You are on page 1of 6

Kepemimpinan Berkarisma Kepemimpinan berkarisma juga sesuai diamalkan di sekolah.

Konsep kepemimpinan ini mula-mula diutarakan oleh Max Weber (1947), di mana anggota-anggota kumpulannya mempersepsikan ketua mereka sebagai orang yang mempunyai kualiti istimewa atau luar biasa. Pemimpin berkarisma mempamerkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah atau mengharungi krisis dengan berbeza. Apabila ini berlaku pengikut-pengikut akan mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap pemimpin karisma ini. Menurut House dan Howell (1992 ) Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional-pemimpin berkarisma mempunyai tret-tret personiliti seperti berikut:1. Berorientasikan pencapaian. 2. Berorientasikan kraetiviti dan inovasi. 3. Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi. 4. Keyakinan yang tinggi 5. Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain. 6. Sanggup menanggung rasiko 7. Membina , bertimbang rasa dan sensitif. Pada suatu ketika dahulu , pemimpin berkarisma diterima ramai kerana terdapatnya pemimpinpemimpin utama seperti Ghandi, Hitler, Napolean dan Mother Theresa.Pemimpin berkarisma biasanya mempunyai mempunyai visi dan misi yang jelas bersama pelan tindakan yang terancang meskipun ia merupakan suatu tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan. Untuk itu guru besar akan lebih disenangi dan dihormati. Sembilan ciri pemimpin berkarisma ialah :i. Tajam pemikiran.

Pemimpin yang berkarisma dapat membaca masa hadapan berdasarkan pemahamannya terhadap suasana semasa. Dia mampu memahami isu-isu semasa dengan baik dan membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan. Pujangga Islam ada menyebut, Orang yang tajam pemikirannya memahami perkara sebelum ia berlaku dan orang awam memahami perkara setelah ia berlaku. ii. Pandangan helang.

Pemimpin yang berkarisma mempunyai kuasa maklumat di hujung jari-jemarinya kerana dia tahu menggunakan komputer dan kemudahan internet. Dia juga adalah seorang pendengar yang baik dan mampu mengenalpasti punca masalah dengan cepat. Biasanya dia boleh menganalisis persekitaran dan menyesuaikan tindakannya dengan persekitaran tersebut umpama seekor helang yang melihat ke bawah dari langit yang tinggi. iii. Kreatif dan inovatif

Kreatif bermaksud mencetus sesuatu idea yang baru, manakala inovatif bermaksud melaksanakan pembaharuan kepada sesuatu yang sedia ada. Pemimpin yang kreatif adalah pemimpin yang memimpin dan bukan dipimpin. Dia mendahului dan mempunyai wawasan serta berpandangan ke hadapan. Pemimpin sebegini biasanya diikuti kerana dia berjaya mengukir imej dan persepsi yang jelas dalam minda pengikutnya tentang matlamat yang hendak diperjuangkan. Kreativiti seorang guru

besar akan dicontohi dan dijadikan sebagai pedoman dan panduan dalam melaksanakan tugasan harian dalam kalangan guru. iv. Berani mengambil risiko.

Peluang sentiasa muncul di depan mata. Tetapi tidak semua yang berupaya membezakan antara peluang dan ancaman. Pemimpin yang biasa hanya melihat ancaman dalam sesuatu krisis. Namun pemimpin yang hebat dapat melihat peluang dalam sesuatu krisis. Sifat bijak mengeksploitasi peluang untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan berani berhadapan risikonya adalah ciri-ciri seorang pemimpin berkarisma. v. Tahu keutamaan.

Berfikir secara sistematik amat penting apabila seseorang berhadapan dengan pilihan sedangkan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tepat. Pemimpin yang berkarisma tidak mudah melatah. Dia tahu mendahulukan apa yang utama. Di samping itu dia tidak mengenepikan hal yang remeh. vi. Keperibadian yang tinggi.

Keperibadian atau akhlak yang tinggi adalah tunjang kepercayaan orang lain kepada kita. Antara sifatsifat keperibadian yang tinggi adalah sabar, tegas, berani dan bertimbang rasa. Pemimpin yang memiliki keperibadian yang tinggi dilihat sebagai pemimpin yang berkarisma dan mempunyai akhlak yang terpuji. Kata Imam Al-Ghazali, tongkat yang bengkok tidak mungkin menghasilkan bayang bayang yang lurus. vii. Kemahiran berinteraksi

Kebanyakan pemimpin yang hebat adalah orang yang bijak berkomunikasi dan berinteraksi dengam masyarakat setempat. Kehadiran mereka sentiasa menjadi tumpuan ramai. Pemimpin yang hebat bukan sahaja bijak berinteraksi secara lisan, malah dapat menggunakan bahasa badan yang menonjolkan karisma pada diri mereka sebagai seorang pemimpin. viii. Keimanan yang teguh

Karisma juga dapat dilihat pada wajah orang yang dekat dengan Allah. Mereka dikatakan mempunyai nur atau cahaya pada wajahnya. Keimanan yang teguh di dalam hati mereka terpancar pada rupa fizikal mereka. Kebiasaannya mereka kelihatan tenang dan meyakinkan. ix. Melebarkan kepimpinan

Sifat ini termasuk dalam kebijaksanaan seorang pemimpin, iaitu mengatur pengganti-penggantinya. Jika dia seorang yang berpengetahuan, dia berkongsi dengan pengikutnya. Jika dia mempunyai kemahiran, dia menurunkan kepada anak buahnya. Dalam kata lain, dia menyediakan barisan pelapis yang sama hebat atau lebih hebat daripadanya. Dengan yang demikian, sesebuah organisasi tidak

hanya bergantung pada seseorang dan akan bertambah cemerlang selangkah dengan peredaran mas

Kepemimpinan Biokratik Kempimpinan biokratik amat berstruktutur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin Biokratik menggunakan kuasa rasmi yang diberi kepadanya melalui perlantikan jawatan untuk menerajui sesebuah organisasi. Tujuan kepemimpinan boikratik dalam sesebuah organisasi formal bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan menggunakan pendekatan rasional. Model kepemimpinan biokratik tulen mengikut Weber (1989) dalam buku ,Asas Kepimpinan &

Perkembangan Profesional-pemimpin, memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti :1. Organisasi berasaskan matlamat. 2. Pembahagian bidang pengkhususan. 3. Struktur berhierarki. 4. Mementingkan peraturan dan tertib 5. Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal 6. Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang. Aplikasi kepimpinan biokratik amat nyata dalam bidang organisasi sekolah dan Institusi pendidikan. Antara ciri-ciri kepemimpinan biokratik dalam organisasi sekolah ialah:1. Struktur organisasi yang berhierarki dengan Guru Besar berada di pucuk kepemimpinan. 2. Guru guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing. 3. Mempunyai satu peraturan sekolah dan jadual waktu akademik yang patut dipatuhi. 4. Ketua bidang atau panitia mata pelajaran akan bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan atau sukatan yang telah ditetapkan. Guru besar yang mengamalkan kepemimpinan biokratik biasanya akan memastikan segala proses dan prosedur yang diamalkan oleh organisasi dipatuhi dan dituruti sebelum memulakan sebelum sesuatu tugas itu ditujukan kepada pihak yang lebih tinggi. Selain itu, pemimpin biokratik juga

mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya dengan memestikan matlamat organisasi dicapai.

kualiti kerja dipelihara dan

http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/12/25/jenis-jenis-kepimpinan/

KEPEMIMPINAN GURU
KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN Proses interaksi antara pemimpin dengan ahli untuk mempengaruhi ahli - ahli bertindak mencapai matlamat organisasi. JENIS - JENIS KEPEMIMPINAN i. Kepemimpinan Semula jadi ii. Kepemimpinan Berkarisma iii. Kepemimpinan Birokratik iv. Kepemimpinan Teragih

TEORI - TEORI KEPEMIMPINAN a. Teori tradisional Teori tradisional kepemimpinan mengenal pasti ciri - ciri yang membezakan antara pemimpin dengan pengikutnya. i. Teori Tret -Stogdill (1974) -Empat tret yang secara konsisten merumuskan ciri - ciri kejayaan seseorang pemimpin a. Kecerdasan tinggi b. Bertanggungjawab c. Berkeyakinan d. Daya Tahan tinggi ii.Teori Tingkah laku -Tokoh behaviouris cuba mengenal pasti faktor - faktor penentu kepemimpinan yang berjaya supaya bakal pemimpin boleh dilatih untuk memiliki tingkah laku kepemimpinan yang sesuai. Teori X dan Y oleh Douglas McGregor (1960) -Teori X - Pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan mengelakkan tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama kecuali diarahkan dan dikawal. Pemimpin bertingkah laku autokratik. -Teori Y- Staf dianggap rajin, melihat kerja sebagai suatu perkara semula jadi seperti bermain atau beristirehat akan memupuk kerjasama, bercita - cita tinggi dan mempunyai sikap positif terhadap kerja.

Blake dan Mounton (1964,1978): Grid Pengurusan a. Keprihatinan Terhadap Penghasilan b. Keprihatinan Terhadap Manusia iii. Teori Situasi -Teori Kontinjensi Fiedler (1967) Kesepadanan antara dua variable: Gaya kepemimpinan dan tahap sokongan persekitaran -Teori Situasi Hersey dan Blanchard Empat gaya kepemimpinan: Gaya memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan menurunkan tanggungjawab. Kumpulan kematangan rendah dan kumpulan kematangan tinggi.. b. Teori Semasa i. Teori Transformasi Kepimpinan transaksi memberikan fokus kepada keperluan asas dan ganjaran ekstrinsik sebagai motivasi bekerja. Pemimpin transformasi bukan sahaja memberikan tumpuan kepada keperluan pengikut, beliau cuba meningkatkan keperluan itu kepada aras motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. ii. Kepemimpinan Moral -memberikan perhatian kepada nilai dan etika pemimpin di mana penggunaan kuasa dan pengaruh adalah atas pertimbangan yang baik dan benar. Sergiovanni (1992), satu bentuk bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip - prinsip dan pegangan nilai yang terpuji.

Implikasi Kepemimpinan Kepada Sekolah a. Teori Tret McEwan (2001) 1. Terdorong oleh misi dan berjiwa guru (Mission - driven and passionate) 2. Positif dan benar 3.Pemimpin guru 4. With - it - ness 5. Gaya guru 6. Pakar motivasi 7. Keberkesanan pengajaran 8.Berpengetahuan 9. Street Smart 10. Berdaya fikiran b. Teori X dan Y

- memahami teori Keperluan Maslow. Teori X - Keperluan rendah, Teori Y- keperluan aras tinggi. c. Teori Situasi ( Teori Kontinjensi Fielder, 1967) -Hubungan pemimpin - ahli - struktur tugasan -Kedudukan kuasa d. Teori Transformasi -menggerakkan tahap motivasi, meningkatkan kesedaran diri

KEPEMIMPINAN SEKOLAH DAN GURU a. Kepemimpinan Sekolah -kebolehan kepemimpinan pengetua atau guru besar b. Kepemimpinan Guru (Guru cemerlang) -Perancangan pengajaran -memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum - menjadi pakar rujuk -menjalankan kajian -melaksanakan tugas - tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di KPM.

CABARAN KEPEMIMPINAN a. Wawasan Pendidikan Negara (Perpaduan, stail pengurusan berkualiti, perkhidmatan penyayang, empowerment, budaya ilmu, sekolah penyayang dan budaya cemerlang). b. P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda c. Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah (KBSR ke KSSR) d. PIPP (Infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia). http://educatestory.blogspot.com/2012/10/kepemimpinan-guru.html