PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kajian berkaitan perkembangan manusia sering dilakukan daripada sudut fizikal, kognitif, sosial, emosi atau moral. Woolfolk dan Margetts mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan dalam pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan dalam hubungan dengan individu lain dan perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta pengurusan emosi. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia menunjukkan perubahan dalam perkembangannya. Perkataan perkembangan dan pertmbuhan lazimnya ditakrifkan oleh kebanyakan orang sebagai dua perkataan yang sama makna tetapi hakikatnya dua perkataan ini adalah berbeza cuma ia tidak dapat dipisahkan. Untuk melahirkan anak cemerlang ibu bapa mesti mengetahui tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak yang berubah dengan pesat pada peringkat awal berbanding kehidupan mereka selepas ini. Mereka akan melalui tahap perkembangan mengikut umur, kebolehan, pengalaman, minat dan keperluan masing-masing.Semua kanak-kanak akan melalui corak perkembangan sama iaitu daripada satu tahap ke satu tahap yang lain. Misalnya, kanak-kanak berdiri sebelum berjalan. Bagaimanapun, kemampuan dan kecekapan mereka berbeza. Ada kalanya lambat dan cepat. Perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan mempengaruhi tahap seterusnya. Misalnya ketegangan emosi pada peringkat awal akan mengganggu sahsiah kanak-kanak pada kemudian hari. Mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa lebih sedar dan fokus dalam menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka.

Menurut kajian Harvard Business School, faktor yang paling penting untuk menentukan kejayaan adalah sikap. Sikap menyumbang 93 peratus kepada kejayaan seseorang. Ini berbanding ilmu pengetahuan, maklumat serta kemahiran hanya tujuh peratus. Bermain adalah cara paling berkesan untuk kita membangun dan memantapkan perkembangan menyeluruh yang seimbang dalam diri anak-anak. Justeru, ibu bapa seharusnya membuat anjakan paradigma dalam diri mereka supaya suka bermain dengan anak-anak seperti yang dipesan oleh Saidina Ali: "Bermain-mainlah dengan anakmu sehingga dia mencapai tujuh tahun. Kemudian disiplinkan mereka selama tujuh tahun, kemudian berkawan selama tujuh tahun dan selepas itu anggaplah mereka sebagai seorang dewasa." Kanak-kanak pada peringkat awal sangat mudah meniru apa saja di keliling mereka. Mereka lebih banyak belajar dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ibu bapa adalah 'role model' kepada anak mereka. Pastikan akhlak ibu bapa dan persekitaran yang disediakan akan menggalak dan menyokong semua aspek perkembangan yang positif dalam diri anak-anak.

Konsep Perkembangan  Menurut Santrock (2008) perkembangan adalah perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.  Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.  Perbezaannya dengan pertumbuhan ialah pertumbuhan dapat dilihat dari segi fizikal seperti pertambahan saiz bahagian anggota badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak.  Perubahan pertumbuhan juga dapat dilihat secara nyata dan dapat diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Ciri-Ciri Perkembangan  Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.  Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan objek.  Perubahan tersebut berterusan sepanjang hayat melalui peringkat kematangan tertentu di mana perubahan tersebut ditentukan oleh genetik.  Perkembangan adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

Prinsip Asas Perkembangan  Proses perkembangan belaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk tetapi masih memerlukan bantuan untuk membuat demikian, kemudian merangkak disusuli dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ia dapat dilihat dalam perkembangan kognitif dan bahasa.  Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur dari keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur-ansur ke otot-otot yang halus.  Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Seseorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada dan kemahiran tersebut akan menjadi asas untuk mencapai kemahiran baru.  Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada usia 10 bulan manakala ada yang baru boleh mula berjalan pada usia 18 bulan. Ini adalah salah satu factor perbezaan antara manusia yang dapat kita lihat.  Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan seseorang individu adalah dipengaruhi oleh factor genetik dan pembelajaran adalah bergantung kepada usaha sendiri.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Faktor Baka Dan Persekitaran  Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diwarisi daripada ibu-bapa. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Ia menguasai perkembangan manusia dan unik bagi setiap manusia. Antara pertumbuhan dan perkembangan yang dipengaruhi oleh faktor genetik ialah saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan mata.  Persekitaran pula dipengaruhi oleh pengalaman luar yang dilalui oleh seseorang individu tersebut. Ia merangkumi pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir ialah semasa dalam kandungan dari segi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu misalnya samada ibunya merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Pengalaman selepas lahir pula ialah seperti pemakanan, sosio ekonomi dan tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua faktor ini mempengaruhi perkembangan individu.  Saya berpendapat faktor baka lebih mempengaruhi perkembangan individu tersebut. Alasan saya berpendapat sedemikian ialah kerana bagi saya, saya menganggap gen yang diperolehi daripada ibu bapa mereka akan lebih kuat mempengaruhi individu tersebut setelah mereka lahir ke dunia. Sifat peribadi yang dimiliki oleh ibu bapa mereka akan diwarisi sedikit sebanyak dan ini dapat dilihat dalam kebanyakan komuniti keluarga sekarang. Namun saya tidak menafikan faktor persekitaran juga memainkan peranan yang agak penting dan ia juga dapat dibentuk dengan adanya bimbingan daripada ibu bapa.  Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran.

Menurut beliau persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu :  Mikrosistem : Persekitaran terdekat di mana kanak-kanak dapat berinteraksi secara langsung seperti ibu bapa,adik beradik,rakan,jiran dan guru.  Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah seperti rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.  Ekosistem : Pengalaman persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambilnya memberi kesan kepada orang yang terlibat dengan kanak-kanak seperti di sekolah-pasar raya.  Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai, dan amalan masyarakat. Misalnya di sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.  Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak sekarang lebih gemar menonton televisyen tidak seperti kanak-kanak dulu yang lebih gemar bermain permainan tradisional. Perbezaan Individu Perkembangan berlaku pada kadar berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diwarisi oleh gen masing-masing ( Hurlock, 1978 ). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan di dalam persekitaran kanak-kanak tersebut ia boleh menyebabkan perkembangan kanak-kanak tersebut terbantut. Pembelajaran pula ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran ( Hurlock, 1978 ).

Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu :  Kognitif Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira.  Fizikal Perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.  Sosial Kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut berifat introvert atau ekstrovet.  Emosi Kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain.  Kecerdasan Kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dengan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini. Kecerdasan Pelbagai Menurut Howard Gardner, ada lapan jenis kecerdasan iaitu : Linguistik Muzik Spatial : Sensitif kepada bunyi, maksud perkataan dan fungsi yang berbeza di dalam bahasa. : Kebolehan menghasilkan dan menghargai irama dan muzik. : Keupayaan menggunakan imaginasi dalam bentuk gambar dan rajah. Logikal-metamatik: Kebolehan mencerap dan menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi Matematik. Kinestetik Interpersonal : Kemahiran memanipulasi objek dan menggunakan otot-otot badan dengan baik. : Kebolehan memahami dan berinteraksi.

Intrapersonal Naturalis

: Kebolehan memahami diri dan menentukan arah hidup sendiri. : Kebolehan memerhati dan memahami corak dalam alam semula jadi.

Kecerdasan Emosi -Kecerdasan emosi ialah kebolehan individu memahami dan mentafsir perasaannya sendiri dan menggunakan maklumat ini sebagai panduan semasa berfikir dan bertindak. -Ia juga dijelaskan sebagai kebolehan individu mengurus emosi dan meluahkan perasaan dengan tepat. -Konsep kecerdasan emosi ini telah diperkembangkan oleh Peter Salovey John Mayer dan dipopularkan oleh Danial Goleman.  Potensi Potensi ialah bakat atau kecenderungan yang ada pada individu tersebut. Keupayaan atau kebolehan yang ada dalam diri individu yang boleh dicungkil.  Latar Belakang Cara asuhan sama ada dengan penuh kasih sayang, tegas dan berdisiplin ataupun diberi kebebasan akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Taraf sosio-ekonomi, tempat tinggal sama ada di kawasan setinggan, bandar atau luar bandar, rakan sebaya, media massa.

Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa merupakan suatu pengkajian, bagaimana seseorang manusia itu memperolehi bahasa, tidak kiralah pengetahuan bahasa tentang tatabahasa atau semantik, sintaksis, morfologi dan juga fonologi. Kebanyakan orang tertarik untuk memperhatikan bunyi bahasa seseorang terutamanya di dalam kajian bahasa. Dengan itu, fonologi adalah merupakan salah satu bidang linguistik yang menumpukan unsur bunyi, bentuk-bentuk rumus atau peraturan bunyi dan penerapan rumus, susunan penerapan rumus-rumus bunyi. Adalah difahamkan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak ini bukanlah satu topik yang baru. Ini terbukti dengan adanya beberapa pengkaji yang telah membuat kajian tentang bahasa kanak-kanak dari segi fonologi, seperti di dalam buku The Proceedings of The Twenty-sixth Annual Child Language Research Forum (1994) yang di dalamnya mempunyai beberapa tajuk yang berkaitan tentang perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, How Children Talk about Conversations: Development of roles and Voices (Asli ÖzyÜrek, 1994), 12month-old Infants Have the Conceptual Resources to Support the Acquisition of Count Nouns (Fei Xu et.al, 1994) dan sebagainya. Selain beliau, ada lagi seorang pengkaji yang tertarik dengan kajian pemerolehan bahasa kanak-kanak, iaitu Roman Jacobson (lihat Paitoon 2002: 42). Jacobson ingin mengetahui sejauh mana hubungan antara proses pembelajaran bahasa kanak-kanak dengan teori fonologi. Dengan berbuat demikian, Jacobson telah dapat menghasilkan rumus-rumus yang memperlihatkan perkembangan bahasa kedua-dua orang kanak-kanak yang dikajinya. Rumus-rumus tersebut adalah seperti, rumus yang pertama ialah pemerolehan bahasa kanak-kanak yang ada hubungannya dengan kajian fonologi. Ini adalah disebabkan Jacobson telah mendapati bahawa kanak-kanak telah mula mempelajari bahasa dengan mengungkapkan bunyi bahasa terlebih dahulu. Manakala rumus yang kedua, pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat berdasarkan perkembangan alat penghasilan bunyi bahasa.

Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana :  Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.  Perkembangan berbahasa memudahkan proses pengajaran ( Berk, 2001 ) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatnya perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).  Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.

Pemerhatian. Nama Umur Tempat : Mohd Wafiq bin Haji Mohd. Salleh : 3 tahun : Sungai Ara, P. Pinang.

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas adik Mohd Wafiq, saya mendapati perkembangan bahasa yang dialaminya adalah lebih maju berbanding kanakkanak yang seusia dengannya kerana pada pendapat saya ia adalah disebabkan persekitarannya yang dikelilingi orang-orang dewasa seperti kedua orang tuanya, ibu dan bapa saudaranya, datuk dan nenek serta rakan-rakan yang selalu menemaninya. Pada usia ini Mohd Wafiq boleh menyebut 4 hingga 5 patah perkataan tetapi sebutannya adalah tidak jelas kerana dia masih tidak boleh menyebut huruf konsonan seperti huruf k dan r. Contoh perkataan yang disebutnya ialah duda(kuda) dan bujun(burung). Selain itu Mohd Wafiq boleh memahami apa yang diperkatan oleh emaknya apabila dia memberi respon apabila emaknya bercakap kepadanya. Saya juga dapat memahami apa yang dikehendaki oleh Mohd Wafiq apabila dia meminta emaknya mendukungnya. Ayat yang dituturkannya ialah “ mama, adik nyak u’kong “ bermaksud dia hendak didukung oleh emaknya. Pemerhatian lain yang dapat saya catatkan ialah Mohd Wafiq juga mempunyai minat seperti budak lain iaitu meminati cerita kartun dan dia dapat memahami lagu dan bunyi bahasa dalam cerita tersebut apabila dia tergelak dan bertepuk tangan apabila menonton cerita tersebut. Menurut teori Roman Jacobson saya mendapati teorinya iaitu pemerolehan bahasa kanakkanak berlaku secara berperingkat-peringkat adalah benar apabila saya mendapati Mohd Wafiq boleh mula bercakap dengan lebih jelas walaupun hanya beberapa perkataan contohnya dia boleh menyebut perkataan burung dengan jelas tidak seperti tahun sebelumnya dia hanya mampu menyebutnya ‘ buyung’.

Pemerhatian Nama Umur Tempat : Nur Syazwani bt Yusof. : 5 tahun : Taman Tunku Putra.

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas adik Syazwani pula saya dapati butir percakapannya lebih jelas berbanding adik Mohd. Wafiq dan ini mungkin kerana faktor usia mereka. Pada usia ini Syazwani sudah boleh memahami apa yang telah diperkatakan kepadanya dan mampu untuk memberi respons apabila individu lain seperti emaknya meminta pertolongannya. Contoh yang dapat saya berikan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, apabila saya sendiri menyuruh adik Syazwani untuk mengambil surat khabar di atas meja dia membalas dengan ayat pertanyaan “ yang tu ke bang?”. Percakapannya lancar kerana dia memahami arahan yang telah diberikan kepadanya. Menurut teori Roman Jakobson juga beliau meyatakan bahawa huruf vokal lebih senang disebut oleh kanak-kanak berbanding huruf konsonan. Bukti kebenaran teori itu dapat saya catatkan apabila saya dapat mendengar Syazwani dapat menyebut semua huruf vokal dan tidak dapat menyebut sesetengah huruf konsonan contohnya huruf ‘r’.Saya juga mendapati percakapannya adalah tenang walaupun dia melafazkannya secara lembut dan sedikit lambat. Setiap kata yang disebut oleh Syazwani mengalami beberapa perubahan seperti, penukaran bunyi, pengguguran dan juga penambahan. Contohnya perkataan habis, adik Syazwani menyebutnya ‘ abis ‘ iaitu berlakunya pengguguran huruf ‘h’ di awal perkataan. Bagi pandangan saya ini adalah perkara biasa kerana faktor persekitaran di sekelilingnya di mana adik beradiknya yang selalu menuturkan perkataan sebegitu di rumahnya.

Perkembangan sosioemosi Perkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat menunjukkan kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta meluahkan emosi dan perasaannya. Kanak-kanak boleh menggunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Kebolehan menghadapi cabaran harian dan penyesuaian kepada perubahan sepertipenerimaan apa yang tidak boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif. Perkembangan teknik menangani masalah menambahkan perkembangan esteem kendiri (selfesteem), penghormatan antara kanak-kanak dengan rakanrakan lain memerlukan kemahiran penyelesaian masalah. Pembinaan nilai-nilai murni, sikap keyakinan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman antara mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

Mengapa guru perlu membina kemahiran sosioemosi ?  Selalunya guru-guru terpaksa menguruskan konflik atau percanggahan antara murid-murid mereka.  Jika murid boleh berdikari dan mampu menyelesaikan konflik, suasana pembelajaran di bilik darjah dan sekolah tidak terjejas dan akan berjalan lancar.  Sekiranya murid tidak tahu menyelesaikan konflik dalam kehidupan seharian, mereka sukar bertanggung jawab ke atas tingkah laku mereka.

Guru bermain peranan yang kritikal dalam perkembangan sosioemosi kanakkanak.  Gunakan cara bermain sambil belajar yang terancang untuk membolehkan pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan.  Mengajar kanak-kanak untuk memahami hak orang-orang lain, akibat dari kelakuan dan percakapan. Guru menunjukkan sikap dan kemahiran seperti ini semasa mengajar dan kanak–kanak akan menganggap guru sebagai ‘role model’.

Mengapa guru perlu mengajar kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi serta mengajar penyelesaian masalah ?  Pembawaan yang positif untuk belajar bermula dari pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikawal oleh kanak-kank sendiri. Ini memberi keyakinan diri dan keupayaan kepada mereka ke arah mencapai kejayaan.  Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membina keyakinan diri dan perasaan berdikari sehingga menjadi satu kelaziman. Mereka diajar menghadapi setiap cabaran untuk mereka tangani sendiri.

Matlamat Perkembangan Diri dan Sosial-Emosi Kanak-Kanak.  Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.  Menunjukkan keyakinan.  Memberi perhatian dan berfokus tentang sesuatu.  Kesedaran tentang keperluan, pandangandan perasaan diri sendiri serta orang lain.  Menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang lain.  Memberi respon yang sesuai dan menunjukkan pelbagai jenis perasaan terhadap pengalaman yang penting.  Mempertimbangkan akibat dari percakapan dan tingkah laku diri sendiri  Mencuba aktiviti baru.  Memberi idea dan berkomunikasi.  Tahu tentang apa yang betul dan salah.  Memilih aktiviti dan sumber sendiri.  Saling menghormati pandangan, keperluan dan kepercayaan orang lain yang berbeza.  Pengurusan diri dan kesihatan diri.  Bekerjasama dan memahami peraturan serta persefahaman nilai dan tingkah laku ke arah keadaan berharmoni.

Teori Erik Erikson.  Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individuindividu di persekitaran kanak-kanak.  Menurut Erikson, peronaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.  Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.  Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.  Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2-6 tahun ialah: Autonomi lawan keraguan  Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya.  Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya. Inisiatif lawan rasa berasa bersalah  Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru.  Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.  Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanakkanak.

 Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada diriny Pemerhatian Nama Umur Tempat : Nur Syazwani bt Yusof. : 5 tahun : Taman Tunku Putra.

Berdasarkan permerhatian saya ke atas Syazwani dan mengikut teori Erik Erikson saya dapati dia mempunyai semua luahan emosi yang positif dan negatif. Contoh emosi positif yang ada padanya ialah gembira, teruja, dan girang manakala contoh emosi negatif pula ialah marah, sedih, kecewa dan lain-lain lagi. Keseluruhan pemerhatian saya ke atas adik Syazwani saya mendapati dia banyak tersenyum iaitu luahan emosi yang tergolong dalam emosi positif berbanding emosi negatif. Megikut teori Erik Erikson pula iaitu autonomi di mana kanak-kanak akan mencuba untuk melakukan aktiviti fizikal dengan sendiri tanpa bantuan, saya mendapati Syazwani menepati teori tersebut apabila tiba waktu makan, walaupun emaknya ingin menyediakan nasi kepadanya, dia akan meminta senduk nasi tersebut daripada emaknya kerana dia ingin melakukan aktiviti tersebut dengan sendiri. Tetapi emaknya melarang dia berbuat demikian dan menurut kesan daripada teori ini apabila emaknya berbuat demikian, ia bermakna emaknya tidak memberi peluang kepadanya dan kesannya adik Syazwani akan berasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya. Selain itu saya juga Syazwani banyak bercakap dan selalu bertanya apabila terdapat sesuatu yang berlaku. Contohnya apabila Syazwani melihat seekor burung dan dia bertanyakan ayahnya nama burung itu, di mana burung itu tinggal, apa yang dimakan oleh burung itu dan lain-lain lagi. Dia mempunyai rasa ingin tahu dan ayahnya menjawab semua soalannya. Jadi ini akan lebih menggalakkan inisiatif dalam dirinya. Ayah dan emaknya juga memberikan pujian kepadanya apabila

dia menunjukkan lukisannya kepada mereka dan ini akan memberi Syazwani keberanian untuk mencuba kemahiran baru. Pemerhatian. Nama Umur Tempat : Mohd Wafiq bin Haji Mohd. Salleh : 3 tahun : Sungai Ara, P. Pinang.

Saya mendapati adik Mohd Wafiq lebih banyak meluangkan masa dengan bermain dan banyak berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Semasa pemerhatian saya, Mohd Wafiq bersikap aktif dan sentiasa berasa girang dan hanya beberapa kali sahaja saya dapat melihatnya menangis kerana diusik oleh sepupunya yang tua sedikit daripadanya. Pada tahap ini bagi seorang kanakkanak yang berusia 3 tahun seperti adik Mohd Wafiq, mereka memerlukan sokongan daripada kedua-dua ibu bapa mereka kerana segala aktiviti fizikal yang dilakukan, sekiranya mereka berjaya melakukannya dan mendapat pujian, ia akan menimbulkan rasa percaya kepada dirinya sendiri. Pada tempoh perkembangan ini menurut teori Erik Erikson, perkembangan mereka tertumpu kepada perkembangan fizikal. Jadi contoh yang dapat saya berikan ialah semasa adik Wafiq hendak keluar rumah bersama. Dia dengan sendirinya akan memakai kasut tetapi masih lagi salah dan dia mendapat sokongan dan galakan daripada ibu bapanya dengan pertolongan daripada mereka sehingga dia berjaya memakai kasut dengan betul. Selain itu terdapat juga luahan emosi yang ditunjukkan oleh adik Wafiq apabila dia merajuk apabila permintaanya tidak ditunaikan oleh emaknya. Wafiq meminta emaknya untuk membuka tv tetapi emaknya menyuruhnya tidur. Sebagai respon yang diberikan akibat daripada larangan oleh emaknya dia menangis dan berlari masuk ke bilik tidur emaknya. Adik Wafiq boleh dikatakan mahu mencuba benda yang baru apabila dia menconteng kertas kosong yang saya telah berikan padanya. Ini menunjukkan dia mempunyai sikap ingin meneroka sesuatu yang baru dan dengan galakan

yang selalu diterima olehnya dia akan lebih mudah memasuki alam persekolahan pada masa akan datang. Implikasi Perkembangan Bahasa  Apabila kanak-kanak menguasi bahasa, mereka akan lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat untuk berkomunikasi dan hasilnya mereka tidak akan menjadi seseorang yang terlalu pendiam, jadi ibu bapa tidak harus memarahi anak mereka semasa proses perkembangan bahasa berlaku supaya kanak-kanak tidak akan rasa rendah diri dan malu dengan diri mereka sendiri.  Kemahiran komunikasi adalah diperlukan apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan kerana apabila kanak-kanak mempunyai kemahiran ini, mereka akan mudah memahami dan menerima segala isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka di sekolah.  Kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan mereka yang baru.  Isu-isu di persekitaran mereka yang sedang berlaku akan diambil tahu oleh kanak-kanak kerana mereka dapat mengetahui dan memahami apa yang sedang diperkatakan.  Mereka akan dapat membantah sekiranya terdapat perkara yang tidak adil berlaku ke atas diri mereka dan boleh memberi alasan untuk keadilan bagi diri mereka.  Keyakinan yang diperolehi boleh menjadi pemangkin kepada kanak-kanak untuk menempa kejayaan dalam hidup mereka.

Implikasi Perkembangan Sosioemosi  Setelah kanak-kanak menguasi kemahiran ini mereka dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik jika terdapat konflik atau percanggahan yang berlaku di antara mereka kerana mereka sudah mempunyai kesedaran dan penerimaan mereka terhadap perkara-perkara seperti ini. Adalah lebih baik jika guru pembimbing atau ibu bapa mereka sendiri membantu mereka dalam hal ini.  Apabila mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, keyakinan terhadap diri sendiri akan meningkat dan dari sini mereka akan mendapat motivasi untuk lebih berdikari. Jadi proses pembelajaran dalam bilik darjah akan menjadi teratur dan ini akan memudahkan penerimaan ilmu.  Sikap bertanggungjawab ke atas tingkah laku diri mereka juga akan dapat dipupuk dan ia akan menjadi peringatan kepada mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.  Kanak-kanak akan dapat membezakan perbuatan yang mereka lakukan sama ada ia salah atau betul. Mereka juga akan mampu menjadi penasihat kepada rakan sebaya sekiranya mereka mendapati apa yang dilakukan adalah salah dari pengalaman yang telah dilalui.  Pergaulan dan persefahaman antara kanak-kanak dapat diperkembangkan apabila mereka sendiri digalakan membuat keputusan yang bertanggungjawab untuk kebaikan mereka sendiri.

Rumusan dan Cadangan Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini apa yang dapat saya rumuskan ialah kanak-kanak haruslah diberi perhatian untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangannya dari berbagai-bagai segi contohnya perkembangan bahasa dan sosioemosi berjalan dengan lancar dan berkembang mengikut apa yang telah digariskan oleh matlamat teori-teori yang telah dibincangkan. Dari segi perkembangan bahasa, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting kerana sebelum kanak-kanak memulakan alam persekolahan, proses pembelajaran mereka berlaku di rumah di mana perkataan-perkataan baru akan dapat dipelajari daripada orang-orang yang berada di persekitaran mereka. Walaupun baka adalah salah satu faktor yang menentukan tahap penerimaan seseorang kanak-kanak itu untuk menerima apa yang dipelajari, mereka juga tidak harus dipaksa atau dihukum semasa proses perkembangan sedang berlaku sebaliknya mereka harus diberi galakn supaya keyakinan mereka akan bertambah dan seterusnya ia menjadi motivasi kepada diri kanak-kanak untuk mencuba kemahiran baru dan boleh berdikari. Perkembangan kendiri kanakkanak berlaku dalam beberapa aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, jadi semua aspek ini tidak akan dapat dicapai oleh kanak-kanak jika tidak mereka tidak mendapat bantuan daripada oleh orang dewasa. Dari segi perkembangan sosioemosi pula, guru mula terlibat sama untuk bekerjasama dengan ibu bapa untuk memenuhi tanggungjawab mereka untuk membentuk peribadi kanak-kanak yang mulia. Di sekolah, guru harus memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran untuk berfikir di mana yang akan menentukan sama ada kanak-kanak akan menjadi seseorang yang berguna ataupun tidak pada masa hadapannya. Antara kemahiran penting yang perlu dikuasai ialah kemahiran untuk membezakan

perkara yang betul atau salah, membuat keputusan yang betul untuk kebaikannya dan lain-lain lagi.

Senarai Semak Nama: Mohd Wafiq bin Haji Mohd. Salleh

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Kelakuan Suka bertanya Kerap bermain dengan alat permainan. Bercakap dengan lancar Percakapan tergagap-gagap Berani menjawab soalan apabila ditanya Malu apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Mudah mesra dengan orang lain Menangis apabila ditegur. Gembira semasa bermain. Sering berasa sedih apabila ditinggal keseorangan. Butir percakapan yang jelas. Perlukan bantuan untuk melakukan sesuatu. Boleh melakukan sesuatu dengan sendiri. Fokus apabila menonton tv. Tahu mengurus kekemasan diri. Bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Memahami percakapan orang-orang di sekitar. Mampu menjawab dengan betul apabila ditanya.

Ya

Tidak 

                

19 20

Bertindak kasar apabila diusik. Bersikap tenang semasa berbual. Nama

  : Nur Syazwani bt Yusof.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Kelakuan Suka bertanya Kerap bermain dengan alat permainan. Bercakap dengan lancar Percakapan tergagap-gagap Berani menjawab soalan apabila ditanya Malu apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Mudah mesra dengan orang lain Menangis apabila ditegur. Gembira semasa bermain. Sering berasa sedih apabila ditinggal keseorangan. Butir percakapan yang jelas. Perlukan bantuan untuk melakukan sesuatu. Boleh melakukan sesuatu dengan sendiri. Fokus apabila menonton tv. Tahu mengurus kekemasan diri. Bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Memahami percakapan orang-orang di sekitar. Mampu menjawab dengan betul apabila ditanya. Bertindak kasar apabila diusik. Bersikap tenang semasa berbual.

Ya 

Tidak

                  

Tokoh-tokoh

Erik Erikson

Bronfenbenner

Howard Gardner

Roman Jakobson

Jean Piaget

Peter Salovey

Nama IC Unit

: Muhd Mursyid Bin Zulkefli : 880421-07-5173 : F4 : 1 April 2008

Opsyen : PPPRPET (PJ) Pensyarah : En. Jalalullail Tarikh Hantar

Asmah Hj Omar. 1993. Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daud Hamzah. 1996. Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Eve. V. Clark. 1994. The Proceedings of the Twenty-sixth Annual Child Language Research Forum. Stanford: Stanford Linguistics Association. Mangantar Simanjuntak. 1989. Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Melayu. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, hlmn12-21. Mataim Bakar. 1994. Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis Berdasarkan Teori Standard Fonologi Generatif. Tesis MA. Universiti Kebangsaan Malaysia. Paitoon M.Chaiyanara. 2002. Pengenalan Teori Fonologi. Singapore: Deezed Consult. Sanford A Schane. 1992. Fonologi Generatif. Terj. Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sinclair,A. Jarvella,R.J. & Levelt, W,J,M. (pnyt.). 1978. The Child's Conception of Language. New York: Springer- Verlag. Soenjono Dardjowidjojo. 2000. Echa: Kisah Pemerolehan Bahasa Anak Indonesia. Jakarta: PT Gramedia Widiasarana.