You are on page 1of 12

efinisi Motivasi Secara umumnya pengertian konsep motivasi dapat dijelaskan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit

, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu (Woolfolk, 1998). Apabila membincangkan konsep motivasi, ahli Psikologi memberi fokus kepada beberapa persoalan asas (Graham & Weiner, 1996; Pintrich, Marx, & Boyle, 1993) seperti berikut: Bagaimanakah pemilihan ke atas sesuatu itu dibuat yang kemudiannya menentukan tingkahlaku? Sebagai contohnya mengapakah sebahagian daripada pelajar memilih untuk belajar, dan dalam masa yang sama ada pula yang memilih untuk menonton tv? Apabila seseorang itu telah mengambil keputusan untuk membuat sesuatu, berapa lamakah masa yang diambil untuk memulakannya? Mengapakah ada pelajar yang terus bertindak apabila telah membuat keputusan untuk belajar, tetapi ada pula yang menangguh tindakan setelah membuat keputusan? Apakah tahap penglibatan, atau kesungguhan seseorang pelajar itu dalam melaksanakan aktiviti yang telah dipilih? Adakah pelajar memberi konsentrasi sepenuhnya atau sebaliknya buat sambil lewa sahaja? Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar itu terus berusaha dan yang lain pula mudah menyerah kalah? Apakah yang dirasa dan difikirkan semasa seseorang itu sedang belajar? Adakah dia merasa tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang dipelajarinya, atau lebih banyak memikirkan tentang masalah kewangannya yang belum juga dapat diselesaikan itu?

Konsep dan Jenis Motivasi: Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Apakah perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang itu? Antara traits yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi ialah : Keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi. Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya; tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal; mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu, dan mungkin pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung jawab kepada kedua ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.

Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi dirujukkan kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh, semua pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika

Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik. tekanan sosial.3). Teori Motivasi Menurut Perspektif Islam Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu telah datang dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang komprehensif bersumber Al-Quran dan As Sunnah (Muhanna. Psikologi Islami telah membangunkan teori dan konsep tentang manusia bersumberkan kitab suci Al Quran yang menyeluruh meliputi: 1)Jasmaniah (tubuh fizikal) 2)Nafsiah (Al-nafsu. . iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran. atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri. rasa ingin tahu. al-‗aql dan al-qalb) dan 3)Ruhaniah. untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve. minat. 1996). atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi. Menurut Baharuddin (2005) di antara perkara utama yang membezakan di antara psikologi Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia. motivasi intrinsik merupakan ‘…what motivates us to do something when we don’t have to do anything (p. 1990). dan rasa kepuasan diri. atau tabii manusia. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik).’ b) Motivasi Ekstrinsik Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti hadiah atau ganjaran. atau adakah kerana saya perlu menduduki ujian? Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor.itu adalah gabungan antara traits diri dan keperluan pada masa itu. a) Motivasi Intrinsik Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri sendiri: Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai ilmu. atau untuk dipuji. hukuman. atau untuk mengelak daripada hukuman. Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli Psikologi Barat sendiri telah melahirkan berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat. Jenis motivasi ini dikenali sebagai ekstrinsik atau motivasi luaran. Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia. Hakikatnya seseorang itu tidak sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu. dan lain-lain. dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut Raffini (1996). tetapi sebaliknya semata-mata untuk mendapat ganjaran.

10) Abu Bakr Mohammed Bin Yahya Al-Saigh Ibn Bajjah (1095–1138).Manakala Psikologi Barat hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh badan) dan aspek nafsiah sahaja dan aspek rohaniah tidak terjangkau di dalam psikologi Barat. manakala teori Humanistik hanya membincangkan aspek Jasmaniah dan Nafsiah sahaja (Baharuddin. 8) Abu ‗Ali Al-Husayn B. Psikoanalisa Sigmund Freud hanya membincangkan aspek nafsiah . 7) Abu Ali Ahmad B. 6) Ikhwan Al-Safa: The Bretheren of Purity (10th century A. Konsep-konsep motivasi ini telah lama diaplikasikan di dalam pendidikan di dalam dunia Islam dan para sarjana Islam telah menulis mengenai mengenainya (psikologi manusia dan motivasi) secara intensif walaupun istilah psikologi tidak wujud pada ketika itu (Haque. Sebagai contohnya Al-Ghazali(2007) (1058-1111 masihi. ruh. 5) Abul Hasan Ali Abbas Almajusi (D. 3) Abu Zaid Al-Balkhi (850–934). 1153). . 9) Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali (1058–1111). 995). Nafs merangkumi topik yang luas iaitu qalb(hati). aql(intelek/kognitif) dan irada (kehendak). 2) Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari (838–870). 14) Fakhr Al-Din Muhammad Umar Al Razi (1149/50–1209) dan 15) Muhyid-Din Muhammad Ibn Ali (Ibn Arabi) (1164–1240). 3) Abu Bakr Mohammad Ibn Zakariya Al-Razi (864–932).D. Menurut Haque (2004) di dalam penulisan-penulisan sarjana Islam istilah nafs (self or soul) digunakan. Muhammad B. 2004). 450-505 hijrah) telah mengemukakan teori keperluan (fitrah) dan personaliti (Mook Soon Sang. Haque (2004) pula telah menyenaraikan sebahagian tokoh sarjana Islam yang menyumbang di dalam bidang ini iaitu 1) Al Ash‘ath Bin Qais Al-Kindi (801–866).).‗Abd Allah Ibn Sina (980–1037). 11) Ibn Al-Ayn Zarbi (D. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah mengandungi teori-teori pendidikan dan psikologi (termasuk motivasi) yang komprehensif (Muhanna. 12) Abu Bakar Muhammad Bin Abdul Malik Ibn Tufayl (1110–1185). 2009) jauh lebih awal dari teori yang telah dikemukakan oleh Maslow(1970). 1990). Sebagai contohnya Psikologi Fisiologi dan behaviorisme hanya membincangkan aspek jasmaniah . 2005). 4) Abu Nasr Mohammad Ibn Al-Farakh (Al-Farabi) (870–950). 13) Abu‘l Walid Muhamad Bin Ahmad Ibn Rushd (1126–1198). Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang dimaksudkan bukan seperti yang dijelaskan dalam pandangan agama. Ya‘kub Ibn Miskawayh (941–1030).

2004). Penggunaan kedua-dua kaedah ini secara bersama adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya menggunakan salah satu kaedah sahaja. ii. Ahli psikologi Muslim yang terkini juga telah membincangkan mengenai teori-teori motivasi menurut perspektif Islam. Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam Al Quran dimulai dengan .Motivasi dalam Al Quran dan hadis Nabi Najati (2001) telah mengemukakan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah digunakan oleh Al Quran dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A. 3) Motivasi tidak sedar 4)konflik di antara motivasi-motivasi 5)kaedah untuk mengawal motivasi 6)penyimpangan motivasi-motivasi.Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari sebagai contohnya adalah merupakan pelopor dalam bidang perkembangan kanak-kanak menerusi bukunya Firdaus Al Hikmah. Membangkitkan motivasi dengan kisah-kisah Melalui cerita Al Quran memberi nasihat dan membimbing serta mendidik manusia berbagai pelajaran dan hikmah. Abu Zaid al-Balkhi pula merupakan ahli psikologi kognitif dan perubatan yang pertama yang telah berjaya membezakan dengan jelas di antara neuroses dan psychoses (Haque. 2)Motivasi kejiwaan/spritual seperti motivasi kejiwaan. Najati telah membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam bentuk : 1)motivasi fisiologi seperti motivasi menjaga kelangsungan hidup dan motivasi menjaga keturunan. Banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli psikologi moden tentang perkara ini. 2006). Menimbulkan Motivasi dengan Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib). motivasi spritual. Najati (2001. Manusia cenderung melakukan perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi perbuatan yang menyakitkan. Najati (2001) juga telah membincangkan di antara kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran adalah untuk menimbulkan motivasi pembelajaran seperti: i. Ayat-ayat targhib di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang kenikmatan syurga akan membangkitkan cita-cita umat Islam untuk mendapatkan kenikmatan ini dan berpegang teguh pada takwa manakala ayat-ayat tarhib yang menerangkan tentang siksa neraka akan membuatkan mereka menjauhi segala perbuatan dosa. 2006).W (Najati.

Rasulullah sendiri . Memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting Peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat membangkitkan motivasi. 2)menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh jangka panjang . motivasi adalah merupakan sebahagian daripada prinsip-prinsip pembelajaran yang telah digunakan di dalam Al Quran dan Rasulullah di dalam mendidik umat Islam. 2001. 3)pemberian ganjaran tanpa menetapkan batasan masa yang jelas sebagai contohnya malam lailatur Qadar yang bersamaan dengan ganjaran seribu bulan tidak dinyatakan masanya dengan jelas. Oleh yang demikian bahagian yang seterusnya akan membincangkan prinsip-prinsip pembelajaran ini. Kebanyakkan ayat Al Quran juga diturunkan bertepatan dengan peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu. a-Ganjaran (reward) Najati (2006) juga telah membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam pembelajaran pendidikan. Dari segi jangkamasa ganjaran pula. Menurut Najati. Perkara ini dapat dilihat apabila Al Quran sendiri diturunkan dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan Rasulullah tidak hanya berbentuk kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi pujian. penghargaan dan motivasi. b-Pembahagian waktu belajar Di antara prinsip-prinsip pembelajaran yang digunakan oleh Al Quran ialah pembelajaran hendaklah di selangi dengan waktu rehat (Najati. Contohnya seperti kisah Ashabul Kahfi. 2006). Ada juga kisah yang dimulai dengan menyebut akibat dan tujuan terlebih dahulu sebelum kisah diceritakan. Menurut Najati (2006) perkara ini dapat merangsang motivasi umat Islam untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan terutama sepuluh malam yang terakhir. terdapat tiga bentuk yang digunakan oleh Al Quran dan Rasulullah iaitu 1)pemberian ganjaran secara serta merta contohnya Rasulullah SAW telah memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah di bayar sebelum kering peluh pekerja. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting ini juga boleh dilihat dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran (asbabunnuzul). Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh umat Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil sebagai panduan kepada umat kini.contohnya :ganjaran bagi orang yang berbuat kebaikan ialah syurga.ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara mendalam. iii.

c-Bertahap didalam mengubah tingkah-laku Di dalam pendidik bangsa Arab yang sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah mengakar umbi di dalam masyarakat mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah iaitu : 1)kaedah penanaman iaitu menamkan keimanan di dalam diri manusia 2)menggunakan kaedah bertahap didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman arak telah melalui tiga fasa iaitu larangan menjauhinya. f-Berperanan aktif Ajaran Islam meminta umatnya berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya. Menurut Najati (2001) pengulangan kisah-kisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara total melainkan hanya menyebut beberapa peristiwa pada suatu kisah yang sesuai dengan kandungan surah itu. d-Pengulangan Al Quran dan Rasulullah SAW menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik manusia.Sebagai contohnya Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para sahabatbenar-benar memahami ajaran yang disampaikan. biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru dan berlaku perubahan didalam susunan ayat atau perbezaan pada cerita permualaan atau akhiran sesuai dengan tuntutan ungkapan yang dimaksudkan di dalam kisah tersebut. Beberapa kaedah juga telah digunakan Al Quran untuk menarik perhatian orang yang membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan.Menarik perhatian Al Quran telah menyentuh akan peri pentingnya memberikan perhatian kepada pendidikan yang disampaikan. Terdapat banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya iman yang diiringi dengan amal soleh.mendidik dan memberikan nasihat di dalam selang masa ini bagi mengelakkan para sahabat berasa jemu atau bosan. penggunaan sumpah di permulaan ayat. larangan bersolat ketika solat dan larangan secara mutlak. Apabila berlaku pengulangan serangkai kisah. . memulakan surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim. e. susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan adanya i‘jaz balaghah serta alunan muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik perhatian.

. Perbincangan di sini akan hanya memfokaskan kepada kajian yang boleh diaplikasikan kepada pembelajaran dalam bilik darjah. dan Strategies. pencapaian. seks. Di mana 4M adalah Muhasabah. penghargaan. Beberapa teori-teori motivasi juga telah dinilai berdasarkan pandangan Islam seperti teori hiraki keperluan Maslow dibandingkan dengan Maqasid Shar`iyyah. ada pula kajian yang dibuat ke atas manusia dalam makmal atau klinik psikologi. khalifah dan taubat dan kaitannya dengan jenis-jenis motivasi yang berlainan.Alizi & Mohamad Zaki (2005): teori motivasi Islam berteraskan jihad Alizi & Mohamad Zaki (2005) telah membincangkan mengenai pandangan Islam tentang konsepkonsep motivasi bermula dengan keperluaan asas yang diperlukan oleh manusia seperti lapar. kerohanian/agama. Muraqabah. kuasa. Zaleha & Hassoubah (2008): Model Motivasi Membelajaran 4Ms Zaleha & Hassoubah (2008) pula telah mengemukakan satu model motivasi pembelajaran 4Ms +Triple S = GOALS. Alizi & Mohamad Zaki telah mengemukakan teori mengemukakan teori penggunaan prinsip-prinsip motivasi Islami yang berteraskan Jihad (bersungguhsungguh di dalam membuat sesuatu) dan mengandungi elemen keimanan dan agama. Mutabaah. Alawneh (1999): Model Motivasi Takwa Teori motivasi yang lebih komprehensif telah dikemukan oleh Alawneh (1999). Alawneh juga telah mengemukakan satu model motivasi takwa. kehausan.Ada kajian yang dibuat dalam makmal dengan menggunakan binatang. Study. iman. dan peranan keimanan di dalam motivasi. Pendekatan Dalam Kajian Motivasi Barat Terdapat pelbagai teori dan kajian untuk membincangkan konsep motivasi barat. Mujahadah dan Triple S adalah Smart . Alawneh telah mengemukakan motivasi menurut paradigm Islam yang berasaskan kepada kefahaman manusia tentang tujuan penciptaannya dan kemudiannya di kaitkan dengan konsep-konsep asas Islam seperti takwa.

wang ringgit. dan ada pula yang sebaliknya? Untuk memahami persoalan seperti ini. Ganjaran ialah objek atau situasi yang menarik yang diperolehi hasil daripada sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. kaitan antara peluang kerjaya dengan pencapaian akademik yang cemerlang. janji untuk memberi Sijil Dekan kepada mahasiswa yang berusaha dengan gigih dan mendapat PNGK 3. jikalau kita secara konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkahlaku yang diharapkan. Pelopor bidang humanistik seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa kedua-dua . dan ada pula yang belajar semata-mata kerana minat terhadap mata pelajaran itu? Mengapakah ada mahasiswa yang berjaya mencapai kejayaan lebih baik daripada jangkaan kemampuannya.Tingkahlaku yang telah diberikan peneguhan pada masa yang lalu diandaikan lebih berkemungkinan diulangi berbanding dengan tingkahlaku yang tidak diberikan peneguhan atau yang telah dikenakan hukuman. Dalam pendekatan ini. Sebagai contoh. dengan secara tidak langsung kita akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu. jikalau para pelajar yang aktif dalam bidang sukan diberikan ganjaran dalam bentuk pujian. Sebagai contoh. ahli-ahli kaji behaviourisme menerangkan motivasi melalui konsep ‘peneguhan/ganjaran’ dan ‘insentif’. privilege. maka dengan sendirinya mereka akan berusaha mempergiatkan usahanya dalam bidang sukan berbanding dengan bidang akademik bagi tujuan mendapatkan segala ganjaran itu.Terdapat EMPAT pendekatan utama dalam mengkaji konsep motivasi: Pendekatan Behaviourisme atau Tingkahlaku Pendekatan Humanistik atau Kemanusiaan Pendekatan Kognitivisme Pendekatan Pembelajaran Sosial a) Motivasi dan Pendekatan Behaviuorisme atau Tingkahlaku Dalam pendekatan ini. tetapi sebaliknya ada pula yang terus merasa kecewa dan mengundur diri? Mengapakah pula ada di kalangan pelajar yang berusaha keras hanya semata-mata untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa. Seterusnya. Oleh itu dari kacamata ahli behaviourisme. konsep motivasi dikaitkan secara jelas dengan prinsip ganjaran dan peneguhan. maka perlulah dibuat satu analisis yang teliti berkenaan dengan sistem insentif dan ganjaran yang terdapat dalam masyarakat. soalan-soalan yang selalu ditanyakan adalah seperti berikut: Mengapakah ada di kalangan mahasiswa yang semakin tercabar dan semakin gigih berusaha apablia menghadapi kegagalan. b) Motivasi dan Pendekatan Humanistik Pendekatan ini juga dikenali sebagai ‘third-force’ di awal tahun 1940an sebagai gerak balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada masa itu.5 ke atas adalah satu insentif kepada pelajar. Mendapat gred A juga adalah merupakan satu ganjaran dari usaha yang gigih. bagi memahami motivasi mahasiswa untuk mencapai gred cemerlang. atau kedudukan tertentu kerana peranan mereka sebagai juara sukan di peringkat sekolah. sebagai contoh. iaitu behaviuorisme dan psikoanalisis Freud. Insentif pula ialah objek atau situasi yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku itu diulang.

harga diri. Clore. dan atribusi (Weiner. Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia dilahirkan dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang ada pada mereka. Walau bagaimanapun tidak dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita bercanggah dengan imej kendiri serta nilai dan kepercayaan kita kerana menjaga sesuatu kepentingan. 1994). memotivasikan pelajar adalah bermakna memberi ransangan kepada resos dalaman yang ada pada setiap orang. kerana kita mahu kekalkan imej kendiri kita itu. dan sentiasa mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang relevan. Setiap tingkah laku yang dibuat adalah hasil daripada perancangan (Miller. 1992). iaitu satu pendekatan yang kontroversi dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan kedudukan sosial melalui persoalan harga diri dan digniti para pelajar. Dalam pendekatan ini. atau keperluan kepada “self-determination” (Deci. 1968. pengharapan (Vroom. 1960). apabila kita begitu terlibat dalam sesuatu projek kita lupa makan. skema (Ortony. Stipek. iaitu antaranya rasa kompeten diri. Jikalau kita percaya diri kita cerdik dan berkebolehan tinggi. & Ryan. Pendekatan humanistik mencuba menunjukkan bahawa keinginan intrinsik seseorang itu adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai “self-actualization” (Maslow. autonomi. 1990). 1996. dan pemenuhan kendiri. 1988). . dan tidak pula terasa lapar sehinggalah kita melihat jam pada masa itu. matlamat (Locke & Latham. 1991). Pelletier. Contohnya jikalau kita merasa diri kita orang yang amanah dan bertanggungjawab. Dalam pendekatan ini manusia dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu. Galanter. & Pribram. maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi menentukan kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. 1970). 1993). Andaian yang dibuat dalam pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan oleh situasi luaran atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan interpretasi ke atas situasi dan kejadian ini. Sebagai contoh. Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pendekatan behavioursme. Ahli-ahli dalam bidang ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah ditentukan oleh pemikiran kita. “inborn actualizing tendency” (Rogers & Freiberg. Manusia bekerja keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. walau pun dalam keadaan di mana tidak ada seorang pun yang memerhatikan kita. Banyak daripada tingkahlaku kita adalah bertujuan untuk mengekalkan standard yang kita kenakan pada diri kita sendiri. Vallerand. c) Motivasi dan Teori Kognitivisme Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan mengekalkan imej kendiri adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental. Ini bermakna pendekatan kognitif menekankan motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu. maka kemungkinan besar segala perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri kita ini.pendekatan behaviuorisme dan psikoanalisis tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang itu bertindak. & Collins. Kajian mendapati pendekatan ini mencuba menonjol ‘self-esteem movement’. 1964). bukan hanya disebabkan oleh kita diberikan ganjaran atau telah dihukum dengan melakukan perbuatan itu (Schunk.

Ianya bertolak dari dua andaian dasar iaitu : Manusia selalu mempunyai keperluan untuk berkembang dan maju. Dalam struktur tigadimensi dari jiwa manusia terdiri al-qalb.d) Motivasi dan Pendekatan Pembelajaran Sosial atau Teori Personaliti Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviourisme dan kognitivisme. Dengan lain perkataan. maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak signifikan lagi. al-nafs. Di sini. Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai teori ‘pengharapan x nilai’. adakah hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada kehidupan saya?”. iaitu bentuk fizikal dari tubuh yang berperanan sebagai alat dan yang psikis. bolehkah saya berjaya?” dan “ Jikalau saya berjaya. Teori Motivasi Al-Ghazali a-Struktur Jiwa Menurut Al-Ghazali jiwa manusia dalam tiga dimensi. Ia mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku. iaitu dimensi bahan. dimensi nabati. dan motivasi Muthmainnah (spiritualitas). Nafsu mendorong untuk melakukan sesuatu (motif mendekat) dan ghadlab digalakkan untuk menjauh dari sesuatu (motif menjauh). motivasi Lawwamah (skeptik). Keempat unsur dalam satu pengertian Latifah iaitu kon atau al-ruh alrabbaniyyah yang merupakan esensi manusia yang memiliki kekuatan melihat. dimensi hewani. Alam psikis wujud dalam dua cara iaitu syhawat dan ghadlab yang berfungsi sebagai kekuatan pendorong (kehendak Tuhan). dan sekaligus menjadi tempat pertanggungjawaban atas tindakan yang ia lakukan. motivasi dilihat sebagai gabungan antara dua elemen penting. Tujuan dari perilaku ini adalah untuk mendapatkan kepada Allah. dan jikalau salah satu daripadanya tidak ada. iaitu ‘kejayaan’ dan ‘kebahagiaan hidup’. Tapi dalam praktiknya perlakuan ini dibagi ke dalam ammarah hieraki motivasi (hedonistik). dan al-aql. al-ruh. dan nilai matlamat itu untuk dirinya. mengetahui dan mengenali. Pada manusia ada dua kumpulan al-Qalb Junud. iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke matlamat yang ditujunya. persoalan yang mungkin akan ditanya ialah “ Jikalau saya sungguh-sungguh berusaha. Ini bermakna bahawa motivasi adalah gabungan antara dua kekuatan. dan bagaimana memanipulasi atau membentuk tingkahlaku tersebut dengan cara memenuhi keperluannya. . dan dimensi manusia. b-Junud al-Qalb sebagai unsur motivasi Menurut Al-Ghazali terjadi kerana perilaku peranan Junud al-Qalb atau tentera hati. dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil dari kepercayaan dan pengharapan seseorang itu. Teori Hierarki Keperluan Maslow Teori Maslow (Teori Hierarki Keperluan Maslow) sering digunakan untuk meramal tingkah-laku orang dalam kelompok atau organisasi.

l 1. Melalui pengamatan terhadap tingkahlaku anggota kelompok dan dikaitkan dengan tingkat keperluannya.Manusia selalu berusaha memenuhi keperluan yang lebih pokok terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keperluan lainnya. iaitu keperluan individu kepada prestasi n-Aff (need for affiliation).Kertas kerja ini telah membincangkan beberapa teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Islam dan Barat . l Ia mengemukakan bahawa keperluan individu merupakan sesuatu yang dipelajari dari lingkungan kebudayaannya. Tinggi atau rendahnya tingkat keperluan seseorang akan menentukan kuat atau lemahnya motivasinya untuk mencapai tujuan tersebut. Yang penting daripada pemikiran Maslow ini adalah keperluan yang telah dipenuhi ( sebahagian atau keseluruhan) akan berhenti daya motivasinya. Mereka yang mempunyai n-Ach tinggi lebih senang menetapkan sendiri tujuan hasil kerja yang akan dicapai. bermaksud keperluan yang lebih asas harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum keperluan tambahan yang lebih tinggi mengendalikan tingkah laku seseorang. 2. Kekosongan juga telah dilihat di dalam teori-teori ini. l Oleh itu. iaitu keperluan individu kepada teman n-Pow (need for power). maka dapat dilakukan tindakan tertentu oleh anggota lainnya atau oleh pimpinan kelompok dalam rangka membentuk sebuah kelompok yang jitu. iaitu keperluan individu kepada kekuasaan. Teori McClelland Teori McClelland adalah teori motivasi yang berhubung erat dengan proses belajar. 3. McClelland membahaskan tiga jenis keperluan iaitu : n-Ach (need for achievement). Pemahaman tentang adanya hubungan yang erat antara tingkah laku dan keperluan adalah penting untuk dapat mencipta kepuasan atau mengurangi ketidakpuasan individu anggota kelompok. . di mana kebanyakkan ahli-ahli psikologi barat hanya membincangkan motivasi dalam aspek disekitar aspek jasmani. Kesimpulan Walaupun telah terdapat beberapa model motivasi yang telah digunakan cenderung kepada pandangan penulis-penulis dari barat. kognitif dan emosi tetapi meninggalkan aspek rohani. dengan mengukur kemampuan sendiri. l Orang yang tidak pernah melihat dan mendengar tentang televisyen. kemudian motivasinya berpindah ke upaya untuk memenuhi keperluan lainnya yang lebih tinggi. kerja yang efisien serta bertanggungjawab terhadap penyelesaian masalah yang ada. motivasi yang bersumber dari adanya upaya untuk memenuhi keperluan. merupakan sesuatu yang dapat dipelajari dan diajarkan. tidak akan pernah termotivasi untuk memiliki televisyen.

. Sesungguhnya motivasi yang menggabungkan teori-teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Barat dan Timur ( Islam ) merupakan satu alternatif bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam teori-teori motivasi barat dan lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya tempatan.Tinjauan literatur yang dilakukan menunjukkan Islam telah lama mengemukakan teori-teori motivasi di dalam mendidik umat Islam walaupun dengan menggunakan istilah yang berlainan.