You are on page 1of 4

Maz/mpsah/pendidikan/sem.

5/2001

KECERDASAN PELBAGAI

D. Gardner (1993) telah membahagikan tahap


kecerdasan seseorang insan kepada tujuh kebolehan
yang berbeza.

1.KECERDASAN LINGUISTIK
Tahap kecerdasan yang berkaitan dengan kebolehan
menggunakan bahasa, makna perkataan dan
hubungan di antara perkataan.
Penulis novel, pemberita akhbar, para peguam dan
penulis puisi adalah antara mereka yang mempunyai
tahap kecerdasan linguistik.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya suka membaca, menulis, berjenaka, bermain
scrable dan mudah mengingati nama tarikh serta
dapat mengeja dengan cepat.

2.KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
Tahap kecerdasan ini dikaitkan dengan kebolehan
menaakul, melihat pola-pola dan susunan dalam
keadaan yang teratur.
De Bono membuktikan setiap individu boleh berfikir
secara kreatif dan kritis. Proses menyelesaikan
masalah boleh meningkatkan tahap kecerdasan logik-
matematik.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya boleh mengira dengan cepat, seronok jika
dapat menggunakan komputer, suka menyoal, suka
membuat eksperimen dan bermain catur.
Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001

3.KECERDASAN SPATIAL
Tahap kecerdasan ini dikaitkan dengan kebolehan
melihat dan mencipta benda-benda baru termasuklah
tanggapan kesenian atau kemahiran kejuruteraan
dalam ingatan bayangan atau dalam bentuk yang
nyata dan konkrit.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya gemar menonton video, foto atau slaid, suka
berkhayal, melukis, dapat membentuk gambaran
visual yang jelas bila memikirkan sesuatu, dapat
membaca peta atau rajah dengan mudah.

4.KECERDASAN MUZIK/IRAMA
Tahap kecerdasan yang berkaitan dengan muzik,
irama dan ingatan auditori termasuk cekap mencipta
atau mengubah lagu.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya gemar menyanyi, bermain alat muzik,
mengumpul pita rakaman atau CD dan mudah
mengingati rentak/muzik.

5.KECERDASAN KINESTETIK-JASMANI
Tahap kecerdasan yang berkaitan dengan berbagai
kemahiran diri termasuk koordinasi motor.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya menunjukkan kecemerlangan dalam sukan,
sukar duduk diam, pandai meniru perlakuan orang
lain.
Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001

6.KECERDASAN INTRAPERSONAL
Tahap kecerdasan untuk memahami emosi kendiri,
dalam kata lain, pengetahuan persendirian untuk
membolehkan seseorang memahami kemahuan
matlamat dan perasaannya sendiri.
Kecerdasan intrapersonal adalah kecerdasan
pengurusan diri. Kecerdasan ini melibatkan
perngetahuan bagaimana individu menguruskan
dirinya pada setiap hari supaya menghasilkan
kecemerlangan yang optimum. Mampu mengusahakan
kerja yang berkesan dan mampu mengekalkan
motivasi diri secara berkekalan.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya mempunyai keazaman diri yang kuat, berani
menentang, berpusatkan diri sendiri, menyendiri,
bermotivasi dan berkeyakinan.

7.KECERDASAN INTERPERSONAL
Tahap kecerdasan berkomunikasi dan perhubungan
antara manusia termasuklah kebolehan seseorang
berinteraksi dan memahami kemahuan, motivasi,
perasaan, fikiran dan perlakuan orang lain.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya mempunyai ramai kawan, mahir bersosial,
banyak terlibat dengan aktiviti ko-ko, suka aktiviti
kumpulan dan mudah berempati dengan orang lain.
Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001

8.KECERDASAN NATURALIST
Kecerdasan ini melibatkan kebolehan menggunakan
apa yang terdapat di persekitaran untuk
menyelesaikan masalah.
Petani, tukang masak, penjual dan penggubah bunga
merupakan individu yang memiliki kecerdasan ini.

9.KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan ini merujuk kepada sifat-sifat emosi yang
penting bagi menjamin kejayan. Ianya meliputi
keupayaan mengawal perasaan marah, empati,
berdikari, berupaya menyesuaikan diri, berdikari,
digemari orang lain, menyelesaikan masalah antara
individu, kegigihan, gemar berkawan, baik hati dan
hormat menghormati.

You might also like