P. 1
PENGANGKUTAN_LUAR_BANDAR

PENGANGKUTAN_LUAR_BANDAR

|Views: 1,857|Likes:
Published by sydia

More info:

Published by: sydia on Aug 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Sydia (2008) 1 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN 1.

0

PENGENALAN

Pengangkutan merujuk kepada infrastruktur yang disediakan untuk memudahkan pergerakan manusia dan barangan. Kemudahan ini boleh dilihat dalam bentuk infrastruktur fizikal seperti lebuhraya, jalanraya, trek keretapi, pelabuhan, lapangan terbang manakala dari segi kenderaan iaitu yang bermotor dan tidak bermotor; dan dari segi operasinya seperti pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian. Pergerakan adalah sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Manusia melakukan banyak aktiviti yang melibatkan penggunaan pengangkutan, adakalanya dari sejak lahir sehingga ke akhir hayat. Pengangkutan mempengaruhi taburan aktiviti dalam ruang dan pertumbuhan aktiviti ekonomi dan sosial. Pengangkutan memudahkan perpindahan manusia dan barangan dari satu tempat ke tempat lain. Industri pengangkutan wujud untuk menampung pergerakan manusia dan barangan serta penyediaan dan agihan perkhidmatan. Hubungan sistem pengangkutan dengan ekonomi sesuatu kawasan boleh diibaratkan seperti edaran darah dalam tubuh manusia.

1

Sydia (2008) 2 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

2.0 2.1

JENIS-JENIS JARINGAN PENGANGKUTAN LUAR BANDAR JALAN RAYA

Jalan raya merujuk kepada jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain yang merupakan pengangkutan darat yang penting. Pada kebiasaannya, jalan raya mempunyai ciri-ciri seperti digunakan untuk kenderaan bermotor, digunakan untuk orang awam, dibiayai oleh badan awam dan penggunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan. Secara umumnya pula, sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada lebuhraya, jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan, jalan perbandaran dan jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet. Walau bagaimanapun, bukan semua jalan yang dapat dilalui oleh kenderaan bermotor itu jalan raya. Contohnya denai-denai di dalam estet juga boleh dikategorikan sebagai jalan raya. Di Malaysia jalan raya yang sah haruslah diwartakan oleh pihak berkuasa.( www.wikipedia.org/jalanraya ) Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan ruangan trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi malah pengalihan tumbuh-tumbuhan yang mungkin melibatkan pengnyahhutanan. Pelbagai jenis jentera-bina-jalan akan digunakan untuk proses ini. Dalam hal ini, terdapat kawasan di mana jalan raya tidak dapat dibina dengan sempurna yang mungkin disebabkan oleh bentuk muka bumi dan jentera-jentera yang digunakan dalam membina jalan raya tidak dapat dibawa ke kawasan tersebut. Contoh yang paling sesuai adalah kawasan luar bandar kerana kedudukan yang jauh dari jangkauan pembangunan sesebuah negara. Di kawasan luar bandar, jalan raya merupakan salah satu sistem pengangkutan yang terpenting. Walaupun kebanyakan jalan raya di luar bandar tidak setaraf dengan jalan raya di kawasan bandar, ia tetap menjadi laluan utama bagi penduduk di kebanyakan kawasan luar bandar. Jalan raya di luar bandar selalunya mempunyai ciri-ciri seperti sempit, dua hala, dan terdapat jalan raya yang tidak berturap.

2

Sydia (2008) 3 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

2.2

LORONG KECIL / DENAI

Lorong jalan kaki ataupun denai masih wujud pada masa kini malah banyak digunakan di kawasan-kawasan tertentu khususnya kawasan luar bandar terutamanya di kawasan kampung. Antara ciri-ciri lorong atau denai ini adalah seperti sempit dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Denai adalah salah satu laluan yang penting dan popular di kampung-kampung. Denai-denai pada kebiasaannya dibina oleh individu tertentu atau wujud disebabkan sesuatu kawasan itu kerap dilalui. Denai biasanya dibina untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh ia digunakan sebagai jalan singkat untuk ke tempat tertentu seperti ke kawasan ladang, kebun, dusun dan sawah padi. Lorong jalan kaki atau denai juga digunakan untuk menghubungkan penduduk yang tinggal di pinggir pantai dengan penduduk yang tinggal di pedalaman. Lorong jalan kaki ini biasanya digunakan oleh penduduk yang bekerja sebagai nelayan.

Rajah 1: Jalan denai Sumber : http://www.flickr.com/photos/81454705@N00/2676495918/ 3

Sydia (2008) 4 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

2.3

JALAN AIR

Jalan air juga merupakan salah satu jaringan pengangkutan yang penting di kawasan luar bandar. Ia penting terutamanya di kawasan petempatan atau perkampungan yang terdapat di pesisir pantai atau di tepi sungai. Antara kenderaan yang digunakan dalam pengangkutan air di luar bandar adalah seperti perahu dan bot berenjin kecil. Di Malaysia, pengangkutan air penting di kawasan-kawasan perkampungan orang-orang asli dan juga pedalaman Sabah dan Sarawak yang mana tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. Penduduk terpaksa mengharungi sungai untuk keluar dari mendapatkan barangan keperluan, memasarkan hasil pertanian, menghantar pelajar ke sekolah dan sebagainya. Pengangkutan awam di kawasan pedalaman sangat berbeza berbanding dengan di bandaraya. Di pedalaman, penduduknya bergantung pada sungai-sungai untuk berhubung dan bergerak dan tentulah sukar untuk mereka mengubah cara hidup mereka.( http://www.kapit.net.my/malay/news-content.asp?newsID=538)

4

Sydia (2008) 5 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

3.0 3.1

MOD PENGANGKUTAN BAS SEKOLAH

Bas sekolah pada umumnya digunakan untuk mengangkut pelajar ke sekolah. Walau bagaimanapun di Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang mengkaji untuk membenarkan bas sekolah digunakan sebagai pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Langkah ini diambil memandangkan penduduk luar bandar tidak ada perkhidmatan bas awam. Selain itu, keengganan pengusaha bas menyediakan perkhidmatan tersebut kerana alasan tidak menguntungkan menyebabkan kerajaan terpaksa mencari alternatif lain dengan menjadikan bas sekolah sebagai pengangkutan awam di luar bandar. Bas sekolah dipilih sebagai alternatif pengangkutan awam di kawasan luar bandar kerana peranannya yang agak terhad, terutama ketika cuti sekolah. Selain membantu mengatasi masalah pengangkutan awam luar bandar, ia juga mampu meningkatkan pendapatan pengusaha bas sekolah tersebut. (http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12 104&Itemid=460)

3.2

BASIKAL

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal merupakan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan selain digunakan sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain. Aspek basikal yang luar biasa adalah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan. Sebagai contoh, basikal digunakan sebagai

5

Sydia (2008) 6 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

mainan kanak-kanak, rekreasi dan kesihatan orang dewasa, pengangkutan harian, sukan lumba basikal, pelancongan basikal, bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan di rumah. Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. ( www.wikipedia.org/basikal ) Di kawasan luar bandar terutama di kampung pula, basikal digunakan sebagai salah satu pengangkutan penduduk. Basikal ini digunakan untuk ke satu kawasan dalam jarak yang dekat seperti ke kebun, kedai runcit dan sebagainya. Pelajar sekolah pula menjadikan basikal sebagai kenderaan mereka untuk ulang alik ke sekolah. 3.3 MOTOSIKAL

Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal bergerak berasaskan hukum giroskopik sebagaimana basikal. Melalui hukum ini, motosikal hanya akan tegak apabila bergerak. Ketika di selekoh, daya emparan yang terhasil akan menjejaskan kestabilan motosikal. Oleh yang demikian, penunggang perlu menunggang condong sedikit mengikut arah selekoh bagi mengimbangi daya emparan tersebut. Selain kestabilan, kelemahan utama matosikal adalah seperti tiada perlindungan terhadap cuaca buruk di samping penunggang motosikal amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. ( www.wikipedia.org/motosikal ) Di kawasan luar bandar, motosikal boleh dikatakan sebagai satu bentuk pengangkutan yang paling penting. Bukan sahaja di kawasan luar bandar, motosikal turut menjadi pilihan dan diminati oleh sebahagian besar pengguna jalan raya sebagai pengangkutan mereka. Kenderaan ini menjadi pilihan kerana ia menjimatkan bahan api, murah, mudah dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga boleh mencelah ketika

6

Sydia (2008) 7 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

jalan sesak. Selain itu, di kawasan luar bandar terutama di kawasan kampung, motosikal digunakan kerana keupayaannya untuk melalui jalan yang teruk dan sempit.

Rajah 2: Motosikal keluaran Malaysia Sumber: http://www.zeenz.nl/images/uploads/Motosikal_huren_2.jpg

3.4

KERETA SEWA

Kereta sewa merujuk kepada perkhidmatan menyewakan kenderaan kepada orang lain bagi tujuan menambahkan pendapatan ataupun sebagai satu bentuk perniagaan. Kereta sewa ini sama ada disewakan terus kepada individu tertentu ataupun dipandu sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia boleh terdiri daripada teksi-teksi penumpang ataupun kereta-kereta milik persendirian. Perkhidmatan ini popular di institusi-institusi pendidikan tinggi. Di kawasan luar bandar pula, kereta sewa merupakan salah satu pengangkutan awam yang penting. Pada kebiasaannya, pemilik kenderaan memandu sendiri kenderaan untuk mendapatkan penumpang. Penduduk di kawasan luar bandar menggunakan perkhidmatan ini untuk ke bandar ataupun untuk berpindah ke sebuah tempat.

7

Sydia (2008) 8 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

3.6

LORI

Lori yang juga dipanggil sebagai trak adalah kenderaan komersial yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya. Istilah lori yang digunakan dalam Bahasa Melayu dipinjam daripada istilah Bahasa Inggeris British iaitu lorry, manakala perkataan trak pula dipinjam daripada perkataan dalam Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat manakala istilah trak pula adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori. Lori terdiri daripada beberapa jenis iaitu lori ringan, lori sederhana, lori berat dan lori luar jalan raya. Lori ringan adalah seperti van, lori pikap dan lori tunda. Lori sederhana pula adalah seperti lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam seperti lori sampah dan kereta bomba. Lori berat pula adalah merupakan kenderaan terberat yang dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya. Lori yang termasuk dalam kategori ini adalah termasuklah lori treler, lori tangki dan lori kontena. Lori luar jalan raya adalah lori yang boleh dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya yang boleh dipasang dengan ciri-ciri offroad bagi kegunaan di jalan tanah merah. Lori seperti ini yang juga digelar sebagai lori hantu di Malaysia sering digunakan dalam sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan. Di kawasan luar bandar, lori yang paling banyak digunakan adalah lori ringan. Pengguna lori ringan adalah seperti peniaga kecil-kecilan serta industri kecil yang biasa dijalankan di kawasan luar bandar seperti industri kraftangan, pertanian dan yang seumpamanya. Lori juga digunakan dalam sektor pembalakan yang pada umumnya dijalankan di kawasan luar bandar. Selain daripada itu, lori juga digunakan dalam sektor perladangan untuk mengangkut hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya terutamanya di kawasan tanah-tanah rancangan di Malaysia seperti FELDA, FELCRA dan sebagainya.

8

Sydia (2008) 9 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

Rajah 3: Lori yang digunakan untuk mengangkut balak. Sumber : www.wikipedia.org/lori 3.7 BOT-BOT KECIL / PERAHU

Perahu atau bot merupakan sejenis kenderaan air yang biaanya lebih kecil daripada kapal. Malah, sesetengah perahu boleh dibawa di atas kapal atau di darat dengan menggunakan treler. Malahan, salah satu pengertian perahu ialah sejenis lancang air yang boleh dibawa oleh kapal. Perahu pada dasarnya mempunyai struktur pengapungan yang dipanggil hul dan sistem dorongan seperti kipas, dayung, galah, layar dan jet air. Perahu boleh digerakkan di atas air dengan menggunakan beberapa cara, antaranya adalah seperti menggunakan tenaga manusia iaitu dayung, kayuh dan galah, tenaga angin dan dengan menggunakan motor atau kipas. Di Malaysia, perahu atau bot-bot kecil adalah penting dan banyak digunakan di kawasan-kawasan perkampungan orang-orang asli dan juga pedalaman Sabah dan Sarawak yang mana tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. Penduduk terpaksa mengharungi sungai untuk keluar dari mendapatkan barangan keperluan, memasarkan hasil pertanian, menghantar pelajar ke sekolah dan sebagainya.

9

Sydia (2008) 10 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

Rajah 4: Bot panjang yang digunakan oleh orang Iban di Sarawak Sumber : http://www.goborneo.com/images/longboat-landing_small.jpg

4.0 4.1

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN LUAR BANDAR KEPADA PENDUDUK PERKEMBANGAN EKONOMI

Pengalaman penyelidikan oleh penyelidik dari negara-negara maju di Amerika Utara, Eropah Barat dan Australiasia menunjukkan pengangkutan boleh bertindak sebagai prasyarat yang penting dalam membangunkan negara. Mengambil contoh dalam disiplin geografi pengangkutan, kajian tentang perkaitan ini telah menghasilkan sekurangkurangnya tiga model klasik yang telah diterima umum iaitu model Vance (1970) berdasarkan penelitiannya di Amerika Utara, model Rimmer (1977) berdasarkan kajiannya di Asia Tenggara dan model hasil penelitian bersama Taaffe, Morill dan Gould (1963) melalui pengalaman kajian mereka di Afrika khususnya Ghana dan Nigeria. Dalam hubungan ini, tiga kajian kes yang lebih terkini melibatkan Canada, Indonesia dan China (1998). Semua model yang terbina daripada penyelidikan empirikal ini menunjukkan pengaruh yang positif dan signifikan infrastruktur pengangkutan terhadap pembangunan sosioekonomi sesuatu kawasan, wilayah atau negara. Di Malaysia, penelitian di kawasan luar bandar dan antara bandar, antara lain, oleh Lienbach (1971)

10

Sydia (2008) 11 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

dan Abd Rahim Md Nor (1996) menunjukkan perkaitan yang serupa, manakala kajian dalam bandar (Abd Rahim Md Nor, 2004) juga mengesahkannya.( Dr Abd Rahim Md Nor ) Salah satu faktor yang menjamin perkembangan ekonomi ialah jaringan pengangkutan. Pengangkutan boleh meningkatkan kegiatan ekonomi di suatu tempat kerana ia boleh meningkatkan ketersampaian sesuatu penempatan. Dengan adanya jalan raya, komoditi boleh mengalir ke dalam pasaran penempatan dan hasil ekonomi sesuatu penempatan boleh dijual kepada pasaran luar-tempatan. Selain itu, jalan raya juga membentuk ekonomi trafik di sepanjang laluannya. Contohnya, di pertengahan laluan jalan raya utama yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan lain, penduduk tempatan boleh mengadakan peniagaan makanan kepada pemandu kenderaan yang kerap lalu di situ. Satu contoh yang baik bagi ekonomi trafik boleh dilihat di pekan Machap, Johor Malaysia. Sehubungan itu, Machap telah menjadi tempat istirehat bagi bas jarak-jauh kerana adanya fasiliti istirehat yang lengkap di situ dan juga kedudukannya yang terletak di laluan Lebuhraya Utara Selatan. Penumpangpenumpang bas akan membelanjakan wang untuk perkhidmatan restoran dan juga perkhidmatan tandas. (www.wikipedia.org/jalanraya) Selain daripada itu, dengan adanya jaringan pengangkutan yang baik memudahkan para petani dan nelayan untuk memasarkan hasil kegiatan mereka samaada di pasaran tempatan atau pasaran luar.

4.2

MOBILITI PENDUDUK

Kebebasan bergerak atau mobiliti ini dianggap sebagai satu keperluan asas manusia. Sekiranya manusia perlukan sesuatu perkhidmatan, yang lazimnya disediakan di tempattempat tertentu sahaja, maka mereka perlu bergerak untuk mendapatkannya. Penawaran kemudahan pengangkutan selalunya tidak dapat memenuhi sepenuhnya permintaan untuk pergerakan. Apa yang pasti ialah terdapatnya golongan-golongan manusia yang menderita akibat keterbatasan dalam pergerakan mereka. Golongan-golongan ini terdapat 11

Sydia (2008) 12 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

di mana-mana tanpa mengira negara itu maju atau tidak, perbezaannya cuma dari segi kadar atau peratusan yang terlibat. Di kawasan luar bandar, kadar mobiliti masih rendah di mana masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai jaringan pengangkutan yang baik malah tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih cepat. Ini mungkin disebabkan oleh kawasan tersebut jauh dari jangkauan pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini, pengangkutan adalah amat penting bagi memastikan semua pihak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya dan bagi memastikan tidak wujud jurang di antara satu kawasan dengan kawasan lain iaitu kawasan bandar dan luar bandar.

4.3

TAHAP KETERSAMPAIAN

Pengangkutan boleh mewujudkan sikap kepuasan manusia iaitu berkebolehan memuaskan kehendak seseorang dengan membenarkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain contohnya dari rumah ke tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan ahli ekonomi mentakrifkan pengangkutan sebagai faktor pengeluaran. ( Khairani Alladin @ Jalaludin )Dengan adanya kemudahan pengangkutan, tahap kesampaian seseorang individu akan menjadi lebih tinggi. Di kawasan luar bandar terutamanya, pengangkutan adalah amat penting kepada masyarakatnya untuk sampai ke sesebuah tempat. Dengan adanya pengangkutan, masyarakat luar bandar dapat bergerak ke tempat kerja, mendapatkan bahan keperluan seharian di sesuatu tempat, ke sekolah, membawa barangan dan bahan mentah ke pasaran, mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan yang seumpama dengannya. Selain itu, dengan adanya kemudahan pengangkutan, urusan-urusan kerajaan seperti memantau atau urusan pentadbiran dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, pengangkutan air di Sarawak bukan sahaja amat diperlukan oleh

12

Sydia (2008) 13 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

masyarakat bahkan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang turut bergantung kepada kaedah pengangkutan itu untuk menggerakkan para pegawai dan menjalankan urusan pentadbiran mereka di kawasan luar bandar terutamanya kawasan pedalaman.

4.4

MENGANGKUT BARANGAN DAN BAHAN MENTAH

Tanpa sistem pengangkutan yang sempurna tidak mungkin aktiviti seharian manusia dapat dilaksanakan. Dalam konteks luar bandar, pengangkutan adalah amat penting sekali bagi penduduk bagi melaksanakan aktiviti seharian dan meneruskan kehidupan. Salah satu contoh yang sesuai adalah seperti di pedalaman Sarawak, pengangkutan air memainkan peranan yang amat penting sungguhpun terdapat sistem pengangkutan udara dan darat. Misalnya aktiviti perdagangan amat bergantung kepada jalan laut untuk mengangkut barang-barang ke luar negeri dan luar negara. Masyarakat tani khususnya di pedalaman Bahagian Kapit dan Miri amat bergantung kepada kaedah itu untuk membawa hasil pertanian mereka ke bandar. Misalnya dari Song ke Sibu dan dari Belaga ke Kapit. Perkhidmatan yang efektif amat diperlukan dalam keadaan ini memandangkan hasil pertanian perlu dipasarkan dalam keadaan segar. Masyarakat di bandar-bandar seperti Sibu, Kapit dan Miri mendapat manfaat hasil daripada penjualan hasil pertanian dan produk kampung yang lain (seperti kraftangan) kerana kebiasaannya para penduduk akan menjual secara terus kepada pengguna. Di samping itu, pengangkutan seperti jalan sungai juga perlu untuk membawa barang-barang keperluan harian yang lain dari bandar ke kawasan petempatan masyarakat. Sementara itu, kos yang efektif memberi manfaat kepada masyarakat berbanding kaedah pengangkutan melalui udara yang agak mahal. Misalnya, pemberhentian operasi lapangan terbang Kapit suatu ketika dahulu disebabkan persaingan daripada perkhidmatan bot-bot ekspress di situ. (http://www.sarawak.com.my/info/rakansarawak/122003/specialfocus/index.shtml)

13

Sydia (2008) 14 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

4.5

MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN

Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang paling menonjol di kebanyakan negara pada masa kini. Sebagai contoh, antara industri yang paling menonjol di Malaysia sejak kebelakangan ini adalah industri pelancongan. Pelancongan merujuk kepada satu pergerakan sementara manusia ke sesuatu destinasi di luar kawasan kediaman dan tempat kerja dengan melakukan aktiviti-aktiviti serta menggunakan kemudahan yang disediakan di destinasi yang dikunjungi bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Maksud pelancongan berdasarkan definisi ini adalah tindakan dan dalam satu tepoh yang singkat atau sementara sahaja. Secara umumnya, industri pelancongan merupakan industri yang mempunyai hubungan dengan sektor-sektor lain. Ini kerana, sektor-sektor ini menyokong kepada perkembangan sektor pelancongan itu sendiri. Sektor-sektor yang menyokong perkembangan pelancongan adalah pengangkutan, penginapan, tarikan, perkhidmatan makanan, agensi pelancongan dan agensi hartanah. Sektor yang paling penting adalah pengangkutan kerana tanpa pengangkutan tidak mungkin berlaku kunjungan ke sesuatu tempat terutamanya kawasan pelancongan yang terletak di luar bandar. Jika dilihat pada masa kini, kebanyakan destinasi-destinasi pelancongan terletak di kawasan luar bandar. Ini berkait rapat dengan keadaan semulajadi kawasan luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman yang mana keadaan semulajadinya belum terusik.ditambah pula dengan tren pada masa kini dimana pelancong lebih berminat atau inginkan sesuatu yang lebih aman dan menarik minat mereka apabila mengunjungi ke satu-satu destinasi pelancongan. Pembinaan jalan raya di kawasan luar bandar memajukan lagi sektor pelancongan dan menyebabkan destinasi-destinasi pelancongan di kawasan luar bandar tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Di Malaysia, contoh-contoh destinasi pelancongan luar bandar adalah seperti Cameron Highland, Taman Negara Pahang, Taman Negara Bako di Sarawak, Hutan Simpan Belum dan banyak lagi. 14 aktiviti manusia yang melakukan perjalanan di luar kawasan kebiasaan mereka seperti rumah dan tempat kerja

Sydia (2008) 15 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

Rajah 5: Bot yang digunakan untuk mengangkut pelancong di Sarawak Sumber : http://www.goborneo.com/images/longboat-landing_small.jpg

15

Sydia (2008) 16 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

5.0

KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN LUAR BANDAR KE ATAS ALAM SEKITAR

Manusia amat memerlukan kenderaan dalam segala situasi dan aktiviti harian. Dengan itu pengangkutan dianggap telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membawa ke arah pembangunan negara. Jarang sekali pengangkutan dianggap sebagai gangguan dan ancaman kepada kehidupan manusia kecuali apabila mempersoalkan aspek kesejahteraan alam sekitar (Mattby & White, 1982). Justeru itu perbincangan terhadap isu alam sekitar yang melibatkan sektor pengangkutan boleh dijelaskan melalui kaedah kerugian dan faedah alam sekitar. Kerugian alam sekitar ditakrifkan sebagai kegiatankegiatan pembangunan negara yang dengan tidak sengaja telah menyebabkan merosotnya keharmonian masyarakat dan alam sekitar. Faedah alam sekitar puta ditakrifkan sebagai kemajuan alam sekitar yang bukan sahaja dihasilkan untuk kemudahan masyarakat sahaja tetapi juga kesejahteraan ekosistem keseluruhannya (Zerbe & Croke, 1975) Menurut Sharp & Jennings (1976) kerugian alam sekitar berkaitan dengan sikap tidak puas hati masyarakat dan rendahnya kualiti alam sekitar. Kerugian ini berpunca daripada kesan negatif aktiviti-aktiviti pengangkutan yang menyebabkan alam sekitar menghadapi pencemaran udara, bunyi bising, kematangan, kesesakan lalu lintas, gegaran, tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna, silau pandangan, kelewatan, masalah aksesibiliti, kerosakan jalan raya dan lain-lain lagi. ( Khairani Alladin @ Jalaludin ) 5.1 PENCEMARAN UDARA

Udara amat penting untuk kehidupan manusia dan hidupan lain. Tanpa udara tidak akan wujud sebarang hidupan di muka bumi ini. Masalah pencemaran udara khususnya di Malaysia mula dirasakan pada tahun 19970-an dengan berkembangnya proses urbanisasi dan perindustrian. Melalui kedua-dua proses tersebut, pencemaran udara yang terhasil darinya boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber bergerak dan sumber tetap. Sumber bergerak merujuk kepada pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor manakala sumber tetap adalah hasil daripada pembakaran bahan api dari stesen janakuasa, industri dan domestik.

16

Sydia (2008) 17 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

Peningkatan taraf hidup masyarakat bukan sahaja masyarakat bandar malah berlaku juga kepada masyarakat luar bandar disebabkan oleh perkembangan ekonomi yang pesat. Peningkatan taraf hidup ini telah membawa kepada mereka untuk menikmati tingkat atau kualiti hidup yang lebih baik. Di sini dapat dikenalpasti bahawa masyarakat perlu bergerak bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik dan menggunakan sumber bergerak iaitu kenderaan sebagai alat pengangkutan utama untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kenderaan bermotor bukan lagi dianggap sebagai barang mewah oleh masyarakat pada masa kini tetapi dianggap sebagai barang keperluan . disebabkan tanggapan sedemikian, peningkatan terhadap bilangan kenderaan bertambah dari tahun ke tahun. Justeru itu, peningkatan terhadap bilangan kenderaan akan meningkatkan lagi masalah pencemaran udara. Keadaan ini tentunya bukan sahaja melibatkan kawasan bandar tetapi juga kawasan luar bandar yang juga mengalami perkembangan atau pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat. Dalam tahun 1995 sahaja, punca bergerak atau kenderaan ini telah menyumbangkan peratusan yang tertinggi terhadap masalah pencemaran udara di Malaysia iaitu 75.1 peratus, diikuti punca tetap sebanyak 20.3 peratus dan pembakaran sampah-sarap sebanyak 4.6 peratus. Sehubungan dengan itu, kira-kira 9,863,000 tan bahan pencemar telah dilepaskan ke ruang akasa Malaysia dari tahun 1991 hingga 1995 sama ada dalam bentuk gas, wap atau zarah terampai ( Jabatan Alam Sekitar, 1996). Antara bahan pencemar yang telah dilepaskan oleh puncapunca pencemaran adalah seperti karbon monoksida ( CO ), nitrogen dioksida ( NO2 ), sulfur dioksida ( SO2 ), hidrokarbon ( HC ) dan partikel terampai.( Malaysia,1996). ( Mohmadisa Hashim) 5.2 PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi merupakan satu gangguan yang menjadi ancaman utama kepada kualiti hidup manusia. Pencemaran bunyi ini merupakan satu bentuk pencemaran yang tidak diingini kerana ia bukan sahaja boleh memekakkan serta menyakitkan telinga tetapi

17

Sydia (2008) 18 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

juga boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi stress yang akhirnya akan membawa penyakit. Pencemaran bunyi ini boleh disebabkan oleh punca-punca seperti kenderaan bermotor, pembinaan infrastruktur dan bangunan serta kebisingan komuniti. Namun begitu, punca pencemaran bunyi yang paling dominan adalah daripada bunyi bising kenderaan dan trafik. Peningkatan dalam kemajuan pembangunan dalam pelbagai segi sama ada dalam aspek ekonomi atau sosial telah meningkatkan kebergantungan manusia kepada kenderaan untuk tujuan pengangkutan dan perhubungan. Antara kenderaankenderaan yang menjadi punca utama kepada pencemaran bunyi adalah seperti lori dan motosikal. Pembangunan ekonomi dan perkembangan guna tanah seperti perindustrian, perdagangan dan pembinaan jalan raya secara tidak langsung meningkatkan lagi kepesatan aktiviti kependudukan, pertambahan bilangan kenderaan dan menyumbang kepada kesesakan. Ia turut mengubah kawasan semula jadi menjadi kawasan yang dipenuhi bangunan dan jalan raya. Pembinaan jalan raya dan struktur berasaskan batu yang lain dan pengurangan kawasan hijau mengurangkan daya tampanan bunyi bising yang dikeluarkan oleh pelbagai aktiviti guna tanah seperti pembinaan jalan raya. Faktorfaktor ini memberi kesan kepada pertambahan pencemaran bunyi. 5.3 TANAH RUNTUH

Pembinaan jaringan pengangkutan di luar bandar seperti jalan raya pada dasarnya memerlukan tarahan pada tebing-tebing bukit terutamanya kawasan pedalaman yang mempunyai bentuk muka bumi berbukit-bukau. Kerja-kerja seperti ini mendedahkan tanah kepada pelbagai tindakan iklim sepenuhnya. Binaan-binaan jalan raya pula sebenarnya menjadi penghalang kepada air hujan meresap ke dalam bumi dan akibatnya larian air permukaan bumi meningkat dan hakisan tanah semakin menjadi-jadi. Setiap kawasan tinggi mempunyai tahap kecerunan yang curam. Dalam keadaan iklim tropika lembab seperti di Malaysia, cerun sesuatu kawasan tinggi berada dalam keadaan yang sangat rapuh sekiranya ia diganggu. Keadaan ini membolehkan berlakunya kejadian

18

Sydia (2008) 19 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

tanah runtuh khususnya pada musim hujan dan mendatangkan bahaya terutamanya apabila jalan raya dibina di kawasan ini. Di kawasan luar bandar terutamanya kawasan pedalaman, pembangunan tanah tinggi terutamanya yang melibatkan pengangkutan menyebabkan kehilangan pelbagai spesis tumbuhan di permukaan bumi. Apabila tiadanya tumbuhan, fungsi yang biasanya dilakukan oleh tumbuhan iaitu sebagai menghalang air hujan terus ke permukaan bumi tidak lagi dapat bertindak. Permukaan bumi yang terdedah tanpa litupan tumbuhtumbuhan menyebabkan berlakunya larian air permukaan mendorong kepada kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Masalah yang paling ketara berhubung dengan proses ini adalah sendimentasi yang boleh merendahkan kualiti air di sungai-sungai yang digunakan sebagai sumber minuman masyarakat luar bandar.( Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah) Salah satu contoh kejadian tanah runtuh yang melibatkan sektor pengangkutan adalah pada tahun 1995 di kawasan jalan singkat Genting Highland telah berlaku satu kejadian tanah runtuh yang mana telah meragut 21 nyawa. Oleh yang demikian, di sini dapat dilihat kesan negatif pembinaan jalan raya di kawasan luar bandar terutamanya kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. 5.3 KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu, sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Hutan menjadi habitat kepada lebih kurang 8,000 spesies tumbuhan, 2,500 spesies pokok dan tempat berlindung bagi 2,000 jenis mamalia, burung, reptilia dan serangga. Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit masa lalu negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pemusnahan hutan secara besarbesaran. Ini merupakan satu petunjuk bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit membangunkan negara dengan memusnahkan hutan sebagai warisan alam semulajadi negara mereka.

19

Sydia (2008) 20 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

Pembinaan jalan raya atau lebuh raya di kawasan luar bandar menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan keladak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadiaan banjir kilat terutama di kawasan rendah. Di samping itu juga, pembinaan lebuhraya turut memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti tapir dan gajah. Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika melintasi lebuh raya.

20

Sydia (2008) 21 PENGANGKUTAN, PEMBANDARAN DAN PEMBANGUNAN

6.0

PENUTUP/KESIMPULAN

Pengangkutan ternyata telah membawa perubahan dan pembangunan dan pembangunan kepada semua negara di dunia. Pengangkutan memang boleh diharap sebagai pemangkin pembangunan,tetapi pengalaman Malaysia yang menghasilkan kesan positif itu sebenarnya telah diperkukuh lagi oleh faktor-faktor penolak ke arah pembangunan yang lain seperti sumber manusia yang berdisiplin dan berkualiti, kestabilan politik dan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum. Tanpa faktor-faktor komplementari ini, pengangkutan belum boleh diharap sebagai pencetus pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Sehingga kini mod atau ragam pengangkutan telah banyak membawa faedah kepada negara Malaysia namun kesan sampingannya menimbulkan bermacam-macam masalah kepada alam sekitar dan penduduknya. Sebagai contoh, kenderaan bermotor merupakan penyebab utama pencemaran udara seperti pengeluaran karbon monoksida, oksida nitrogen, hidrokarbon, dalam plumbum dan Jumlah kenderaan persendirian yang banyak boleh menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas dan ruang kawasan yang terhad. Manakala kenderaan berat menimbulkan masalah keretakan dan kehausan pada jalan raya. Keretapi juga kadang kala menghalang laluan kenderaan dan pejalan kaki. Kesan sampingan ragam pengangkutan ini boleh menjejaskan empat keperluan utama ekologi alam sekitar iaitu air, udara, tanah dan hutan. Kesan sampingan ini bukan sahaja mengancam sumber dan ekologi alam sekitar tetapi juga kesejahteraan hidup manusia sendiri.

Matlamat pembangunan infrastruktur bertujuan menyediakan satu sistem yang cekap dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan lagi hubungan diantara berbagai mod pengangkutan serta mempastikan kemudahan-kemudahan tersebut mencukupi dan bertepatan masa bagi memenuhi keperluan pembangunan dalam dekad sembilan puluhan. Oleh yang demikian, semua usaha harus menyumbang kearah mengatasi keadaan ketakseimbangan sosio-ekonomi dan alam sekitar.

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->