You are on page 1of 9

Variasi Bahasa

Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa
Variasi bahasa
iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa

Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau
situasi bahasa itu digunakan.

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian
bahasa Melayu.

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami
Dialek oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun
ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Idiolek
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan
atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang
Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa
dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan
sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang
Dialek kawasan
Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,
Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan
Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi
bahasa Melayu.

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza
mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya,
Dialek sosial dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang
formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan
sebagai dialek sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis
variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang
berikut.

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada
bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa
pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan
ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan
bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal
Ayat yang gramatis
Ayat yang tidak gramatis.

Mementingkan aspek-aspek sebutanm
Tidak mementingkan aspek sebutan,
intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat
intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat,
dan tatabahasa.
dan tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah
Contoh: You ni betullah degil sangat. I
berkali-kali memberi amaran supaya
dah warning you banyak kali, tapi you
jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak
masih hendak ke tempat tu.
masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu
tidak memeningkan sebutan, intonasi,
pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa Slanga
Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan
mengapa Kenapa
bagaimana macam mana
sedang Tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan
hendak Nak
tidak Tak
sudah Dah

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan
ambil Ambik
kecil Kecik
pula Pulak

Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu'
(ganti diri nama kedua).

Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya
budak.

Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur.
Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur
mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata
yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan
anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu
secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus
kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam

Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh
bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada
manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya
bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa
cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di
Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan
masyarakat bahasa tersebut.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri
Sembilan.

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm

Perbezaan bahasa baku dan dialek
Bahasa baku Bahasa dialek
• Untuk tujuan rasmi • Untuk tujuan tidak rasmi.
• Tidak mempunyai penutur asli • Tidak mementingkan tatabahasa
• Mematuhi peraturan tatabahasa • Banyak menggunakan istilah
berdasarkan daerah
• Digunakan dalam konteks formal • Menggunakan bahasa biasa ynag
bersifat tidak formal.
• Menggunakan system panggilan • Menggunakan imbuhan tertentu
formal. atau tidak sama sekali.
• Bersifat fonemik • Menggunakan sebutan yang tidak
tepat atau tidak mengikut ejaan.
• Mengalami perancangan yang • Banyak menggunakan unsur
sistematik kependekan kata
• Menggunakan perkataan yang • System sapaan yang berbeza.
lengkap dan tepat.
• Tiada unsur kependekan.
• Tersusun
• Menekankan kejelasan dan
ketepatan makna.

Ciri-ciri bahasa formal dan tidak formal.
• Bahasa formal • Bahasa tidak formal.
• Mematuhi peraturan bahasa • Tidak terikat kepada peraturan
yang ditetapkan. tatabahasa.
• Ayat-ayat diucapkan dengan • Binaan ayat tidak perlu tersusun
intonasi yang betul. dan tanpa intonasi yang
sempurna.
• Menggunakan bahasa baku. • Menggunakan kata ganti nama
diri yang lebih mesra dan
penggunaan nama sendiri.
• Menggunakan kata ganti nama • Penggunaan gelaran
diri dan bentuk sapaan atau kekeluargaan dan panggilan yang
gelaran yang formal. lebih intim.
• Tiada unsur kependekan kata • Terdapat unsur percampuran kod
dan pencampuran kod. dan kependekan kata.
• Menggunakan kosa kata yang • Pemilihan kosa kata lebih
lebih halus dan sopan. dipengaruhi dialek daerah dan
tidak begitu mementingkan
kehalusan bahasa.
• Binaan dan susunan ayat yang
betul.
• Mematuhi format tertentu seperti
ucapan, ceramah dan persuratan.
Ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar
Bahasa halus Bahasa kasar
Diucapkan dengan nada yang lembut Penggunaan kata yang kesat dan kurang
dan rendah diri. menyenangkan.
Pemilihan diksi memperlihatkan Menggunakan kata sindiran.
kesopanan.
Menggunakan tatabahasa yang lengkap Penggunaan ganti nama diri yang
dan teratur. kurang sopan.
Menggunakan kata ganti nama diri yang Tidak menggunakan peraturan
lengkap dan sopan. tatabahasa yang lengkap.
Menggunakan peribahasa dan kiasan. Penggunaan dalam emosi yang negatif.

Ciri-ciri bahasa istana dan bahasa biasa.
Bahasa istana Bahasa biasa
Penggunaan kata dan ungkapan yang Menggunakan struktur ayat yang
khusus. mudah.
Penggunaan kata ganti nama diri orang. Tidak mengikut peraturan tatabahasa
Penggunaan gelaran dan rujukan Kosa kata atau perkataan mudah
kehormat. difahami.
Penggunaan unsure pemulukan Terdapat juga pemilihan kata yang
(menyanjung raja) dan pendinaan kurang sopan.
(merendah-rendahkan dirinya.)
Unsuresingkatan atau kependekan kerap
digunakan.
Menggunakan kata ganti nama diri
mengikut kesesuaian.
Terdapat percampuran kod.

Contoh dialek.
Bahasa Dialek Dialek Dialek Dialek Dialek
baku kedah perak kelantan. terengganu negeri
sembilan
Air Ayaq Ayo Aye Aye Aye
Apa Apa Ape Apo Ape Apo
Pergi Pi Pegi Gi Gi Poyi
Ular Ulaq Ulo Ula Ulo Ula

Cth unsur percampuran kod.
• I cari you last night tapi you tak ada dirumah.
• Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport.