You are on page 1of 2

FILEM “JALAN KEMBALI BOHSIA 2” Pengarah: Syamsul Yusof Penerbit: Dato’ Yusof Haslam Pengarang: Syamsul Yusof Muzik

: James Baum Genre: Watak Utama: Syamsul Yusof sebagai Muz Salina Saibi sebagai Amy Nabila Huda sebagai Tasya Zizan Razak sebagai Ejan Sofi Jikan sebagai Keting

Watak Sampingan: Harun Salim Bachik sebagai Bomoh

Sinopsis Filem Jalan Kembali Bohsia 2 adalah kesinambungan filem Jangan Pilih Jalan Hitam. Dalam file mini, menceritakan seorang gadis yang bernama Amy, bekas bohsia yang sudah bertaubat. Dia memilih untuk menjejakkan kaki ke pusat pemulihan kerana tidak mahu mengulangi pengalaman hitamnnya. Kawan karibnya, Tasya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram yang penuh dosa. Teman lelaki Tasya iaitu Keting mengawal ketat pergerakannya. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan lama yang sia-sia, penuh dengan dosa dan menghancurkan masa depan sendiri. Keting, Muz dan Ijan merupakan mat rempit dan mereka melibatkan diri dalam perlumbaan motosikal haram. Itulah cara mereka memperoleh wang untuk menampung kehidupan mereka. Perempuan yang menemani dan mengikuti mereka iaitu teman wanita mereka dikenali sebagai bohsia kerana mereka kehidupan yang liar dan sering bertukar pasangan. Selain penglibatan mereka dalam perlumbaan haram, golongan masyarakat ini juga terlibat dengan gejala penyalahangunaan dadah dan mencuri.

Mereka tidak mengerti nilai-nilai masyarakat dan melakukan semua aktiviti yang bertentangan dengan agama. akhirnya beberapa watak dalam file mini mati dalam keadaan tragik.Golongan masyarakat ini telah disisihkan masyarakat dan ahli keluarga mereka. . Akibat daripada perbuatan mereka sendiri.