You are on page 1of 14

LAPORAN KEMAJUAN 4

PEMBANGUNAN SISTEM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)


UNTUK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK, RAWANG,SELANGOR

24 NOVEMBER 2013

PNI CONSULTING NO, 7, LEBOH JERANGGOR, TAMAN CHI LIUNG, 41200 KLANG. TEL: 019-2816830

LAPORAN PERUNDINGAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK, RAWANG, SELANGOR.

1.0

PENDAHULUAN

Lawatan perundingan empat telah dilakukan kepada SMK Tun Perak pada 15 November 2013 setelah seminggu dari auditan pertama yang dilakukan pada 8 November 2013. Lawatan pemantauan empat adalah bagi memantau status pergerakan pengamalan 5S yang telah dilaksanakan oleh warga dan melakukan audit kedua dari perunding.

2.0

LAWATAN PEMANTAUAN KE KAWASAN KERJA

Perunding telah cuba melakukan auditan kepada sebanyak kawasan kerja yang tidak pernah diaudit bagi jangkamasa yang dirancang iaitu dari 11.45 am hingga 4.30 pm. Pada jangka waktu berkenaan, perunding telah mengaudit : Bilik Puan Adha, Bilik Mathematik, Bilik Sukan, Bilik Pekerja Cleaner, Bilik Seni, Makmal Sains 1 Bilik Guru, Pusat Sumber, Surau Utama, Kantin Sekolah.

Perunding akan berkongsi sebahagian dari contoh terbaik yang telah mendapat pelekat cemerlang dan seterusnya memberikan cadangan penambahbaikan secara keseluruhan terhadap kekurangan yang dialami bagi meningkatkan amalan dikawasan kerja terbabit.

2.1

Bilik Puan Noradha

Bilik Puan Noradha telah membuat beberapa penambahbaikan dan sebanyak 3 pelekat cemerlang telah diberikan terhadap inisiatif yang dilakukan seperti photo dibawah :

Perunding telah memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan pengamalan 5S dibiliknya termasuk : Membalut semua kotak yang dijadikan temapat simpanan atau tempat meletakkan alatan, Uruskan kekemasan meletakkan barangan

Uruskan kekemasan papan notis terutama kawasan cenderahati.

Markah bagi Bilik Puan Noradha adalah 84 %.

2.2

Bilik Mathematik

Bilik Mathematik berjaya mendapat 2 pelekat cemerlang seperti photo dibawah :

Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengamalan 5S dibilik ini : Membalut kotak terpakai yang dijadikan tempat simpanan dan labelkan isi kandungannya, Menguruskan tray plastic yang kosong dan labelkan tempat simpanan,

Markah bagi Bilik Mathematik adalah 78 %

2.3

Bilik Sukan

Tiada pelekat cemerlang diberikan kepada bilik sukan tetapi Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengamalan 5S dibilik ini : Membalut semua kotak terpakai yang dijadikan tempat simpanan barangan dan labelkan kandungannya, Mengadakan kad stok bagi mengetahui bilangan alat sukan yang ada dan wujudkan system pinjaman,

Memindahkan barangan didalam plastic kedalam kotak bagi meningkatkan kekemasan susunan barangan, Mengelakkan dari membuat label dengan tulisan tangan dan sedikan juga pelan lelangit,

Markah bagi Bilik Sukan adalah 71 %

2.4

Bilik Pekerja Cleaner

Tiada pelekat cemerlang diberikan bagi bilik pekerja ini tetapi perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan amalan 5S dikawasan ini termasuk : Menyusun tempat susunan penyapu dengan lebih kemas dimana tempat yang tinggi, diikuti sedang tinggi dan rendah. Letakkan jenispenyapu yang

sama disatu-satu tempat dan labelkan, Mengwujudkan tempat khusus bagi bahan cucian mungkin selepas tempat penyapu lidi dan labelkan jenis bahan cucian.

Menguruskan kekemasan kawasan minuman dengan melabelkan tempat bagi semua barangan, Meningkatkan kekemasan susunan bag pekerja.

Markah bagi Bilik Pekerja Cleaner adalah 54 %.

2.5

Bilik Seni

Bilik Seni berjaya mendapat 2 pelekat cemerlang seperti photo dibawah :

Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengamalan 5S diBilik Seni : Menguruskan penyusunan semua barangan didalam cabinet mengikut penjenisan dan labelkan tempat susunan, Menguruskan kekemasan laci dengan mengwujudkan petak-petak dan labelkan tempat barangan.

Menguruskan papan notis dengan meletakkan tajuk bahan yang dipamerkan, Menguruskan lukisan-lukisan yang lebih kemas kalau digantong.

Markah bagi Bilik Seni adalah 68 %.

2.6

Makmal Sains 1

Bilik Sains 1 berjaya mendapat 2 pelekat cemerlang seperti photo dibawah :

Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengamalan 5S dibilik ini : Membalut semua kotak terpakai yang menjadi tempat simpanan agar meningkatkan kekemasan susunan, Memastikan kekemasan susunan barangan didalam cabinet

e Markah bagi Bilik Makmal Sains 1 adalah 78 %.

2.7

Bilik Guru

Bilik Guru telah berjaya mendapat bukan sahaja 8 tambahan cemerlang/ cemerlang bersyarat tetapi 4 cubicle gurunya telah diberi pelekat CEMERLANG KESELURUHAN kerana banyak inisiatif cemerlng berlaku dicubiclenya. Cubicle guru yang telah diberikan CEMERLANG KESELURUHAN adalah : Cubicle Puan Rafidah dengan 92 % markah, Cubicle Puan Norfida dengan 91 % markah, Cubicle Puan Norazimah dengan 91 % markah dan Cubicle Puan Norahan dengan 88 % markah.

Sebahagian dari contoh-contoh inisiatif yang diberikan pelekat cemerlang adalah seperti photo dibawah :

Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi memantapkan pengamalan 5S diBilik Guru : Menguruskan kekemasan susunan dan pastikan kotak majalah yang ada dilabelkan, Menguruskan papan notis umum agar cemerlang sepewrti yang dilakukan dibeberapa cubicle guru,

Membalut semua kotak yang dijadikan tempat simpanan barangan, Melabelkan semua fail yang ada, menwujudkan nombor urutan dan indek,

Menguruskan semua dokumen yang ada didalam kotak majalah dan wujudkan indek, Mengisi kotak majalah yang kosong dan labelkan.

Memastikan kekemasan semua cubicle yang kosong dan labelkan masih tiada guru.

Markah bagi Bilik Guru adalah 80 %.

2.8

Pusat Sumber

Pusat Sumber telah berjaya mendapat 3 pelekat cemerlang seperti photo dibawah :

Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengamalan 5S diPusat Sumber : Menguruskan semua laci dengan mengwujudkan kotak-kotak kecil bagi

meletakkan gunting dan sebagainya, Membetulkan nombor pelabelan yang sepatutnya dari kiri kekanan,

Menguruskan cabinet Proses Teknik dengan menyusun mengikut penjenisan dan melabelakn tempat meletakkan, Membalut kotak yang menjadi tempat simpanan barangan dan labelkan kandungannya. Meletakkan maklumat pelajaran dimeja pusat sumber yang boleh menjadi rujukan tambahan pelajar.

Markah bagi Pusat Sumber adalah 80 %.

2.9

Surau Utama

Surau Utama tidak Berjaya mendapat pelekat cemerlang sebaliknya Perunding memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengamalan 5S disurau ini : Melabelkan nombor urutan bagi Quran setelah ianya disusun mengikut design yang sama, Mengadakan ayat-ayat quran sebagai hiasan kepada surau dan baik juga diletakkan jadual waktu sembahyang.

Memberikan nombor bagi pili ditempat mengambil air sembahyang dari kiri kekanan, Menguruskan penyusunan telekong agar berada didalam keadaan kemas sentiasa.

Markah bagi Surau utama adalah 68 %.

2.10

Kantin Sekolah

Kantin sekolah tidak dapat diaudit kerana kontrak caterer kantin telah berakhir dan akan diperbahru untuk carterer lain setelah sekolah dibuka. Keadaan ini mungkin mengecualikan kantin dari kawasan yang dipersijilkan untuk amalan 5S.

3.0

Penutup

Perunding mengakhiri lawatan pemantauan empat dengan harapan semua warga dapat meneruskan amalan 5S dengan melaksanakan segala cadangan yang diberikan oleh perunding. Dengan melaksanakan cadangan ini kawasan kerja sudah pasti akan menjadi lebih kemas dan berlabel yang memenuhi kehendak amalan 5S. Perunding mengharapkan tindakan diambil kerana lawatan auditan ketiga akan dilakukan pada 4 Disember 2013 terhadap semua kawasan kerja kerana perunding akan mengaudit dari jam 8.00 hingga 4.30 petang. Peningkatkan pengamalan 5S nya disemua kawasan kerja adalah perlu terutama bilik guru dan kawasan kerja

yang mendapat markah dibawah 70% kerana tanpa kommitmen semua tidak dapat merubah dan meningkatkan amalan sekarang. Perunding juga akan menyemak semua fail Jawatankuasa Kecil dan Jawatan kuasa Pemandu. Warga yang terlibat diharap dapat menyediakan dokumen ini selengkap mungkin mengikut panduan yang diberikan semasa perbincangan lima diSMK Seri Garing. Semua Ketua Zon dan Ketua Kumpulan perlu mengadakan mesyuarat bersama ahlinya bagi membincangkan perkara ini bagi menentukan tugasan yang perlu dilakukan dan tarikh yang perlu dilaksanakan. Semua mesyuarat perlu diminitkan dan satu salinan minit mesyuarat perlu diserahkan kepada Penyelaras Amalan 5S SMK Rawang sebagai dokumen yang akan diaudit semasa audit persijilan MPC nanti. Dari markah yang diberikan kepada semua kawasan yang diaudit bahawa markah keseluruhan bagi SMK Tun Perak adalah 73.4 % berbanding 71 % semasa auditan pertama dimana dengan markah yang masih minimum lulus ini, perunding benarbenar berharap tindakan dapat dilakukan oleh semua terutama kawasan yang perunding tidak dapat memantau. Perunding benar-benar berharap apabila keseluruhan kawasan kerja diaudit pada 5 Disember ini markah yang diharapkan meningkat kepada 80 % sekurang-kurangnya. Dengan markah yang tinggi ini menjadikan SMK Tun Perak berada didalam keadaan selesa semasa pengauditan persijilan amalan 5S oleh MPC nanti.