You are on page 1of 3

Bab 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

Pengenalan
1. Kemunculan tamadun unik kerana tamadun ini lahir dan berkembangan di kawasan padang
pasir yang panas dan kering kontang iaitu di Hijaz
2. Pembentukan tamadun Islam berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping anugerah
Allah kepada manusia.
3. Tamadun Islam berkembang di Makkah, sezaman dengan perkembangan tamadun Parsi dan
Rom

Masyarakat Arab Jahiliah


1. Jahiliah berasal daripada bahasa Arab iaitu jahala yang bermaksud jahil atau tidak
mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
2. Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Tanah Arab selepas runtuhnya
Empangan Marib di Saba.
3. Wujud dalam tahun 300 M hingga 610 M
4. Masyarakat ini digelar jahiliah kerana tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran
para nabi dan rasul
5. Zaman Jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana tidak menyembah Allah.
6. Mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah.


1. Ada dua golongan iaitu
a. Masyarakat Badawi yang tinggal di kawasan gurun dan pendalaman
b. Masyarakat Hadari tinggal di pesisiran pantai
2. Sosial:
a. Amalkan perbuatan tidak bermoral spt berjudi, berzina dan minum arak
b. Kedudukan wanita rendah
c. Terdapat kumpulan menanam bayi hidup-hidup selepas dilahirkan
d. Perkahwinan tanpa peraturan.
3. Ekonomi
a. Perniagaan berasaskan riba dan penindasan
b. Merompak dan merampas merupakan mata pencarian
c. Eksploitasi terhadap orang miskin amalan biasa
4. Agama
a. Terdapat empat kepercayaan iaitu
i. Agama wathari (sembah berhala)
ii. Animisme (memuja alam)
iii. Samawi (Kristian dan Yahudi)
iv. Kepercayaan (tilik nasib dan percaya roh)
b. Berdasarkan al-Quran terdapat penganut agama Hanif
5. Politik
a. Mengamalkan sistem Kabilah (Berpuak-puak)
b. Kabilah diketuai oleh syeikh
c. Syeikh dilantik atas persetujuan ramai
d. Kesan sistem kabilah ialah muncul semangat assabiah (semangat kesukuan yang
melampau)

Nabi Muhammad SAW.


1. Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah terkenal iaitu Qusai bin Kilab tetapi yang
sering dirujuk ialah keturunan Hashim
2. Nabi Muhammad berbangsa Quraisy yang sangat dihormati
3. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.
4. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibu baginda Aminah bt Wahab.
5. Baginda dilahirkan pada malam Isnin 20 April 570 M bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah
6. Muhammad bermaksud terpuji
7. Bapanya meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya. Ibu baginda
meninggal dunia ketika baginda berusia enam tahun
8. Baginda pernah dipelihara oleh Halimatus Sa`diyah (ibu susuan), Abdul Mutalib Hashim
(datuk) dan Abu Talib (bapa saudara)
9. Pernah menjadi gembala kambing dan berniaga
10. Ketika berumur 25 tahun baginda berkahwin dengan Khadijah bt Khuwailid yang berumur 40
tahun.

Keperibadian Nabi Muhammad SAW


1. Nabi Muhammad SAW memiliki empat sifat terpuji iaitu
a. Siddiq (berkata benar)
b. Amanah (dipercayai)
c. Tabliq (menyampaikan)
d. Fatanah (bijaksana)
2. Baginda digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan
tidak pernah berbohong
3. Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan
4. Kewibawaan baginda sebagai pemimpin terserlah apabila baginda menyelesaikan
persengketaan meletakkan semula Hajar Aswad
5. Selain itu baginda pengasih, timbang rasa, merendah diri, sabar, tabah, penyayang, pemaaf
dan bijaksana serta berpandangan jauh.

Kerasulan nabi Muhammad SAW


1. Menerima wahyu pertama pada 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadhan ketika berumur 40
tahun
2. Wahyu tersebut ialah Surah al-Alaq ayat 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca
3. Wahyu inilah yang menjadi titik tolak perkembangan tamadun masyarakat Islam.
4. Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah disampaikan melalui wahyu kedua
iaitu Surah al-Muddasirayat 1 – 7.

Penyebaran Islam di Makkah


1. Islam disebarkan secara rahsia selama tiga tahun kepada ahli keluarga, sahabat dan kaum
kerabat baginda
2. Orang yang awa memeluk Islam ialah Kadhijah Khuwailiad (isteri), Ali bin Abu Talib
(sepupu), Zaid bin Harith (anak angkat) dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
3. Baginda menyebarkan Islam secara terbuka selama 10 tahun
4. Banyak dijalankan di rumah Ali bin Abu Talib dan di Bukit Safa.
5. Ramai yang menentang terutama Abu Lahab.

Penerimaan Terhadap Islam


1. Islam diterima kerana
a. Ajaran Islam yang memberi layanan sama sesama manusia
b. Kemurnian ajaran Islam
c. Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW berdakwah
d. Nilai akhlak Islam lebih baik daripada nilai akhlak Arab Jahiliah.
e. Nabi Muhammad SAW membaca al-Quran untuk menjawab sebarang pertanyaan
f. Baginda menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya.
g. Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang mulia
2. Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kejayaan perkembangan Islam di
Makkah
3. Jasa dan perjuangan Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam harus disanjung tinggi.

Penentangan Terhadap Islam


1. Islam ditentang kerana
a. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan
b. Prinsip sama taraf sesama manusia dalam agama Islam bertentangan dengan sistem sosial
masyarakat Arab jahiliah yang mementingkan darjat orang atasan
c. Konsep persaudaraan dalam Islam amat bertentangan dengan konsep assabiah Arab
Jahiliah
d. Orang Quraisy mempunyai anggapan yang salah terhadap tugas nabi
e. Menggugat ekonomi Arab Jahiliah terutama dalam perusahaan patung berhala
2. Islam ditentang dengan cara
a. Mengejek ajaran Islam melalui puisi.
b. Tohmahan dan tuduhan yang tidak baik kepada Nabi Muhammad SAW
c. Menggunakan kekerasan
d. Menawarkan kedudukan, wanita dan harta kepada Nabi
e. Melakukan pemulauan

Nabi Muhammad SAW Menyelesaikan Masalah


1. Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk
mendapatkan perlindungan
2. Nabi Muhammad SAW dan Zaid bin Harithah menyebarkan Islam ke Taif tetapi kuang
berkesan
3. Pada tahun 622 M Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah bersama dengan
pengikutnya
4. Di Madinah, Nabi Muhammad SAW berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul
dan meneruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab

Disediakan oleh
Encik Sohaidie bin Mohd Zain
Guru Sejarah,
SMK Taman Maluri,
Kuala Lumpur.

You might also like