakukan . Refleksi metakognitif memerlukan pelajar agar memberi fokus untuk memikirkan tindakan, berupaya membuat hubung-kait dan dapat menentukan keputusan . Penambahbaikan akan sentiasa berlaku sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut . Melalui pemikiran secara meta-kognitif , pelajar mampu berfikir secara aras tinggi dalam pembelajaran sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik .

3.6 PEMIKIRAN PENYELESAIAN MASALAH Pemikiran penyelesaian masalah adalah proses penyelesaian masalah yang tidak dapat dihafal ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai . Terdapat pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan apabila kita menghadapi suatu masalah . Menggunakan pendekatan ini, pelajar mempelajarisecara eksplisit strategi atau kemahiran dalam menyelesaikan masalah . Pelajar diberi peluang untuk berlatih menggunakan strategi –strategi penyelesaian masalah dan memilih strategi yang sesuai kepada masalah yang dihadapi . Proses penyelesaian masalah (problem-solving process) mendorong pelajar menggunakan pemikiran untuk berfikir untuk cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian masalah . 10 | P a g e

5.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN DAPAT MENINGKATKAN KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR

GENERASI ABAD KE -21 KBAT diperkenalkan untuk memperkayakan pelajar yang berfikiran secara kreatif dan kritis melalui pelbagai strategi pengajaran . Guru atau pendidik berkewajipan untuk mengamalkan konsep KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran .Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan pelajar (student centered-learning) dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan

mengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan tentang kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir aras tinggi :

Strategi yang berkesan membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir aras tinggi dalam pemikiran sains contohnya menghubungkaitkan pembelajaran sains dengan keadaan sebenar yang dialami oleh mereka sendiri di luar bilik darjah supaya pelajar dapat memahami konsep sains dengan lebih dekat .Di samping itu, guru berperanan untuk membuka minda pelajar dengan mengadakan perbincangan di dalam kumpulan mengenai sesuatu topik sains dan sepanjang berlangsung guru bertindak sebagai fasilitator di mana pelajar di beri kebebasan untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan bimbingan guru.Pelajar juga dapat berkomunikasi dan berkolaboratif dengan baik.

Pihak yang berwajib haruslah menyediakan atau mengubahsuai eksperimen yang sedia ada kepada yang lebih bersifat meningkatkan keupayaan kognitif iaitu pembelajaran yang menekankan sifat ingin tahu sekaligus dapat memupuk semangat dan minat ketika melaksanakan eksperimen . Pelajar generasi abad ke-21 akan mampu berfikir secara sendiri.

11 | P a g e

Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang aktif di mana pelajar diberi peluang untuk memberi pendapat serta menyuarakan persoalan yang berbangkit dengan mengadakan sesi soal jawab setiap kali tamat sesi pengajaran di dalam kelas .Guru ditekankan untuk menggunakan kaedah penyoalan untuk menggalakkan pelajar generasi abad ke-21 dapat berfikir aras tinggi.

Guru mahupun pendidik disarankan menyediakan soalan-soalan , tugasan dan aktiviti yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk membolehkan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisa , mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada hanya menyatakan maklumat supaya dapat menggalakkan pelajar agar lebih berfikir secara berterusan dan mampu menilai pemikiran individu lain.Contohnya menggunakan pengurusan grafik seperti „banding beza‟ dan sebagainya .

Guru digalakkan mengubah cara pengajaran dan melaksanakan transformasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran . Contohnya seperti guru perlu berubah dari segi cara berfikir dengan memberi ruang kepada diri sendiri untuk mengamalkan pemikiran kreatif dan kritis tidak hanya bergantung pada idea lama. Guru perlu lebih bersedia dalam pembaharuan dan penambahbaikan isi kandungan pelajaran agar tidak ketinggalan dan mengikut arus peredaran semasa . Guru juga perlu „celik IT‟ supaya kaedah pengajaran lebih sistematik dan terkini agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang ceria .

Guru perlu mengurangkan kaedah „chalk and talk‟ malah memperbanyakkan aktiviti yang bersifat „ hands-on ‟ dan „minds-on‟ secara tidak langsung untuk menggalakkan pelajar lebih berfikir aras tinggi dengan lebih pantas dan lebih fokus di dalam kelas. Dengan Ini akan dapat menyediakan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan .

12 | P a g e

Guru juga ditekankan untuk sentiasa mengamalkan kaedah

„inquiry –based

learning‟ dengan sentiasa menyoal pelajar di dalam kelas agar dapat mencungkil idea pelajar , sentiasa memotivasikan pelajar yang lemah agar

terus berusaha dengan gigih dan meningkatkan tugasan berkualiti yang diberi kepada pelajar serta sentiasa memberi peluang pelajar agar bertanya, berbincang dan memberi pendapat . Inkiuri bermaksud pelajar belajar konsep sains berdasarkan penemuan yang mereka sendiri perolehi . Ini berlaku apabila terdapat perkaitan antara konsep sains dengan soalan yang pelajar kemukakan dan pelajar mencari jawapan melalui penyiasatan . Ini akan menggalakkan pelajar abad ke-21 menjadi penyelesai masalah yang terbaik kerana sifat ingin tahu dalam diri mereka serta kemampuan mereka untuk berfikir aras tinggi.

Guru perlu menggunakan strategi komunikasi arahan yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi .Guru perlu menyelaraskan objektif , konten, kemahiran ,tugasan , aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Guru disarankan merancang aktiviti dan tugasan yang berkemahiran aras tinggi yang tersusun dan diatur mengikut masa yang diperuntukkan . Guru perlu menyediakan masalah atau soalan yang memerlukan pelajar berfikir

menjangkau dari kebiasaan . Guru perlu bersikap sebagai pemudahcara dengan menerangkan tugasan dengan jelas dan perincikan dengan menunjuk carta alir perlaksanaan serta memberikan contoh produk yang terbaik . Guru memberikan maklum balas secara berkala yang dapat menjelaskan perkara yang betul atau kurang betul .Kaedah ini akan menyediakan suasana pembelajaran lebih terancang dan pelajar juga lebih berminat dalam melaksanakan tugasan sekaligus pelajar mampu menggunakan prinsip KBAT.

Di permulaan pengajaran seelok-eloknya guru perlu menggunakan perancah . Perancah ialah yang melibatkan pemberian sokongan kepada pelajar pada awal pengajaran.Kemudian tanggungjawab menyelesaikan kepada masalah , secara pelajar atau beransur-ansur untuk tugasan meneruskan sendiri guru menyerahkan dan Walau

pembelajaran 1995).

(Slavin,

bagaimanapun, menurut Kauchak dan Eggen (1998) perancah seharusnya

13 | P a g e

terbatas kepada pemberian ala kadar sahaja supaya pelajar mampu bergerak maju dengan sendirinya. Elakkan daripada memberi sokongan apabila pelajar tidak memintanya kerana hal itu akan mendorong mereka untuk menjangkakan bahawa mereka tidak dapat melakukan sendiri. Guru memberi contoh serta cara penyelesaiannya. Contoh yang tepat akan dapat mengurangkan

kebergantungan pelajar kepada guru. Seterusnya , berikan pelajar tugas lanjutan yang berkait dengan pelajaran secara kerap dan cuba mengaitkan dengan situasi dunia sebenar . Dengan kaedah ini menggalakkan pelajar berdikari . 

Guru juga dibataskan menggunakan kaedah pengajaran secara langsung malah digalakkan mengabungjalinkannya dengan latihan berpandu dan kemahiran secara berstruktur untuk mengajar isi kandungan supaya pelajar tidak merasa bosan di dalam kelas (Crowl dan rakan-rakan ,1997) . Elakkan sesi kuliah panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk mengelakkan kebosanan. Gunakan alat-alat berfikir seperti pengurusan grafik atau peta minda (Buzan, 2006) dan i-think thinking map(Agensi Inovasi Malaysia) yang digunapakai kini untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir aas tinggi dengan cepat dan mudah.Selepas itu ,guru perlu membuat beberapa kesimpulan pendek sambil menekankan isi-isi utama pelajaran yang dipelajari .

Penyediaan soalan haruslah lebih awal di mana jawapan yang dihasilkan menarik, di luar jangkaan dan belum diketahui untuk menjana proses berfikir aras tinggi. Ketika sesi pengajaran pelajar diberi peluang mengemukakan soalan dan menyoal pelajar lain bermula dari soalan yang berkognitif rendah hinggalah ke aras tinggi .Guru perlu memberikan sedikit masa kepada pelajar untuk menjawab soalan . Teknik ini akan menghasilkan generasi abad ke-21 yang bersifat pemikir masalah yang baik dan cekap .

14 | P a g e

Sebagai guru adalah merupakan tanggungjawab kepada pelajar untuk memberi maklum balas tentang kemajuan mereka . Maklum balas perlulah segera ,spesifik dan bersifat pembetulan dan elakkan yang tidak jujur atau memuji pelajar secara berlebihan .Guru hendaklah memberi maklum balas yang positif bukannya yang mengecewakan malahan memberikan semangat untuk pelajar lebih bertanggungjawab dan gigih berusaha lagi agar tidak mudah berputus asa .

Pelajar perlu membentuk kumpulan yang berkesan dapat menjana pemikiran aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya,

perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan pelajar terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan pelajar dan menggalakkan kolaboratif dan komunikasi yang baik dalam proses pembelajaran. Penerapan melalui pembentukan kumpulan pelajar melahirkan generasi abad ke-21 yang bersifat warganegara yang bertanggungjawab dan mampu membina kerjaya yang cemerlang melalui pergaulan sosial yang baik . 

Guru perlu mendedahkan pelajar dalam penggunaan komputer di mana pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis . Pelajar abad ke21 lebih bersedia untuk menjadi generasi „celik IT‟ yang mampu bersaing di dunia antarabangsa . Berkemahiran dalam menguasai bidang maklumat ,media dan teknologi agar tidak ketinggalan supaya dapat bersaing hebat di pasaran kerja antarabangsa .

15 | P a g e

5.0 KESAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TERHADAP GENERASI ABAD KE-21

Pembelajaran untuk mencapai kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan perubahan atau transformasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pentaksiran.Di dalam persidangan ,seminar ,penyelidikan dan wacana seringkali diutarakan . Tiga perkara penting ini perlu dititikberatkan untuk melahirkan pelajar generasi abad ke-21 yang memiliki semua kemahiran abad ke-21 seperti inovasi, integriti, informasi, imaginasi, inkuiri , intention, kreatif , berkemahiran komunikasi, kolaboratif , literasi maklumat , warganegara bertanggungjawab dan kesemuanya memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk memastikan anak bangsa Malaysia memiliki ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam abad ke-21 ini. Justeru itu, modal insan ini perlu dilengkapi dengan kemahiran komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan cekap, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis serta berkemampuan untuk bertindak secara rasional. Di samping itu, perlu juga dipupuk amalan pembelajaran sepanjang hayat, penerapan nilai kerohanian yang suci dan murni serta mempunyai ketrampilan tinggi dan gaya kepimpinan yang berkesan. Selain meningkatkan KBAT ,pembelajaran berasaskan pemikiran (TBL) juga memberi manfaat kepada pelajar generasi abad ke-21 dari pelbagai sudut. Menurut Robert

Swartz (2007),pengetahuan yang didapati melalui pembelajaran berasaskan pemikiran membantu pelajar untuk memahami isi kandungan dengan lebih mendalam dan dapat mengingati maklumat pengetahuan tadi dengan lebih lama. Lama-kelamaan , pelajar lebih bermotivasi dengan sendirinya untuk mendapatkan pengetahuan dengan kemahiran berfikir yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri . Pembelajaran berasaskan pemikiran selalunya dilaksanakan melalui pembentukan kumpulan maka, akan mengeratkan hubungan antara pelajar dan menyelesaikan tugasan secara kolaboratif dengan berkongsi pandangan dan dapat menyuarakan pendapat masing-masing . Sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar . Secara keseluruhan,

pembelajaran berasaskan pemikiran melalui KBAT dilaksanakan,akan merubah suasana pendidikan. Kemahiran yang dipelajari semasa pembelajaran berfikir seperti banding beza , menjelaskan sesuatu idea dan lain-lain lagi akan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar (Coote,2007) . Pelajar juga dapat diterapkan dengan konsep „pembelajaran sepanjang hayat „ dan „tabiat minda‟ dalam pembelajaran. Secara keseluruhannya, penerapan pembelajaran berasaskan pemikiran 16 | P a g e

melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat melahirkan generasi abad ke-21 yang mempunyai kriteria –kriteria kemahiran tertentu yang diperlukan. Menurut 250 penyelidik dari 60 institusi di seluruh dunia mengkategorikan kemahiran-kemahiran yang perlu ada bagi generasi abad ke-21 terbahagi kepada empat kategori yang besar iaitu melalui :a) Cara pemikiran seperti pemikiran kreatif dan kritikal , penyelesaian masalah dan membuat keputusan pembelajaran . b) Cara bekerja seperti komunikasi berkesan dan bekerjasama dalam kumpulan atau kolaboratif . c) Kemahiran menggunakan alat untuk bekerja seperti Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat d) Kemahiran untuk hidup di dunia seperti kemahiran kehidupan dan kerjaya, kemahiran sosial dan silang budaya ,warganegara yang bertanggungjawab dan berkepimpinan .

6.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pendekatan KBAT yang dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi memerlukan pelajar memahami dan mengaplikasi pemikiran kritikal, logikal, dan kreatif . Kesemua kemahiran tercetus apabila pelajar berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi ,persoalan dan dilema .Kejayaan mengaplikasi kemahiran ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan membuahkan penjelasan ,keputusan yang tepat, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan . Sekaligus dapat meningkatkan intelektul pelajar . Pendidik dan pihak kementerian pendidikan perlu mengatur strategi dan melaksanakan metodologi pembelajaran berasaskan pemikiran (TBL) dalam institusi pendidikan langkah demi langkah disertai dengan panduan yang sempurna supaya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dapat ditingkatkan terhadap generasi abad ke-21. Selain itu, mendapat sokongan dari pihak berwajib seperti pihak sekolah , guru ,ibu bapa , masyarakat sekeliling dan diri pelajar itu sendiri dengan melengkapkan diri dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang meluas melalui pengaplikasian KBAT dalam pembelajaran di mana matlamat utama negara adalah melahirkan pelajar generasi abad ke- 21 yang berfikrah dan mampu bersaing di persada dunia antarabangsa .

17 | P a g e

RUJUKAN 1. Stein,M.K,& Lane, S.(1996).Instructional tasks and the development of student capacity to think and reason:An analysis of the relationship between teaching and learning in reform mathematics project .Educational Research and Evaluation ,2(1),50-80 2. John K.Gilbert (2006).Children‟s science and its consequences for teaching :Science Education(Vol.66July 2006,623-633) 3. Thinking tools, The Art and Science Thinking .[2 September 2013] Available from :http://www.edwdebono.com/lateral.htm 4. Dewey J (1910) ,How we Think ; Published on 1st Jan 2008 .pg 5 . 5. Robert E.Slavin, Cooperative learning :Theory, research and Practise (Sept 1995) 6. Kauchak & Eggen (1998) ,Effective Teaching: Preparation and Implementation. 7. European Journal of Engineering Education-Promoting higher order thinking skills using inquiry-based learning(Vol.37,No.2,May 2012,117-123) 8. B .Miri . BC David, Z Uni-Research in science education ,2007-Springer 9. Madhuri.G.V and Goteti.2011 ,Madrid,Spain-Imparting transferable skills and creating awareness among students on non-conventional energy sources using problem based learning . 10. Miller,R.Osbone,J.1998 .Beyond 2000 [Accessed on 8 September 2013] Available from:http://www.kcl.ac.uk/content/1/b2000.pdf 11. Bhg. Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012,Higher Order Thinking Skills in Science & Mathemaics (HOTsSM) ,[ Accessed on 15 September 2013] Available from : http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/HOTs%20SAINS.pdf 12. MohdAzhar .Ab.Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif Skudai, Penerbit UTM .h 91 13. Helmi, (1994) Pelbagai Istilah berfikir [Accessed on 10 October 2013] Available from : http://pts.com.my/index.php/berita/pelbagai-istilah-berfikir 14. Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaiaan masalah dalam sains ,Siti Rahayah Ariffin , [Accessed on 10 October 2013] Available from :http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/d/1.pdf 15. Strategi meningkatan kemahiran berfikir aras tinggi Available from : http://shamsina-urupendidikanislam.blogspot.com/2013/05/strategi [Accessed on 20 November]

18 | P a g e