You are on page 1of 15

1 1.

1 PENDAHULUAN

Sebuah negara yang disegani di dunia memiliki satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman, bertaqwa serta berakhlak mulia. Pada tahun ini hari guru bertemakan “Guru Malaysia: 1aspirasi, 1agenda”. Walaupun tema ini masih lagi boleh didiskusikan tetapi ia sekurang-kurangnya masih lagi menyimpan hasrat murni pendidikan iaitu pembinaan kualiti akhlak terunggul atau “towering personality” bagi memastikan kejayaan pembentukan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Demi mencapai pembentukan akhlak terunggul, ianya memerlukan kegemilangan ilmu dan pendidikan bagi menjadi pemangkin kemakmuran dan kemajuan. Sejarah telah

membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya dan orang yang berperanan besar mewujudkan kegemilangan tersebut ialah guru.

Peranan guru dalam profesion mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara. Namun, mutakhir ini kita sering mendengar mengenai fenomena masalah salah laku pelajar sama ada di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah. Masalah ini seharusnya dibendung dan ditangani segera agar ia tidak merebak ke peringkat yang lebih kritikal.

Oleh yang demikian, guru Pendidikan Islam perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Tindakan dan idea yang dilaksanakan sewajarnya selaras dengan tuntutan dan kepentingan agama semata-mata. Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu menghayati etika keguruan Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen terhadap tugas yang wajib dilaksanakan. Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri yang positif. Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid- muridnya.

Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid. Oleh sedemikian.1 LAPORAN SALAH LAKU PELAJAR DI SEKOLAH Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan. mengancam guru – guru dan murid.2 2. perdagangan. membuli.kesalahan yang berat. “Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa. sastera. Media massa juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pihak guru dan ibu bapa berasa sesuatu tindakan tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala ini semakin berleluasa sehingga ke peringkat yang lebih kronik lagi. dikuatiri ianya akan menjejaskan minat dan fokus murid – murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam membangunkan generasi yang terbilang. seperti penyalahgunaan dadah. mencabul dan pelbagai lagi. aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah. Oleh kerana. KPM 1981 Kini. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 1981. Oleh itu. keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia. maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. merosakkan harta benda sekolah (vandalism). Sejak akhir-akhir ini masalah ini semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius. disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah. Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera. dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan . disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media sama ada bercetak mahupun elektronik. Masalah ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. memeras ugut. Di sekolah. Aliran agama. vokasional mahupun sains. .

Pelajar ini melakukan aktiviti yang menyalahi peraturan sekolah secara berkumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli. Kes yang ingin saya tekankan di sini ialah masalah ponteng kelas dalam kalangan pelajar yang semakin membingungkan pihak sekolah. Pelajar yang seringkali terlibat dalam kes ponteng kelas ini ialah pelajar lelaki tahun tiga yang tahap akademiknya agak lemah. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Antara punca-punca pelajar ponteng kelas ketika PdP telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. malu. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda. pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Terdapat .3 Umumnya masalah ponteng ini sering dikaitkan dengan pelajar sekolah yang berulang alik dari rumah sahaja. Rembau terdapat beberapa masalah salah laku pelajar yang sering kali berlaku. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal. Kegiatan mereka ini dapat dikesan apabila mereka menipu guru-guru mata pelajaran masing-masing dengan mengatakan bahawa mereka dipanggil oleh guru yang mengajar linus Bahasa Melayu untuk murid pemulihan. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. namun begitu pada hari ini masalah ponteng ini juga melibatkan pelajarpelajar yang tinggal di asrama sekolah. Para pelajar ini akan menyorok di bangunan lama sekolah dan di dalam tandas sehingga habis waktu PdP. Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Berdasarkan salah laku pelajar di sekolah tempat saya mengajar di SK Salak Nama. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Di samping itu. mereka kerap ponteng kelas kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Oleh itu. dan sebagainya. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. guru yang garang. Mereka sering kali melakukan kesalahan ini ketika waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual.

Pihak sekolah juga telah mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini. bulat manusia kerana muafakat. pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. fenomena ponteng kelas bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. guru disiplin memberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Guru disiplin atau GPK HEM untuk memberikan nasihat kepada pelajar yang terlibat tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak. Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri. Ibu bapa turut diberikan sesi kaunseling supaya memantau setiap pergerakan anak mereka dan member perhatian yang lebih agar mereka rasa dihargai dan disayangi. pihak sekolah telah membuat perjumpaan bersama ibu bapa pelajar yang terlibat untuk memaklumkan masalah yang dilakukan oleh anak mereka. Selain itu. pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Kesimpulannya. Di samping itu.4 juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. pihak PIBG. Semua pihak khasnya ibu bapa. Oleh Itu. Antara langkah-langkah yang di ambil oleh pihak sekolah ialah mengadakan sesi kaunseling. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. pihak sekolah. Tambahan ruang dakwah untuk Guru Pendidikan Islam amat terbuka . ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. keluarga dan negara. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pada masa yang sama. masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung.

MUADDIB. .t) : ِ ‫ِت‬ ِ ‫ة ۖ وج‬ ِ ‫اْل‬ ِ ِ ‫ة والْم‬ ِ ‫اْلِك‬ ِ َ‫َعل‬ ِ َ ِّ‫يل رب‬ ِ ْ ِ ‫َل‬ َِّ‫م بِال‬ َّ ِ‫ن ۖ إ‬ ‫ن‬ ‫ه‬ ‫ْل‬ ‫اد‬ ْ َّ ‫ض‬ َ َّ‫رب‬ َ ‫ن‬ َ ‫ل‬ ُ‫ك‬ ُ ْ‫يأ‬ ْ‫ع‬ ْ َ‫م ِب‬ َ َ َ‫سن‬ َ ٰ َ ‫ادعُ إ‬ ْ َ َ ‫ْم‬ ْ َ‫ن‬ َ ْ ‫كب‬ َ ِ ‫سب‬ ُ‫س‬ َ‫ه‬ ُ ْ‫و أ‬ َ ‫َح‬ َ َْ ‫وعظَة‬ َ ِ ‫ه ۖ وهو أَعلَم بِالْم‬ ِِ ‫ين‬ ْ ُ ُ ْ َ ُ َ ‫سبِيل‬ َ َ ‫هتَد‬ Maksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tanggungjawab sebagai guru Pendidikan Islam menuntut seribu satu pengorbanan dan teladan bagi insan yang mengimpikan suatu kebahagiaan dunia dan akhirat. menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. menghapus kejahilan dan menentang kemungkaran. seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini. atau guru yang bertindak sebagai pendakwah di sekolah mengajak kepada kebaikan.Quran.1 Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia. peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang sesuai. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Firman Allah (s.1 Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa adalah berlandaskan Etika Profesion Keguruan.5 luas. an-Nahl 14:125. setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa. masyarakat dan negara. MURSYID DAN MURABBI 3. 1 al. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Samada anda adalah Guru Pendidikan Islam yang hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran tahunan.w. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia. PERANAN GURU SEBAGAI MU’ALLIM.

Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menyebarkan ilmu. Peranan pendidik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat membina rohani. nilai dan etika.a. jasmani. produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini. penggerak dan penasihat. Contohnya cara guru berpakaian.w). peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.t): ِ َ ِ‫كم ۖ وإ‬ ِ َ ِ‫ذين آمنوا إ‬ ِ ُّ‫يا أَي‬ ِ ُ‫س‬ ِ ِ‫جال‬ ‫ع‬ ِ‫س‬ ِ َ‫رف‬ ُ َ‫يل ل‬ ْ َ‫حوا ي‬ َّ ‫ف‬ َ َ‫م ت‬ ُ َ َ َّ‫ها ال‬ ُ ْ‫زوا فَان‬ ُ ْ‫يل ان‬ ُ‫ش‬ ُ‫ش‬ َ َ ُ‫س‬ َ‫م‬ ْ َ‫زوا ي‬ ْ‫ك‬ َ ْ ُ َ‫ح اللَّهُ ل‬ َ ْ‫حوا ِف ال‬ َ‫ف‬ َ ْ‫س فَاف‬ َ ‫ذا ق‬ َ ‫ذا ق‬ ِ َّ ‫كم‬ ِ َّ َّ ٍ ‫ذين أُوتُوا الْعِْلم در‬ ِ ِ َِ ‫ن‬ ‫ي‬ َ ‫ملُو‬ ْ َ‫واللَّهُ ِبَا ت‬ َ ََ َ َ ‫ين‬ ٌ ‫خب‬ َ‫ع‬ َ ۖ ‫جات‬ َ ْ ُ ‫آمنُوا مْن‬ َ ‫وال‬ َ ‫اللهُ الذ‬ Maksud: Wahai orang yang beriman apabila dikatakan kepadamu. Guru berperanan dan bertanggungjawab dalam membina negara berlandaskan etika. pendidik yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s. maka berdirilah. pembimbing dan pendorong. cara pertuturan dan lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu. Guru adalah pendidik. maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Guru bertanggungjawab mematuhi etika professional dan mempraktikkan semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti. "Berlapanglapanglah dalam majlis". nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- . Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN. Ini bermaksud.6 Peranan guru adalah luas. gaya berjalan. Oleh itu. segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan sahsiah pelajar. Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama. intelektual dan sosial pelajar yang seimbang. Dan apabila dikatakan. Sebagaimana firman Allah (s. guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. "Berdirilah kamu". guru seharusnya mempunyai personaliti baik serta perwatakan bersih supaya dapat melahirkan generasi yang berakhlak. emosi.w. kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Dia juga penyampai ilmu.

akhlak dan nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap pelajar bagi al.t. 3 2 . Kalimah al-Ta'lim dan al-Tarbiyyah Menurut al-Qur’an dan Leksikon Arab. 2002.Quran. Tengku Ghani Tengku Jusoh.2 Dalam Bahasa Arab. mursyid (pembimbing ke arah kebaikan) dan sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang baik. Fakulti Pendidikan. 3685.4 Di dalam Hadis Rasulullah bersabda: ‫ ليصلون على معلم الناس‬، ‫ وحىت اْلوت‬، ‫إن اهلل ومالئكته وأهل السماوات واألرض حىت النملة ِف جحرها‬ ‫اخلي‬ Maksud: “Seseungguhnya semut yang Allah dan malaikat. mu’allim adalah kata nama pelaku (Isim Fa’il) yang muncul dari kata terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar).3 Mu’allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Kertas kerja Seminar Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Mujadalah 28:11.”5 Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai muaddib. mu’allim (penyampai yang benar). kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orangorang yang benar!”. sebagaimana firman Allah (s. hlm: 40 4 al.w. Guru sebagai mu’allim. Penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar diterangkan dalam surah al-Baqarah. Al-Baqarah 1:31. guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah iaitu mudarris (pendidik).): ِ ِ ‫كنتم‬ ِ‫ك‬ ِ ُ‫ال أَنبِئ‬ ََّ ‫و‬ ‫ي‬ َ ِ‫مالَئ‬ َ‫ق‬ ُ ‫ها‬ ُ ‫َْسَاء‬ ْ ‫وِن بِأ‬ ْ ‫م األ‬ َ َ‫ة ف‬ َ‫ر‬ َ ‫م‬ ُ‫ه‬ َ ‫م‬ َ َّ‫ُث‬ َ ‫صادق‬ َ ‫َْسَاء‬ َ ْ ُ ُ ‫ؤالء إِن‬ ُ‫ض‬ َ َّ‫كل‬ َ ‫آد‬ ْ‫ه‬ َ ْ‫علَى ال‬ َ َ‫ع‬ َ ‫عل‬ Maksud: “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. muaddib (mentor). murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang). Berikut dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang Guru Pendidikan Islam yang baik itu.7 orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.Quran. Muaddib ialah pemupuk adab. penghuni dalam lubangnya langit dan serta ikan-ikan bumi (di sehinggakan berada di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia. no. 5 al-Tirmidzi.

” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim) Mursyid dari perkataan arsyada. 45. 1986. Muaddib membawa maksud yang paling hampir kepada istilah mentor. Tarbiyatul Awlad fi Islam. hlm. Bandung :Indonesia. Konsep pendidikan Islam. 6 . Dengan itu. Firman Allah (s. pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah ta'dib. Cairo: Darul Salam. Ini sinonim dengan perkataan ahda yang bermaksud memberi petunjuk. hlm. Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1986) lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu'allim. menurut beliau.w.6 Sabda Rasulullah (s.8 membentuk sahsiah. Beliau menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan.) berkaitan mendidik anak dan remaja supaya solat berterusan: ‫مروا أوالدكم بالصالة وهم أبناء سبع سني واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا ىف املضاجع‬ Maksud: “Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur. Menurut beliau. kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.t. Ini kerana peranan guru yang paling menonjoI.a.w. 1992. dan aku tidak akan menghalau orangorang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu). Ini juga menunjukkan peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan Pendidikan Islam itu sendiri. Nasih 'Ulwan7 memetik ayat al-Quran yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid Guru Pendidikan Islam antaranya. 1981. 23. Strategi pengajaran Pendidikan Islam. Zawawi Hj. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). Fajar Bakti : Kuala Lumpur. 7 Ulwan Abdullah Nasih.) : ِ َ‫ويا ق‬ ِ َّ ِِ ِ ِِّ‫مالَقُو ر‬ ِ ِ ‫كم‬ ِ ‫َج‬ ‫م‬ ْ ِ‫ماالً إ‬ َ َّ‫ي إِال‬ َ ْ ُ ُ‫َسأَل‬ ْ‫نأ‬ ْ ‫وم ال أ‬ ُ َّ‫آمنُواْ إِن‬ َ ‫ين‬ َ‫و‬ َ ‫علَْيه‬ ْ ََ ْ ِّ َ ُّ ‫هم‬ َ ‫علَى اللّه‬ َ ‫ما أَنَاْ بطَارد الذ‬ َ‫ر‬ ِ ‫ن‬ ُ ‫َرا‬ َ ‫هلُو‬ َْ ً‫وما‬ َ ‫َت‬ ْ َ‫م ق‬ ْ‫ك‬ َ ‫ِّن أ‬ َ َِّ ‫ولَك‬ Maksud: Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu. perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata. Ahmad. adaIah sebagai muaddib.

Al-Ghazali.9 menerima hak masing-masing). tetapi aku nampak kamu semua. Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik. Menjaga disiplin murid dengan menggunakan “Pendekatan Mencegah dan Menegur Secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. 2006. terdapat pelbagai kategori pendidik dari sudut pendidikan Islam daripada mudarris kepada mursyid.Quran. Kuala Lumpur: Darul Fajar.Quran. 10 al. sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". membimbing. maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah dengan 8 al. Mereka berperanan sebagai pendidik mengikut peranan di atas membawa kepada implikasi mengajar.” Kesimpulannya. memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. 9 . budi pekerti dan akhlak sebagai muaddib atau mentor. Hud 12:29. melatih. jasmani. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka. Bagi mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita. Ihya Ulumuddin.8 Murabbi berasal daripada kata terbitan tarbiyyah (pendidikan). Para guru terutamanya Guru Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam mendidik.9 Sebagaimana firman Allah : ِ ‫و‬ ِ ‫اِن‬ ِ ْ ‫الر‬ ِ ِّ ُّ َ‫ْلما جن‬ ‫يا‬ ‫ارْح‬ ِّ ‫ر‬ َ ‫ما‬ َّ ‫ن‬ ْ َ ْ ‫اخف‬ َ ِ َ‫ربَّي‬ ُ َْ ْ ‫ب‬ َ ‫ما‬ َ‫ك‬ َ‫ه‬ َ‫ل‬ َ ‫ْحَة‬ َ َ ََُ ‫ض‬ َ ‫اح الذل م‬ ً ‫صغ‬ ْ ُ‫وق‬ Maksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku. memelihara dan membentuk para pelajarnya menjadi insan yang sempurna dari segi rohani. akhlak dan intelektual. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut al-Ghazali adalah menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri. membentuk adab. kasihilah mereka keduanya. al-Isra’ 15:24.10 Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah: ‫علموا أوالدكم وأهليكم اخلي وأدبوهم‬ Maksud: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka. fasilitator. kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.

mursyid dan murabbi dan perlu disokong dengan dalil naqli dan aqli yang bersesuaian dengan peranan seorang guru.Quran. 5200. no.1 REFLEKSI Semasa menjalankan tugas ini. al-Bukhari. Luqman 1:17. Saya perlu menghuraikan permasalahan yang berkaitan salah laku pelajar dan mencari metode-metode yang sesuai digunakan bagi menangani masalah ini. Sahih al-Bukhari.w. marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman alHakim sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran: ‫يبىن أقم الصلوة وأمر باملعروف وانه عن املنكر واصرب على ماأصابك إن ذلك من عزم األمور‬ Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang). 11 12 al. Bahagian kedua soalan ini mengupas tentang peranan guru sebagai mu’allim.). sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. saya membuat pemerhatian dan laporan ke atas salah laku pelajar di sekolah. dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu. muaddib.t. Sehubungan dengan itu. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi jenis salah laku atau disiplin para pelajar.a.w.10 menanamkan asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah (s. punca-punca berlakunya salah laku dan cara-cara mengatasinya. . Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah (s.w.) : ‫كلكم مسؤل عن رعيته‬ ‫كلكم راع و‬ Maksud: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”.).t. Tajuk tugasan yang diberi ini berdasarkan pernyataan yang disediakan perlu diteliti bagi memastikan semua aspek yang diperlukan dalam kerja projek ini menepati dengan kehendak soalan. (Hadis Riwayat al-Bukhari)12 4. Tugasan ini dibahagikan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama saya perlu mengupas persoalan mengenai salah laku pelajar yang berlaku di sekolah atau di luar sekolah. Perisian powerpoint perlu digunakan untuk pembentangan kerja kursus.11 Sabda Rasulullah (s.

menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang. 5. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.1 PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Percayalah. teguran guru ibarat nasihat. Sebagai kesimpulan. rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. tugasan ini menyedarkan saya bahawa seorang guru terutamanya guru Pendidikan Islam perlu sentiasa peka terhadap keperluan dan kehendak para pelajarnya. Paling penting. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. merotan. rakan sebaya dan ibu bapa merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar. sikap pelajar. kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak.11 Saya mendapati salah laku pelajar yang paling ketara berlaku di sekolah saya ialah ponteng kelas. hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Kesalahan ini dilakukan oleh pelajar tahap satu yang agak lemah dalam bidang kurikulum. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Kata-kata guru dianggap keramat. Hasil laporan menunjukkan faktor guru. pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru. Dulu. Oleh itu. masalah disiplin yang berlaku di kalangan .

1992. al-Bukhari.). . Bandung. “Menangani Masalah Salah Laku Pelajar”. Syed Muhammad Naquib al-Attas. no. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sahih al-Bukhari. Strategi pengajaran Pendidikan Islam. Kalimah al-Ta'lim dan al-Tarbiyyah Menurut al-Qur’an dan Leksikon Arab. Cairo: Darul Salam. Sarjit Singh Gill. 27 Julai: 24. 2002. 3685. 2009. 1981. Sahih al-Tirmidzi. Zawawi Hj. Ihya Ulumuddin. 2006. Rohaya Hashim & Ruhani Mat Min. Jurnal Kemanusiaan 18: 15. Tengku Ghani Tengku Jusoh. 1986. 2011. 5200. no. Tarbiyatul Awlad fi Islam. Indonesia: Mizan. RUJUKAN al-Quran Asmah Suboh. Kuala Lumpur: Darul Fajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ulwan Abdullah Nasih.12 pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. Fakulti Pendidikan. Kertas kerja Seminar Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. Journal Education Psychology and counseling 1: 78. 1 Julai. 2012. al-Ghazali. 2007. Ahmad (1992). Pelajar melanggar disiplin sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri. Zawawi Hj. al-Tirmidzi. Berita Harian.Konsep pendidikan Islam (Haidar Baqir Terj. Kosmo. Masalah Salah Laku Agresif di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah dan Hubungannya dengan Gaya Keibubapaan. Ahmad.

13 LAMPIRAN .

14 .

15 .