P. 1
Soalan 2(a) - Laporan Ujian Diagnostik -Kkbi2009

Soalan 2(a) - Laporan Ujian Diagnostik -Kkbi2009

|Views: 2,734|Likes:
Published by taikkambing

More info:

Published by: taikkambing on Aug 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

KKBI 2009

LAPORAN UJIAN DIAGNOSTIK – BAHASA MELAYU (PEMULIHAN) SK.ST.FRANCIS XAVIER KENINGAU, SABAH PELAKSANAAN Ujian Diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program Pemulihan Khas. Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Guru akan dapat mengetahui sama ada masalah yang dihadapi oleh murid-murid itu ringan atau kompleks. Berdasarkan analisis Ujian Diagnostik guru akan dapat menghalusi dan merancangkan aktiviti-aktiviti pemulihan bagi setiap murid yang memerlukan pemulihan. Sebelum menjalankan atau mentadbir Ujian diagnostik ini, guru harus mengenalpasti dahulu apakah tujuan utama mengadakan ujian diagnostik ini. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan - kesulitan yang dihadapi oleh murid. Selain itu membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Dengan adanya ujian ini guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Ini dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Selain itu ujian ini membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian mengikut tahap murid. Ujian Diagnostik telah mula dijalankan pada 24 Jun 2009. Pada awal pelaksanaan ujian diagnostik ini guru telah menjalankan ujian lisan kepada murid-murid saya seramai 11 orang. Ujian lisan ini jalankan secara individu. Sebelum guru menguji mereka, mereka telah diajar tentang kemahiran yang akan disoal kelak. Semasa ujian lisan dijalankan di dapati murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik dan tepat.

KEKUATAN Semasa ujian ini dijalankan sama ada secara lisan dan juga bertulis murid-murid telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Mereka dapat mendangar dan
KKBI 2009 1

KKBI 2009

menerima arahan dengan jelas. Oleh kerana bilangan murid yang menjalani ujian diagnostik ini tidak ramai iaitu seramai 11 orang memudahkan untuk ujian ini dijalankan. Soalan-soalan ujian yang disediakan boleh dikatakan mudah kerana disediakan mengikut aras turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi iaitu pengetahuan, pemahamandan diikuti dengan penggunaan. Semasa ujian dijalankan di dapati muridmurid yakin apabila menjawab soalan. Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baik kerana mereka menjawab soalan tanpa banyak bertanya. Dengan penerangan yang jelas dan contoh yang diberikan membuatkan mereka begitu teruja untuk menjalankan ujian ini. Keputusan ujian yang akan direkodkan nanti akan menentukan dan dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid - murid tersebut. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

KEKANGAN Semasa menjalani ujian diagnostik ini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi. Disebabkan kelas pemulihan ini berkongsi kelas dengan kelas biasa maka murid-murid agak terganggu semasa menjawab soalan. Kebisingan dari kelas sebelah menyebabkan tumpuan mereka terganggu. Terdapat juga beberapa orang murid yang mengalami masalah dalam memahami huruf, nombor, simbol dan perkataan yang ditulis oleh guru. Ini agak menyukarkan mereka untuk menjawab soalan dengan baik dan tepat. Semasa ujian diagnostik yang pertama dijalankan ada beberapa orang murid tidak dapat menunjukkan
KKBI 2009 2

KKBI 2009

huruf yang disebut oleh guru dan juga tidak dapat membatangkan suku kata KV. Kekangan masa juga menyumbang kepada kesukaran untuk menyelesaikan ujian yang diberikan. Keadaan lebih menyukarkan apabila ada di antara mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan 1. Murid juga ada yang mengambil kesempatan untuk mengasah pensil agak lama dan apabila masa tamat mereka kelamkabut untuk menyelesaikan soalan.

KKBI 2009

3

KKBI 2009

ANALISIS PRESTASI UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA MELAYU (PEMULIHAN)

BI L

NAMA MURID

KEM.1 HURUF BESAR (Bertulis) BI L B 1 4 1 3 1 9 1 1 6 1 8 1 8 1 7 6 1 8 6 S M 1 4 1 3 1 9 1 1 6 1 8 1 8 1 7 6 1 8 6

KEMAHIRAN DIUJI (UJIAN DIAGNOSTIK) KEM.5 KEM.2 KEM. 2 PERKATAAN SUKU KATA (LISAN) KV + KV KV (Bertulis) (Bertulis) BI BI BI B S M B S M B S M L L L 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 5 3 4 4 5 4 2 3 4 1 1 2 1 1 1 3 2 1 4 4 5 3 4 4 5 4 2 3 4 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 3 6 6 6 3 3 5 3 3 3 1 6 6 6 6 3 6 6 6 3 3 5 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 6 8 8 8 8 8 8 5 8 8 1 2 3 7 6 8 8 8 8 8 8 5 8 8 1

KEM.7 PERKATAAN KV+KV+KV (Bertulis) BI B S M L 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 2 2 2 0 2 2 2 3 2 1 2 3 3 3 5 3 3 3 2 3 4 3 2 2 2 0 2 2 2 3 2 1 2

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AINSTYNE AUBREY ANTONI MARIA MAGDELINA EVE ELYSSA LOUIS JOEL NUR HAIREEN DEKING NELINA MOHD FAKRUDDIN MARCELLINUS MD.YASSIN MD.SYADDAD MD.REDZUAN

11 CATATAN: BIL = Bilangan Soalan B = Betul KKBI 2009

1 9 1 9 1 9 1 9 1 9 1 9 1 9 1 9 1 9 1 9 1 9

5 6 1 8 3 1 1 2 1 3 1 1 3

4

KKBI 2009 S = Salah M = Markah

KKBI 2009

5

KKBI 2009

ANALISIS MARKAH UJIAN DIAGNOSTIK

Berdasarkan kepada markah ujian diagnostik yang dijalankan terhadap 11 orang murid pemulhan, didapati ada beberapa keputusan yang dapat diperolehi. Bagi Kemahiran 1, kemahiran yang diuji ialah Kemahiran 1 iaitu Huruf Besar. Didapati sebanyak 5 orang murid yang boleh menulis huruf besar dengan betul dan tepat. 2 orang murid boleh menulis huruf besar tetapi kedudukan huruf adalah tidak tepat. 3 orang murid iaitu Eve, Md.Yassin dan Md. Redzuan tidak dapat menguasai kemahiran 1 ini. Bagi Kemahiran 2 iaitu Suku Kata KV, ujian ini dijalankan secara lisan. Murid-murid diminta untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Melalui ujian kedua ini, seramai 8 orang dapat menguasai kemahiran ini. Hanya 3 orang murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik. Bagi Ujian 3, iaitu Kemahiran yang sama dijalankan iaitu Kemahiran Suku Kata KV. Kali ini ujian ini dijalankan secara bertulis. Seramai 7 orang murid dapat menguasai kemahiran ini. Hanya 3 orang murid yang tidak dapat menulis Suku Kata KV dengan tepat iaitu Louis Joeal, Md. Yassin dan Md. Syaddad. Ujian 4 iaitu Kemahiran 5 – Perkataan KV + KV. Melalui ujian ini didapati seramai 8 orang murid dapat menulis dan meyebut perkataan KV+KV dengan tepat. Hanya 2 orang murid yang tidak dapat menulis perkataan KV+KV. Ujian ke-5 iaitu Kemahiran 7- Perkataan KV+KV+KV. Melalui ujian ini didapati rata-rata murid tidak dapat menguasai kemahiran ini. Semua murid tidak dapat munulis perkataan KV+KV+KV. Murid dapat kenal gambar yang ditunjukkan tetapi tidak dapat mengeja perkataan tersebut.

KKBI 2009

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->